Posts

Showing posts from November, 2013

Tahniah Dato' Mohd Sharkar Shamsudin Dilantik MT UMNO Malaysia

Image
Dato' Mohd Sharkar Shamsudin bersama Tuanku Sultan Pahang di Majlis Penutup Kembara DiRaja Pahang Hotel Zenith Kuantan pada malam 29 November 2013. Foto ihsan ARAR.
Tahniah WZWH ucapkan kepada YB Dato' Mohd Sharkar Shamsudin EXCO Pelancongan Pahang yang baru dilantik MT UMNO oleh DS Najib.
Dato' Sharkar adalah ADUN Lanchang dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh.
Beliau sebelum ini pernah menjadi EXCO khusus Media Sosial dan sebagai pemimpin pioneer berjaya mengerakkan media sosial Pahang dan berperanan aktif bersama DS Najib bersama orang muda dalam aktiviti dan program media sosial di peringkat nasional.
Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas YB Dato' Mohd Sharkar Shamsudin diatas lantikan ahli MT UMNO. Pemain-pemain industri pelancongan di Pahang turut merasa bangga ~ you're on the right track Dato'.
Industri pelancongan negara menghasilkan pendapatan bernilai RM76 bilion. Pada 2012, Pahang berjaya mendapat hasil RM6.7 bilion dari produk-produk pelancongan Pahang.
Se…

Protokol Gelaran Dato' Pahang

Image
Ada komen dari Jerantut dalam FB WZWH menyentuh protokol gelaran Dato' Pahang seperti berikut:


Tan Sri Buayaposted toWan Zamzuri Wan Hasenan19 hours ago via mobile WZWH, sila terangkan dlm blog anda pasal penggunaan tittle Dato', sbb ramai org jerantut nk tahu tatacara penggunaan Dato', ni kang belum kalung dek Tuanku dah kembang dada berjalan. Anda je pandai menerangkan pasal ni, sbbnya ada sebilangan org jerantut ni nak pakai sgt ke pangkat Dato' tu tapi tak reti nk hormat raja. Gila bahasa belaka..

Ok WZWH akan terang protokol gelaran Dato' Pahang kepada orang Jerantut secara ringkas. 
Dalam kehidupan rakyat di Pahang, perkataan protokol mungkin baru tetapi amalan protokol telahpun dipakai sejak dahulu lagi. Jika susunan keutamaan yang menjadi takrif utama, maka hal ini sudah wujud. Bahasa istana atau bahasa diraja dan tertib menghadap raja dan pembesar adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Ringkasnya pada zaman kerajaan Melayu tradisi, pro…

Malaysia Perlu Patent Teknologi 'Pawang Buaya' Yang Terhebat Di Dunia

Image
Pakar Zoology, pakar buaya mengaku bahawa Malaysia mempunyai teknologi "pawang buaya" yang hebat. Baik yang di Semenanjung dan juga di Sarawak.
Apakah teknologi "pawang buaya'? Saintis seluruh dunia tidak percaya jika anda kata pawang buaya guna black magic atau jin. Saintis berdasarkan sains.
Teknologi "pawang buaya" adalah gabungan science and art. Ada elemen psychology.
Di Thailand pawang buaya berlatih dengan buaya-buaya yang dibela sejak kecil dan dilatih.
Pawang buaya Malaysia boleh terjun ke dalam sungai mencari buaya-buaya liar yang membaham manusia.
Pawang buaya Malaysia boleh memanggil atau menyeru semua buaya tua atau muda, besar atau kecil timbul ke permukaan sungai menyerah diri jika bersalah menginaya manusia.
Jika buaya itu tidak timbul atas apa sebab buaya yang berdosa kerana membunuh dan memakan manusia akan berasa bersalah, menyesal dan sakit jiwa jika tidak menyerah.
Dan akhirnya buaya itu akan menyerahkan mayat manusia walaupun sebahag…

Cari Berkah

Rakyat Biasa Pun Boleh Menyumbang Bekal Elektrik Kepada TNB: Household Power Plant!

