Nuffnang Ads

Pages

Friday, January 31, 2014

Liow Tiong Lai Boleh Dapat Kembali Sokongan Cina Kepada BN PRU DUN Kajang

New MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai (right) with Vicep-president DatukWee Ka Siong at the 60th MCA annual general assembly at the party headquarters in Kuala Lumpur today. – The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, December 22, 2013.

Tun Mahathir kata beri peluang kepada MCA.

MCA will come back!...

Liow Tiong Lai boleh dapat kembali sokongan Cina kepada BN di PRU Kajang sila klik sini.

Thursday, January 30, 2014

Two Bugis Princes And The Tale Of Mamak Ronin...



The two Bugis princes are studying the past and future Selangor.



What is happening and shocking my state?...

Ohh...It's just a tale of mamak ronin Tuanku...

Mahu jadi MB?...

Ahh...ramai lagi anak jati Selangor yang lebih layak...


The nature of the parliamentary system is such that the electorate chooses which political parties (or coalition) that can best govern the country. They in turn choose who amongst their leaders to head up become the Prime Minister.  Thus, it is entirely puzzling at the examples proffered by supporters of Anwar Ibrahim’s latest move to contest in the soon-to-be-held Kajang state seat by-election.

It is established then that the political party is the lead actor in a parliamentary system, not the individual politician. So what is the point of having Anwar Ibrahim to take over the Chief Ministership of Selangor from Khalid Ibrahim? The electorate votes for the party, not the personality that embodies it.

Anwar Ibrahim is not the be-all and end-all of the Opposition.

If it is about showcasing achievements of an Opposition-led state government to garner the people’s vote of confidence for the ultimate prize, Putrajaya, then replacing the Chief Minister of a well-performing state such as Selangor for no good reason is just folly.

Two question remain:

1) How does showcasing the achievements of Selangor, Penang and Kelantan governments translate into possible victory of Pakatan Rakyat?

2) Since the successes of the Selangor and Penang governments have been evident since 2008 but somehow did not help Pakatan to win other states in the last general election, what else is new now?

Respecting the electorate

Why did Lee Chin Cheh abruptly resign from his state seat? So far no explanation has been offered by Parti Keadilan Rakyat (PKR). If Lee Chin Cheh had resigned with reasons that are less than dire, then it is a dereliction of his duty to serve the people who overwhelmingly voted for him in the last general election. It is a sheer betrayal of Kajang people’s trust of their representative and the political party he is a part of. It is simply impossible to claim a moral high ground when the party is engaging in the same manipulative politics as its nemesis. Is this the Machiavellian “democracy” that PKR, and by extension Pakatan, envisions for Malaysia? A victory brought on by any means necessary rings hollow if the Rakyat ends up as the collateral damage.

In regards to being an effective wakil rakyat (elected member) is it advisable or even possible to simultaneously service two constituencies that differ greatly in geography, culture, socio-economic background and ethnic makeup? Is it even democratic to begin with? Being elected into office means carrying the heavy burden of rakyat’s hopes, dreams and aspirations and trying to fulfil them to the best of one’s ability. It does not give the wakil rakyat the carte blanche to treat the constituents like some meaningless pawns on the grand political chessboard to be manipulated whenever it is politically expedient.

How will Anwar Ibrahim explain this to both the constituencies of Permatang Pauh and Kajang? Simply setting up service centres in the constituency and only visiting it right before the general election does not make for an effective and trustworthy people’s representative. Plus, the job scope and focus of a member of parliament (MP) and state assemblyperson differ in many ways – one may have to deal with the burgeoning national deficit in Dewan Rakyat and the other may deal with potholes behind Pak Mat’s house in Taman Kajang Bestari. How does Anwar Ibrahim plan to reconcile them?

What wrong has Khalid done?

The whole brouhaha obviously started with the internal party bickering between Khalid Ibrahim and Azmin Ali, which somehow necessitated Anwar Ibrahim’s foray into state politics to purportedly defuse the tension.

In what ways do including Anwar Ibrahim in the state government, either as a state assemblyperson and/or Chief Minister, help quell the infightings within Selangor PKR?

More pointedly, what have Khalid Ibrahim done wrong to the people of Selangor in the past six years for him to be replaced before his term ends?

The dark and treacherous road to Putrajaya

Rafizi Ramli, PKR’s MP for Pandan, states that with Anwar at the helm nobody will be able to mess with him politically because he is the head honcho but what about using his gravitas instead to prop up Khalid Ibrahim’s creaky position within and without the party and make it unassailable. If Anwar Ibrahim makes it perfectly clear to every PKR cadres, especially the ones in Azmin Ali’s camp, that he is solidly behind Khalid Ibrahim and all are required to put on a united front in support of Khalid Ibrahim, then none of this fiasco would have escalated and festered into what it is now.

Rafizi Ramli’s ‘sincere but rather opaque’ written statement regarding this issue also mentions the need to fortify Selangor against the impending BN onslaught, hell-bent on wresting back the richest state in the federation even if it literally ends up in ashes and embers.

But the reasoning begs the question: what is BN, or particularly Selangor UMNO, doing now or planning to do later that is different than what they had done in the past? Lest we forget, the Selangor UMNO launched the Selamatkan Selangor campaign right after the 2008 general election to spread misinformation, lies and slanders and concoct many nefarious plans to sabotage the Pakatan state government, including stoking the racial and religious flames. But instead, the Selangor voters returned Pakatan to the state government in the last general election with an even bigger majority.

Rafizi Ramli is right. The Kajang by-election will be the game-changer but not in the manner that he thinks. It is indeed another dark chapter in Malaysian democracy, and more importantly a treacherous path in the country’s transition to a genuine two-party system. 

Sumpah Dan Cinta Matiku...

Bukti Anwar Ibrahim Boleh Menang Besar Di DUN Kajang!!!?

Wednesday, January 29, 2014

Wedhus Sate Kajang...Anwar Menang Sate Turun Harga!



"Kita makan sate Kajang, lepas itu kita lawan habis-habisan,"

MCA akan meletakkan calonnya untuk bertanding PRK DUN Kajang kata Liow Tiong Lai.

Selaras dengan semangat dan formula Barisan Nasional, DUN Kajang akan sentiasa menjadi kerusi MCA dan parti perlu bekerja keras jika ingin menawan semula DUN berkenaan.

MCA akan cadangkan nama calon kepada parti komponen BN yang lain selepas SPR umumkan bila tarikh.

MCA sentiasa positif dan selama ini pun tetap berkhidmat untuk rakyat dan rakyat perlu sedar betapa pentingnya suara MCA di Selangor.

MCA telah menubuhkan jawatankuasa khas peringkat pusat, negeri dan bahagian untuk mengatur strategi dan membuat segala persiapan bagi menghadapi PRK itu. 

