Posts

Showing posts from June, 2010

Program Sukaneka Kg Lada DUN Tahan

Program Sukaneka Tahunan kali pertama di adakan di Kampung Lada pada 26-27 Jun 2010. Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan.
Aturcara majlis pada 26 Jun 2010: Pada petang jam 3.00 petang berkumpul di Masjid. Sembelih lembu oleh kaum lelaki. Persediaan memasak oleh kaum perempuan. Malamnya memasak bersama sehingga masak.
Aturcara majlis pada 27 Jun: Seawal pagi jam 8.00, penduduk Kampung Lada berkumpul. Taklimat Pegawai/Hakim kejohanan. Acara melukis dan sukaneka bermula. Pukul 11.00 pagi acara selesai. Jam 12.00 tengahari ucapan Pengerusi Majilis, diikuti ucapan Ketua Kampung Lada, dan yang dinanti ucapan ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan. Jam 12.30 tengahari acara penyampaian hadiah kemudian jamuan makan tengahari. Acara malamnya selepas solat maghrib, ceramah agama, tajuk "Santapan Rohani". Selepas solat Isyak majlis tamat.
WZWH berpendapat program sebegini amat baik bagi merapatkan hubungan dan perpaduan penduduk Kampung Lada. Perpaduan memb…

Perjumpaan Dengan Pemuda Besut

"Malam Ramah Mesra" perjumpaan Pemuda UMNO Besut bersama dengan YB Dato' Wan Amizan EXCO Pemuda UMNO Malaysia telah berlansung di Dewan Terbuka Pejabat Penyelaras UMNO Hulu Besut Terengganu pada 27 Jun 2010.
Ini ialah siri ke dua lawatan kerja YB Dato' Wan Amizan ke bahagian angkat pemuda UMNO Bahagian.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Besut, Mohd Mahdi bin Musa berbesar hati dengan kehadiran Wan Amizan. Pemuda UMNO Besut mempunyai 155 cawangan pemuda.
Ketika WZWH sampai ke bandar Besut, WZWH kagum dengan mercutanda masjid Besut yang senibinanya menyerupai masjid Cardova di Sepanyol. Bangunan keluli medan selera Besut juga menarik.
Besut mempunyai 1 parlimen dan 4 DUN: parlimen YB Dato' Sri Abdullah Mat Zin BN Adun Kuala Besut YB Dr Rahman Mokthar BNAdun Kota Putera YB Hj Mohd Fehemi bin Yusuf BNAdun Jertih YB Dato' Sri Hj Idris Jusuh BN
Parlimen Besut mempunyai pengundi seramai 60000. YB Dato' Sri Hj Idris Jusuh merupakan mantan Menteri Besar Terengganu 2004-2008. B…

Malam Kebudayaan Parlimen Jerantut

Malam kebudayaan dan kesenian parlimen Jerantut telah diadakan di Kuala Tahan Jerantut pada 25 Jun 2010 malam Jumaat lalu. Jemputan khas oleh Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Orkestra DBKL mengiringi persembahan artis-artis DBKL telah menghiburkan penduduk di DUN Tahan. Persembahan tarian tradisional dan moden cukup memukau para penonton terutama para pelancung dari luar negeri.
Ketibaan YBM Tengku Dato' Sri Azlan ibni Sultan Abu Bakar diiringi YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan tepat pukul 9.00 malam.
Persembahan pembukaan membuka majlis. Diikuti ucapan aluan Pengerusi Majlis dan nyanyian lagu Negaraku.
YBM Ku Lan turut berkenan menyampai hamper untuk ibu tunggal. Seterusnya persembahan oleh Kumpulan Kebudayaan DBKL sehingga pukul 12 malam.
WZWH menilai persembahan muzik Orkestra DBKL bertaraf A. Persembahan yang jarang boleh dinikmati di kampung luar bandar. YBM Ku Lan menyatakan akan bawa orkestra yang sama membuat persembahan di bandar Jerantut…

