Posts

Showing posts from November, 2010

Najib Umum Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai

Image

Anwar Ibrahim Kecewa Internet Tidak Boleh Tembusi Ulu Tembeling

Image

Gerakkan Rizab Antarabangsa Bagi Bina Projek Mega DUN Tahan

Image
Dulu zaman Mahathir semasa krisis kewangan Asia 1997/98, rizab luar negara Malaysia berjumlah hanya AS$17 bilion dan semasa pemulihan jumlahnya ialah AS$30 bilion.
Sekarang zaman DS Najib rizab antarabangsa Malaysia hari ini terlalu tinggi. Negara ada rizab berjumlah lebih AS$100 bilion, yang boleh menampung lapan bulan import tertangguh. Negara hanya memerlukan rizab bagi hingga tiga atau empat bulan import tertangguh.
Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa setakat 15 Nov, rizab antarabangsa Malaysia berjumlah RM326.5 bilion (bersamaan AS$105.8 bilion).
Rizab antarabangsa Malaysia yang besar jumlahnya boleh digerakkan. Tun Mahathir mencadangkan daripada AS$100 bilion itu, kita sebenarnya boleh menggerakkan AS$50 bilion, yang akan membantu kerajaan. Kerajaan berkata ia tidak ada wang untuk berbuat itu dan ini, tiada wang untuk memberi subsidi. Jadi, kenapa tidak gunakan wang ini.
WZWH sangat bersetuju dengan cadangan Tun Mahathir itu. Kalau kerajaan boleh gerakkan AS$50 bilion lebih kura…

Ketuanan Melayu Bukan Malay Supremacy

Image
Gambar DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM Sultan Pahang. Daulat Tuanku.

Presiden PKR, Dr Wan Azizah menyatakan Ketuanan Melayu harus ditinggalkan - kerana itulah faktor utama yang menyebabkan orang Melayu terpedaya dan tidak boleh maju. Beliau menyatakan Konsep Ketuanan Melayu adalah helah golongan elit UMNO untuk menipu orang Melayu demi kepentingan peribadi.
WZWH rasa penulis teks ucapan Dr Wan Azizah tidak faham sejarah Konsep Ketuanan Melayu atau sengaja untuk memutarbelit fakta dan cuba menaikkan emosi. Satu retorik politik yang membangkitkan kebencian kaum bukan Melayu kepada Melayu dan buat Melayu benci kepada UMNO.
Sememangnya ramai orang bukan Melayu tidak memahami Konsep Ketuanan Melayu. Orang Melayu sendiri yang berpendidikan dan liberal pun keliru dengan Konsep Ketuanan Melayu.
Konsep Ketuanan Melayu bukan "Malay Supremacy".
Masyarakat di negara ini perlu menghormati Konsep Ketuanan Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dari sudut bahasa, Konsep Ket…

Antara Dua Darjat-Sketsa Kehidupan Kampung Pedalaman

Image
Dalam posting WZWH kali ini cerita tentang sketsa kehidupan kampung pedalaman Ulu Tembeling. Ada 5 kampung besar di Ulu Tembeling iaitu Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Bukit Mat Daling. Terdapat juga kampung-kampung kecil yang berhampiran dan banyak yang kurang berpenghuni malah ada yang ditinggalkan.
Kampung-kampung pedalaman Ulu Tembeling begitu cantik, permai, tenang, dengan panorama sungai, bukit dan hutan serta kehidupan cara kampung tradisional yang unik masih ada di Ulu Tembeling. Tidak ada lagi kampung yang sebegini di Semananjung Malaysia. Sejak Malaysia merdeka 53 tahun dulu kehidupan tradisional penduduk Ulu Tembeling tidak ketara berubah cara hidup kehidupan tradisional kerana tiada jalanraya yang menghubungi kampung-kampung pedalaman Ulu Tembeling ini dari bandar Jerantut.
Projek jalan Ulu Tembeling fasa pertama dari Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke kampung Pagi yang sedang dalam pembinaan dijangka siap menjelang 2013. Dijangka lagi e…

PRU 13 Lambat Lagi...

Image
Banyak pihak baik kerajaan dan pembangkang membayangkan PRU 13 akan diadakan pada tahun depan. Blog-blog Jerantut seperti SPU dan Menyegar juga spekulasi PRU sudah hampir. Baca sini dan sini.
Mandat yang diberi rakyat kepada kerajaan BN sampai pada tahun 2013. Kenapa kerajaan BN mahu terburu-buru mengadakan pilihanraya.
WZWH difahamkan DS Najib amat meminati sukan bolasepak. Baru-baru ini DS Najib dapat anugerah AFC Diamond of Asia. Beliau dalam ucapannya menyatakan falsafah bola telah diterapkannya dalam politik. Semangat dan kerja berkumpulan, bawa bola ke depan untuk dapatkan gol, permain dalam pasukan berbilang bangsa, semua pemain sama tarafnya dan jangan sumbat gol sendiri.
Jika kita main bolasepak selama masa yang diperuntukkan 90 minit maka kita mainlah mengikut masa yang diberi supaya berpeluang untuk sumbat banyak gol lagi. Kerajaan BN jangan ulangi kesilapan PRU 12 kerana "bad timing" masa yang tidak kena.
Sangat mudah memahami "mood" rakyat dulu selepas PRU…

