Nuffnang Ads

Pages

Sunday, March 26, 2017

Agenda Menawan Kembali 4 Parlimen Dan 12 DUN Politik Pahang PRU 14
















Ini satu agenda besar mengambil kembali kerusi parlimen dan DUN yang kalah di Pahang PRU 13 dulu. 

Sebaik kalah satu taskforce telah diwujudkan mencari jawapan kenapa Pahang kalah 4 parlimen dan 12 DUN?

Kenapa BN Pahang Hilang 4 Parlimen Dan 12 DUN? Satu Post Mortem Sila Klik Sini.


Negeri Pahang negeri kelahiran 2 PM. Negeri Pahang kubu kuat UMNO dan BN sejak PRU pertama.

Keputusan PRU 13 melakarkan BN kalah:

  • Parlimen Kuantan : DUN Tanjung Lumpur, DUN Teruntum.
  • Parlimen Indera Mahkota : DUN Beserah, DUN Semambu.
  • Parlimen Temerloh : DUN Kuala Semantan, DUN Mentakab.
  • Parlimen Raub : DUN Tras
  • DUN Bilut, DUN Ketari, DUN Sabai
  • DUN Triang
  • DUN Tanah Rata

Nasib baik DUN Tahan dan DUN Damak dalam parlimen Jerantut tidak tumbang kalau tidak BN Pahang tidak dapat memerintah 2/3!

Kenapa BN Pahang hilang 4 parlimen dan 12 DUN paling teruk dalam sejarah BN Pahang?

BN Pahang meletakkan  "calon-calon winnable candidate" tapi kalah juga.

Siapa mahu bertanggungjawab?

Mana semangat Pahlawan Pahang, Pahlawan Kuantan, Pahlawan Semantan, Pahlawan Bahaman, Pahlawan Rawa???

Kita tidak dapat mempertahankan ibu kota Pahang dari diroboh oleh musuh!!!

Seronok sebahagian pengundi Pahang mengundi 5 Mei 2013 dulu...tanpa fikir panjang, tanpa berfikir rasional. Terpengaruh dengar pungkor(tipudaya) Pakatan Rakyat bahawa BN korup, tidak bersih, nepotism. 

Percaya pada DAP "ini kali lah" bahawa kalau semua orang Cina undi pembangkang tumbang kerajaan BN ini.

Berap...tumbang 4 parlimen dan 12 DUN di Pahang tetapi kerajaan BN tetap utuh dengan 133 parlimen, BN memerintah banyak negeri kecuali Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Walau BN hanya dapat popular vote 47% manakala Pakatan Rakyat 50% yang lain bebas dan undi rosak tapi BN masih gagah kerana berdasarkan paling banyak kawasan PRU mengikut amalan negara Commonwealth.

Kerajaan Conservative UK pun hanya dapat popular vote 35% terpaksa bergabung dengan Labour party untuk bentuk kerajaan. Ada third force Liberal Democrat.

Di Pahang wakil rakyat BN yang berkerja kuat servis baik tapi oleh kerana pengundi percaya kepada dakyah pembangkang maka kalah dipilih pula wakil rakyat Pakatan Rakyat yang tiada servis hanya pandai retorik dan mengetengahkan calon-calon baru dan muda.

Apa DS Najib Dan DSD Adnan Yaakob Mahu Buat Pada 4 Parlimen Dan 12 DUN Yang Kalah? Sila Klik Sini.


Kalau hendak dikata sebab isu Lynas maka semua parlimen Kuantan, parlimen Indera Mahkota, DUN Beserah, DUN Semambu, DUN Teruntum dan DUN Tanjung Lumpur kalah....

Adakah 88 kerusi parlimen yang lain lagi kalah sebab isu Lynas?

Keputusan di Pahang kalahlah parlimen Temerloh dengan DUN Kuala Semantan dan Mentakab.

Parlimen Raub dengan DUN Tras kalah.

Lagi kalah DUN Triang, DUN Tanah Rata, DUN Bilut, DUN Ketari, dan DUN Sabai.

Persoalannya apa harapan pengundi-pengundi terutama penyokong BN dan juga pengundi yang mengundi pembangkang selama 5 tahun lagi di 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah ini?

Apa DS Najib dan DSD Adnan Yaakob mahu buat pada 4 parlimen dan 12 DUN  yang kalah?

Kerajaan tidak boleh berdendam.

Dikala Pegawai Pembangunan buat kerja di kawasan yang BN kalah apa kerja wakil rakyat Pakatan Harapan yang sebenarnya...

Bukan semua rakyat di 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah di Pahang ini kaya-kaya dan senang-senang semua...tapi cara berfikir berlagak macam orang KL, orang Subang Jaya, orang Bangsar...

Kalau ada masalah mahu jumpa siapa? Hendak harap jumpa ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat tidak dapat menyelesaikan masalah. kecil-kecil masalah boleh lah, tapi sedang-sedang dan sederhana masalah, lagi berat heavy masalah?

Hendak harap projek-projek besar boleh bawa di kawasan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat ini...boleh mimpilah.