Konsep Malaysia Negaraku

YAB PM DS Najib telah memperkenalkan konsep 1Malaysia. Sempena kehadiran PM ke Jerantut merasmikan mesyuarat agung UMNO bahagian Jerantut pada 3 Julai 2010 maka WZWH mewakili pergerakan Pemuda UMNO bahagian Jerantut ingin melontarkan satu konsep baru iaitu konsep Malaysia Negaraku bagi melengkapkan lagi falsafah 1Malaysia.
Konsep Malaysia Negaraku perlu diterap kepada setiap warganegara sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi. Supaya tunas muda ini dapat menunjukkan perasaan bangga, prihatin, bertanggungjawab, dapat membuat keputusan dan pilihan yang bijak serta bersemangat patriotik.
Konsep Malaysia Negaraku boleh memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam hubungannya dengan keluarga, masyarakat, alam sekitar, warisan budaya dan sejarah negara ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik dan hidup dalam harmonis dan sejahtera.
WZWH mencadangkan beberapa tema: Membina Semangat PatriotikkuWarisan KitaKita Rakyat Malay…

Penambahbaikan Kurikulum Sejarah Dan Latihan Teknikal @ Vokasional

Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya telah memilih WZWH sebagai panel penambahbaikan kurikulum Sejarah sekolah menengah. Dengan itu WZWH dijemput menghadiri mesyuarat dari 23-25 Jun 2010 di sebuah hotel terkemuka.
Agak mengejutkan latarbelakang WZWH ialah Accounting(Perakaunan), Sarjana WZWH ialah MBA lebih kepada bisnes dan ekonomi. Mungkin penglibatan WZWH dalam politik membuatkan terpilih menjadi panel.
Setiap kali Mesyuarat Agong UMNO di PWTC, ramai perwakilan menyentuh Sejarah perlu dihayati oleh generasi muda supaya sayang, taat setia dan bersikap patriotik kepada negara.
Kalau tidak pengundi akan bersikap tidak rasional mudah terpengaruh dengan dakyah politikus yang sanggup memburukan negara Malaysia di luar negara.
Politikus yang sanggup merosakkan asas-asas kenegaraan yang dibina oleh Bapa-bapa negarawan yang mengikat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum supaya hidup dalam perpaduan.
Politikus yang menjual negara kepada musuh. Politikus yang menjaja rahsia negara demi kuasa.
K…

Pelancaran Blog Rasmi DUN Tahan

Oleh kerana begitu banyak blog Jerantut membicara berbagai-bagai isu DUN Tahan maka WZWH ingin memaklumkan pelancaran secara rasmi Blog Dun Tahan.
Blog Rasmi Dun Tahan telah dilinkkan diblog list blog WZWH. Saudara dan saudari bolehlah melayari blog rasmi DUN Tahan yang dikendalikan sendiri oleh ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak. Alamat blog rasmi DUN Tahan ialah onetahan.blogspot.com
Saudara dan saudari bolehlah berhubung secara terus online dengan YB ADUN Tahan mengenai apa-apa isu yang saudara dan saudari muskilkan.
Sekian, terima kasih.

RMK 10 (2011-2015)-Apa Faedah Kepada Jerantut?

RMK 10 bermula tahun depan dengan niat mencarta penjalanan ekonomi demi kebajikan rakyat Malaysia bagi 5 tahun akan datang.
Sasaran 3 kunci utama ialah: Pertumbuhan ekonomi 6% setahunPengurangan defisit fiskal dari 5.3% kepada 3%Pelaburan swasta tumbuh pada kadar 12.8% atau RM115 bilion setahunKunci kepada kejayaan ekonomi Malaysia untuk 5 tahun akan datang bergantung kepada pelaburan swasta disamping peningkatan eksport barangan dan servis.

