Monday, February 28, 2011

Lawatan DS Najib ke Jengka 25

Hari ini WZWH sibuk mengikuti program PM. Lawatan PM ke DUN Kerdau bermula di Felda Jengka 22, 23 dan 25. Kemudian PM melawat kampung tradisional Batu Sawar dan terus ke Pekan Kerdau. WZWH hanya menunggu di Felda Jengka 25. Kemudian ke Pekan Kerdau dan Kampung Peragap.















DS Rosmah Mansor sampai dulu ke Jengka 25. Beliau ada program melawat  pesakit OKU. YB Dato' Wan Amizan mengiringi DS Rosmah ke 2 buah rumah.















Setiba DS Najib ke Felda Jengka 25 terus beliau ke upacara majlis memecah tanah projek dewan orang ramai yang bernilai RM800,000. Ini usaha YB Dato' Wan Amizan bersama dengan penduduk Felda Jengka 25. Semua peruntukan yang telah dululuskan oleh Felda dan kerajaan negeri Pahang hampir bernilai RM1 juta. Kemudahan lain seperti gelanggang futsal, keperluan masjid, belia dan wanita.















DS Najib berucap di Felda Jengka 25. Beliau berkata ini adalah siri lawatan. Cuma bila PRK maka kelulusan peruntukan dipercepatkan sikit. Pembangkang sudah tiada isu. BN bersungguh membantu rakyat. Sokong calon BN Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad. Banyak kelebihan calon BN ini.















DS Najib memperkenalkan calon BN PRK Kerdau Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad.















Press conference DS Najib. Beliau menjawab sebarang persoalan dari para wartawan dengan tenang, berhemah dan bijaksana. Antara soalan yang menarik DS Najib menafikan tuduhan Anwar bahawa beliau berkata kumpulan "muslim brotherhood" Mesir adalah terroris. Maksud beliau yang sebenarnya kalau kumpulan itu mahu berperanan di Mesir patut kikis imej negatif pandangan barat terhadap kumpulan itu.

DS Najib menjelaskan sebab kenapa PAS tidak berani menurunkan Tuan Ibrahim Tuan Man. PAS tidak mahu ambil risiko kerana Tuan Ibrahim Tuan Man sudah kalah bertanding PRU sebanyak dua kali. Ini boleh menjejaskan kedudukan politik Tuan Ibrahim dalam PAS jika kalah buat kali ke tiga.















Orang kuat MCA Pahang di Pekan Kerdau. Menteri Liow Tiong Lai Timbalan Presiden MCA mahu kerajaan membina bangunan kedai yang baru mengantikan rumah kedai usang dan tidak nampak selamat yang dibina pada tahun 1940an. Luahan menteri ini ketika menunggu ketibaan DS Najib dari Kampung Batu Sawar.

Ucapan DS Najib mengenai 1Malaysia menarik di Pekan Kerdau. Beliau mengunakan analogi bolasepak dan badminton. K. Rajagobal adalah coach berbangsa India. Pemain ramai Melayu dan ada juga India. Pemain Melayu ikut cakap coach itu yang buat Malaysia berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki. Dato' Lee Chong Wei pemain no 1 dunia bila berjaya memenangi perlawanan selalu mendakap coachnya Misbun Sidik.

DS Najib mahu pengundi DUN Kerdau membuktikan kalau BN menang PRK DUN Kerdau dan DUN Merlimau maka kedudukan 16 PRK selepas PRU 12 akan menjadi 8-8. Bolehkan pengundi DUN Kerdau membuktikan sokong kepada BN? Boleh kata pengundi Pekan Kerdau.















Salah seorang pakar strategi kempen yang dibawa khas dari Amerika Syarikat oleh YB Dato' Wan Amizan iaitu Mr. Donald dari Vermont New York untuk membantu PRK DUN Kerdau.

Sunday, February 27, 2011

PRK DUN Kerdau: Jengka 25









WZWH terlibat dengan PRK DUN Kerdau. WZWH jaga Felda Jengka 25. Ini ialah calon BN Ustaz Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad. Tokoh ulama muda Pahang berpendidikan di Mesir. Beliau ialah penasihat agama MB Pahang. Graf terkini Syed Ibrahim Syed Ahmad bermula dengan rating 45%. 















Felda Jengka 25 adalah salah satu peti undi dari 13 peti undi DUN Kerdau. Berlatarbelakangkan Gunung Senyum. Satu-satunya Felda yang ada program "homestay".















Ini bilik gerakan UMNO Bahagian Jerantut yang ditugaskan menjaga peti undi Felda Jengka 25.















YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut sedang mempengerusi mesyuarat jentera PRU DUN Kerdau: Felda Jengka 25. Sebagai anak peneroka beliau sangat berpengalaman luas mengendalikan kehendak pengundi Felda.

Pada PRU 2008 dari seramai 450 pengundi berdaftar Felda Jengka 25, PAS cuma dapat 41 undi sahaja. Sasaran PRK ini PAS dapat 10 undi sahaja.

WZWH difahamkan Felda dan kerajaan negeri Pahang telah meluluskan peruntukan hampir RM1 juta bagi kemudahan Felda Jengka 25 seperti dewan orang ramai, gelanggang futsal, hal-hal masjid, belia dan wanita.

Beberapa tokoh seperti Dato' Ahmad Maslam Menteri Felda dan Tan Sri Isa Samad Pengerusi Felda telah berkampung di Jengka  25.

Hari ini DS Najib melawat Felda Jengka 25, 23 dan 22.















Jentera Pemuda UMNO Bahagian Jerantut bersama Pemuda Felda Jengka 25 sedang memasang bendera BN.















WZWH balas balik pantun di atas:

Gunung Senyum Tersergam Indah
Jengka 25 Kita Kunjungi
Persahabatan Terjalin Sudah
Semoga PRK DUN Kerdau BN Menang Lagi

Friday, February 25, 2011

Dunia Islam Hanya Ada Malaysia Sebagai Contoh : Contohi Malaysia Ikuti UMNO

Dunia Islam hanya ada Malaysia atau Turki sebagai negara Islam sederhana yang progresif dan moden untuk dicontohi. Negara yang dikuasai oleh orang Islam dan mengekalkan keamanan serta kemakmuran.

Malaysia terbukti sistem tadbir urus berdasarkan Islam sederhana nyata berhasil dan boleh menjadi model kepada negara dunia Islam.

Kemelut politik yang berlaku di negara Islam seperti di Tunisia, Mesir, Bahrain, Libya, Algeria, Yemen, Jordan, Arab saudi adalah perlu memastikan sistem pentadbiran boleh berjalan.

Jika sesuatu negara ada sistem, adakah sistem itu boleh dipakai untuk menghasilkan urus tadbir yang cekap dan berkesan? Urus tadbir yang cekap dan berkesan boleh memberi perkhidmatan yang baik dan memuaskan kepada rakyat. Jika rakyat puas hati, rakyat tidak akan pergi ke jalanraya memberontak atau semasa PRU membuang kerajaan yang ada.

Sistem yang baik memberi rakyat ruang untuk menyertai dalam sistem, memberi kuasa kepada rakyat untuk menentukan destini rakyat.

Malaysia boleh menawarkan model Malaysia menjadi contoh kerana model Malaysia boleh diguna pakai. Dari negara yang miskin ekonomi berasaskan pertanian, Malaysia sudah bertukar kepada ekonomi industrialisasi.

Fasa seterusnya Malaysia sedang transformasi menuju negara berpendapatan tinggi. Kejayaan sistem bukan hanya mengenai angka tapi juga memperbaiki kualiti kehidupan, nilai-nilai yang baik, memastikan keadilan, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kerangkuman, jaringan keselamatan sosial dan prihatin kepada golongan miskin.