Menurut Liow, tindakan Lee Chin Cheh sengaja mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding merupakan satu bentuk manipulasi sistem demokrasi di negara ini oleh parti itu. 

"Ini taktik dahulu, sekarang guna lagi dan saya yakin rakyat amat marah terutama dalam keghairahan menyambut Tahun Baharu Cina," katanya. 

The Best Anwar-Khalid-Azmin Show In Kajang...




Tuesday, January 28, 2014

Anwar Tidak Salah Bahkan Lebih Baik Dari Mahathir Mengurus PRK Selangor!



"The greatest Malay politician of all...the next PM of Malaysia. UMNO kena terima kemasukan kembali Anwar untuk kuatkan parti dan negara."- Is it a good theory or a paradox?


Ramai ahli politik mengecam Anwar Ibrahim ekoran PRK DUN Kajang. Mereka kata ini bazir wang rakyat. 

Bukan sahaja ahli politik BN menembak Anwar bahkan ahli politik PAS menempelak Anwar ugut mahu boikot, PAS akan tetap hantar borang pencalonan ADUN Kajang dan pencalonan MB Selangor jika perlu.

Tidak cukup dengan itu DAP melalui LGE dalam PC suruh wartawan bertanya Anwar sendiri tentang isu PRK DUN Kajang.

Lalu Anwar dilabel tiada moral , tiada etika, lebih kepada kepentingan politik peribadi, patut letak jawatan ahli parlimen Permatang Pauh dsb.

Sebenarnya Anwar tidak salah, dari segi legal tidak salah sebab peruntukan perundangan membolehkan sesiapa ahli politik baik ahli parlimen dan ADUN letak jawatan tanpa sebarang sebab.

Peruntukan itu ada. 

Bahkan Anwar lebih baik dari Mahathir mengurus PRK Selangor.

Ingat PRK 1997 melibatkan parlimen Kuala Selangor dan DUN Permatang untuk membolehkan Abu Hassan Omar mengantikan Muhammad Taib menjadi MB Selangor. Abu Hassan Omar bertukar kerusi dengan Jamaluddin Adnan.

Kalau isu PRK mahu bazirkan wang rakyat nampak Mahathir lebih banyak membazir dari Anwar di Selangor.

Mahathir kosongkan dua kerusi parlimen dan DUN.

Anwar cuma kosongkan satu kerusi DUN.

Tapi kalau mahu diambilkira PRK Parlimen Permatang Pauh 2008 untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding maka kira serilah!

DUN Kajang mempunyai hampir 40,000 pengundi di mana Melayu 49%, Cina 40% dan India 10 %.

Tidak kira apa BN kempen buruk Anwar, PAS boikot, dan DAP masih membisu....

Adalah dijangka Anwar yang dikatakan "anugerah tuhan, the most political animal in the world" atau mungkin Anwar dianggap "anak Allah" barangkali adik Jesus Christ dengan dibantu dengan kerja keras DAP yang berterimakasih kepada Anwar memujuk pengundi Cina terutamanya undi Anwar atas kertas, Anwar PASTI menang DUN Kajang.

Namun BN perlu aplikasi strategi-strategi dan tektik-tektik yang terbaik untuk kalahkan Anwar di DUN Kajang.

Dalam politik serba kemungkinan....tidak mustahil BN boleh menumbangkan Anwar di DUN Kajang.

Kenapa Tidak Pakatan Rakyat Letak Jawatan Semua Ahli Parlimen Dan ADUN Demi Menguatkan Pakatan Rakyat Di Mata Rakyat?




Speaker Selangor menunjukkan surat perletakan jawatan ADUN Kajang.

Lee Chin Cheh ADUN Kajang dari Pakatan Rakyat letak jawatan dengan alasan mahu kuatkan Pakatan Rakyat di Selangor!

Sebelum ini 2008 Wan Azizah letak jawatan ahli parlimen kerana beri laluan kepada Anwar Ibrahim. Selepas itu Timbalan KM Pulau Pinang letak jawatan ADUN beri laluan kepada calon yang Anwar Ibrahim suka!

Spekulasi bertiup kencang ADUN Kajang letak jawatan bagi membolehkan Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor. Mendapat persetujuan dari PAS dan DAP dan grassroot PKR.

Portal pembangkang bercakap begitu. Pemuda PKR menyokong Anwar menjadi MB baru Selangor. Lim Chin Cheh juga merupakan Bendahari Pemuda PKR. Timbalan Speaker Selangor yang nama macam orang Kelantan sudah buat kenyataan bahawa orang luar boleh bertanding sebarang ADUN di Selangor. 

Kenyataan Perlembagaan Tubuh Negeri Selangor jelas MB mesti dipilih dari anak jati Selangor. Kalau di Pahang juga MB mesti anak jati Pahang.

Tuanku Sultan Selangor sudah tentu lebih prefer anak jati Selangor jadi MB.

Rakyat Selangor bertanya jika prestasi dan KPI Khalid MB sekarang tip top kenapa mahu tukar MB?

Di media sosial ramai komen mengaku dulu mengundi Pakatan Rakyat di DUN Kajang tapi dalam kes sebegini tidak berpuas hati kerana rakyat seolah-olah dipermainkan kerana wang rakyat banyak dibazirkan bila PRK perlu diadakan dalam masa 60 hari.

Perletakan jawatan ADUN yang unnecessary tiada apa-apa masalah kesihatan dsb.

Rakyat akan fed up dan bosan dengan permainan politik caca marba begini. Akhirnya rakyat di DUN Kajang tidak akan mengundi Pakatan kerana mahu mengajar Pakatan. 

Kenapa tidak Pakatan Rakyat letak jawatan semua kerusi parlimen dan ADUN di seluruh Malaysia demi mahu menguatkan Pakatan Rakyat di mata rakyat.

Barulah dalam masa 60 hari boleh diadakan pre-PRU 14!

Monday, January 27, 2014

RM115 Billion Eco-City for Kota Belud? Kuala Tahan Eco-City Is Possible...



Believe it or not, Malaysia's first eco-city (Clean sustainable living on local environment means and conservation) is planned to be located at Kadamaian in the Kota Belud district of Sabah.

The proposed eco-city is envisaged to have various facilities, all linked with a cable car system, monorail and integrated transport around a man-made lake with an ambience of Venice, dotted with hotels, housing, hospital and a golf course. 

Among other facilities are a F1 standard motor race track, three universities, sports city, education hub and business hub, benefiting a targeted population of 100,000 and 15,000 transient visitors and varsity students. 

To be known as Gaur Eco-City, its has an estimated GDV of RM115 billion on more than 5,000 acres of undulating land that will put Sabah on the global eco-city tourism map for fine peaceful living in an intellectual hub with a population growth rate projected at three per cent. 

