Tuesday, January 17, 2012

Negeri Sembilan Milik Pakatan Rakyat PRU-13?

Pahlawan Tua dan Pahlawan Muda harapan orang Minangkabau.

Rapat Rakyat di Gemas pada malam Ahad lepas membakar rakyat Negeri Sembilan dengan isu NFC dan Projek Laluan Kereta api berkembar Gemas-JB.

Itu yang blogger Sakmongkol AK47 menulis dalam posting sila klik sini bahawa Pakatan Rakyat mahu memiliki Negeri Sembilan pada PRU 13.

Ini pantun yang Sakmongkol AK47 suka dan mahu Aspan Alias dendangkan di Negeri Sembilan:


Buai laju laju
Sampai pokok sena
Melayu tetap Melayu
Walau masuk parti Cina


WZWH mahu tunggu DSU Rais Yatim jawab pantun ini kerana ini orang Negeri Sembilan paling berbudaya.

Membaca analisis politik blogger Paneh Miang  sila klik sini dan  dan sini memerlukan UMNO dan BN Negeri Sembilan mengambil iktibar dan memperbaiki kelemahan.

Pahlawan UMNO hanya tinggal DSU Rais Yatim, KJ, DS Mohamad Hasan MB, TS Isa Samad dan Shaziman Abu Mansor.

115,000 orang pengundi Melayu di Negeri Sembilan masih belum berdaftar sebagai pengundi itu statistik 6 bulan lepas. Di harap pemimpin UMNO dan BN Negeri Sembilan dapat sama menambah keahlian UMNO dan komponen BN di cawangan-cawangan. 

Negeri Sembilan ialah negeri Orang Minangkabau. Menarik sejarahnya dengan Adat Perpatihnya yang demokratik.

Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. 

Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Paya Kumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Dalam sejarah ada seorang putera Minangkabau bernama Raja Kechil pernah menjadi Sultan Johor dengan cara menakluk Empayar Johor Pahang Riau pada tahun 1717.

Adakah orang-orang Minangkabau Negeri Sembilan masih punya semangat kepahlawanan mempertahankan UMNO dan BN pada PRU 13 tidaklah WZWH ketahui!

Sunday, January 15, 2012

DS Najib Pembela Rakyat Marhein-Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Dan Kedai Rakyat 1 Malaysia



















Membuka kalendar 2012 DS Najib hari ini telah melancarkan Majlis Perasmian Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu dan Kedai Rakyat 1Malaysia di Pekan.

Dua Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu di Kampung Padang Rumbia dan Kampung Pulau Serai manakala kompleks perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia di Kampung Pulau Serai.

Perumahan untuk golongan miskin, rumah keluasan 1000 kaki persegi, dipenuhi perabot dan tong gas yang disumbang oleh korporat prihatin kepada masyarakat memberi keselesaan kepada rakyat marhein.

50 unit rumah dibina di Kampung Padang Rumbia manakala 100 unit di Kampung Pulau Serai. Sebelum ini ratusan rumah serupa dibina di Kampung Salong dan Kampung Pulau Manis.

Bukan sahaja rumah diberi kepada golongan miskin malah projek komuniti bagi menjana ekonomi kepada isirumah seperti:

  • Pusat Kraftangan
  • Pusat ICT
  • Pusat Memproses Makanan
  • Projek Ternakan Ikan Jade Perch
  • Projek Ekonomi Pertanian Bersepadu-tanaman halia dalam pasu, tanaman padi (system of rice intensification), ternakan ayam, tanaman pisang dan lada.

Kedai Rakyat 1Malaysia menawarkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan. Kompleks perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan pusat komersial menarik di kampung-kampung tradisional.

DS Najib pembela rakyat marhein di kampung tradisional.



















Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Padang Rumbia.



















Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Pulau Serai dan projek pertanian.



















DS Najib diringi DSD Adnan Yaakob MB Pahang menaiki 'golf car' melawat ke sekitar pusat komuniti.



















YB Dato' Ishak Muhamad ADUN Bebar merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan dan EXCO Pahang mengucapkan terimakasih kepada usaha DS Najib, MB Pahang dan sumbangan korporat yang menjayakan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu.

Antara kisah menarik bila Dato' Ishak menceritakan kisah seorang janda yang telah sebelas tahun ditinggal suami tapi bila saja janda itu dapat rumah berjaya menjadi peserta maka bekas suami mahu rujuk kembali dan mereka bersama semula sebagai suami isteri kini!



