Perkara-perkara inilah merupakan asas-asas politik, ekonomi dan sosial Malaysia. Ini yang boleh ditawarkan Malaysia kepada dunia Islam dan negara lain.

Malaysia telah membangunkan struktur politiknya dengan memastikan Islam berperanan dalam polisi dan pentadbiran negara dalam menentukan destini.

Islam tidak dipisahkan dari politik di Malaysia. Islam sederhana yang diamalkan di Malaysia. Islam di Malaysia tidak ada hubungan dengan keganasan, bersifat baik dan lembut dan majoriti itu pegangan orang Islam di Malaysia.

UMNO sebagai tulang belakang BN adalah parti yang membina negara Islam Malaysia hari ini. Malaysia adalah negara yang dikuasai oleh orang Islam dan dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran. Ciri-ciri ini dipersetujui oleh kebanyakan ulamak bahawa ini definisi negara Islam.

UMNO menjaya dan mengurus Islam dengan baik di Malaysia. PAS adalah parti yang mendakwa ianya adalah parti Islam namun hanya sekadar retorik teologi politik Islam. Hanya bercakap Islam dalam ceramah tetapi tidak ada matlamat untuk menjaya, mengurus, mentadbir dengan baik, cekap dan berkesan. 

PAS sanggup meninggalkan prinsip-prinsip perjuangan demi kuasa politik. PAS sanggup meninggalkan "keMelayuan" kerana berdamping dengan DAP dan PKR yang secara total menolak Islam sederhana. Mereka mahu parti Islam yang boleh mereka guna sebagai "orang tolol berguna" demi memecah-belahkan kesepaduan ummah orang Islam @ Melayu yang merupakan penduduk majoriti Malaysia.

Thursday, February 24, 2011

PRK DUN Kerdau: UMNO Jerantut Jaga Peti Undi Jengka 25

YB Dato' Wan Amizan Wan Razak mengadakan mesyuarat AJK peti undi Felda Jengka 25 (DUN Kerdau) pada petang 20 Februari 2010.




Pada hari Ahad 20 Februari 2011 lagi sebelum BN umum calon PRK DUN Kerdau pada hari Selasa 22 Februari, UMNO Bahagian Jerantut melalui YB Dato' Wan Amizan Wan Razak Timbalan UMNO Bahagian Jerantut, EXCO Pemuda UMNO Malaysia merangkap ADUN Tahan telah mengambil inisiatif mengadakan mesyuarat dengan AJK UMNO cawangan Jengka 25 (dalam DUN Kerdau).

Dalam mesyuarat itu juga ditubuhkan AJK peti undi Jengka 25 bagi persiapan menghadapi PRK DUN Kerdau. Jengka 25 mempunyai pengundi berdaftar seramai 450 orang. Bertuahlah Jengka 25 mendapat "guardian UMNO" seperti YB Dato' Wan Amizan. Beliau adalah ahli politik muda Pahang yang pantas, laju, proaktif, cekap dan berkesan. Apa-apa keperluan bagi bilik gerakan Jengka 25 dan jentera BN Jengka 25 semuanya mudah dibereskan oleh YB Dato' Wan Amizan.

Sebagai anak peneroka Jengka 12, beliau sangat-sangat memahami segala macam permasalahan dan keperluan peneroka. Beliau tahu apa kehendak pengundi peneroka Felda. Anak-anak muda Felda Jengka 25 sangat bersemangat dan bermotivasi untuk laju buat kerja memenangkan calon BN PRK DUN Kerdau Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

WZWH dapati bilik gerakan Jengka 25 semakin ceria meriah dengan berbagai aktiviti. Sewaktu ditanya apa peluang calon BN PRK Kerdau, YB Dato Wan Amizan percaya dan yakin akan kemenangan Syed Ibrahim. Beliau percaya pengundi-pengundi PRK DUN Kerdau sangat matang memilih pemimpin.

Wednesday, February 23, 2011

PAS Perlu Calonkan Nasrudin Hassan At-Tantawi Nafikan Majoriti BN PRK Kerdau

Ini tokoh pemuda PAS yang perlu diumum oleh Mursidul Am PAS TGNA di Kerdau esok. Pengundi muda Pahang mahu lihat calon orang muda.

Jika PAS mahu buat kejutan di PRK DUN Kerdau dan menafikan majoriti BN maka WZWH berpendapat Nasrudin Hassan At-Tantawi perlu dicalonkan untuk berlawan dengan Syed Ibrahim Syed Ahmad Al-Yahya.

Tuan Ibrahim Tuan Man perlu akui sebagai Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Pahang sekarang ini era orang muda tokoh muda berpolitik. Pengundi muda terutamanya mahu melihat calon-calon muda.

Orang Pahang mahu lihat PRK DUN Kerdau sebagai pertemuan politikus agamawan Pahang. JIka UMNO letak calon Universiti Azhar maka PAS pun mesti letak calon Mesir juga.

Kenapa PAS perlu letak Nasrudin Hassan At-Tantawi? Beliau ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia. Jika di DUN Tahan dulu PAS letak Nuridah Salleh Ketua Wanita PAS Malaysia maka lebih elok juga di PRK DUN Kerdau ini PAS letak Ketua Pemuda PAS Malaysia. 

WZWH mahu lihat jentera pemuda PAS aktif mengempur DUN Kerdau dan tentu lebih bersemangat dan bermotivasi bila ketua pemuda PAS Malaysia bertanding. Sebabnya WZWH mahu lihat bagaimana rupa Pemuda UMNO Pahang bertempur dengan Pemuda PAS Pahang mahu pun pusat.

WZWH mahu PRK DUN Kerdau menjadi venue medan "peperangan politik terhebat" dalam sejarah politik Pahang. Kita akan lihat berbagai strategi-strategi politik dan bermacam-macam siasah akan digunakan.

WZWH mahu lihat semua kepimpinan PAS pusat dan Dewan Ulamak Syura PAS turun berkempen di PRK DUN Kerdau. Bentangkan hujah-hujah teokrasi politik PAS nyatakan segala dalil dan nas yang menyokong. Orang Pahang nak dengar keilmuan Islam PAS setakat mana hebatnya. Hebat mana pungkornya. Nak menengok pungkor Pahang tunggulah bila kempen bermula secara rasmi pada hari Sabtu ini.

Oleh kerana PAS sendiri tidak ambil inisiatif nak promosi biodata Nasrudin Hassan At-Tantawi maka WZWH publishlah biodata beliau:

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Tarikh Lahir : 24 hb November 1970
Tempat Lahir : Kampung Batu 13 Besut Terengganu
Tempat Tinggal : No. 26 Taman Pelindung Perdana 26100 Beserah Pahang Darul Makmur

Tugas:
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia [ sessi 2009 – 2011 ] 
Ajk Majlis Syura Ulama PAS [ 2009 -kini] 
AJK badan Perhubungan PAS Negeri Pahang Darul Makmur 
Pengarah Eksekutif Akademi Ar Rasyidin 
Pengerusi Lajnah Tarbiyah Musolla ar Raudhah Tmn Pelindung Perdana

Latar Belakang Pengajian:
Sek Ren Keb Felda Keratong 4 & 5 Pahang Darul Makmur 
Sek Men Dato’ Mahmud Mat Tanah Putih Pekan Pahang Darul Makmur
Sek Men Dato’ Abdul Samad Tanjung Ipoh Kuala Pilah Negeri Sembilan
Maktab Ittibai’s Sunnah Kuala Pilah Negeri Sembilan
Madrasah Ad Diniah al Bakriah Pasir Tumboh Kelantan Darul Naim
Maahad Fathul Islami Damascus Syria
Universiti Al Azhar Tanta Mesir

Keluarga:
Isteri : Wan Hamidah binti Wan Daud
Anak : 3 lelaki dan 3 perempuan

Pengalaman: 
Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang [ 2001 – 2007 ] 
Timbalan Yang di Pertua PAS Kawasan Rompin Pahang
EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat [ 2000 – 2009 ]
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa [DPM] Tanta [ 1992 – 1994 ]
Pengerusi Majlis Yang diPertua DPM Gabungan Muhafazah [ 1992 – 1996 ]

Manakala ini pula calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad Al-Yahya:
Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
-------------------------------------------------------
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin.

