Posts

Showing posts from September, 2013

Bagaimana Tengku Azlan Restrategize Menguatkan UMNO Jerantut Mempertahankan Parlimen Dan 3 DUN PRU 13?

Image
Keputusan PRU 13 menghasilkan kemenangan parlimen Jerantut dan 3 DUN dikala pembangkang cukup yakin parlimen Jerantut, DUN Damak dan DUN Tahan akan tumbang.
Kenapa keputusan sebaliknya favour kepada BN Jerantut?
Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar adalah Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang sentiasa memikir dan mencari strategi bagaimana mencari adunan terbaik UMNO Bahagian Jerantut.
Bagaimana Tengku Azlan sebagai Ketua UMNO Bahagian restrategize menguatkan UMNO Jerantut mempertahankan parlimen dan 3 DUN PRU 13?
Sebenarnya tidak ramai orang Jerantut yang tahu Tengku Azlan telah dilatih di dua kolej ketenteraan di Pakistan dan England serta Kolej Teknologi Kent, England dan PhD Phoenix International University New Zealand.
Tengku Azlan bijak mengadunkan kekuatan Dr Shukri dan Wan Amizan serta mengilap potensi Hj Nazlan Idris selain memperkemaskan kekuatan dan perpaduan sayap-sayap Wanita, Pemuda, Puteri dan sekaligus ke dua Dr Shukri dan Wan Amizan yang bersemangat tinggi sudah t…

Aku Ditipu Lagi...

Aku ditipu lagi...aku ditipu lagi...aku ditipu lagi...Data Band.

Dahagi @ Mutiny Pemberontakan Di Kapal UMNO Bahagian Jerantut

Image
Dahagi @ Mutiny merupakan suatu konspirasi dalam kalangan ahli sesebuah kelompok (biasanya pasukan tentera, anak-anak kapal atau orang awam) yang secara terbuka menentang, menukar atau menumbangkan pihak berkuasa yang berada di atas mereka.
Istilah ini sering digunakan pemberontakan antara anggota tentera terhadap pihak atasan mereka dan istilah ini juga kadang-kala digunakan bagi mana-mana jenis pemberontakan terhadap pihak berkuasa. Ketika Zaman Penemuan, dahagi secara khususnya bermaksud pemberontakan terbuka terhadap seorang kapten kapal.
Most countries still punish mutiny with particularly harsh penalties, sometimes even the death penalty
Dahagi @ Mutiny pemberontakan sedang berlaku di kapal UMNO Bahagian Jerantut...

Mereka yang tidak menghormati Ku Lan sebagai Ketua UMNO Bahagian mahu memberontak mencabar lalu mencari perahu kecil buat mengajak sebahagian kecil perwakilan join mereka. Ombak badai yang ganas di lautan luas akan menenggelamkan mereka yang ingkar...
Ini yang sebenar…

Pantun Tengku Azlan Membuka Gelanggang....Yeaah!

Image
Kalau roboh Kota Melaka Papan di Jawa hamba dirikan Kalau sungguh bagai di kata Badan dan nyawa hamba berikan


Bila todak melanda Singapura Habis dikerat dicincang lumat Bila khianat pada manusia Dunia akhirat takkan selamat


Habis dikerat dicincang lumat Patinya diaduk dijadikan obat Dunia akhirat takkan selamat Kecuali minta ampun nasuha tobat


Anak jantan anak Temenggung Pergi memburu sampai ke Gombak Lalu berhenti mengutip petai Berani buat, berani tanggung Kalau takut dilambung ombak Jangan berumah ditepi pantai

Itu dia pantun-pantun yang membayangkan semangat baru Ku Lan yang bangkit kembali...
Kali terakhir pantun ini dilafaz di bumi Jerantut ialah pada tahun 1862 di Pasir Tambang, Kuala Tembeling.
Ayoh Ku Lan ajar mereka-mereka yang sombong, ego dan derhaka serta ingkar...
Kita ulang kembali sejarah lama...

Betul Ke Pahang Mahu Jadi Negeri Buddha terbesar Dunia???!!!