YB Cikgu Ibrahim Awang, ADUN Peramu Jaya berucap menyatakan rasa terimakasih kepada DS Najib seorang Perdana Menteri yang perihatin kepada rakyat dengan bajet 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 dan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu serta Komplek Perniagaan Kedai Rakyat 1 Malaysia yang mengubah  landscape Kampung Pulau Serai menjadi lebih menarik dan ceria.



















Kedai Rakyat 1Malaysia Kampung Pulau Serai.
















Gerai sayur-sayuran.
















Gerai ayam.
















Gerai ikan.
















Gerai makanan Menu Rakyat 1Malaysia.
















Gerai-gerai menjual pelbagai barangan. Ini semua ada dalam Kompleks Perdagangan Kedai Rakyat 1Malaysia.

WZWH berharap Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu, Projek Ekonomi dan Pertanian Bersepadu dan Kompleks Perdagangan Kedai Rakyat 1Malaysia dapat direalisasikan di kampung-kampung tradisional di Parlimen Jerantut dan tiga DUN iaitu DUN Tahan, DUN Damak dan DUN Pulau Tawar.

Ini boleh membantu meninggikan taraf ekonomi rakyat di kampung tradisional Parlimen Jerantut dan tiga DUN dan mereka rakyat marhein berpeluang menikmati 'standard of living' yang lebih bahagia.



















DS Najib Perdana Menteri Pembela Rakyat Marhein mengikuti jejak ayahanda Almarhum Tun Abdul Razak yang jasa dan budi tidak boleh dilupakan oleh ratusan ribu peneroka Felda dan generasi kedua.

DS Najib tidak perlu melayan karenah Anwar Ibrahim yang gila kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri dengan berdebat isu ekonomi dan pengurusan pentadbiran negara terkini.

Apa yang penting DS Najib buat kerja..buat kerja...buat kerja jangan pedulikan Anwar Ibrahim yang pakar retorik dan psiko cakap banyak tapi hasil tiada.

WZWH dari generasi baby boomer dan generasi X, Y dan Z menyokong penuh kepimpinan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia penyelesai segala masalah dan isu rakyat.

WZWH ingin bertanya kepada Anwar Ibrahim mana dia satu projek perumahan kos rendah di Pulau Pinang sejak Pakatan Rakyat memerintah. Tidak ada. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak prihatin kepada keperluan rakyat marhein.

Apa Anwar Ibrahim telah buat untuk membantu golongan marhein di Parlimen Permatang Pauh? Anwar Ibrahim hanya sibuk roadshow berceramah lebih kepada isu-isu peribadi yang rakyat marhein terutamanya tidak berminat.

Anwar Ibrahim lebih suka ke luar negara memburukkan kerajaan Malaysia.

Itu bukan sifat-sifat seorang negarawan yang ulong!

Kenapa Anwar Mamak Akan Kalah Dengan Najib Bugis Pada PRU 13?


Koleksi senjata tradisi pahlawan Bugis.

Posting WZWH kali ini mengkaji kenapa Bugis boleh memerintah Malaysia. Kita kena kaji sejarah bangsa Bugis. Dari mana Bugis datang?

Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka adalah pedagang rempah-rempah dan kemenyan.

Sebagai pengetahuan am bertulis yang dikawal oleh British bahawasanya, etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni (digelar dengan teknik propaganda yang berjaya oleh pesaing seperti Belanda dan Inggeris.) dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.

Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis.

La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ia wujud sebelum epik Mahabrata. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14. 

Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan. 

Sulawesi Selatan pada abad ke 16 mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempoh masa ini, komuniti Bugis dan Makassar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667-1777, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra dan Tanah Melayu. 

Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama. 

Jika sejarah membuktikan peranan dan pengaruh Bugis begitu kuat dalam masyarakat Melayu sehingga sebahagian masyarakat Melayu ada yang mempunyai darah keturunan Bugis. Namun pada masa kini kewujudan bangsa Bugis yang asli masih kekal di Sulawesi selatan walaupun kewujudan identiti dan budaya tidak seperti bangsa Bugis yang wujud dalam sejarah Tanah Melayu ratusan tahun dahulu. Mereka kini wujud sebagai rakyat Indonesia yang teguh mengamalkan prinsip Pancasila namun mereka kekal sebagai bangsa Bugis yang masih mengamalkan adat Bugis asli yang tersendiri dan bertutur dalam bahasa Bugis walaupun sudah dipisahkan nama mengikut daerah masing-masing di sana seperti Bone, Enrekang, Rappang, Pinrang dan sebagainya.

