Friday, November 20, 2015

Sturgeon Masih Bernyawa Dan Hidup Di Dewan Undangan Pahang!

Projek penternakan ikan sturgeon untuk kaviar adalah usaha Kerajaan bagi mencari hasil ekonomi alternatif yang lumayan bagi generasi baru Felda dan kampung tradisional.

Usaha ini yang dimulakan oleh Felda dengan sebuah syarikat dari Korea pada tahun lepas yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pahang.

Tetapi malang projek yang baik ini untuk penduduk luar bandar telah disabotaj oleh penghasut yang bertopengkan NGO Alam Sekitar, Pakar air yang mengaku pakar ikan, gabungan parti-parti pembangkang dan ahli parlimen tempatan yang kurang faham serta Jabatan Kerajaan DOE!

DOE Jabatan Alam Sekitar yang termakan dengan persepsi negatif dikempen oleh kononnya NGO Alam Sekitar. 

Projek yang kawasan tidak sampai 30 ekar disuruh buat DEIA padahal tidak perlu EIA pun kerana nature ikan sturgeon. 

Itu masalahnya dengan masyarakat yang jahil ilmu pengetahuan, buat-buat pandai hingga sabotaj hasil usaha kerajaan. 

Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pahang seperti tidak ada telur tidak berani mempertahankan projek yang baik untuk masyarakat. 

Putar belit kononnya ikan sturgeon itu besar macam ikan tapah, pemangsa, makan ikan-ikan tempatan di sungai, makan orang, mengancam biodiversiti alam sekitar kononnya. 

Hakikatnya ikan sturgeon telah dihibrid, panjang tidak sampai 1 meter, makan lumut dan spirulina, mulut bottom feeder, dibela dalam tangki kolam (caviar park), diselaras suhu temperature, persekitaran tertutup, air kolam yang direcycle dan selamat. 

Ikan sturgeon yang boleh dalam masa 4 tahun setengah menghasilkan telur kaviar untuk dieksport dengan menggunakan teknologi Korea yang lebih kos efektif. 

Keputusan DOE tahun lepas bahawa Projek Penternakan Sturgeon di Kuala Tahan itu tidak mendapat kelulusan perlu dipindahkan-relocate. 

Felda giant tidak bersungguh-sungguh mahu melaksanakan projek perintis RM150 juta tunduk dan tidak melawan dengan perjuangan jihad ekonomi yang baik ini. 

CEO Felda yang menyuruh seorang pegawainya berjumpa dengan WZWH minta WZWH senyap dalam isu ini akhirnya dipecat. 

WZWH ingin menyatakan di sini Projek Sturgeon untuk kaviar adalah projek multi-bilion adalah sumber ekonomi baru bagi penduduk di luar bandar. 

Harapan baru masih ada. Sturgeon masih bernyawa dan hidup di Dewan Undangan Pahang! 

Dalam ucapan membahas Bajet 2016 Pahang di Sidang Dewan Undangan Pahang, ADUN Tahan telah menyatakan projek sturgeon itu akan diambilalih oleh sebuah syarikat swasta yang turut mengadakan usahasama dengan sebuah syarikat dari Korea. 

Projek ini akan tetap dimulakan dengan pelaburan nilainya besar berbilion. 

Akhirnya DSD Adnan Yaakob MB Pahang mengakui bahawa apa yang dinyatakan oleh ADUN Tahan berkenaan dengan putar belit dan silap faham yang menghasilkan persepsi negatif oleh penghasut dan pensabotaj projek sturgeon itu adalah benar. 

MB Pahang turut menyatakan bahawa ini sebenarnya adalah pet project Perdana Menteri. 

WZWH ingin menyatakan kepada penghasut dan pengsabotaj penternakan ikan sturgeon bahawa...

By hook or by crook...

Projek penternakan ikan sturgeon tetap dilaksanakan di Lembah Tembeling walaupun seekor!

9 comments:

Anonymous said...

Cakap berdegar degar. Habuk pun tarak. Pi gi daa

Anonymous said...

Buat kerja tak betul...tak ada berkat! Walaupun mula nya di sokong oleh negeri dgn Felda.. Allah SWT tarik balik....

Anonymous said...

Ikan yang sekor tu pun kalau dah tak ada CITIES certificate... tak bernilai sekupang pun.. sama lah mcm ikan ikan kat dalam tangki kat Korea tu... dok kena tipu dengan Korea... dulu dah belanja RM21M .. la ni dah sampai RM 40M... habuk pun tak ada! ni lah dia MELAYU MELAYU haprak... menjahanamkan Felda... Siam ada teknologi sturgeon RM20M.. buat apa nak belanja sampai RM150M.. lagi cost effective!

Anonymous said...

Ambik proposal orang... tukar kulit... pi kat PM kata Chairman Felda nak buat... lepas tu.. pi kat Chairman Felda kata PM nak buat... tahap pemikiran orang MELAYU.... sampai Korea.. Korea letak duit atas meja dgn sorang KPop... kelam mata.. ka ni duit pun dah habis kena kebas dgn betina Korea.. kena tendang kerja.... MELAYU...MELAYU! Tahap ni saja naaaa.... kesian!

Anonymous said...

Felda sekarang reject sebab Korea tak boleh jawab soalan soalan... yg depa ni dok menghadap kat Korea lagi.. pi la kat DoF... tanya berapa banyak Aquaculture projects dah MoU dgn Korea.. satu pun tak boleh jalan..depa ni pandai menipu... semua nya ok tapi satu pun tak jadi... yang jadi cuma construction contract yang depa dah sapu... buka mata la.. kenapa satu dunia tak bela sturgeon klu harga pasaran mahal? Nak cost effective pi ambik teknologi siam la... or bela puyu!!

Projek projek melanun sekarang ni dibuat dgn serampang dua mata. 1. Kalau jadi pelobi akan dapat komissen yg dijanjikan. 2. Kalau x jadi pun akan dapat juga komissen sebab dlm kontrek sudah dibuat perjanjian pampasan kalu x jadi macam projek AES tu.

Anonymous said...

Satu perjanjian yg bodoh .. pegang 75% ekuiti buat agropark n r&d centre kat korea... awat tak buat kat msia? Lepas tu perjanjian...apa yg ada kat msua hak msia dan apa yg ada kat korea milik korea... belanja dulu kat korea.. duit habis rm40m utk pekembangan di korea... sekarang dah tau kena tipu hidup hidup..ni nak mintak balik mcm org mintak sedekah... korea pinjam geran kerajaan depa dan kita pi letak rm40m atas riba depa... harap nak dpt balik sekupang? Tu lah... nak pusing org punya visi... nak senang.. plagiarised org punya idea... otak letak kat kote!!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024