Image
Ini contoh sebuah rumah memasang panel solar 12 KW memerlukan 48 kepingan panel solar yang setiap keping berukuran 1 M X 1.5 M.
Biasa akhir bulan setiap rumah dapat bil elektrik. Ada yang mengeluh tarif elektrik tinggi walau kerajaan beri subsidi.
Apa kata rakyat Malaysia berubah sikap yang seramai 28 juta lebih tepat setiap rumah jual elektrik kepada TNB.
Pemimpin selalu bertanya apa sumbangan setiap rakyat kepada negara. Rakyat pun boleh menyumbang. Maka WZWH menulis posting  rakyat biasa boleh menyumbang bekal elektrik kepada TNB.
Setiap rumah tidak perlu modal berbilion ringgit bina Hydroelektrik, IPP, loji nuklear dll. Setiap rumah tidak perlu beratus dan berpuluh juta ringgit untuk bina mini hidro.
Setiap rumah hanya perlu ratusan ribu dan puluhan ribu ringgit sahaja untuk bekal elektrik kepada TNB.
Rakyat pun mampu samada buat pinjaman, tabungan, secara koperasi untuk cari modal bekal elektrik kepada TNB.
Setiap rumah boleh beli panel solar yang boleh menghasilkan maksima 12 K…

Majlis Makan Malam Sempena Persaraan Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Image
Tan Sri Abdul Ghafar banyak terlibat dengan program-program yang dikendalikan oleh bekas pelajar SEMSAS. Gambar WZWH bersama Tan Sri Abdul Ghafar ini sewaktu Program Homecoming 2012.
Bertempat di Dewan Al Khawarizmi SEMSAS malam semalam berlansung Majlis Makan Malam Sempena Persaraan Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Seraut Kasih Secebis Kenangan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Kenapa Tan Sri Abdul Ghafar memilih undangan SEMSAS sebagai prioriti bagi mengadakan majlis untuk beliau? SEMSAS atau Sekolah Menengah Sains Sultan Hj Ahmad Shah begitu special dihati Tan Sri Abdul Ghafar yang dikenali oleh warga SEMSAS terutama dari alumni EXSAS, mantan pengetua, guru-guru, staf sokongan sebagai Cikgu Ghafar.
Cikgu Ghafar mula berkhidmat di SEMSAS sejak 1977 hingga 1984. Kemudian kembali sebagai Pengetua SEMSAS dari 1998 hingga 2001.  Beliau menjawat berbagai jawatan dalam KPM hinggalah sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Beliau dilahirkan di Pekan p…

Bajet Palsu : Sidang DUN Pahang Mendisiplinkan ADUN Semambu Gantung 2 Persidangan

Image
Disiplin bukan sahaja di sekolah. Disiplin bukan sahaja di pejabat. Disiplin bukan saja di mesyuarat parti. Ahli politik baik ADUN atau ahli parlimen pun perlu didisiplin bila melanggar peraturan. 
Civilisation dan etika dibina atas prinsip disiplin. Politik pun ada disiplin.
Posting ini mengenai detik-detik sejarah dalam Sidang DUN Pahang yang selama ini tidak pernah seorang ADUN digantung dari mesyuarat kerana menghina Dewan Yang Mulia.
ADUN Semambu PKR Lee Chean Chungmemecah rekod itu. ADUN muda berumur 33 tahun terlepas cakap bak kata pepatah telajak perahu boleh ditarik, terlepas cakap badan binasa.
ADUN Semambu mendakwa Bajet 2014 Pahang adalah bajet palsu kerana mengambilkira janji manis RM100 juta royalti minyak @ wang ihsan dari DS Najib sebagai hasil yang menjadikan surplus bajet.
Walau diminta menarik balik pernyataan bajet palsu ADUN Semambu tetap berkeras dan tetap mendendangkan bajet palsu.
DSD Adnan Yaakob mengusulkan tindakan tatatertib, selepas mengundi keputusan gan…

Pengukuran Hidrogen Cyanide Tidak Membahayakan Rakyat Pahang Berdekatan Lombong Emas

Image
Demonstrasi semasa waktu rehat Sidang Dewan DUN Pahang disaksikan oleh DSD Adnan Yaakob MB Pahang, Ketua Pengarah Alam Sekitar Pahang, Saintis DOSH, dan ADUN-ADUN BN serta pembangkang.