Sementara itu di Sabah, rakyat Indonesia yang berbangsa Bugis adalah warga pekerja utama di Malaysia. Jika dikira dari statistik terkini, bangsa Bugis dari negara Indonesia menduduki jumlah terbesar dalam perkiraan jumlah pekerja asing di negara Malaysia khususnya negeri Sabah. Mereka adalah tulang belakang kepada ekonomi negeri Sabah pada masa kini. Tidak dinafikan negeri Sabah amat memerlukan sumbangan tenaga pekerja Indonesia berbangsa Bugis ini. Pergantungan ini akan terus kekal hingga beberapa puluhan tahun akan datang dan mungkin tidak akan berubah sama sekali. Begitulah sumbangan besar bangsa Bugis kepada negara Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia yang ke dua Almarhum Tun Razak adalah dari etnik Bugis. Sekarang DS Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri yang ke enam. Ramai peramal politik dunia meramalkan DS Najib akan mendapat mandat baru dalam PRU 13 nanti.

Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia dari keturunan Mamak Penang tidak mempunyai budaya hebat politik seperti orang Bugis.

Saturday, January 14, 2012

Kenapa Anwar Ibrahim Suka Sembahyang Asar Banyak Kali Dalam Satu Hari Ketika Berjumpa Pelajar Luar Negara?

Ihsan The Malaysian Insider, Azmin berucap pada ceramah di Sungai Petani malam semalam.

Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR berucap kepada 600 orang di Taman Sri Pinang Sungai Petani bahawa Anwar sangat sesuai dan elok menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai perwatakan cemerlang dan warak tidak tinggal sembahyang.

Azmin Ali beri contoh sewaktu beliau ke luar negara bermesyuarat samada di New York, Paris, Tokyo, Anwar tidak pernah lalai tidak solat.

Walaupun tengah bermesyuarat, bila tiba waktu solat, Anwar akan bergegas ke hotel untuk solat sebelum kembali bermesyuarat. 

Azmin Ali menyoal, adakah pemimpin UMNO buat macam Anwar buat?

Awal tahun 1990an, sewaktu WZWH menuntut di UK, WZWH pernah menjadi Timbalan Presiden Persatuan Pelajar Islam St Andrews/Dundee. Ini ialah gabungan pelajar Islam dari berbagai Universiti dan Kolej di Scotland.

WZWH berkesempatan berjumpa dengan pemimpin  pelajar Malaysia di Pakistan. Menurut seorang pemimpin pelajar Malaysia di Pakistan yang kini seorang doktor yang berjaya di Pahang beritahu WZWH satu fakta pelik mengenai Anwar Ibrahim.

Sewaktu Anwar dalam kerajaan beliau pernah banyak kali mengunjungi Pakistan. Ada acara berjumpa dengan pelajar. Anwar suka setiap kali melawat rumah pelajar Malaysia sembahyang solat.

Tiap rumah-rumah pelajar yang dilawatinya mesti Anwar bersolat. Dan setiap kali pelajar tanya,"Syeikh sembahyang apa tadi?" Jawab Anwar, "sembahyang Asar".

Bila pelajar-pelajar ini berkumpul sesama mereka. Masing-masing cerita Syeikh Anwar sembahyang solat dirumah. Semuanya sembahyang Asar dalam satu hari!

Bila pemimpin pelajar Malaysia di Pakistan cerita kepada WZWH maka WZWH hanya boleh senyum seorang diri gelak.

Ada manusia politik yang suka tunjuk dia warak dan alim dengan banyak kali sembahyang walaupun amalan Orang Islam diseluruh dunia malah Rasulullah SAW sendiri sembahyang solat Asar sekali sehari tetapi Anwar boleh sembahyang Asar banyak kali dalam satu hari!

Friday, January 13, 2012

WZWH Tahu Tuan Ibrahim Lahir Di Kelantan Tapi Jangan Sampai Bendera Pahang Terbalik Pulak!



WZWH tahu Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat lahir di Kelantan tapi jangan sampai bendera Pahang pada poster kempen Himpunan Anak Pahang Di Perantauan 29 Januari ini di Dewan Bandaran Pandan Indah terbalik pula.

Warna putih di atas manakala warna hitam di bawah sepatutnya.