The villagers all along the area will be involved as Sabah Parks is applying for Sabah's first Geo Park status for Kinabalu. The other two varsities planned are a medical health science university and an investment finance-business centric university. 

Still in the conceptoal stage, the Gaut Eco-City, which will have a 30km cable car gondola system costing RM15 billion covering 20 villages along the foothills of Mount Kinabalu, will be presented to the Kota Belud District Development Committee on January 20 at the Sabah State Assembly on the request of Speaker Datuk Salleh Tun Said. 

He is expected to launch the start of the project feasibility studies at Pekan Nabalu, which is one of the cable car system terminals of the project, on Feb 18.

If all goes well, the tendering of the works is expected to be called by April to be up and running by the fifth year of construction.

The companies involved are Braxton Group of companies, Blazetron Ltd of UK and HMD Corporation headed by CEO Bernadette Peter and Senior General Manager Boniface Mosios, with venture financing to be arranged by Dr Harrey M. Dauwat, a corporate member of the International Entrepreneurs Association.

According to Dr Harrey M. Dauwat, the cable car gondola system will be a tourism product as well as public transportation that might eventually link up to Kota Marudu in later phases. 

"It will be the longest in the world and among the best in Asia," he enthused, promising new housing for poor villagers to improve the scenery for foreign tourists. 

"No slopes or streams would be cut or disturbed in the construction as the cable car poles follow the topography terrain." 

If these interested parties realistically have their ways with readily available viable financing and their plans approved by the authorities, Sabah may get to host Malaysia's first eco-city at what is deemed as Sabah's last natural unspoilt mythical Shangri-La-like ambience at the foothill of Kinabalu.

Teroesir...



Cinta bukan melemahkan hati, 
bukan membawa putus asa, 
bukan menimbulkan tangis. 
Cinta menghidupkan pengharapan, 
menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan.

"Tangan yang begitu halus, mata penuh kejujuran itu tak akan menyakitkan hati. Percayalah bahwa hatiku baik. Sukar engkau akan bertemu hati yang begini bersih lantaran senantiasa dibasuh air mata kemalangan sejak lahir," 

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck-( Hamka ).

Sunday, January 26, 2014

Sokong Dan Cintai DS Najib Kerana Allah...





Malaysia moden, berbagai kaum, bermacam permasalahan dan cabaran masa kini mengenai politik , ekonomi dan sosial serta agama untuk membina Malaysia yang makmur, aman dan sejahtera memerlukan pemimpin.

Telah ditakdirkan oleh Allah bahawa DS Najib Tun Razak telah diberi keistimewaan untuk mentadbir negara ini sebagai Perdana Menteri sejak 2009 hingga kini.

Setiap PM mempunya era ekonomi, sosial dan politik yang ada kelebihan dan kekurangan. Rakyat tidak boleh memuji PM hanya bila era ekonomi senang dan sebaliknya mengutuk, mencela dan memperlekeh PM bila ekonomi sukar tanpa membantu mencari jalan penyelesaian.

Ditambah dengan supply chain, pemborong dan middleman golongan peniagaan, pemborongan dan peruncitan yang suka-suka menaikkan lagi harga-harga barangan pun tidak membantu.

Cadangan untuk menganti PM yang sedia ada dengan yang baru hanyalah expressi untuk lari dari permasalahan dan tidak berpijak di bumi nyata.

Kenapa dulu ahli politik-ahli politik yang bijak dan stateman like seperti King Ghaz, Musa Hitam dan Tengku Razaleigh tidak berupaya menjadi PM?

Hanya Allah yang tahu kenapa DS Najib diletakkan di tempat sekarang walau DS Najib bukan ahli politik yang suka 'short cut' dan terlalu 'schema political animal' namun DS Najib akhirnya diangkat menjadi PM.

Kenapa suka timbulkan bermacam-macam persepsi politik, ekonomi dan sosial serta agama hanya semata-mata the endnya hanya untuk menjatuhkan DS Najib sebagai PM tanpa mengkaji scenario politik serantau dan dunia?

Sokong dan cintai DS Najib kerana Allah....dan kerana tuhan serta dewa-dewa bagi yang bukan Islam.

UMNO dan negara tidak mampu untuk mengantikan DS Najib PM yang ada sekarang kerana Malaysia perlu seorang PM yang sederhana dan sabar melayan karenah politik perkauman dan agama.

Adakah orang bukan Melayu mahu seorang PM yang lebih ultra Melayu dan pelampau agama untuk memimpin negara ini untuk mengantikan DS Najib?

PAS dan PKR sudah kendur dari memusuhi melampau DS Najib sebagai PM. Yang tinggal hanya DAP yang simply menganggap DS Najib sebagai PM yang 'lame duck' kerana pendirian PM dalam isu kalimah Allah.

DS Najib berpendirian bahawa 10 resolusi itu boleh diambilkira namun hal agama Islam adalah hal negeri-negeri. Semua PM Malaysia yang tahu undang-undang akan berpendirian sama.

Kenapa DAP mahu menekan DS Najib dalam isu Kalimah Allah ini? Apa agenda? Tidakkah DAP belajar dari sejarah bahawa pentadbiran British dulu pun sedia maklum bahawa hal-hal Islam dan Adat Istiadat Melayu adalah urusan eksklusif Raja-Raja Melayu.

Di negeri-negeri yang tidak beraja, hak itu dibawah kuasa YDP Agong. Malah Enakmen mengecualikan orang bukan Islam dari mengggunakan 25-40 patah perkataan Arab telah dikuatkuasa di Pulau Pinang pada tahun 2010 semasa Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri!

Sebenarnya Lim Guan Eng pun faham Enakmen ini secara tersurat dan tersirat tetapi kenapa masih DAP mahu bermain dengan isu Kalimah Allah.

Kenapa DAP mahu bermain api dengan isu-isu sensitif yang telah diperundangkan yang mana akhirnya boleh menyebabkan perbalahan dan pergaduhan antara kaum dan agama.

Negara Malaysia masih terkawal dari segi ekonomi dan politik bukanlah diparas peringkat status krisis ekonomi dan politik. Namun DAP terutamanya suka memainkan bahawa Malaysia ini tidak ada PM. Bahtera tanpa nakhoda memetik kata-kata YB Raub Sakmongkol.

Ini bukan bahtera tanpa nakhoda tetapi sebenarnya ada segelintir anak kapal yang selalu pening dan mabuk laut yang sememangnya berniat mahu menenggelamkan bahtera!

Apa yang DS Najib perlu ialah sokongan dari semua untuk mentadbir negara dari rakyat berbilang bangsa, dari 3.4 juta ahli UMNO yang solid, dari 100% bumiputera, dari parti-parti komponen.