Paras ukuran hidrogen cyanide di lombong emas RAGM Bukit Koman Raub dari bulan Januari hingga September tahun ini secara purata 0.5 ppm.
Demonstrasi menunjukkan kandungan hidrogen cyanide yang diukur di halaman Wisma Sri Pahang adalah sama dengan sample yang diambil dari Bukit Koman.
DOSH meletakkan paras 4.7 ppm merbahaya kepada kesihatan manusia.
Sebelum ini pembangkang membuat dakwaan liar bahawa penggunaan hidrogen cyanide di lombong emas Bukit Koman telah menyebabkan sakit kulit kepada penduduk berhampiran.
Pembangkang telah mengadakan himpunan hijau di Raub dan KL mendakwa kesihatan rakyat terjejas.
Sama juga dengan kes kilang Lynas, rare earth tidak bahaya seperti yang dinyatakan oleh Che Rosli Che Husin Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang kepada WZWH tetapi pembangkang tetap mahu memutar…

Dato' Abu Bakar Harun EXCO Hal Ehwal Felda Melayan Rombongan SMK Gelanggi 2 Di Sidang Dewan DUN Pahang

Image
YB Dato' Abu Bakar Harun EXCO Pahang Hal Ehwal Peneroka merangkap ADUN Chini berganbar bersama rombongan pelajar SMK Gelanggi 2 di Sidang Dewan DUN Pahang. Turut bersama YB Dato' Ahmad Shukri ADUN Pulau Tawar dan Cikgu Asrul Hamid Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut sebagai guru pengiring.
YB Dato' Abu Bakar berkesempatan melayan rombongan pelajar dari Felda Gelanggi 2 dalam DUN Pulau Tawar. Beliau juga bermurah hati memberi sedikit peruntukan kepada rombongan.
ADUN Pulau Tawar dan Cikgu Asrul berbesar hati dengan layanan baik EXCO Felda ini.
Dalam keterujaan DS Najib mengalakkan belia-belia menyertai Program Parlimen Belia Malaysia pada tahun depan, sudah sewajarnya anak-anak peneroka Felda Gelanggi 2 diberi pendedahan perjalanan pentadbiran politik negeri.
Diharap anak-anak peneroka ini menjadi pemimpin negeri dan negara dimasa depan.

Dangdut PAS For ALL....Amin...Amin...Amin...Masuk Syurga!

Meraih Syurga Muktamar PAS 2014!..

Kalau Muktamar PAS 2013 di Shah Alam ada konsert heavy metal sila klik sini.
Elok kalau Muktamar PAS 2014 adakan konsert nasyid dangdut pula...baru ok berdakwah cara moden PAS For All...

WoW! Muktamar PAS 2013 Konsert Heavy Metal...Muktamar PAS 2014 Show Dangdut Banyuwangi Suliana Pulak!

Bersempena dengan Muktamar PAS 2013, Karnival PAS for ALL telah menyajikan hidangan Konsert METAL. Kalau dahulunya orang PAS sanggup membantah malah mengharamkan hiburan, tetapi PAS kini sudah berubah 180 darjah.
WoW! Muktamar PAS 2013 konsert heavy metal....WZWH minta Abang Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih mempertahankan jawatan...tahun depan Muktamar PAS 2014 buat show dangdut Banyuwangi Suliana pulak ...pasti WZWH hadir...
Ikuti keluhan Blog Pahang Daily Online Sila Klik Panas: Ramai Kecewa PAS Benarkan Konsert Metal Di Muktamar PAS 2013 Shah Alam!

Freddie Aguilar Penyanyi Popular Lagu Anak Peluk Islam Dan Selamat Nikah Semalam.

Image
Lagu klasik Filipina -anak yang menjadi lagu hits dan popular diseluruh dunia.
Buluan, Maguindanao-Penyanyi ikon Filipina Freddie Aguilar memeluk agama Islam dan selamat bernikah dengan pasangannya Jovie Gatdula Albao semalam.
Aguilar sudah berminat dengan Islam sejak tahun 2011 sebelum beliau bertemu dengan Albao.


