Saturday, October 3, 2015

Projek-Projek Mega Memakmurkan Pahang



"Ini kali lah"

Meminjam phrase cliche pembangkang diambang PRU 13.

Memang ada kesan motivasi bila ramai pengundi balik negeri Pahang dan seluruh negara mengundi sejak awal pagi berharap kerajaan ditukar tapi kerajaan tetap berdiri.

WZWH dan ratusan ribu mengundi tetap mempertahankan kerajaan ini.

Secara ekonomi rakyat Pahang mahu projek-projek yang boleh memakmurkan Pahang bila pelaburan masuk, projek-projek mega menghasilkan pengembangan ekonomi, banyak peluang pekerjaan dan bisnes dicipta. 

Pembinaan infrastruktur-infrastruktur yang mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. Transportasi dan sebagainya. Lebih ramai pelancong datang ke Pahang.

Kita tidak boleh lagi pegang kepada falsafah "tunggu tempat lain maju...akhir nanti orang akan bertumpu ke Pahang juga"...

Kita tidak boleh tunggu...kita kena cipta.

Bila lagi?

"Ini kali lah" sudah sampai masanya...

Buat projek-projek mega di Pahang Darul Makmur ini sebenarnya kita tidak perlu keluar wang!

Bila kita cipta projek-projek mega, bila Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bagi kelulusan

Wang pelaburan cari kita....menderu-deru....mencurah-curah...!

Kenapa kita tidak mahu membangunkan Negeri Pahang Darul Makmur kita ini?

Kenapa kita mahu menghalang?

Kenapa kita sentiasa berjiwa kecil?

Kenapa kita tidak mahu majukan negeri kita secara agresif dan proaktif?

Ini projek-projek mega yang boleh memakmurkan Negeri Pahang Darul Makmur untuk 5, 10, 15, 20-50 tahun.

Jangan ketawa dan sinis dengan apa yang WZWH posting ini?

Adakah anda rakyat Pahang? Adakah anda rakyat Pahang yang sejati mahu lihat negeri anda maju dan membangun sepantas dan sepatutnya ke tahap yang sebenar.

Jika begitu fikir dan lihat apa yang WZWH tulis.

Tentu anda juga punya pandangan, cadangan-cadangan yang lebih baik.

Tapi ini yang WZWH mahu buat:


1) Projek Keretapi Pantai Timur Eastrain

-new route jalan baru. Laluan Keretapi Pantai Timur lama itu maintain.

-Route KL-Bentong-Temerloh-Bera-Maran-Pekan-Kuantan

-Kuantan-Gebeng-Kemaman-Paka-Kertih-Dungun-Kuala Terenggau-Besut-Kelantan

-Lebih kepada transportasi kargo

-kos RM30 bilion dalam masa 10 -20 tahun


2) Projek Kuantan Hinterland Port

-Semua economists China, Korea, Jepun cakap kita Pahang tidak menghargai pantai-pantai dan daratan negeri kita yang boleh bina Port paling strategik dalam dunia.

-Port Kuantan dan Kuantan Hinterland Port adalah apa yang semua negara-negara ini mahu kita majukan kerana jimat kos, masa perjalanan kapal lebih pendek. Tiada gangguan iklim dan cuaca ketara yang extreme-tiada ribut taufan, gempabumi, gunung berapi tsunami, banjir melampau.

-Hinterland yang menaiktaraf properti, gudang, kilang, perumahan dsb seluas 10,000 ekar

-Hinterland yang boleh membekalkan gas dengan logi Oil n Gas dan mengeksport ke China, Korea dan Jepun.

-Kos RM50 bilion dalam masa 50 tahun.


3) Projek Jalan Sisir Pantai Paka-Kertih-Kuantan-Pekan-Mersing-Pengerang

-Ini projek ECER menghubung jalan pesisiran tepi pantai terutama menghubungkan Oil n Gas Paka Kertih-Port Kemaman-Kuantan Hinterland Port-Kuantan Port-Tg Agas Oil n Gas-Pengerang Oil n Gas.

-Bina Infrastruktur buka mengembang ekonomi Wilayah ECER dan Oil n Gas facilities.

-Kos RM8 bilion.



Pembaca blog WZWH dari Jerantut pun marah kepada WZWH apa yang boleh memajukan Jerantut?

WZWH  tetap ada projek-projek mega untuk Jerantut my hometown:


1) Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah

-gabungan projek-projek untuk membangun seluruh Lembah Tembeling mengikut kesesuaian nature, landscape menggunakan green technology.


-Mengandungi 7 komponen:

  • Green City-Bandaraya dengan teknologi hijau sekitar Kuala Tahan
  • Safari Park
  • Kuala Tembeling Taman Tema Air
  • Hub Gaharu
  • Caviar dan Sanctuary Park
  • Solar Park
  • Pengurusan Sumber dan Pemasaran Bantu Perhilitan
-Satu projek ambitious bernilai RM 12 bilion dalam jangkamasa 5 hingga 10 tahun yang boleh menawarkan 20,000 pekerjaan dan perniagaan.


Satu projek yang boleh menyelesaikan isu-isu alam sekitar once for all.



2)  Sg Kiol Golf Resort and Spa

- Golf course, resorts, air terjun , seluas 2000 ekar

-kos Rm3 bilion


3) Sg Tekai Hydropower -Empangan Janakuasa Elektrik

-350 MW

-Supply elektrik, 5000 pekerjaan

-kos Rm2.5 bilion


Cukuplah projek-projek itu dulu.

Bagi daerah-daerah lain, elok WZWH beri peluang kepada pembaca-pembaca blog WZWH yang lebih cerdik dan pandai tentu punya banyak cadangan dan pandangan.

Siapa lagi yang bertanggungjawab dan serious ingin memajukan Negeri Pahang Darulmakmur kita ini kalau tidak anda semua.

''Ini kali lah"- itu kata-kata yang boleh kita jadikan motivasi dan semangat untuk kita katakan kepada sesiapa sahaja.


Ini kali lah...


1 comment:

Anonymous said...

kau berangan ke bang?
duit kerajaan tah mana hilang pun tak jumpa2 lagi ni. Lagi mau cerita projek.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024