Nuffnang Ads

Pages

Friday, January 29, 2016

Mengenali Tokoh Kedah YB Dato' Dr Ku Abdul Rahman Bin Ku Ismail



YB Dato' Dr Ku Abd Rahman adalah EXCO Pelaburan, Industri dan Perdagangan dalam negeri.

Beliau adalah ADUN Guar Chempedak 

Dato' Dr Ku Abd Rahman kelihatan mempunyai potensi yang paling tinggi berdasarkan latar belakang beliau , selain daripada menjadi ahli EXCO yang paling kanan dalam barisan Kerajaan Kedah

Berumur 63 tahun.

Anak jati Yan Kedah.

Darjah Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato’ dan Bintang Khidmat Masyarakat (BKM) oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, masing-masing pada tahun 2003 dan 1994.

Beliau juga menerima ’Special Medal of Diplomacy in recognition of outstanding contribution in the field of foreign affairs’ oleh kerajaan Taiwan pada Jun 2007. Beliau adalah Ketua Perwakilan Malaysia yang pertama diberikan anugerah berkenaan.

Dilahirkan Di Yan Kedah pada 23 September 1952.

KELULUSAN
Berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Getah (Rubber Science) dari Loughborough University, England, United Kingdom. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains dan Teknologi Polimer dari North London University, England dan Ijazah Sarjana (M.Sc) dalam bidang yang sama dari Loughborough University

KERJAYA
Terpilih sebagai Wakil Rakyat (ADUN) di kawasan Guar Chempedak pada Mac 2008. Sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia (Defacto Ambassador, Ketua Perwakilan) di Taiwan (2005-2007), Pengarah Urusan Kumpulan Bina DarulAman Bhd. (2001-2004), Setiausaha Politik Kepada Menteri Pertahanan (1997-1999), Setiausaha Politik Kepada Menteri Luar Negeri (1999-2001), Pengarah Teknikal MARDEC BHD (1989-1997) dan Saintis Kanan di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (1976-1988). Sekarang ini menganggotai Lembaga Pengarah, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Anglo Eastern Plantation Sdn Bhd (anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera) dan Melati Ehsan Holding Bhd. (Pengerusi), Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi negeri Kedah. Baru-baru ini terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jenan, Naib Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara dan Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Yan.

HOBI
Membaca, menulis, aktiviti kemasyarakatan dan bertukar-tukar fikiran.

Keturunan keluarga berasal dari Keluarga Wan Kedah.

Thursday, January 28, 2016

Raja Arab Saudi Menerima Mengadap Menteri Kabinet Malaysia, Kalau DS Najib Bohong Sudah Tentu Kena Halau Awal-Awal Lagi!

King Meets with Malaysian, Indonesian and Bruneian ministers of defense in Riyadh

Ini bukti DS Hishamuddin Hussein Onn, Menteri Pertahanan mengadap Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud , Raja Arab Saudi dan Penjaga 2 Masjid Suci pada hari Rabu di Riyadh.

Kalau DS Najib berbohong menerima dana politik dari Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud sudah tentu Raja Salman tidak akan menerima mengadap Menteri Kabinet dari Malaysia bahkan mungkin dihalau sahaja sepupu DS Najib ini kerana murka!

Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bertemu dengan Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu ; Menteri Pertahanan Dato' Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Menteri Pertahanan Kesultanan Brunei Leftenan Jeneral Dato' Mohammed Abdulaziz Tameet , pada hari Rabu di Riyadh. 

Dalam pertemuan itu, kerjasama dalam mentakrifkan bidang antara Arab Saudi dan Malaysia, Indonesia dan Brunei telah dikaji semula . 

Ini adalah mesyuarat kedua dalam hanya lebih sebulan antara kerajaan Arab Saudi dan Menteri Pertahanan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan pertengahan Disember selepas Arab Saudi  mengisytiharkan perikatan tentera Islam untuk memerangi keganasan. 

Perjumpaan itu telah dihadiri oleh Timbalan Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz , Timbalan Kedua Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan; Menteri Negara dan Ahli Kabinet Dr. Musaed bin Mohammed Al- Aiban ; Menteri Kebudayaan dan Maklumat Dr. Adel bin Zaid Altoraifi ; Menteri Luar Adel bin Ahmed Al- Jubeir , dan beberapa pegawai.

Arab Saudi sangat serious dalam membendung keganasan terroris dan extremis agama. Arab Saudi mahu menimba pengalaman Malaysia mengendali keganasan Pengganas Komunis dan Counter Terrorists.

Kerajaan Indonesia turut mahu belajar dari pengalaman dan pengurusan Malaysia membendung keganasan melalui beberapa Akta-Akta, perundangan dsb.

Bila Najib Boleh Berjalan Atas Air Dan Terbang Melintasi Gunung




Ketika Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau meragui yang Najib ini boleh menjadi pemimpin besar.

Kerana 6 tahun sebelum itu nampak lebih sifat feminin kerana tindakan lebih banyak berdiam diri dan tidak membalas.

Walau Raja Bendahara yang selama ini memberi galakan, dorongan dan kepercayaan namun ramai rakyat UMNO tidak berapa yakin.

