Posts

Showing posts from October, 2015

Jambatan Gemunchor Mela Dan Projek Jalan Luar Bandar Gemunchor-Batu Balak-Labu Memacu Pembangunan Mukim Tembeling Tengah

Image
Projek Jambatan Gemunchor Mela yang sudah hampir siap pembinaannya.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk membina sebuah jambatan konkrit menyeberangi Sungai Jelai di Kampung Gemunchor dekat Kg Mela diselenggara oleh Kementerian luar Bandar.
Walaupun ini pembangunan di Daerah Lipis tetapi bersempadan dengan Daerah Jerantut.
Sebelum ini peruntukan RM16 juta telah diluluskan untuk membina sebuah jambatan pejalan kaki Kuala Tahan. Oleh kerana sedikit salah faham Kerajaan Negeri Pahang tidak bersetuju maka peruntukan ini telah dipindahkan ke Projek Jambatan Gemunchor.
Di Sungai Tembeling pula tiada sebarang jambatan dibina menghubungkan  kedua tebing sungai.
Bagaimana Projek Jambatan Gemunchor ini boleh membantu memacu pembangunan bukan sahaja di Daerah Lipis yang bersempadan dengan Daerah Jerantut tapi juga memacu pembangunan di Tembeling Tengah?
Terdapat banyak kampung-kampung tradisional lama di sebelah kiri mudik Sungai Tembeling yang sudah ditinggalkan oleh penduduk dan mempunya…

Apa Sebenarnya "Politik Baru" Saifuddin Abdullah?

Image
Dulu...WZWH bangga kerana Pahang ada politikus philosopher. Jarang ada ahli politik tulis buku. Dato' Saifuddin Abdullah ketika itu ahli parlimen Temerloh, Timbalan Menteri, MT UMNO dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian.
WZWH baca buku " Politik Baru" Saifuddin Abdullah. Banyak kali belek juga.
Antara isi-isi penting buku itu yang boleh WZWH ringkaskan dulu...
Temanya cliche iaitu perubahan. Terminologinya bukan baru kerana New Politics sudah digembar-gemburkan di banyak negara maju termasuk di AS. Pentadbiran Obama sering dikaitkan dengan amalan New Politics tetapi dalam konteks yang berbeza. Di AS, demokrasinya sudah jauh lebih matang berbanding di Malaysia. Obama dengan idea bipartisanship, sudah memulakan amalan ini yakni melantik ahli kabnet dari kalangan parti Republikan. Satu amalan yang amat mustahil untuk berlaku di Malaysia setidak-tidaknya untuk 50 tahun lagi!
Politik Baru adalah pandangan penulis tentang politik di Malaysia. lebih tepat lagi budaya dan tingkahlaku. Be…

DS Najib Perdana Menteri Paling Kuat Dan Berpengaruh Dalam Sejarah Politik Malaysia

Image
DS Najib lebih disayangi oleh ulama, anak-anak Raja dan pemerintah Arab. Pemerintah dan pemimpin Arab sanggup berkorban membantu politik DS Najib seperti juga pemimpin China all out mempertahankan kepentingan Malaysia sebab DS Najib.




King Salman Arab Saudi mahu DS Najib mempertahankan Islam bersama ke martabat yang tinggi di dunia mengikut pesanan Rasullulah S.A.W. Islam yang sederhana ditonjolkan lebih dari Islam yang extreme. Arab Saudi sanggup membantu.



Presiden China Xi Jinping komited mahu membangunkan Asia dan meluaskan pengaruh di seluruh dunia melalui perdagangan, bisnes, pelaburan bagi kepentingan bersama. China sanggup melabur membina projek-projek infrastruktur dunia dan mahu Malaysia pantas bergerak mengikut Visi China. Malaysia negara pertama yang mengadakan hubungan diplomatik dengan China di era Tun Razak dan Moa Zedong. DS Najib adalah simbol hubungan erat China dan Malaysia.



Presiden Obama sanggup menerima syarat-syarat kepentingan Malaysia dalam TPPA seperti hak-hak ist…

Di Mana Tun Daim? Tun Daim Yang Cerdik...

Image
Press conference Geng 6 semalam. Di mana Tun Daim? Itu pasai Tun Daim yang cerdik!
Tun Daim mantan Menteri Kewangan 2 kali, Bendahari UMNO dan seorang usahawan korporat Melayu yang berjaya.



Power breakfast Tun Daim dikelilingi oleh bloggers grade A negara. Barangkali bloggers gred A telah menasihati Tun Daim supaya jangan campur dengan Agenda Geng 6 semalam.
Ini satu nasihat yang bernas lagi bijaksana.
Tun Daim yang cerdik.

