Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, January 31, 2017

Projek Sturgeon Kuala Tahan TETAP DITERUSKAN Walau Halangan, Rintangan, Dugaan Melanda!





Sesuatu rancangan yang baik untuk masyarakat dan negara selalunya banyak halangan, rintangan dan dugaan ditempuhi baru boleh berjaya.

Lebih banyak cabaran dan halangan lebih menarik sesuatu projek itu. Itu tanda projek itu berpotensi tinggi. 

Tentangan dan sabotaj adalah lumrah dan perkara biasa bagi menguji ketahanan dan kesabaran kepimpinan.

Sabotaj boleh datang dari luar dan dalam.

Kenali dan atasi segala halangan, rintangan, dugaan dan sabotaj itu.

Baru boleh menghasilkan kepimpinan berkelas tinggi.

Allah suka hambanya yang tetap tabah dan sabar berusaha sepenuh jiwa raga serta bertawakal.

Kejayaan, kemakmuran dan keberkatan pasti dinikmati akhirnya.

Projek Sturgeon Kuala Tahan TETAP DITERUSKAN!

Friday, January 27, 2017

Kerugian Antara Dua Darjat Rugi Niaga Forex RM44 Bilion dan Temasek Rugi RM73 Bilion

Image result for bank negara forex scandal

Kerugian RM44 Bilion Niaga Forex Terbesar Dalam Sejarah 1991-1994, Kenapa Tun M Tidak Siasat?


Kenapa Kerajaan jadi speculator? SILA KLIK SINI

Temasek Rugi RM73 Bilion, Mana WSJ? Tiada bising di Singapura! SILA KLIK SINI


Kerugian antara dua darjat.


Tidak ada apa-apa. Kewangan negara tidak terjejas jawab Mahathir.

Mahathir perlu bertanggungjawab terhadap kerugian antara dua darjat ini.

Sunday, January 22, 2017

TIDAK Ada Lagi Orang Miskin Dan Fakir Di Negeri Pahang Darulmakmur



KDYMM Pemangku Raja Pahang begitu perihatin dan cakna kepada bencana, musibah dan kesusahan Rakyat Pahang. Foto Tengku Mahkota Pahang bertitah Rakyat Pahang perlu bangkit dari trauma banjir dua tahun dulu di Kuala Tahan, Jerantut.

TIDAk ada lagi orang miskin dan fakir di Negeri Pahang Darul Makmur.


WZWH percaya dengan bantuan dari Kerajaan Pusat, Kerajaan Pahang dan agihan kutipan zakat di negeri Pahang sebanyak lebih RM100 juta setahun TIDAK ada lagi orang miskin dan fakir di negeri Pahang Darulmakmur ini.

Bantuan Kerajaan Pusat melalui Felda untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui penempatan semula dan kegiatan ekonomi dan lain-lain agensi MARA,Felcra, Risda, Mardi, Fama, Peladang dll telah bukan sahaja mengurangkan kemiskinan malah menghapuskan fakir miskin.

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada orang miskin, OKU @OIstimewa dan ibu tunggal yang sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan kemiskinan.

Belum diambilkira lagi BRIM bagi penduduk Negeri Pahang. Kalau dinaikkan BRIM dari RM1200 kepada RM3000 lagi baik!

Bantuan Kerajaan Negeri Pahang melalui Pemberian Tanah samada geran kekal, GSA, sementara TOL dsb telah membuat Rakyat Pahang dan Rakyat Luar Pahang yang berhijrah ke Pahang hingga keturunan generasi ke 2 dan 3 menikmati hasil hingga kini.

Sumbangan dari Pejabat Menteri Besar Pahang, Agensi-agensi Negeri seperti Yayasan Pahang, PKNP, LKPP, ASPA, dll turut membantu Rakyat Negeri Pahang keluar dari kepompong kemiskinan.

Antara sumbangan Kerajaan Negeri Pahang yang paling besar ialah menyediakan tanah kepada Felda dengan premium yang rendah dan tiada premium kepada 115 penempatan tanah rancangan Felda yang paling ketara membasmi kemiskinan.

115 Rancangan Felda ini di Negeri Pahang seperti berikut:

Felda Wilayah Kuantan ada 41 
Felda Wilayah Mempaga ada 37
Felda Wilayah Jengka ada 37


Agihan kutipan zakat di negeri Pahang sebanyak lebih RM100 juta setahun membantu lagi dengan berkat dan suci kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Zakat adalah perintah dari Allah termaktub dalam Al-Quran bagi membantu ekonomi dan sosial orang Islam.

