Posts

Showing posts from January, 2011

Realpolitik Pahang: Apa Persediaan BN Pahang?

Image
DSD Adnan Yaakob, MB Pahang merasmi Konvensyen BN Pahang 2011. MB melontarkan realpolitik Pahang dan persediaan BN Pahang serta motivasi meniup semangat BN Pahang menjelang PRU 13. 
Ledakan amukan ketidakpuasan hati rakyat kepada pemerintah melalui media baru seperti facebook, tweeter, blog dan SMS telah membangkitkan gerakan massa rakyat memberontak tuntut pemerintah undur diri. Itu senario di Tunisia telah merebak bagai domino ke Mesir, Jordan, Maghribi, Yemen dan beberapa negara Arab.
Adakah realpolitik Pahang akan juga berlaku fenomena seperti itu? Politik Pahang tenang. Tapi jangan disangka air tenang tiada buaya. Orang kata buaya-buaya sepanjang Sungai Pahang baik-baik tidak makan orang. Perubahan dan sikap rakyat Pahang kita tidak boleh jangka.
Hakikatnya realpolitik negara dan Pahang sudah berubah. Kita tidak boleh jangka undi rakyat. PRU 2004 yang terbaik dalam sejarah BN selepas itu PRU 2008 prestasi BN yang terburuk! Tanya soalan ini kepada saintis politik pun mereka pening me…

Nasionalis Islam VS Nik Aziz Chinesing Pseudo Islam

Image
Orang veteran politik Melayu tahu sejarah negara tercinta Malaysia ini. Dulu orang Melayu bersatu walaupun ada suara "haluan kiri" yang lebih percaya kepada "Mimpi Melayu Raya Sukarno" dan kononnya Jepun mahu liberasi Tanah Melayu dan Borneo.
UMNO nasionalis kanan sederhana, nasionalis Islam berjaya buktikan cara pragmatik dan berhemah boleh membina dan menbangunkan Malaya-Borneo =Malaysia sehingga mencapai tahap membanggakan  hari ini.
Namun British meninggalkan satu bom jangka yang walaupun parti komunis Malaya diharamkan, parti haluan kiri juga diharamkan tetapi parti pseudo Islam PAS telah dicipta British untuk memecahbelahkan solidariti keteguhan ikatan politik orang Melayu.
British telah buktikan berjaya menggerakkan gerakan Wahabi dan Freemason untuk hancurkan pengaruh dan penguasaan Empayar Osman Turki di Timur Tengah.
British tahu PAS adalah gerakan "Wahabi ke dua" diplanted untuk memecahkan kekuatan Melayu. Apa muslihat parti PAS pseudo Islam ini da…

Konvensyen BN Negeri Pahang 2011

Image
Hari ini WZWH menghadiri Konvensyen BN Pahang 2011 di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan.
Kali terakhir konvensyen BN diadakan ialah pada tahun 2002. Konvensyen ini melibatkan 2500 perwakilan dari parti-parti komponen BN Pahang terdiri dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP.
Konvensyen kali ini dipenuhi ucapan-ucapan termasuk oleh perwakilan daripada setiap parti komponen. Ucapan-ucapan ini diharap dapat menjurus ke arah meningkatkan lagi persepakatan sesama BN serta menguatkan lagi demi mendapat sokongan rakyat terhadap BN.
Selari dengan peredaran zaman, BN tidak boleh lagi terus-menerus bersandarkan kepada bekerja kaedah lama yang mungkin tidak lagi bersesuaian. Oleh itu, BN harus sedia berubah dalam beberapa pendekatan yang diambil dan dilaksanakan.
Tahniah kepada BN Pahang kerana berjaya menganjurkan Konvensyen BN Pahang 2011 yang pertama dianjurkan di peringkat negeri selepas hanya dua bulan BN Pusat menganjurkan konvensyen di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada awal Disember le…

