Posts

Showing posts from December, 2011

Strategi Berganda Pakatan Rakyat Menjadi Apa Najib Harus Buat?

Image
PRU 11 UMNO dan BN score rekod terbaik pencapaian sejarah BN selama 50 tahun. Lonjakan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN kerana apa?
Rakyat mengharapkan expectasi terbaik dari kerajaan. Tetapi Tun Abdullah dan KJ gagal mencorakkan Malaysia seperti yang diharapkan rakyat.
Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah putus asa. PRU 12 apa yang buat Pakatan Rakyat score pula rekod terbaik pencapaian sejarah Pakatan Rakyat. Lonjakan sokongan rakyat kepada PKR, DAP dan PAS kerana apa?
Ketika Anwar Ibrahim dibebaskan beliau berperanan sebagai leader menyatupadukan PKR, DAP dan PAS menghentam UMNO dan BN habis-habisan.
Strategi berganda Pakatan Rakyat digunakan pada PRU 13 nanti.
Anwar hanya mahu undi Cina saja menyokong beliau. Anwar tidak kisah sangat undi Melayu. Undi India sudah lama Anwar berjaya 'hindraf'kan. Tidak banyak estet-estet tempat orang India tinggal lagi sekarang untuk MIC menjuarai.
Ketika BN kuat selalu menang 2/3 pada banyak PRU undi orang Cina hanya 30% menyokong BN. Pada PRU…

Mesej Rakyat Malaysia kepada 222 MP Malaysia 2012

Image
Rakyat Malaysia sebenarnya tidak berpuas hati dengan prestasi mengecewakan MP-MP Malaysia pada tahun 2011.
Banyak isu-isu yang sepatutnya dibincang secara kritikal oleh MP-MP baik kerajaan dan pembangkang hanya mampu dibincangkan secara superficial.
Apa yang rakyat mahu tahu ialah:
Keadaan ekonomi negara.Potensi kemelesetan ekonomi.Pengaliran keluar wang negara.Daya saing global
MP-MP tidak serious bercakap, menyoal dan mencari jawapan persoalan di atas. Malah MP-MP memberi jaminan bahawa semuanya OK!
MP-MP ini tidak tahu bahawa rakyat lebih prihatin kepada kedudukan negara lebih dari parti-parti politik.
MP-MP terlalu obses dengan pemikiran siapa yang akan menang pada PRU 13 nanti. MP-MP tidak berfikir  bagaimana mahu membawa negara menuju ke depan.
Malaysia kini sedang bergerak menuju negara sosialis kerana ahli politik-ahli politik lebih memilih untuk menyelesaikan masalah dilema negara dengan memberi tunai kepada rakyat.
Ada generasi baru miskin bandar muncul tetapi tidak disedari oleh MP…

WZWH Sokong Sakmongkol AK47 Dan Aspan Alias Bertanding Atas Tiket DAP Jika DAP Jujur!

Image
Pemimpin Tertinggi PAS sudah lama "diDAPkan" oleh DAP. LGE kata kita mahu 'tarbiyyah DAP' kepada orang Melayu!
WZWH selalu cakap orang muda Melayu professional terutama di bandar jika tidak berminat dengan UMNO masuk dan aktif DAP dan kerja kuat bertanding di kerusi DAP tidak kira parlimen dan DUN yang majoriti ramai orang Cina.
DAP perlu membuktikan bahawa DAP adalah parti berbilang bangsa. Jika DAP pendekatan begini 30 tahun dulu sudah lama DAP boleh memerintah Putrajaya.
DAP tengah memujuk veteran UMNO (walau masih lagi muda) masuk DAP dan berkemungkinan bertanding dalam PRU 13. Antaranya blogger Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias.
Ini blogger yang tulisan posting punya fakta-fakta yang baik. Tidak ada apa yang hendak ditunggu lagi jika UMNO sendiri tidak peduli dan menjaga kepentingan blogger UMNO ini maka tidak salah kedua blogger ini menerima tawaran DAP.
WZWH berpendapat blogger Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias boleh menggunakan kepakaran masing-masing bila masuk DAP d…

Zaid dan Karpal Mahu Anwar Dihukum Ringan Kerana Liwat Suka Sama Suka!