Jika ada blogger-blogger mamak yang gila bahasa sudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan Sakmongkol hari-hari menghentam DS Najib jangan ambil peduli.

Sokong dan cintai DS Najib sebagai PM kerana Allah...

Saturday, January 25, 2014

Cintai Aku Kerana Allah...



Vokal: Novi Ayla.
Ciptaan: Adibal Sahrul.

cintai aku, sayangi aku
kasihi aku, miliki aku

cintai aku karena Allah
sayangi aku karena Allah
kasihi aku karena Allah
miliki aku karena Allah

bukan langit, bukan bumi
bukan bulan matahari
kau jadikan saksi cinta
hanya Allah sang Maha Cinta

bukan harta, bukan rupa
bukan pula kehebatan
iman dan takwamu sayang
mencintamu aku tenang

ku ingin menjadi surga
dalam lembaran hidupmu
ku jadikan engkau iman
bimbing aku jalan kebenaran

cintai aku karena Allah
kasihi aku karena Allah

bukan harta, bukan rupa
bukan pula kehebatan
iman dan takwamu sayang
mencintamu aku tenang

ku ingin menjadi surga
dalam lembaran hidupmu
ku jadikan engkau iman
bimbing aku jalan kebenaran

cintai aku karena Allah
sayangi aku karena Allah
kasihi aku karena Allah
miliki aku karena Allah

bukan langit, bukan bumi
bukan bulan matahari
kau jadikan saksi cinta
hanya Allah sang Maha Cinta

Friday, January 24, 2014

Hukuman Salang Bagi Isteri Yang Curang...



Ini cerita yang benar...dicerita kepada WZWH sejak kecil oleh orang tua-tua. Mula-mula WZWH tidak berapa faham plot ceritanya. Tetapi WZWH masih ingat tema cerita itu.

Hinggalah ketika WZWH habis belajar dari UK dan pulang berehat di sebuah kampung tepi Sungai Tembeling. Tanah kampung itu milik moyang kepada datuk dan nenek WZWH.

Oleh kerana moyang itu anak sedara dua pupu kepada Raja Pahang maka beliau menjaga kawasan sebatang Sungai Tembeling satu Lembah Tembeling.

Sebagai pembesar mentadbir kawasan yang luas dan kaya dengan hasil mahsul sudah tentu moyang itu orang yang kaya dan berharta. Banyak tanah , dusun, paya padi dan beribu kerbau.

Juga mempunyai ramai isteri. Sudah tentu memilih isteri-isteri yang cantik dan jelita. Pada waktu itu menpunyai ramai isteri hingga empat adalah norma biasa. Kalau dicampur yang mati dan dicerai mempunyai isteri dari sembilan ke dua belas.

Begitulah mewahnya moyang-moyang WZWH berpoligami...ada rupa, ada pangkat, ada harta siapa anak gadis dan ibubapa yang mahu menolak?

Sambung balik cerita WZWH...bila WZWH balik dari UK berehat di kampung itu WZWH mendapat cerita yang sama WZWH dengar sejak kecil dari seorang yang paling tua di kampung. Orang tua ini semasa kecil sempat membesar sewaktu moyang WZWH yang ketika itu sudah tua masih hidup disisa usia.

WZWH bertanya bagaimana rupa moyang itu? Orang tua itu menjawab moyang itu umurnya panjang lebih seratus tahun, orangnya putih, tinggi dan kaya serta pemurah. Bila beliau meninggal dunia dikuburkan di tanah sendiri. 


Seterusnya orang tua itu bercerita lagi. Moyang ada ramai isteri. Ada seorang isteri yang paling cantik dan muda. Kulitnya putih dan mulus umpama leher dan muka kehijauan. Ini isteri favourite moyang.

Ada kalanya moyang terpaksa mengadap Raja di Pekan. Bila menghilir Sungai Tembeling dan Sungai Pahang memakan banyak hari. Bila bertandang ke Pekan biasanya Raja bertitah supaya moyang tinggal di Pekan dua hingga tiga bulan.

Maka berlaku peristiwa dan seterusnya tragedi. Pada waktu itulah isteri moyang yang favourite ini dilaporkan bermukah (curang) dengan seorang lelaki. Berita ini telah disampaikan kepada moyang yang berada di Pekan.

Maka moyang pun sedih dan gundah gulana. Sudah tentu Raja pun perasan akan perubahan mood moyang. Akhirnya moyang pun terpaksa bercerita cerita yang sebenar kepada Raja. Apa lagi Raja terus murka sambil berkata pantang keturunan kita maruah dipermainkan.  Hukuman mesti ditegakkan.

Moyang mengerti apa maknanya titah Raja itu...walau isteri yang itu sangat disayangi namun kanun perlu dijunjung maruah perlu dijaga. Lalu moyang memberi perintah dari Pekan kepada utusan supaya hukuman menyalang isteri yang sangat disayangi itu.

Menyalang adalah hukuman menikam orang dengan keris panjang dari belikat hingga ke jantung.

Maka utusan pun datang ke kampung memberkas isteri moyang dan lelaki yang disyaki. Menurut cerita orang tua lelaki yang disyaki itu terus ditikam dengan keris panjang manakala isteri moyang sempat lari ke tebing sungai lalu dikejar oleh utusan hingga ke gigi air.

Akhir isteri moyang yang curang itu dibunuh walau beliau tidak mengaku dan sungguh sayu dengan tangisan yang syahdu. Dikatakan oleh orang-orang kampung selepas peristiwa tragedi itu selalu terdengar tangisan seorang perempuan di tebing sungai pada malam hari hingga ke hari ini.

Demikianlah cerita benar tentang hukuman salang bagi isteri yang curang.

Namun orang tua itu menambah lagi ada versi cerita yang dipercayai bahawa sebenarnya isteri moyang itu telah difitnah. 

Entahlah....keluarga WZWH yang tua-tua percaya bahawa isteri moyang itu curang tetapi orang-orang kampung percaya isteri moyang itu difitnah.


Bila moyang balik ke kampung beliau tidak bercakap dan membisu seribu bahasa. Hidup sudah tidak indah bagi moyang. Segala kedudukan, pangkat, harta, tanah, dusun, paya padi dan kerbau dua tiga padang sudah tidak bererti lagi bagi moyang.

Wednesday, January 22, 2014

ADUN Tahan Mengambil Keputusan Yang Bijak Demi Menegakkan Hukum Allah Dan Menjauhkan Fitnah


ADUN Tahan selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut bersama ahli parlimen Jerantut yang juga  Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan Setiausaha UMNO Bahagian.

Seboleh-bolehnya blog WZWH lebih berminat dengan posting politik pembangunan terutama mengenai Jerantut dan DUN Tahan khasnya. WZWH kalau boleh cuba mengelak hal-hal personal dan peribadi.