Luahan Hati Rakyat Jerantut Kepada DS Najib

Image
Setakat hari ini sejak Mei 2010 WZWH telah menulis blog sebanyak 424 posting. Bila WZWH belek pada posting lama-lama rupanya masih ada pembaca beri komen walaupun posting sudah tujuh bulan usia.
Posting WZWH pada 3 Jun 2010 bertajuk "Kenapa Jerantut Perlu Sokong Loji Janakuasa Nuklear Lembah Tembeling?"baca sini, telah mengundang beberapa komen yang merupakan luahan hati rakyat Jerantut kepada DS Najib.
Kita ikuti komen pembaca rakyat Jerantut yang berharapkan DS Najib berbuat sesuatu untuk pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan Jerantut....

mrbabysteps said... kalau nak buat loji nuklear kat tembeling,buat la jalan dulu kat sana.jalan pon tak siap2 dah merdeka 50 tahun,apa cerita?bila la najib nak buat jalan dari jerantut-pasir raja,terengganu dengan jalan jerantut-sg lembing?kan senang orang jerantut.jerantut ni dah la ulu.malu la orang gelakkan kite.bila dah siap dua-dua jalan tu,baru la ekonomi boleh berkembang.baru orang sanggup datang ke tempat ulu macam jerantut ni nak…

Agen-Agen Chinesia Dan Chinesing Mula Bantu PAS di DUN Tenang!

Image
Pada pembaca blog WZWH yang belum kenal istilah Chinesia dan Chinesing sila baca posting blog WZWH yang lepas bertajuk "PKR dan PAS Perlu Bantu DAP Cipta Negara Chinesia" baca sini.
Blog The Unspinners telah melaporkan bahawa agen-agen Chinesia dan Chinesing telah mula turun membantu PAS di DUN Tenang. WZWH CnP sepenuhnya...
Segamat sedang hujan hampir tiap-tiap hari. Anda semua lihat gambar baju hujan ini kerana semua petugas DAP akan memakai baju hujan yang sama. 
Pasti ini tidak menghairankan dalam usaha DAP untuk menunjukkan kehadhiran mereka di Tenang. Yang anda tidak tahu ialah baju hujan telus berwarna kuning ini disumbang PAP Singapura.
Pada hari Selasa 25hb baru-baru ini, Setiausaha Pertama Singapore High Commission, di Kuala Lumpur, Ian Mak dilihat bertemu dengan Theresa Kok di bilik Gerakan DAP di Labis.
Disamping itu, seorang lagi Setiausaha SIngapore High Commission, Harold Lee ditemui bersama Tian Chua di Pekan Air Panas.
Ketika kempen ceramah di hadapan Bilik Geraka…

Sejarah Pemimpin PAS Mengkafirkan UMNO

Image
Terbaru WZWH dengar Nizar MB kantoi Perak berucap undi UMNO dan BN haram hukumnya. Undi PAS dan PR halal. Itulah perangai pemimpin-pemimpin  PAS yang dijamin masuk syurga gamoknya!...
Ini bukan cerita baru. Benda ini mainan lama PAS bila pemimpin mereka rasa parti sudah hilang pengaruh, terdesak dan tertekan dengan ideologi Islam palsu mereka terbongkar sudah.
Jika kita masih ingat, pada awal kemerdekaan, Pas dengan lantang berkempen mengatakan UMNO sebagai taghut, sesat dan tidak menuruti ajaran Islam kerana bekerjasama dengan kafir.
Pada Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS yang bersidang di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan, telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram".
Kemudiannya sejarah politik orang Islam di negara ini menjadi kacau bilau sehingga menganggu kehidupan sosial mereka sekali. Hukum yang bersifat fatwa ini akhirnya dirin…