Zakat bukan sebahagian dari bajet kerana ianya adalah derma orang Islam kepada orang Islam yang miskin dan 8 golongan asnaf.

Pahang seperti negara dan negeri Islam yang lain beruntung kerana selain bajet mengikut ekonomi contemporary ada mendapat faedah dari zakat yang dikutip.

Perlu diingat Kerajaan Negeri Pahang tidak mengutip zakat.

Majlis Ugama Negeri Pahang Dan Adat Resam Melayu (MUIP) dibawah KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan naungan Sultan Pemerintah Negeri Pahang mengutip zakat melalui Pusat Kutipan Zakat (PKZ).

Pihak lain tidak dibenarkan mengutip zakat terutama parti politik contoh PAS selalu mengutip zakat secara illegal.

Secara kasar agihan kutipan zakat di Pahang adalah lebih RM100 juta setiap tahun yang diberi kepada golongan 8 asnaf. Tidak ramai pemimpin dan rakyat tahu agihan ini.

Media kurang highlight agihan kutipan zakat oleh MUIP.

Majoriti kes-kes yang dipaparkan oleh media mengenai orang susah, orang miskin, ibu tunggal dan OKU sebenarnya telah diberi sumbangan agihan kutipan oleh MUIP tetapi tidak dilaporkan cerita sebenar.

8 golongan asnaf layak menerima agihan kutipan zakat ialah:

  • Amil
  • Fakir
  • Miskin
  • Muallaf
  • Ibnu Sabil
  • Gharimin
  • Riqab
  • Fisabilillah

Contoh-contoh maksud 8 golongan asnaf adalah seperti berikut:
































































Sebagai contoh pembaikan masjid dan surau di Daerah Jerantut sahaja pada tahun 2014 sejumlah RM674,295.00 telah diberi dari agihan kutipan zakat.

Ramai pemimpin tidak sedar peranan zakat membantu ekonomi dan sosial Pahang terutama kepada orang Islam.

MUIP perlu beri taklimat kepada pemimpin terutama pemimpin akar umbi di kampung-kampung dan taman-taman perumahan supaya peka dengan 8 golongan asnaf ini supaya kutipan agihan zakat boleh diberi kepada yang layak.

Media massa perlu highlight agihan kutipan zakat kepada 8 golongan asnaf oleh MUIP.

WZWH percaya dengan agihan kutipan zakat di negeri Pahang sebanyak lebih RM100 juta setahun dan bantuan dari kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Pusat tiada ada lagi orang miskin dan fakir di negeri Pahang Darulmakmur ini.

Friday, January 20, 2017

Janji Najib Projek Perumahan Generasi Baru Felda 20,000 Unit Siap 5 Tahun Apa Tindakan Shahrir Samad Pengerusi Felda?

Image may contain: 1 person, standing, sky and outdoor
Tan Sri Shahrir Samad Pengerusi Felda yang baru dilantik terus turun padang di Felda Sungai Retang DUN Tahan Jerantut Pahang meninjau Projek Perumahan Generasi Baru (PGBF) seluas 40 ekar yang sepatutnya disiapkan 400 unit cuma 52 unit baru didirikan rangka tiang rumah pada 18 Januari 2017.


Majlis penyerahan surat tawaran Perumahan Generasi Baru Felda kepada 26 pemilik anak peneroka dan pekerja kilang Felda pada 18 Januari 2017. Rumah Contoh projek pertama di Malaysia di Felda Padang Piol DUN Tahan Jerantut. Mula dibina 2013 dan siap 6 bulan lepas itu. Kerajaan Negeri Pahang sedia beri tanah 100 ekar tanpa bayar harga premium kepada Felda untuk buat rumah 500 unit lagi Fasa 2 di Felda Padang Piol. Bagi menampung ekonomi, 1500 ekar tanah lagi disediakan supaya Felda dan lain-lain agensi dan swasta boleh bangunkan usahawan tani, industri dan komersial generasi baru Felda Padang Piol.


Posting ini examine memberi status report apa yang berlaku kepada janji DS Najib mahu bina Projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) sebanyak 20,000 unit dalam masa 5 tahun dan Apa tindakan yang dilakukan oleh TS Shahrir Samad Pengerusi Felda yang baru.

Janji ini dibuat pada tahun 2013. Setelah 2014, 2015, 2016, sekarang awal 2017 dan tahun depan 2018 bolehkah dari 8470 unit telah siap boleh disiapkan lagi baki 11,530 unit sebelum pertengahan 2018?

Kepada DS Najib 20,000 unit rumah PGBF ini kos RM 2 bilion boleh disiapkan dalam masa 5 tahun. Tidak susah buat, mudah kalau ikut kira-kiranya.

