Tuesday, April 29, 2014

WZWH Jawab Utusan Malaysia Isu Status Projek Jalanraya Ulu Tembeling terkini

WZWH tidak tahu apa motif dan tujuan Utusan Malaysia memapar isu status Projek Jalanraya Ulu Tembeling Fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi yang sejauh 22km bernilai RM121 juta tanpa merujuk dan bertanya  kepada pihak-pihak yang berkenaan perkara yang sebenar.

Sila baca artikel Utusan Malaysia bertarikh 29 April 2014 di bawah:



WZWH imbas kembali Lawatan DSD Adnan Yaakob MB Pahang ke Kg Pagi pada 27 Oktober 2013 berdasarkan utube...dan  sila klik posting WZWH ini




Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 sepanjang 22km dengan kos RM121 juta dari Kg Tuit ke Kg Pagi adalah usaha bersungguh Dato' Wan Amizan ADUN Tahan dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang bagi membina infrastruktur yang dijangka siap pada 2014.

Bukan itu saja seterusnya....

  • Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling sejauh 40km bernilai RM310 juta
  • Projek Jalan Ulu Tembeling - Kg Pasir Raja Terengganu sejauh 50km bernilai RM400 juta
  • Projek Jalan Sg Lembing-Jerantut sejauh 40km bernilai RM300 juta



















DSD Adnan Yaakob MB Pahang dan ADUN Tahan banyak memerah otak memikir bagaimana mahu memajukan negeri Pahang Darulmakmur ini.

Berkenaan dengan kedua-dua artikel Utusan Malaysia di atas...WZWH sangat memahami permasalahan dan perkara-perkara berbangkit terutama kehendak orang Ulu Tembeling.

Projek Jalanraya Ulu Tembeling Fasa 1 itu telah Kementerian memberi tarikh 30 Jun 2015 sebagai dateline untuk menyiapkannya.

WZWH telah bertanya kepada Consultant dan Kontraktor berkenaan Project Management status projek ini bila boleh siap?

Jawab mereka hujung tahun 2014 siap Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 ini siap dengan tar sekali.

WZWH ulangi hujung tahun 2014...

Final Date Projek ini sebenarnya yang telah diluluskan oleh Kementerian ialah pada 30 Jun 2015.

Bererti ada tambahan 6 bulan lagi.

WZWH tidak suka bila Utusan Malaysia mengeluarkan kenyataan...

...harapan penduduk Kampung Pagi untuk melihat jalan raya seperti dijanjikan berkecai kerana sehingga kini tiada gambaran sebenar bila ia dapat disiapkan.

WZWH ingin bertanya kepada Chief Editor Utusan Malaysia sejak bila Akhbar Rasmi kerajaan dan parti UMNO ini sudah berperanan macam akhbar Harakah suka tulis artikel tanpa mempunya fakta-fakta yang punya credibility... tidak berfikir dengan matang secara politik apa implikasi dan kesan dari artikel-artikel yang ditulis memberi persepsi negatif...

WZWH ingin menegaskan kepada Utusan Malaysia bahawa ada banyak lagi projek-projek pembangunan dan Visi di Lembah Tembeling yang tidak boleh difikir, digambarkan dan dibayang oleh Utusan Malaysia.

WZWH tidak peduli siapa tokoh dan ahli politik di belakang Utusan Malaysia...

Jangan hanya pandai bercakap tapi tidak ada memberi sumbangan dan usaha.

Jangan cuba menghalang agenda yang dirancang, diusaha dan diimplementasikan.

Membujur Lalu Melintang Patah.

Sunday, April 27, 2014

MB Pahang Menziarahi Adik ADUN Tahan Meninggal



















YAB Dato’ Sri Diraja Adnan bin Yaakob MB Pahang meluangkan masa menziarahi adik ADUN Tahan yang kembali ke rahmatullah lewat pagi di kediaman bonda ADUN Tahan di Felda Jengka 12 Jerantut.
