Jika pelaburan swasta tidak menjelma, pertumbuhan ekonomi akan jatuh di bawah 6% setahun.
Apa faedah RMK (2011-2015) kepada Jerantut? Sebelum WZWH menjelaskan faedah RMK 10 kepada ekonomi dan sosial Jerantut, WZWH mahu menjelaskan beberapa aspek utama RMK 10 yang boleh memangkinkan pembangunan ekonomi dan sosial Jerantut seperti berikut: InfrastrukturPembangunan sosio ekonomiPelaburan swastaMemperbanyak peryertaan ekonomi bumiputeraPeningkatan peluang pekerjaanReform pasaran pekerja memenuhi Model Ekonomi Baru
Berikut beberapa senarai infrastruktur yang…

Falsafah 1Malaysia

1Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan adalah slogan PM Najib bila mengambil alih kepimpinan dari Tun Pak Lah pada selepas 1 April 2009.
Kritik mengatakan slogan ini hanya retorik Najib. DAP anggap Najib "copy" dari Malaysian Malaysia. Melayu haluan kanan mahu pun kiri memandang sinis konsep 1Malaysia ini. Perkasa umpamanya tidak berapa setuju. Ada pemimpin-pemimpin UMNO tidak menyokong.
WZWH mahu mengajak semua rakyat Malaysia berfikir sejenak tentang realiti politik negara ini. Sekarang bukan masa kita menyalahkan British atas kesalahan lampau menjemput pendatang Cina dan India datang ke Tanah Melayu. Juga tidak guna kita mengutuk raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu yang juga bertanggungjawab membawa kaum Cina dan India datang bekerja di lombong bijih timah, emas dan bidang pertanian.
Mereka sudah ada di negara Melayu ini. Sudah lahir di bumi bertuah ini. Mereka membentuk lebih 35% daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta orang. Kita semua adalah &quo…

Sejarah UMNO Pahang

Asalnya UMNO Pahang ialah Persatuan Melayu Pahang (PMP), ditubuhkan di Kuala Lipis pada Mac 1938 lebih 70 tahun dulu...
Lahir PMP atas rasa gelisah orang Melayu ekoran isu kemasukan orang Cina dan India walaupun dikawal secara kuota mulai 1930 namun kemasukan ketara berlaku.
Ini diresahkan lagi dengan penguasaan masyarakat tersebut dalam bidang perniagaan dan pekerjaan. Tokoh mereka- Tan Cheng Lock membuat permintaan dan tuntutan agar Malaya memulakan langkah ke arah kerajaan sendiri menerusi pilihanraya untuk memilih Majlis Perundangan.
Orang Melayu merasakan permintaan tersebut bermakna orang Cina juga ada hak politik yang sama seperti orang Melayu sedangkan bagi mereka urusan politik adalah urusan raja.
Orang Melayu juga tidak senang dengan tuntutan Tan Cheng Lock yang mahukan jawatan dalam MCS(Malaysian Civil Service) dibuka kepada semua, tidak terhad untuk disandang oleh orang Inggeris dan Melayu sahaja.
Tambah membimbangkan Tan Cheng Lock menghujah betapa anak orang Cina harus kekal …

ADUN Pulau Tawar Perlu Bangkit Dan Ceria Semula

Image
YB Dato' Dr. Ahmad Shukri bin Ismail, ADUN Pulau Tawar. Dulu beliau merupakan pemimpin UMNO yang aktif dan ceria.


