Posts

Showing posts from June, 2012

Siapa MB Pahang Selepas PRU 13?

Image
Politik adalah sebarang kemungkinan. Bersediakah rakyat Pahang menerima MB baru PRU 13 dari PAS?
DSD Adnan Yaakob adalah MB Pahang yang ke 14. Sudah hampir 14 tahun Adnan Yaakob jadi MB Pahang.
Sebelum itu sudah ada 13 MB Pahang silih berganti.
Siapa MB Pahang selepas PRU 13?
Itu bergantung kepada sokongan rakyat Pahang terhadap UMNO dan BN. Jika sokongan seperti biasa maka UMNO dan BN memerintah Pahang.
Siapa tokoh UMNO yang akan diangkat menjadi MB Pahang yang baru jika sekiranya berlaku perubahan kepimpinan.
Oleh kerana hanya WZWH blogger sejati Pahang adalah menjadi tanggungjawab WZWH memberi gambaran politik yang sebenar kepada rakyat Pahang.
Kebebasan pemikiran rakyat Pahang adalah hak untuk memilih siapa pemimpin terbaik bagi membawa Pahang maju bergerak pantas.
Kepimpinan baru Pahang perlu mengambil kesempatan semaksimanya dikala DS Najib menjadi PM dalam secara agresif melonjak kemakmuran Pahang.
Pemimpin pelapis perlu kreatif menjadi aset buat Pahang bukan liabiliti yang boleh buat …

Mukhriz MB Kedah, KJ MB Negeri Sembilan...Najib Setuju...UMNO Warlords Ikut Ajelah!

Image
DS Najib mungkin setuju dengan formula ini.
DS Najib jangan pening kepala. Ini penyelesaian politik win-win.
Tun Mahathir dan Tun Abdullah pasti sokong.
Dulu masa Mahathir PM susah nak beri anak beranak aktif politik. Pak Lah beri peluang pada anak beranak berpolitik.
Mahathir betul. Pak Lah pun betul juga.
Amerika ada Bush senior dan Bush junior. Singapura ada Lee senior dan Lee junior. Amerika dan Singapura maju juga.
India ada Ghandi anak beranak, Pakistan ada Bhutto anak beranak. India dan Pakistan maju juga.
Malaysia ada Razak senior dan Razak junior (Najib) pun Malaysia tetap maju.
Apa kurang Lim senior dan Lim junior DAP!
Warlords UMNO jangan cakap banyak ikut aje. Lagi pun tidak ada tokoh di antara kamu yang menonjol. 
Dulu DS Najib diberi kepercayaan masa muda jaga Negeri Pahang sebagai MB. Banyak DS Najib belajar dari pengalaman.
Rahim Thamby Chik (RTC) diberi peluang masa muda jaga Melaka sebagai KM akhirnya Melaka boleh maju.
Mukhriz dan KJ pun boleh juga diberi kepercaya…

Falsafah UMNO Untuk 3.3 Juta Ahli

Image
Inilah satu pandangan pemikiran dari Bro Ghab yang boleh WZWH rasa 3.3 juta ahli UMNO ambil perhatian.
Kadang-kadang idea pemikiran yang baik bukan datang dari pemimpin-pemimpin UMNO tapi datang dari ahli biasa atau yang bukan ahli tetapi melihat perjuangan UMNO dari luar.
Dengan penuh insaf dan kesabaran , Melayu dan Ahli-ahli UMNO khasnya di kehendaki berpegang teguh kepada amanah bangsa untuk terus mengeratkan lagi sillatulrahim di antara satu sama lain . Di kehendaki juga merapatkan saf untuk memaju ke arah kemenangan di pilihan raya yang akan diumumkan tak lama lagi. 
Wujudkan satu tekad diikuti dengan usaha bersama dan semarakkan kesatuan jiwa yang berniatkan Perjuangan Melayu . Dengan kesatuan jiwa ini , Melayu di kehendaki menampilkan diri kepada saudara pengundi-pengundi dengan satu tujuan yang berasaskan Hak asasi Melayu , iaitu memperkasakan dan memperkukuhkan lagi kuasa politik Melayu supaya ia berkekalan ke akhir zaman .
Sebelum mendekati saudara pengundi-pengundi , khasnya…