PKR dan PAS Perlu Bantu DAP Cipta Negara Chinesia

Image
Pada posting WZWH yang lepas baca sini ada satu komen dari pembaca yang menarik begini:
Penditakainsingkat said...
Akhirnya ketuanan China tetap akan berlaku. Cuma cepat atau lambat. Hakikat bahawa ketuanan China dalam sistem ekonomi sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Kalau China tutup kedai anak Melayu tak boleh beli mercun di hari raya. Ketuanan ekonomi tidak cukup. China perlu kuasa politik untuk jadi tuan sepenuhnya. Seperti Singapura. Pada ketika itu barulah boleh diambil tindakan menukarkan MALAYSIA kepada CHINESIA dan orang Melayu tetap tidak hilang di dunia. Cuma masa sahaja yang menentukan. January 27, 2011 1:19 PM 
WZWH fikir tidak mustahil ini boleh berlaku. Memang demografinya Melayu dan Bumiputera berjumlah 60%  manakala Bukan Melayu 40%. Tetapi jika 60% daripada 15 juta pengundi berdaftar pecah kepada tiga parti Melayu terbesar: UMNO, PAS dan PKR, kekuatan sudah jadi 20% setiap parti Melayu dan Islam.
Logiknya parti 40% boleh makan dan gugat serta perdaya parti 20% kekuata…

Ketuanan "China" Menjamin Survival Politik Dan Ekonomi Melayu

Image
Part of original copy of Ming Dynasty history (1368-1644) - chapter 325. Parameswara visits emperor Yongle. The Geoff Wade translations: “You, king (refer to Parameswara), travelled tens of thousands of li across the ocean to the capital, confidently and without anxiety, as your loyalty and sincerity assured you of the protection of the spirits. I (emperor Yongle) have been glad to meet with you, king, and feel that you should stay. However, your people are longing for you and it is appropriate that you return to soothe them. The weather is getting colder and the winds are suited for sailing South. It is the right time. You should eat well on your journey and look after yourself, so as to reflect my feelings of concern for you. Now I am conferring upon you, king, a gold and jade belt, ceremonial insignia, two "saddled horses", 100 liang of gold, 500 liang of silver, 400,000 guan of paper money, 2,600 guan of copper cash, 300 bolts of embroidered fine silks and silk gauzes, 1,0…

WZWH Sokong Intelektual Muda Melayu Masuk DAP

Image

BN Dan PRU 13: Ramalan WZWH

Image
BN dijangka menang PRU 13 dengan majoriti yang lebih besar. Pengundi akan mengundi BN kembali selepas mencuba pembangkang pada PRU 12. Rakyat Malaysia sudah belajar jika kerajaan yang sedang memerintah tidak dapat 2/3 majoriti susah untuk kerajaan lebih laju melakukan perubahan dan kemajuan kerana terlalu banyak "politiking" tidak mendatangkan hasil.
Rakyat Malaysia sudah eksperimen pilihan mereka bila mencuba PR pada tahun 2008, ramai mahu memilih BN pada PRU akan datang.
BN akan mendapat kembali majoriti 2/3 apatah lagi DS Najib mahu memenangi kemenangan PRU pertamanya. Rakyat Malaysia akan beri mandat kepada beliau.
PRU 13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana masih ada masa sehingga Mac 2013.
Bagaimana dengan pembangkang? Pada PRU 13 nanti PR akan menghadapi kesukaran mempertahankan Kelantan dan Pulau Pinang dan akan tewas di Kedah, Perak dan Selangor. Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak tetap menjadi simpanan tetap BN yang merupakan 45% dari 222 kerusi parlimen.
BN aka…

Nik Aziz Jalan Kampung Rosak 7 Tahun Tidak Selesai , Wan Amizan Jalan Ulu Tembeling 54 Tahun Boleh Selesai

Image
"Ambo takdo maso nok bela jalan...ambo sibuk ceramah dengan DAP sebab Nuar tak kecek politik dah!"

WZWH rasa pelik bagaimana TG Nik Aziz MB Kelantan tidak boleh selesai jalan kampung rosak di dalam kawasan DUN sendiri. Apa guna wakil rakyat berjawatan MB tetapi tidak boleh membantu keperluan orang kampung dalam kawasan.
Penduduk di lima buah kampung di Kota Bharu, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman mendesak ADUN Cempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan masalah kerosakan jalan di kawasan itu.
Demonstrasi secara aman yang disertai 50 orang wakil penduduk kampung itu berlangsung kira-kira 20 minit di Kampung Pantai Sabak iaitu kawasan yang terletak dalam DUN berkenaan.
Dakwa penduduk, mereka kini tiada daya kerana masalah kerosakan jalan telah berlanjutan hampir tujuh tahun dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian. 
"Setiap kali aduan dibuat kepada kerajaan n…