Hari ini bila Najib boleh berjalan atas air dan terbang melintasi gunung maka semua terpegun tidak terkata.

Hari ini baru Najib menunjukkan ilmu tinggi pendekar silatnya.

Melopong Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.

Ketika ramai hulubalang, juak-juak, pendekar semua menjauhi Najib dulu kini kembali mengelilingi beliau.

Para alumni SriWijaya, Majapahit, Melaka, 5 Daeng, Johor Pahang Riau sudah mula mengkagumi kepimpinan Najib.

Ini pemimpin yang boleh berjalan atas air dan terbang melintasi gunung.

Najib yang sekarang hero Kongfu bukan lagi hero Tamil.

Najib yang boleh berjalan atas air dan terbang melintasi gunung Tahan.

Nescaya berduyun-duyun rakyat menyokong Najib.

Wednesday, January 27, 2016

Quo Vadis Sambalado?




Makam Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud



DS Najib Tun Razak dikurnia Bintang Darjah Kebesaran  the King Abdul Aziz Order of Merit (First Class), Saudi Arabia's highest honour, oleh Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud pada 17 Januari 2010.

Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud  ialah Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Masjid Suci pada tahun 2005 hingga 2015 sila klik sini.

Baginda mempunyai kekayaan peribadi yang dianggarkan bernilai US$18 bilion, menjadikan beliau ketua negara ketiga terkaya di dunia.

Baginda mempunyai hubungan yang rapat dengan DS Najib PM Malaysia.



Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud telah meninggal dunia pada 23 Januari 2015 ketika berumur 90 tahun dikebumikan dengan panduan Sunnah Rasulullah SAW yang cukup ringkas dan sederhana.

Maka seisi dunia menyaksikan bagaimana jenazah baginda disolatkan di Masjid Jami’ Imam Turki Bin Abdullah lalu disempurnakan di Perkuburan Al-Ud Riyadh dengan:

  • Tidak ada tembakan meriam
  • Tidak ada bacaan surah Yaasin
  • Tidak ada payung untuk jenazah
  • Tidak ada taburan bunga di kubur
  • Tidak ada kenduri arwah dan majlis tahlil
  • Tidak ada kemenyan atau setanggi dibakar
  • Tidak ada iringan muzik ketenteraan dan kebesaran
  • Tidak ada doa beramai-ramai dipimpin di atas kubur
  • Tidak disyaratkan berpakaian berkabung yang khusus
  • Tidak ada siraman air mawar atau air Yaasin di kubur
  • Tidak ada ucapan Al-Fatihah disedekahkan merata-rata
  • Tidak ada tafakkur dan pengibaran bendera separuh tiang
  • Tidak ada bacaan talkin dan duduk beramai-ramai di kubur
  • Tidak ada binaan tembok, kubah dan makam di atas kubur
  • Tidak disyaratkan pemakaian ikat kepala atau ikatan lengan yang khusus
  • Tidak ada sedekah atau upah diberikan kepada rakyat yang bersolat jenazah
  • Tidak ada perarakan jenazah, panji-panji dan pingat kebesaran berkilometer jauhnya
  • Tidak ada batu nisan marmar berukir indah yang mahal, melainkan batu nisan simen tidak bertanda
  • Tidak ada amalan menunggu kubur dengan mengkhatamkan bacaan al-Qur’an di atas kubur
  • Tidak ada pentas atau tempat khas disediakan untuk kerabat DiRaja menyaksikan upacara pengebumian
  • Tidak ada cuti berkabung rasmi sehari atau berhari-hari, sekolah dan pejabat kerajaan dibuka seperti biasa
  • Tidak ada menunda-nunda penguburan jenazah sehingga ramai pemimpin atau ketua negara luar tidak sempat sampai
  • Tidak ada tandu usungan jenazah berpedati untuk diusung puluhan orang, melainkan pengusung biasa
  • Tidak ada kain baldu hijau bersulam ayat al-Qur’an menutup jenazah, melainkan menutup jenazah adalah jubah luar atau “Mishlah” yang dipakai oleh si mati ketika hidupnya
  • Tiada penghormatan dengan tradisi ketenteraan seperti pemberian hormat, tiupan bugle, lagu Last Post dan tembakan segerup senapang 3 kali berturut-turut dilaksanakan

Kesemua amalan di atas tidak keluarga baginda laksana, bukan kerana tidak kuat beragama. Tidak pula mereka tinggalkan kerana mereka miskin dari segi kewangan. Bahkan baginda dan kerabat baginda merupakan antara kelompok manusia terkaya di dunia.

Fenomena 'Goyang Basah' Cupi Cupita






Pedangdut Indonesia, Cupi Cupita, paling fenomena mendadak naik karier ini akan dibawa khas secara live ke Karnival Kanpungku Kg Bantal Ulu Tembeling bulan Mac 2016 nanti.

Monday, January 25, 2016

Kelulusan Bukan Syarat Utama Jadi Menteri Besar dan Perdana Menteri-Model John Major



Sir John Major, Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (1990-1997) berkelulusan O-Level (sama taraf dengan SPM Malaysia). Berhenti sekolah dengan mendapat 3 subjek O-Level kemudian buat PJJ correspondence dapat lagi 3 subjek O-Level. 