Pada PRU 2008, DUN Pulau Tawar menyumbang majoriti lebih 3100 undi kepada parlimen Jerantut. Pengundi DUN Pulau Tawar berjumlah 18,000. Dun Pulau Tawar mempunyai 18000 orang pengundi. Kalau tidak kerana pengundi-pengundi yang majoritinya terdiri daripada peneroka Felda sudah tentu sukar untuk BN mempertahankan kerusi parlimen di Jerantut.
WZWH ingin memberi satu laporan 'feedback' dari suara akar umbi di DUN Pulau Tawar. Diharap mendapat tindakan dan susulan dari ADUN Pulau Tawar.
Selepas kemenangan selesa DUN Pulau Tawar dalam PRU lepas, kini pergerakan DUN Pulau Tawar menjadi statik dan lesu. Momentumnya semakin lesu dan ini amat membimbangkan UMNO dan BN. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya!
Setelah ADUNnya tidak menjadi EXCO lagi dan tewas dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Jerantut beliau seolah-olah tidak bersemangat lagi menjalankan tugas-tugasnya.…

Perjumpaan Dengan Pemuda UMNO Bahagian Tapah

Malam tadi satu majlis perjumpaan dengan Pemuda UMNO Bahagian Tapah bersama EXCO Pemuda UMNO Malaysia, YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak berlansung di bangunan UMNO Bahagian Tapah. YB Dato' Wan Amizan dalam siri lawatan ke bahagian angkat Pemuda UMNO Bahagian sebanyak 15 bahagian di seluruh Malaysia.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah diketuai oleh Cikgu Khairuddin bin Mohd Jali. Majlis bermula dengan sesi pengenalan AJK Pemuda UMNO bahagian dan juga wakil Ketua Pemuda UMNO cawangan. Pemuda UMNO Bahagian Tapah mempunyai 29 cawangan.
Tapah adalah sebuah pekan kecil dikelilingi oleh berapa kampung tradisional. Terdapat beberapa kampung Orang Asli. Hanya terdapat 2 atau 3 kilang sahaja. Peluang pekerjaan sungguh terhad menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke luar mencari pekerjaan.
YB Dato' Wan Amizan merupakan Pengerusi Biro Sekretariat Luar Bandar selaku Bapa angkat Pemuda UMNO Bahagian Tapah perlu memotivasi dan menguatkan semangat Pemuda UMNO Bahagian Tapah bekerja kuat m…

Hulu Tembeling 1920an

Ini cerita WZWH petik dari memoir Dato' Sir Mahmud bin Mat, "Tinggal Kenangan" mengenai kisah Hulu Tembeling 1920an....
Dato' Sir Mahmud bin Mat adalah Menteri Besar Pahang pertama dan juga Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang pertama. Cerita ini ketika beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kuala Lipis sekitar tahun 1924-1926.
"Tidak lama selepas bertugas di Kuala Lipis, saya pun pergi ke Hulu Tembeling buat pertama kali. Pada pukul 7.00 pagi kami pun bertolak dari Kuala Lipis menghiliri Sungai Jelai ke Kuala Tembeling dan ke suatu tempat bernama Pasir Atas. Sungai Tembeling cantik. Tebingnya tinggi, airnya jernih. Sungainya penuh dengan ikan.
Kami tiba di Pasir Atas lewat petang itu. Kami pun berkemah dan bermalam di situ. Setelah bersarapan pada awal pagi keesokan harinya, kami meneruskan perjalanan menongkah arus ke hulu sungai. Kami sampai di tempat persinggahan seterusnya tidak jauh dari jeram pertama pada pukul 5.00 petang. Disitulah kami berkemah …

Jerantut Ibu Negeri Baru?

WZWH mahu menyingkap kisah lama...walaupun Kuantan ialah ibu negeri Pahang Darul Makmur sejak 27 Ogos 1955 tapi ada sebab mengapa WZWH berbuat demikian.
Dulu...pada tahun 1901 timbul lagi sekali cadangan memindahkan ibu negeri Pahang dari Kuala Lipis. Residen British pada masa itu mencadangkan supaya ibu negeri dipindahkan ke Jerantut.
Potensi Jerantut untuk menjadi ibu negeri lebih baik, kerana kedudukannya agak ditengah-tengah negeri, disamping adanya hubungan melalui Sungai Pahang dan jalan kereta api. Cadangan ini tergendala semasa Edward Brewster menjadi Residen kerana baginya projek pembinaan jalan kereta api mestilah disempurnakan terlebih dahulu.
Banjir besar yang dikenali oleh orang-orang Pahang sebagai "Bah Keruh" menyerang Pahang pada 1926 menyebabkan seluruh bandar Kuala Lipis tengelam. Dato' Mahmud Mat mencatatkan dalam buku memoirnya Tinggal Kenangan bahawa banjir yang airnya keruh seperti air teh susu itu hampir mencecah loteng kebanyakan kedai di Lipis khasn…

