Posts

Showing posts from September, 2011

Apa ADUN Tahan Sudah Buat Di Ulu Tembeling?

Image

Kenapa Blog SPU dan Urag Drrulug ANTI ADUN Tahan?

Image
Kenapa blog SPU dan Urrag Drrulug anti (bersifat prejudice), memperlekeh ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN anak tempatan, anak Tembeling yang sangat cemerlang perkhidmatannya membangun dan menjaga DUN Tahan? Ini soalan yang ramai orang tanya WZWH.
Pada mulanya WZWH tidak mahu jawab. Orang patut tanya kepada blog SPU dan Urag Drrulug sendiri. Dalam fikiran WZWH sudah lama persoalan itu bermain di minda.
Jika Dato' Wan Amizan tidak servis, tidak menjengok kawasan, tidak lansung membawa pembangunan, hanya berkata, "ana hanya berdoa", atau cerita New York, London, Hong Kong, Shanghai kepada orang kampung, atau politik hanya suka berperang sesama UMNO, suka mengadu kepada MB atau PM bahawa ahli parlimen itu tidak servis jaga rakyat atau ADUN itu orang kampung tidak suka maka sudah sewajarnya ADUN Tahan tidak disukai.
Tapi bila ADUN Tahan membawa pembangunan setakat hari ini sudah lebih RM500 juta dan banyak peruntukan mahu masuk bahkan ada peruntukan yang t…

Operasi "Drastic Cleansing" Calon Jerantut PRU 13

Image
Banyak blog-blog Jerantut seperti Suara Prihatin UMNO Jerantut, Urag Drrulug, Borok Politik Weh, Braveheart, Kutukan Dewata, Surat Untuk Pemimpin dll menulis posting mahu perubahan dilakukan terhadap calon Jerantut PRU 13. Maka WZWH mencadangkan posting di atas agar semua bloggers Jerantut berpuas hati gamoknya....
Satu operasi "drastic cleansing" calon-calon UMNO PRU 13 perlu dilakukan oleh DS Najib dan MB Pahang bagi membersihkan UMNO bahagian Jerantut. Mengambil kaedah Tun Mahathir, satu pembedahan kepimpinan politik UMNO Jerantut perlu dilaksanakan untuk membersih UMNO Jerantut.
Bagaimana caranya? Oleh kerana semua ahli UMNO dan rakyat Jerantut mahu pemimpin yang bersih, tiada skandal, jujur, berintigriti, tidak korup dan benar-benar berminat mahu memberi servis kepada rakyat Jerantut maka "penyelesaian di luar kotak" atau "drastic change" perlu dilakukan.
Mengambil analogi pasukan bolasepak Jerantut umpamanya. Jika pasukan bolasepak Jerantut sudah tidak…

Pahang Darul Besi Warisan Nenek Moyang

Image
Pahang dulu terkenal dengan emas. Nenek moyang kita kaya dengan emas. Sila baca sini dan sini kalau mahu tahu punya terkenal Pahang dengan emas.
Nenek moyang kita melombong emas hingga habis tidak meninggal ke cucu cicit. WZWH faham banyak empayar telah memaksa nenek moyang kita melombong emas banyak-banyak. Empayar Srivijaya, Majapahit, Siam, Inggeris telah buat warisan emas ini makin kecil.
Tetapi nenek moyang kita telah meninggalkan warisan besi untuk cucu cicit teroka. Kita perlu berterima kasih dengan nenek moyang kita. Walau British  mencampuri urusan Pahang sejak 1888 telah mengeksploit hasil besi namun warisan besi Pahang masih banyak untuk cucu cicit.
WZWH telah tulis banyak posting berkenaan besi di Pahang. Sila baca sini dan sini dan sini serta sini.
Sumber kekayaan hasil mineral dan bukan mineral Negeri Pahang masih belum diteroka sepenuhnya. Jabatan Mineral dan Geosains Pahang menganggarkan deposit hasil mineral dalam negeri ini, sekiranya diusahasilkan secara cekap, boleh m…

Tiga DUN Serentak Mengadakan Jamuan Hari Raya di Parlimen Pekan

Image
DS Najib Razak, ahli parlimen Pekan, Perdana Menteri Malaysia.