Tapi apa yang DS Najib mahu Felda tidak boleh baca, disuruh buat rumah generasi baru Felda kos murah, Felda lebih tertarik dengan cadangan-cadangan  buat rumah kos sederhana dan sederhana tinggi.

Apa yang generasi baru Felda mahu ialah rumah yang kos pembiayaannya rendah kalau boleh lebih rendah dari RM500 sebulan mungkin RM250 kerana ramai generasi baru Felda yang tidak punya pendapatan tetap tidak ada payslip.

Rumah yang begitu harganya RM50,000 ke bawah. Dari cadangan Felda dari rumah generasi baru Felda berharga RM200,000 seunit akhirnya banyak kali disemak RM180,000, RM150,00 hingga kepada RM90,000.

DS Najib tidak puas hati mahu harga rumah diturunkan hingga RM70,000. Ada cadangan dari ADUN Tahan mahu rumah dikurangkan lagi hingga ke bawah RM50,000 seunit.

Pening kepala kontraktor-kontraktor yang tertarik dengan cadangan-cadangan asal kerana tidak boleh untung besar pada fasa pertama.

Posting ini memberi gambaran status Projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) di DUN Tahan, Pahang dan di seluruh negara. Apa masalah dan permasalahan serta apa penyelesaiannya?

WZWH telah menulis 2 posting berkenaan sejarah timeline awal dan permasalahan berbangkit Projek PGBF ini SILA KLIK DIBAWAH:








Apa penyelesaiannya Projek PGBF ini dan Tindakan TS Shahrir Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru dilantik memenuhi VISION dan HASRAT DS Najib mahu bina 20,000 unit menjelang 2018?

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pelaksanaan Projek PGBF dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama sebanyak 8,470 unit dan Fasa Kedua 11,530 unit.
“Bagi Fasa Pertama, Projek PGBF dipecahkan kepada projek perintis di tujuh lokasi dan melibatkan 2,144 unit. Baki sebanyak 6,326 unit di 26 lokasi telah dibahagikan kepada lima pakej.
“Semua projek dalam Fasa Pertama ini dijalankan oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik melalui proses tender. Pembiayaan Fasa Pertama adalah dari sumber dalaman Felda dan juga pinjaman,” katanya.
Beliau berkata, pembiayaan tambahan telah juga diperoleh melalui peruntukan sebanyak RM200 juta yang telah diluluskan di bawah Bajet Kerajaan Persekutuan 2017.
Manakala, bagi Fasa Kedua yang melibatkan 11,530 unit, Lembaga Pengarah syarikat PFSB telah memutuskan pembiayaannya adalah melalui inisiatif pendanaan swasta (PFI) dan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat Putra Star Investment Holdings Pte Ltd dan syarikat Terranova Builders Sdn Bhd pada 6 September 2016.
Bagaimanapun, Fasa Kedua Projek PGBF tidak dapat dilaksanakan lagi memandangkan terdapat isu-isu teknikal dan pematuhan kepada perjanjian inisiatif pendanaan swasta tersebut.
“Ketiga-tiga pihak yang terlibat dengan perjanjian tersebut kini di dalam proses perundingan untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul".

DS Najib percaya dan yakin projek ini boleh disiapkan dalam tempohnya.

Thursday, January 19, 2017

Keperihatinan YAM Tengku Temenggong Pahang Kepada Kebajikan Ahli Temenggong Ranger Yang Terlantar Sakit

L1200152.JPG


Temenggong Initiative dipimpin oleh YAM Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain billah.

Temenggong Initiative ialah THE OPERATING ARM OF THE SULTAN AHMAD SHAH ENVIRONMENTAL TRUST (SASET).

WZWH suka YAM Tengku Fahad ibni Sultan Ahmad Shah walau muda baru berumur 21 tahun putera bongsu Tuanku Sultan Pahang tapi punya bukan saja idea-idea dan falsafah hebat alam sekitar tapi juga mempraktikkannya melalui Temenggong Initiative-Temenggong Ranjers.

Berslogankan ' Balancing People and Nature', Temenggong Initiative menganjurkan program yang berkaitan dengan penjagaan alam semulajadi. Program 'Adopt a kampung' ialah menjadikan 7 buah kampung di Kuala Tahan sebagai kampung angkat. Temenggong Rangers  dilantik terdiri daripada volunteers/ sukarela, 2 orang bagi setiap kampung yang akan bertugas melaporkan sebarang pemusnahan alam semulajadi kepada Temenggong Initiative.