Turut hadir bersama MB Pahang ialah Datin Sri Diraja Dato’ Junaini binti Kassim. ADUN Tahan sangat berbesar hati dengan kehadiran Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob dan Datin Sri Dato' Junaini menziarahi.
























Sebelum itu ADUN Tahan memberikan servis yang terakhir kepada arwah adik beliau turut turun ke dalam kubur menginjak tanah.
























ADUN Tahan mengajak anak lelaki arwah adik beliau untuk turut sama menginjak tanah.



















Suasana sepi, syahdu dan sedih di tanah perkuburan Felda Jengka 12.



Talkin dibaca untuk arwah Wan Hamidi bin Wan Razak, 40 tahun yang meninggal dunia kerana terlantar sakit stroke.



Kehadiran saudara mara, sahabat, dan peneroka Felda Jengka 12 memberi penghormatan terakhir kepada arwah.



Kawasan tanah perkuburan Felda Jengka 12 berbukit dan dibawah bukit ada sebuah kolam yang sumber air dari anak sungai menjadikan kolam itu jernih dan dibuat tempat memancing ikan.



Felda Jengka 12 terletak dalam DUN Pulau Tawar, Jerantut. ADUN Pulau Tawar ialah YB Dato' Dr Ahmad Shukri bin Ismail. ADUN Tahan ialah Ketua UMNO Cawangan Felda Jengka 12 merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan terletak dalam parlimen Jerantut. Ada lagi satu DUN iaitu DUN Damak. Ahli parlimen Jerantut ialah YB Nazlan Idris.
























DSD Adnan Yaakob mengambil kesempatan mengunjungi emak saudara yang dipanggil Mak Andak di Felda Jengka 12  kerana sudah lama MB Pahang tidak berjumpa. Mak Andak berumur 74 tahun manakala Pak Andak berumur 82 tahun.



















MB Pahang bersama isteri bercerita hal keluarga dari zaman kanak-kanak di beberapa kampung di Janda Baik Bentong. Suasana kekeluargaan dan santai. MB Pahang sungguh mengambilberat hal-hal keluarga beliau.

MB Pahang mengingatkan besar jasanya Almarhum Tun Abdul Razak yang ternyata berjaya membela nasib untung para peneroka yang ramai berhijrah dari kemiskinan di kampung-kampung ke Tanah Rancangan Felda sehingga menikmati kesenangan dan kemudahan kehidupan yang lebih baik pada hari ini.

Saturday, April 26, 2014

Pandangan UMNO Mengenai Isu Hudud



Hudud  dilaksana di zaman Rasulullah. Tidak banyak kes dilaporkan. Ada masa pelaksanaan hukum hudud digantung sebab peperangan dan di zaman Khalifah Umar kerana kebuluran.

Sejarah membuktikan hudud pernah dilaksanakan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka selepas kemasukan Islam di Melaka pada 1409.

Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.

Hudud daripada segi bahasa bermaksud sempadan, had, halangan atau sekatan dan pada sudut istilah pula bermaksud hukuman yang tidak boleh dipinda dan ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran dan Sunnah. Hudud dianggap sebagai hak Allah, dan hukumannya tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan oleh badan perundangan, pemerintah atau hakim.

Terdapat enam kesalahan hudud yang disepakati oleh semua ulama, iaitu zina, qazaf (menuduh seseorang melakukan zina tanpa saksi), mencuri, hirabah (rompakan), minum arak dan murtad.

Hakikatnya, orang Islam pada dasarnya memang tidak boleh menafikan hukum-hakam yang disebut di dalam al-Quran, tetapi harus diketahui bahawa terdapat batas-batas dalam mentafsirkannya.

Ini kerana apabila manusia mentafsir hukum-hakam dalam al-Quran, dikhuatiri tidak sama dengan maksud yang terkandung dalam kitab suci itu. Sebagai contoh, hudud yang dilaksanakan di Pakistan dan Somalia telah mengundang banyak kritikan daripada pelbagai pihak.