Ini sumber inspirasi bagi ahli politik Malaysia yang berkelulusan SPM atau SRP untuk bercita-cita menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri.

Tiada halangan. Negara maju seperti UK pun mengiktiraf.

Kelulusan bukan syarat utama menjadi Menteri Besar dan Perdana Menteri.


Tajul Urus Mat Zain

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, semua ADUN di negeri itu layak dan boleh dipertimbangkan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Kedah.

Tajul Urus berkata, walaupun beliau mengakui pendidikan itu penting, namun prestasi seseorang wakil rakyat itu tidak wajar diketepikan hanya semata-mata kerana tidak mempunyai kelulusan yang tinggi.

“Yang PhD (Doktor Falsafah) pun tak tentu boleh melaksanakan (tugas) dengan baik. Orang politk yang sudah melalui banyak pengalaman, yang sudah melalui naik turun mungkin paling baik.

“Kesetian kepada parti dan pucuk pimpinan ada faktor utama,” katanya.

Sunday, January 24, 2016

Pemimpin Terpuji...




Bagaimana Mukhriz Boleh Jinakkan 14 Ketua UMNO Bahagian Kedah?



Kedah adalah negeri tua. Kesultanan Kedah berasal dari keturunan raja-raja Melayu dari abad pertama lagi. Kerajaan Langkasuka adalah kerajaan Melayu tua.

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, Orang Melayu Kedah purba boleh jinakkan gajah-gajah. Burung garuda pun boleh dijinakkan. Orang Melayu Kedah tua pun boleh jinakkan harimau.

Ini kan mahu jinakkan 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah. Lagilah mudah kalau kena caranya.

Mukhriz anak Perdana Menteri, anak mantan Perdana Menteri.

Budaya dan tamadun Orang Melayu menyanjung tinggi anak-anak Raja. Juga anak-anak Bendahara yang sekarang ini dipanggil anak-anak Perdana Menteri.

Orang Melayu terutama lagi Orang UMNO kena pelihara warisan dan tradisi ini.

Jika ada anak-anak Raja atau anak-anak Perdana Menteri buat kesilapan maka perlu ditegur dan diberi tunjuk ajar.

Orang Melayu dan Orang UMNO tidak boleh membunuh karier politik anak-anak Perdana Menteri.

Anak-anak Perdana Menteri perlu digilap supaya bersinar menjadi pemimpin agong Orang Melayu.

Tiada pemimpin yang tidak melakukan kesilapan. Ini adalah proses pembelajaran. Pemimpin belajar dari kesilapan.

DS Najib, DS Hishamuddin, DS Mukhriz, Encik Khairy Jamaluddin (Menantu Perdana Menteri pun boleh diambilkira).

Ini politik dinasti adalah warisan amalan politik tradisional Melayu. Apa masalah?

Bukan Malaysia sahaja , di India, Korea Utara, Indonesia, Thailand, Singapura, Negara-negara Timur Tengah. Malah di US pun pernah berlaku-Ayah, anak, suami dan mungkin isteri menjadi Presiden US.

Come on Mukhriz....you anak Tun Mahathir, 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Jangan malukan maruah Tun Mahathir.

Jangan malukan maruah moyang Mahsuri.

Jangan malukan maruah Menteri Besar Kedah klasik moyang Wan Mat Saman yang membina terusan Kedah.

Bagaimana mahu jinakkan 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah?

Termasuk beberapa ADUN.

Termasuk beberapa Ketua Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Mukhriz belajarlah menjadi anak bangsawan.

Belajar dari DS Najib.

Jinakkan 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah itu.

Beli jiwa dan hati DS Najib!

Saturday, January 23, 2016

Biro Penerangan Memimpin UMNO Dan BN Jerantut Menuju Kemenangan PRU 14



Biro Penerangan UMNO Bahagian Jerantut memulakan Agenda Master Plan persiapan PRU 14.

Pada tahun 2015, Biro Penerangan telah menjalankan banyak aktiviti Program "Membantu Rakyat (MEMBARA) hingga diiktiraf sebagai UMNO Bahagian Jerantut paling aktif dalam Negeri Pahang dan mendapat piala tropi dan ganjaran wang dari Presiden UMNO YAB DS Najib bulan Disember 2015 di PWTC.

Dengan banyak lagi program yang sedang dan akan dijalankan diharap boleh mengerakkan parti dan masyarakat dekat dihati kepada UMNO Jerantut seperti:

Program Membantu Rakyat (MEMBARA).

Program Pemimpin Turun Padang/Majlis Mesra Dan Bermaklumat.

Penubuhan Kelab Pidato Bahagian Jerantut mengalakkan penyertaan anak-anak muda selain melatih Ketua Penerangan Cawangan dan Ketua Penerangan Sayap-Sayap Cawangan bermaklumat menjawab isu-isu semasa.

Selain modul dialog dan ceramah, Kelab Pidato Bahagian Jerantut akan mengadakan Lawatan Retreat ke tempat-tempat menarik.