Selamat pengantin baru Freddie Aguilar dan menjadi saudara baru Islam yang soleh...

Betul Dah Keputusan Kabinet Membenarkan Trip Rosmah Mansor Ke Qatar Itu...Apa Rasional?

Image
DS Rosmah dan delegasi mengadap Emir Qatar.
Pembangkang bising dan kritik trip DS Rosmah Mansor ke Qatar atas jemputan Kerajaan Qatar menghadiri Qatar International Business Women Forum in Doha minggu lepas guna jet kerajaan.
Media Sosial yang pro pembangkang atau yang pro BN tapi tidak suka DS Najib menulis:
Blog Din Merican menulis Rosmah and her Excess: Who's to Blame? The Malaysian Insider menulis Suami Itu Jeneral, Isteri Itu Major Blog A Kadir Jasin menulis  YB Shahidan, Siapa Labur Siapa Lebur?
Ini adalah siri penulisan dan kempen untuk membangkitkan rasa marah dan benci rakyat kepada DS Najib....mudah untuk difahami sebab DS Rosmah adalah isteri DS Najib!
Betul dah keputusan kabinet membenarkan Trip DS Rosmah Mansor ke Qatar itu.
Apa rasional?
Rosmah's trip to Qatar was in her capacity as the wife of the PM DS Najib Razak.Rosmah was not there representing the government but was there in the interest of the government. This justifies the usage of the jet.They had used t…

Goyang Bunga Suliana...

Memang Patut Elaun ADUN-ADUN Pahang Dipertimbang kenaikan....

Image
ADUN Semantan PAS menceritakan panjang lebar kesusahan tidak mendapat peruntukan sekurangnya RM40,000 setahun bagi memenuhi tanggungawab sebagai ADUN. Lebih kurang RM3000 lebih sebulan. Itu sudah cukup baik.
ADUN Tras DAP juga menyebut perkara yang sama. Dua ADUN Pembangkang ini antara ADUN-ADUN Pembangkang yang senior.
Ada 12 ADUN Pembangkang semuanya kecuali ADUN Tanah Rata DAP 6 penggal yang lain-lain baru sepenggal.
Bila ADUN Tras DAP dalam ucapan bahas menyatakan elaun ADUN-ADUN Pahang perlu kenaikan maka tiada sambutan dari ADUN-ADUN BN sehingga ADUN Tras mahu semua ADUN-ADUN Pahang menepuk meja barulah dengar riuh Dewan Undangan Negeri Pahang.
Dalam keadaan ekonomi yang normal dengan kenaikan barang dan perkhidmatan serta cost of living yang semakin meningkat memang patut elaun ADUN-ADUN Pahang dipertimbang kenaikan.
Majoriti ADUN-ADUN BN Pahang semuanya segan untuk bercakap minta kenaikan elaun...dan tiada yang berani pun. Memang begitu ADUN-ADUN Pahang begitu baik dan jujur …

Lau Lee ADUN Damak Mahu Kerajaan Luluskan Segera Peruntukan Masjid Baru Ulu Cheka

Image
Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, YB Dato' Lau Lee ADUN Damak memberi ucapan membahas Bajet 2014 Pahang.
WZWH mahu highlight dalam ucapan membahas Bajet 2014 Pahang, ADUN Damak ada meminta kerajaan meluluskan dengan segera peruntukan Masjid Baru Kg Ulu Cheka.
Dato' Lau Lee menyatakan peruntukan itu telah dicadang dalam RMK ke 9 namun sehingga kini tiada tindakan susulan.
Beliau menambah bahawa Pusat Daerah Mengundi (PDM)  Ulu Cheka yang mempunyai 7 kampung besar. Penduduk Mukim Ulu Cheka hampir 7319 orang adalah penyumbang besar kemenangan calon BN-MCA Damak. Terdapat 6233 orang Melayu dan Bumiputera di Ulu Cheka.
Sila klik Kekuatan UMNO Tradisional Ulu Cheka.
Sewajarnya kerajaan menimbang cadangan membina masjid baru Ulu Cheka kerana jika tidak sokongan pengundi di PDM Ulu Cheka yang majoriti menyokong BN membuatkan Dato' Lau Lee menang 5 penggal PRU.
Kos awal projek masjid baru ini ialah RM1.5 juta dengan kos yang meningkat maka projek ini boleh bernilai RM1.8 ju…

