Thursday, March 31, 2011

Gempar! Usul Undi Tidak Percaya Kepada ADUN Tahan















Semalam satu perjumpaan ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak bersama barisan saf kepimpinan 'hardcore' DUN Tahan termasuk Ketua Cawangan dan Tok Empat di Pejabat DUN Tahan, bandar lama Jerantut dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 pm.

Ini adalah perjumpaan ADUN Tahan bagi merapatkan saf kepimpinan meluahkan visi dan perasaan YB ADUN Tahan.















Sekarang musim mesyuarat UMNO cawangan sudah bermula. UMNO Bahagian Jerantut telah mengarahkan cawangan-cawangannya bermesyuarat sejak hari Sabtu lepas. ADUN Tahan mengadakan perjumpaan tertutup ini kerana terdapat isu panas berbangkit ekoran mesyuarat dua UMNO cawangan dalam DUN Tahan.

UMNO cawangan Kuala Tahan dan Kampung Padang yang bersidang pada Sabtu lepas telah mengusulkan undi tidak percaya kepada ADUN Tahan! Ini yang mengemparkan dan memeranjatkan YB Dato' Wan Amizan.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah DUN Tahan ada cawangan UMNO berani buat usul macam ini. YB Dato' Wan Amizan yang banyak membawa pembangunan secara drastik di DUN Tahan pun tidak boleh memenuhi kehendak cawangan UMNO. Bayangkan kalau orang lain menjadi wakil rakyat DUN Tahan sudah tentu orang itu akan terjun sungai!

WZWH telah nyatakan beberapa posting tentang psikologi orang Tembeling. Mereka mahu dan suka bermanja dengan wakil rakyat mereka terutama dari anak tempatan. Jika mereka tidak puas hati kerana kehendak mereka tidak tercapai mereka akan maki kepada wakil rakyat itu. Maka mereka buat usul undi tidak percaya.

WZWH difahamkan kedua Ketua Cawangan UMNO Kuala Tahan dan Kampung Padang itu pada mulanya tidak bersetuju dengan usul undi tidak percaya kepada ADUN Tahan tetapi oleh kerana desakan orang muda dan orang kampung maka Ketua Cawangan terpaksa mengalah. Jika tidak dengan Ketua Cawangan sekali kena terjah. Mungkin ini cara dan bahasa orang Tembeling muda baru.

WZWH hendak gelak projek yang beratus juta masuk mencurah di DUN Tahan dan banyak projek-projek besar mahu dirancang di DUN Tahan alih-alih ada beberapa cawangan mahu buang YB Dato' Wan Amizan. Mungkin orang Tembeling sudah gila tidak boleh berfikir dengan waras.

Pada WZWH ini adalah masalah dalaman kecil yang perlu diselesaikan. Apa sebenarnya psikologi politik orang UMNO cawangan Kuala Tahan dan Kampung Padang. Apa isu yang berkobar diakarumbi itu perlu diketahui.

Isunya begini orang kampung mahu tanah. Kuala Tahan ialah kawasan resort dan Taman Negara bertaraf dunia dikenali. Sudah tentu tanah terhad. Ada banyak tanah sudah direzabkan kerajaan bagi tujuan pembangunan kini dan yang akan datang.

Seorang Tok Empat telah mengumpul orang kampung bagi meminta tanah dan sejumlah wang telah diberi. Bila orang kampung tanya Tok Empat itu jawab semua permohonan tanah tidak dapat kelulusan. Tok Empat itu kata ADUN Tahan tidak meluluskan. Tok Empat itu memfitnah ADUN Tahan tahan tanah itu bagi tujuan peribadi. 

Tok Empat itu menambah lagi bahawa jawatan Tok Empatnya telah ditamatkan perkhidmatan. Maka mengamuklah orang muda dan orang kampung. Sangat mudah memahami kenapa usul undi tidak percaya kepada ADUN Tahan berlaku secara spontan. Ini adalah ledakan emosi orang Tembeling.

Spekulasi mengatakan bahawa Tok Empat itu sebelum menghasut orang kampung telah merujuk kepada seorang ADUN lain di Jerantut. WZWH tidak mahu mempercayai spekulasi ini tanpa bukti kerana jika benar spekulasi ini maka isu ini akan berpanjangan ke DUN lain di Jerantut. Nanti dibimbangi ada pula usul undi tidak percaya kepada ADUN lain itu atau mungkin usul undi tidak percaya kepada ahli parlimen. Panjang ceritanya.

Setelah WZWH semak di Pejabat Tanah Jerantut rupanya Tok Empat itu tidak pernah menghantar permohonan tanah orang kampung ke Pejabat Tanah Jerantut. Kalau tidak hantar permohonan tanah bagaimana JKPT mahu meluluskan. Gila kalau ADUN Tahan tidak mahu meluluskan permohonan tanah orang kampung dalam DUNnya!

Dakwaan bahawa ADUN Tahan ada banyak tanah di DUN Tahan itu adalah fitnah dan tidak benar ADUN Tahan minta tanah untuk peribadinya. Tidak ada nama YB Dato' Wan Amizan dalam tanah di DUN Tahan dalam search yang WZWH buat. Tok Empat ini perlu minta maaf kepada YB Dato' Wan Amizan.

Selepas usul tergempar undi tidak percaya itu, semalam YB Dato' Wan Amizan mengadakan perjunpaan dengan JKKK Kuala Tahan. ADUN Tahan mahu tahu tanah mana yang diminta oleh orang kampung. ADUN Tahan mahu jumpa MB dan PM.

Nampaknya ADUN Tahan yang suka berfikir projek-projek besar di awanan untuk dibawa ke DUNnya telah mula bertindak di atas tanah memastikan permohonan tanah dari orang kampung yang nampak simple tapi penuh bermakna. Ada baik juga usul tergempar itu boleh selesaikan masalah orang kampung kalau tidak boleh selesaikan sepenuhnya sekurang-kurangnya orang kampung gembira YBnya mahu bawa hal mereka kepada MB.


Wednesday, March 30, 2011

Apa Nazri Cakap Itu Boleh Dipraktis Di DUN Damak


Nazri kata suratkhabar Cina salah tafsir kata-katanya. Beliau maksudkan UMNO MCA ibarat perkahwinan lama, ada bergaduh tetapi tidak cerai.

Banyak suratkhabar Cina kata apa yang Nazri maksudkan MCA seperti isteri yang didera UMNO tetapi tidak mahu minta cerai.

Ekoran tersiarnya laporan itu beberapa pemimpin parti komponen BN meminta Nazri memohon maaf antaranya termasuk Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Nazri nampak kasar tapi bila WZWH fikirkan sebenarnya apa MCA dan Gerakan boleh sumbang kepada BN? Bolehkah MCA beri undi tambahan kepada BN. Bolehkah MCA kata mendapat sokongan dari orang Cina?

DAP jelas mendapat sokongan majoriti kaum Cina. Kenapa mahu pertahankan MCA jika parti itu lemah. Politik adalah peraduan untuk menang bukan kalah. BN mahu menang.

Realpolitik memerlukan sesuatu yang realistik. Jika itu kehendak majoriti kaum Cina. Nampaknya Nazri percaya MCA tidak lagi berperanan memenuhi tujuan BN kerana tidak tunjuk prestasi.

Jika UMNO mahu berkhidmat kepada rakyat dan rakyat tidak mahu MCA lagi maka UMNO perlu dengar suara rakyat. Jika UMNO mahu mempertahankan MCA lagi tetapi rakyat tidak mahu maka UMNOlah yang khianat kepada rakyat.