Image may contain: 1 person, sitting

Kurnia sumbangan dari YAM Tengku Arif Temenggong Presiden Temenggong Initiative-Temenggong Ranger dan SASET disampaikan oleh Encik Dev Dass, Pegawai SASET kepada Encik Zainuddin Daman seorang Temenggong Ranger dari Kuala Tahan yang sakit terlantar bermingu-minggu  di Hospital Kubang Kerian.


Encik Zainuddin Daman (Jack) seorang Temenggong Ranjer dari Kuala Tahan sudah terlantar sakit berminggu-minggu di Hospital Kubang Kerian. Atas rasa keperihatinan, YAM Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Abdul Fahd Al Muazzam Shah mengurniakan sumbangan kepada Encik Zainuddin Daman. Tengku Arif Temenggong adalah Presiden Temenggong Ranger dan SASET NGO Alam Sekitar yang paling aktif di Pahang. Semoga beliau cepat sembuh.


Image may contain: 2 people


Foto terbaru semasa Encik Zainuddin Daman masih sihat bekerja bersama YAM Tengku Temenggong Pahang sewaktu Program Temenggong Initiative dan SASET di Kuala  Atok Biodiversity Research Centre pada tahun 2016.  WZWH di belakang tunduk cuba menaiki bot panjang Sungai Tembeling.

Keperihatinan YAM Tengku Temenggong Pahang kepada kebajikan Ahli Temenggong Ranger yang sakit terlantar berminggu-minggu di Hospital Kubang Kerian ini amatlah dipuji dan mulia. Inilah kepimpinan YAM Tengku Temenggong Pahang cakna kepada anak-anak buahnya.

Kepada pembaca Blog WZWH yang budiman bolehlah menderma kepada Encik Zainuddin Daman beramal jariah seperti nombor akaun bank di bawah: Marilah kita menderma untuk keluarga beliau.

4464615800
Public Bank

Mohd Zainuddin Daman


Blog WZWH banyak mempromosi Temenggong Initiative-Temenggong Ranger dan SASET (Sultan Ahmad Shah Environment Trust). Antaranya ialah Sila Klik posting-posting di bawah:







Monday, January 16, 2017

Retorik Terakhir Mahathir Hanya Untuk Menjatuhkan Najib SANGAT RAPUH RASIONALNYA?

tun-m

Pelancaran Parti Mahathir hambar kelmarin di Stadium Malawati Shah Alam.


Mahathir sejak muda minat Soekarno. Gaya politik karisma Soekarno termasuk ucapan pidato genre membangkitkan semangat adalah kegemaran Mahathir. 

Demikianlah Mahathir terikut politik Indonesia hari kelmarin telah melancarkan parti baru. Di Indonesia beratus parti baru dilancarkan setiap menjelang PRU dan semuanya banyak kalah.

Dalam ucaputama Mahathir itu banyak retorik yang hanya bertujuan untuk menjatuhkan Najib sangat rapuh rasionalnya.

Mahathir memulakan ucapan serangan emosi negatif tanpa fakta dan bukti asas.


1. Kita berhimpun di sini untuk melancarkan sebuah parti politik baru.

2. Kita lancarkannya untuk mengganti sebuah parti politik yang sudah usang, yang sudah lari daripada landasan yang ditentukan oleh pengasasnya.

3. Parti UMNO bukan sahaja usang tetapi sudah menjadi parti kleptokrat, parti yang dipimpin oleh penjenayah, penyamun dan pengamal rasuah yang tidak terhingga skalanya.

4. Parti ini juga menjadi penindas keatas rakyat, mendera mereka tanpa sebab, menangkap, memasuk dalam tahanan dan menghadap mereka ke mahkamah dengan tuduhan palsu yang tidak munasabah. Peguam yang menasihat anak guam juga ditangkap.

5. Parti ini juga telah dan sedang menjual wilayah-wilayah negara sehingga wilayah-wilayah ini menjadi kawasan yang terasing dari negara, dengan penduduk asing yang berideologi bertentangan dengan kepercayaan dan pegangan bangsa kita.

6. Itulah sebahagian daripada sebab parti baru ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia ditubuh. Ianya ditubuh sebagai menyahut teriakan rakyat yang mahu supaya diselamatkan dari kleptokrasi pemerintah penyangak dan penyamun, yang bernama Barisan Nasional dengan UMNO sebagai tunggaknya.


Semua tuduhan-tuduhan Mahathir ini adalah tuduhan-tuduhan liar melulu tanpa asas.

Kemudian bermulalah ucapan rutin Mahathir menyerang Najib dan melempar tohmahan dan fitnah.