Jadual mingguan bagi AJK Biro Penerangan dan pemimpin 4 Sayap turun padang ke DUN Damak, DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan seluruh Parlimen Jerantut bergerak bermula Februari depan.

"Tahun 2016 adalah tahun untuk parti" itu kenyataan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

2 tahun ini dengan program-program diatur lebih awal boleh memastikan UMNO Jerantut berupaya untuk menang.

Pemimpin UMNO ada kualiti. Boleh baca khutbah...boleh baca talkin.

Dari 60,000 pengundi Parlimen Jerantut ada 40,000 pengundi orang muda yang perlu UMNO Bahagian Jerantut tawan hati dan mindanya. Sasaran orang muda, jika UMNO Jerantut dapat menawan 2/3 pengundi orang muda itu boleh menjamin mengekalkan prestasi 4-0 bila mana semua Parlimen dan 3 DUN dimenangi oleh UMNO dan BN di PRU 14.

Maka Biro Penerangan mahu berperanan yang terbaik nadi kepada parti berusaha sehabis gigih membuatkan UMNO jadi kuat di Parlimen Jerantut.

Sebab itu Biro Penerangan mahu memulakan langkah awal di awal tahun 2016 menggerakkan suasana, mood dan tempo.

Biro Penerangan bermesyuarat lebih awal dari UMNO Bahagian Jerantut dan lain-lain Biro.

Biro Penerangan mahu semua AJK UMNO Bahagian Jerantut tunjukkan komitmen dan minat membina kekuatan parti.

Biro Penerangan mahu semua AJK Wanita, Pemuda dan Puteri kembali aktif mengerakkan parti.

Biro Penerangan mahu semua Belia-Belia aktif partisipasi melibatkan diri dengan program-program kerajaan.

Biro Penerangan mahu semua NGO-NGO membantu kerajaan.

Biro Penerangan mengalu-alukan sumbangan ADUN Tahan kembali membara aktif dengan program-program menarik , sentuhan orang kampung tradisional, masyarakat Felda dan masyarakat bandar serta terutama menarik sokongan dan minat 40,000 pengundi muda Jerantut.

Akhir kata WZWH ucapkan yang terbaik kepada UMNO Bahagian Jerantut.

Kita bekerja sepasukan...



YB Dato' Ahmad Shukri Ismail (ADUN Pulau Tawar) Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian Jerantut mempengerusi mesyuarat, YB Tn Hj Nazlan Idris Ketua Bahagian (Ahli Parlimen Jerantut) turut memberi ucapan amanat, dan Ustaz Mohd Sofi Hamzah Setiausaha Biro Penerangan pemimpin muda DUN Damak yang berpotensi.



AJK Biro Penerangan UMNO Bahagian Jerantut yang terdiri dari pemimpin akarumbi, belia, pemimpin UMNO 4 Sayap, Agensi Kerajaan Jasa, Kemas, Seranta dan pengamal media baru termasuk blogger Negeri dan Nasional.



Biro Penerangan sentiasa ke depan dan memimpin UMNO Bahagian dan BN Jerantut mengekal prestasi kemenangan PRU 14.




WZWH memberi beberapa cadangan membangunkan Biro Penerangan dan Media Baru UMNO Bahagian Jerantut dalam memastikan kemenangan BN dalam PRU14 nanti.

Thursday, January 21, 2016

Adab Dan Etika Orang Melayu Menjatuhkan Pemimpin




Yang menjatuhkan pemimpin bukan manusia dan jin...

Yang boleh menjatuhkan pemimpin ialah Allah...

Yang boleh mengangkat pemimpin pun Allah...


Adab adalah penentu kepada jatuh bangun seseorang pemimpin, bangsa dan sesebuah negara kerana ia memperingati bahawa taraf kemuliaan seseorang itu bukan ditentukan oleh faktor kuasa, kekayaan mahupun keturunan, tetapi oleh kriteria yang terkandung di dalam Al-Quran daripada segi pengetahuan, kecerdasan otak dan sifat murni.

Pada masa sekarang elemen kurang beradab hingga mencetuskan berlakunya kelakuan tidak beradat semakin sehari semakin ketara dan lebih memalukan ia dilakukan oleh orang dewasa yang berjawatan besar, penting, berpendidikan tinggi dan professional.

Kelakuan itu bukan berlaku di tepi jalan atau di pasar tetapi turut berlaku di tempat yang sepatutnya mencerminkan setinggi tertib dan sehalus budi.

Bagaimanakah rupa bentuk negara bangsa yang akan terbina nanti jika elemen adab dan adat sudah tidak lagi ada di kalangan warganya.

Adakah lengkap ukuran sebuah negara maju, sebuah negara kaya, jika warganya mundur dengan adab dan miskin dengan adat.

Adab dikaitkan dengan pendidikan manusia yang luhur yang mana apabila kuasa dan sumber diuruskan oleh individu yang tidak memahami idea induk, maka akan berlakulah penyalahgunaan kuasa, pembaziran sumber dan diikuti suasana kekeliruan intelek serta moral.

