Posts

Showing posts from November, 2011

Genius Ahmad Maslan, Parlimen Tidak Mampu Ubah 'Dasar Apartheid'

Image
Majlis Raja-Raja Melayu
Ahmad Maslan MP, Ketua Penerangan UMNO membuat kenyataan genius politik bahawa jika PRU 13 PR memenangi banyak kerusi hingga parlimen tergantung maka: Orang Melayu hilang kuasaHilang Bahasa MelayuSelamat Tinggal Kesultanan MelayuSelamat Tinggal IslamDAP agen KristianisasiSebenarnya sudah lama orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan 70% dari penduduk Malaysia ini menunggu seorang politikus genius berani bercakap begini nada.
Orang Melayu tidak perlu hujah-hujah yang akademik untuk menyedarkan mereka bila mengikut Ahmad Maslan ramai ramai Orang Cina berumur 21 tahun keatas menjadi pengundi berdaftar dan sedikit demi sedikit Orang Cina menguasai politik dan ekonomi bila Orang Melayu berpecah.
WZWH berpendapat hujah-hujah Ahmad Maslan yang nampak bodoh ini sebenarnya BERJAYA membuka minda Orang Melayu yang berpecah kepada beberapa parti politik.
Semua hak-hak istimewa itu seperti hak istimewa Orang Melayu, Islam, Bahasa dan Raja-Raja Melayu adalah dipelihara dalam Pe…

Ranking Prestasi MB @ KM Berdasarkan GDP Growth 2010

Image
Posting kali ini WZWH memberi laporan kepada rakyat Malaysia dan Pahang tentang ranking prestasi Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Malaysia dinilai berdasarkan GDP growth (pertumbuhan KDNK) semasa tahun 2010.
Selalunya MB dan KM menilai prestasi KPI ADUN-ADUN. Atau PM DS Najib menilai KPI para Menteri-menteri dan MB dan KM.
Kini rakyat Malaysia dan Pahang boleh menilai pula prestasi MB dan KM masing-masing. Kita lihat dulu laporan Gross Domestic Product (GDP) by State, 2010.Sila klik sini.
Chart 1: GDP Growth (%) by State at Constant Price 2000 Year 2010


Ekonomi global melonjak pada 2010 selepas krisis kewangan dunia dan kemelesetan ekonomi 2009. Pertumbuhan ekonomi menggalakkan di Asia. Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi 7.2% pada 2010 ( 2009: -1.6% ). Pertumbuhan dipandu oleh sektor Perkhidmatan (6.8%) dan sektor Pembuatan (11.4 %)
Trend pertumbuhan ekonomi melonjak boleh dilihat pada prestasi ekonomi negeri-negeri yang terlalu bergantung kepada sektor Perkhidmatan dan s…

Shahrizat Bodek Tuanku Sultan Pahang Bimbang Najib Pecat Beliau!!

Image
Shahrizat telah menganugerahkan Anugerah Pemimpin Unggul kepada Tuanku Sultan Pahang dalam satu majlis di Kuantan, semalam.
WZWH adalah bloger UMNO yang lantang mahu Shahrizat letak jawatan ekoran isu salahurus NFC. Persepsi majoriti rakyat mahu Shahrizat letak jawatan. Majoriti ahli UMNO juga berfikir begitu. Shahrizat adalah liabiliti kepada UMNO dan BN kini.
Bolehkah Shahrizat menjadi 'winnable candidate' selepas kes kondo lembu? Majoriti ahli parlimen UMNO merasakan peluang Shahrizat tipis untuk merampas kembali kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU 13.
WZWH tidak peduli sokongan pemimpin tertinggi UMNO kepada Shahrizat. Yang WZWH peduli dan concern ialah pandangan akar umbi UMNO dan BN yang tidak mahu isu NFC menggugat persediaan UMNO dan BN dalam PRU 13.
Bila DS Najib berdiam diri....itu signal bloger-bloger pro BN boleh membalun Shahrizat.
Selepas majlis itu semua Ketua Wanita UMNO Bahagian Pahang pula mengutuk blog WZWH. Posting WZWH sebelum ini mahu Wanita UMNO Bahagian J…

BN Perlu Berhati-hati Letak Calon Muka Baru PRU 13

Image
DS Najib banyak mengulas tentang definasi calon 'winnable candidate'. Apa sifat-sifatnya. WZWH tidak mahu mengulas panjang. Yang penting bila keluar keputusan PRU 13 calon BN itu menang walaupun 1 undi itulah winnable candidate!
Ada pendapat dalam UMNO dan BN serta pemikir politik beranggapan jika BN mahu menang 2/3 PRU 13 maka BN perlu letak lebih ramai calon muka baru. Benarkah begitu?
Jika kita mahu tahu mari kita lihat kepada empirical evidence bukti dari maklumat PRU yang lepas-lepas:
Pada PRU 12, BN terlalu banyak mengenengahkan muka baru dalam UMNO sehingga menjejaskan perpaduan dalam jentera parti semasa menghadapi pilihanraya. Misalnya di negeri negeri yang kalah, BN meletak 41% muka baru dalam kawasan DUN Perak dan 62% dalam kawasan DUN Kedah. Keadaan serupa juga berlaku di Selangor.Di Sarawak sebagai polisi, BN tidak memilih lebih daripada 25% muka baru dalam sesuatu pilihan raya bagi menentukan kesinambungan suasana dalam parti disamping mengelakkan pergeseran dan s…