Boleh lah setakat bercakap di parlimen dan Dewan Undangan Negeri  tapi adakah isu-isu yang dibawa itu menyentuh pembangunan di parlimen dan DUN masing-masing?

Oleh kerana kerajaan negeri Pahang dan Malaysia diperintah dan ditadbir oleh kerajaan BN maka 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah itu adalah DISADVANTAGE kerana tidak menyokong.

Tapi DS Najib itu adil...DSD Adnan Yaakob itu juga adil tidak boleh lihat rakyat Pahang yang susah tidak kira apa ideologi.

Tapi bila rakyat Pahang sendiri yang tidak ada semangat patriotik Pahang, mudah termakan hasutan dan dakyah pembangkang, percaya kepada tipudaya dan pungkor orang luar sampai buat keputusan yang melukakan hati DS Najib dan DSD Adnan Yaakob...

WZWH kira DS Najib dan DSD Adnan Yaakob pun manusia juga....hati luka tetap luka.

Menjawab kepada persoalan bagaimana mahu membantu rakyat di 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah di Pahang.

Biasanya dikawasan yang kalah mesti ada CARETAKER yang bertanggungjawab menjaga kebajikan di parlimen dan DUN yang kalah.

Biasanya ADUN atau ahli parlimen yang menang menjadi CARETAKER.

Tapi di parlimen Indera Mahkota yang kalah DUN Beserah dan DUN Semambu, siapa yang boleh jadi CARETAKER? Sudah tentu Ketua Bahagian UMNO Indera Mahkota. 

Begitu juga parlimen Kuantan, DUN Teruntum dan DUN Tanjung Lumpur, Ketua Bahagian UMNO Kuantan boleh menjadi CARETAKER. Disamping ADUN Inderapura yang boleh diberi tanggungjawab khas.

Ketua Bahagian UMNO bersama AJK dan SAYAP perlu bangkit dari kekalahan dan cepat sembuh atau kebah dari demam dan ingauan ngeri PRU 13 lalu.

Bagaimana dengan parti-parti komponen itu kena MB Pahang sendiri memberi motivasi. Sekali sekala DS Najib perlu turun membantu.

DUN Bilut, DUN Ketari dan DUN Sabai itu tempat MB Pahang, biar DSD Adnan Yaakob mengurus sendiri.

Parlimen Temerloh, DUN Kuala Semantan dan DUN Mentakab itu tentu satu kejutan buat ADUN Lancang sebagai Ketua UMNO Bahagian Temerloh untuk mengurus. Itu cabaran, pengalaman dan pelajaran bagi beliau.

Parlimen Raub dan DUN Tras. ADUN Dong selaku Ketua UMNO Bahagian Raub dibantu oleh ADUN  Batu Talam boleh mengurus.

DUN Teriang memang selama 6 penggal dulu BN kalah, harap ahli parlimen Bera dan ADUN Guai, ADUN Kemayan boleh urus.

Tanah Rata itu ahli parlimen Cameron Highland dan ADUN Jelai sebagai Ketua UMNO Bahagian boleh jaga.

WZWH harap DS Najib perlu ada pegawai-pegawai khas atau peruntukan khas bagi memastikan 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah di Pahang ini perlu dimanage secara profesional selain mengurus permasalahan dan keperluan juga memastikan PRU 14 nanti BN boleh ambil balik.

Adakah kita UMNO dan BN Pahang terlalu complacent atau underestimate kekuatan dan potensi Pakatan Harapan di Pahang membuatkan kita kehilangan parlimen dan DUN yang TIDAK SEPATUTNYA KALAH?


Keputusan PRU 13, 4 Parlimen Kalah di Pahang:

Kuantan PKR 54.1%, UMNO 44.7%

Indera Mahkota PKR 56.1%, UMNO 42.3%

Temerloh PAS 51.1%, UMNO 48.2%

Raub 52.1%, MCA 45.8%


Keputusan PRU 13, 12 DUN Kalah di Pahang:

Tanah Rata DAP 59%, MCA 35.4%

Tras DAP 67%, MCA 35.5%

Beserah PAS 56.8%, UMNO 42.1%

Semambu PKR 53.6%, MCA 42%

Teruntum PKR 60%, MCA 38.5%

Tanjung Lumpur PAS 51.6%, UMNO 47.1%

Mentakab DAP 54.6%, MCA 43.9%

Kuala Semantan 55.5%, UMNO 43.2%

Bilut DAP 57.8%, MCA 40.4%

Ketari DAP 55%, MCA 43.3%

Sabai 49.3%, MIC 48%

Triang DAP 65.5%, GERAKAN 32.9%


Ada komen dalam Blog WZWH yang seperti dibawah:


WZWH,

SUNGGUH PUN DATO' SAIFUDIN ABDULLAH KALAH, TETAPI KALAH DALAM MENANG. BELIAU BERTARUNG SECARA ADIL DAN SAKSAMA. BELIAU TIDAK BERJANJI PERKARA YANG TIDAK TERTUNAI. KALAH BELIAU KERANA PELAKSANAAN DEMOKRASI DAN NUMBER. BELIAU TIDAK BERI WANG UNTUK MENGUNDI. KALAH BELIAU KALAH SECARA TERHORMAT DAN BERINTERGRITI.


