Posts

Showing posts from September, 2015

Sumpah Setia Raja Melayu Dan Raja Bugis Dan Asal Usul

Image
"Didalam pada itu minta pula Sultan Sulaiman kepada Kelana Jaya Putera itu hendak dijadikannya saudaranya dunia akhirat yang tiada boleh bercerai cerai selama lamanya. Maka dikabulkan oleh Kelana Jaya Putera permintaan Sultan Sulaiman itu di gelarnya pula Sultan Sulaiman akan Kelana Jaya Putera itu Yang DiPertuan Muda Sultan Alauddin Syah Ibni Opu."



UNDANG-UNDANG LIMA PASAL RIAU

1. Asal Usul Raja Melayu Riau-Lingga-Johor dan Pahang.
2. Adat Istiadat Raja Raja Riau-Lingga-Johor dan Pahang.
3. Jajahan dan daerah takluk nya.
4. Bahasa Istana.
5. Wakil Mutlak.
Tahun Hijrah 1221. (Tahun Masihi 1806).
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Bahawa sesungguhnya inilah suatu yang diperpegang pada masa ini oleh Raja Raja yang dikeluarkan daripada Sejarah Melayu yang bernama Tawarikh Al Wusta yang diperbuat antara Raja Melayu dengan Raja Bugis yakni Yang DiPertuan Besar dengan Yang Dipertuan Muda yang dimukhtasarkan di sini kerana hendak mengambil sempena yang telah di mufawidkan yang amat teguh. M…

Apa UMNO Boleh Belajar Dari Kejatuhan Kerajaan Empayar Johor-Pahang-Riau?

Image
UMNO yang punyai keahlian 3.5 juta dan pengaruh boleh lemah bila pemimpin dan mantan pemimpin UMNO suka bersengketa melampau batas apa lagi campur tangan dari pihak luar.
Konflik dan sengketa politik ini bukan sahaja mengelirukan ahli-ahli dan penyokong malah memberi persepsi negatif kepada majoriti pengundi di PRU 14.
UMNO boleh jatuh dan tumbang. UMNO perlu belajar dari sejarah politik klasik Melayu supaya mendapat iktibar.
WZWH menulis sejarah secara simple dan mudah...

Kemerosotan Empayar Johor-Pahang-Riau

a) Perang Johor-Jambi
1. Jambi di pantai timur Sumatera adalah jajahan Johor.
2. Abad 17, Jambi muncul sebagai kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka.
3. Jambi menyaingi Johor dalam perdagangan.
4. Jambi cuba dapatkan kebebasan daripada Johor.
5. Jambi meminta bantuan Belanda untuk menyerang Johor.
6. Jambi menyerang Johor lama dan Batu Sawar.
7. Perang menjejaskan perdagangan Johor.
8. …

WZWH Jawab Sakmongkol AK47: Apa DAP Mahu?

Image
Blogger Sakmongkol Ak47 @ Ahli Parlimen Raub menulis posting Apa DAP Mahu? sila klik sini.
Sakmongkol menjelaskan...
DAP gives hope for the creation of a good government based on the principle of rule of law. Which in practice simply means, DAP gives hope for a government that does not rule impulsively and does not run rough shod over its people. 
As for the Chinese, DAP gives hope for some form of comforting relief of their underlying fears.

The hope comes in a tangible form. In the form of a team of leaders comprising of different Malaysian races, determined, disciplined, able and dedicated to a political cause.

What do the Chinese today want?  Having mixed with them and doing some close observation, what they value most is fair dealing and fair treatment from a good government. 
Good Government. Fair Treatment.
They don’t need to be PM or DPM, but they want guarantees from a just and fair government to be able to make a living, accumulation of wealth protected by law, their children getti…

Kenapa DAP Parti Haram Untuk Umat Islam?

Image
Sahibus Samahah Mufti Pahang YB Dato' Sri Dr. Abdul Rahman Osman.