Isu hal peribadi ADUN Tahan mengenai urusan perbicaraan hal nikah kahwin beliau telah dibawa dan disebut di Mahkamah Syariah Selangor. Harian Metro, Sinar telah terpampang berita hal beliau. Esok akhbar arus perdana akan menyusul.

Isu peribadi ADUN Tahan telah menjadi buah mulut khasnya di cyberspace Jerantut dibincang di media baru Jerantut sila klik sini.

Oleh kerana isu ini menyentuh integriti dan nama baik ADUN Tahan, WZWH sebagai spokesperson office of DUN Tahan @ jurucakap perlu tampil memberi blog statement.

Oleh kerana hal ini telah dibawa ke Mahkamah Syariah di negeri Selangor dan akan disebut untuk dibicarakan WZWH tidak boleh memberi komen teknikal secara panjang lebar kerana ianya boleh subjudice or contempt of court.

Apa yang WZWH boleh cakap ADUN Tahan mengambil keputusan yang bijak demi menegakkan hukum Allah dan menjauhkan fitnah bila hal peribadi beliau diselesaikan di Mahkamah Syariah. Biarlah para hakim yang arif dan barisan peguam syarie mengadili kes beliau dan bekas isterinya.

ADUN Tahan akan menjelaskan isu ini setelah perbicaraan selesai dan hakim telah membuat keputusan.

Sekian.

WZWH
Spokesperson Pejabat ADUN Tahan

Tuesday, January 21, 2014

Projek Bandaraya Rimba Rainforest Taman Negara




Kepada ramai ahli politik, pentadbir dan ramai orang bila bicara politik pembangunan dalam keadaan ekonomi sekarang tidak ramai yang berminat. Mereka kata mana mahu cari modal dan dana.

Dalam kesesakan kenaikan kos sara hidup, kerajaan tiada duit dan dana kata mereka. Sebab itu ramai ahli politik tidak berminat membicara politik pembangunan. Yang mereka suka politik konflik, politik perang, politik menguatkan pengaruh dan kroni.

Bagi ahli politik yang genius cara fikirnya lain. Sebenarnya politik pembangunan kalau betul planning dan bisnes financial modellingnya tidak perlu pakai duit satu sen pun..!!! Kerajaan tidak perlu bimbang macamana mahu cari modal, dana , duit dsb...yang penting sokong dan lulus sahaja permohonan.


Bila ringgit Malaysia murah, segala yang ada di Malaysia lebih murah dan nampak kompetitif dan berbaloi kalau mahu dibuat pelaburan. Pelabur-pelabur yang banyak wang dan berpandangan jauh boleh membaca menariknya ekonomi Malaysia dalam bidang-bidang tertentu.

Pelabur-pelabur ini perlu diyakini....perlu ditaklimat dan diterang apa sebenarnya kebaikan Projek Bandaraya Rimba Rainforest Taman Negara di Jerantut...di DUN Tahan...

Apa yang kerajaan mahu bangunkan dan majukan Kuala Tahan sebagai Rancangan Kawasan Khas itu baik teruskan. Apa yang perlu adalah input dari pelabur-pelabur yang banyak modal, banyak idea-idea, banyak planning, banyak projek masa depan yang kreatif dan inovatif.

Ini pelabur-pelabur yang bukan sahaja berada di Malaysia tapi mereka ini berada di luar negara di Hongkong, di Macau, di China, di Korea, di Singapura dan di Timur Tengah. Pelabur-pelabur ini bukan sahaja mahu melabur tapi berminat menyumbangkan idea-idea projek masa depan Bandaraya Rimba Rainforest Taman Negara.


Ini satu-satunya tempat nature yang real bukan artificial paling tua dalam dunia dengan flora dan fauna. Ini pelabur-pelabur yang cintakan nature dan alam sekitar mahu bangunkan dan majukan Bandaraya Rimba Rainforest terulung di dunia.

Skala dan magnitudnya bukan sahaja Taman Negara , Kuala Tahan tetapi sepanjang Lembah Tembeling yang mana punya tanah dan kawasan yang sangat luas dalam negeri Pahang tetapi idle tidak dibangunkan.

Berapa kos membiayainya?

Kerajaan Malaysia dalam perancangan hanya mampu mengusulkan projek-projek yang kalau dibuat semua tidak lebih RM340 juta sahaja.

Pelabur-pelabur yang cintakan nature ini terutama dari luar negara berminat mahu melabur paling minima RM7 bilion! Ini sebenarnya dalam saiz pelaburan dari luar negara sangat kecil nilainya.


Bila projek Bandaraya Rimba Rainforest Taman Negara ini sudah take off adalah diharap dan diyakini lebih ramai pelabur-pelabur luar akan datang melabur.

WZWH tidak nafikan halangan-halangannya banyak tapi semuanya itu boleh diatasi.

Projek Bandaraya Rimba Rainforest Taman Negara boleh memberi impak ekonomi bukan sahaja kepada DUN Tahan-Lembah Tembeling tapi juga kepada ekonomi Jerantut dan Pahang.

Ekonomi berkembang. Ramai orang suka mengunjungi dan menetap serta bekerja di kawasan ini kerana banyak peluang bisnes dan peluang pekerjaan yang dijanakan dari projek ini.

Ini hanya posting tentang konsep....segala features pembangunan Projek Bandaraya Rimba Rainforest akan ditulis pada posting akan datang.

Sekian mukadimah Projek Bandaraya Rimba Taman Negara.

Monday, January 20, 2014

"The Philosophy Of Violence" Satu Penyelesaian Politik Malaysia Dari Isu Kalimah Allah Hingga Kos Sara Hidup Kepada Penghinaan Pemimpin?



Mungkin apa yang Lenin percaya boleh diaplikasi di Malaysia menyelesaikan isu-isu politik.

Bila pemimpin tidak menghormati undang-undang atau enakmen yang telah digazetkan di setiap negeri di Malaysia.

Bila pemimpin tidak menghormati keputusan mahkamah.

Bila pemimpin tidak taat kepada titah dan decree Raja.

Bila pemimpin tidak menghormati pemimpin tertinggi.

Bila pemimpin sudah mahu jadi animal.

The Philosophy of Violence wajar menjadi pilihan!

Orang Melayu tidak rugi...

Saturday, January 18, 2014

Oplosan...Reza Lewang Sewu



Oplosan lagu Jawa cukup mengasyikkan...

Dari 250 juta penduduk Indonesia, lebih 40% adalah dari etnik Jawa. Ada hampir 100 juta orang Jawa di Indonesia termasuk orang Jawa Malaysia.

Bangsa Jawa pernah melahirkan empayar Majapahit.