Itu sebab DS Najib dapat 133 kerusi parlimen sebab ramai calon parlimen BN yang ambil mudah soal kemenangan.

Apa makna kekalahan berprinsip kalau ramai lagi ahli parlimen BN kalah menyebabkab BN tidak dapat simple majoriti dan paling teruk BN tidak dapat memerintah.

Dalam PRU prestasi paling utama-KENA MENANG. Bila sudah menang BARU BOLEH CAKAP FALSAFAH....Politik Baru ke....Politik Masa Depan Ke...

Sayang calon-calon parlimen BN yang kalah tidak boleh membantu BN, UMNO dan DS Najib..!!!

Friday, March 24, 2017

UMNO dan BN Sapu Bersih 4-0 Politik Jerantut PRU14

Image result for WZWH najib


Hari ini WZWH boleh confirm bahawa UMNO dan BN boleh sapu bersih 4-0 politik Jerantut PRU 14.

Politik Jerantut terdiri dari Parlimen Jerantut, DUN Pulau Tawar, DUN Damak dan DUN Tahan.

Kenapa WZWH meramal demikian?

Pertama Pembangkang Jerantut sudah berpecah. 

PAS Jerantut sudah tidak bersama Pakatan Harapan. 

Pemimpin DAP yang bekerja kuat untuk parti telah lama dipecat hingga dulu berlaku insiden penyokong DAP Jerantut baling telur kepada pemimpin DAP Pahang.

PAN-Parti Amanah diketuai oleh mantan calon PAS Parlimen Jerantut 4 penggal sudah tentu sokongan yang selama ini diberi tidak mudah sekarang.

PKR di Jerantut sudah lama mati hanya letak calon saja bertanding di DUN Damak PRU 13 berlawan 4 penjuru: 1 MCA-BN, 1 PKR, 2 Bebas.

Parti BERSATU Jerantut pula dilabel "parti anak beranak" susah dapat sokongan.

Dikalangan situasi ada 2 jenis pembangkang mahu bertanding mana kerusi.

PAS tentu mahu maintain bertanding di Parlimen Jerantut, DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar.

PAS juga oleh kerana bergerak solo tidak tertakluk kepada Pakatan Harapan mungkin letak calon di DUN Damak.

PKR masih mahu letak calon di DUN Damak

PAN pun mahu letak calon di DUN Damak.

Bebas yang menarik undi no 2 tertinggi di DUN Damak PRU 13 pun mahu mencuba.

DAP pun mahu melobi kerusi DUN Damak kerana pengundi Cina mewakili 34% pengundi.

DUN Pulau Tawar pula PAN mesti bertanding dimana PAS bertanding.

Begitu juga di DUN Tahan, bila PAS bertanding, PAN mahu bertanding. Parti BERSATU pun berminat bertanding di DUN Tahan.

Parlimen Jerantut pula DAP, PKR dan PAN beri laluan kepada Parti BERSATU. Maka berlaku 3 penjuru bila PAS dan UMNO bertanding.

Keputusannya mudah bila PAS semakin kurang undi pecah kepada Pakatan Harapan manakala UMNO maintain dan undi masyarakat Cina akan kembali kerana lebih yakin dengan kebolehan calon UMNO Parlimen Jerantut membawa pertumbuhan ekonomi lebih mampan.

DUN Damak oleh kerana Pakatan Harapan selalu letak calon masing-masing dan calon Bebas akan buat MCA tetap menang. MCA akan letak calon baru orang muda.

DUN Pulau Tawar akan memberi kemenangan selesa kepada UMNO kerana banyak sokongan pengundi dari 13 Rancangan Felda. UMNO akan letak calon anak peneroka professional muda bertanding di situ.

DUN Tahan telah menyaksikan banyak kemajuan infrastruktur luarbiasa. Legasi kepimpinan itu tetap diteruskan bila UMNO akan letak calon anak tempatan professional muda.

Yang penting aura "wow faktor" DS Najib yang lebih meyakinkan rakyat dengan berbagai transformasi di bandar, banyak pelaburan FDI membantu pertumbuhan ekonomi serta beberapa projek mega di Negeri Pahang sendiri yang menyebabkan "Make Pahang Better and Great".

UMNO dan BN sapu bersih 4-0 politik Jerantut PRU 14.

Thursday, March 23, 2017

BIRUNYA CINTA...

Pembangkang Yang Berfikir Rasional Mengaku DS Najib Adalah Perdana Menteri Terbaik!