Ada komen pembaca tulis dalam satu blog pro PAS...


Bendera Pahang terbalik kat poster tu. Please tukar, kalau tak kene kutuk free2 je.
Caittt... aparahhh ini bloger, bendera Pahang pun tak tau nak letak hitam kat mana putih kat mana.
Pulak tu, nak sangat PAS ganti UMNO tukar kerajaan kat Pahang ni...
Cehh
Uwekkkk...

OK lah biar WZWH terangkan apa itu makna simbol warna bendera Pahang.

Bendera Pahang & Lambang Negeri Pahang




"Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat."

Lambang Negeri Pahang

"Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar. Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna."

PAS Perlu Usul Mansuhkan Law Jenayah Sodomi (Liwat) Kalau Mahu Lebih Islamik!

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim has been acquitted of politically motivated sodomy charges
Anwar Ibrahim adalah 'Imam Mahdi' pujaan PAS. Ilmu agamanya mengatasi semua ulamak PAS dan lebih berpengaruh dari Nik Aziz.

Undang-undang yang tidak adil dalam Islam kalau dimansuhkan lebih Islamik.

Law Jenayah Sodomi (liwat) dikatakan tidak adil kepada Anwar Ibrahim.

Logiknya PAS perlu usul dalam Dewan Parlimen mansuhkan Law Jenayah Sodomi kalau mahu lebih Islamik.

“
The sodomy law violates the rights of gay Malaysians. Moreover, it was used as a tool of political repression against Anwar.
”

Donna Guest, deputy Asia-Pacific director at Amnesty International.

Mon, 09/01/2012


Malaysia’s criminal sodomy law, Section 377, was drawn from the Indian Penal Code of 1860 and imposed under British colonial rule. In 2009, India repealed its sodomy law.

160 tahun dulu Inggeris gubal Undang Jenayah Sodomi (liwat) di Tanah Melayu.

British dan Amerika sudah lama mansuhkan Law Jenayah Sodomi ini.

India baru saja pada tahun 2009 hapus Law Jenayah Sodomi.

Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang mesti segan mahu ke depan bawa usul ini kerana beliau baru bebas dari kes sodomi maka Hadi Awang dan Lim Kit Siang perlu membantu.

Wednesday, January 11, 2012

Sejarah Orang Laut dan Orang Cina Johor Bolehkah Kesetiaan Berubah Kepada Pakatan Rakyat?


Pakatan Rakyat mahu bertapak di Johor. Tsunami PRU 12 tidak sampai ke Johor. Pakatan Rakyat mahu orang Cina Johor 90% menyokong PRU 13 nanti disamping undi orang Melayu dan Orang India pecah.

Persepsinya 90% orang Cina mula beralih kepada pembangkang. Data ini susah untuk diempirikalkan buktinya.

MB Johor sangat risau jika  berdepan prospek kehilangan lebih banyak undi kaum Cina. Beliau bimbang kerana PRU 12 Pakatan menang 1 kerusi parlimen dan 6 DUN.

Ada pengkaji kata kaji selidik pada hujung tahun lalu menunjukkan pengundi Cina-Johor kemungkinan akan memecahkan tradisi dengan menyokong Pakatan Rakyat.

Ini dipanggil revolusi senyap Tionghua.

Sokongan orang Melayu kepada pembangkang kekal 25%-30%. Lalu Pakatan Rakyat mensasarkan pada PRU 13 nanti menang 15 parlimen dan 30 DUN di Johor

Anwar Ibrahim kata jika dapat 30 parlimen lagi Putrajaya milik Pakatan Rakyat.

Tetapi siapa mahu jadi MB Johor yang mesti dari orang Melayu? 

Dikatakan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang merupakan anak kelahiran Pontian adalah bakal MB Johor.

Untuk memahami politik Johor mari kita kaji sejarah Orang Laut dan Orang Cina Johor bolehkah kesetian berubah kepada Pakatan Rakyat.

Adalah sangat sensitif kepada orang UMNO Johor jika dikatakan Johor akan tumbang. Mustahil orang Johor kata UMNO dicipta dan lahir di Johor.

Orang UMNO Johor melahirkan ramai tokoh dan intelektual.

Orang Melayu Johor adalah orang Melayu kelas pertama jika dibandingkan orang Melayu negeri lain.

Kerajaan negeri Johor pun punya pentadbiran autonomi yang tersendiri.