74. Negara ini sekarang dikenali sebagai negara rasuah yang tertinggi. Sebabnya pemimpin tertinggi sekali yang menjadi perasuah terbesar dalam negara. Dunia tahu bahawa pemimpin inilah yang mengguna kedudukan tertingginya untuk mencipta 1MDB, kononnya dana kekayaan negara, meminjam wang berbilion dan melesapkan wang ini. Dunia tahu dan rakyat Malaysia juga tahu berkenaan berbilion Ringgit yang tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Perdana Menteri, yang tidak mungkin ada kepadanya melainkan jika ia diseludup dan dicuri.

75. Kita tahu Perdana Menteri Malaysia tidak mungkin menjadi “billionaire” kerana gaji dan pendapatan Perdana Menteri, walaupun mencukupi tetapi tidaklah sebegitu besar.

76. Dan keluarga PM bukanlah begitu kaya sehingga dapat membeli mahligai di London, New York dan Hollywood, mengeluarkan filem lucah dengan pelaburan ratusan million Dolar Amerika. Kononnya wang ini sepeninggalan keluarga. Bilakah terdapat keluarga Melayu yang dikenali dahulu sebagai billionaire. Millionaire Melayu yang boleh tinggal ratusan juta kepada waris pun tidak pernah ada dahulu. Yang boleh dipercayai ialah wang ini dicuri. Dan memang pun Jabatan Keadilan Negara (Amerika) berkata demikian. Jika tidak benar adakan saman malulah. Tetapi tidak. Hanya cuba melobi - menyogok. Negara sudah tidak ada undang-undang. Polis tidak ambil tindakan keatas laporan yang dibuat kepadanya. Sebaliknya yang melapor di masukkan dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan palsu. Peguam yang menasihat anak guam juga ditahan, dihadapkan ke mahkamah. Apabila hakim mendapati mereka tidak bersalah, keputusan hakim tidak dipedulikan. Mereka masih dianggap bersalah dan pasport mereka dirampas.

77. Dan jabatan-jabatan Kerajaan diguna untuk menindas. Jika dibantah atau diumum kepada orang ramai akan perlakuan jabatan, maka penindasan dilipatgandakan. Pasport dirampas dan perniagaan diganggu.

78. Buat kali pertama Kerajaan mengguna samseng untuk mengugut, mempertahankan Kerajaan dengan mengasar, membelasah rakyat yang memprotes secara aman akan penindasan oleh Kerajaan. Ketua samseng dilayan, bahkan disuap dedak oleh pihak tertentu setelah bertindak ganas. Rakyat tahu dan samseng mengakui mendapat wang dari pihak tertentu.

79. Pemimpin samseng ini mendakwa mendapat derma. Penderma perlu bayar cukai keatas wang yang di derma. Demikian juga penerima perlu bayar cukai. Bolehkah Lembaga Hasil Dalam Negeri membuat pengakuan terhadap cukai yang telah dipungut dari penderma dan penerima. Oh! Rahsia. Dengan ini jenayah boleh dilindungi. Curilah. Kamu akan dilindungi oleh Pendakwa Raya dan polis melalui OSA dan juga LHDN.

80. Pemerintahan sekarang cuba melaga-lagakan kaum-kaum di Malaysia. Sempadan kawasan pilihanraya diubah untuk memisah pengundi mengikut kaum. Pendaftaran pengundi diganggu dan disekat supaya Gen Y tidak boleh undi. Segala-galanya dilakukan untuk merampas hak rakyat untuk mengundi dalam pilihanraya.

81. Kewangan Kerajaan merosot dengan teruk. Peruntukan bagi Jabatan dan Kementerian tidak diberi mengikut belanjawan yang telah dilulus. Demikian juga peruntukan kepada Universiti-Universiti.

82. Hutang berbillion Ringgit oleh 1MDB dialih kepada Kerajaan untuk membayar.

83. Di masa Kerajaan tidak pun dapat membayar faedah hutang 1MDB, Najib berhutang lagi. Beratus billion dihutang kononnya untuk keretapi laju, keretapi pantai timur dan lain-lain.

84. Tanah dalam Kuala Lumpur, di Johor, di Melaka dan Pulau Pinang dijual kepada orang asing. Jualan tanah ini ditafsir sebagai FDI, Foreign Direct Investment. Tetapi menjual sebahagian dari wilayah negara kepada orang asing bukan FDI. Jikalau menjual tanah pusaka adalah FDI, jual sahajalah negara. Akan kamu dapat lebih banyak duit. Tetapi kamu tidak akan mempunyai negara lagi.

85. Sesungguhnya Najib telah rosakkan politik, ekonomi, kewangan dan masyarakat Malaysia. Kerosakan ini amatlah teruk. Tetapi Najib bersedia memburukkan lagi keadaan negara ini.