Related image

'18 Tahun Saya Jadi Pembangkang, Najib Adalah PM Terbaik Dalam Semua PM'


Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan yang terbaik dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia, kata bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat.
Menurut beliau, pencapaian Najib mentadbir negara adalah jauh lebih baik berbanding sewaktu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sungguhpun terdapat banyak tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang.
"Saya tahu ramai tak gemarkan Najib pada waktu ini, tetapi sebagai pembangkang selama 18 tahun, Perdana Menteri sekarang adalah Perdana Menteri terbaik.Perdana Menteri mana yang pernah mencatatkan pasaran saham setinggi sekarang?
"Bila kita bercakap mengenai ekonomi, Malaysia antara yang terbaik di dunia sekarang. Tambahan lagi penarafan oleh syarikat penilaian Moody's dan S&P,  Malaysia dibawah pemerintahan Najib mendapat penarafan A-.
"Itu sudah cukup baik. Berbanding zaman Mahathir cuma taraf B. Orang ramai tak sedar perkara ini," katanya kepada Malaysian Digest.
Tegasnya, rakyat tidak seharusnya memberi ruang kepada pembangkang yang diteraju oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang mentadbir negara dan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir Malaysia.
"Saya bersama pembangkang selama 18 tahun, dan saya tidak suka cara mereka berpolitik. Sebab itu saya meletakkan jawatan dari DAP. Setelah saya meletakkan jawatan, mereka kata saya dipecat.
"DAP adalah parti pertama di alam semesta yang memecat individu yang sudah meletakkan jawatan," ujarnya.
Menyentuh pencapaian ekonomi Malaysia dibawah pemerintahan Najib, Tuan Tat menjelaskan pelbagai inisiatif telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Malaysia akan terus maju sekiranya pembangkang tidak merosakkan imej negara diperingkat antarabangsa.
"Jika pembangkang turut membantu dalam melonjakkan nama Malaysia diperingkat antarabangsa daripada ke luar negara dan memburukkan imej negara, ekonomi Malaysia akan terus maju.
"Mengenai kejatuhan nilai mata wang, bukannya disebabkan masalah dalaman Malaysia. Ini adalah masalah dunia. Singapura juga mengalami masalah sama. Jadi apa yang mereka (pembangkang) katakan ekonomi Malaysia lembab?" soalnya.
Justeru kata beliau, rakyat perlu membuka minda dan berpandangan lebih luas dalam menilai segala tomahan dan dakwaan pembangkang terhadap kerajaan.
"Kita tak boleh benarkan si bodoh (pembangkang) ini mentadbir negara.
"Apa yang pembangkang tuduh terhadap kerajaan, rakyat harus berfikir samaada dakwaan berkenaan rasional ataupun tidak.
"Pada pandangan saya, pembangkang cemburu dengan kejayaan yang dicapai pentadbiran Perdana Menteri," katanya lagi.
- Malaysian Digest

Wednesday, March 22, 2017

Peranan JAKOA Membangunkan Masa Depan Dan Survival Orang Asli

Image result for jakoa


JAKOA merujuk kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Kewujudan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) di bawah Aborigional Peoples Ordinance No. 3, 1954 yang telah dipinda pada tahun 1974, penetapan istilah dan kelayakan untuk dikatakan sebagai komuniti Orang Asli telah dijelaskan dengan terperinci. Berdasarkan Seksyen 3 dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), Orang Asli ditakrifkan seperti berikut:

  1. mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki itu;
  2. mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli; atau
  3. anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli.


Orang Asli di Malaysia

Orang Asli terbahagi kepada 3 group besar: Negrito, Senoi dan Melayu Proto.

Negrito pecah kepada: Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq, Bateq.

Senoi pecah kepada: Temiar, Semai, Semoq Beri, Jahut, Mahut, Che Wong.

Melayu Proto pecah kepada: Kuala, Kanaq, Seletar, Jakun, Semelai, Temuan.

Penduduk Orang Asli di Semenanjung berjumlah tidak sampai 200,000 orang mengikut banci 2010


Pembangunan Penempatan Tersusun

1. Rancangan Pengumpulan Semula ( RPS )

Projek ini dimulakan pada tahun 1980 (RMKe-4), keputusan kabinet bertujuan pada asalnya membendung kegiatan anasir subversif (komunis) yang mempengaruhi Orang Asli di kawasan pedalaman. Rancangan ini banyak melibatkan perpindahan Orang Asli ke lokasi baru dari penempatan asal. Sejumlah 17 lokasi RPS iaitu 6 di Negeri Perak, 7 di Negeri Pahang, 3 di Negeri Kelantan dan 1 di Negeri Johor (RPS Kudung dibangunkan oleh YPJC).

Antara insentif dan projek pembangunan yang disalurkan menerusi RPS ialah penyediaan rumah kediaman kepada peserta program, pembangunan infrastruktur dan prasarana secara bersepadu serta program tanaman komersial seperti kelapa sawit dan getah. Menerusi tanaman komersial tersebut peserta bukan sahaja menerima dividen menerusi hasil ladang malah turut diberi peluang untuk terlibat secara langsung sebagai pekerja ladang.


2. Penyusunan Semula Kampung ( PSK )

Sebanyak 217 buah kampung Orang Asli (12,264 KIR) telah terlibat dengan pelaksanaan PSK JAKOA yang telah diluluskan pada tahun 1999 (RMK7). Pelaksanaannya adalah bertujuan untuk menaik taraf infrastruktur kampung dan kemudahan awam, keperluan asas dan projek pembangunan tanah seperti tanaman sawit dan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Peserta-peserta PSK turut menerima insentif dan kemudahan seperti mana yang dinikmati oleh peserta RPS.