Dalam politik tidak ada kawan yang ada hanya kepentingan bersama. Jika kaum Cina mahu DAP maka itu realiti yang UMNO mesti terima!

Parlimen Jerantut punya pengundi berdaftar 48,000. Pada PRU 12, Undi kaum Cina berjumlah 9000, India 2000, bakinya Melayu yang berjumlah 37,000 termasuk sedikit Orang Asli. Majoriti pengundi Cina ramai di DUN Damak.

Sejarah pilihanraya parlimen Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.

Manakala Abang kepada Dr Hamzah calon parlimen PAS iaitu Mohd Nor bin Jaafar bertanding di Dun Damak atas tiket PKR pada PRU 12 tewas ditangan BN. Mohd Nor Jaafar PKR 5165, Dato' Lau Lee BN 5674 dan Cikgu Koh Boon Heng Bebas 3295. Sekarang Cikgu Koh Beng Seng sudah masuk DAP dan telah mengembangkan 4 cawangan DAP di Jerantut.

Pada Tahun 2004, DAP bertanding di DUN Damak tetapi kalah dengan majoriti yang kecil iaitu 2239 (BN memperolehi 7563 undi & DAP memperolehi 5324 undi). Pada Tahun 2008, ada calon bebas bertanding di DUN Damak. Mengikut kata calonnya, Cikgu Koh, dia tiada jentera. Jenteranya hanya diwujudkan sehari sebelum penamaan calon. Tetapi, Cikgu Koh dapat lebih 3295 undi, calon PKR dapat lebih 5165 undi dan calon BN 5674 undi dan menang dengan kelebihan 509 undi. Ternyata dari contoh di atas, kekuatan jentera dan cawangan yang banyak bukanlah kekuatan mutlak untuk menang dalam pilihanraya.

Daripada data PRU 12 parlimen BN hilang undi sebanyak 6511 ternyata pengundi Cina banyak telah lari kepada pembangkang. Dari peti-peti undi pengundi Cina berikut seperti SK Jerantut, SJKC Sungai Jan, Tabika Perpaduan PAKR Bandar Baru, SJKC Jeransong parlimen BN kalah. Cuma peti undi Balairaya Sungai Lekok membantu.

MCA kalau bertanding lagi dalam PRU 13 di DUN Damak akan kalah kerana PKR dan DAP boleh bergabung mengatasi undi MCA. Jika UMNO bertanding di DUN Damak pula keadaan boleh berubah. Sokongan lebih 56% pengundi Melayu akan kembali kepada UMNO dan momentum parlimen Jerantut akan mendapat lebih banyak undi.

Apa yang Nazri cakap itu boleh dipraktis di DUN Damak.

Berikut keputusan PRU 12 DUN Damak;

N10 DAMAK
Jumlah Pengundi: 19,412
Peratusan Kaum: M: 56.05% C: 36.71% I: 5.93% L: 1.31% 
1. Datuk Lau Lee (BN) (5,674) 
2. Koh Boon Heng (Bebas) (3,295)
3. Mohd. Nor Jaafar (PKR) (5,165) 
Majoriti: 509
Jumlah undi: 14,542
Peratus mengundi: 74.91%
Undi rosak: 408






Maka BN menang DUN Damak dengan majoriti tipis 509. Pengundi Melayu ramai memberi undi kepada calon PKR Melayu. Disamping mempertahankan juga calon MCA BN.

WZWH mahu tunjukkan dimana kelemahan MCA di DUN Damak. Kita lihat peti-peti undi yang majoriti negatif:

SK Tebing Tinggi = -99
Balairaya Tebing Tinggi = -146
SK Temin = -204
SK Jerantut saluran 2 = -46
SK Bandar Jerantut = -412
Balairaya Lata Kasah = -26
SK Damak = -81
SJKC Batu Balai = -90
SM Agama Ulu Cheka saluran 2 =-39

Juga terdapat 7 peti undi yang majoriti kurang dari 50 iaitu:

SK Gintong = 11
SK Jerantut = 0
SMK Padang Saujana saluran 1 dan 2 = 39
SK Kampung Baru = 2
Dewan JKKK Kampung Som = 2
SM Agama Ulu Cheka saluran 1 = 25

Jika BN letak calon UMNO bertanding di DUN Damak, WZWH berpandangan bukan sahaja UMNO boleh menang dengan lebih majoriti di DUN Damak malah ianya juga boleh melonjak undi BN parlimen Jerantut. Sebab mudah pengundi Melayu bertindak seiring memangkah atas dan bawah parlimen dan DUN Damak.

WZWH mahu mesej ini sampai kepada PM dan MB. WZWH rasa semua ahli UMNO Bahagian Jerantut menyokong cadangan WZWH ini.

Jika MCA bertanding lagi di DUN Damak maka WZWH tidak yakin MCA dapat mempertahankan DUN Damak. Bukan saja DUN Damak nanti akan jatuh ke tangan PKR malah akan menjejaskan peluang BN menang parlimen Jerantut dan WZWH tidak mahu Pakatan Rakyat merayakan kemenangan mereka dalam PRU 13 nanti di Jerantut seperti gambaran di bawah:

Tuesday, March 29, 2011

Timbalan Ketua PKR Pahang Keluar Parti

Mohd Nor Jaafar, Ketua Cabang PKR Jerantut merangkap Timbalan Ketua PKR Pahang keluar parti PKR dan masuk parti KITA. Beliau adalah abang kepada Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1 Pahang, Mohd Nor Jaafar mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Kesejahteran Insan Tanah Air (KITA).

Mohd Nor berkata, dia tidak lagi berminat dengan PKR kerana asyik secara membuta-tuli menyerang kerajaan dan bukannya fokus kepada isu-isu yang lebih penting.

“Bagaimana negara nak maju jika kita tak henti-henti menyerang dan mempolitikkan segala-galanya tanpa memfokuskan masalah sebenar rakyat?

“Saya fikir selama ini hanya membuang masa kerana hanya semata-mata mahu melawan kerajaan," ujarnya di sini, Selasa.

Beliau memberitahu, permohonan untuk menyertai KITA telah pun diterima.

“Saya akan serahkan surat peletakan jawtan kepada ibu pejabat PKR minggu ini,'' katanya yang juga merupakan Ketua PKR Jerantut.

Mohd Nor menegaskan bahawa keputusannya itu tiada kena mengena dengan video seks yang mengaitkan pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat.

“Saya tidak lihat video itu, jadi saya tak boleh komen isu berkenaan. “Tapi mereka yang terlibat dengan video itu bukan maksum," ujarnya.

Mohd Nor yang juga bekas ahli PAS berkata, dia seorang yang berfikiran liberal. “Saya bukan 'yes man','' katanya.

Sejarah Politik Sarawak Dulu...Kini....Dan PRN 10?


Untuk memahami Politik Sarawak perlu WZWH bawa pembaca tahu latarbelakang sejarah secara ringkas. Ini membolehkan kita meramalkan keputusan PRN Sarawak yang ke 10 nanti.

Sarawak merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei. Sarawak yang kaya dengan sumber alam menyebabkan James Brooke berusaha untuk menguasai Sarawak.

Cita-cita James Brooke tercapai setelah beliau berjaya mengatasi kebangkitan rakyat tempatan terhadap pemerintahan wakil Kesultanan Brunei.

Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1941. Terdapat lebih 27 etnik kaum di Sarawak. Ahli politik yang dapat mempengaruhi majoriti kaum ini menguasai politik Sarawak.

Memahami politik Sarawak adalah dengan mengenali Taib Mahmud KM Sarawak. 

Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (lahir pada 21 Mei 1936 di Miri, Sarawak) adalah Ketua Menteri Sarawak keempat dan kini. Beliau juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri.Taib adalah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB), parti komponen Barisan Nasional. Beliau berketurunan Melanau.

Dengan memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak sejak 1981, beliau adalah Ketua Menteri / Menteri Besar paling lama berkhidmat di Malaysia.Taib juga merupakan ahli parlimen kedua terpanjang berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah dengan menjadi ahli Parlimen Malaysia selama 38 tahun.

Taib dilahirkan dalam keluarga miskin pada tahun 1936. Taib mempunyai hubungan darah bangsawan dengan keluarga diraja di Brunei. Bapa saudara Taib, Abdul Rahman Ya'kub menyara kehidupan Taib sejak Taib masih seorang budak laki-laki. Taib memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah St. Joseph di Miri dan seterusnya ke Sekolah Menengah St. Joseph di Kuching. Taib berazam untuk mengambil undang-undang selepas bapa saudaranya, Rahman Ya'kub memujuknya untuk belajar dalam bidang tersebut. Pada tahun 1958, keputusan cemerlang yang dicapai oleh Taib dalam peperiksaan Senior Cambridge membolehkan Taib layak mendapat biasiswa Shell untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Adelaide di Australia Selatan. Beliau berjaya mendapat ijazah pertama dalam bidang undang-undang pada tahun 1960. Taib Mahmud telah menulis dan menerbitkan beberapa buku Islam dan karya lain termasuk: "Nabi Muhammad dan Misinya, Islam dan Kegunaan Umat Manusia", "Kebebasan dalam pemikiran Islam", dan "Strategi yang sesuai untuk pembangunan negara semasa menghadapi kekurangan sumber".

Selepas Taib balik ke Sarawak, beliau bekerja dalam Crown Council dari 1962 sehingga 1963. Beliau mengambil bahagian dalam Majlis perundangan negeri Sarawak pada 22 July 1963. Beliau dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Negeri dari tahun 1963 hingga 1966 dan Menteri Pembangunan dan Perhutanan pada 1967. Beliau bertindak sebagai ketua menteri beberapa kali. Beliau merupakan naib-pengerusi bagi Parti Berjasa Sarawak pada 1964. Beliau menghadiri satu Seminar Antarabangsa Havard pada tahun yang sama. Taib dilantik sebagai Penolong Menteri Persekutuan bagi Perdagangan dan Industri dari 1968 hingga 1970. Beliau mewakili Parti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA), salah satu parti komponen Perikatan Sarawak dalam pilihanraya Malaysia 1969. Semasa penerusan semula pilihanraya parlimen Sarawak pada 1970, Taib telah dipilih sebagai ahli parlimen Malaysia bagi kerusi Kota Samarahan. Beliau kemudiannya dilantik ke pelbagai portfolio termasuk Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (1970-1972) dan Menteri Sumber Semula Jadi (1972-1974). Pada tahun 1973, Taib menjadi timbalan presiden untuk PBB yang baru ditubuhkan sebelum menjadi parti presiden. Abdul Rahman Ya'kub adalah mentor politik untuk Taib Mahmud selama 20 tahun.

Selepas memenangi pilihanraya kecil Sebandi (sekarang Asajaya) pada tahun 1981, beliau telah dilantik sebagai Menteri Tanah dan Lombong Sarawak sebelum mengambil tempat bapa saudaranya,Abdul Rahman Ya'kub, sebagai Ketua Menteri Sarawak. Beliau mempertahankan kerusi Sebandi sehingga 1987 sebelum dipilih sebagai ADUN di kawasan Asajaya. Dalam pilihan raya Sarawak 2001, beliau tegas untuk bertanding di kawasan Balingian. Taib berkhidmat dalam pelbagai perbadanan awam dan sukarela serta mewakili kerajaan dalam pelbagai persidangan antarabangsa.

Sejak 1981, Keluaran dalam negara kasar (KDNK) telah meningkat dari RM 6.5 ribu juta sehingga RM 19.7 ribu juta pada tahun 1995 dan bertambah sehingga anggaran berjumlah RM 29.9 billion pada tahun 1999. Pada tahun 1995, sebanyak 31.9% daripada penduduk Sarawak hidup dalam keadaan miskin dan 10% adalah golongan papa. Pada tahun 1997, bilangan kemiskinan turun sehingga 7.5% dan golongan papa telah turun sehingga 0.7%. Pada tahun 1980, hanya 31.8% daripada penduduk Sarawak mempunyai bekalan air tetapi pada tahun 1995, angka tersebut mencecah 85% daripada populasi Sarawak. Penduduk Sarawak secara umumnya lebih terdidik berbanding pada masa dahulu. Kadar celik huruf telah naik dari 30% semasa kemerdekaan sehingga 95% pada hari ini.

Melalui pelancongan dan pemuliharaan ekologi taman negara dan sistem gua, Sarawak telah menjadi tarikan pelancong pada peta dunia. Beliau juga membolehkan tapak-tapak warisan dunia di Sarawak ditempuhi melalui Lebuhraya Pan Borneo. Perindustrian juga berlaku dalam ekonomi Sarawak sejak kemerdekaan. Sektor industri, pembuatan, dan pelancongan diberikan perhatian khusus. Industri teknologi tinggi memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan dalam negeri. Hasil daripada polisi pembangunan Taib Mahmud, KDNK Sarawak telah melebihi purata nasional pada tahun 1995. Demi keseimbangan pembangunan bandar dan luar bandar, Taib Mahmud juga menggalakkan perancangan bandar, perancangan sumber asli, perlandangan, dan pembangunan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan juga mementingkan pembangunan lestari. Sarawak adalah negeri pertama yang menjalankan e-kerajaan dengan sepenuhnya di Malaysia manakala Perpustakaan Negeri Sarawak merupakan e-perpustakaan yang pertama di Malaysia. Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang diperkenalkan oleh beliau dijangka akan mempelbagaikan ekonomi masa depan Sarawak.

Pada Julai 2010, Taib diberikan "pencapaian sepanjang hayat" oleh Kongres Asia HRD untuk memperingati sumbangan beliau kepada pembangunan modal insan di Sarawak terutamanya dengan penubuhan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Taib menyatakan bahawa kerajaan beliau mensasarkan 50% penembusan internet dalam Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Beliau juga membawa kestabilan politik kepada Sarawak dengan memimpin koalisi BN Sarawak mencapai majoriti yang besar pada setiap kali pilihanraya negeri. Di bawah kepimpinan beliau, kerjasama ikhlas dan pekongsian kuasa antara pemimpin politik diwujudkan.Beliau juga menghalang kemasukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke dalam Sarawak. Kemasukkan UMNO ke Sabah sejak 1991 telah menyebabkan percanggahan pendapat antara UMNO dengan ahli politik dan penduduk tempatan kerana mereka berpendapat bahawa hak dan kepentingan mereka terhakis.

Semasa menyambut ulang tahun ke-28 sebagai ketua menteri Sarawak pada 26 Mac 2009 di Dewan Suarah Bintulu, Taib membayangkan Sarawak sebagai sebuah negeri yang paling kaya di Malaysia menjelang tahun 2030 ketika menyampaikan ucapan beliau. Pada masa depan, pekerja yang berkemahiran tinggi akan membantu dalam membangunkan Sarawak demi kebaikan pentadbiran ekonomi. Sarawak akan menjadi tempat yang akan memberi peluang kepada sesiapa yang ingin mencari kehidupan yang lebih baik.Gelombang kedua pembangunan akan dimulakan secepat mungkin.