Majapahit adalah sebuah kerajaan yang pernah ditubuhkan sekitar tahun 1200 hingga 1500 M dan berpusat di Jawa Timur. Kerajaan ini pernah menguasai pulau Jawa, Sumatera, Tanah Melayu, Borneo, Sulawesi/Celebes, Madura, Bali, dan banyak wilayah lain di Nusantara.

Memang orang Jawa begitu dominan dalam politik Indonesia.

Bolehkah orang Jawa Malaysia menguasai politik Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi?

Friday, January 17, 2014

Dan Najib Terus Menari...



Diplomasi Politik Kangkung...dari Hikayat Hang Tuah

Kehebatan dan kebolehan Hang Tuah sebagai seorang yang cepat mempelajari dan memahami budaya bangsa lain merupakan antara sebab beliau dilantik menjadi ketua rombongan ke kerajaan China oleh Raja Kisna Rayan.

Maka belayarlah Hang Tuah sehingga Bingkam Hainam, sebuah pelabuhan di kerajaan China itu. Di sana, Hang Tuah disambut oleh salah seorang menteri empat Maharaja China yang merupakan shahbandar pelabuhan itu.

Tiba di negara yang baru menjadi satu perkara yang sangat menarik bagi Hang Tuah kerana sifatnya yang ingin tahu membuatkan beliau bersemangat untuk menimba pengalaman baru. Hang Tuah walaupun tahu bahawa beliau adalah wakil Raja dari empayar Keling dan bukan mewakili Melaka tidak sedikitpun memberikan kejanggalan dalam melakukan tugasan tersebut. Malah beliau yakin untuk memperkenalkan dirinya kepada orang-orang besar di sana.

Setelah berjumpa orang itu dan orang ini, maka akhirnya Hang Tuah dibawa ke istana besar Maharaja China. Sebelum sampai ke dewan besar di mana Maharaja akan muncul menerima kunjungan mereka, sempat juga Hang Tuah memberi tahu orang-orangnya bahawa orang China ini banyak adat dan undang-undang, dan adalah baik untuk mereka semua memerhati dan mempelajari tutur cara tersebut.

Sempat juga ketika itu menteri dan pembesar empayar itu memberitahu bahawa adalah menjadi larangan yang amat hebat untuk melihat wajah Maharaja China. Jika sesiapa yang melihat wajah tersebut makanya mereka akan dipancung.

Hairan akan larangan itu, maka tunggulah Hang Tuah dan rombongannya di dalam dewan besar lagi merah itu. Setibanya Maharaja China untuk duduk di atas kerusi gahnya yang kelihatan seperti naga, Hang Tuah kelihatan bahawa menteri-menteri dan sida-sidanya semua sujud dalam baris-barisan tidak berani untuk mendongak ke atas untuk melihat Maharaja mereka yang berada di atas pentas yang mempersonakan itu.

Maharaja China agaknya musykil dan tertanya bagaimanakah agaknya adat orang Keling menjemput Hang Tuah dan rombongannya santap bersamanya pada keesokkan harinya. Hang Tuah mendengar akan pelawaan itu terus berkata bahawa beliau kini hanya makan sayur oleh itu mahukan sayur kangkung. Dan sayur-sayur itu mestilah tidak dipotong. Maharaja China yang hairan itu bersetuju akan permintaan itu. Bagi baginda barangkali ini memang adat orang keling.

Keesokkan harinya tiba. Maka pelbagai makananlah yang dibuat oleh tukang masak istana dan semuanya adalah kangkung-kangkung belaka. Maharaja yang ingin sekali melihat bagaimana orang dari empayar Keling makan menjemput Hang Tuah untuk santap. Maka Hang Tuah teruslah bersila di tengah dewan itu bersama makanan-makanan itu. Diambilnya kangkung itu, didongakkan kepalanya dan dimakannnya sedikit demi sedikit.

Dalam Hang Tuah mendongak kepalanya itu, beliau mengambil kesempatan untuk mengintai Maharaja itu yang berada di atas kerusi naganya itu. Hulubalang-hulubalang istana itu yang tersedar akan kelakuan Hang Tuah terus menghunus pedang mereka ke kepala Hang Tuah. Maharaja China itu yang tersedar akan kejadian itu terus menghalang hulubalang-hulubalang itu daripada memancung kepala Hang Tuah walaupun dia sedar akan helah Hang Tuah sebenarnya.

Maka Hang Tuah pun teruslah makan sehingga ke pencuci mulutnya. Maharaja itu menitahkan bahawa jarang sekali baginda melihat seorang yang begitu berani dan bijaksana serta berkata alangkah bagusnya orang sebegini ramai di kerajaannya.

Menghargai kebolehan Hang Tuah itu, Maharaja itu pun menghadiahkan jubah keraian bersama barang-barangan kemas untuk menunjukkan bahawa Hang Tuah adalah seseorang yang patut dihormati dan dihargai. Ini juga menyebabkan Maharaja memberi juga hadiah dan juga sepucuk utusan surat yang ditulis sendiri oleh baginda kepada Raja Kisna Rayan untuk menandakan perhubungan kerajaan mereka berdua.

Ini adalah salah satu rombongan yang berjaya bagi Hang Tuah dan terbukti keberanian bukan saja diperlukan dalam medan perang tetapi dalam urusan diplomatik. Lagi sekali Hang Tauh menjadi wirawan yang berjaya. Hang Tuah The Hero.

Sunday, January 12, 2014

Bila Paya Garok Tenggelam Terputus Jalan Ke Taman Negara , Pengusaha Resort Dan Chalet Kerugian



Jalan ke Taman Negara sebelum Felda Padang Piol di Paya Garok tenggelam lagi akibat hujan lebat.

WZWH mendapat maklumat dari seorang pengusaha resort, hotel dan chalet di Kuala Tahan Taman Negara bahawa jalan melalui Sungai Garok tenggelam lagi. Juga jalan melalui Sungai Kerak di Kuala Tembeling tenggelam.

Bulan Disember 2013 bila jalan Sungai Garok tenggelam lebih seminggu pelancong tidak dapat lalu ke Kuala Tahan mengakibatkan pengusaha itu kerugian RM150,000 kerana pembatalan oleh group pelancong.

Jika sampai hari Selasa minggu depan kalau jalan Sungai Garok itu tidak boleh dilalui kemungkinan pengusaha itu akan kerugian lagi RM35,000.

Beberapa blog Jerantut sebelum ini telah membangkitkan perkara ini sila klik sini dan sila klik sini.

Ramai orang mahu tinggikan jalan Sungai Garok atau ditambak. Jalan yang tidak sampai 1 km itu sudah sepatutnya dinaiktaraf agar tidak terlibat dengan banjir yang melanda saban tahun.