Image
Sex suka sama suka antara lelaki sama lelaki tidak menjadi kesalahan di banyak negara dari segi perundangan. Walaupun perundangan sekular membenarkan namun agama melarang.
Sodomi adalah kesalahan jenayah di Malaysia. Sex di luar tabiee menjadi kesalahan di Malaysia kerana British memperkenalnya 160 tahun dulu. Walau England dan negara maju lain telah mansuh tidak Malaysia yang masih mengekal undang-undang itu.
Kesalahan undang-undang berubah mengikut peredaran masa. Dulu disetengah negara adalah menjadi kesalahan bila: Orang kebanyakan melihat wajah raja!Seorang perempuan berjalan seorang diri tanpa sedara lelaki.Seorang perempuan memandu kereta masih diamal di Arab Saudi.Ada juga undang-undang pelik seperti: Orang kebanyakan dilarang mati di bangunan parlimen UK kerana kos pengkebumian ditanggung negara.Dilarang perempuan bujang terjun parachute pada hari Ahad di Florida.Menjadi kesalahan menamakan seekor babi dengan nama 'Napoleon' di Perancis.
Oleh kerana ada orang melakukan ke…

Unity Government- PAS Mahu Tapi Tunggu Nik Aziz Mati Dulu...

Image
Sebenarnya inilah tokoh-tokoh PAS yang boleh DS Najib lantik sebagai Menteri dalam kabinet Unity Government. Mustafa Ali memang pernah jadi Menteri semasa kabinet era Almarhum Tun Razak. Mustafa miss that period very much..
Asalnya Mustafa, Hasan dan Nasharuddin sememangnya merupakan amat akrab dan dikatakan mendukung agenda UG (Unity Government).
Desas desus berkata idea UG ini lahir dari Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din.
WZWH juga difahamkan turut menyokong agenda UG ialah:
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib; Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan At-Tantawi;Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Ini adalah pemimpin-pemimpin PAS yang boleh berbicara politik dengan DS Najib secara direct dan terbuka serta ikhlas.
Lebih-lebih lagi bila DYMM Agung Sultan Mizan panggil pemimpin tertinggi UMNO dan PAS ke Istana dulu. 
Bagaimanapun apabila berlaku bantahan dari dalam terutama sekali a…

Peluang Untuk Penyokong PKR Mengangkat Anwar Ibrahim Sebagai Bapa Anarki Malaysia Pada 090112

Image
Anarki.
WZWH baru mendapat SMS dari pengirim yang tidak dikenali. Bunyinya...
Salam reformasi !!! Pada 9/1/12 keputusan kes DSAI akan diumumkan  di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, KL. Satu perhimpunan bebaskan DSAI 901 akan diadakan di mahkamah berkenaan dan Saifudin Nasution-Setiausaha Agung PKR telah keluarkan surat pekeliling khas minta semua ahli PKR berkumpul. Marilah kita sama-sama huru harakan KL...
Lalu WZWH membalas...
Anarki tidak sesuai di Malaysia...nanti Anwar Ibrahim akan dikenali Bapa Anarki Malaysia!
Namun tiada balasan dari pengirim!
WZWH ada juga menulis kemungkinan apa yang berlaku sebelum, pada dan selepas keputusan mahkamah 9 Januari 2012 Sila klik sini.

Anarkisme adalah teori politik yang bertujuan untuk menciptakan masyarakat tanpa hirarkis (baik dalam politik, ekonomi, maupun sosial). Para Anarkis berusaha mempertahankan bahwa anarki, ketiadaan aturan-aturan, adalah sebuah format yang dapat diterapkan dalam sistem sosial dan dapat menciptakan kebebasan individu dan kebers…

Kedah Perlu Tuntut Pulau Pinang Dari Kerajaan Malaysia Sudah Sampai Masa Pulau Pinang Diserahkan Kepada Kedah!

Image
Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris pada 1786 melalui Kapten Francis Light oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. 
Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur Inggeris. Apabila Syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.
Kita menyaksikan dunia politik moden hari ini ke…

Pengaruh Seorang Isteri Pemimpin Boleh Mengubah Dialek Ulu Tembeling

Image
Tuanku Sultan Brunei.
Sebelum 1904 dialek pertuturan Ulu Tembeling adalah bahasa biasa Pahang tetapi berlaku satu revolusi perubahan dialek bila pengaruh seorang isteri pemimpin boleh mengubah dialek Ulu Tembeling kepada bahasa Melayu Brunei.
Dalam catatan memoir Dato' Sir Mahmud bin Mat, "Tinggal Kenangan" mengenai kisah Hulu Tembeling 1920an.... 
Tuk Penghulu yang berbadan tegap sudah berumur orangnya. Dia bau-bau bacang dengan Almarhum Sultan Ahmad. Bicaranya lembut dan bersopan santun. Sungguhpun dia tidak tahu membaca dan menulis, dia pandai bercerita dan kelakar sungguh orangnya. Pada waktu petang dia sering menghiburkan kami dengan cerita-cerita pengalamannya semasa dia muda-muda dahulu ketika dia dihantar ke Brunei atas urusan Baginda Sultan. Di sana dia berkahwin dan menghabiskan masa bersuka-suka selama lebih enam bulan. Dia pernah menemani Sir Hugh Clifford dalam rangka lawatannya. Dengan pertolongan Sir Hugh Clifford, Tuk Penghulu telah menggantikan tempat ayahn…

