Tuesday, January 4, 2011

Agenda Pengundi Cina Jerantut: Tidak Mahukah Bersama Aspirasi Najib?



Parlimen Jerantut punya pengundi berdaftar 48,000. Pada PRU 12, Undi kaum Cina berjumlah 9000, India 2000, bakinya Melayu yang berjumlah 37,000 termasuk sedikit Orang Asli. Majoriti pengundi Cina ramai di DUN Damak.

Sejarah pilihanraya parlimen Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.

Manakala Abang kepada Dr Hamzah calon parlimen PAS iaitu Mohd Nor bin Jaafar bertanding di Dun Damak atas tiket PKR pada PRU 12 tewas ditangan BN. Mohd Nor Jaafar PKR 5165, Dato' Lau Lee BN 5674 dan Cikgu Koh Boon Heng Bebas 3295. Sekarang Cikgu Koh Beng Seng sudah masuk DAP dan telah mengembangkan 4 cawangan DAP di Jerantut.

Pada Tahun 2004, DAP bertanding di DUN Damak tetapi kalah dengan majoriti yang kecil iaitu 2239 (BN memperolehi 7563 undi & DAP memperolehi 5324 undi). Pada Tahun 2008, ada calon bebas bertanding di DUN Damak. Mengikut kata calonnya, Cikgu Koh, dia tiada jentera. Jenteranya hanya diwujudkan sehari sebelum penamaan calon. Tetapi, Cikgu Koh dapat lebih 3295 undi, calon PKR dapat lebih 5165 undi dan calon BN 5674 undi dan menang dengan kelebihan 509 undi. Ternyata dari contoh di atas, kekuatan jentera dan cawangan yang banyak bukanlah kekuatan mutlak untuk menang dalam pilihanraya.

Daripada data PRU 12 parlimen BN hilang undi sebanyak 6511 ternyata pengundi Cina banyak telah lari kepada pembangkang. Dari peti-peti undi pengundi Cina berikut seperti SK Jerantut, SJKC Sungai Jan, Tabika Perpaduan PAKR Bandar Baru, SJKC Jeransong parlimen BN kalah. Cuma peti undi Balairaya Sungai Lekok membantu.

PRU 12 itu cerita lama. Jelas pengundi Cina Jerantut tidak berpuas hati dan protes. Banyak isu telah cuba diselesaikan oleh UMNO Bahagian Jerantut dan ADUN Damak sendiri YB Dato' Lau Lee. Isu tanah sekolah SKJC Sungai Jan sudah selesai. Blok sekolah yang tidak selamat untuk belajar akan dibuat baru.

Projek "Greater Jerantut" pembangunan RM400 juta bandar baru Jerantut akan lebih menguntungkan komuniti perniagaan Cina. Dewan perniagaan Cina dan YB Dato' Lau Lee perlu memastikan bukan sahaja peniaga-peniaga Cina yang kaya saja ditolong malah peniaga-peniaga Cina yang kecil dan sedang perlu juga dibantu.

Hal-hal tanah membabitkan projek silang yang melibatkan pengambilan tanah orang Cina  di Sungai Lekok telah diselesaikan oleh MB. Orang Cina tidak perlulah risau. kali ini orang Cina mesti undi BN di parlimen mahu pun DUN. DS Najib akan tolong kasi Jerantut lagi maju, DS Najib orang Pahang mesti tolong orang Jerantut orang Pahang. Orang Cina senang berniaga nanti.

Parlimen Jerantut mempunyai 9000 pengundi Cina. WZWH mahu tahu masyarakat Cina Jerantut, apa permasalahannya dan kehendaknya, kepimpinan kaum Cina Jerantut dan hubungan dengan BN Jerantut.

Ada empat persatuan Cina Jerantut yang besar:
  • Persatuan Cina Kwang Tung
  • Persatuan Cina Kong Sai
  • Persatuan Cina Hokkian
  • Persatuan Cina Hakka
Menurut JP Aw Yuet Sam, MCA Jerantut tidak bersikap adil kepada masyarakat Cina Jerantut. Itu sebab Cikgu Koh Boon Keng menjadi calon Bebas pada PRU 12 dan kini menjadi pemimpin DAP Jerantut. Terdapat 4 cawangan DAP di Jerantut.

