Posts

Showing posts from May, 2015

Ciluk Ba...~ Selvi Kitty

Image

Elaun Wakil Rakyat Pahang Naik Kepada RM11,000

Image
Kali terakhir kerajaan negeri Pahang semak semula elaun wakil rakyat ialah pada tahun 1994 yakni 20 tahun lampau. WZWH ada menyentuh hal ini dalam posting Bila EXCO dan ADUN Pahang Mahu Naik Elaun?
Jumaat sidang Dewan Undangan Negeri itu telah meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun 42 anggota Dewan Undangan Negeri daripada RM4,100 kepada RM11,000 sebulan, berkuat kuasa 1 Januari 2015.
Menerusi keputusan itu juga elaun Menteri Besar naik dari RM14,175.15 kepada RM30,000, Ahli Exco Kerajaan Negeri RM6,109.29 kepada RM14,000.
Speaker dan timbalan Speaker pula naik dari RM6,109.29 kepada RM14,000 dan RM2,662.00 kepada RM9,000.
Rang undang-undang bagi pindaan itu dibentangkan oleh Menteri Besar Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob dan disokong oleh Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar).
"Jika elaun dinaikkan para ADUN dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat," katanya…

ADUN Tahan Cadang Kerajaan Pahang Tubuh Jawatankuasa Percepatkan Projek Jalan Jerantut-Benta

Image
YB Dato' Wan Amizan bin Wan Abdul Razak , ADUN Tahan mencelah penggulungan dari wakil kerajaan.
Semasa sesi penggulungan wakil kerajaan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri, ADUN Tahan telah mencelah.
ADUN Tahan bertanya apakah status Projek Jalan Jerantut-Benta-Maran dalam RMK 11.
Projek Jalan Jerantut-Benta-Maran  yang telah dirancang sejak RMK 9 telah terbengkalai pelaksanaannya.
Status projek tersebut adalah walau dalam keutamaan dan dimasukkan ke dalam RMK 11 namun kelulusan projek itu belum lulus lagi
ADUN Tahan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang supaya Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas memanggil semua ADUN-ADUN yang terlibat melibatkan dalam tiga kawasan parlimen iaitu parlimen Lipis, Jerantut dan Maran menubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi mendapatkan kelulusan dan mempercepat Projek Jalan Jerantut-Benta.
Negeri Pahang besar dan luas. Semua daerah dan bandar ke bandar perlu jalinan jalanraya yang baik. Semua perlu dipertimbang sebagai…

High Speed Rail Shinkansen, Dasar Pandang Ke Timur, DS Najib Dan Tun Mahathir

Image
DS Najib dan DS Rosmah naik HSR Shinkansen dari Tokyo ke Sendai sejauh 325km hanya ambil masa 96 minit.

Kepentingan Jepun untuk mengambil bahagian dalam projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura, dan fasa kedua Dasar Pandang ke Timur dijangka lebih tinggi dalam agenda apabila Perdana Menteri DS Najib Razak bermula lawatan tiga hari rasminya ke Jepun sejak Ahad. 
DS Najib mendapat pengalaman pertama kereta api berkelajuan tinggi Shinkansen apabila beliau mengambil perjalanan 96 minit ke Sendai yang terletak 325km dari Tokyo pagi Selasa. 
HSR Shinkansen dibangkitkan oleh Perdana Menteri Jepun semasa Perbincangan Dua Hala dan satu taklimat untuk DS Najib juga.



Sebelum memulakan perjalanan, DS Najib diberi taklimat oleh pegawai-pegawai Jepun Keretapi di Shinkansen dan pembangunan di sekitar stesen Tokyo, serta lawatan ke kokpit kereta api.
Awal bulan ini, Najib dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong mengesahkan bahawa kedua-dua negara kom…

Opo Tah ~ Denik Armila

Image

Penyambung Warisan DS Najib...

Image

Solidariti14 Pemuda Pahang Pertahan Kepimpinan DS Najib

Image
Pemuda UMNO Pahang menggerakkan usaha dan tenaga mengumpul ramai orang muda Pahang dengan 700 buah bas membawa 28,000 menyokong dan mempertahan kepimpinan DS Najib sebagai Perdana Menteri.
Kekuatan Pemuda UMNO Pahang yang sungguh luarbiasa. Tahniah Mohd Shahar Abdullah Ketua Pemuda Pahang dan Barisan AJK yang terdiri dari 14 Ketua Pemuda UMNO Bahagian di seluruh Pahang.
Himpunan Solidariti diadakan di perkarangan Airport TUDM Kuantan pada petang Sabtu dihadiri oleh rakyat Pahang yang lain datang menyokong DS Najib.



Sebelum itu jurucakap -jurucakap Pemuda UMNO Pahang telah berucap menyatakan orang muda Pahang tidak mahu DS Najib dijatuhkan secara tidak demokratik. Difitnah dan dihina serta diperlakukan seumpama sebiji bola yang boleh ditendang sembarangan.
Masa untuk diam menyepi telah berlalu. Pemuda UMNO Pahang tidak sanggup lagi melihat DS Najib dibuli sebegitu rupa. Pemuda UMNO Pahang mahu semua orang muda Pahang, dan pemimpin-pemimpin berani dan tegas menyatakan pendirian menyoko…

Solidariti 1Pahang : Semangat Kepahlawanan Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau Meresap Jiwa DS Najib

Image
DS Najib tiada pengikut? DS Najib tiada penyokong?
Hari ini pengikut dan penyokong menjelma
Solidariti  14
Solidariti 1Pahang
Semangat kepahlawanan Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau meresap ke dalam jiwa DS Najib.

Mantera Pahlawan Pahang;

Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Derhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah
Khursani menggantikan diriku
Khursani menggantikan nyawaku
Alung memaling badanku yang menjadikan Nabi Adam
Mustajab bagiku siang dan malam dengan berkat doa
La ilaHa ilLaAllah






Kita tunjukkan kekuatan dan solidariti pengikut dan penyokong DS Najib
"Sirih bergenta pinang bergenta, Gajah Pahang di luar kota…

Kereta Malam Cita Citata...

Image

Menyelesaikan Isu 1MDB Adalah Aspirasi Ahli Politik Genius Masa Depan Negara

Image
Apa yang ahli politik Malaysia pening berkenaan isu 1MDB. WZWH tidak pelik kalau ahli politik Pakatan Rakyat pening kerana mereka tidak berpengalaman mengendali Kerajaan Pusat.
Yang hairan dan pelik bila pemimpin-pemimpin BN pening, mengelabah, panik tidak tahu bagaimana mengatasi isu 1MDB yang sebenar.
Mahathir pening dengan isu 1MDB tidak pelik kerana pengalaman korporat Mahathir adalah dari Old School of Thought. Era Mahathir oleh kerana hubungan dingin dengan Super Power Kewangan Dunia dingin maka akses kepada pembiyaan projek terhad.
Menyelesaikan isu 1MDB adalah aspirasi ahli politik genius masa depan negara. Isu 1MDB boleh diselesaikan. Asset RM52 bilion manakala Liabiliti RM42 bilion dari majoriti pembiyaan asing bukanlah isu korporat yang terlalu kronik.
Sebab itu DS Najib yakin boleh menyelesaikan isu ini dan beliau ada penyelesaian sebagai seorang pemimpin negara.
Masalahnya bila ada pemimpin-pemimpin BN yang lain termasuk ahli-ahli politik yang mudah goyah lebih suka term…