Pekan adalah parlimen Perdana Menteri DS Najib. Parlimen Pekan ada empat DUN: Bebar, Peramu Jaya, Chini dan Pulau Manis.
Hari ini 25 September WZWH berkesempatan meninjau sambutan jamuan Hari Raya di tiga DUN serentak iaitu DUN Peramu Jaya, DUN Bebar dan DUN Chini. DUN Pulau Manis telah mengadakan jamuan Hari Raya semalam.
Bagaimana sambutan orang ramai kepada jamuan yang dibuat oleh tiga ADUN ini walaupun DS Najib ahli parlimen Pekan dan Ketua Bahagian tidak dapat menghadiri kerana tugas beliau sebagai Perdana Menteri.
Pada PRU 1999, DS  Najib cemas terjun Sungai Pahang nyaris hampir tewas kerana mendapat majoriti nipis 241. Orang Pekan tidak mengundi beliau kerana sebab-sebab tertentu.

Namun DS Najib telah implemen strategi-strategi baru yang akhirnya pada PRU 2004, 2008 majoriti beliau kembali melambung. WZWH tidak mahu mengulas strategi-strategi DS Najib di Pekan. WZWH mahu turun padang melihat sendiri bagaimana ADUN-AD…

Tiada Lagi Doa Untuk Sultan Dan Tengku Mahkota Dalam Khutbah Jumaat Di Jerantut!

Image
WZWH semalam sembahyang Jumaat di Masjid lama Jerantut. Apa yang mengejutkan WZWH di dalam khutbah tidak ada doa untuk Sultan Pahang dan Tengku Mahkota ketika khatib membaca doa.
Lazim di Malaysia ada doa untuk kesejahteraan Sultan di dalam khutbah Jumaat disemua negeri yang mempunyai Sultan.
WZWH tidak pasti samada Khatib itu terlupa membaca doa atau sengaja!
Sultan adalah merupa ketua agama Islam negeri. Dan hal-hal agama Islam dibawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Pahang dan diselia oleh Jabatan Agama Islam Pahang.
Adalah tidak wajar bagi kita sebagai rakyat tidak mendoakan kesejahteraan Sultan sedangkan Sultan adalah ketua agama Islam.
WZWH berharap JAIP memantau perkembangan  berhubung isu tersebut.

Bravo Nik Aziz Score Draw...LKS , KS, Anwar : Sokong Hudud?

Image
Isu komunis hasil genius Mat Sabu telah membuka minda terutamanya orang Melayu/Islam yang merupakan majoriti pengundi negara ini membuat penilaian semula terhadap sikap PAS. Beberapa segmen pertubuhan dan masyarakat Melayu mula mencemuh PAS.
TGNA terpaksa menyanyi kembali lagu lama-implemen hudud di Kelantan...dan Malaysia. Mahathir pulang paku buah keras kepada Nik Aziz ini lah masa sesuai kerana Mahathir bukan lagi PM. Nik Aziz perlu minta kebenaran Najib.
Bravo Nik Aziz. Hudud tetap mahu dilaksanakan walau DAP menentang keras. Pedulikan DAP. DAP boleh keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan hudud.
Sebenarnya inilah kenyataan yang orang Melayu nantikan selama ini dari ahli politik Melayu tidak kira dari UMNO mahupun PAS. Anwar Ibrahim menyokong hudud Kelantan secara peribadi.
Realiti politiknya PAS menang besar dalam PRU 12 kerana sokongan Pakatan Rakyat. Sudah tentu sokongan Pakatan Rakyat terhadap PAS dalam PRU 13 akan bergantung kepada pendirian pemimpin-pemimpin terti…

Will Pakatan Rakyat Let PAS Impose Hudud Law? What Are The Responses?