Antara langkah-langkah yang dicadangkan termasuk penubuhan institusi pengajian tinggi yang lebih banyak bagi mempelbagaikan ekonomi Sarawak kelak. Ini juga akan memastikan generasi muda mampu untuk mengeksploitasi sumber alam yang berkurangan saban hari dengan lebih efisien. Beliau juga merujuk kepada keperluan sinergi, kerjasama, dan semangat berpasukan antara pemimpin dan persefahaman penduduk Sarawak untuk melicinkan perancangan dan perjalanan yang dilakar oleh kerajaan negeri untuk manfaat rakyat.

Pakatan Rakyat telah menghasut rakyat Sarawak dengan menimbulkan cerita-cerita kekayaan keluarga Taib Mahmud. Ini adalah "modus operandi" biasa pihak pembangkang. Dulu Mahathir, Pak Lah dan kini Najib juga dikaitkan dengan kekayaan keluarga.

Berkenaan dengan ramalan PRN Sarawak diramalkan BN dapat mengekalkan 2/3 majoriti DUN Sarawak. Pembangkang seperti PKR, DAP dan SNAP masih berebut kerusi. 71 kerusi DUN dipertandingkan. Taib Mahmud lebih berpengalaman tahu bagaimana mengurus politik Sarawak.

Taib Mahmud berjanji akan mengundurkan diri beri peluang kepada pemimpin yang lebih muda selepas selesai PRN Sarawak.

Monday, March 28, 2011

PRN Sarawak Winnable Candidate Calon BN


Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, menetapkan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 diadakan pada 16 April, manakala penamaan calon ditetapkan pada 6 April.

1/3 dari calon BN adalah muka baru. Ini yang dibayangkan oleh KM Taib Mahmud. Beliau berjanji akan berundur selepas PRN Sarawak beri peluang kepada pemimpin muda.

Kedudukan kerusi DUN Sarawak kini ialah Barisan Nasional 62 kerusi, DAP 6 kerusi, PKR 1 kerusia dan Bebas 2 kerusi. Dengan keadaan demikian Sarawak dianggap sebagai ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional dan dengan Sabah telah dapat mempertahankan kedudukan kukuh kerajaan BN di peringkat pusat.

Tidak hairanlah jika Pakatan Rakyat rakyat kini berusaha bersungguh sungguh hendak mempengaruhi rakyat di Sarawak sekurang kurangnya dengan tujuan memperbaiki kedudukan kerusi mereka di negeri tesebut. Malah ada juga pemimpin pembangkang seperti Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng nampaknya begitu berharap membuat kejutan dalam pilihan raya ini. Setakat ini tidak banyak tanda yang boleh menyokong jangkaan mereka.

Sarawak hanya mengadakan dua PRK, iaitu di Batang Ai dan Sibu. Di Batang Ai, BN telah mampu mempertahankan kerusinya dengan majoriti yang bertambah, mencermin sokongan berterusan masyarakat Dayak kepada BN. Di Sibu pula, ia adalah kerusi kawasan majoriti Cina (64%). Kemenangan di Sibu telah kita ramalkan dengan betul disebabkan oleh sokongan berterusan dari pengundi Cina kepada DAP disamping ketiadaan penyandang yang popular seperti dalam PRU 2008. Sebaliknya ia juga mempamerkan sokongan berterusan pengundi Melayu/Melanau dan Dayak kepada Barisan Nasional.

Seperti mana di negeri negeri lain, saya telah membuat kajian terperinci tentang sokongan setiap kaum kepada BN di Sarawak. Kaedah regression analysis telah digunakan meliputi angka keputusan pilihanraya dihampir semua kawasan DUN pada Pilihanraya Negeri tahun 2006. Hasilnya menunjukkan seramai 76% dari jumlah pengundi Melayu dan Melanau telah mengundi BN, 67% pengundi Dayak dan 40% pengundi Cina.

Dilihat daripada angka diatas, pada pandangan awal, kita tidak menjangka sebarang masalah untuk BN mengekalkan majoriti 2/3 di DUN Sarawak, sekalipun jika wujud sedikit kemorosatan undi.

Tetapi BN perlu mengambil perhatian kepada beberapa kerusi yang rapuh dengan majoriti kurang daripada 500 undi dibeberapa tempat. Dalam kawasan kawasan ini, terutama yang disandang terlalu lama, penamaan muka baru mungkin tidak dapat dielakkan. Tetapi, perlu diingatkan keadaan ini berisko agak tinggi, jadi seorang calon baharu mestilah seorang yang mudah diterima pengundi (anak tempatan, berkelayakan, mempunyai rekod baik dan disenangi rakyat setempat).

Saya ingin menarik perhatian bahawa mengikut analisis regression kita, pada keseluruhannya setiap penyandang kerusi di DUN Sarawak mempunyai pengaruh persendirian, ia itu kira kira 160 undi bagi setiap penggal yang di sandang. Jadi pengantian seseorang penyandang yang mempunyai majoriti kira kira 1000 undi pada pilihanraya tahun 2006, membawa risikonya tersendiri, kerana seorang calon baru boleh kehilangan majoriti yang dicapai dahulu, seperti terjadi di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu baru baru ini. Oleh itu BN perlu berhati hati sebelum membuat sebarang keputusan.

Dipetik dan diubahsuai dari DAH IKHWAN Weblog.

Sunday, March 27, 2011

Rombowarsoto Jaman Edan (Zaman Gila) : Arab Sudah Berbunuh Sesama Sendiri, Melayu Bila Lagi?


Video seks sangat memotivasikan Anwar Ibrahim. Tengku Razaleigh kata, "kenapa kita bagi banyak peluru kepada Anwar? Memang Anwar guna video seks sebagai peluru tembak Najib dan UMNO.

Siapa RTC yang tiada integriti sebar video seks. Adakah RTC sudah bincang dulu dengan strategis UMNO atau dengan Najib? Jika RTC memandai sebar video seks maka ini strategi yang boleh merendahkan rating UMNO dan BN dikalangan rakyat.

Sangat mudah untuk melemahkan Anwar Ibrahim. Biarkan kes liwat 2 dengan isu DNA yang sudah merimaskan Anwar. Jangan peduli lagi.

Video seks kembali memanjangkan "9 lives of Anwar". Ini strategi yang paling bodoh. Maka UMNO dan BN perlu bersedia dengan retorik Anwar Ibrahim. Samada rakyat percaya atau tidak PRU 13 akan beri jawapan.

UMNO dan BN bersedialah....

Najib jangan takbur
“Dari jantan sekarang mereka cari nyonya…..jaja, upah, beli orang. Orang yang pernah dikaitkan dengan rogol, rasuah, serta ahli parlimen yang melompat dijaja menjadi tokoh baru.

“Dia guna media, kecam kita dari pagi sampai petang sampai malam, Kita nak jawab, tak boleh, konon tidak ada permit. Saya tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja. Saya salahkan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri dia, Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan kita.

“Saya beritahu Datuk Seri Najib Razak tunggu pilihan raya umum akan datang. Jangan takabbur…..anda boleh tipu sebanyak mungkin, beli orang dengan RM1.4 juta,”

Anwar sebelum ini dilaporkan mendakwa pengakuan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai bertanggungjawab di sebalik video seks itu adalah bukti pembabitan Umno.

Menurut Anwar, politik Malaysia kini dilanda ‘rombowarsoto jaman edan’ (zaman gila) memandangkan perogol, perasuah kini diangkat menjadi pemimpin.

Maka beliau menyeru terutamanya anak muda agar menjaga maruah diri daripada terus diperalatkan Umno.

