Posts

Showing posts from March, 2013

Jangan Cuba-Cuba Calon Parachut Di Parlimen Jerantut!

Image
Ini calon parachut calon Winnable Candidate atau Cable Candidate?

Ramai orang Jerantut mahu tahu siapa calon parlimen Jerantut PRU 13? Lebih lagi 63,000 pengundi berdaftar parlimen Jerantut tidak sabar mahu memangkah calon 'favourite' mereka.
WZWH sebagai blogger politik Jerantut perlu bersuara kerana ramai orang tanya. Blog WZWH tidaklah hebat sangat tapi sebagai blogger WZWH sudah dikenali seluruh Malaysia.
Jentera Pakatan Rakyat melalui media baru-portal, blog, FB, Twitter, instagram juga Harakah, Sinar Harian dan Suara Keadilan telah mempopularkan WZWH.
DS Anwar Ibrahim juga tweet foto WZWH kepada followers beliau...
WZWH telah membuktikan mekanisma jentera Pakatan Rakyat telah buat silap bila spin fakta yang sebenar bila mula sebarkan foto WZWH bersama pemimpin MILF ke seluruh Malaysia.
WZWH bukanlah cerdik sangat setakat ada MBA, BA Hons, Diploma sahaja.
Jadi 63,000 pengundi mahu dengar pandangan WZWH mengenai siapa calon parlimen Jerantut PRU 13.
Parlimen Jerantut sang…

Gendang Perang Parlimen Jerantut Sudah Dipalu...

Image
Petang semalam Pelancaran Bilik Gerakan DUN Tahan dan Gerak Gempur Parlimen Jerantut di Felda Sungai Retang oleh Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut.



















Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli UMNO tidak menyangka ramai penyokong UMNO datang.
Beliau membentangkan apa yang beliau sudah buat untuk DUN Tahan antaranya Projek Jalan Ulu Tembeing fasa 1 RM120 juta, RTK, RPK. RTK, RPK ini macam term ETP, GTP. 
RTK (Rancangan Tanah Kelompok), RPK (Rancangan Pembesaran Kampung) melibatkan infrastruktur seperti jalan dan jambatan.
Masa depan yang cerah untuk DUN Tahan bila pembangunan DUN Tahan dimasukkan dalam ECER.
Kajian Pembangunan DUN Tahan diperuntukan RM5 juta oleh ECER. Semua nilai pembangunan ECER ditaksirkan RM1.3 bilion.
Projek menaiktaraf dan melebarkan serta allignment jalan baru Jerantut ke Kuala Tahan saja boleh mencecah RM700 juta.
Fasa ke 2 Jalan Ulu Tembeling dari Kampung Pagi ke Mat Daling yang diluluskan oleh DS Najib berjumlah RM…

Projek Perumahan Generasi Ke 2 Felda Yang Pertama Malaysia Di DUN Tahan Jerantut

Image
Terdapat 112,635 peneroka dengan 800,000 generasi ke 2 Felda dan semakin membiak. Ada 56 kerusi parlimen dan 96 DUN dalam 317 kawasan Felda. Potensi tambahan kerusi parlimen dan DUN pada masa akan datang.
Isu perumahan generasi ke 2 Felda perlu ditangani. Bila ada ramai keluarga dalam satu rumah akan memberi masalah sosial.
Justeru itu Projek perumahan generasi ke 2 Felda yang pertama di Malaysia dibina di Felda Padang Piol DUN Tahan parlimen Jerantut.
Itu yang WZWH suka bila cadangan dikemukakan kepada DS Najib untuk keperluan masyarakat masa kini, DS Najib cepat bertindak menyelesaikan masalah.
DS Najib telah mengumumkan projek ini pada bulan Ogos 2012 dengan bajet RM25 juta di Felda Padang Piol.
Biar pun ada ramai generasi ke 2 Felda, DS Najib berkata kita buat sedikit demi sedikit....
Janji Ditepati itulah motto DS Najib. Orang muda Jerantut sangat menghargai dan berterima kasih usaha DS Najib ini.
Foto di atas adalah projek perintis perumahan generasi ke 2 Felda di Felda Padang …

Lagi Keperihatinan DS Najib Terhadap Orang Kampung Tradisional Jerantut

Image
Sesungguhnya DS Najib perihatin kepada keperluan orang kampung tradisional di Lembah Tembeling, Jerantut. Itu sebab WZWH sokong kuat DS Najib.
DS Najib PM yang datang dari Pahang sangat tahu keperluan orang kampung. Ini buktinya...


