Image
Mahathir said that since he is no longer PM hence TG Nik Aziz should impose hudud law in Kelantan. Anwar Ibrahim backed up this move personally. Will TGNA dares to see Najib approval?
Will Pakatan Rakyat Let PAS impose hudud law?
Some responses from non-muslim WZWH gathered...

PAS really need to tell people what really is their Islamic state. And Pakatan Rakyat should also stop keeping quite on Islamic State & Hudud. Everyone know Anwar want to become PM. But that does not give any rights to PR to keep silent on this. Be truthful to people. PR must tell what's their position on Hudud + Islamic State.
Pakatan Rakyat should openly assure people that there are not going to turn Malaysia into Islamic State if they takeover. I think this will stop all the issues on Hudud, Islamic State, etc. 
Where is Karpal Singh and his "Over my dead body" stunt? Or people already tired of this cheap stunt? The facts are PAS going to implement Hudud. And Anwar not going to stop them. Anwar&#…

Bagaimana Malaysia Mahu Mencapai Ekonomi Berpendapatan Tinggi?

Image
Najib cakap mahu mansuh ISA. Siapa sokong? 3.2 juta ahli UMNO tidak bersedia kerana mereka tidak diajak berbincang. Tidak mengapa Rohan Gunaratna, pakar anti-keganasan dunia kata ISA perlu didebat oleh pakar bukan orang awam. Sila klik sini
KDN dan AG terpingga-pingga hendak bagi jawapan menyokong kenyataan Najib. Mahathir sokong Najib tapi 22 tahun Mahathir memerintah rakyat Malaysia tahu Mahathir suka cakap terbalik atau 'half truth'!
Isu ISA tidak beri kesan lansung kepada 28 juta penduduk Malaysia. Apa yang rakyat Malaysia mahu isu yang beri kesan lansung kepada mereka. 28 juta rakyat Malaysia mahu tahu bagaimana Malaysia mahu mencapai ekonomi berpendapatan tinggi?
Bila bercakap pasal ekonomi dalam Bahasa Melayu biasanya penasihat-penasihat ekonomi Najib yang graduate Oxford, Cambridge dan Harvard tidak mahu pandang dan baca. Oklah WZWH dari Ulu Tembeling tulis dalam English...
Few middle-income countries have successfully transitioned into advanced economies in the past twent…

Jamuan Hari Raya DUN Tahan

Image
YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan parlimen Jerantut, tokoh muda Pahang yang akan memtransformasi politik,ekonomi dan sosial Jerantut. Beliau pemimpin yang berani, berwawasan, berhemah, bijaksana dan futuristik leader. Walau ramai orang membenci beliau juga ramai yang menyayangi beliau kerana beliau kota apa yang dikata. Pemimpin lain hanya pandai berkata-kata saja tetapi tidak bold dan jelas.
DUN Tahan adalah DUN yang paling besar dan luas dalam Semenanjung Malaysia dan Pahang. Maka banyaklah jamuan Hari Raya diadakan dimana-mana dalam DUN Tahan. Tak sempat WZWH nak cover kesemuanya.
Hari Raya pertama bersama famili. Hari Raya ke dua, ADUN Tahan Dato' Wan Amizan Wan Razak buat rumah terbuka tetapi lebih fokus kepada orang di DUN Pulau Tawar. Memang ADUN Tahan ini adalah Ketua UMNO cawangan Felda Jengka 12 (dalam DUN Pulau Tawar).
Hari Raya ke tiga dirumah yang satu lagi di Felda Sungai Retang. Pada minggu lepas, hari Jumaat , jamuan Hari Raya di Felda Padang Piol.
Dan pada…