“Mereka bercakap mengenai video seks, video apa? Umno tiada orang lain…apa polis tidak tahu siapa Thamby Chik, kesnya di Melaka? “Orang ini jadi dewa bak kata orang Jawa rombowarsoto jama edan (zaman gila) kerana perogol, perasuah dijadikan pemimpin. Kita ini dijadikan penjenayah.

“Anak muda, you ada semangat, kalau firaun kecil, yang lain cicak mengkarung you boleh cincang-cincang……ada orang-orang dalam

Pemuda Umno sanggup jadi perkakas semata-mata RM50. Mana maruah kamu? Lokap paling teruk sudah saya lalui, dianggap anjing.

Nak pukul, tangkap, aib semua dah buat. Manusia jenis apa mereka ini?

“Mereka alih pandangan kita, kita bukan bodoh. Mana ada dalam sejarah bila orang sebar video lucah haa sila datang…..Star kata kena tangkap, bohong mana ada kena tangkap. Bawa sekejap lepas…..sebab dia alat pencacai Umno,” 

Apa strategi UMNO dan BN untuk menghadapi isu post-video seks Anwar Ibrahim. Nasihat WZWH kepada strategis-strategis UMNO yang suka memandai-mandai ini jika ingin buat sesuatu pendedahan sensasi melibatkan imej UMNO dan BN please bincang dan rujuk dulu dengan pemimpin tertinggi UMNO. Jangan memandai-mandai berlagak cerdik dan lebih sudu dari kuah.

Kita sudah lihat orang Arab sudah berbunuh sesama sendiri. Jika kita tidak pandai mengurus konflik sesama kita tidak mustahil suatu hari nanti orang Melayu pun akan berbunuh sesama sendiri!

Saturday, March 26, 2011

PAS Perlu Bagi Laluan Suhaimi Said Bertanding Parlimen Jerantut

Suhaimi Said duduk di sebelah Ustaz Nasaruddin Md Isa, Timbalan Presiden PAS. Suhaimi Said calon parlimen Jerantut yang popular dikalangan orang Asli, peneroka Felda dan ahli PKR Jerantut. Beliau banyak berpolitik di Jerantut sekarang lebih dari Kuala Krau. Beliau adalah pemimpin pejuang rakyat marhein Jerantut.

DAP Jerantut melalui Cikgu Koh mendesak agar kerusi DUN Damak diberi kepada DAP. Pada PRU 12 DUN Damak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara MCA, PKR dan Bebas (Cikgu Koh yang kini Pengerusi DAP Jerantut).

MCA menang tipis kurang 500 undi. Jika Bebas tidak bertanding pasti PKR menang. Kini parti-parti di dalam Pakatan Rakyat bercakap-cakap sesama mereka bahawa DUN Damak adalah diantara kawasan DUN yang akan diserahkan kepada DAP dan akan terlepas dari PKR.

Ekoran itu Mohd Nor Jaafar Ketua Cabang PKR Jerantut tawar hati dan keluar parti masuk parti KITA. Pakatan Rakyat Jerantut sudah mulai goyang. Ini dinyatakan oleh Suhaimi Said dalam blog The Spirit Of Lubuk Kawah...

Selaku Anggota Jawatankuasa PKR Negeri yang ditugaskan untuk menyelaraskan pergerakan Parti Keadilan Rakyat untuk Cabang Jerantut, saya meminta supaya parti-parti didalam Pakatan Rakyat supaya memberhentikan cakap-cakap bahawa DUN Damak adalah diantara kawasan DUN yang akan diserahkan kepada sebuah parti didalam Pakatan Rakyat dan akan terlepas dari PKR.

Eloklah hentikan cakap-cakap seumpama ini kerana pertamanya perkara penyerahan itu tidak akan berlaku; dan keduanya PKR Cabang Jerantut adalah sebuah organisasi yang masih dan tetap segar, dan kerja-kerja untuk menyusun rakyat didalam DUN Damak sedang dilakukan.

Jerantut mempunyai 3 DUN dan satu Parlimen. PAS bertanding untuk Parlimen dan dua DUN yang lain iaitu Pulau Tawar dan Tahan; manakala PKR hanya bertanding di DUN Damak. Didalam pertandingan yang lalu (2008) PKR hanya kalah tipis sahaja di DUN Damak, dan jika tidak ada calon Bebas pada waktu itu, besar kemungkinan PKR sudah memenangi DUN Damak.

Calon Bebas didalam Pilihanraya 2008 di DUN Damak itu adalah ahli MCA yang diketepikan oleh partinya sendiri dan beliau memilih bertanding bebas. Kini calon itu menjelma sebagai ahli DAP dan berterusan memancing pandangan PAS supaya DAP diberikan kerusi DUN Damak kepada DAP.

PKR tidak berhajat untuk menyerahkan kerusi DUN Damak ini kepada PAS atau kepada DAP dan sebagai parti-parti didalam Pakatan Rakyat maka PKR menyeru supaya PAS dan DAP memberikan kerjasama yang erat kepada PKR untuk mempertahankan kerusi DUN Damak ini.,

WZWH berpendapat tidak perlu Suhaimi Said bertanding di DUN Damak. Orang strategis berorganisasi semacam Suhaimi Said layak bertanding parlimen Jerantut pada PRU 13. PAS Jerantut patut beri laluan kepada Suhaimi Said pemimpin pejuang sosialis keadilan moden dan amat disukai oleh orang Asli dan peneroka Felda.

Suhaimi Said boleh memperjuangkan hak-hak rakyat marhein Jerantut. Mungkin orang Jerantut sudah jemu dengan politik anak raja. Barangkali orang Jerantut mahu pemimpin seperti Suhaimi yang gigih memperjuangkan rakyat bawahan.

PAS perlu bertanding dalam kesemua tiga DUN di parlimen Jerantut iaitu di DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak. PAS mesti menguasai majoriti DUN Pahang ini kalau Tuan Ibrahim Tuan Man masih bercita-cita mahu menjadi MB Pahang baru Pakatan Rakyat.

Seperti biasa harapan DAP Jerantut akan berkecai bila PKR dan PAS berkompromi dan akhirnya DAP Jerantut tidak akan dapat satu kerusi pun di Jerantut. Nampaknya tiadalah wakil rakyat Cina di Jerantut pada PRU 13 nanti.

Orang Jerantut memang suka berahli parlimenkan dari orang luar kawasan. Bila kehendak masing-masing tidak tercapai maka jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri yang suka dan senang dipergunakan oleh orang luar!

KJ Mula Tunjuk Genius BN Youth Lab



KJ buat benda yang betul dan relevan. Orang muda-muda Malaysia mahu kerja. BN Youth Lab selaraskan 40,000 pekerjaan dan berbagai insentif menarik.

Ini yang ahli politik Malaysia perlu buat. Bukan jual temberang, cerita sensasi dan  berpolemik politik tidak ada kesudahan. Rakyat Malaysia mahu penyelesaian masalah. Terutama orang-orang muda. Mereka mahu masa depan.

Perhatikan tajuk berita yang menarik seperti dibawah:





Pemuda BN buat benda baik untuk golongan muda. Jika banyak program sebegini dibuat untuk kebaikan orang muda maka orang muda dekat dengan BN.

Tidak timbul soal orang muda bersikap anti kerajaan. Bila tiba PRU 13 bila orang muda undi BN maka BN mula kembali kuat.

Selain isu orang muda mahu pekerjaan. Isu-isu yang boleh meringankan orang muda yang sudah bekerja dan meningkatkan pendapatan orang bandar serta jika  boleh mengurangkan perbelanjaan orang bandar maka baru rakyat yang tinggal dibandar-bandar seluruh Malaysia akan percaya dan yakin dengan kerajaan yang punyai pemimpin berwawasan menolong rakyat.