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim

Tuesday, February 22, 2011

Tuan Ibrahim Tuan Man Sudah Menyerah Kalah Di PRK Kerdau!



PAS tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam PRK DUN Kerdau kata Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau percaya:
  • Tidak ada harapan yang tinggi tetapi sekadar mahu membuat kejutan. Tetapi peluang 50-50.
  • Tetapi kena bekerja keras dan menggunaka taktik yang betul, pilihanraya kecil ini tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan sebenar PAS kerana penggunaan wang ringgit dan jentera kerajaan oleh BN.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon dan 6 Mac depan hari mengundi.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon PAS dalam satu majlis di Kerdau, Khamis ini.

Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihanraya Kerdau berkata, kekuatan BN di DUN Kerdau kerana:
  • Ada tiga kawasan Felda
  • Satu Felcra 
  • Beberapa kampung tradisional yang sekian lama mengundi UMNO
Bagaimanapun, beliau percaya kepada propaganda "Anak" agenda Mazlan Aliman menurutnya, kini mula kelihatan bahawa generasi kedua Felda berani menyokong pembangkang setelah Pakatan Rakyat mendedahkan penyelewengan agensi tanah tersebut.

“Dengan pendedahan dan maklumat yang dibuat oleh Pakatan Rakyat nampaknya mereka mula menyebelahi kita,” katanya.

Ketika diminta mengulas dakwaan bahawa PAS telah mengalami kemeroston sokongan di kalangan pengundi Melayu, Tuan Ibrahim berkata, “cuma merosot di kawasan tertentu.”

“Merosot di kawasan perkampungan tradisi Melayu kerana mereka tidak mendapat maklumat.

“Tetapi di kawasan bandar pengundi Melayu tetap menyokong PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya.

WZWH sudah menjangka Tuan Ibrahim sudah menyerah kalah dan moral kepimpinannya sebagai Pengarah PAS (PR)  PRK DUN Kerdau adalah berada pada tahap terendah di dalam perjuangan beliau berlawan dengan UMNO dalam pilihanraya.

Beliau sudah akur kepada realiti politik Pahang terkini yang rakyat Pahang sudah kuat kembali menyokong UMNO dan BN. Rakyat bukan bodoh untuk menolak kepimpinan DS Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia. Hanya rakyat Pahang yang bukan "rakyat Pahang yang menjiwai Pahang" bertindak jahil menyokong parti anti semangat Pahang!

Monday, February 21, 2011

Beranikah PAS Mempertaruhkan Tuan Ibrahim Tuan Man Di PRK Kerdau?



PAS ada kecenderungan kuat meletakkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di PRK Kerdau. Nama calon itu bagaimanapun akan hanya diumum oleh Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat di Kerdau pada Khamis.

Spekulasi bertiup bahawa parti itu telah memilih naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga ketua bahagian PAS Kuala Krau untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau.

Spekulasi itu timbul selepas tugasnya sebagai pengarah parti untuk pilihan raya kecil Merlimau digantikan dengan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang sama hari ini.

Siapakah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man? Tuan Ibrahim Tuan Man adalah salah seorang daripada Naib Presiden PAS (Mendapat undi paling tertinggi). Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang dan YDP PAS Kuala Krau.

Pada tahun 1999, beliau mula menyertai PRU ke 10 dan bertanding di DUN Jengka dan memperoleh kemenangan setelah menewaskan calon UMNO, Dato Zainal Hassan dengan majoriti 319 undi.

Walaubagaimanapun, beliau gagal mempertahankan kerusi DUN tersebut pada tahun 2004.

Pada tahun 2008 pula, beliau masih gagal menawan kembali kerusi DUN Jengka pada PRU 12, walaubagaimanapun telah berjaya merapatkan jurang majoriti kepada hanya 596 undi.

Beranikah PAS mempertaruhkan Tuan Ibrahim Tuan Man kerana secara politiknya beliau adalah "a born loser politician" !

Beliau adalah anak Kelantan Jerantut. Dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai, Jerantut Pahang. Beliau adalah anak saudara sepupu TG Nik Aziz. Memang keluarga TGNA ramai berhijrah ke Jerantut mencari rezeki sejak tahun 1950an.

Bagaimana boleh beliau berpolitik di DUN Jengka dalam parlimen Kuala Krau. Itu kerana Tuan Ibrahim pernah menjadi pensyarah kanan pengajian Islam di ITM Jengka dari tahun 1993-1998. Sebelum itu pensyarah di ITM Kuantan.

Beliau sepatutnya berpolitik di Jerantut kerana tempat lahirnya di situ. Beliau patut bertanding parlimen Jerantut tapi mungkin beliau segan kepada YBM DS Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar. Beliau cadangkan sepupunya Dr Hamzah bertanding di parlimen Jerantut.

Beliau boleh bertanding di DUN Tahan tapi mungkin beliau tidak berani berhadapan dengan YB Dato' Wan Amizan, beliau cadangkan Ketua Muslimah PAS Malaysia, Nuridah bertanding di DUN Tahan.

Beliau memang wajar bertanding di DUN Damak tempat lahirnya tetapi beliau biarkan sepupunya abang kepada Dr Hamzah iaitu Mat Nor bertanding di DUN Damak atas tiket PKR. Politik Pakatan Rakyat Jerantut sangat bersifat kroni adik beradik, sepupu dan semangat orang Kelantan Jerantut yang sangat tebal.

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Pesuruhjaya PAS Pahang. Beliau lantik sepupunya Dr Hamzah sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang. Cantik permainan politik kroni anak beranak dari sekampung Batu Balai Jerantut ini.

Rupanya anak beranak PAS Kampung Batu Balai Jerantut memerintah PAS Pahang ini. Almaklumlah anak beranak TG Nik Aziz juga. Mana pemimpin  PAS Pahang lain?  Menyorok dalam belukar.

Beranikah PAS mempertaruhkan Tuan Ibrahim Tuan Man di PRK Kerdau? Harakahdaily  menjelaskan...

Bagi sesetengah aktivis PAS di Pahang, pilihan raya kecil (di negeri itu) bagi mereka lebih baik tiada daripada ada.

Beberapa faktor dipercayai menjadi sebab timbulnya kebimbangan seperti itu dalam kalangan aktivis PAS Pahang.

Salah satunya ekoran kecemerlangan Barisan Nasional (BN) negeri itu dalam pilihan raya umum lalu iaitu ketika di negeri-negeri lain, BN dikejutkan dengan pencapaian luar biasa parti-parti pembangkang yang kini bersatu dalam Pakatan Rakyat.

Selain itu, kewujudan tanah-tanah rancangan Felda yang begitu banyak di Pahang, sosio-budaya masyarakat khususnya masyarakat Melayu tradisonal negeri itu dan prestasi PR Pahang yang dikatakan kurang memberangsangkan turut menjadi faktor tambahan mengapa ada kalangan aktivis PAS Pahang tidak gembira jika berlaku pilihan raya kecil di negeri mereka.