86. Tidak syak lagi jika Najib terus menjadi Perdana Menteri, kerosakan negara akan menjadi lebih teruk lagi sehingga tidak dapat dirongkai dengan mudah.

87. Jika kita, rakyat Malaysia, yang begitu sayang kepada negara bertuah ini, jika kita ingin selamatkan Negara tercinta ini, usaha mesti dibuat dari sekarang untuk singkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

88. Kita akui penyingkirannya tidak mudah kerana sokongan buta tuli yang diberi kepadanya oleh wakil rakyat UMNO, dan wakil rakyat BN, pegawai penguatkuasaan Kerajaan, oleh polis dan pendakwaraya, dan penghapusan pemerintahan mengikut undang-undang.

89. Rayuan kepada Raja-Raja juga gagal menghasilkan apa-apa.

90. Maka cara yang tinggal kepada rakyat hanyalah dengan mengalahkan Najib, UMNO dan BN dalam pilihanraya.

91. Untuk inilah kita tubuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Tujuannya ialah untuk menggembeling tenaga rakyat dan bekerjasama erat antara parti-parti pembangkang untuk menukar kerajaan pimpinan Najib dalam Pilihanraya Umum ke-14.


Kemudian Mahathir menyelar PAS parti yang membantu Najib untuk mengalahkan segala Pakatan Anti Najib dalam PRU 14.


94. Mungkin akan ada parti lain yang kononnya akan menentang BN. Tak usahlah mereka menyangkal kerana perletakan calon mereka hanya akan memecah sokongan rakyat kepada campuran pembangkang supaya Najib akan menang.

95. Bagi kita dalam parti campuran sebarang perbuatan untuk kononnya melawan BN dengan meletakkan calon oleh parti lain, tidak lain tidak bukan, ianya adalah untuk mengkhianati rakyat yang berhasrat menjatuhkan Najib melalui pilihanraya.

96. Namun demikian PPBM dan campuran pembangkang akan sanggup menghadapi cabaran perlawanan tiga penjuru atau lebih. Rakyat, pengundi, yang sayang kepada negara dan bangsa mesti faham akan hasrat parti diluar campuran parti-parti pembangkang meletakkan calon. Mereka sebenarnya menyokong Najib. Mereka sendiri tidak akan menang. Terutama di kawasan yang mereka kalah pun akan dituntut oleh mereka, guna untuk memecah perpaduan musuh Najib supaya Najib menang. Rakyat perlu faham mengundi pihak ketiga atau keempat bermakna mengundi untuk Najib, untuk UMNO, untuk BN, untuk kleptokrasi.


Seterusnya Mahathir menjanjikan kepada rakyat bulan, bintang dan matahari sekiranya Pakatan Harapan menang PRU 14, tidak perlu WZWH tulis angan-angan tidak berpijak dibumi nyata dan tidak kesampaian Mahathir ini.

Saturday, January 7, 2017

Cerita Isu Felda Dan FGV Bagi Mudah Peneroka Dan Orang Kampung Faham

Image result for najib and shahrir samad

DS Najib telah mengambil langkah yang bijak dengan melantik TS Shahrir Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru dan mengekalkan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FGV. 8 tahun dari sekarang ladang sawit Felda yang muda itu akan mengeluar hasil sawit yang peak dan seterusnya melonjak lagi pendapatan Felda dan FGV di masa depan.


Isu Felda dan FGV jadi rumit sebab pemimpin pembangkang ambil isu dari pecahan-pecahan cerita. Cerita sebenar samada pemimpin pembangkang tidak tahu atau sengaja putar spin itu tujuan mereka.

Pembangkang mahu peneroka berang dan marah kepada Kerajaan sebab ada 54 parlimen dan 92 DUN dalam kawasan Felda. 

Apa cerita Felda dan FGV bagi mudah peneroka faham isu-isu yang diputar oleh pembangkang?

Pemimpin pembangkang suka mengeluarkan penyata kewangan bagi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk dua tahun 2013 dan 2014 dan menjerit bahawa FELDA mengalami kerugian besar sebanyak RM1.9 bilion pada tahun 2013 dan satu lagi kerugian RM1 bilion pada tahun 2014 - yang kemudiannya mencadangkan bukti bahawa FELDA akan bankrap.

Bagaimana pula dengan tahun 2012 dan 2011? Mengapa hanya 2013 dan 2014.


Tidak mengejutkan, pemimpin pembangkang tidak mendedahkan penyata bagi tahun 2011 dan 2012 - di mana FELDA membuat keuntungan kecil pada tahun 2011 tetapi keuntungan besar RM5.7 bilion pada tahun 2012.