Selain itu, orang bukan Islam juga perlu diberi pendedahan tentang tujuan sebenar pelaksanaan hudud kerana kita tidak mahu mereka kata hudud adalah sesuatu yang kejam.

Anggapan negatif hukum hudud bahawa ia undang-undang zalim termasuk hukuman kerat tangan bagi kesalahan mencuri telah sekian lama dipropagandakan oleh media Barat sehingga menakut-nakutkan orang bukan Islam.

Namun ia tidak bermaksud tidak boleh dilakukan asalkan masyarakat dan kerajaan bersetuju secara dasar untuk melaksanakannya.

Kerajaan Brunei yang Sultan Hassanal Bolkiah beriya-riya mahu melaksanakan hukum hudud akhirnya pada bulan Mei nanti pelaksanaan undang-undang itu terpaksa ditangguh atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Dunia tertumpu kepada Malaysia sebagai negara Islam yang maju terutamanya UMNO mengenai isu hukum hudud terutama yang kerajaan PAS Kelantan mahu bentang di Dewan DUN dan seterusnya memujuk untuk di bawa ke parlimen.

PM DS Najib menyatakan kerajaan tidak pernah menolak hudud, sebaliknya banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.

Katanya, banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

Sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.

Tun Mahathir berkata beliau melihat umat Islam di negara ini belum bersedia melaksanakan hukum hudud.

Ini kerana pihak yang ingin melaksanakan hudud itu tidak mengutamakan soal keadilan yang ditekankan dalam Islam, sebaliknya melaksanakan hudud mengikut cara mereka sendiri.

Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam dan baik, tetapi kita tidak boleh beri kuasa untuk menghukum kepada orang yang tidak faham tentang keadilan yang disebut dalam Al-Quran.

Beliau tetap dengan pendiriannya sebelum ini bahawa tidak adil berlaku perbezaan hukuman antara umat Islam dan bukan Islam bagi kesalahan yang sama.

UMNO sejak daripada zaman presiden pertamanya, Tunku Abdul Rahman Putra lagi konsisten dengan pendirian undang-undang hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini, disebabkan kepelbagaian budaya, agama dan kaum di negara ini serta bertentangan dengan Perlembagaan negara selain ia juga adalah suatu mainan politik parti berkenaan.

Atas sebab itu, kumpulan ulama yang pada ketika itu menerajui Biro Agama UMNO pada 1951 tidak boleh menerima pendirian parti pada zaman itu, bertindak keluar dan menubuhkan PAS semata-mata mahu terus berjuang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam termasuk hudud.

PAS sejak itu, berterusan menarik sokongan orang Melayu di negara ini, dengan memutarbelitkan mengenai hudud dan menuduh UMNO membelakangkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Hakikatnya, UMNO yang berjaya menegakkan ajaran Islam negara ini, dan adakah segala dasar atau inisiatif yang dilakukan kerajaan serta parti untuk mempertahankan serta mengembangkan Islam di negara ini, tidak dikira sebagai suatu dakwah semata-mata kerana tidak melaksanakan undang-undang hudud.

Pada masa sama, rakyat juga perlu menilai sama ada pelaksanaan hudud akan membantutkan pembangunan ekonomi kerana tiada negara yang melaksanakan undang-undang berkenaan berjaya dalam ekonomi, sosial, politik termasuk hak asasi manusia dan wanita dan kebanyakan negara termasuk Arab Saudi melaksanakan hudud disebabkan kepentingan politik semata-mata.

Walaupun, Malaysia tidak melaksanakan hudud sejak merdeka tetapi negara di bawah pemerintahan BN dan UMNO sebagai tunjangnya berjaya menerima pengiktirafan dunia Islam dengan mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara Islam paling maju di dunia.