Malangnya, ketika ada kebimbangan aktivis PAS Pahang jika berlakunya pilihan raya kecil di negeri mereka, PAS negeri itu bukan sahaja perlu berhadapan dengan “sekadar pilihan raya kecil” tetapi satu yang dilihat sangat penting khususnya kepada PAS dan juga PR.

Kerdau ditakdirkan ketika graf prestasi BN dalam pilihan raya kecil berada dalam situasi menaik setelah mencatatkan kejayaan demi kejayaan dalam beberapa pilihan raya terakhir sebelum ini.

Kurang sebulan lalu, BN baru sahaja meraikan kemenangan mereka di Tenang, Johor dengan majoriti yang lebih besar menewaskan calon PAS.

Situasi yang sama turut dihadapi oleh PAS Melaka yang bakal berhadapan dengan satu lagi PRK di Dun Melimau pada tarikh yang sama.

Justeru, sama ada bersedia atau tidak, Kerdau dan Merlimau boleh dikatakan menjadi benteng terakhir kepada PAS untuk menyekat momentum BN atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti dengan jumlah yang besar untuk dijadikan mesej politik kepada rakyat Malaysia sebelum pilihan raya umum akan datang.


PAS tiada pilihan lain terpaksa meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di PRK Kerdau. Kalau letak calon lain tentu agak menyenangkan calon BN yang bertanding lebih-lebih lagi tokoh yang bakal ditonjolkan kemungkinan besar Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad Al-Yahya tokoh muda agamawan Pahang yang belajar lama di Mesir.

Pengarah Pilihanraya BN PRK DUN Kerdau Memula Langkah

DSD Adnan Yaakob MB Pahang yang dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya BN PRK Kerdau berdoa ke hadrat Allah semoga segala perancangan gerak kerjanya di berkati dan berjalan dengan cekap dan berkesan.

MB Pahang DSD Adnan Yaakob yang dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya BN PRK Kerdau telah memulakan kerjanya bagi melicinkan jentera BN cekap dan berkesan. Perancangan beliau seperti berikut:
  • TPM Muhyiddin akan mengumumkan nama calon BN Selasa ini.
  • Empat nama calon berkelayakan telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih bertanding. Siapa saja yang dipilih akan diterima dan jentera BN akan memastikan kemenangannya.
  • Kerajaan negeri pimpinan BN akan menunaikan segala janji pembangunan di kawasan DUN Kerdau yang telah dibuat bekas YB kawasan itu.
  • Kerajaan negeri akan meneliti projek pembangunan yang dijanjikan sebelum ini mengikut keutamaan dan kepentingan rakyat.
  • Kerajaan Barisan Nasional tidak berjanji kosong, setiap janji-janji itu akan tetap laksanakan untuk kepentingan rakyat 
  • Mengadakan perjumpaan tertutup dengan jentera pilihan raya kecil BN untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau semalam.
  • Semua isu setempat di kawasan berkenaan juga akan diselesaikan secepat mungkin.
  • Setakat ini tiada isu besar di Kerdau melainkan isu-isu berkaitan hak milik tanah dan berkaitan tanah, isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air.
  • Beliau memberi isyarat semua jentera pilihan raya BN kini bersiap sepenuhnya.
  • Pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui masalah mereka dan setiap masalah mereka akan atasi.
WZWH percaya dengan pengalaman DSD Adnan Yaakob sebagai MB Pahang akan dapat memenuhi kehendak pengundi di DUN Kerdau. Di bawah kepimpinan beliau diharap jentera BN dapat bekerja dengan lebih fokus dan mencapai objektif semaksimunnya. Apa yang disasar dapat dicapai untuk memenangi PRK DUN Kerdau dengan majoriti yang lebih banyak dari PRU 2008.

Sunday, February 20, 2011

Isu Melayu Dan Perjuangan Bangsa Bukan Rasis


Sebelum merdeka rundingan orang Melayu mudah jika kaum Cina dan India mahu warganegara perlu terima hak, agama Islam, bahasa dan Raja-Raja Melayu.

Kegagalan Malayan Union melahirkan UMNO. Ini asas Perkara 153 perlembagaan Malaysia. Ini perkara yang orang Melayu pertahankan. Apakah bila kaum bukan Melayu senang lenang setelah 54 tahun merdeka maka mahu desak Perkara 153 dihapuskan?

1963 terdapat ideologi baru Malaysian Malaysia mahu hapuskan hak Melayu. DAP dan Gerakan begitu lantang. MCA tidak nyata secara terbuka.

UMNO mempertahankan hak Melayu ini. Tapi PAS tidak mahu isu Islam dan Melayu bercantum menuduh perjuangan UMNO sebagai puak rasis @ assobiyah.

Di Tanah Melayu @ Malaysia, Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Islam menuntut perjuangan mempertahan agama, bangsa dan tanahair. Bukan rasis malah bersifat global bukti Empayar Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu lain di Nusantara.

Nabi SAW bersabda, " Cinta kepada tanahair sebahagian dari iman"

Keterangan al-Quran : "Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu (berasal) dari seorang lelaki (Adam) dan seorang wanita (Hawa) dan (setelah itu) kami jadikan pula pelbagai bangsa dan puak agar kamu saling kenal mengenal antara satu sama lain. Orang yang paling mulia di antara kamu ialah yang paling bertakwa."

Allah sengaja wujudkan pelbagai bangsa supaya dapat berkomunikasi untuk faedah masing-masing bukan bergaduh dan berpecah-belah serta bina blok-blok sendiri. Nilai terbaik bagi sesuatu bangsa ialah mereka yang bertakwa dikalangan bangsa yang berpegang dan beramal dengan agama tauhid serta berakhlak mulia. Dalam konteks Malaysia orang Melayu beragama Islam.

Nabi SAW bersabda,"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempertahankan suku dan bangsa, selagi tidak dalam perkara melakukan dosa (yang menyalahi peraturan dan undang-undang)" (Riwayat Abu Daud).

Perjuangan membela bangsa di atas jalan kebenaran tidak assobiyah. Maksud assobiyah yang dilarang ialah mempertahankan bangsa di atas jalan kezaliman atau melanggar perintah Allah.

Sabda Nabi SAW bersabda, " Assobiyah itu ialah jika kamu membantu kaum kamu di atas jalan yang salah." (Riwayat Abu Daud).

Islam amat menggalakkan kita bantu membantu sesama bangsa di atas jalan kebaikan. Firman Allah maksudnya"...tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran (hukum-hakam Allah)." (Surah al-Maidah (5): 2).

Firman Allah maksudnya"...dan (tanda orang benar-benar beriman dan bertakwa ialah) memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang yang meminta-minta..." (Surah al-Baqarah (2); 177).

Ayat ini Allah menyebut "kerabat" terdekat dahulu yang utama diberikan harta yang dicintai, ertinya mengutamakan keluarga atau suku atau bangsa sendiri yang terdekat hubungan dengan kita, kemudian baru Allah sebut anak-anak yatim, orang miskin, musafir dan orang yang meminta-minta.

Allah akui wujudnya bangsa dan suku yang terdekat dengan kita yang patut diutamakan. Itulah yang UMNO perjuangkan selama 65 tahun untuk orang Melayu dan kaum-kaum lain di Malaysia. Sebab itu UMNO parti yang diberkati paling lama memerintah negara dalam dunia ini hingga kini.

Maka kita orang Melayu dan kaum-kaum lain yang berfikir perlu mempertahankan UMNO ini dalam memerintah Malaysia sebaiknya. Itu sebab dalam konvensyen terbaru PAS di Shah Alam mengaku isu Melayu dan perjuangan bangsa diakui bukan rasis.