Sangat licik pemimpin pembangkang. kerugian besar dia melaporkan tetapi keuntungan yang lebih besar, dia sembunyikan.

Keuntungan besar ini adalah kerana penyenaraian FGV, di mana FELDA menerima agak banyak wang tunai dan juga mengiktiraf Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) sebanyak RM5 bilion.

Ini LLA 99 tahun memberikan FGV untuk memajak tanah Felda dari FELDA bermula dari 2012 apabila FGV disenaraikan.

Mengikut LLA, bayaran besar kira-kira RM250 juta setahun perlu dibayar kepada Felda, yang FGV telah membayar pada setiap suku tahun.

Di samping itu, FGV dikehendaki membayar 15% perkongsian keuntungan daripada keuntungan ladang kepada Felda.

Ini bermakna sama ada FGV membuat keuntungan atau kerugian KESELURUHAN, FELDA akan dibayar wang yang banyak setiap tahun - sekurang-kurangnya RM250 juta setahun ditambah 15% daripada keuntungan operasi.

Peneroka juga akan melihat bahawa hasil FELDA telah meningkat dari RM106 juta pada 2012 kepada RM420 juta pada tahun 2014 - ini adalah kerana FELDA menerima pembayaran LLA.

LLA tersebut adalah aturan aneh yang menghukum FGV dan memberi manfaat kepada FELDA apabila  harga minyak sawit naik atau peningkatan pengeluaran FGV turut meningkatkan liabiliti LLA ini dan apabila ini berlaku - menurunkan pendapatan FGV.

Yang pasti, FGV telah beroperasi secara menguntungkan setiap suku tunggal. Ia hanya selepas mengambil kira LLA ini dan lain-lain menulis sekali sahaja bahawa FGV telah melaporkan kerugian bagi sesetengah pihak.

Liabiliti LLA adalah caj perakaunan yang bergerak ke atas dan ke bawah dan boleh menjejaskan FGV melaporkan keputusan.

Sebagai contoh, dalam keputusan Quarter 4 2014 FGV, tanpa kesan LLA, keuntungan perladangan FGV akan telah meningkat dua kali ganda bagi suku ketiga dalam kajian.

Ini memberikan gambaran yang mengelirukan hasil tahunan FGV - maka FGV mahu  struktur semula dan merundingkan semula LLA ini.

LLA adalah perjanjian yang unik yang naik dan turun bergantung kepada pelbagai faktor termasuk harga minyak sawit mentah (MSM).

Apabila harga minyak sawit mentah turun, FGV mengurangkan liabiliti LLA kepada FELDA yang bermaksud FGV berhutang kurang wang FELDA.

Sejak tahun 2013 dan 2014 adalah tahun apabila harga CPO jatuh, liabiliti dari FGV ke FELDA telah dikurangkan dua tahun ini - oleh itu menyebabkan FELDA juga mengiktiraf kerugian yang besar pada tahun 2013 dan 2014.

Perkara lain yang peneroka akan perhatikan adalah bahawa kerugian FELDA pada tahun 2013 dan 2014 juga disebabkan oleh bayaran besar untuk penanaman semula dan juga untuk kebajikan peneroka  - termasuk perumahan generasi baru.

FELDA, badan berkanun Kerajaan menggunakan standard perakaunan asas tunai  diubahsuai - bertentangan dengan perakaunan akruan tulen sebagai amalan syarikat  swasta atau disenaraikan.

Ini bermakna bahawa akaun FELDA mengkelaskan bayaran tanam semula sebagai perbelanjaan bagi tahun - dan dengan itu kerugian.

Sebuah syarikat swasta akan mengkelaskan bayaran penanaman semula ini   sebagai pelaburan dan bukan perbelanjaan (atau kerugian) yang meningkatkan "Aset biologi" di dalam kunci kira-kira mereka.
.
Kelapa sawit adalah tanaman saka, dengan pokok-pokok yang berpotensi menghasilkan jumlah yang berdaya maju dari segi ekonomi tandan buah segar (FFB) lebih jangka hayat 30 tahun atau lebih. hasil tanaman Peak dicapai dari umur 9-18, dan secara beransur-ansur menurun selepas itu.

Pada tahun 2009, ia telah dianggarkan bahawa 65% daripada kawasan kelapa sawit jumlah Malaysia adalah di antara umur 9-28 +, manakala 26% adalah berumur sekurang-kurangnya 20-28 + tahun.

Dengan lebih daripada 50% daripada pokok kelapa sawit mereka itu berusia lebih tua daripada 21 tahun.