3. Rancangan Kampung Baru ( RKB )

Jabatan ini juga telah melaksanakan projek Rancangan Kampung Baru di kawasan keselamatan yang bersempadan dengan Thailand (KESBAN). Program ini khusus untuk membangun dan menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli yang mana kampung mereka berada di kawasan berkenaan.

Peserta RKB juga turut menikmati insentif dan kemudahan sama seperti peserta RPS dan PSK.


4. Projek Bencana Alam

Projek ini dimulakan semenjak tahun 1997. Sebanyak 113 buah kampung Orang Asli telah di kenal pasti oleh Jawatankuasa Teknikal Bencana Alam Peringkat Negeri meliputi kategori kawasan berisiko tinggi, sederhana dan rendah. Kampung Orang Asli yang dikategorikan berisiko tinggi adalah yang berkemungkinan kampung berkenaan akan mengalami banjir, tanah runtuh, dipukul ombak atau ribut, perkampungan persisiran pantai negeri Johor, Pahang dan Selangor.

Jabatan ini menyediakan peruntukan bagi tujuan pemindahan mereka ke lokasi baru, tapak dan perumahan baru, termasuk kemudahan jalan, perparitan dan lain-lain manakala kampung yang dikategorikan berisiko sederhana pula peruntukan disediakan untuk memperbaiki sistem perparitan, pembetungan, pelebaran/mendalamkan sungai, benteng dan sebagainya.


5. Ukur keliling Tanah Penempatan Orang Asli (Kampung) / Pengambilan Tanah

Memandangkan terdapat masih banyak kawasan penempatan Orang Asli yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri tetapi belum diwartakan atau keperluan kerja ukur keliling dan kejuruteraan bagi melaksanakan projek pembangunan persekutuan maka JAKOA telah diberi peruntukan bagi tujuan tersebut. Menerusi kemudahan yang disediakan tersebut isu-isu berkaitan pengambilan balik tanah, persempadanan dan kerja-kerja ukur dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa pentadbir tanah dan peraturan-peraturan semasa yang berkuat kuasa.


Pembangunan Modal Insan

Unit Pendidikan : Program-Program Pendidikan Formal, Non Formal, IPT dan Biasiswa

Unit Latihan dan Kerjaya : Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, Kualiti Hidup

Unit Kebajikan Pesakit :


Pembangunan Ekonomi

1. Program Pembangunan Ekonomi Negeri

Menerusi program ini fokus diberikan kepada pembiayaan projek pembangunan ladang. Projek ini adalah dilaksanakan menerusi RISDA dan FELCRA bagi membangunkan ladang kelapa sawit dan getah. Projek ini merupakan aktiviti utama Jabatan dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli.


2. Program Pengembangan (Kursus)

Program Pengembangan (kursus) ini adalah bertujuan memberi latihan dan pendedahan kepada masyarakat Orang Asli yang berpotensi mengenai projek tanaman dan pertanian moden. Antara kursus-kursus yang dilaksanakan ialah kursus penyelenggaraan ladang kelapa sawit, tanaman hidroponik, kaedah penanaman getah, kursus ternakan dan sebagainya.


3. Program Bimbingan Usahawan

Menerusi program ini selain daripada mempromosikan produk-produk Orang Asli pelbagai insentif disediakan kepada bakal usahawan Orang Asli yang telah mengikuti kursus-kursus keusahawanan yang dianjurkan Jabatan. Antara insentif yang disediakan ialah bantuan peralatan perniagaan, bantuan bahan input dan sebagainya. Pelbagai bidang perniagaan yang telah diterokai oleh Orang Asli seperti perniagaan kedai runcit, kedai makan, bengkel kenderaan, kafe siber, bidang pembinaan dan lain-lain lagi.


4. Program Pembinaan Ruang Niaga

Jabatan turut menyediakan peruntukan bagi membina premis ruang niaga kepada masyarakat Orang Asli yang telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pembinaan ruang niaga kepada peserta ini adalah tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Pemberian Bantuan Program Bimbingan Usahawan dan Perusahaan/ Industri kepada Orang Asli. Antara jenis premis yang telah dibina ialah bengkel kraf, kedai runcit, bengkel motosikal, kedai makan dan kedai jahit.


5. Program Peningkatan Pendapatan, Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat ( SPKR ) 

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi JAKOA turut menyediakan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar miskin tegar selaras dengan hasrat pihak kerajaan. Antara bantuan yang disalurkan menerusi program ini ialah peralatan jentera pertanian, bahan input perikanan, kelengkapan menangkap ikan, projek sayuran, tanaman keledek, tanaman limau nipis, ternakan ikan talapia, ternakan ayam kampung, ternakan kambing dan sebagainya. Permohonan bagi penyertaan program ini boleh dipohon menerusi Pejabat Hal Ehwal Orang Asli di daerah-daerah dan senarai calon dan peserta yang berkelayakan akan dipanjangkan kepada urus setia peringkat Kementerian untuk diperakukan bantuan projek.


