Friday, December 23, 2011

Projek Naik Taraf Jalan Benta-Jerantut Bolehkah Dilaksanakan?

Jalan Benta-Jerantut yang rosak teruk menyukarkan pengguna kenderaan dan selalu buat kereta rosak.

Jalan Benta-Jerantut melalui DUN Damak Jerantut. Dulu kerajaan kata peruntukan RM22 juta diperlukan. JKR kata kos ideal ialah RM17 juta.

Maka tender dikeluarkan. Pemberian tender berdasar harga yang paling rendah. Dapat kepada sebuah syarikat kelas A anak tempatan Jerantut dengan harga RM13 juta.

JKR telah melantik kontraktor untuk melaksanakan Projek Naik Taraf Jalan Benta - Jerantut dan kontraktor telah tandatangani Surat Setuju Terima Projek berkenaan.

Nama Kontraktor : UNIBINA CONTRACT & LANDSCAPE SDN. BHD.
Tarikh Milik Tapak : 27.12.2011
Tarikh Siap : 24.12.2012

Dato' Lau Lee, ADUN Damak sangat suka hati kerana masalah Jalan Benta-Jerantut buat pengguna dan pengundi di DUN Damak marah dan mengadu jalan teruk dan buat kereta rosak.

Apa komen rakyat Jerantut DUN Damak, kita lihat reaksi dalam FB Batu Balai KampungKu:


Eddy Ikhwan Minta baiki jalan dalam Kg. Konggo... Harap ada peruntukan. Klu ikutkan cakap org kuat kampung, asyik tak de peruntukan je... Nak ke luar negara bawa AJK bercuti ade peruntukan pulak!.....huhuhuhu


Poknik Kamaruzaman banyak timakasih bosss...tak sabar rasanya nak tengok jalan baru


Abeli Rosli mudah-mudahan.. menjadi keselesaan terhadap rakyat jelata.....


Raja Azrulshah itulah yang kami harapkan


Izman Pauzi terima kasih dato. harap kali ni ia berjalan lancar, bukan lagi projek sebelum pilihanraya seperti pilihanraya lepas.


Ahmad Lutfi sama2 lihat dan tunggu...lama benar dah tu,,,


Mohd Zuhri thank YB,..


Che Muhamad Iruan kalau betul2 jln nak buat ,ok la tu,,tok perlulah ambor kene tukar sport rim ngan tayar tiap2 bln,,inikan tidok,,tiap kali kelik kg,,mst terjun lubang punya,,,aayo,yo,yo.yo.sendiri tau laaa.


Abeli RosliChe Muhamad Iruan...... kalu demo boleh elok... lubang jalan BENTA- JERANTUT... demo boleh masuk Drift.. kira pemandu hebat...... ada hikmah di sebalik tu...... demo kena kelik acap sikit kg..... baru boleh ingat lubang..... jengok orang tua .....


AmiErul ZulkiLman x kato apow lau lee...




Poknik Kamaruzaman kalu elok lubang langgar taik kuba pulok...2 x5 ..5 x 2


Mohd Zuhri YB Lau Lee brape peruntukan rojek jln brui nie,..
lau x cukup bajet x payah la buat,..
nt uat sakit mate jew,...


Sunozari Mat Nor aq x sey ...say tq first b4 jln 2 siap spnuhnyer...


Tengku Ahmad Faizal lepas ni buleh kelik sokmo la kapong..hehe


Khairul Khai kalau tak silap kawe kontraktor yang di lantik adalah untuk membesarkan jambatan sg som gan jambatan sg kenong


Wan Mohd Asran Siap jalan bru nti bulihlah saya beli keto baru dan kerap balik "batu balai kampungku"noreh getah pulok....ari minggu.....


Raja Azrulshah Betul ka projek ni? macam tak jadi jer..Menteri Besar Pahang apa criter?..takde pun dia bagitahu...selalunya dekat2 pilihanraya ini memang berbuih mulut diorang bagitahu rakyat tentang projek-projek pembangunan seperti ini.


Jiwa Islam Mudah-mudahan ia berjalan lancar dan tidak terbatal jika seandainya BN gugur dalam PRU 13


Poknik Kamaruzaman dekat PRU mace2 la projek timbul...lepas PRU gak senyap tipah..pah tgu PRU hok sekali lagi pulok..lagu tu la hok sokmo2 pung..


Mohd Nor Jaafar JIWA ISLAM: Biasanya kalau BN menang, tak disiapkan. Tapi kalau dia kalah kerajaan baru akan siapkan.