Saturday, February 19, 2011

PR Dan PAS Tertekan Tarik Sokongan Melayu , Ayoh Calonkan Nasruddin Hassan Tantawi di PRK Kerdau!


PAS perlu menurunkan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia bertanding di PRK DUN Kerdau. Karisma beliau diperlukan untuk menarik kembali undi Melayu yang "swing" 7-10% kepada UMNO. Beranikah pimpinan PAS Pusat letak NHT bertanding?

Pakatan Rakyat (PR) sudah tertekan sekarang jika PAS gagal tarik sokongan Melayu. Barisan Nasional (BN) akan capai 2/3 majoriti parlimen jika dapat kekalkan sokongan Melayu seperti PRK terbaru.

PR akan kehilangan 40 kerusi parlimen jika PAS tidak dapat sokongan Melayu.

Pada 2008 PAS banyak menang di kawasan ramai bukan Islam. DAP dijangka mengekalkan kerusi di majoriti kawasan Cina.

PR menang 82 kerusi pada PRU 2008 atas sokongan semua kaum tetapi undi Melayu telah "swing" kepada BN dalam 7-10% pada PRK terkini.

Hanya 5 % undi Melayu "swing" dari PR kepada BN akan buat PR kacau.

Jatuh menurun undi Melayu kepada PR seperti fakta berikut:
  • Julai 2009 PRK Manek Urai- 1352 majoriti PAS menjunam ke 65.
  • Melayu terus "swing" kepada BN dalam PRK seterusnya dari 7-10% di Hulu Selangor dan Galas.
  • PRK Tenang-PR gagal dapat sokongan Melayu Felda bila BN sapu 83% undi Melayu meningkatkan majoriti.
Pada PRU 2008 PAS menang 23 kerusi parlimen, PKR 31 dan DAP 28.

PAS perlu memahami realiti situasi politik. PAS hari ini bukan seperti PAS pada tahun 2004. PAS perlu mengikiskan sikap " I am holier than you". Pada persepsi majoriti Melayu, ahli-ahli politik PAS sudah menuju sekular demi kuasa. PAS sudah tidak berminat perjuangkan dasar Islam seperti dulu.

WZWH meramalkan PAS akan kalah teruk dalam PRK Merlimau dan Kerdau. Undi Melayu akan lari lebih 10% kepada UMNO.

Di PRK Kerdau, Hadi Awang, Majlis Syura Ulamak PAS dan Majlis Tertinggi PAS perlu letakkan calon orang muda iaitu Nasruddin Hassan Tantawi-Ketua Pemuda PAS Pusat kalau mahu memberi tentangan hebat. Pengundi muda Melayu mungkin lebih berminat dengan calon muda PAS yang lain pemikiran dengan golongan tua PAS yang sudah jumud, mudah menyerah kalah kepada DAP dan PKR bila berunding, mudah tidak mengaku Melayu bila berdepan dengan bukan Melayu.

Orang muda Melayu tidak mahu ahli-ahli politik Melayu tidak kira dari parti mana berbelit-belit bila bincang isu Melayu dan Islam dalam forum bersama bukan Melayu.

WZWH ingin mengingatkan di Malaysia ini, di Tanah Melayu ini Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Straight to the point. Tidak berbelit-belit. Sangat jelas mesejnya.

Jika PAS letak calon Ustaz AlFadil Nasruddin Hassan Tantawi pasti PAS mungkin dapat sokongan orang muda Melayu. UMNO Pahang ada ramai calon AlKerdauwi atau AlTekaie untuk ditagangkan.

PRK Merlimau dan Kerdau akan membuktikan PAS akan kehilangan lebih banyak undi Melayu lagi....

PRK DUN Kerdau: DS Najib Menolak Ulamak Dan Ahli Tasauf Sebagai Calon?


PRK DUN Kerdau merupakan satu PRK dimana keputusan yang diambil oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang mana akan memberi satu persepsi kepada rakyat bahawa samada UMNO menghargai ulamak atau tidak.

Definisi ulamak dalam posting WZWH ialah tokoh yang agamawan, berilmu, belajar agama di Mesir, rajin memberi ceramah, bijak, berhemah dan menarik pidatonya dan mungkin zuhud (ada aktiviti tarikatnya).

UMNO Pahang telah menghantar 4 nama kepada DS Najib. Salah satu nama ialah Alfadil Ustaz Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad Al-Yahya. Semua 4 calon ini adalah "winnable candidate" yang telah ditapis oleh DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

Syed Ibrahim bin Syed Ahmad adalah Pegawai Khas Penasihat Agama MB. Beliau adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau. Berasal dari Kuala Tekai dalam DUN Kerdau. Beliau dari keluarga syed keturunan Al-Yahya.

Dikalangan keluarga syed, beliau dihormati kerana suka mengadakan perjumpaan keluarga syed seluruh Malaysia dan rantau Asia Tenggara tidak kira dari mana-mana nasab keturunan. Beliau juga mesra dengan penduduk DUN Kerdau. DUN Kerdau perlu berbangga punya tokoh ulamak seperti Syed Ibrahim.

Syed Ibrahim memang orang UMNO yang kuat bekerja untuk parti. WZWH petik dari blog Sakmongkol...

"Jadi, dalam memilih bakal ADUN Kerdau, elok lah UMNO memakai kriteria yang betul betul mentransformasi politik. Kita laksanakan apa yang kita cakap dengan memilih calun yang boleh malakukan perkara positif. Kita tidak mahu calun yang mempertaruhkan masa depan UMNO pada siapa dia, siapa keluarga dia, pada siapa dia kenal tapi kriteria yang utama iaitu apa dia boleh capai dan sumbangan kepada pencapaian- yilek. 

Dan saya melihat tiada lah pegawai MB Pahang yang lebih kuat berkerja daripada Syed Ibrahim. Dan bila saya sebut kuat berkerja bukan nya berlakun kuat kerja depan si Samseng Kampung Dusun tu- tapi benar benar kuat kerja. Dari segi kerja kuat, saya rasa semua orang yang mengenali Habib Ibra ini tahu bagaimana kuat dia berkerja. Walaupun ada gastrik dan lembikkan diri, dia akan terus berkerja. Sesiapa yang mengenali Syed Ibra tahu, setiap bulan puasa, Syed Ibra ini akan lemah selemah dan longlai longlai nya, namun kecuali nak pengsan, dia akan terus berkerja. 

DS Najib akan ingat begini: dari tahun 2000-2004, inilah orang yang sering kali datang ke daerah Pekan menyampaikan ceramah penerangan. Dalam tempoh tersebut, saya memegang jawatan sebagai ketua penerangan UMNO bahagian Pekan. 

Ketika itu, Syed Ibrahim atau Syed Ibra seperti dia di panggil oleh saudara mara dan rakan terdekat, baru pulang dari Mesir. Dia mempunyai kelulusan dalam bahasa dan sastera Arab dan saya di beri tahu, beliau tingal di Mesir agak lama untuk menghabiskan pembelajaran nya. Jadi penguasaan nya keatas bahasa Arab sangat tinggi atu superb. Mungkin penguasaan bahasa Arab yang tinggi ini lah yang membolehkan Syed Ibra mengikuti kelas kelas pengajaran dan bimbingan ugama secara dekat daripada sheikh2 di Mesir. Dan si Syed Ibra ini belajar agama secara bertalakki. Cara bertalakki orang Arab saya di fahamkan anak murid duduk seolah olah nya berlaga lutut dengan tuan guru untuk mendapat ilmu dari tok guru. Tempoh yang agak lama di Mesir di gunakan oleh Syed IBra untuk mendalami bidang agama.