Ketika Persatuan Guru-guru Pondok Seluruh Kelantan bermukim selama tiga hari pada Ogos 2012 dan mengeluarkan ketetapan bahawa haram mengundi DAP, pengasas dan Pengetua Pondok Geting, Tumpat, YM Tuan Guru Abdullah Samahah, diserang bertubi-tubi kononnya menerima RM 2 juta dari UMNO Kelantan bagi membiayai aktiviti beliau dan membangunkan pusat pengajian beliau dengan mengeluarkan fatwa sedemikian.
Hakikatnya, fatwa yang dikeluarkan merupakan resolusi pemukiman guru-guru pondok seluruh Kelantan selama tiga hari tiga malam dengan pelbagai kitab-kitab rujukan ulama’ muktabar.
Apabila PAS memutuskan Tahaluf Siyasi dengan DAP pada 11 Julai 2015 yang lalu, ia adalah keputusan musyawarah Dewan Ulama’ PAS Pusat.
Kemudian ianya diperhalusi diperingkat Majlis Syura Ulama’ dan akhirnya diterima oleh kepimpinan PAS.
Ustaz Muhammad Najihan Halim, Setiausaha Dewan Ulama’ PAS Selangor pada 9 Jun 2015 berpendapat usul membatalkan Tahaluf…

Keperihatinan EXCO Pahang, KP Pahang Dan KP Jerantut Terhadap Kerisauan Orang Kuala Tahan Terhadap Status Jalan Tanah Runtuh Yang Setahun Tidak Dapat Disiapkan

Image
Dekat Kuala Tahan Jerantut terdapat jalan yang tebingnya runtuh. Kerja-kerja membaikpulih sudah setahun tapi masih terbengkalai. Ini menimbulkan kerisauan kepada Orang Kuala Tahan dan pengguna jalanraya termasuk pelancong ke Taman Negara.
Baru-baru ini YB Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin EXCO Pelancongan Pahang telah melawat Kuala Tahan Taman Negara kerana ada Program Birding anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Pahang, NGO dan peminat birding.
EXCO Pelancongan, Ketua Pemuda Pahang dan Ketua Pemuda Jerantut telah mengambil kesempatan untuk meninjau dan melihat Projek Jalan Tanah Runtuh yang terbengkalai tersebut.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin walaupun kehadiran ke Jerantut untuk program lain tetapi sempat meluangkan masa untuk meninjau kerisauan orang ramai terhadap jalan yang sudah hampir setahun berkeadaan begini. ‪ Semoga‬ ada tindakan selepas ini.
Di bawah adalah foto-foto EXCO Pelancongan Pahang, KP Pahang dan KP Jerantut memeriksa p…

Kenapa DAP Berani Cabar Dan Ugut Mahu Saman Institusi Agama Islam Pahang?

Image
Kepimpinan DAP Pusat berani cabar dan ugut mahu saman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atau Jabatan Mufti Pahang 
Institusi Agama Islam Pahang-JAIP dibawah Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) diPengerusi oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang.
Autoriti Agama Islam adalah diketuai oleh Tuanku Sultan Pahang. Sultan Pahang adalah Ketua Agama.
Di Negeri Pahang, YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang adalah EXCO yang bertanggungjawab menjaga hal Agama Islam.
Pahang adalah negeri tanah tumpah darah WZWH.  
WZWH cabar DAP Pusat dan DAP Pahang kalau betul berani saman Institusi Agama Islam Pahang kerana mendakwa teks ucapan Khutbah Aidiladha memfitnah DAP sila klik sini.
Kenapa DAP berani cabar dan ugut mahu saman? Kenapa DAP semakin biadap mahu mencampuri urusan hal ehwal Agama Islam Pahang?
Itu belum DAP Pusat dan DAP Pahang punya kuasa memerintah Putrajaya dan Negeri Pahang Darul Makmur ini.  Kalau ada kuasa, WZWH tidak boleh bayangkan apa yang boleh berlaku kepada umat Islam.



YB Sahibus Samahah Mufti Pahang, Da…