Jika ini kerajaan BN boleh deliver servis yang begini tidak ada sebab rakyat mahu menolak kerajaan yang selalu memikir dan menjaga kebajikan rakyat.

Friday, March 25, 2011

Kenapa Suhaimi Said Menyibuk Campur Tangan Politik Jerantut?

Orang Jerantut tidak perlu tunjuk ajar Suhaimi Said ajar orang Jerantut berpolitik.

Suhaimi Said, Ketua Cabang PKR Kuala Krau. Dulu UMNO, PAS, Sosialis dan kini PKR suka menyibuk dan campur tangan politik Jerantut.

WZWH pun heran juga kenapa masa PRK DUN Kerdau dulu tak tersibuk Suhaimi Said memenangkan calon PAS kitar semula itu? Ini Suhaimi hendak ajar orang Jerantut politik.

Suhami Said berbangga dengan sejarah politik semangat kiri nasionalis keluarga Kampung Lubuk Kawahnya. Suhaimi Said perlu tahu sejarah politik dan budaya Jerantut. Atau sejarah Pahlawan Tok Gajah, Mat Kilau, Pawang Nong dan seangkatan tidak dipelik oleh Suhaimi Said.

Apa lagi Suhaimi Said tidak tahu sejarah politik tradisional dan aristokrat Jerantut. Biarlah Suhaimi Said meraba-meraba dalam gelap kalau terpijak lubang dia mungkin tersungkur.

Suhaimi Said, penyelaras gerak kerja PKR Cabang Jerantut tapi gaya arahannya seperti Ketua Cabang. WZWH ingin bertanya kenapa? Adakah ahli-ahli PKR Jerantut ini semua pandir-pandir bodoh belaka tidak tahu kerja berorganisasi.

Suhaimi Said memandang rendah keupayaan politik orang Jerantut. Beliau tidak percaya orang PKR Jerantut boleh buat kerja dan pemimpin PKR Negeri Pahang pun tidak memberi kepercayaan kepada orang PKR Jerantut.

Memang Mohd Nor Jaafar itu dulu Ketua Cabang PKR Jerantut tapi kini sudah masuk Parti KITA anjuran Zaid Ibrahim. Dihebohkan Mohd Nor ini dijanjikan jawatan Pengerusi Perhubungan KITA Pahang. Hebat bekas Ketua Cabang PKR Jerantut ini yang selalu WZWH lihat petang-petang mengheret lembu-lembunya di Jalan Benta.

Zaid Ibrahim lebih "appreciate" orang Jerantut dengan menjanjikan jawatan tertinggi negeri setaraf dengan Dato' Fauzi bos PKR Pahang.

Hebat juga orang Jerantut ini. Sudahlah adik Mohd Nor Jaafar iaitu Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut memegang jawatan no 2 tinggi dalam kepimpinan PAS Pahang-Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Suhaimi Said bukan saja memperlekehkan politik orang Jerantut beliau juga tidak ada semangat Pahang umpamanya bila beliau mengatakan dalam blognya The Spirit Of Lubuk Kawah...

kenapa Najib terlalu takut kepada Anwar? Najib adalah seorang pemimpin yang korup, beliau telah melakukan banyak kerosakan kepada Negara, beliau melindungi pemimpin-pemimpin yang korup, beliau melindungi Mubarak Sarawak, dan beliau tidak akan mengambil tindakan kepada pemimpin-pemimpin yang korup kerana beliau sendiri terlibat dengan korupsi.

Jika Pakatan Rakyat memerintah Negara ini dalam tempoh 100 harinya, segala kes-kes korupsi yang melibatkan semua pemimpin-pemimpin Negara dan Negeri akan dibawa ke Mahkamah. Inilah yang menakutkan Najib dan pemimpin-pemimpin BN.

Anwar adalah manusia istimewa. Allah akan membantu orang yang teraniaya. Anwar, Insya Allah, akan selamat dari fitnah ini dan beliau Insya Allah akan terus memimpin gerakan rakyat dan mengambil alih Putrajaya.

Entahlah WZWH tidak faham anak pembesar Pahang semacam Dato' Fauzi Rahman dan Suhaimi Said suka sangat mengekori bontot Anwar Ibrahim. Mereka adalah ahli politik Pahang yang tidak belajar Sejarah Adat Budaya Politik Pahang. Mereka tidak ada semangat perjuangan Pahang yang diajar oleh nenek moyang kita orang Pahang. Biarkan mereka sesat dan terjun dengan labu-labunya...

Thursday, March 24, 2011

Pakatan Rakyat Jerantut Semakin Goyang


Mohd Nor Hamzah, Ketua Cabang PKR Jerantut yang lari meninggalkan PKR Jerantut untuk menyertai parti KITA.

Ketua Cabang PKR Jerantut sudah tinggalkan PKR Jerantut. Ini kata blog Pahang Selamat Rakyat Nikmat sila baca sini. Ketika ini tidak ada sesiapa yang tahu apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik tindakan Ketua Cabang PKR Jerantut, Mohd Nor Jaafar, yang menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 Mohd Nor telah bertanding mewakili PKR di Dun Damak, dalam Parlimen Jerantut.

Beliau sebenarnya boleh menang merampas Dun tersebut daripada BN tetapi terhalang kerana berlaku pertandingan tiga penjuru iaitu turut disertai oleh DAP.

Mohd Nor ialah abang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar iaitu calon ahli parlimen PAS Jerantut.

Mungkin beliau sudah dapat mencium bau bahawa Anwar Ibrahim penasihat PKR dan strategis PR punya masalah persepsi moral negatif di kacamata rakyat.

Beliau pun tahu DAP Jerantut melobi kuat kerusi DUN Damak. Maka tiada tempat lagi untuk PKR. Kegagalan PKR Pahang melobi kerusi DUN Damak terlepas kepada DAP itu hakikat yang tidak boleh diterima Mohd Nor.

PKR Pahang sudah nampak mahu berkubur. Di Cabang Indera Mahkota ramai ahlinya keluar parti dan menyertai UMNO.

Tinggallah  Dr Hamzah yang akan bertanding kerusi PAS parlimen Jerantut buat kali ke tiga berturut-turut. WZWH menjangkakan ramai pengundi atas pagar dan UMNO akan kembali ke BN semula. Juga pengundi orang China Jerantut ramai mahu kembali kepada BN.

Dr Hamzah perlu lagi sekali bawa Hadi Awang Presiden PAS dan AJK PAS Pusat mudik Ulu Tembeling melihat perkembangan kemajuan tempat pedalaman. TG Nik Aziz sudah tahu...sebab itu beliau bila datang ke Jerantut lebih suka berkunjung ke Kampung Batu Balai (dalam DUN Damak). TG Nik Aziz cukup faham ADUN Tahan ini. Sebab itu beliau tidak sentuh DUN Tahan.

Perkembangan terbaru dan sensasi Anwar Ibrahim membuatkan pimpinan tertinggi PAS berbelah bagi terhadap kesan reputasi Anwar Ibrahim yang semakin rosak dan tidak menyenangkan perjuangan PAS. Begitu juga pemimpin DAP cukup bimbang kesan dari isu moral Anwar akan buat DAP terkena tempiasnya.


Agak malang Anwar Ibrahim diwaktu umurnya dalam 60an terpaksa bertarung di mahkamah yang meletihkan dan berbagai isu sensasi yang beliau perlu jawab. Banyak wang beliau dihabiskan untuk membayar team peguambelanya. Beliau tidak dapat fokus sepenuhnya kepada memasang strategi PR menghadapi PRK, PRN dan PRU.