Jika Allah SWT melaknatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam kerana tidak melaksanakan hudud, adakah segala kemakmuran dan pembangunan yang dikecapi selama lebih lima dekad merdeka ini, tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Strategi PAS untuk membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada Jun ini, adalah suatu gimik politik kerana mahu membuktikan kepada penyokongnya bahawa PAS adalah rakan kongsi utama dalam pakatan pembangkang serta boleh membuatkan DAP dan PKR tunduk kepada parti itu.

DAP dan PKR sudah menyatakan tidak bersetuju dengan agenda hudud. PAS tersepit kerana mendapat tentangan hebat dari rakan-rakan Pakatan selain dari parti MCA dan Gerakan.

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.

Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.

Lebih dari itu, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.

Zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud.

Zaman ini juga sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’.

Jika demikianlah keadaan zaman kini maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif.

Thursday, April 24, 2014

ADUN Tahan Dan MB...
























ADUN Tahan bersama bosnya MB Pahang.

DSD Adnan Yaakob MB Pahang mahu DUN Tahan iaitu sebuah DUN yang paling besar dalam negeri Pahang membangun dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

DUN Tahan sebuah DUN paling pedalaman dalam Pahang memerlukan wakil rakyat yang robust, rajin bekerjakuat mendapatkan peruntukan terutama dari Putrajaya.

MB Pahang telah meletakkan ADUN Tahan yang sekarang ini selama 2 penggal telah melaksanakan tanggungjawab membangun dan memajukan DUN Tahan dengan cemerlang.



















35 Ketua Cawangan UMNO dalam DUN Tahan bermesyuarat membincangkan agenda politik pembangunan DUN Tahan.

Ini ialah satu-satunya satu DUN yang independent boleh bekerja sebagai satu team yang mantap tanpa digerakkan oleh wakil rakyatnya.

Hasil-hasil resolusi dari perbincangan mesyuarat terus dibawa kepada ADUN Tahan untuk tindakan.



















WZWH menilai bahawa 35 Ketua Cawangan UMNO dalam DUN Tahan adalah pemimpin-pemimpin yang tinggi IQ, berwawasan, berpandangan jauh, matang dan merekalah yang sebenarnya punya idea-idea besar untuk memajukan DUN Tahan.



















Hubungan sesama Ketua-Ketua Cawangan UMNO dalam DUN Tahan sangat akrab dan rapat, saling hubung-menguhubungi, sebarang masalah diselesaikan sesama mereka, hanya masalah yang benar-benar buntu baru mereka merujuk kepada ADUN Tahan.



















Merekalah ini semua Ketua-Ketua Cawangan UMNO dalam DUN Tahan yang setia kepada parti, faham erti perjuangan agama, bangsa dan tanahair.

ADUN Tahan sangat beruntung dan bertuah mempunyai 35 Ketua-Ketua UMNO Cawangan yang bekerja politik secara profesional.

Wednesday, April 23, 2014

Sunday, April 20, 2014

Industri Ternakan Lebah Madu DUN Tahan Fasa Implementasi



Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Dato' Zainal Dahalan menyampaikan sumbangan tong induk lebah madu kepada penduduk Kampung Pagi Ulu Tembeling, Jerantut hari ini.

Perternakan lebah madu moden guna hive untuk mendapatkan madu dan produk lain seperti lilin lebah, propolis, royal jelly dan debunga. Paling penting aktiviti penternakan lebah adalah untuk proses pendebungaan terutamanya buah-buahan dan tanaman makanan yang lain. 

Kawasan aktiviti memelihara lebah dipanggil apiari. Di Malaysia kita tidak banyak punya kawasan apiari kerana aktiviti penternakan lebah madu pada tahap rendah.

Di DUN Tahan Jerantut sangat sesuai diusahakan industri ternakan lebah madu kerana kawasan pedalaman Pahang dikelilingi oleh hutan Taman Negara dan ada banyak kampung-kampung tradisional.