The Genius Of Mohamad Aziz MP Sri Gading

Image
Siapa pemimpin-pemimpin UMNO yang berani sanggup membawa kapak "memenggal kepala-kepala Vampire" dalam Pakatan Rakyat dan NGO merosakkan negara? The genius of Mohamad Aziz MP Sri Gading adalah permulaan langkah pertama...
Mohamad Aziz ahli parlimen 4 penggal. Jika media dan pemimpin Pakatan Rakyat kata Mohamad Aziz (MA) itu stupid, IQ rendah, keterlaluan itu sebenarnya tidak betul.
Kenyataan MA mahu Ambiga digantung kerana pengkhianatan kepada Agong sama taraf dengan teroris Al-Maunah sebenarnya patut diucap awal-awal lagi.
Ahli politik UMNO perlu kenyatan ini awal-awal lagi. Sebab itu ramai ahli parlimen UMNO menyokong MA.
Ambiga mencetuskan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 dengan tujuan utama mahu melakukan kekacauan atas nama kebebasan demokrasi dan menjatuhkan kerajaan BN yang mendapat mandat secara sah dari PRU 12.
Ambiga bernasib baik kerana pemimpin UMNO hari ini dari PM ke Menteri KDN adalah pemimpin lembut. Tidak ada tindakan ke atas Ambiga walau ramai rakyat majoriti memba…

Kisah ADUN Pahang Kerja Mendapat Undi Secara Personal

Image
Barisan EXCO Pahang. Alfatihah kepada Allahyarham Dato' Tan.
Di negeri Pahang ada 42 DUN dan 14 parlimen. PRU 12 dulu, BN dapat 37 DUN dan 12 parlimen.
Jika Pakatan Rakyat terutama DAP bersemangat mahu langgar Johor bagai todak melanggar Temasik maka apatah lagi Pahang.
Maka 42 bakal DUN dan 14 bakal parlimen calon BN perlu kerja kuat.
Terutama penyandang ADUN dan parlimen kena pakai Prinsip Perakaunan- 'Going Concern' iaitu cateris paribus mereka masih lagi menjadi calon dan mesti berfikir positif.
Kalau tidak untuk diri sendiri baik juga untuk bakal calon yang mengantikan...
Bagaimana strategi politik UMNO dan BN Pahang?
Ada orang kata pemimpin UMNO Pahang tidur belaka...tak nampak program...makin slow!
Ada kata 'do nothing' pun satu strategi juga.
Memang WZWH dapat tahu Pakatan Rakyat Pahang pun berasa pelik dengan strategi UMNO dan BN Pahang.
Senyap aje....takda siapa mahu lead!
Lebih menakutkan WZWH ada orang kata politik Pahang seperti air di sungai tenang-t…

Budak Perempuan 3 Tahun Berjaya Tangkap Gambar Hantu Yang Suka Mengacau!

Image
Gambar diambil oleh anak sedara WZWH yang berumur 3 tahun. Perhatikan imej kepala dan wajah dibahagian atas gambar.
Do you believe in ghost or spirit?
Kita biasa dengar cerita hantu tapi tidak ramai yang pernah berjumpa dengan hantu dan semangat. Budaya Melayu dan lain bangsa pun ada cerita hantu.
Ada yang percaya. Ada yang tidak percaya. Kita belajar sains banyak mengajar kita tentang fakta.
Kalau kita tanya psikologis jawabnya hantu itu tidak wujud. 
Habis apa itu imej dan visual yang ada orang nampak itu? Jawab mereka itu adalah imej dan visual yang diimaginasi dalam mental.
Itu imej hasil lakaran cahaya.
Bagaimana dengan pengalaman yang kita pernah alami dulu masa-masa kecil WZWH pernah saksi orang payah susah mahu mati. 
Badan kurus kering nampak tulang lembik siang hari tapi bila malam kuat makan dan boleh bangun!
Ada orang yang hilang tidak jumpa mayatnya hingga sekarang hingga polis, askar dan orang kampung puas mencari tidak berjumpa.
Ada orang yang sudah mati tapi bila mala…

Layakkah Anwar Ibrahim Disemadikan Di Makam Pahlawan Masjid Negara Jika Pakatan Rakyat Menguasai Putrajaya?