DS Najib telah bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM4.0 juta bagi membina jambatan dan menaiktaraf jalan luar Bandar dalam DUN Tahan-jalan Kg Sungai Yap ke Kluang, Kuala Tembeling, Daerah Jerantut.
Ini dinamakan Rancangan Pembesaran Kampung, salah satu dari projeknya untuk kemudahan orang kampung tradisional.
Ada lagi yang lebih besar....


















Ini surat dari Kementerian Luar Bandar bahawa satu makmal pengurusan nilai kali ke-2 bagi Projek Jalan dari Kg Tuit ke Kg Mat Daling ( Fasa 2-dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling ).
Ini projek infrastruktur terbesar dalam DUN Tahan bernilai RM480 juta.
WZWH boleh beri guarantee kepada orang DUN Tahan dan Jerantut, ada banyak lagi projek pembangunan DS Najib mahu curah ke Jerantut melempah-lempah tapi perlulah kita pengund…

PAS Mahu Buat Kejutan Di Jerantut

Image
Sudah confirm, PAS bertanding di parlimen Jerantut, DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan. Manakala DUN Damak diberi kepada PKR.
Oleh kerana PAS menguasai calon-calon Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen dan dua DUN maka PAS ini kali mahu membuat kejutan di Jerantut PRU 13.
PAS meletakkan Dr Hamzah Jaafar bertanding parlimen Jerantut bagi cubaan kali ke tiga, dua calon muka baru bagi DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan iaitu Yohanis Ahmad dan Zakuan Mohammad.
PKR mencalonkan Rosli Ahmad di DUN Damak walau calon DAP Cikgu Koh Boon Heng masih tidak berpuas hati. Ada kemungkinan besar Cikgu Koh Boon Heng tetap akan bertanding juga memandangkan beliau telah lama bekerja di DUN Damak.
PAS mahu buat kejutan di Jerantut berdasarkan rekod PRU 12 bila mana PAS menguasai 49% pengundi parlimen Jerantut, DUN Damak, PKR kalah majoriti 509 dan DUN Tahan, PAS kalah majoriti 1357. DUN Pulau Tawar pula PAS kalah majoriti 3522.
Oleh kerana PAS masih percaya tsunami PRU 12 boleh berulang ditambah pertambahan pengundi…

Malaysia Perlu Akta Privasi ( Privacy Act) 2013

Image
Tindakan pihak tertentu menceroboh merakam kehidupan peribadi Chua Soi Lek dan Anwar Ibrahim adalah menyalahi Akta Privasi yang belum lagi 222 ahli parlimen Malaysia gubalkan bertujuan berniat jahat menjatuhkan pemimpin. Apa akan berlaku jika video seks pemimpin tertinggi UMNO disebarkan? (Sekiranya ada...!!!)
Ekoran insiden video seks Chua Soi Lek dan yang terbaru dikatakan video seks Anwar Ibrahim (walaupun belum dibuktikan) termasuk Nurul Izzah memberi peringatan kepada kita rakyat Malaysia bahawa hak privasi kita senang dan mudah dicerobohi.
Jika menginap di hotel 3 atau 5 bintang pun ada dipasang kamera canggih dari berbagai sudut maka kita boleh kata rakyat sudah tiada privasi. Ahli parlimen baik dari BN dan PR serta Bebas perlu gubal satu undang-undang menjaga hak privasi rakyat.
WZWH tidak berminat dengan apa yang berlaku di bilik tidur ahli politik. Itu tidak kena mengena dengan politik. WZWH akui majoriti ahli politik Malaysia baik UMNO, PAS, PKR, DAP dll "sihat-siha…

Ekonomi Mudah Orang Kampung Tradisional Parlimen Jerantut

Image

Siapa Mahu Perjuangkan Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisional Parlimen Jerantut?