Mengurus Sumber Ekonomi Baru Negara Afrika Ikut Model Malaysia

Image
Afrika adalah benua yang akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang seterusnya selepas benua Asia. Negara Afrika Barat menjumpai sumber ekonomi baru. Pemandangan telaga minyak di sepanjang pantai adalah panorama semakin meningkat di Ghana.
Ghana ada 'Millenium Development Goals (MDGs)-iaitu sasaran pembangunan millenium. Ramai pemimpin tradisional, akademik, pemimpin NGO, pelajar bimbang samada kekayaan baru negara tidak memberi kebaikan kepada rakyat biasa.
Adakah minyak ini rahmat atau sumpahan? Mungkinkah minyak dan sumber asli memaksa Ghana yang merupakan pengeluar utama koko, kopi, minyak kelapa sawit membelakangkan pertanian? Mampukah kekayaan minyak ditadbir urus dengan baik?
Bukan rakyat Ghana saja yang menyuarakan kebimbangan itu. Jirannya Sierra Leone juga mahu tahu apa akan terjadi kerana sekarang mereka jumpa telaga minyak baru dan lombong bijih besi yang terbesar di dunia. Sierra Leone baru-baru ini telah menandatangani konsesi baru lombong bauxite disamping konsesi berlian,…

Industri Cicak Gecko Lembah Tembeling

Image
Blog Urag Drrulug dalam postingnya baca sini mempersoalkan ada diskriminasi taklimat kontraktor kelas F Jerantut yang dibuat beberapa sesi. Seramai lebih 150 kontraktor hadir. WZWH akui kontraktor kelas F susah dapat projek sekarang apa lagi Jerantut Daerah termundur di Pahang. Bagaimana mahu beri makan kepada 150 kontraktornya.
WZWH tertarik dengan pandangan seorang pengkomen tetap blog Urag Drrulug iaitu Ri Kuala Pengor. Beliau mencadangkan secara tersirat supaya kontraktor Kelas F yang ramai di Jerantut ini membela atau upah orang Asli mencari cicak gecko atau juga dipanggil cicak tokek. Di Lembah Tembeling, cicak ini orang kampung panggil cicak toek. Cicak ini ada banyak di hutan Tembeling. Cicak gecko suka bermain di pokok dan belukar.
Kenapa cicak gecko ini boleh dikategorikan satu industri baru yang lumayan juga macam burung walit dan kontraktor kelas F Jerantut yang seramai 150 orang itu digalakkan menceburi bidang keusahawanan ini.

Cicak dikenali sebagai gekko-gecko itu dilaporka…

Analisis Provokasi Korea Utara Ke atas Korea Selatan

Image
Dunia terkejut dengan provokasi agresif Korea Utara mengebom Korea Selatan menyebabkan kematian 2 orang askar dan 2 orang awam serta menyebabkan berpuluh cedera diikuti banyak rumah dan bangunan di Pulau Yeonpeong. Ini merupakan insiden pertama selepas gencatan senjata Perang Korea pada tahun 1953.
Sebelum itu pada bulan Mac 2010, sebuah kapal perang Korea Selatan telah karam bersama 46 krewnya mati kena torpedo Korea Utara.
Tentu serata dunia kata ini kerja gila general Korea Utara yang gila lunatik. Tanpa diprovoke menyerang jiran. Korea Utara menyatakan Korea Selatan yang mula dulu kerana menjalankan latihan ketenteraan dan pada hujung minggu ini bersama dengan tentera Amerika Syarikat. Tindakan latihan tentera Korea Selatan dikatakan menganjing Korea Utara.
Sejarah perang Korea membuktikan itu adalah perang proksi antara China dan Soviet Union (Korea Utara) dengan Amerika Syarikat dan PBB ( Korea Selatan). Ini pertembungan antara 2 ideologi iaitu Komunis dengan Demokrasi ala Amerika.

Sejarah Perang Korea

Image
Perang Korea bermula sebagai perang saudara dari 1950 hingga 1953 di Semenanjung Korea, yang telah dibahagikan kepada kawasan taklukan Amerika Syarikat dan kawasan taklukan USSR (Rusia) selepas Perang Dunia II. Perang saudara ini bermula pada 25 Jun 1950, apabila Korea Utara menyerang Korea Selatan. Peperangan ini berkembang pesat apabila Amerika Syarikat, dan selepas itu Republik Rakyat China campur tangan dalam konflik ini. Konflik ini tamat selepas gencatan senjata tercapai pada 27 Julai 1953.
Perang Korea merebak sehingga menjadi medan pertelingkahan ideologi – ideologi Komunisme (diterajui oleh Soviet Union, China dan dengan Korea Utara sebagai penggerak) dan ideologi demokrasi yang ditegakkan oleh Amerika Syarikat yang mahukan kerajaan Korea Selatan terus bertahan dan bertapak. (Ketika konflik ini bermula, terdapat beberapa medan persaingan ideologi yang dilancarkan oleh pergerakan komunisme seperti Darurat di Semenanjung Tanah Melayu, pemberontakan menentang penguasaan Perancis …