Majlis Ramah Mesra MB Pahang Bersama Rakan-rakan Media Baru

Malam tadi berlansung Majlis Ramah Mesra YAB Dato' Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang bersama rakan-rakan media baru di Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang.
Majlis bermula dengan Jamuan Makan Malam pada pukul 8.30 malam. Selepas itu YB Dato' Hj Mohd Sharkar bin Hj Shamsudin, Pengerusi Biro ICT dan Media Baru UMNO Negeri Pahang memulakan ucapan aluan. Dato' Sharkar menyatakan media baru kini sebahagian daripada kehidupan membentuk jaringan sosial membentuk medium kempen baru. Oleh itu semua rakan-rakan media baru perlu berganding bahu memberikan penjelasan kepada rakan bukan politik.
Ucapan dan amanat YAB MB Pahang menjelaskan senario realiti politik terkini dalam negeri dan negara. Melayu terutamanya ahli UMNO perlu bersatu. Program Juara Rakyat yang inklusif seperti membantu orang susah, gotong royong dan sasaran kepada bukan Melayu amat digalakkan.
MB menjelaskan bahawa kini media baru menjadi pilihan, media lama seperti sur…

Rally 1Malaysia

Pelancaran Rally 1Malaysia, 1Misi 1Hati 1Pemuda 1Malaysia telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di hadapan 15,000 belia oleh YAB PM Dato' Seri Najib pada 12 Jun 2010.
Rally 1Malaysia atau Jelajah 1Malaysia adalah hasil idea YB Khairy Jamaluddin(KJ) Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Pemuda BN.
Program ini bertemakan "1Misi, 1Hati, 1Pemuda, 1Malaysia"
Objektif program ini ialah: mengembeling seluruh sokongan badan bukan kerajaan (NGO) generasi muda dari pelbagai bangsa dan agamamendokong dan menyokong Gagasan 1Malaysiamenerap dan menyemarakkan semangat 1Malaysia merentasi seluruh lapisan rakyatmelancarkan Bas Jelajah 1 Malaysia (JOM)
Bas "Jelajah 1Malaysia" Bas akan melawati kawasan-kawasan ParlimenProgram bertemakan 1Malaysia akan dirancang sempena lawatan bas tersebut dimana ianya berkisar kepada kebajikan rakyat dan menyentuh kumpulan sasaran, OKU, warga emas, anak yatim dan sebagainyaPenyertaan aktiviti tersebut akan merangkumi PEMUDA BN, NGO se…

Di mana Parlimen P81 Jerantut BN 2008 Lemah?

Sejarah pilihanraya Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).
Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. Di mana BN hilang undi sebanyak 6511 undi ini?
WZWH mahu memecahkan undi yang hilang ini kepada 3 DUN. Pertama kita lihat apa yang BN lemah di DUN Damak di tempat mengundi: negatif majoriti = - SK Tebing Tinggi -96 Balairaya Tebing Tinggi -127 SK Temin -195 SK Jerantut -113 SKJC Sungai Jan -201 Tadika Perpaduan PAKR Bandar Baru -105 SMK Padang Saujana -272 SK Bandar Jerantut -443 Balairaya Lata Kasah -41 SK Kampung Baru -19 SK Damak -130 SJKC Batu Balai -167 SMK Jerantut -346 Di SM Agama Ulu Cheka walaupun BN menang tapi majoriti kecil iaitu 59 undi sahaja dari 857 undi. Sepatutnya BN boleh menang besar kerana majorit…