Ucapan ADUN Tahan Membahas Bajet 2014 Pahang

Image
ADUN Tahan sedang berucap membahas Bajet 2014 Pahang di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang bermula pada 18-27 November 2013.
Ringkasan Bajet 2014 Pahang 

Kerajaan Pahang membentangkan Bajet 2014 dengan lebihan kira-kira RM2.19 juta, membolehkan lebih banyak program pembangunan untuk rakyat dilaksanakan sepanjang tahun depan. Sila klik teks ucapan penuh MB Pahang membentang Bajet 2014 Pahang.
DSD Adnan Yaakob, MB Pahang berkata lebihan itu diperoleh menerusi anggaran kutipan hasil berjumlah RM811 juta berbanding anggaran perbelanjaan mengurus serta pelaksanaan pembangunan RM808 juta, kali ke-11 bajet negeri menunjukkan lebihan yang membuktikan perbelanjaan negeri diuruskan dengan berhemah dan sistematik.
Ucapan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan Membahas Bajet 2014 Pahang
Ucapan ADUN Tahan menarik minat Sidang Dewan mendengar beliau membahas Bajet 2014 Pahang.
ADUN Tanah Rata YB Leong Ngah Ngah DAP mencelah lebih 4 kali kerana ucapan ADUN Tahan banyak menyentuh isu Cameron Hi…

Lagu Kembang Melati Boleh Buat Hang Tuah Lentok Lebih Power Dari Keris Taming Sari Di Tanah Majapahit!

Image
'Kembang Melati' lagu lama Jawa kuno yang boleh buat Hang Tuah lentok (hampir khayal) di tanah Majapahit. Untuk melemahkan Hang Tuah tidak perlu pakai keris Taming Sari...
Apa sejarah keris Taming Sari?

Taming Sari (atas sekali) bersama keris Seri Gading sebagai 'peneman'.
Keris Taming Sari banyak diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu serta beberapa manuskrip alam Melayu yang lain.
Keris Taming Sari memang wujud dan menjadi alat kebesaran Kesultanan Perak. Malah, berdasarkan rupa dan ciri yang ada pada keris Di Raja itu, senjata ini memang asli dan berasal dari abad ke-14 kerajaan Majapahit.
Keris Taming Sari pada asalnya adalah kepunyaan Taming Sari, seorang pahlawan Jawa. Beliau telah diarahkan oleh Patih Gajah Mada, Bentara Majapahit untuk membunuh Hang Tuah. Taming Seri telah memasuki istana Seri Betara Majapahit dan telah mengamuk dan membunuh ramai orang. Hang Tuah yang berada di situ telah bertarung dengan Taming Sari dan telah membunuh beliau.…

Najib Sudah Boleh Senyum Ekonomi Malaysia Pick Up Dan Memecut...

Image
Xi Jinping Presiden China dan Najib PM Malaysia. President Xi calls Malaysia a trustworthy strategic partner.
Sila klik Malaysian Economic Growth Accelerates Before Fiscal Tightening, Bloomberg.
Juga sila klik Malaysian Economy Picks Up Steam Unexpectedly, Gulfnews.com.
Najib sudah boleh senyum ekonomi Malaysia pick up dan memecut...
Petanda-petanda ekonomi:
Malaysia's economy grew at a better-than-expected 5% on year in the third quarter fuelled by robust domestic demand and an improvement in exports-the central bank.The services and construction sectors were the key drivers on the supply side while private and public consumption led the demand side.The gradual recovery in the external sector will support growth.Domestic demand from the private sector will remain supportive of economic activity amid the continued consolidation of the public sector.Domestic demand in the third largest Southeast Asian economy grew 8.3% on year in the July-September period. Economy was expected to e…