Pembangunan Sosial

1. Program Bantuan Rumah ( PBR )

Jabatan Kemajuan Orang Asli melalui Program Pembangunan Sosial ada menyediakan kemudahan perumahan kepada Masyarakat Orang Asli miskin dan miskin tegar di seluruh Semenanjung Malaysia. Kemudahan ini diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli yang layak menerima bantuan dan pemilihan adalah berdasarkan Garis Panduan Program Bantuan Rumah (PBR) SPKR dalam tempoh RMKe9 (2006 – 2010). Bantuan rumah bukan sahaja membina rumah tiga (3) bilik mengikut spesifikasi teknikal Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), malah bantuan turut diberikan bagi kerja-kerja pembaikan rumah PBR sedia ada.


2. Projek Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Jabatan Kemajuan Orang Asli melalui Program Pembangunan Sosial ada menyediakan kemudahan perumahan kepada Masyarakat Orang Asli miskin dan miskin tegar di seluruh Semenanjung Malaysia. Kemudahan ini diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli yang layak menerima bantuan dan pemilihan adalah berdasarkan Garis Panduan Program Bantuan Rumah (PBR) SPKR dalam tempoh RMKe9 (2006 – 2010). Bantuan rumah bukan sahaja membina rumah tiga (3) bilik mengikut spesifikasi teknikal Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), malah bantuan turut diberikan bagi kerja-kerja pembaikan rumah PBR sedia ada.


JAKOA berperanan membangunkan masa depan dan survival Orang Asli. Adalah diharap pelaksanaan dan implementasi program-program ini deliverinya cekap dan berkesan bagi millenia akan datang .

Tuesday, March 21, 2017

Goyang Anti Narcoba...

Bagaimana DS Najib Membangunkan Pulau Tuba, Langkawi Yang Ketinggalan?



Walaupun Pulau Langkawi telah dibangunkan oleh Kerajaan secara pesat sejak 20 tahun yang dulu tapi masih ada beberapa pulau yang kecil berdekatan tidak dibangunkan sebaiknya.

Maka DS Najib mengambil usaha inisiatif beliau untuk membangunkan Pulau Tuba, Langkawi yang ketinggalan dari arus persada pembangunan.




Tengah hari ini saya di Pulau Tuba, Langkawi, merasmikan projek yang amat dekat di hati saya. Tahun 2012 dahulu, saya meluluskan peruntukan sebanyak RM45 juta untuk projek bekalan elektrik luar bandar 24 jam di Pulau Tuba ini menerusi kabel dasar laut dari Kuala Perlis.

Meskipun pada asalnya projek ini tidak tersenarai di dalam bajet tahunan, namun saya sedar kesulitan yang dihadapi penduduk di Pulau Tuba ini, yang rata-ratanya terdiri daripada nelayan dan petani, yang bergantung kepada bekalan elektrik jana kuasa yang tidak stabil.

Alhamdulillah, hari ini saya berasa amat gembira kerana janji saya kepada penduduk Pulau Tuba telah ditepati, bekalan elektrik 24 jam yang akan memanfaatkan 5,000 penduduk di sini.

Selain itu, saya juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM700 ribu melalui Tenaga Nasional Berhad untuk membina jeti penumpang, membaiki pendawaian 32 rumah rakyat miskin serta membina 38 lampu jalan di sini. Tambahan kepada itu, RM800 ribu juga telah diluluskan untuk membaiki rumah rakyat miskin.

Ini adalah bantuan ikhlas kerajaan untuk membela nasib masyarakat di pedalaman, bukanlah dedak mahupun rasuah seperti yang diperkatakan oleh segelintir pihak pembangkang.

Ini adalah dasar yang adil, dasar yang akan terus kita amalkan, pembangunan inklusif buat semua, supaya rakyat Malaysia tidak mengira golongan akan sama-sama menikmati hasil pembangunan negara.



Thursday, March 16, 2017

Memperjuangkan Masa Depan Orang Asli: Kelestarian Dan Survival Hidup

Image result for orang asli


Mengikut kajian dan sejarah setiap orang Melayu jika diteliti DNAnya pasti ada darah Orang Asli! Baik dari genetik sebelah bapa dan ibu.

Mana mungkin Orang Melayu hari ini terutama pemimpin politik mahu mengaku mereka sebenarnya ada darah Orang Asli. Terutama di Semenanjung. Di setiap negeri-negeri dari Kedah hingga ke Johor.

Ribuan dan ratusan tahun dulu di Semenajung Tanah Melayu syarat-syarat mahu jadi penduduk Semenanjung apa tah lagi mahu jadi pemimpin setempat mesti berkahwin dengan anak-anak dara Orang Asli. Paling prestige berkahwin dengan anak perempuan Tok Batin.

Ini sejarahnya yang Nenek Moyang Orang Melayu tidak bercerita kepada kita semua yang kita semua Orang Melayu ada darah Orang Asli.

Ini bermakna pemimpin kita semua baik dari Perdana Menteri, Menteri Besar, Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan ADUN ada darah Orang Asli.

Walaupun semua pemimpin kita Orang Melayu berbangga dengan darah Arab, Farsi, Turki, Siam dan Tamil muslim hakikatnya darah Orang Asli itu tetap ada.