Image
Pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat tidak akan menguntungkan masyarakat kampung tradisional . Masyarakat tradisional hanya dipandang sebelah mata oleh parti-parti politik.
UMNO tak akan pandang kepada undi masyakat kampung tradisional ini . Siapa yang ingin menjadi juara kepada masyarakat tradisional ini ? Nak harapkan Pakatan Rakyat mereka juga berlumba-lumba untuk merampas undi Felda , yang secara tak langsung mereka juga hanya kelihatan seperti memperjuangkan masyarakat Felda sahaja .
Pembangunan ekonomi kampung tradisional perlu dirancang untuk mengimbangi ekonomi Felda yang meningkat. Di Parlimen Jerantut pembangunan ekonomi kampung tradisional boleh dipecah kepada 9 mukim secara mikro.
Sedikit fakta untuk dikaji. KDNK Daerah Jerantut ialah RM871.1 juta pada 2005. Sektor utama ialah pertanian 41% diikuti oleh sektor perkhidmatan 26%. 
Penduduk Jerantut berjumlah 91,096 pada banci 2010. Lebih 78% adalah orang Melayu. Mukim Pedah paling ramai penduduk berjumlah 27,592 manaka…

Harapan Rakyat Biasa Terhadap PRU 13

Image

Program Pentas Pemuda UMNO Jerantut : PDM Felda Jengka 13

Ini program Pentas Pemuda UMNO Jerantut malam semalam 25/3/2013 di Felda Jengka 13.



Ini tokoh anak Peneroka dari Felda Jengka 12 yang boleh mematahkan hujah-hujah dan tipu daya dari pembangkang mahu memburuk dan menjatuhkan imej FELDA dan Kerajaan menjaga kebajikan peneroka Felda seluruh negara.
Satu-satunya anak peneroka yang berjaya menjadi YB ADUN Tahan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia.
Anak peneroka yang menjadi lembaga pengarah beberapa GLC dilantik oleh kerajaan.
Juga anak peneroka yang merupakan tokoh korporat muda yang berjaya.
Beliau tidak lain tidak bukan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak 40 tahun.
Perjuangan utama beliau mahu membina seberapa banyak perumahan generasi ke dua di 14 kawasan Felda di parlimen Jerantut.
Tanpa ragu-ragu lagi para peneroka di 14 kawasan Felda dan generasi ke dua Felda menyokong hasrat murni beliau untuk dicalonkan menjadi ahli parlimen Jerantut PRU 13.
Beliau anak peneroka …

Program Pentas Pemuda UMNO Jerantut PDM Felda Jengka 24

Image
Program Pentas Pemuda UMNO Jerantut diadakan bagi menerangkan isu-isu politik semasa kepada golongan pengundi muda Jerantut.
Pengundi Jerantut yang berdaftar terkini 58,000 pengundi. 27,000 pengundi bawah umur 40 tahun.
Oleh itu YB Dato' Wan Amizan Wan Razak sebagai Ketua Pemuda UMNO Jerantut mahu pemuda UMNO turun ke setiap 54 PDM (Pusat Daerah Mengundi) di seluruh parlimen Jerantut merentasi 3 DUN iaitu DUN Pulau Tawar, DUN Damak dan DUN Tahan.
Program ini juga melibatkan kerjasama GPMS, MAYC dan Belia 4B Jerantut bagi menarik sokongan pengundi muda disamping menjelaskan isu-isu semasa kepada seluruh pengundi.
Bagi permulaan pada: 24/3/ 2013 PDM Felda Jengka 24 (malam semalam jam 8.30)25/3/2013 PDM Felda Jengka 1326/3/2013 PDM Kampong Koi26/3/2013 PDM Felda Sungai Tekam Utara
Semua program bermula jam 8:45 malam. Orang ramai yang berdekatan dijemput hadir.
Ini foto-foto Program Pentas Pemuda PDM Jengka 24 malam semalam.


Dato' Wan Amizan Wan Razak calon popular parlimen Jeran…