Walau pun orang Tembeling lebih suka madu lebah tualang memandangkan adalah sukar mendapat bekalan kerana kekurangan lebah madu tualang dan lebah liar ini tidak boleh diternak maka industri ternakan lebah madu boleh diusahakan sebagai sumber pendapatan.

WZWH menyanjung tinggi dan memuji usaha pihak LPP yang berusaha mahu industri ternakan lebah madu di kampung-kampung tradisional dalam DUN Tahan. Ini ialah implementasi asas kepada pengenalan industri ternak lebah madu. 

Diharap orang-orang kampung dengan bantuan teknikal dan kepakaran pegawai pertanian dan peladang dapat membantu mengembangkan industri ini ke peringkat yang lebih maju.

WZWH telah menulis posting berkenaan ternakan lebah madu di DUN Tahan sebagai sumber alternatif ekonomi orang kampung  sila klik:



Saturday, April 19, 2014

Istiadat Di Raja Pahang Mengeratkan Rakyat Memupuk Perpaduan



18 April 2014 4pm : 
Istiadat besiram paduka anakanda YAM Tengku Muda Pahang di Istana Udara Temerloh.






YM Paduka-Paduka Anakanda YAM Tengku Muda Pahang dalam Program Istiadat Berkhatan dan Bertindik: Paduka Anakanda Yang Mulia Tengku Ameera Asya, Yang Mulia Tengku Eddie Akasya, Yang Mulia Tengku Ahmad Firhan Shah pada 18 April 2014 (Jumaat) jam 8.00 Malam bertempat di Dataran Temerloh, Temerloh, Pahang.






18 April 2014 9 pm, Dataran Temerloh: 
Anak adalah anugerah Allah Yang Maha Agong. Kesyukuran dan merasai ia adalah anugerah Maha Esa. Tahnik, Tasmiah, Tahlik dan Khitan Sebuah Sunnah warisan ummah. Muga Istiadat yang berjaya ini melimpah tarbiah, inayah dan taufiq... Amin.






















Istiadat Di Raja Pahang mengeratkan rakyat memupuk perpaduan ~ Dato' Wan Amizan bin Wan Razak.

Friday, April 18, 2014

1000 Gulai Kawah Majlis Di Raja Dimasak Oleh Rakyat Pahang
























Lebih 1000 gulai kawah dimasak bagi Majlis Di Raja merapatkan hubungan bersama rakyat Jelata hari ini bagi Majlis Di Raja malam ini di Dataran Temerloh.

Foto Dato' Wan Amizan Wan Razak diwawancara oleh pengacara TV3 berkenaan gulai kawah.
























Photo: Pengacara TV3 mengacau gulai kawah

Pengacara TV3 mengacau gulai kawah.



Rakyat Pahang dari berbagai daerah seluruh Pahang memasak 1000 gulai kawah bagi Kenduri Diraja.



Majlis gorong royong mengupas bawang sempena majlis kenduri diraja

Persiapan Akhir Istiadat Berkhatan Dan Bertindik YM Paduka-Paduka Anakanda YAM Tengku Muda Pahang



Malam 18 April 2014...Istiadat Di Raja Bersama Rakyat Pahang di Temerloh.



Semua persiapan tempat sudah bersedia...



YAM Tengku Muda Pahang meninjau sendiri persiapan akhir...



















Sebelum itu pada sebelah petang ADUN Tahan memeriksa persiapan akhir....



Pada malam 17 April di Masjid Abu Bakar Temerloh, Majlis Solat Hajat, bacaan Yasin, Tahlil Doa Selamat sempena Istiadat Di Raja Bersama Rakyat Berkhatan dan Bertindik Paduka-Paduka Anakanda YAM Tengku Muda Pahang.


Beberapa foto-foto persiapan beberapa kanopi lagi....














































































































Semua rakyat Pahang di jemput hadir pada malam 18 April 2014 ini.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024