Mohd Nor Jaafar Lebar jalan biar berpadanan dengan kenderaan besar berselisih, terutama lori bawa bijih besi,minyak sawit dan lori balak. Ketahannya pon biarlah bolih menampong lori2 yang berat berpuluh2 tan tu.


Raja Azrulshah Jangan jadi misteri di hujung jalan sudahlah..molek pendapat Abe Nor..


Janggut Serabut tgk kat jln dr kg baru ke jantut sudala,,dah jadi mcm sawah padi.kata nya dah tampal,,ape yg di tampalnya???????


Jiwa Islam dah teruk ruponyo jale nok kelik kapung kawe...maklum laa,lamo tok kelik..


Mohd Isham Iskandar Jalan raya jerantut-benta bolehlah di anugerahkan oleh M'sia Book of Records sbg "JALAN TER-TERUK KATEGORI BANDAR DLM M'SIA"... :)

WZWH berharap kontraktor itu berjaya menaik taraf Jalan Benta-Jerantut seperti spek dan harga paling murah tendernya.

Jangan nanti timbul masalah kerana cost over-run.

Bila jalan tidak siap sempurna bahananya rakyat akan marah kepada UMNO dan kerajaan BN.

Bila JKR pakar buat jalan kerajaan kata kos ideal Projek itu ialah RM17 juta kenapa kerajaan sanggup bagi pada harga RM13 juta?

Jangan Projek Naik Taraf Jalan Benta-Jerantut masuk senarai projek sakit sudahlah!

6 comments:

Mee Bandung said...

COOL apabila.....
Lau levi's umum dana sudah ada untuk baiki jalan.

Lebih COOL apabila....
tender dibuka dan kontraktor dilantik

Sangat COOL apabila....
rakyat diwar-warkan tentang saheh berita ini.mereka tidak perlu merancang belanjawan tahunan khas untuk tayar baru.

Teramat COOL apabila....
jalanraya baru bakal menyaksikan pelumba2 bertaraf dunia yang bakal menjadi pelapis Marco Simoncelli mengasah bakat mereka.

dan yang COOL pepalihnye...
soklan wan zamzuri - Bila JKR pakar buat jalan kerajaan kata kos ideal Projek itu ialah RM17 juta kenapa kerajaan sanggup bagi pada harga RM13 juta?

ape jwpn yg COOL=?

Miecyber said...

Wait & See....

Anonymous said...

Kalau Jalan Benta-Jerantut-Maran yang entah dari dulu lagi ni tak boleh nak buat,bila nak pilihanraya tak payah la berbuih mulut cakap nak buat Jalan Jerantut-Sungai Lembing dgn Jalan Ulu Tembeling-Dungun.Sakit hati la bile dengarnye.Ingat orang semua bodoh ke haaa???

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Jalan-Jalan yang melibatkan DUN Tahan no problem. Itu WZWH campur dan ambil berat kerana itu tugas WZWH.

Jalan Ulu Tembeling.
Jalan Ulu Tembeling-Dungun.
Jalan Jerantut-Sungai Lembing.

Itu semua tiada masalah.

Jalan Benta-Jerantut-Maran pun sebenarnya tiada masalah tapi RM13 juta nak buat apa tak jadi ke benda.

Proposal WZWH RM500 juta baru berbaloi untuk Jerantut.

666 said...

maksud encik zamzuri no problem tu dari segi bajet atau perlaksanaan?

mende ni kedepan encik, xboley cakap ikot sedap perot. kontraktor melayu banyak penyakit kronik.kekadang tu ade pihak yang salahkan kerajaan namun puncanya ada juga datangnya dari pihak kontraktor snirik.ape yang saya npk "lelong tender" ni la yang buat banyak penyamun bertukar wajah jadi kontraktor.pakai barang at the cheapest price,boley la untung sekali ganda.sifirnya mudah sahaja.

bila encik nak buat posting pasal adam adli or hasan ali? nak juga tau buah pikiran encik.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Di Jerantut kena buat jalan ikut bajet besar lebih2 lagi di DUN Tahan baru boleh buat.

Bajet RM13juta ciput sangat.

Zaman Tun Mahathir dulu dah proposed Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran tu kalau nak elok RM1 bilion.

Tapi kita ada Menteri dari Pahang dulu yang bila dapat kuasa bodoh sombong dan tamak suka kucar ganggu planning yang kita dah buat.

Sebab itu kena orang Jerantut jadi Menteri. Senang buat kerja.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024