WZWH difahamkan jalan yang tidak sampai 1 km itu akan dinaiktaraf agar tidak terlibat dengan banjir yang melanda saban tahun. Pihak JKR dalam proses merekabentuk (design). Anggaran kos projek RM6 juta dan sememangnya peruntukan sudah diluluskan pada tahun 2009 namun hingga kini projek itu belum dimulakan lagi.

Ada kemungkinan oleh kerana ada cadangan projek jalan baru mahu dibuat dari Simpang Padang Piol ke Kuala Tahan yang menggunakan allignment baru dan melalui tanah-tanah yang lebih tinggi dan jalan lebih lurus membuatkan projek menaiktaraf jalan Sungai Garok diabaikan!

Selain dari jalan Sungai Garok ada berpuluh-puluh lagi jalan di Jerantut yang kerap terputus akibat banjir.

Sehubungan dengan itu DS Najib berkata projek tebatan banjir ditambah demi keselamatan rakyat. Kerajaan akan melaksanakan lebih banyak projek tebatan banjir di seluruh negara termasuk di Terengganu dan Pahang demi memastikan keselamatan rakyat.

DS Najib berkata, untuk melaksanakan semua prasarana itu, kerajaan memerlukan lebih banyak peruntukan yang diharap dapat diperoleh daripada tranformasi ekonomi negara.

Untuk melaksana projek tebatan banjir yang keperluannya amat mendesak, kos amat tinggi. Di Chukai RM480 juta, di Kuantan RM700 juta. Ia memakan belanja berbilion tidak termasuk jalan, jambatan, sekolah dan kemudahan lain yang rosak.

Kerajaan sentiasa mahu melihat rakyat hidup dalam keadaan selamat dan sejahtera, namun tidak adil untuk menyalahkan kerajaan di atas setiap bencana yang berlaku.

Tidak ada negara di dunia ini yang terlepas daripada bencana akibat perubahan iklim dunia sehingga mengakibatkan banjir besar.

Berapa kos projek tebatan banjir di Jerantut? WZWH bukan ahli parlimen dan ADUN Jerantut untuk menjawab soalan itu!

Saturday, January 11, 2014

Pembangunan Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan




















Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan Bapa Pembangunan Lembah Tembeling.

ADUN Tahan berkata pembangunan RKK Kuala Tahan 5 tahun akan datang bernilai RM3 bilion. Sila klik Kuala Tahan Terima Kemudahan ,UTUSAN ONLINE 4/1/2014.

Penyediaan RKK ini bertujuan untuk menyusun semula dan merancang pembangunan Kuala Tahan dan kawasan sekitarnya supaya lebih tersusun, terancang dan dapat mewujudkan lebih banyak aktiviti yang lebih ekonomi, seronok dikunjungi serta selesa didiami.

Penyediaan RKK Kuala Tahan ini merupakan transformasi ekolancong, ekonomikal dan berdaya maju bagi mencapai wawasan negara maju pada tahun 2020. Dengan adanya RKK ini, diharap Kuala Tahan akan dapat menarik lebih ramai penduduk dan pelabur ke kawasan ini khususnya pelancong yang ingin bercuti dan menghabiskan masa untuk melawat destinasi pelancongan di kawasan ini.

Pembangunan di Kuala Tahan bukan sahaja fokus kepada aktiviti pelancongan malah cadangan Perumahan Rumah Mampu Milik (PPRM), penambahan rumah untuk generasi ke-2 (G2), penyediaan lot perniagaan di Zon Kuala Tahan, Zon Padang, Zon Belebar dan Zon Rempai serta menaiktaraf jalan-jalan sekitar Jerantut-Kuala Tahan juga dicadangkan. Pembinaan infrastruktur dan utiliti juga diberi perhatian di mana pembinaan Jambatan Sg. Ak yang akan menghubungkan Kuala Tahan dan Jerantut sudah siap. Selain itu juga pembinaan beberapa jaringan paip air dan tangki septik juga disediakan bagi memastikan kemudahan air yang bersih dapat disalurkan dengan sempurna dan sistem pembentungan yang lebih sistematik dapat berfungsi dengan lancar.

Sila klik Ringkasan Eksekutif RKK Kuala Tahan dengan cadangan 60 projek bernilai RM340 juta.

Apa yang menarik adalah ECER bertanggungjawab bagi pembangunan special zone Kuala Tahan terutama  dari pihak swasta. Untuk initial outlay, ECER telah memperuntukan berpuluh juta ringgit bagi persediaan Kuala Tahan menjadi pembangunan special zone melalui MDJ dan geran kajian.


Jika industri pelancungan Sabah Projek Pembangunan Resort Bersepadu Eco-nature Karambunai RM3 bilion dapat perhatian DS Najib maka Pahang apa kurangnya dengan hutan Taman Negara Kuala Tahan boleh menawarkan resort eco-nature yang lebih baik lagi.

Apa yang pelabur mahu ialah jalan dari Jerantut ke Kuala Tahan perlu dinaiktaraf bagi memudahkan perhubungan. Jarak dari bandar Jerantut ke Kuala Tahan ialah sejauh 75km.

Maka jalan dari Jerantut ke Kuala Tahan perlu dinaiktaraf bagi memudahkan perhubungan merancakkan lagi aktiviti pelancongan dan merupakan prasyarat utama untuk menjayakan Pembangunan resort bersepadu eco-nature Kuala Tahan bernilai RM2.5 bilion.

Kos untuk membina Projek menaiktaraf jalan Jerantut ke Kuala Tahan dengan membina beberapa buah jambatan dianggarkan RM600 juta.

Sila klik Kemajuan Jerantut Sesuatu Perlu Difikirkan, SINAR HARIAN 14/7/2013 untuk direnungkan bagi menjayakan RKK Kuala Tahan dan juga sila klik Bagaimana Jerantut Merebut RM76 Bilion Hasil Tourism?

Friday, January 10, 2014

"Reforestation" Menjaga Hutan Disamping Memberi Ekonomi Kepada Rakyat Pedalaman


Hutan flora dan fauna DUN Tahan terutamanya Lembah Tembeling dan Taman Negara (Pahang) adalah aset yang tidak ternilai. Nilai biodiversiti hutan Tembeling berbilion-bilion tak ternilai. Membekalkan oksigen berkualiti dan tadahan air membekalkan air bersih.

Keluasan Lembah Tembeling ialah 570,068.78 hektar iaitu 75% dari keluasan Daerah Jerantut. Kalau dari keluasan tanah Lembah Tembeling sangat dominan di Daerah Jerantut.