Dan berdakwah merupakan kegemaran Syed Ibra. Semasa membantu saya dalam melakukan siri ceramah di daerah Pekan lah, Tuan Syed ini menyampaikan mesej agama kepada para pendengar. Dan Syed Ibra mempunyai cara yang unik dalam penyampaian. Suara nya yang garau dan kepetahan serta kelancaran mengupas dan menghuraikan masaalah keagamaan menarik minat semua yang mendengar termasuk lah pengikut parti PAS.

Sebab nya satu sahaja. Kami bersetuju untuk tidak menyampaikan ceramah politik. Sebaliknya kita lebih gemar menyampaikan ceramah dan tazkirah mengenai perkara perkara kerohanian, keimaman dan tarbiyah membersihkan diri.

Daripada 150 lebih program yang saya aturkan di pekan dari tahun 2001-2004, Syed Ibrahim terlibat dalam lebih 40 program tersebut.

Saya rasa tidaklah ada orang dan tokoh yang lebih bertenaga membantu Dato Sri Najib mencapai kegemilangan setelah hanya menang tipis dalam pilihanraya 1999 dahulu dari Syed Ibra. Biarlah UMNO memperlakukan perkara dan layanan yang betul keatas orang yang berkerja keras untuk UMNO. Kerana memperlakukan yang hak dan betul keatas orang yang layak, merupakan satu kelamahan UMNO. UMNO kurang pandai dalam hal ini. Selalunya orang macam ini, tidak di pedulikan oleh UMNO. 

Sebagai bandingan ada seorang lagi individu yang banyak melakukan keraja kuat untuk UMNO yang saya kenal. Orang yang saya maksudkan ialah Ustaz Hamid Derani dari Kelantan. Orang ini seperti juga Syed Ibra terlibat dalam lebih 40 program penerangan UMNO Bahagian Pekan dari tahun 2001-2004. Apa yang UMNO lakukan kepada orang seperti Hamid Derani? Dia tidak di hargai dan tidak di pedulikan. Hari ini Hamid Derani menjadi pemidato PAS yang sangat berpengaruh. Di Pekan dahulu, bila Hamid Derani membacakan ayat ayat Quran atau membaca Quran sebagai mukaddimah, ada pendengar yang mengalirkan air mata".

DS Najib ada hak memilih siapa saja dari 4 calon UMNO itu. Sebarang calon yang dipilih tetap akan diterima oleh UMNO Bahagian Kuala Krau. Jentera UMNO dan BN tetap laju bekerja memastikan kemenangan calon.

Namun jika Syed Ibrahim tidak terpilih maka rakyat seluruh Malaysia yang beragama Islam dan golongan tasauf @ tarikat serta Orang Melayu akan membuat interpretasi sendiri sememangnya UMNO memang menolak ulamak dan ahli tasauf sebagai calon! PAS seperti biasa akan psywar kepada orang Melayu  bahawa ini adalah satu lagi bukti impirikal bahawa UMNO menolak pemimpin ulamak.

Friday, February 18, 2011

PRK DUN Kerdau:13 Peti Undi dan "The 13th Warrior"


Dalam filem "The 13th Warrior" mengisahkan pada tahun 922 seorang Arab telah dipilih untuk bersama dengan 12 pahlawan Viking menuju ke negara utara Scandinavia memerangi kumpulan manusia yang sesat dan boleh merosakkan masyarakat. Dalam 13 pahlawan yang dipilih itu ada seorang berbangsa Arab. Kenapa Arab ini dipilih sedangkan beliau bukanlah seorang pahlawan pada asalnya itu menjadi misteri dan menariknya cerita "The 13th Warrior" yang mula ditayangkan pada tahun 1999. 

PRK DUN Kerdau ada 13 peti undi atau daerah mengundi seperti berikut:
  1. Rumpun Makmur
  2. Felda Jengka 25
  3. Felda jengka 22
  4. Kg Batu Sawar
  5. Felda Jengka 23
  6. Kuala Tekal
  7. Pulau Pasir Mandi
  8. Kerai
  9. Lipat Kajang
  10. Desa Murni
  11. Kerdau
  12. Kuala Kerdau
  13. Teluk Sentang 
Ringkasan profil kawasan N.28 Kerdau, Pahang
Maklumat berdasarkan PRU 2008:

Jumlah pemilih: 8451
Undi tolak: 122
Kertas undi dikeluarkan: 6789
Undi tidak kembali: 12
Peratus pengundian: 80.33%
Majoriti: 1615

Peratusan pengundi:
Melayu 89%
Cina 6%
India 3.7%
Lain-lain 2.5%

Boleh dikatakan ini kawasan 90% pengundi Melayu. Maka DUN semacam ini adalah tempat pertarungan UMNO dan PAS. PRK DUN Kerdau boleh dikatakan permulaan mencari pengaruh samada majoriti orang Melayu monyokong UMNO dan PAS.

PAS telah psywar kepada orang Melayu bahawa jangan bimbang jika UMNO kalah sebab ada 112 kerusi parlimen orang Melayu daripada 222 kerusi parlimen. PAS cuba memberi jaminan kepada orang Melayu dan Islam bahawa PAS boleh menjadi alternatif kepada UMNO.

Orang Melayu bertanya bolehkah PAS "deal" dengan DAP dan PKR untuk perjuangkan hak orang Melayu dan Islam. Bolehkah PAS berkeras dan menyatakan apa yang orang Melayu mahu? UMNO bimbang PAS tidak dapat melawan kehendak dan tuntutan komponen PR lain.

Sekarang kita bincang PRK DUN Kerdau. Jika kita melihat ada 13 daerah mengundi. Majoriti pengundi dalam kawasan Felda Jengka. Yang lain di kawasan kampung Tradisional. Isu peneroka Felda akan dimainkan oleh PAS.

UMNO perlukan 13 Warrior di setiap 13 peti undi. 13 warrior mesti menjaga kawasan peti undi masing-masing. Strategi "man to man marking" perlu diimplemen di PRK DUN Kerdau yang punyai hampir 8500 pengundi.

13 Warrior bersama dengan AJK kecil masing-masing perlu "man to man marking" setiap pengundi di kawasan daerah peti undi.

TS Muhyiddin TPM telah umumkan DSD Adnan Yaakob MB Pahang sebagai Pengarah Pilihanraya PRK DUN Kerdau. DS Najib PM telah bersetuju dengan pelantikan tersebut. MB sudah hantar 4 nama kepada PM untuk diputuskan.

Pada masa sekarang UMNO dan PAS belum lagi mengeluarkan nama calon yang muktamad. Masing-masing tunggu dan lihat mengkaji kekuatan dan kelemahan calon-calon.

Yang pasti UMNO perlukan 13th warrior seperti dalam filem 'The 13th Warrior" yang boleh mencapai kemenangan. 

Jambatan baru Kuala Krau yang amat menceriakan pengundi di DUN Kerdau.

KDYMM Sultan Pahang merasmikan Jambatan baru Kuala Krau pada tahun  2010.

Thursday, February 17, 2011

PRK DUN Kerdau: Pertembungan Politikus Agamawan 75% Pasti

Syed Ibrahim Syed Ahmad  dan Nasruddin Hassan dua tokoh muda politikus agamawan Pahang akan berentap dalam PRK DUN Kerdau.

Dua orang ‘calon’ PAS PRK Kerdau yang menjadi spekulasi media dengan tajuk ‘PAS pertaruh tokoh berkaliber’ iaitu Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda Pusat Nasruddin Hassan.