Bila musuh-musuh politiknya baik semasa dalam UMNO dan luar UMNO menyerangnya dan banyak lagi berita-berita sensasi yang tunggu masa untuk diletupkan maka Anwar betul-betul tercunggap. Mampukah angan-angan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia pasca PRU 13 menjadi kenyataan bila di sana-sini mulai retak pakatan PR?


Walaupun majoriti kaum Cina menyokong Anwar Ibrahim menjadi PM atas sebab-sebab strategik mereka itu belum cukup kuat bila kaum Melayu dan India sudah mulai sedar...

Jam Gold Omega: Kenapa Wanita Tertarik Kepadanya?



Jam Gold Omega yang menarik perhatian media, ahli politik dan orang di seluruh dunia kini. Harganya naik melambung tinggi dan Omega mahu menambah pengeluarannya kerana permintaan terhadap jam Gold Omega begitu mendadak di Malaysia!

Isteri anda takkan tak cam jam anda. Ada Resit tak untuk rujuk No siri jam itu?

Melampau juga amoi tu. Duit sewa perkhidmatan tentu sekali luar biasa. Maklumlah service tentunya "extra". Luar-dalam, atas-bawah, depan-belakang, duduk-berdiri, mesti deliver "first class service" Tetamunya bukan orang sembarangan. Orang first class. Teringat cerpen Aziz Jahpin "Tamunya Seorang Menteri".

Melampau kerana dapat habuan yang banyak. Lelaki hebat. Cuma konon perutnya kelihatan buncit. Tentunya tidak kelihatan buncit dikhalayak ramai kerana ditutupi pakaian yang berjenama mahal. Tailor made barangkali.

Amoi, janganlah pula melampau. Tidak cukupkah dengan bayaran yang istimewa dari perkhidmatan itu. janganlah sampai cuba mencuri JAM OMEGA itu.

Suatu hari nanti pasti isteri tersayang akan mengcam atau mengenali JAM OMEGA milik suaminya. Amoi tak malu kee nanti dikatakan "mencuri" JAM OMEGA milik suaminya.? Opps. Amoi memang tak fahamkah erti malu atau Amoi memang punya perinsip juga bahawa "TETAMU" Amoi memang lebih amoi kenali sebagai tak tahu malu, tidak bermaruah, suka makan luar, main tikam depan-belakang dan sewaktu dengannya. sebab amoi lebih faham setelah bergelumang dalam lumpur dosa dengannya......

Tapi amoi tak faham barangkali, JAM OMEGA itu jam mahal, berjenama dan terperinci produknya. Pastinya ada NOMBOR SIRI...ha ha ha. Amoi terperangkap di sini. Tapi amoi tak perlu risau. Itu memang KERJAYA amoi sedangkan itu hanya KERJA TETAMU amoi. Kerjaya dan kerja memang tak sama. Kerjanya "Curi Makan" kerjaya amoi "cari makan". "Curi makan" dan "cari makan" memang tak sama.

Amoi memang melampau kerana melakukan percubaan mencuri JAM OMEGA milik suami orang yang digelarnya "pilihan". Tapi TETAMU amoi LEBIH MELAMPAU. Lebih melampau kerana tak mengaku PERUTNYA yang kelihatan buncit ketika seutas benang tidak menutupi tubuhnya.

Akan muncul kah amoi membawa 'HARTA" untuk diuji DNAnya nanti? atau amoi juga marahkan tetamu amoi kerana Tetamu amoi itu "main kasar".... Atau Amoi sudah bijak kini kerana menyedari harga amoi telah melambung naik dengan tiba-tiba....Bukan kerana Tsunami di Fukushima, Jepun..Tetapi kerana ada yang ingin tahu KEBENARAN dari PEMBOHONGAN serta KEMUNGKARAN.

WZWH tak sabar melihat kehebatan amoi dan tetamu amoi...

Penderitaan Dan Azab Orang Ulu Tembeling: MB Pahang Membantu


Dalam posting WZWH yang lepas bertajuk "Penderitaan Dan Azab Orang Ulu Tembeling" ada menceritakan kesusahan dan kepayahan hilir mudik Sungai Tembeling merempuh jeram-jeram yang ganas hingga menyebabkan perahu panjang karam dan kematian.

Seorang penduduk Ulu Tembeling yang bernama Wan Zahari dari Kampung Bukit Mat Daling telah karam perahu panjangnya di Jeram. Bot beliau mengalami kerosakan teruk dan enjin sangkutnya rosak.

Beliau telah meminta bantuan dari MB Pahang melalui ADUN Tahan Dato' Wan Amizan Wan Razak. Alhamdulillah, MB Pahang berkenan meluluskan peruntukan bagi mengantikan enjin sangkut berkuasakuda 40 dengan nilai lebih RM10,000.


MB Pahang, DSD Adnan Yaakob sangat perihatin kepada penderitaan dan azab orang Ulu Tembeling. Diharap dengan bantuan dari MB ini boleh meringan beban kewangan Wan Zahari untuk meneruskan urusan hilir mudik Sungai Tembeling.

WZWH "publish" kembali posting tersebut...

Posting blog Urag Drrulug bertajuk "Menyabung Nyawa Di Pedalaman" memberi lapuran sebuah bot perahu panjang Tembeling telah karam dan terbalik semasa meredah Jeram Panjang mudik Sungai Tembeling 2 hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya. Berita ini begitu menyentuh hati WZWH

Memang Jeram Panjang tempat lokasi selalunya berlaku bot penumpang Ulu Tembeling selalu karam. Sejarah bot karam di Jeram Panjang adalah penderitaan orang Ulu Tembeling kerana sungai yang terpaksa puluhan jeram diredahi kerana tiada kemudahan jalan raya moden dari Kuala Tahan ke Kampung-kampung Ulu Tembeling.

WZWH mula-mula tahu berita malang ini bila menziarahi ayah saudara WZWH, Wan Hamidon bin Wan Ahmad di bandar Jerantut pada malam Hari Raya Pertama. Mangsa yang terlibat ialah ayah saudara sepupu WZWH, Wan Zahari dari Kampung Mat Daling. Isteri Wan Zahari ialah emak saudara benar WZWH, Wan Maziah binti Wan Ahmad.

WZWH diberitahu terdapat 21 orang kanak-kanak dan orang tua di dalam bot ketika kejadian. Ayah Zahari dikatakan mudik salah alur lalu terlanggar batu membuatkan bot melintangi Jeram Panjang. Dan tiada seorang luan (orang di depan bot sekali yang ada galah panjang meninjau dan mengenalpasti alur) maka Ayah Zahari tersilap alur. Terjahan air jeram lalu membuat bot karam dan terbalik.

Mengikut cerita beberapa orang penyelamat, mereka menjumpai 12 orang kanak-kanak bergayut di bawah atap zink. Lantas penyelamat menyelamatkan mereka. WZWH bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak diingini.

Sejarah bot orang Ulu Tembeling karam di jeram-jeram sepanjang yang WZWH tahu tidak melibatkan kematian jiwa kecuali kemalangan bot karam di Jeram Ampai, Tembeling Tengah dan di Kuala Tembeling sahaja.

Masalah jeram ialah bila air surut ada banyak batu-batu timbul manakala bila air besar maka ombak besar dan alur pun berubah. Kalau air bah sangat besar mungin boleh berlaku olak jeram yang baru dengan ombak besar terutama di tempat yang ada banyak batu besar-besar. WZWH pernah mengalaminya sendiri ketika mudik masa air bah 1983 lalu terpaksa menempuh olak jeram baru dekat Kampung Pagi.