Salah urus sumber mengakibatkan berlakunya kemiskinan yang berpanjangan dan kemusnahan institusi-institusi penting.

Adab merangkumi elemen kemanusiaan, kebajikan, kasih sayang serta sifat menghormati ibu bapa, menghormati orang tua, menghormati kanak-kanak, menghormati jiran tetangga dan menghormati pemimpin .

Dalam kebatasan pemikiran, pengetahuan serta pengalaman, adalah penting bagi negara, masyarakat dan individu untuk memberikan perhatian utama kepada elemen adab dan adat dalam program membangunkan modal insan supaya rakyat dapat dibangunkan secara seimbang agar negara tidak berjalan tempang.

Raja-raja Melayu telah terpahat di tinta sejarah sebagai raja yang berdaulat dan kerajaan berpaksikan raja itu telah membina tamadun negara bangsa, melaksanakan sistem pemerintahan yang membawa kemakmuran yang dapat dinikmati oleh rakyat pribumi begitu juga dagang dan senteri yang telah memilih berhijrah ke bumi ini serta bersedia untuk berada di bawah naungan pemerintahan dan adat resam pemerintahan raja-raja Melayu.

Raja-raja Melayu itu amatlah besar peranannya dalam menentukan rupa bentuk warga juga dalam menetapkan identiti negara bangsa, berperanan sangat berpengaruh dalam menyebar dan menerapkan ajaran Islam khususnya di kalangan warga berketurunan Melayu.

Raja-raja Melayu telah memperkenalkan sistem pemerintahan yang berlandaskan adab dan tertib yang berjaya membina satu budaya yang halus dan satu tamadun yang tinggi.

Barisan kepimpinan kerajaan negeri perlu berjanji akan tetap memelihara suasana aman dan tenteram serta kondusif bagi meneruskan agenda pembangunan rakyat dan negeri.

Barisan kepimpinan negeri perlu menyeru pihak lawan supaya tidak keterlaluan menimbulkan sengketa yang kelak membawa padah kepada kesejahteraan hidup rakyat.

Politik permusuhan dan kebencian yang tidak berkesudahan dan tidak membawa sebarang kebaikan perlulah dikendurkan.

Suasana harmoni dan kondusif di negeri dan kepentingan rakyat tidak harus dibiarkan menjadi korban persengketaan politik bagi memenuhi cita-cita sempit pihak tertentu.

Happy Birthday WZWH...Long Live The Blogger!






WZWH menikmati keindahan alam flora & fauna di Sg Tahan, Taman Negara , Lembah Tembeling, Jerantut.


Happy Birthday WZWH...Long Live The Blogger...setiap 21 Januari.

WZWH bersyukur kepada Allah kerana dikurnia usia hidup hingga saat ini.

Semoga Allah memberkati apa WZWH buat.

WZWH wish....untuk Lembah Tembeling may Allah makbulkan permintaan WZWH:

Membangunkan Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah

Dan Menjayakan Projek Penternakan Ikan Sturgeon for Caviar Park.

Semoga Kerajaan Negeri Pahang cepat meluluskan.

Terima kasih Putrajaya yang membantu.


This is WZWH's birthday wish.

Wednesday, January 20, 2016

Krisis Politik UMNO Kedah Apa Tindakan DS Najib?




Kerajaan Kedah mengalami krisis politik UMNO parti yang majoriti membentuk kerajaan.

Pemimpin Kedah yang terdiri dari majoriti 14 dari 15 Ketua UMNO Bahagian, majoriti ahli parlimen dan ADUN serta pemimpin-pemimpin sayap UMNO negeri sudah hilang kepercayaan kepada MB kedah DS Mukhriz Mahathir.

Pemimpin Kedah mahu DS Mukhriz berundur. Pada masa yang sama Mukhriz mengumpul rakyat menyokong beliau di Alor Setar.




Pada press conference jelas penyokong-penyokong DS Najib ramai di situ. Kenapa tiba-tiba pemimpin Kedah jadi berani?

MB dilantik dari parti yang majoriti oleh Sultan atas nasihat Perdana Menteri.

Semua pihak boleh mendesak MB berundur tapi keputusan mutlak adalah ditangan Perdana Menteri.

Masalah di Kedah siapa yang boleh ganti Mukhriz ketika ini?

Mana-mana yang mahu jadi MB itu ramai yang kaki sabotaj, kaki bodek, kaki lalang, kaki hayau  dan kaki tidak berpelajaran-tiada integriti

Mukhriz lebih disukai oleh grassroot. Orang PAS ramai suka kepimpinan Mukhriz MB Kedah.


DS Najib ada dua pilihan:

1) Ikut kehendak 14 Ketua Bahagian, Majoriti ahli parlimen dan ADUN serta pemimpin sayap lalu tukar MB Kedah, ganti Mukhriz dengan tokoh lain yang lebih integriti.

Apa kesan kepada politik Kedah. Bolehkah Kedah memenangi PRU 14.

Apa kesan kepada Tun Mahathir? Adakah Tun Mahathir akan lebih panas lagi kritikan politiknya.

Susah juga untuk DS Najib buat keputusan.