Pendidikan Johor baik sekular mahu pun agama adalah yang termaju dalam negeri-negeri Melayu. Maka orang Melayu Johor kuat pegangan agama dan pendirian parti.

Orang Melayu Johor memandang tinggi nilai kesetiaan.

Sejarah Orang Laut yang kita tahu semasa zaman Parameswara dan Kesultanan Melayu Melaka adalah penyokong Sultan yang sangat setia dan berani kepahlawanan mempertahankan empayar.

Bila Melaka jatuh kepada Portugis pada 1511, empayar Melaka berpindah ke Johor. Orang Laut pun berpindah ke Johor.

Bila Sultan Mahmud Shah mangkat dijulang pada 1699, tiada waris maka berakhirlah pemerintahan kesultanan Melaka. Bendahara Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana mengambilalih tampok pemerintahan dengan melantik anaknya Tun Abdul Jalil sebagai Bendahara Johor dan seterusnya menjadi Sultan Johor dengan sokongan pembesar dan rakyat memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV(1699-1718). 

Penguasaan kesultanan Johor oleh keturunan Bendahara menimbulkan rasa tidak puas hati Raja Kechil dari Siak yang mengaku sebagai putera almarhum Sultan Mahmud Shah. Pada 1717, Raja Kechil telah menyerang Johor dengan angkatan perang Minangkabau.

Salah satu sebab ialah Orang Laut yang menyokong Sultan Abdul Jalil selama ini telah kembali menyokong waris Sultan Mahmud mangkat dijulang dari Kesultanan Melaka. Betapa kita telah melihat betapa setianya Orang Laut kepada waris Sultan Melaka.

Kalahlah Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV lalu membawa diri ke Kuala Pahang tetapi akhirnya dibunuh oleh pembunuh upahan orang suruhan Raja Kechil pada 1720 dikenali sebagai Marhum Kuala Pahang. 

Namun Raja Sulaiman putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV telah menuntut bela dengan membuat pakatan dengan anak raja Bugis lima bersaudara iaitu Daeng Perani,Daeng Menambun, Daeng Marewah,Daeng Chelak dan Daeng Kemasi untuk mengusir Raja Kecil bagi mendapatkan semula kuasa. Pada 1722, Raja Kechil dapat dikalahkan dan Raja Sulaiman ditabalkan menjadi sultan Johor yang baru.

Sekarang ini Orang Laut telah bercampur dengan Orang Melayu dan Bugis Johor. Sebab itu ini menjelaskan kenapa Orang Melayu Johor sangat setia kepada UMNO. Kerana genetik kesetiaan nenek moyang Orang Melayu Johor.

Berbalik kepada Orang Cina Johor. Sultan-Sultan Johor selama beratus-ratus tahun telah menjaga kepentingan Orang Cina Johor dengan membenarkan Orang Cina Johor mengerjakan pertanian gambir dan lada hitam disepanjang sungai di Johor dikenali Sistem Kangcu.

Kangcu adalah perkataan Teochiew yang bererti Ketua Petempatan Cina, manakala Kerajaan Johor menggunakan istilah Tuan Sungai. 

Buruh-buruh Cina yang mengusahakan ladang gambir dan lada hitam diletakkan di bawah kuasa Kangcu atau ketua Sungai yang dilantik oleh kerajaan Johor. Sistem pengurusan orang Cina cara ini telah menyelamatkan Johor dari 'huru-hara' dan membolehkan Johor menjadi pengeluar gambir dan lada hitam terbaik di dunia. Dalam sistem perladangan cara ini juga membuktikan adanya unsur 'usaha-sama' (jont venture) antara pembesar Melayu dan pelabur modal Cina.

Persatuan-persatuan Orang Cina Johor juga dinaungi oleh Sultan Johor betapa rapat hubungan Orang Cina Johor dengan Sultan Johor.

Majoriti orang Cina Johor adalah keturunan dari Orang Cina Sistem Kangcu ini.

WZWH telah gambarkan sejarah kesetiaan Orang Laut dan Orang Cina Johor. 

Pada zaman politik moden Johor pun budaya tradisional Johor masih menjadi akar umbi. UMNO sudah sinonim dengan Kesultanan Johor.

Untuk Pakatan Rakyat mengubah kesetiaan itu bukanlah sesenang yang diwar-warkan. 

Begitu jugalah dengan negeri WZWH negeri Pahang hampir mempunyai sejarah dan sistem serta nilai yang sama dengan Johor!

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...