Kem Anak Soleh Di DUN Tahan

Program Kem Anak Soleh telah diadakan di Masjid Kuala Teh di DUN Tahan pada 7 Jun 2010 dari pagi sampai malam. Program ini anjuran pelajar sijil tinggi agama Malaysia dengan kerjasama JKKK Kuala Teh.
WZWH kagum dengan sekumpulan pelajar agama belasan tahun yang berani mengambil inisiatif mengadakan program Kem Anak Soleh. Pada mulanya WZWH ingat program seumpama ini dianjurkan oleh jabatan kerajaan seperti Jabatan Agama Islam, PPD, Belia atau Belia Islam seperti ABIM, JIM tapi rupanya budak-budak sahaja!
Mari kita lihat apa kandungan program ini. Antara tentatif program ialah Futhur dan Pendaftaran, Khidmat Diri, Kem Bistari Solat, LDK dan amali, Solat Zohor dan Tazkiah Nafsi, Surat Wasiat, Solat Asar dan Bacaan Al Ma'thurat, Limpahan Peluh, Asya' dan Khidmat Diri, Solat Maghrib dan Kuliah Maghrib, Solat Isya', Malam Saqofah Islamiah, Night Drink, Himpunan Al Mulk.
Cabutan bertuah hamper buat semua ibu bapa yang datang menambahkan lagi kemeriahan program ini. WZWH cukup terh…

Universiti FELDA Di Jerantut?

Di Jerantut sudah ada perkembangan institusi pengajian tinggi yang boleh membantu dan memudahkan anak-anak muda Jerantut mendapat peluang pendidikan tinggi bertaraf kolej.
Jika anda pergi ke Jerantut dari Temerloh, di sebelah kanan di Temin, ada sebuah kompleks institusi pengajian tinggi iaitu Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang sedang dalam pembinaan.
Sebelum anda sampai ke masjid Jerantut, ada 2 blok bangunan baru yang dibeli oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk dijadi Kolej Komuniti yang akan dibuka tidak lama lagi.
Kadang-kadang WZWH terfikir di Jerantut ada banyak pusat penyelidikan seperti Pusat Penyelidikan Biotek Haiwan di Tebing Tinggi, Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar di Perlok, Pusat Penyelidikan Tun Razak (Pertanian) di Sungai Tekam.
Kenapa tidak kita sinergikan semua pusat penyelidikan ini dan bina satu kolej Pertanian Jerantut menafaatkan ilmu-ilmu dari Pusat Penyelidikan ini untuk melatih golongan muda Jerantut dan pihak kerajaan dan swasta boleh bekerjasama menj…

Menteri Pertahankan Loji Janakuasa Nuklear

Dato' Peter Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, mempertahankan pembinaan loji janakuasa nuklear di Malaysia menyatakan ianya adalah keperluan bagi jaminan tenaga masa depan. WZWH amat menyokong dan memahami kenyataan menteri ini.
Dato' Peter Chin memberitahu di Dewan Rakyat bahawa negara tidak lagi boleh bergantung kepada arang batu dan gas asli sebagai sumber utama tenaga. " Bagi jaminan tenaga di Semenanjung Malaysia, kita tidak boleh lagi bergantung kepada gas asli dan arang batu untuk memenuhi keperluan tenaga selepas tahun 2020".
"Kekurangan kedua-dua sumber bahan tersebut dan harga pasaran semasa yang meningkat melambung tinggi dan kebergantungan tinggi kepada kedua-dua bahan tersebut akan meningkatkan kos elektrik dan mengakibatkan rakyat membayar tarif elektrik yang tinggi", Dato' Peter Chin menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.
Beliau juga mengesahkan kos cadangan pembinaan loji janakuasa nuklear berkapasiti 1000MW antara…

Kenapa Jerantut Perlu Sokong Loji Janakuasa Nuklear Lembah Tembeling?