Genius Adam Adli Mengatasi Saifuddin Abdullah! Najib Berterimakasih Kepadanya

Image
Ihsan GWM. Obama pun mahu belajar 'new politics' dari Saifuddin Abdullah!
Dikatakan Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi @ MP Temerloh membawa 'new politics' dalam arus perdana negara.
Selalu juga beliau bagi lecture kepada PM, MB Pahang, Ketua-Ketua UMNO Bahagian. Dalam kapalterbang Saifuddin pun sempat bagi lecture politik kepada TPM.
Orang PKR, PAS, DAP dan Melayu liberal terpegun dengan Saifuddin. Kalau ramai MP UMNO macam Saifuddin boleh buat Pakatan Rakyat goyah.
Pakatan Rakyat pun ada pemimpin semacam Saifuddin yang buat pemimpin mereka tidak senang duduk iaitu Dr Hassan Ali.
Tapi falsafah politik Dr Hassan Ali senang dan mudah difahami oleh 'hardliners' UMNO kerana memperjuangkan agama, Melayu dan Raja.
Tidak seperti falsafah politik Saifuddin tidak mudah difahami oleh 'hardliners' UMNO bahkan UMNO grassroot sendiri tak faham apa hala tuju politik baru Saifuddin.
Peristiwa terkini mempertonjolkan satu lagi tokoh bukan ahli politik tapi …

Projek Naik Taraf Jalan Benta-Jerantut Bolehkah Dilaksanakan?

Image
Jalan Benta-Jerantut yang rosak teruk menyukarkan pengguna kenderaan dan selalu buat kereta rosak.
Jalan Benta-Jerantut melalui DUN Damak Jerantut. Dulu kerajaan kata peruntukan RM22 juta diperlukan. JKR kata kos ideal ialah RM17 juta.
Maka tender dikeluarkan. Pemberian tender berdasar harga yang paling rendah. Dapat kepada sebuah syarikat kelas A anak tempatan Jerantut dengan harga RM13 juta.
JKR telah melantik kontraktor untuk melaksanakan Projek Naik Taraf Jalan Benta - Jerantut dan kontraktor telah tandatangani Surat Setuju Terima Projek berkenaan.

Nama Kontraktor : UNIBINA CONTRACT & LANDSCAPE SDN. BHD. Tarikh Milik Tapak : 27.12.2011 Tarikh Siap : 24.12.2012
Dato' Lau Lee, ADUN Damak sangat suka hati kerana masalah Jalan Benta-Jerantut buat pengguna dan pengundi di DUN Damak marah dan mengadu jalan teruk dan buat kereta rosak.
Apa komen rakyat Jerantut DUN Damak, kita lihat reaksi dalam FB Batu Balai KampungKu:

Eddy Ikhwan Minta baiki jalan dalam Kg. Konggo... Harap ada peruntuka…

Ketua Polis Pahang Proaktif Memerangi Jenayah Siber

Image
Ihsan PDRM Pahang.

Kuantan 21 Disember 2011.
PDRM Pahang dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terkenal, Celcom telah melancarkan satu kempen kesedaran jenayah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang telah dirasmikan oleh YDH Ketua Polis Pahang DCP Dato' Sharifuddin bin Ab Ghani bertempat di Melor Concourse, Berjaya Mega Mall Kuantan.
Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang jenayah siber yang sedang berleluasa sekarang ini.
Buat permulaan, pihak syarikat Celcom akan menghantar 5 jenis SMS kepada para pengguna seperti:
Amaran jangan mudah terpedaya dengan rakan siber.Amaran tentang penyamaran pemindahan wang bank.Amaran tentang penjualan barang-barang dan objek seperti batu ajaib.Amaran tentang penawaran loteri dan wang hadiah.Amaran tentang pendedahan butir-butir akaun bank.


















Ketua Polis Pahang, YDH DCP Dato' Sharifuddin bin Ab Ghani sedang memberi press conference taklimat statistik jenayah Pahang kepada media di Starbuck Cafe East Coast Mall Kuantan…

