Thursday, March 21, 2013

Keberangkatan Tuanku Sultan Pahang, Sultanah Dan Tengku Temenggong Ke Kuala Tahan



















Esok petang 22 Mac 2013, pukul 3pm, Tuanku Sultan Pahang, Sultanah, dan Tengku Temenggong akan berangkat ke Kuala Tahan.

YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut dan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan mengiringi keberangkatan Baginda Tuanku Sultan Pahang.

Atas urusan Temenggong Initiative brainschild of Sultan Ahmad Shah Environment Trust.

Ini Royal NGO alam sekitar mahu jaga Pahang punya hutan, flora and fauna dan orang Pahang.

“People Protecting Nature, Nature Protecting People”


Bagi pecinta alam sekitar kalau mahu tahu lebih lanjut sila layari website Sultan Ahmad Shah Environment Trust.

Sila baca 2 posting WZWH berkenaan Sultan Ahmad Shah Environment Trust dan Temenggong Initiative:


YAM Tengku Ariff Temenggong Pahang merupakan ikon baru Pahang yang akan menjadi ikutan golongan muda bukan sahaja di Pahang bahkan seluruh Malaysia tidak lama lagi. Gerakan "Green Movement" dan NGO Alam Sekitar sudah tentu merasa bangga kerana mempunyai pemimpin muda yang baru yang akan memperjuangkan isu-isu alam sekitar.

NEGERI PAHANG AMAN SENTOSA
KAYA DENGAN TUMBUH TUMBUHAN
NIAT DI HATI NAK BUAT JASA
MUDAH MUDAHAN TUHAN KABULKAN

1,000,000 pokok akan ditanam di Pahang dalam masa 10 tahun.
Sekarang yang sudah ditanam oleh Temenggong Initiative berjumlah 10,000 pokok.

1 comment:

Anonymous said...

Tuangku,
Patik rasa kalau Sultanah dapat memakai pakaian menutup aurat lagi manis. Manis disisi manusia dan jauh lebih manis disisi Allah SWT. Contohilah isteri baginda DYMM Yg DiPertuan Agung....


Ampun Tuangku.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024