Oleh kerana keluasan tanah Lembah Tembeling adalah 75% dari seluruh keluasan Daerah Jerantut seluas 755,771.93 hektar maka ini adalah aset ekonomi kepada Lembah Tembeling. Kita harus perlu terima fakta bahawa sebahagian dari kawasan Taman Negara adalah dalam Lembah Tembeling namun ianya masih lagi luas tanahnya.




















Kebanyakan hutan di Ulu Tembeling telah ditebang banyak kali demi ekonomi negeri Pahang. Hutan sudah jarang. 

Daripada dibiar menjadi repuh dan belukar pada dibiarkan kosong untuk balak kembali tumbuh memakan masa beratus tahun lebih baik satu bentuk "reforestation" diusahakan secara besar-besaran bukan sahaja boleh menjaga hutan tapi juga memberi ekonomi kepada rakyat pedalaman.

Ini projek serampang dua mata; hutan selamat dan rakyat bergendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati. Penanaman getah dan gaharu akan memberi pulangan ekonomi kepada rakyat pedalaman dalam bentuk saham felcra dan saham rakyat serta peluang pekerjaan full employment disamping kemudahan perumahan disediakan termasuk kemudahan infrastruktur dan awam.





















Ladang getah 10,000 ekar di Kg Kuala Sat.



















Ladang getah 10,000 ekar di Kg Bantal.



















Ladang getah 6000 ekar di Kg Mat Daling.




















Ladang gaharu 20,000 ekar tambahan bagi projek "reforestation" boleh menjana pendapatan tinggi kepada penduduk Ulu Tembeling.



Foto WZWH sedang meninjau projek-projek "reforestation" menjaga hutan disamping memberi ekonomi kepada rakyat pedalaman Ulu Tembeling.

Pada posting akan datang WZWH  akan menulis secara konsep Pembangunan Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan yang akan dibangunkan oleh ECER dan pihak swasta bernilai lebih RM3 bilion.

Terima kasih kepada DS Najib yang sungguh prihatin kepada pembangunan di Lembah Tembeling dengan dibantu oleh ADUN Tahan yang kuat bekerja demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Thursday, January 9, 2014

When Najib Reads Nietzsche... To Attain Higher Man @ The Overman!



DS Najib perlu falsafah politik baru untuk mengharungi penderitaan politik dan ekonomi bagi mencapai The Overman @ Superman dengan Master Morality serta Will to Power yang betul.

Untuk menjadi PM Malaysia yang hebat DS Najib perlu great suffering in managing politics and economy as meaningful lessons. 

Overturn the failures into success.

Wednesday, January 8, 2014

Nietzsche's Critique Of Christianity: God Is Dead!




Friedrich Wilhelm Nietzsche 1844-1900
A German philologist, philosopher, cultural critic, poet and composer.

Nietzsche claimed that the Christian faith as practised was not a proper representation of Jesus' teachings, as it forced people merely to believe in the way of Jesus but not to act as Jesus did.

Nietzsche popular books:

Beyond Good and Evil (Paperback)
by Friedrich Nietzsche  published 1886

Thus Spoke Zarathustra (Paperback)
by Friedrich Nietzsche  — published 1883

The Will to Power (paperback)
by Friedrich Nietzsche — published 1901

The Gay Science: with a Prelude in Rhymes and an Appendix of Songs (Paperback)
by Friedrich Nietzsche — published 1882

Human, All Too Human (paperback)
by Friedrich Nietzsche — published 1878

On the Genealogy of Morals (paper)
by Friedrich Nietzsche — published 1887

The Birth of Tragedy (Paperback)
by Friedrich Nietzsche  — published 1876

On the Genealogy of Morals/Ecce Homo (Paperback)
by Friedrich Nietzsche — published 1908

Ecce Homo (Penguin Classics)
by Friedrich Nietzsche — published 1888

The Anti-Christ
by Friedrich Nietzsche  — published 1888

Bertrand Russell - Why I'm Not a Christian?






Bertrand Arthur William Russell 1872-1970
British philosopher, logican, mathematician, historian, and social critic.

Tuesday, January 7, 2014

MPPN Tidak Ada Hak Untuk Campur Tangan Urusan Agama Islam Di Bawah Kuasa Sultan Selangor



Semua pihak perlu menghormati penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAIS. Hal agama Islam di negeri Selangor dibawah bidang kuasa Sultan Selangor.

Majlis perpaduan mahu Putrajaya patuhi penyelesaian 10-perkara dengan Kristian


Mesyuarat pertama Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) membuat pendirian menyesali serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Persatuan Bible Malaysia (PBM) kerana ia melanggar penyelesaian 10-perkara yang dibuat Putrajaya dengan penganut Kristian sebelum ini. sila klik sini.

Baca juga  NUCC: Jais raid ‘regrettable’ The National Unity Consultative Council (NUCC) today described the raid on the Bible Society of Malaysia (BSM) by the Selangor Islamic Religious Department last week, as a blatant disregard of Putrajaya’s 10-point solution. sila kilk sini.

Adalah sangat jelas negeri Selangor ada Enakmen 1988 tidak boleh guna kalimah Allah dan beberapa perkataan yang lain bagi bukan Islam.

Mahkamah telah memutuskan Gereja tidak boleh guna kalimah Allah.

Sultan Selangor yang berkuasa penuh full authority telah bertitah melarang bukan Islam guna kalimah Allah di negeri Selangor.

Apa hak dan locus standi MPPN untuk menyibuk dan campur tangan memperlekehkan JAIS-MAIS-Sultan Selangor juga menghina mahkamah dan tidak mengiktiraf Enakmen 1988 Selangor.

Adakah 2 kes yang telah berlaku di Pahang yang melibatkan:

  • Hukuman rotan kepada seorang perempuan Melayu minum arak dikhalayak ramai
  • Hukuman denda RM1500 dan penjara 20 hari kepada seorang lelaki India yang cuba memaksa seorang perempuan Islam memeluk agama Hindu.

Pun MPPN mahu komen dan campur tangan serta memperlekeh JAIP-MAIP-Sultan Pahang!!!

Di Pahang seorang penguatkuasa berpangkat Penolong Pengarah telah ditembak sampai mati di depan rumah kerana menguatkuasa Enakmen Pahang.

Cara MPPN buat keputusan semacam ini juga diibarat seperti menembak JAIS di siang hari.

Kenapa MPPN tidak mempersoalkan kenapa bukan Islam mahu cabar keputusan larangan oleh mahkamah, Enakmen 1988 Selangor dan Titah Diraja Sultan Selangor mengenai isu berkaitan.

Kenapa MPPN mahu menganggu 'mood' hasil sisatan JAIS berhubung serbuan JAIS terhadap sebuah premis Pejabat Bible Society of Malaysia dengan membuat kenyataan negatif?

JAIS menjalankan operasi penguatkuasaan berdasarkan undang-undang di negeri Selangor yang sedia ada.