Nanti ramai Ketua-ketua Bahagian, ahli parlimen, ADUN dan pemimpin sayap dari negeri-negeri lain akan buat benda yang sama seperti UMNO Kedah buat tukar MB masing-masing!


2) Ikut cara Tun Mahathir dulu di Kedah berlaku  semasa Tun Mahathir yang jadi PM. Tun Mahathir dulu panggil puak yang tentang MB, dia buka X-FILE masing-masing. Balik bodoh aje Jika Najib guna approach Tun Mahathir dulu...senyap.

Mukhriz pun kena reti bahasa kena berbaiah dengan DS Najib ucap taat setia jangan keras kepala. MB kena taat setia kepada Perdana Menteri.

Tun Mahathir cukup-cukuplah bantai DS Najib!


WZWH berpendapat DS Najib punya wisdom untuk membuat keputusan yang bijaksana untuk menyelesaikan krisis politik UMNO Kedah.

Sungai Kiol International Golf & Country Club Jerantut




Keberangkatan KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ke Majlis Santapan dan Jamuan Malam sempena Perasmian Mahkota Golf & Country Club Kuantan (MGCCK) malam tadi.

Jerantut merupakan sebuah bandar pesat membangun di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 180km  dari Kuantan. Jerantut juga memiliki nama yang sama bagi daerahnya. Keluasan keseluruhan Jerantut ini adalah 7,563.46 km persegi dan merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang.





















Kawasan seluas 1955.54 ekar di Lembah Kiol, Jerantut akan dimajukan untuk menaik taraf padang Golf dan lain-lain kemudahan termasuk Resort serta Taman Rekreasi yang berhampiran.

Projek ini bertujuan untuk:


  • Menaiktaraf Padang Golf dan Kelab Golf sedia ada kepada kelab golf bertaraf antarabangsa.
  • Komponen-komponen lain seperti pembangunan Hotel dan Resort, Perumahan, Pusat Pendidikan & Penyelidikan dan variasi Taman Tema juga akan dibangunkan supaya ianya harmoni dengan pembangunan yang sedang dan bakal dijalankan di Jerantut.
  • Pembangunan baru direka khas dengan mengambil inspirasi daripada hutan hujan tropika yang masih subur di sekitar kawasan tapak pembangunan dengan mengambil kira sensitiviti penduduk tempatan berhampiran.
  • Pelan induk pembangunan pula mengikut topografi alam semulajadi sedia ada dan setiap pembangunan direka dengan menangkap suasana hutan dan padang golf yang hijau nan luas. 
  • Konsep reka bentuk pembangunan adalah seni bina vernakular tradisional menjadikan ia suatu gaya pembaharuan yang unik, anggun, serta dapat membawa pengunjung merasai pengalaman hidup santai gaya tropika.
  • Menjadikan tapak pembangunan sebagai destinasi pelancongan yang unik dan bertaraf antarabangsa.
  • Menjadikan Jerantut sebagai 'permata' yang bakal bermain dibibir para pelancong di dalam dan luar negara.
  • Mengetengahkan ciri-ciri keselesaan dan kemewahan di dalam konsep semulajadi serta pengaruh kebudayaan dan ekonomi masyarakat setempat.
  • Menitikberatkan kemampuan dan keselesaan pengunjung dalam perancangan pembangunan.
  • Perkhidmatan mesra pengguna dan bertaraf antarabangsa agar pelancong berulang kali mengujungi tempat ini.

Projek Sungai Kiol International Golf & Country Club (SKGCC) ini dijalankan dengan biayai pelaburan swasta bernilai RM3 bilion.

Tuesday, January 19, 2016

Semua Rakyat Perlu Sokong DS Najib Isu Keselamatan Negara



DS Najib PM, KSN Pentadbiran, PAT dan IGP: Top level high power committee menangani isu keselamatan negara-Ancaman ISIS.


Saya telah arahkan pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menjalankan rondaan bersama dengan segera untuk memastikan keselamatan rakyat terjaga.

Langkah-langkah pencegahan awal ini diambil berikutan serangan ganas yang berlaku di beberapa bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Orang ramai dinasihatkan supaya menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Kenyataan DS Najib


WZWH berpendapat ada perkara tertentu yang kita semua rakyat Malaysia tidak kira apa ideologi politik perlu bersatu menyokong seperti isu keselamatan negara.

ISIS adalah militan extreme Islam mengancam dunia dengan letupan bom, pengebom berani mati dll kegiatan terroris. Banyak negara-negara Islam telah menjadi mangsa. Yang terbaru negara jiran Indonesia.

Ancaman dan cubaan untuk mengebom beberapa lokasi di Malaysia adalah serious dan bukan main-main. Oleh kerana pihak intelligence KDN dan ATM adalah antara yang terbaik dunia dapat mencegah dari berlaku.

Tetapi ini tidak boleh menjamin bahawa Malaysia ini boleh bebas 100% dari ancaman ISIS. Kerjasama yang erat antara Kerajaan, Pentadbiran, Polis, ATM dan Rakyat sepenuhnya semua Rakyat dan parti politik-parti politik, NGO-NGO perlu untuk kali ini:

AGREE TO AGREE Sokong DS Najib - Isu Keselamatan Negara.