Maka pemimpin kita Orang Melayu perlu lebih memberi perhatian memperjuangkan masa depan Orang Asli mempertingkatkan Kelestarian dan Survial hidup.

Semenjak merdeka pada tahun 1957, sebahagian besar masyarakat Orang Asli berbanding kaum-kaum utama lain di negara ini masih lagi dibelenggu dengan masalah kemiskinan. 

Hingga setakat ini, pembangunan masyarakat Orang Asli di negara ini tidak serancak masyarakat lain. Tahap kemajuan yang dikecapi masih kurang memuaskan jika hendak dibanding dengan masyarakat lain di negara ini. 

Ini bermakna harapan untuk melihat mereka berjaya seiring dengan kelompok-kelompok lain di negara ini menjelang tahun 2020 masih kabur. 

Ramai dalam kalangan masyarakat Orang Asli sehingga kini masih ketinggalan dan terpinggir daripada arus perdana pembangunan. 

Komuniti Orang Asli di negara ini dilihat semakin tergugat dan tersepit di tengah-tengah arus pembangunan semasa. 

Mereka masih tidak dapat menyaingi dan bergerak seiring dengan kaum-kaum lain di negara ini meskipun pihak kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan agensi-agensi kerajaan lain telah menyediakan pelbagai bantuan pendidikan, kewangan, subsidi pertanian dan ternakan, khidmat kesihatan dan makanan percuma, peluang perniagaan serta perumahan. 

Suatu analisis perbandingan kelestarian hidup komuniti minoriti Orang Asli dari kumpulan Negrito, Senoi dan Melayu Proto perlu dikaji.

Mengkaji dan menganalisis tekanan-tekanan dari faktor alam sekitar, sosial, ekonomi dan budaya yang turut menyumbang kepada keterancaman beberapa kumpulan minoriti Orang Asli di negara ini. 

Andaian bahawa penguasaan anggota sesuatu komuniti ke atas enam domain modal (modal kewangan, modal sosial, modal budaya, modal fizikal, modal semulajadi, dan modal manusia) dapat memperkasakan kedudukan dan meningkatkan kesejahteraan hidup mereka untuk suatu jangkamasa yang panjang. 

Namun begitu, kepelbagaian ancaman yang wujud secara serentak juga boleh memberi impak negatif ke atas pemilikan aset dan peluang kehidupan mereka. 

Namun, peranan badan-badan sukarela dan agensi pembangunan tajaan pemerintah boleh membantu mengatasi keadaan kritikal ini dalam jangka masa panjang. 

Antaranya, tindak balas institusi melalui pelaksanaan program-program tertentu anjuran pemerintah dapat meningkatkan daya tahan atau melindungi penduduk daripada ancaman seumpama ini. 

Selain itu, institusi kemasyarakatan dan pembangunan setempat juga boleh berperanan atas inisiatif sendiri mempromosi pelbagai pilihan dalam usaha membantu anggota komuniti menanggani sesuatu masalah atau ancaman. 

Institusi-institusi ini perlu memberi fokus kepada usaha meluaskan akses kepada pelbagai aset modal dan menyokong perubahan struktur dan proses yang boleh membantu anggota komuniti. 

Tumpuan juga harus diberi kepada meningkatkan jaringan keselamatan sosial bagi mereka yang tidak dapat mencapai objektif kehidupan lestari melalui sistem pasaran sedia ada. 

Penduduk Orang Asli di Semenanjung berjumlah tidak sampai 200,000 orang mengikut banci 2010.

Saturday, March 11, 2017

Gunung Raja Potensi DAVOS of Pahang


Related image




Foto ihsan mcHiker blog.


Gunung Raja @ Gunung Rajah. Ketinggian 1685 meter. Bersebelahan border Pahang-Selangor dalam Daerah Bentong.

Daerah Bentong kaya dengan taman tema high lands seperti Genting Highlands  dan Bukit Tinggi Resort dsb.

Ketinggian Genting 1760 meter manakala Bukit Tinggi lebih 800 meter.

Genting Highlands dibangunkan sejak 1960an hingga menjadi:

Genting Highlands is a high-altitude hill resort in Malaysia, located in the Titiwangsa Mountains northeast of Kuala Lumpur. Developed since the 1960s, the site comprises hotels, a shopping mall, restaurants and the Casino de Genting. Its Chin Swee Caves Temple sits on forested acreage with mountain views. Genting Skyway, a cable car, connects the resort with the plateau town Gohtong Jaya.

Manakala Bukit Tinggi Resort atau Berjaya Hills Resort ialah tempat peranginan di Pahang, berdekatan Genting Highlands. Ia terkenal dengan kampung tema Perancis, Colmar Tropicale dibangunkan sejak 1990an.


Gunung Raja @ Rajah berdasarkan mitos, Rajah ini bermaksud Raja yang digelar oleh masyarakat orang asli di kaki gunung ini. 

Terletak di Hutan Lipur Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang, ia merupakan lokasi strategik  berdekatan dengan KL dan kawasan tema park Genting Highlands dan Bukit Tinggi Resort.