Pesan King Ghaz Kepada DS Najib," Tell Them Please Respect The Law"!

Image
King Ghaz the best Menteri KDN advices...


Bank Negara Perlu Bantu 1MDB Seperti Kerajaan Singapura Menyokong Penuh Temasek Holding

Image
Kerajaan Singapura melalui MOF tubuh Temasek Holding pada 1974 sebagai sovereign wealth fund @ investment fund. Mudah cakap seperti 1MDB yang lebih strategic investment company.
Pada dekad pertama Temasek Holding pun mengalami kepayahan dan rugi tetapi oleh kerana Kerajaan Singapura dan Bank Negara Singapura membantu dan menyokong penuh secara profesional maka hari ini Temasek Holding merupakan sovereign wealth fund ke 9 terbaik dunia.
Walau CEO Temasek Holding lebih sedekad semenjak 2004 itu Ho Ching isteri kepada Perdana Menteri Singapura yang mula dilantik sebagai Executive Director pada 2002. Kerajaan Singapura dan Bank Negara Singapura menyokong penuh Temasek Holding.
Bayangkan kalau DS Rosmah Mansur menjadi CEO atau Executive Director 1MDB tentu banyak pihak-pihak yang bising!
Kenapa banyak kerajaan terutama di Asia berminat mahu menubuhkan sovereign wealth fund?
Sovereign Wealth Funds are generally known as investment funds owned by national governments and financed by the country&#…

Rakyat Sudah Bosan Dengan Politicking 24 Jam Jom Hari Sukan Negara

Image
Di perasmian ‪#‎HariSukanNegara‬ pagi tadi di UiTM oleh PM. 
Hari ini ada 17 ribu lebih program melibatkan 5 juta lebih rakyat Malaysia di seluruh negara. 
Jom turun padang!
Rakyat sudah bosan dengan politicking 24 jam, sepanjang tahun. 
Rakyat sudah bosan dan hamun.
Idea KJ Menteri Sukan sangat baik kempen mengajak rakyat bersukan seluruh negara.
Bila rakyat bersukan beriadah keluar peluh fizikal dan mental rakyat sihat maka baik untuk kesihatan boleh kurang obesiti.
Ahli politik pun digalakkan bersukan supaya mental jadi tajam, fokus, otak geliga mencari idea untuk kebaikan negara.
Rakyat sudah bosan dengan politicking 24 jam sepanjang tahun.
Jom Hari Sukan Untuk Negara dan seterusnya menjadi amalan sepanjang masa.


Dulu-dulu Tun Mahathir rajin juga exercise fitness test sebab itu boleh fokus memerintah negara.


Dah tua tidak perlu kuat exercise...bawa drive Bapak Jokowi Presiden Indonesia pun ok.


Driving Bapak Jokowi lihat jerebu di Malaysia yang sudah kurang boleh menyenangkan fikiran...

Ringgit Naik DS Najib Tersenyum Lebar...Harga Minyak Dunia Mula Naik!

Image
Positive sentiment drives ringgit to seven-week high against US dollar sila klik sini.

Malaysia's ringgit at biggest daily gain against US$ in 17 years sila klik sini.
The USDMYR traded at 4.11 MYR on Friday October 9, according to interbank foreign exchange market quotes. The Malaysian Dollar averaged 2.91 from 1972 until 2015, reaching an all time high of 4.71 in January of 1998 and a record low of 2.10 in October of 1978. Sila klik sini.
Ringgit mula naik diniaga pada 4.11 USDMYR pada Jumaat 9 Oktober.
Kenaikan harga minyak mentah dunia mencetuskan prospek yang lebih cerah untuk ekonomi Malaysia yang merupakan  pengeksport minyak utama di Asia.
Selaras dengan aliran meningkat, ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ringgit naik...DS Najib tersenyum lebar...Harga minyak mentah dunia mula naik! Baik untuk Petronas dan Negara.

Sokong TPPA : Pakar Ekonomi Amerika Berbelah Bagi, Apa Kata Rafidah Aziz?