Pada orang Melayu dan Islam di Malaysia perlu tahu sejarah militan dan terroris militan Islam;

Tun Mahathir Mengenang 40 Tahun Almarhum Tun Razak




TUN RAZAK
1. Adalah sukar untuk membayangkan bahawa 40 tahun telah pun berlalu sejak peninggalan Tun Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia yang merdeka, yang dihormati dan dikasihi.
2. Tatkala menonton dokumentari TV mengenai kehidupan dan zaman beliau, saya tidak tahan berasa sedih. Itulah zaman yang gemilang. Pemimpin pada masa itu berdedikasi, cenderung untuk membangunkan negara dan menangani jurang perbezaan dalam masyarakat Malaysia. Tun Razak adalah orang yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.
3. Dia pisahkan diri dari tali ikatan Komanwel British, dan melawat Rusia dan Cina. Angin perubahan bertiup kuat.
4. Adalah amat menyedihkan dia diambil pergi dari kita begitu awal.
5. Saya sudah tentunya berasa amat sedih kerana saya terhutang segala-galanya kepada beliau. Saya dipecat daripada UMNO dan orang-orang yang dipecat sebelum saya tidak pernah kembali. Kerjaya politik mereka rosak.
6. Tetapi beliau bukan sahaja membenarkan saya kembali ke pangkuan tetapi kemudiannya melantik saya sebagai seorang menteri penuh. Saya telah digambarkan sebagai anak emas Tun, yang menimbulkan kemarahan ramai orang kuat UMNO.
7. Sebagai seorang doktor saya perhatikan pada awal lagi bahawa kesihatan beliau semakin merosot. Pada satu majlis di bangunan Parlimen sebelum berlepas ke UK, beliau menarik saya ke sebelah dan memberitahu saya bahawa dia sedang menghidapi leukemia. Dia memberitahu saya untuk bercakap dengan doktor beliau, Dr. Macpherson. Saya berbuat demikian, dan tahu bahawa tempoh “remission” (keredaan sementara penyakit atau kesakitan) akan menjadi pendek dan lebih pendek. Dia tidak akan dapat terus hidup lama. Tetapi saya tetap terkejut apabila mendengar beliau meninggal dunia. Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat. Beliau berkeupayaan melakukan perbezaan yang besar kepada masa depan negara ini yang beliau berjuang begitu keras untuknya.
8. Bagi saya kerugiannya adalah peribadi. Tun Hussein yang menggantikan beliau tidak pernah rapat dengan saya dan saya fikir ini adalah akhir bagi kerjaya saya.
9. Tetapi tidak. Tidak, kerana Tun Razak telah bercakap sesuatu yang baik untuk saya kepada Tun Hussien.

Sebatang Balak Yang Ditinggalkan Membawa Harapan...


Foto ihsan MMAW-pendalaman Sabah satu ketika dulu.


Sebatang balak

Sebatang balak yang ditinggalkan

Sebatang balak yang ditinggalkan di tengah jalan

Sebatang balak yang ditinggalkan membawa harapan

Sebatang balak yang kalau dijual oleh penoreh getah 

boleh seminggu tidak potong susu

Sebatang balak yang kalau dijual oleh nelayan sungai

boleh seminggu tidak menjala

Sebatang balak yang kalau dijual oleh buruh kasar 

boleh seminggu makan angin

Sebatang balak yang kalau dijual oleh orang Iban

boleh kenduri rumah panjang

Sebatang balak yang kalau dijual oleh towkay 

boleh puff sekotak cerut Cuba

Sebatang balak yang ditinggalkan di tengah jalan

kalau tidak ditebang boleh menyumbang oksigen 

selama beratus dan beribu tahun kepada dunia

Monday, January 18, 2016

Pahang Sudah Ketandusan Pemimpin...A State Without Leaders!



Pahang di dalam bahaya. Masa depan Pahang kelam kerana krisis vacuum kepimpinan.

Pahang saiz sama dengan Belanda tetapi tidak mencapai taraf ekonomi, politik dan sosial seperti Belanda. Pahang mahu maju macam Belanda.

Tapi sayang bila Pahang sudah ketandusan pemimpin...a state without leaders.

Pahang vacuum kepimpinan. Pahang sudah tiada pemimpin.

Pemimpin tidak digroom.  Pemimpin demoted. Pemimpin tidak naik pangkat.

Akhir pemimpin sudah bosan. Pemimpin jadi diam belaka. Pemimpin senyap semuanya.

Pemimpin yang demoralised ini tidak boleh menjadikan Pahang seperti Belanda.

Pemimpin/leaders are people who are able to express themselves fully.

They know who they are, what their strengths and weaknesses are. 

How to fully deploy their strengths compensate for their weaknesses.

They also know what they want, why they want it, and how to communicate what they want to others  in order to gain their cooperation and support.

Finally, they know how to achieve their goals.

Itulah masalahnya bila pemimpin Pahang,

Tidak tahu apa mereka mahu.

Kenapa mereka mahu?

Tidak tahu komunikasi.