Image
Posting WZWH kali ini membicarakan soal penghargaan kepada pemimpin-pemimpin negara. Kita semua tahu ramai pemimpin-peminpin yang berjasa kepada agama, bangsa dan tanahair yang dipanggil negarawan yang kembali ke rahmatullah dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara.
Makam Pahlawan adalah sebuah perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara, khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa dalam hidupnya. Kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim. Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.
Kawasan makam yang unik ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam, yang dilitupi dengan kubah konkrit yang di bentuk berbintang pecah-7 menempatkan beberapa makam. Kubah berbintang ini setiap penjurunya hampir mencecah tanah, dan dikelilingi kolam y…

Siapa Idola Hero Khairy Jamaluddin?

Image
YB Khairy Jamaluddin @ KJ adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Juga ahli parlimen Rembau.
Seorang ahli politik muda yang popular dan meningkat naik karisma dan admiration mendapat perhatian baik UMNO mahu pun pembangkang.
Dulu KJ dikenali menantu Pak Lah PM dan Tun Mahathir mempopularkan KJ dengan istilah 'budak tingkat empat'.
Blogger Zamkata cadang KJ kalau mahu jadi PM kena minta maaf dengan Mahathir! WZWH tidak mahu masuk campur apa konflik antara KJ dan Mahathir.
Jika Mahathir merasakan KJ ini 'ancaman' maka WZWH kira hebatlah KJ ini.
Jika ditanya siapa idola hero KJ sudah tentu KJ akan bilang tokoh-tokoh tertentu terutama dari Barat.
WZWH suka guna contoh idola lokal berdasarkan Sejarah Melayu.
Mari kita lihat siapa KJ? Bapanya seorang duta. KJ adalah cucu seorang Penghulu di Rembau. Tentunya dia dari Suku Rembau.
Generally speaking orang Minang KJ ini. Maka siapa idola hero KJ?
Dalam sejarah ada seorang ahli politik Minang yang boleh buat kejutan iatu Raja Kecil pada zama…

Exsas Homecoming 2012 Merujuk Nostalgia WZWH di SEMSAS

Image
Majlis Makan Malam Tema "Home Sweet Home".


















WZWH bersantai bersama Tan Sri Dato' Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia tetamu VVIP. Disebelah ialah Puan Anuar 'Alawiyah Othman, Presiden EXSAS 2012-2014.
WZWH dari produk sekolah berasrama penuh SEMSAS di Kuantan pada 1981-1985. Alumni SEMSAS dipanggil EXSAS.
EXSAS aktif mengadakan program tapi WZWH tidak pernah hadir hanya dengar dari kawan-kawan.
Entah mengapa kali ini hadir. Mungkin terkenang nostalgia masa high school di SEMSAS.
SEMSAS adalah sekolah premier Pahang dulu. Bermula pada tahun 1973 di Temerloh kemudian berpindah ke Batu 8 Jalan Gambang Kuantan pada 1974.
EXSAS Homecoming 2012 diadakan pada 23 hingga 24 Jun 2012. Hari Sabtu dan Ahad. Kebetulan WZWH free dan tiada program politik di Jerantut kenapa tidak WZWH join buat pertama kali.
Tahniah dan terima kasih WZWH ucap kepada barisan EXCO EXSAS Homecoming 2012 'kembali ke sekolah untuk berjasa' yang telah berusaha gigih menga…