Pelombong Besi Pahang Jangan Rakus Musnah Alam Sekitar

Image
DSD Adnan Yaakob, MB Pahang yang sangat prihatin kepada aduan rakyat Pahang berkenaan aktiviti lombong-lombong besi yang tidak ikut piawaian dibenarkan mencemar alam sekitar.
Pahang bumi negeri bertuah. Dikurnia Allah besi dan mineral lain. Berjuta-juta tan. China melabur berbilion di Pahang. Industri perlombongan besi hidup bagai cendawan tumbuh selepas hujan petir.
Pelombong besi Pahang jangan rakus musnah alam sekitar. Bukan sahaja alam sekitar terjejas kerana pelombong tidak ikut peraturan malah kesihatan penduduk Pahang berdekatan lombong terjejas.
Rakyat Pahang ramai mengadu. Itu sebab DSD Adnan Yaakob MB Pahang telah mengutamakan aduan rakyat Pahang dengan memanggil semua pelombong Pahang diberi taklimat khas di kediaman rumah MB pagi tadi. MB mengingatkan dan menasihat pelombong supaya mematuhi peraturan dan meminimakan kerosakan alam sekitar.
MB beri amaran jika semua pelombong Pahang degil maka semua aktiviti dan industri lombong nanti akan dihentikan. Pelombong jangan terlalu r…

Kenapa Kelantan Kaya Suka Menginaya Kelantan Miskin ? Dah 20 tahun...

Image
Rakyat yang menetap di negeri Kelantan ramai yang hidup susah. Mereka jarang mendapat pembelaan daripada kerajaan PAS Kelantan. Jadi mereka ramai yang meminta bantuan daripada UMNO agar kehidupan mereka lebih terjamin.
Oleh itu mereka lebih rela mengundi UMNO dengan harapan nasib mereka boleh berubah dengan bantuan kerajaan pusat. Mereka jugalah yang menunjangi parti UMNO di Kelantan. Hal yang demikian lah yang membuatkan Kerajaan Kelantan yang ditunjangi Parti PAS memandang sebelah mata kepada mereka.
Kerajaan PAS tidak mengharapkan undi mereka.Kenapa?
Kerajaan PAS punya simpanan undi tetap iaitu pengundi yang merantau ke luar negeri Kelantan. Perantau-perantau inilah yang selalu memenangkan Kerajaan PAS. Jutaan perantau inilah yang selalu menggagalkan impian rakyat yang susah dan tertindas. Mereka jugalah yang menguburkan harapan rakyat miskin di Kelantan.
Mereka ini kebanyakannya hidup senang lenang di negeri orang. Kebanyakan mereka berada dan kaya raya. Maka manalah mereka tahu atau …

Gala Dinner 2011 DPMM Pahang Meriah...

Image
Keberangkatan tiba tetamu VVIP Gala Dinner 2011 DPMM Pahang, KDYMM Tuanku Sultan Pahang.

Gala dinner 2011 Dewan Perniagaan Melayu Negeri Pahang meriah malam semalam di Grand Ballroom Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Haji Ahmad Shah, The Zenith Hotel, Kuantan.
Majlis Gala Dinner ini dihadiri lebih 1500 komuniti korporat Melayu Pahang dan juga sponsor. Tetamu VVIP ialah Tuanku Sultan Pahang, Sultanah Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan MB. DS Najib tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain.
Jamuan makan malam diserikan dengan persembahan artis seperti Anuar Zain, Jacklyn Victor, artis-artis muda yang lain dihostkan oleh Adibah Nor. Artis diiringi oleh orkestra.
WZWH berkesempatan jumpa rodong-rodong dari Jerantut iaitu Dato' Sharif Shamsuddin dan Mohd Zukarmi Abu Bakar. Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pahang cawangan Jerantut masih lagi secara teknikal Arwah Dato' Azizan Yaakob.
Semua orang berpakaian batik bagi lelaki dan baju silver dan black bagi perempuan. Ramai perempuan ca…