Pada 3hb Julai 2010, sebulan dari sekarang Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut akan bersidang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Najib PM. Kehadiran PM amat ditunggu ahli-ahli UMNO dan rakyat Jerantut. Kali terakhir Dato' Seri Najib melawat Jerantut pada tahun 1997.
Kita Jerantut mengharapkan lawatan YAB PM memberi makna. Kita belum minta apa-apa pada PM yang boleh memajukan Jerantut dengan impak ekonomi dan sosial yang berskala besar kerana kita tidak pernah minta pun...
Oleh kerana WZWH seorang pemikir dan pengamal politik Jerantut yang ingin melihat Jerantut maju dan rakyatnya hidup makmur dan sejahtera maka satu usul perlu dibawa untuk dipertimbangkan oleh PM.
Usul yang ingin dibawa oleh WZWH bukanlah usul baru, ianya ialah idea lama Tun Razak atas nasihat pakar nuklear dan tenaga Rusia pada tahun 1960an bahawa Malaysia perlu mengorak langkah ke depan dalam menghadapi permintaan bekalan tenaga elektrik yang makin meningkat demi mencapai negara industri dan berdepan dengan krisis te…

Wanita Lambang Pengenalan Jerantut dan Pahang

Sejarah Pahang memperlihatkan bagaimana wanita menjadi lambang pengenalan Pahang. Barangkali Pahang dilihat sebagai lambang kewanitaan yang selalu menjadi idaman dan perhatian orang luar. Imej kewanitaan yang melahirkan keghairahan pihak yang lebih kuat menggunakan apa saja helah dan cara bagi mencapai apa yang diidamkan...
WZWH bicara sejarah pemerintahan Empayar Pahang yang berhubungkait dengan pengaruh wanita-wanita terhebat yang mencetuskan konflik dan peperangan. Ianya adalah "politik cinta" yang melarat kepada politik menguasai sang pemerintah.
Pernahkah anda mendengar nama-nama wanita klasik berpengaruh ini seperti Puteri Onang Kio, Puteri Wanang Seri, Tun Teja Ratna Benggala dan Puteri Kamaliah? Maka WZWH pun bercerita...
Puteri Onang Kio adalah puteri Raja Chulan Pemerintah Siam kerajaan Kota Gelanggi yang juga di panggil Klang Kio atau Ganggayu ertinya perbendaharaan permata. Kota Gelanggi terletak di Jerantut. Semasa Kota Gelanggi dilanggar oleh Raja Suran (Raja Ra…

Jalan Ulu Tembeling- Mitos Atau Realiti

Sudah lebih 50 tahun, penduduk Ulu Tembeling memperkatakannya. Sudah ramai orang yang mengharapkannya sudah pergi tidak sempat melihat jalan ini. Yang tinggal anak cucu yang menunggu dan menanti...

Pertama,pada tahun 1976, satu peluang telah terhidang bila Syarikat Koperasi Ulu Tembeling telah ditubuhkan untuk menjayakan bukan saja projek jalan Ulu Tembeling tapi penempatan baru ala Felda dengan ladang-ladang,sekolah,dewan, masjid,bangunan kedai dan sebagainya dengan ASPA tapi oleh kerana penduduk Ulu Tembeling tidak bersatu, ada pemimpin-pemimpin yang anti pembangunan dan konservatif mengagalkan impian itu...

Kedua,sekali lagi Tuanku Sultan Ahmad Shah menanya orang Ulu Tembeling di depan jurutera-jurutera Rusia dan pihak yang berkenaan mahukah projek Empangan Hidroelektrik Tembeling dilaksanakan? Sekali lagi pemimpin konservatif mempengaruhi penduduk menentangnya. Jika penduduk Ulu Tembeling bersetuju maka perancangan Tun Razak mahu memajukan Ulu Tembeling, Pahang dan kepentingan negar…