Image
Ada syarikat dakwa mahu buat satu kompleks besar Buddha dan lain-lain agama di atas tanah kerajaan seluas lebih 500 ekar di Gambang, Pahang bernilai RM10 bilion.
Konsep ini dinamakan 'spiritual tourism' kononnya disokong oleh kerajaan -1Malaysia Spritual Tourism.
Kalau betul maka Pahang boleh jadi negeri Budhha terbesar dunia dengan berbagai tokong, bangunan keagamaan, kompleks dsb boleh mencecah RM60 bilion.
Sila klik dan baca:
Website rasmi projek 1Malaysia Spiritual TourismFasa Projek Pertama Spiritual Tourism Di Pahang Bernilai RM10 Bilion Dijangka Siap 2016Projek Tokong Terbesar PahangLaporan Polis Sudah DibuatPendedahan Dirancang Seawal Tahun 2006
Putrajaya Melalui Menteri Pelancongan DS Nazri Aziz tidak tahu menahu projek ini.
Pegawai Pelancongan Pahang pun tidak tahu menahu projek ini.
Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah dengar projek ini walaupun jika projek ini dibuat atas tanah persendirian.
Dipercayai keseluruhan projek ini tidak lebih hanyalah satu projek mengaut …

Kerja Kuat Tengku Azlan 6 Bulan Sebelum PRU 13 Sungguh Terpuji...Memang Patut Menjadi Ketua UMNO Bahagian Jerantut Lagi!

Image
Tengku Azlan calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut 2013-2017 nampak lebih macho, muda dan bertenaga pilihan orang muda UMNO Jerantut.
Walau Tengku Azlan @ Ku Lan sering bercakap beliau tidak mahu menjadi ahli parlimen Jerantut kerana mahu beri peluang orang muda...tapi 6 bulan sebelum PRU 13 beliau selalu kerap turun ke Jerantut.
Lebih-Lebih 3 bulan terakhir sebelum PRU banyak program beliau hadiri.
Bila ditanya kenapa Ku Lan jadi semakin rajin...jawab beliau," saya mahu pastikan calon yang mengantikan tempat saya beroleh kemenangan...saya masih Ketua UMNO Bahagian Jerantut."
Walau WZWH pada mulanya tidak percaya...mungkin Ku Lan mahu bertanding lagi tapi bila WZWH imbas kembali kerja kuat Ku Lan 6 bulan sebelum PRU 13 sungguh terpuji...memang patut Ku Lan menjadi Ketua UMNO Bahagian Jerantut lagi.
Biarlah ahli parlimen menjaga orang ramai dan Ku Lan menjaga orang UMNO. Beragih-agihlah tugas baru cekap dan berkesan buat kerja BN dan parti.
Lagi pun ahli parlimen Jerantut berta…

Dato' Wan Amizan Mempertahankan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut

Image
"Kas lawan aok sebab tak mahu Hj Lan masuk...biorlah dia berlawan dengan Ku Lan...he he he.." Barangkali ini spekulasi perbincangan calon-calon Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut!!! 
Ini perlawanan abang-adik. Masing-masing sudah kenal hati budi sudah lama sejak mereka belum menjadi wakil rakyat lagi.
Faktanya kedua-duanya frust sebab tidak dapat menjadi ahli parlimen Jerantut pada PRU 13 walau masing-masing calon favourite.
Lebih malang kedua-duanya tidak dapat menjawat jawatan EXCO Pahang.
Tapi YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan masih ada masa. Beliau masih muda 41 tahun.
4 penggal menjadi Ketua Pemuda. 1 penggal menjadi EXCO Pemuda Malaysia.
Beliau sudah 1 penggal menyandang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.
Dato' Wan Amizan sebagai orang muda mempunyai kelebihan dari segi masa, tenaga dan kekuatan.
Beliau bekerja menjaga UMNO Jerantut seperti menjawat Ketua UMNO Bahagian. Memang itulah yang orang kata berdasar prestasi kerjanya.
Program Kas Sayang Jerantut ya…