The Rising Of The Bugis Clan

Image
Pada orang Malaysia biasa etnik kaum dibahagi kepada orang Melayu, orang Cina, orang India dan lain-lain Bumiputera serta orang Asli.
Di Malaysia politik tidak boleh lari dari ras dan agama. Namun Malaysia selepas 55 tahun merdeka dari British, rakyatnya boleh hidup dengan aman.
Perikatan kemudian BN berjaya dengan formula 3 kaum utama bekerjasama membina negara lalu menjadi parti paling lama memerintah dalam dunia.
Dalam politik mentadbir negara banyak cabaran-cabaran baru harus dihadapi dan diurus demgan baik. Jika tidak kuasa akan berpindah ke parti lawan.
Jika mahu studi politik Malaysia kena juga studi politik UMNO yang merupakan tulang belakang BN.
Bila mahu studi politik UMNO parti orang Melayu mahu tidak mahu kita kena studi sejarah dan budaya Melayu melangkaui berbagai etnik.
Dalam sejarah nusantara alam kepulauan Melayu, kuasa politik yang yang unggul sekali ialah Empayar Srivijaya (abad 7-13), kemudian Empayar Majapahit (abad 13-15), seterusnya Empayar Melaka (abad ke 15).

Industri Pemasangan Automatif Temin Jerantut

Image
Tajuk posting ini hasil idea seorang pembaca blog WZWH. Beliau komen seperti berikut:
Anonymous said...
Saya kurang bersetuju dgn idea penubuhan universiti, rakyat mesti sedar untuk membina sebuah universiti memerlukan belanja yang besar, duit yang akan digunakan adalah duit Felda yang datangnya dari peneroka. Para kontraktor akan mendapat keuntungan hasil dari projek tersebut dan bukannya warga Felda. Saya sebagai profesional yang berasal dari Jerantut dan sekarang bekerja dalam industri minyak dan gas amatlah berbesar hati sekiranya WZWH dapat mengusulkan kepada kerajaan dan pemimpin negeri supaya menarik pelabur-pelabur ke Jerantut, contohya syarikat kereta dari luar negara supaya membuat kilang pemasangan mereka di sini (majoritinya dari Jepun yang mempunyai risiko dilanda bencana), industri elektronik dan kilang pemasangan motosikal berkuasa tinggi.Biar orang Jerantut dapat bekerja di kilang ini dan seterusnya dapat membantu menambah pendapatan keluarga. Sangat besar jasanya kirany…

Jerantut Aviation Flying Academy Boleh Direalisasikan!

Image
Menarik pandangan Blog Parlimen 81 mengenai Jerantut Aviation Training Academy (JATA) sila baca sini.
Sebelum ini WZWH telah posting berkenaan Cadangan Airport Temin dan upgrade Airport Sungai Tiang dalam Daerah Jerantut sila klik sini.
Sebenarnya UMNO Bahagian Jerantut telah mencadangkan sebuat Airport di Temin dengan tanah direzab seluas 700 ekar pada awal 1970an.
Cadangan ini hanya tinggal atas kertas kerana tiada ahli politik Jerantut yang serious dan cerdik untuk merealisasikan cadangan ini.
Ketika sewaktu dulu ahli parlimen Jerantut pernah menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan itulah masa yang terbaik untuk jayakan cadangan Airport Temin namun tiada usaha untuk itu. What a wasted opportunity!
Sebaliknya sebahagian besar tanah itu telah disewa leased kepada pengusaha ladang sawit oleh Kementerian Pengangkutan (Jabatan Penerbangan Negara).

Kenangan Allahyarham Dato' Tan Semasa Belajar Di Kanada

Image
Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak.
Bro Ghab adalah salah seorang pembaca tetap blog WZWH. Beliau sering memberi komen-komen yang  membina, intelligent, waras, bernas dan penulisan bahasa Inggeris serta bahasa Melayu sangat baik.
WZWH mahu berkongsi cerita bro Ghab ini bersama pembaca-pembaca WZWH yang lain mengenai kenangan Allahyarham Dato' Tan.
Berikut cerita bro Ghab.... Ghab said... Al-Fatihah , ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Tan . Sama2 kita berdoa kepada Allah SWT semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman . Alhamdullilah Allahyarham telah selamat dikebumikan . 
Allahyarham adalah sahabat karib saya . Saya dan allahyarham adalah penuntut di University of Alberta , Kanada dan juga teman serumah . Allahyarham seorang yang pendiam tetapi rajin lagi tekun dalam bidang fakulti akademiknya. 
Dalam tahun keempat kami jarang bertemu muka dengan Allahyarham kerana masanya banyak diluangkan diperpustakaan sahaja . Walaubagaim…