Menurut beliau lagi MCA Jerantut hanya menjaga kumpulan kecil tidak melibatkan semua masyarakat Cina Jerantut. MCA suka memberi bola tanggung kepada DAP menyebabkan DAP nampak kuat dan menjuarai isu-isu kaum Cina. MCA yang lemah bukan DAP yang kuat.

JP Aw Yuet Sam , berumur 78 tahun pemimpin veteran Cina masih lagi aktif dengan beberapa pertubuhan dan NGO.

Beliau adalah mantan Ketua Kampung atau dipanggil Tok Empat Kampung Sungai Jan (1972-1994). Bekas ahli MCA (1961-1974), sekarang ahli GERAKAN (1982-kini).

Penglibatan sukarela:
  • Bendahari PEMADAM
  • Bendahari Lembaga Pelawat PUSPEN
  • Bendahari Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti
  • Lembaga Pelawat Pusat Bina Diri
  • Penasihat JUVANA
  • AJK Persatuan JP Pahang
  • AJK Gabungan Persatuan Kwang Tung Malaysia
Terdapat 7 orang Ketua Kampung Cina di Jerantut. Mereka ini tidak betul-betul menjaga kepentingan kaum Cina keseluruhan di kampung masing-masing tapi lebih sibuk di Pejabat ADUN Damak.

Pemilihan beberapa Ketua Kampung Cina juga agak janggal, contoh di Kampung Batu 57 hanya ada 3 rumah orang Cina tapi diperuntukkan seorang Ketua Kampung. Di Kampung Padang Saujana ada 2 rumah orang Cina juga diperuntukkan seorang Ketua Kampung!

Bagi Lembaga Pelawat Hospital Jerantut bagi kuota MCA daripada 6 Lembaga Pelawat hanya 2 orang tahu berbahasa Melayu.

Rumah-rumah urut tumbuh bagai cendawan terdapat banyak di bandar Jerantut lebih daripada 10 buah. Terdapat rumah-rumah urut yang menawarkan perkhidmatan pelacuran dari pelacur-pelacur dibawa dari negeri China. Ini amat membimbangkan masyarakat Cina Jerantut. Terdapat insiden isteri-isteri pelangggan menyerang rumah urut.

Penduduk Cina Jerantut mahu wakil rakyat yang memberikan perkhidmatan kepada mereka seperti urusan Pejabat Tanah melibatkan tapak rumah dan tanah kebun mereka. Kebanyakan tapak-tapak rumah pajakan (lease) selama 25 tahun, 28 tahun, 38 tahun susah pihak bank mahu memberi pinjaman.

Masyarakat Cina Jerantut menyokong penuh Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Najib Perdana Menteri Malaysia untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Bila WZWH bertanya bolehkah BN mendapat kembali sokongan kaum Cina Jerantut pada PRU 13 nanti, JP Aw Yuet Sam secara optimis yakin BN masih boleh memenangi kerusi parlimen Jerantut dengan syarat BN kena tunjuk kerja kepada rakyat dan aturkan kehidupan yang lebih baik.

7 comments:

dzimba said...

ulasan yang baik.. kerja kuat bro.. aku dah linkkan blog kau. Kalau rajin menulis sentiasa diatas kalau malas selaluj kat bawah. itulah susunan dalam blog aku

terima kasih

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Yes...tq bro.

Anonymous said...

ulasan yang sungguh baik.. semoga BN terus kekal di Pahang..

Redz da Tsar said...

Orang cina cuma nak bagi amaran supaya ADUN tue bukak mata sket...

Bila dah bukak mata diorang akan undi balik...

Kalau orang melayu, UMNO tak perlu risau sangat, sebab memang hidup mati melayu dengan UMNO... Selagi takde hal yang besar dalam melayu Jerantut, selagi tue UMNO boleh hidup...

Btw, analisis yang menarik! RIndu kat bumi Jerantut...

=)

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:06 dan Redz da tsar,
Terima kasih memberi komen.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:06 dan Redz da tsar,
Terima kasih memberi komen.

Anonymous said...

mPza ghd
nFns cheap uggs
zOzr michael kors handbags
9dKxg GHD Australia
6gHab burberry outlet
3gKao bottes ugg
1kZte ghd nz
3wHja louis vuitton shoes
6qDhd michael kors purses
5aJre ghd sale uk
3sZyx ugg boots
9tZpn nike nfl jerseys
2hDce michael kors outlet online
7wPjv ghd
2xPpz cheap ugg boots

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024