Image
Paul Krugman tidak pasti mahu sokong TPPA kerana perlu buat homework sila klik sini
Joseph E. Stiglitz dan Adam S. Hersh menentang TPPA sila klik sini.
Jeffrey Frankel menyokong TPPA sila klik sini.
WZWH ambil juga pandangan Tan Sri Rafidah Aziz mantan Menteri MITI dan pensyarah ekonomi UM yang banyak pengalaman.
Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan memberi manfaat kepada Malaysia jika ia tidak dipolitikkan, kata Tan Sri Rafidah Aziz.
Mantan Menteri MITI itu berkata mereka yang menjalankan rundingan bagi pihak Malaysia adalah golongan profesional, bukan ahli politik.
“Jika kita tidak politikkan ia, saya beritahu anda, ia akan beri faedah,” katanya dipetik sebagai berkata dalam ucapannya di Persidangan Undang-undang dan Korporat Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin.
Rafidah berkata ahli profesional yang berunding bagi perjanjian itu melakukannya demi kebaikan negara.
Pakatan dagangan itu baru-baru ini ditandatangani 12 negara, tetapi kerajaan berkata Malaysia akan hanya memeterai TPPA…

Jika Congress dan Rakyat Amerika Tidak Faham Bagaimana Ahli Parlimen Dan Rakyat Malaysia Mahu Faham TPPA? Satu Penjelasan Mudah

Image
Presiden Obama mahu TPPA ini dicapai oleh 12 Negara termasuk Singapura, Malaysia dan Brunei. Kejayaan TPPA adalah kepuasan politik Obama.
TPPA adalah idea economists-political economists untuk free trade. Majoriti ahli politik dan rakyat tidak faham apa itu TPPA.
WZWH posting ini untuk beri penjelasan mudah supaya ahli politik dan rakyat Malaysia faham apa itu TPPA.
Mula-mula kita dengar dulu pendapat Krugman pakar ekonomi dunia...

I’ve described myself as a lukewarm opponent of the Trans-Pacific Partnership; although I don’t share the intense dislike of many progressives, I’ve seen it as an agreement not really so much about trade as about strengthening intellectual property monopolies and corporate clout in dispute settlement — both arguably bad things, not good, even from an efficiency standpoint. But the White House is telling me that the agreement just reached is significantly different from what we were hearing before, and the angry reaction of industry and Republicans seems to co…

Endgame: Mahathir Dari Politikus Genius Hingga Kegilaan Politik Melampau

Image
Kegilaan politik melampau Mahathir ialah menjatuhkan Najib Razak Perdana Menteri. Gagal endgame Mahathir ini bererti hidup Mahathir selama 90 tahun di dunia adalah sia-sia belaka...
Endgame Tun Mahathir adalah posting politik dari WZWH yang pertama kali mula jumpa Mahathir di Kuantan ketika WZWH berumur 13 tahun pada 1981 tahun pertama Mahathir menjadi Perdana Menteri dan seterusnya kebangkitan 22 tahun politik Mahathir yang cemerlang hinggalah kejatuhan beliau kerana kegilaan politik yang melampau.
22 tahun dari umur 13 tahun hingga 35 tahun, WZWH menjadi pengidola dan pengkagum politik Mahathir dalam membangun negara berdepan dengan berbagai cabaran dan krisis. Pada satu ketika WZWH beranggapan Mahathir adalah wali Allah kerana sentuhan politik geniusnya selalu menjadi.
Tidak pernah WZWH mempersoalkan tindakan tindak tanduk politik Mahathir bahkan semuanya WZWH anggap betul belaka demi untuk negara.
Dari arkib sejarah Mahathir menggulingkan Tunku Abdul Rahman.
Dari sejarah kenaikan poli…

Pawn Sacrifice : Bobby Fisher Pemain Catur Legenda Dunia

Image
Bobby Fisher (1943-2008). Foto di awal 1970an dipuncak. Menjadi juara catur dunia yang pertama dari Amerika mengalahkan Boris Spassky juara catur Rusia pada 1972 ketika berumur 29 tahun.

Beliau tidak mahu mempertahankan juara dunia bila dicabar oleh Anatoly Karpov pada 1975 kerana ICF tidak bersetuju dengan syarat beliau. Beliau kemudian menghilangkan diri selama dua dekad dan menjadi eccentric.

Anatoly Karpov mengaku sangat rugi bagi dirinya bila tidak berpeluang berdepan dengan Bobby Fisher.

Sikap beliau yang anti Amerika, anti Yahudi walau berdarah Yahudi sebelah ibu menyebabkan dilucut kerakyatan Amerika. Iceland menerima Bobby Fisher sebagai warganegara ketika dipenjara di Jepun. Beliau meninggal dunia di Iceland pada 2008.




Bobby Fisher masa muda. Foto 1960an. Mula bermain catur pada umur 6 tahun dan menjadi chess prodigy menjuarai banyak kejohanan catur Amerika. Menjadi pemain catur tahap Grandmaster ketika berumur 15 tahun pada 1958.




Bobby Fisher masa tua macam Leonardo Da Vincci ah…