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 Berjalan Rancak

Image
WZWH ialah bloger yang diberi hak eksklusif untuk melaporkan progress report Projek Jalan Ulu Tembeling. Ini adalah kerana WZWH terlibat secara lansung dalam memperjuangkan projek jalan ini yang bagai mimpi untuk direalisasikan menjadi realiti.
50 tahun dulu orang Ulu Tembeling berharap kepada keperluan jalan ini. Pemimpin-pemimpin dulu juga berjuang meminta jalan ini. Tetapi tidak berjaya kerana kekangan tertentu.
Dengan strategi, usaha dan keazaman political will serta will power maka akhirnya projek jalan ini berjalan. WZWH mengucapkan terimakasih kepada DS Najib Perdana Menteri yang perihatin dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang yang menyokong penuh projek pembangunan Ulu Tembeling ini.
Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 kini berjalan rancak dan akan siap mengikut jadual pada 2013. Berikut ialah apa sedang rancak berjalan di site projek.
Block- drain  Box - Culvert
Box – Culvert
Box - Culvert 
Block Drain
Geotextile/BRC/Gabion Cage/Subsoildrain pipe
Steel bars
Geotextile/BRC/Gabion Cage/Subsoildrai…

Progress Report Projek Jalan Ulu Tembeling

Image

Falsafah Politik Winnable Candidate Dan Warlords UMNO

Image
Isu pemilihan calon dan langkah perlu bagi menangkis tohmahan pembangkang dijadikan agenda utama pada Perhimpunan Agung UMNO 2011.
Kriteria baru pemilihan calon bagi memastikan kemenangan kepada BN bukan lagi bersandarkan hirarki dalam parti.
Ada beberapa aspek penting yang menjadi tema besar ucapan dasar presiden, iaitu tanggungjawab memperkukuhkan semua bentuk agenda, sistem dan jentera parti bagi menghadapi PRU-13.
Faktor calon boleh menyebabkan parti menjadi lemah sekiranya ada pihak tidak menyokong keputusan parti. Kajian menunjukkan faktor calon memang menyumbang kepada kemenangan, tetapi faktor kestabilan atau permasalahan dalaman juga turut menjadi penyebab kemenangan atau kekalahan.
Pada PRU-12, masalah dalaman parti menjadi penyumbang utama kekalahan UMNO dan calon lain dalam BN. Pemimpin atasan turut bimbang kepada permasalahan pemimpin pada peringkat bahagian atau apa yang diistilahkan sebagai ‘warlords’.
Pemimpin tertinggi UMNO mahu masalah dalam rumah tangga kepemimpinan pada…

Janji Palong Atau Janji Polong Harapan Palsu Buat Peneroka?

Image
Kononnya janji atau manisfesto peneroka FELDA dilancarkan Anwar Ibrahim di FELDA Palong 6 seperti berikut: Pertama, memansuhkan FELDA Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingga. Kedua, menawarkan 830,000 ekar tanah FELDA Plantation kepada 83,000 peneroka baru yang terdiri daripada generasi baru FELDA. Ketiga, berjanji membangunkan perumahan mampu milik untuk generasi baru yang menetap di kawasan FELDA. Keempat, menamatkan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang memerah hasil peneroka FELDA. Kelima, mengisytiharkan hutang Peneroka yang akan ditolak daripada pendapatan mengikut kiraan sebenar. Dan keenam, pemberian insentif kepada peneroka tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan penggantungan kepada FELDA.Anwar dalam ucapan lebih sejam mengingatkan UMNO-BN terhadap penyelewengan yang dilakukan FELDA dan kegagalan parti itu membela nasib peneroka.
PEMBUBARAN syarikat FELDA Plantations adalah antara 10 tindakan yang akan dilakukan parti pembangkang dalam tempoh …

Spekulatif Politik: Pasca PRU 13 Parlimen Tergantung Dan Material PM-The Good, The Bad, The Ugly

Image
Ini posting WZWH cerita spekulatif politik Malaysia pasca PRU 13. WZWH harap cerita WZWH ini tidak menjadi kenyataan. WZWH mahu 3.2 juta ahli UMNO dengar cerita ini baik-baik.
Spekulatif ini berdasarkan scenario yang pesimis terhadap prestasi UMNO. Jika 3.2 juta ahli UMNO tidak mahu ini berlaku maka kerja kuat untuk menangkan parti.
Ada maklumat pihak tertentu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang atau wujud keadaan 50-50 dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Mahathir sendiri sudah menyatakan kepimpinan UMNO incompetent dan korupsi menambahkan spekulasi memang patut pun ianya di ganti. Jika sebuah kerajaan korupsi dan incompetent, memang patut pun ianya di ganti.
Sekarang nampak TRH dan Mahathir senada. Ini menambahkan lagi keberangkalian spekulatif cerita pesimis ini.
Parlimen tergantung bila tiada parti dapat majoriti dan parti-parti perlu bergabung mendapat simple majoriti membentuk kerajaan. 222 ahli parlimen akan …

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia

Image