Ini bermakna bahawa lebih daripada 50% daripada pokok-pokok tidak lagi berdaya maju 9 tahun kemudian pada tahun 2018 - berkemungkinan menjejaskan kehidupan ratusan ribu peneroka.

Jadi, jika anda seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan harga minyak sawit yang tinggi itu, apa yang akan anda lakukan?

Anda akan meningkatkan wang sebanyak yang anda boleh - dengan menyenaraikan sebahagian daripada syarikat itu untuk mengumpul dana atau meminjam apabila harga minyak sawit adalah paling tinggi.

Ini akan digunakan untuk membiayai latihan penanaman semula secara besar-besaran dan mahal dan juga memperoleh ladang muda Felda dalam usaha untuk mengurangkan profil umur keseluruhan ladang anda.

Anda juga akan menggunakan bahan tanaman berhasil tinggi baru untuk meningkatkan hasil minyak yang mampu menggandakan hasil minyak.

Sama seperti bahaya dilakukan kerana pengabaian penanaman semula oleh Perdana Menteri sebelum ini yang akan dikenali sedekad kemudian apabila pokok-pokok mati, baik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang hanya akan diketahui kemudian apabila kilang baru mula menghasilkan tandan buah di tahun 9.

Anda mengalami sedikit sekarang supaya masa depan anda adalah selamat daripada tidak mempunyai masa depan jika trend sebelumnya masih berlaku.

Fakta, angka dan sejarah tidak berbohong.

Lihat sendiri berapa cepat profil usia pokok untuk FGV telah turun sejak 2012.

Kerana pengabaian lalu, peratusan besar pokok FELDA sudah lama dan tidak lama lagi akan ada lagi menjimatkan kerana mereka akan mengeluarkan sedikit hasil sawit.

Masalah FELDA yang besar dan pengurusan boleh menjadi lebih baik tetapi FELDA membuat langkah-langkah positif untuk menyelesaikan ini.

Felda mempunyai 850,000  hektar sekarang dan dengan pembelian saham Eagle High, Felda akan bertambah lagi 300,000 hektar ladang sawit di Indonesia.

Walau bagaimanapun, WZWH yakin bahawa kerajaan tahu apa yang mereka lakukan dan akan menangani masalah-masalah ini - yang akan meletakkan FELDA dan peneroka di landasan yang lebih kukuh untuk masa depan.

Thursday, January 5, 2017

Bridging A forest: Animal Crossings Malaysia

Nature’s way: Goats seen walking past the Sungai Yu highway underpass, built for wildlife crossings in Merapoh, Pahang.  The road below has yet to be closed.


Some RM60mil has been spent on building highway underpasses for wildlife to cross at Sungai Yu, Merapoh, Lipis Pahang.

Merapoh is near the border of Pahang and Kelantan, with Kuala Lipis 74km to the south and Gua Musang about 40km to the north.

Sungai Yu eco-viaduct, which is almost 1km long, the longest for tiger conservation in the world and two shorter ones of 300m and 80m.


When wilderness is sliced apart by a road coursing through it, eco-friendly engineering is needed.


For people, roads connect. They create linkages and bring people places, even to remote corners of the world. 

For wildlife, on the other hand, roads do just the opposite. They create barriers which cut animals off from a larger landscape. They keep animals away from food and potential mates, and are also deadly to cross. 

Despite all these threats to wildlife, roads that cut into wild habitats continue to be built, in the name of development and to shorten travel time.



The Simpang Pulai-Gua Musang-Kuala Berang Highway, or what is also known as the Second East-West Link.

The road was raised above-ground on columns – what is known as viaducts. 


Path for wildlife: To lessen the impact of roads on forests and wildlife movements, viaducts are being built as they provide a corridor beneath which links up spliced forest. This viaduct is at the Aring-Tasik Kenyir road in Terengganu. - TAN CHENG LI/The Star

There are several viaducts along the road, three were specifically designed with wildlife crossings in mind. They measure 245m, 140m and 245m in distances and were constructed between 2007 and 2008 at a cost of RM30mil.


Elephants break off branches as they feed along their route. This encourages the growth of new shoots which in turn attracts herbivores such as deer. Predators after these preys, such as tigers, will then follow suit.


Camera traps set up by Perhilitan and wildlife researchers have captured images of wildlife using the crossings – 16 species in total, including the elephant, tapir, sun bear, barking deer, sambar deer, serow, gaur, wild boar, porcupine, leopard cat, civet and panther.

Copy n Paste from Tan Chengli writing in The Star Online.


Image may contain: bridge, plant, outdoor and nature


Similar viaduct in Grik, Perak.