Ini mahu tidak mahu DSD Adnan Yaakob MB Pahang secara spontan akan menurunkan kad calon ulamak-politikus agamawan. Memang Pahang tidak ramai YB-YB Ulamak terutama dari Timur tengah. WZWH berpendapat ini masa yang sesuai UMNO Pahang menonjokkan tokoh agama.

Manakala UMNO Bahagian Kuala Krau punya calon memiliki ciri-ciri yang menepati tajuk posting WZWH. Syed Ibrahim merupakan Pegawai Agama Menteri Besar Pahang dan juga Naib Ketua UMNO Bahagian. Beliau dikatakan pilihan ‘the top’ malah ada sumber memberitahu DSD Adnan Yaakob, Ketua Bahagian dan ketua-ketua Jabatan membuat pertemuan tertutup di bangunan Yayasan Pahang, Kuantan.

Syed Ibrahim yang berasal dari Kampung Tekal (termasuk dalam Dun Kerdau) merupakan anak watan DUN Kerdau. Walaupun 6 nama lain yang disebut layak bertanding dan dikatakan DUN Kerdau adalah kubu kuat UMNO namun WZWH rasa UMNO Pahang jangan ambil risiko mudah.

Hari ini mungkin pengundi lebih melihat faktor calon lebih dari parti. Jika PAS Pusat mahu pertaruhkan tokoh berlatarbelakangkan agama di DUN Kerdau maka UMNO pun perlu tagang calon yang sama taraf dan kaliber.

WZWH tidaklah menidakkan calon UMNO lain kerana WZWH melihat ini peluang yang baik kalau DSD Adnan Yaakob mahu kepimpinan ulama dalam politik UMNO Pahang. Walaupun apa yang dibincangkan oleh ramai pihak bersifat spekulasi namun WZWH pasti di PRK DUN Kerdau pertembungan politikus agamawan 75% pasti.

Tinggalkan Masalah Mahathir-Anwar, PAS Antik, Kita Bina Politik Baru


Kita orang Malaysia selalu berpolemik soal politik terkebelakang. Kita selalu bincang politik lama. Masalah politik Malaysia hari ini adalah peninggalan politik usang yang perlu dilupakan. Tinggalkan masalah Mahathir-Anwar, PAS antik-"I'm holier than you", kita generasi muda bina politik baru yang boleh memberi penyelesaian kepada keperluan politik, ekonomi dan sosial kita semua.

Banyak isu politik yang sering diperdebatkan adalah warisan teknikal perlembagaan, institusi, peninggalan era Mahathir bersama Anwar yang perlu kita lupakan. Tidak ada penyelesaian dan jawapan kepada masalah itu. Jangan kita jadi "obsessed" dengan polemik merugikan kita.

Lupakan Mahathir-Anwar. Sudah sampai masa kita kata,"cukuplah untuk memuas ego mereka berdua".  Srivijaya, Majapahit dan Melaka tidak bergantung kepada seorang dua pemimpin. Kerajaan hebat Melayu ini dijayakan oleh pemimpin yang berfikir membina masa depan dan rakyat yang menyokong pemimpin masa depan. Kita menuju era Najib membina Malaysia baru kini. Ini yang kita perlu sokong dan bicarakan.

Terlalu ramai rakyat yang keliru, marah kepada kekeliruan politik yang menyekat pemikiran minda politik mereka. Oleh kerana tidak mengkaji senario politik hari ini lantas mereka mengambil jalan mudah mahukan perubahan lalu menyalahkan BN segala-galanya.

Bila tiada pemimpin yang berkarisma ke depan memberi penyelesaian dan arah perubahan yang dimahukan kekeliruan politik bertukar kepada emosi kemarahan yang dituju kepada BN.

Apakah perubahan yang berlaku? PKR mahu perubahan kuasa dari UMNO kepada PKR. PAS mahu perubahan dari Islamis kepada Sekular kerana kuasa. DAP mahu perubahan dari status quo politik sekarang kepada impian Malaysian Malaysia sejak era LKY. DAP masih percaya kepada politik antik LKY yang tidak peduli kepada realiti politik, perlembagaan, institusi Majlis Raja-Raja Melayu menjaga kepentingan Melayu dan Islam sejak beratus tahun dulu.

Bolehkah Pakatan Rakyat mengubah realiti politik ini. Adakah satu revolusi rakyat perlu digerakkan untuk mengubah realiti politik Malaysia yang telah berakar umbi sekian lama dengan perlembagaan dan institusi yang utuh dan jitu?

Perubahan politik ada dua jenis. Ada satu perubahan politik negatif manakala satu lagi perubahan politik positif. Analisis cost dan benefit perlu diperhalusi. Adakah perubahan politik ini hasil dari benar-benar dari pemikiran pemimpin yang "genuine" idealist atau opportunist?

Selepas 53 tahun politik Malaysia adakah BN dapat mengurus perubahan dan mood yang rakyat kehendaki? Adakah BN dipenghujung? Adakah kaum Melayu, Cina dan India mahu bersama lagi dalam acuan politik BN atau mahu berubah kepada acuan politik baru "euphoria" Pakatan Rakyat yang belum tentu memberi kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua pihak?

Penyelesaiannya jika kita tinggalkan masalah legasi Mahathir-Anwar, PAS antik dan bina politik baru kita akan dapat jawapannya.

Wednesday, February 16, 2011

PRK DUN Kerdau: Siapakah Calon BN?

Al-Fadhil Ustaz Syed Ibrahim b. Syed Ahmad, Penasihat Agama MB Pahang.

Akhbar Sinar Harian 16/2/2011 telah menulis senarai 7 nama UMNO Bahagian Kuala Krau ramalan siapakah calon PRK DUN Kerdau. Siap dengan gambar sekali.

Akhbar Berita Harian turut membuat tinjauan bertanya kepada beberapa orang pengundi di DUN Kerdau. Ada penduduk DUN Kerdau mahu calon berkelulusan tinggi, berlatarbelakang agama, dekat dengan masyarakat selalu turun padang.

WZWH kira soal calon bukan lagi "open secret". Orang DUN Kerdau sudah tahu dan bercakap di merata tempat. Jadi WZWH kira bukanlah "offence" jika tulis posting "Siapakah Calon BN PRK Kerdau?" yang boleh menyinggung setengah pihak.

Berikut 7 nama UMNO Bahagian Kuala Krau yang disebut-sebut:
  1. Abdul Razak Ahmad-Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Krau.
  2. Syed Ibrahim Syed Ahmad-Naib Ketua UMNO Bahagian.
  3. Rodzuan Zaaba-Ketua Pemuda UMNO Bahagian.
  4. Mohd Arhan Saluddin-Bekas Setiausaha UMNO Bahagian.
  5. Redzuan Harun-Bekas ADUN Sanggam (Kerdau sekarang).
  6. Norahan Abu Bakar-Ketua Wanita UMNO Bahagian.
  7. Norhasmi Abdul Ghani-Ketua Puteri UMNO Bahagian.
UMNO Bahagian Kuala Krau belum lagi punyai senarai sesuai. UMNO Bahagian juga sebulat suara menerima calon dari DS Najib dan MB. Apa yang penting UMNO Bahagian menyediakan gerak kerja parti hadapi PRK DUN Kerdau dan pastikan buka bilik gerakan di peringkat bahagian, DUN dan cawangan.

MB belum memutuskan lagi samada mahu mengambil pendekatan DUN Galas mahu pun DUN Tenang atau calon berlatarbelakangkan agama.

Jika kita melihat dari senarai yang disebut-sebut maka kita boleh meramal jika pendekatan DUN Galas diambil maka calon yang berjawatan Setiausaha Bahagian lah dipilih.