Bila bot karam maka amat malang kerana tuan punya bot kehilangan bot dan enjin bot. Harga enjin bot berkuasa kuda 40 ialah RM10,000 ke atas. Harga bot perahu panjang Tembeling berharga antara RM10,000 hingga RM15,000. Jika ada duit simpanan, pengusaha bot boleh bila-bila beli enjin tetapi masalah hendak menempah bot baru kerana tukang-tukang bot perahu panjang sudah berkurangan, bekalan kayu cengal untuk buat bot sangat susah dan payah dan tiada kayu lagi. Tempahan bot perahu panjang Tembeling boleh ambil masa dari 6 bulan ke setahun lebih.

WZWH amat faham kekecewaan blogger Urag Drrulug kerana tiada kemudahan jalan raya moden ke Ulu Tembeling. Ini buat Urag Drrulug kritik dan menyalahkan pemimpin. WZWH harap Urag Drrulug bersabar. Projek jalan raya Ulu Tembeling telah bermula fasa pertama dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi sejal April 2010 lalu, seterusnya fasa ke dua dari Kampung Pagi ke Kampung Kuala Sat dan seterusnya fasa ke tiga dari Kampung Kuala Sat ke Kampung Mat Daling. Insyallah, WZWH percaya Projek Jalan Ulu Tembeling yang bernilai RM460 juta ini akan siap dengan sempurna dalam masa 5 tahun lagi.

Tuesday, March 22, 2011

Projek Jalan Ulu Tembeling















Ini ialah Projek Jalan Ulu Tembeling yang telah diluluskan oleh mantan PM Tun Pak Lah melalui surat kelulusan bertarikh Februari 2008 sebelum PRU 12 bila Dato' Wan Amizan Wan Razak bertanding di DUN Tahan.

Walaupun mendapat surat kelulusan awal namun implementasi penuh ranjau dan penat lelah usaha YB Dato' Wan Amizan. Juga atas kertas projek ini sepatutnya telah bermula secara rasmi pada 1 April 2010, akhirnya pada hujung tahun lepas projek ini telah bermula.

Projek Jalan Ulu Tembeling ini anggaran kos keseluruhannya ialah RM450 juta. Dipecahkan kepada beberapa fasa. Fasa pertama dari Kampung Tuit (atas Kuala Tahan) hingga ke Kampung Pagi dengan bajet yang dipersetujui oleh MOF berjumlah RM121 juta.

Fasa yang seterusnya akan dibuat selepas selesai fasa pertama. Seperti yang dijanjikan blog WZWH diberi hak eksklusif untuk mengikuti perkembangan status projek jalan Ulu Tembeling.

Blog N9 Tahan secara sinis menulis..."Kami rasa sebelum Jalan ke Hulu Tembeling siap,mungkin masalah Jalan ke FELDA Sg Retang akan dapat diselesaikan dulu agaknya?


Lagipun Jalanraya ke Hulu Tembeling tu janji pada signboard dia dijadual siap pada 2013.Mungkin tengah cari laluan yang banyak balak agaknya?Boleh lagi diguna untuk JANJI PRU ke 13 kut??"


Projek Jalan Ulu Tembeling kalau mengikut jadual project managementnya mengambil masa 22 bulan untuk disiapkan. Bukan semudah seperti apa yang ditulis oleh blog N9 Tahan yang pro PAS. Allignment jalan mengikut pelan JKR. Balak yang ditebang pun tidak banyak.

Maka WZWH perlu kemukakan bukti projek jalan Ulu Tembeling itu sedang dibuat. Jentera-jentera berat dihantar ke Kampung Pagi. Pokok hutan yang menghalang allignment jalan perlu ditebang. Bukit-bukit perlu ditarah dan diratakan mana yang perlu. 















Jentera berat sedang mengorek tanah di Kampung Pagi.















Perhatikan jalan tanah merah yang dibuat dilereng bukit.















Kelihatan hutan, bukit dan jalan diratakan oleh jentera berat di Kampung Pagi.

Dalam posting WZWH yang terdahulu bertajuk "WZWH Jawap Isu Kampung Pagi Reaksi Kepada Blog Hulu Tembeling", WZWH menulis....

WZWH ucap terima kasih kepada blog Hulu Tembeling kerana mendapat bukti bahawa Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa Pertama dari kampung Tuit (Kuala Tahan) ke Kampung Pagi kos projek sebanyak RM121 juta sedang berjalan. Disahkan oleh penduduk Kampung Pagi melalui perbualan blogger Hulu Tembeling dengan orang Kampung Pagi.

Projek jalan yang dimaksudkan oleh penduduk Kampung Pagi itu yang mengambil tanah-tanah orang Kampung Pagi ialah Projek Jalan tar dalam Kampung Pagi sepanjang 4km termasuk jambatan Pengor kos projek RM12 juta.

Jalan itu dibuat allignment baru hingga ke tepi Sungai Tembeling di Kampung Pagi kerana kerajaan telah meluluskan "Inland port" kos projek RM5 juta. Bila projek Jalan Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke Kampung Pagi siap nanti dijangka "inland port" Kampung Pagi akan sibuk dikunjungi oleh pelancong dan penduduk Ulu Tembeling.

Berbagai-bagai perancangan pembangunan akan dibangunkan di sepanjang tebing sungai dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi. WZWH tidak mahu cerita lebih pada tahap ini. Nanti orang Jerantut cakap WZWH kuat pungkor.

Pelan allignment projek jalan dalam Kampung Pagi telah dilulus dan disahkan oleh Pihak Jabatan Kerajaan yang terlibat. Tiadalah kontraktor memandai-mandai atau menggugut. Dari 38 pemilik tanah terbabit hanya 2 orang menentang. Majoriti menyokong kerana mereka tahu projek pembangunan ini baik untuk kemajuan Kampung Pagi.

Mengenai pampasan walaupun kerajaan belum lagi membayar pampasan, pihak kontraktor telah menguna budi bicara sendiri untuk membayar sedikit sagu hati "in- advance". 

Biasalah dulu tanah orang tua WZWH di Kampung Bantal banyak diambil alih untuk dibuat sekolah kebangsaan Kampung Bantal yang baru. Orang Tua WZWH dengan rela hati menyerah sebidang tanah yang luas juga kepada kerajaan dan menerima pampasan.

Projek Jalan Ulu Tembeling yang bila siap sepenuhnya akan menelan belanja lebih RM450 juta. Ini ialah hasil usaha Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan. Ini ialah perjuangan beliau yang mahu merealisasikan realiti projek yang menjadi mimpi 50 tahun orang Ulu Tembeling.

Ada banyak lagi rancangan-rancangan kemajuan yang ingin dilaksanakan oleh YB Dato' Wan Amizan di DUN Tahan ini. Rakyat DUN Tahan perlu menyokong YB ADUN Tahan yang bekerja kuat memajukan tempat kelahirannya sendiri. Bila anak watan menjadi YB maka sentuhan tangan menyentuh jiwa kalbu dengan perasaan dan semangat mahu bangun dan majukan tempat sendiri. 

Rakyat DUN Tahan mahu sentuhan emas bukan sentuhan kaca atau janji-janji palsu oleh mereka yang diberi tanggungjawab sebelum ini terutama wakil rakyat PAS yang hanya pandai bercakap saja tanpa memberi sumbangan apa-apa tapi PAS kata Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Hamzahlah yang bawa pembangunan di DUN Tahan.

Apa yang WZWH boleh katakan..."lu lancaulah PAS!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024