Related image

Gunung Raja dan kawasan sekitarnya berpotensi dibangunkan menjadi DAVOS of Pahang tempat persidangan forum bertaraf dunia dengan hotel resort mewah bertaraf 7+ star.

DAVOS adalah bandar resort peranginan yang terkenal di Switzerland sebagai tempat persidangan forum dunia dan ski-resort dengan ketinggian 1560 meter.

Davos is a town in the Swiss Alps, within the canton of Graubünden. It’s a popular ski resort with a conference center that hosts the annual World Economic Forum. Downhill and cross-country ski areas include Jakobshorn, Pischa, Rinerhorn and Parsenn. Summer activities include swimming and sailing on Lake Davos, hiking and mountain biking. The Glacier Express, a scenic train ride, connects Davos to the Matterhorn.

Gunung Raja of Pahang dengan ketinggian 1685 meter jauh lebih tinggi dari DAVOS of Switzerland lagi berpotensi besar bila dibangun dan dimajukan dengan pelaburan berpuluh bilion Ringgit oleh pelabur yang sangat berminat!

Gunung Raja of Pahang bakal menjadi DAVOS of Asia dan boleh menarik lebih ramai pelancong dari luar negara melancong ke Pahang.

Dalam sektor pelancongan, Bentong yang kini mempunyai destinasi bertaraf dunia iaitu pusat peranginan dan taman tema Genting Highlands serta Bukit Tinggi Resort perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk daerah itu bagi menjana ekonomi mereka.

Bentong sebuah daerah yang maju menjelang tahun 2020. Gunung Raja potensi DAVOS of Pahang boleh merealisasikan Bentong sebagai hab pengangkutan bagi menyokong sektor industri, pelancongan, pertanian dan penternakan.


WZWH pay respect to other 45 high and highest mountains in Pahang:

Berikut adalah senartai 45 buah bukit dan gunung di Pahang yang disusun berdasarkan ketinggian.

Gunung Tahan Pahang 2,187m
Gunung Irau Pahang 2,110m
Gunung Benum Pahang 2,107m
Gunung Berembun Pahang 2,078m
Gunung Junction Perak-Pahang-Kelantan 2,071m
Gunung Gedung Pahang 2,065m
Gunung Berinchang Pahang 2,031m
Gunung Tangga Pahang 2,014m
Gunung Hulu Kechau Pahang 1,945m
Gunung Liang Timur Pahang 1,933m
Gunung Liang Timur Pahang 1,933m
Gunung Siku Pahang 1,915m
Gunung Beremban Pahang 1,841m
Gunung Penelope Pahang 1,800m
Bukit Bujang Pahang 1,771m
Gunung Rock Pahang 1,740m
Gunung Cecil Pahang 1,740m
Gunung Beluat Pahang 1,700m
Gunung Jasar Pahang 1,696m
Gunung Raja@Rajah  1,685m
Bukit Tunggul Selangor-Pahang 1,663m
Gunung Hulu Semangkok Selangor-Pahang 1,668m
Gunung Perdah Pahang 1,576m
Gunung Lebah Pahang 1,522m
Gunung Pallas Pahang 1,520m
Gunung Tapis Pahang 1,512m
Gunung Bedung Pahang 1,469m
Bukit Peteri Pahang 1,461m
Gunung Mandi Angin Terengganu-Pahang 1,460m
Pine Tree Hill Selangor-Pahang 1,456m
Gunung Ulu Perus Pahang 1,433m
Gunung Diwangsa Pahang 1,395m
Gunung Hulu Bakar Pahang 1,391m
Gunung Palas Pahang 1,391m
Gunung Ulu Telang Pahang 1,376m
Gunung Gagau Kelantan-Terengganu-Pahang 1,376m
Gunung Ulu Bakau Selangor-Pahang 1,345m
Gunung Terbakar Pahang 1,320m
Gunung Perdis Pahang 1,279m
Gunung Panggang Paku Pahang 1,266m
Gunung Irong Pahang 1,191m
Gunung Gabis Pahang 1,106m
Gunung Penumpu Pahang 1,094m
Gunung Laris Pahang 1,075m
Gunung Pulang Pahang 1,063m
Gunung Serundum Pahang 1,055m
Gunung Lerek Pahang 1,049m
Gunung Belalai Pahang 1,038m
Gunung Serudum Pahang 975m
Gunung Cherlak Pahang 934m
Gunung Tungku Pahang 928m
Bukit Tajam Pahang 877m
Bukit Tujuh Pahang 867m
Gunung Hulu Kemapan Pahang 854m
Gunung Jua Pahang 829m
Bukit Idung Pahang 781m
Gunung Berantai Pahang 768m
Bukit Derow Pahang 745m
Gunung Perlis Kelantan-Pahang 733m
Bukit Tok Jenung Pahang 720
Gunung Padang Temambong Pahang-Perak 701m
Bukit Chini Pahang 641m
Bukit Pemandang Pahang 566m
Bukit Cemingat Pahang 524m
Bukit Jenderus Pahang 520m
Gunung Senyum Pahang 486m
Bukit Bertangga Pahang 472m
Bukit Takun Pahang 442m
Bukit Gayong Pahang 339m