Abdul Razak bin Ahmad, 35 tahun, Setiausaha UMNO Bahagian, anak watan DUN Kerdau. Beliau seorang  peguam lulusan UIA. Punya firma guaman di Temerloh dan Kuantan. Beliau memang bercita-cita menjadi ahli politik sejak dari kecil lagi. Mendapat pendidikan rendah di SR Paya Ara Kerdau dan SMK Sains Pekan.

Kalau mahu lulusan agama calonnya mungkin Syed Ibrahim Syed Ahmad, Naib Ketua UMNO Bahagian, berkelulusan agama dari Timur Tengah. Bertugas sebagai Pegawai Khas Agama MB Pahang. Juga calon dari DUN Kerdau.

Walaupun ramai menjangkakan Syed Ibrahim bakal dicalonkan namun kalau dilihat habit DSD Adnan Yaakob MB Pahang tidak suka pegawai-pegawainya dicalonkan. Kita boleh lihat semasa PRK DUN Batu Talam, Raub dulu bila nama Dato' Shamsuddin Nawawi Setpol MB dijangka tetapi dapat ke Setiausaha Bahagian UMNO Raub ketika itu Aziz Kiram.

Tapi untuk mengetarkan PAS Kerdau sudah tentu calon berlatarbelakangkan agama boleh dipertimbangkan oleh MB.

Terdapat juga seorang calon alternatif jika pendekatan DUN Tenang diambilkira. Calon PTD anak watan DUN Kerdau yang boleh ditonjolkan ialah Dato' Norzan Ahmad YB Pegawai Kewangan Negeri Pahang. Tidak ramai orang tahu dulu semasa kumpulan A boleh berpolitik Dato' Norzan pernah menjawat jawatan Ketua UMNO cawangan di DUN Kerdau. Minat berpolitiknya ada.

Apa yang WZWH tulis ini hanyalah spekulasi sahaja tidak ada kena mengena dengan pilihan pucuk pimpinan. Jika ramalan ini terkena dan menjadi kenyataan itu hanyalah secara kebetulan saja. Apa-apa pun DSD Adnan Yaakob yang baru pulang dari Australia tentu sudah mempunyai ilham siapa calon BN di PRK DUN Kerdau.

Pakatan Rakyat Menang Besar Jika Letak Calon MCLM Bertanding Di Pedalaman!

Raja Petra pengasas MCLM, tokoh pemikir hebat Pakatan Rakyat, punya 30 bakal ahli parlimen di belakangnya, bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

12 juta pengundi Malaysia ramai tidak kenal apa itu MCLM. Ini gerakan propembaharuan. Pada 12 Disember 2010, Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), diasaskan Raja Petra di London, telah melancarkan inisiatif menawarkan calon bebas Barisan Rakyat.

Cadangan-cadangan MCLM:
  • Berhasrat untuk menawarkan 30 nama bagi pilihan raya umum ke-13.
  • Barisan prorakyat dan Pakatan Rakyat perlu membentuk perikatan kolektif untuk menggantikan BN.
  • Usaha ke arah itu perlu bermula di Sabah dan Sarawak.
  • Impian itu tidak boleh dicapai oleh Pakatan Rakyat semata-mata, yang terdiri daripada tiga parti politik, yang berganding ketika pilihan raya umum 2008.
  • Secara realistik, Pakatan Rakyat sendiri tidak boleh menumbangkan BN sekarang
  • Usaha kolektif kesemua (pihak) yang prorakyat, parti-parti propembaharuan politik bekerjasama dengan Third Force, yang terdiri daripada NGO yang berorientasikan pembaharuan
Sabah, Sarawak dan Labuan ada 57 kerusi di Parlimen. MCLM percaya Sabah dan Sarawak adalah kritikal untuk mempunyai peluang membentuk kerjasama pembaharuan di Putrajaya susulan pilihan raya umum ke-13.

MCLM bekerja rapat dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) di Sarawak dan Barisan Borneo Bersatu (UBF) di Sabah dalam usaha membina satu perikatan di kedua-dua negeri berkenaan.

MCLM berharap untuk mewujudkan “perikatan susulan” dengan parti-parti bukan BN di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Objektif utama MLCM ialah dengan satu objektif dalam fikiran: mewujudkan pakatan untuk menggantikan BN dalam pilihan raya umum akan datang dan mengadakan kerajaan persekutuan propembaharuan di Putrajaya.

PKR pula berpendirian hanya akan mempertimbangkan calon-calon daripada kumpulan bukan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mereka bersedia menerima dasar-dasar perikatan itu.

PKR terbuka kepada calon-calon yang dinamakan oleh pelbagai pertubuhan seperti MCLM, malah sedia memberi Parti Sosialis Malaysia (PSM) lebih banyak kerusi jika mereka bersedia untuk menerima arahan whip perikatan.

PKR juga mengakui mengambil sikap waspada dalam menerima calon-calon yang ditawarkan oleh MCLM kerana mahu mengelakkan ‘kesilapan’ yang dialami tiga tahun lalu ketika menghadapi pilihan raya umum ke-12. Sementara PKR “terbuka” kepada tawaran MCLM dan menerima kritikan pergerakan itu terhadap partinya, komponen Pakatan Rakyat itu akan membuat pilihan sendiri dan akan memilih ahli-ahlinya yang ada pengalaman selaku pemimpin akar umbi.

WZWH rasa elok PKR terima saja pandangan MCLM itu. WZWH yakin Pakatan Rakyat menang besar jika letak calon MCLM bertanding terutama di kawasan pedalaman. Ada 222 kerusi parlimen yang 75% kerusi parlimen terletak di luar bandar.

Memang bagus sangatlah letak 30 calon MCLM yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang profesional, aktif berbagai NGO dalam dan luar negara, berfikiran "Gaya Eropah", majoriti 30 calon ini tinggal di London dan Kuala Lumpur.

Sangat sesuailah letak calon-calon kosmopolitan ini bertanding di kawasan-kawasan pedalaman Sabah, Sarawak dan Ulu Tembeling umpamanya. Sudah tentu pengundi-pengundi berfikiran kampung dan ulu berbesar hati punya bakal ahli parlimen yang tinggi tamadunnya, "English Educated", "British or American Thinking", kebanyakan peguam yang pandai bercakap dapat memimpin rakyat di pedalaman yang "kurang bertamadun"

Selama ini pun Pakatan Rakyat tangkap muat saja jadi calon seperti tukang kebun, tukang gunting, posmen, pengganggur, towkay SPA dan urut, along, peliwat,  budak muda pun menang PRU 12. Apa lagi kalau Pakatan Rakyat letak calon MCLM yang bertaraf dunia tentu menang kesemuanya. 

Memang orang macam Raja Petra sangat faham tentang kesusahan, penderitaan dan cara hidup daif rakyat pedalaman. Pakatan Rakyat sudah tentu menang besar dan bukan saja menang 2/3 malah mungkin lebih 90% kerana PAS kata undi Pakatan Rakyat dapat pahala dan masuk syurga, juga DAP kata pilih kerajaan Pakatan Rakyat nasib dan kedudukan Melayu dan Islam lebih terbela serta 12 juta pengundi sangat-sangat benci kepada UMNO dan BN.

UMNO parti paling tidak berjasa kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia. UMNO parti paling korup dalam dunia. UMNO parti paling lama berkuasa dalam dunia.

Sudah tentu rakyat Malaysia tolak UMNO dan BN sebab:
  • PKR parti paling bersih dan adil dalam dunia
  • PAS parti paling Islamik dalam dunia dan tinggi makamnya di syurga
  • DAP parti paling demokratik dalam dunia, parti paling berbilang bangsa, satu-satunya parti yang lebih membela orang Melayu dan Islam dalam dunia.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024