Sejarah Keturunan Melayu -Sakai Pahang Abad Ke 19

Image
Pahang negeri terluas di Semenanjung 13,820 batu persegi tapi penduduk tidak ramai pada abad ke 19. Majoriti penduduk terdiri dari orang Melayu dengan orang Asli.
Begbie menyatakan 59,000 penduduk pada tahun 1834. Manakala Rodger ditahun 1888 menghasilkan 35,000.
Penduduk sebelum perang saudara Pahang 1857-1863 adalah lebih besar kerana ramai rakyat Pahang lari ke Selangor, Negeri Sembilan dan juga ke Kelantan, Terengganu dan Johor.
Census 1891 menyatakan penduduk Pahang berjumlah 57,462.
Penduduk Melayu Pahang terdiri dari orang Melayu asli dan keturunan imigran Indonesia.
Penduduk di Pulau Tawar, Semantan, Chenor, Jelai dan Lipis bangga dengan keturunan Indonesia mereka kebanyakan keturunan Minangkabau dan Rawa.
Orang Asli Pahang pula dibahagikan kepada suku Sakai dan suku Semang. Mereka ini tidak dapat masuk ras Melayu tetapi sebahagian dari mereka dapat masuk Melayu melalui perkahwinan.
Posting ini mengenai Melayu -Sakai Pahang yang merupakan majoriti penduduk Melayu Pahang sekarang. Mer…

Pendapatan MPK Lebih RM100 juta Setahun Tidak Cukup Lagi Sampai Gila Menyaman Parking Menyusahkan Rakyat Pahang Dan Pelancong!

Image
YDP MPK Dato' Haji Zulkifli bin Yaaakob.
Kali ini WZWH menyokong blogger CMK dalam posting sila klik sini dan klik sini berkenaan:
Orang Ramai Di Gesa Hadir, Dalam Protes Rakyat Isu Saman Parking Di Ibu Pejabat MPK 30 Dis Ini.
Isu saman Parking MPK menekan minda dan mendera emosi rakyat Pahang di Kuantan dan pelancong asing
Baca karenah kegilaan MPK menyaman tanpa etika dan pertimbangan.
Semasa WZWH belajar di UK dulu di kota-kota Eropah seperti London, Paris, Rome, Madrid, Bonn tidak gila macam MPK Kuantan menyaman Parking.
Kawan WZWH dari Israel pun cakap tiada sistem saman Parking macam MPK di bandar-bandar Israel.
WZWH berharap YDP MPK Dato' Haji Zulkifli bin Yaakob, orang asal Jerantut menimbang ketidakpuasan warga Kuantan agar Dato' dapat menangani keluh kesah orang ramai.
Dibimbangi rakyat akan menyalahkan UMNO dan BN Pahang bertambah lagi kekusutan menarik sokongan rakyat ibu negeri Pahang yang parlimen Indera Mahkota dan parlimen Kuantan tumbang ke tangan pembangkang pa…

Bila Najib Banyak Bercakap Hal Politik Pekan.....

Image
DS Najib PM Malaysia. Maka selalu kita dengar beliau bercakap nasional, global, nasional, Asean, Asia, nasional, global.....
Itu tugas PM. Kalau setakat ahli parlimen Jerantut tak bercakap apa pun tak apa!
Tapi DS Najib itu ahli parlimen. Beliau menang PRU 12 sebab majoriti orang Pekan sokong. Majoriti orang Pekan juga cemas hampir sikit lagi tumbang DS Najib dengan majoriti 241 undi!
PRU 13, DS Najib mesti menang jadi ahli parlimen. Kalau kalah beliau tidak merasa lagi menjadi PM jika BN menang simple majoriti atau 2/3.
Orang Pekan adalah nadi dan nyawa politik DS Najib.
Ramai pembangkang cabar DS Najib bertanding ditempat yang bercampur. Dalam politik adalah kurang bijak jika ahli politik itu lari dari base. Buat apa DS Najib nak bertanding di parlimen Lembah Pantai?
Adakah Anwar Ibrahim mahu bertanding di parlimen Jerantut? Itu pun kalau Anwar boleh selepas 9 Januari 2012 boleh bertanding....!!!
DS Najib tetap akan bertanding di parlimen Pekan sampai bila-bila.
Ini kenyataan DS Najib yang …

Najib Diturunkan Saifuddin Dinaikkan Bangang Ahli Politik Pahang

Image
Desakan untuk memansuh Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971, memuncak apabila lebih 300 mahasiswa berhimpun dan berarak secara aman. Protes itu digerakkan Solidariti Anak Muda (SMM) dan disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas), Legasi Mahasiswa Agresif (LMA). Seawal jam 1 petang, mahasiswa berhimpun depan masjid jamek sebelum berarak ke bangunan Maju Junction untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Ketika berarak, mereka melaungkan slogan mendesak kerajaan menghapuskan Auku dan memberi amaran betapa gelombang mahasiswa bakal menjejaskan hayat politik Umno Barisan Nasional (BN)
Mereka juga menyatakan tidak gentar untuk dipenjara demi memperjuangkan usaha memansuhkan Auku, bukan sekadar memindanya. Orang awam yang kagum dengan keberanian mahasiswa yang dikawal polis termasuk anggota cawangan khas (SB), turut memberi sokongan. Depan bangunan Maju Junction, mereka kemudian duduk memegang kain re…