Macam mana mahu dapat kerjasama dan sokongan?

Tidak tahu mencapai matlamat.

Leaders have a significant role in creating the state of mind that is the society.

They can serve as symbols of the moral unity of the society.

They can express the values that hold the society together.

Most important, they can conceive articulate goals that lift people out of their petty preoccupations, carry them above the conflicts that tear a society apart

and unite them in pursuant of objectives worthy of their best efforts.

Saturday, January 16, 2016

Isu Bauksit: Moratorium Bersyarat, Extend... Infinity? Putrajaya DarulMakmur






Ada pun semua pelombong galian tanah merah di negeri Pahang ini tidak kira yang halal dan yang haram serta yang sama terlibat mencari rezeki bersama , pemandu kereta besi berat, besi ringan hatta bukan besi, semua yang bekerja menjadi buruh, kuli dan peraih diperintahkan menerima titah Putrajaya yang orang sehari dua ini panggil MORATORIUM 3 BULAN.

Moratorium ini mengikut erti bahasa orang Pahang ialah larangan dan sekatan membuat apa-apa pekerjaan mengeluarkan galian tanah merah, mengusungnya guna kereta besi, membersihkan galian dan hingga jual kepada pedagang Benua China di Pelabuhan Kuantan.

Larangan dan sekatan ini ada syarat-syaratnya umpama ceritera syarat-syarat peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Melaka.

Jika tidak dipatuhi dan penuhi semua syarat-syarat itu maka dilanjutkan lagi 5 atau 6 bulan seterusnya hingga Putrajaya berpuas hati kalau tidak sampai kiamatlah Orang Pahang tidak boleh melombong galian tanah merah ini dan saudagar Benua China kempunan tidak boleh membeli akhir susahlah pekerjaan mencari rezeki di negeri Pahang ini.

Teringat zaman Inggeris di Pahang dulu, larangan dan sekatan melombong kepada Orang-Orang Besar Pahang. Marah mengamuklah Orang Besar Pahang semua tidak kenyang makan minum dan serba pakaiannya.

Dengan rahmat Allah adalah cucu-cicit yang pandai berbahasa moden cara Putrajaya menerangkan kepada nenek moyang larangan dan sekatan itu-MORATORIUM.

Katanya Putrajaya menghisab hasil galian tanah merah ini yang ada nama baru-bauksit itu dikeluarkan untuk dijual kepada pedagang Benua China, eksport bahasa niaganya sebanyak 26 juta tan setahun.

Katanya Putrajaya marah sebab kerja-kerja melombong bauksit ini mencemarkan alam sekitar, membuat kehidupan rakyat Pahang yang tidak terlibat tidak selesa dan tidak bahagia, jalanraya berdebu, kereta dan motor kotor, pakaian kotor, penyakit batuk dan gatal badan.

Ada pula sampai sungai kotor, laut kotor hingga ikan mati di sungai.

Putrajaya juga marah sebab bukan sahaja hasil mashur yang dicukai sikit tidak seberapa dapat ke Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur ini patut dapat lebih lagi.

Putrajaya pun tidak dapat hasil mashul juga.

Patutlah moratorium.

Kita semua lihat apa moratorium itu:


BULAN PERTAMA

  • Stockpile di Kuantan Port clear. Boleh dieksport.
  • Cleaning system
  • water affluent filtered and treated before release to river
  • 11 stockpiles diluar Kuantan Port perlu ada mitigation started, drainage dan washing bay system
  • Tempat dijadikan centralised stockpile-hanya ada satu stockpile tidak 11 stockpiles macam sekarang yang ada system drainage, filtration, washing bay.
  • Standstill-menghad pergerakan lori


BULAN KEDUA

Clearing all 11 stockpiles outside Kuantan Port-eksport


BULAN KETIGA

  • reinstall, everything all integerated stockpiles fixed with all mitigating factors, drainage, wall, terms and conditions of AP according to port capacity.
  • AP dari Kementerian hanya untuk syarikat tidak diberi kepada individu 

Apa berlaku kalau syarat-syarat tidak dipatuhi maka dilanjutkan lagi EXTEND hingga 5 atau 6 bulan sehinggalah Putrajaya dan Kerajaan Negeri Pahang berpuas hati.

Pahang ada 22 pelombong berlesen halal.

Yang tak berlesen itu aktiviti yang terlibat dengan tanah-tanah individu rakyat Pahang. Apa penyelesaiannya?

Pemberian doket-doket kepada pelombong tak berlesen ini TIDAK DIBENARKAN menyalahi undang-undang.

Bagaimana dengan beratus-ratus mineral di bumi Pahang yang sedang, tengah, akan dikeluarkan pada masa depan?

Moratorium lagi?

Moratorium Bauksit, Moratorium Besi, Moratorium Timah, Moratorium Emas, Moratorium Graphite, Moratorium Baryte, Moratorium Perak. Moratorium Tembaga, Moratorium Silica, Moratorium Uranium dan banyak lagi...

Moratorium Balak?

Moratorium Sturgeon? He..he..he...

Moratorium Pahang Darul Makmur.

Putrajaya Darul Makmur!