Thursday, November 25, 2010

Kenapa Korea Utara Serang Korea Selatan?

People look as smoke rising from South Korean Yeonpyeong Island after being hit by dozens of artillery shells fired by North Korea November 23, 2010 in this picture taken by a South Korean tourist. REUTERS/Yonhap
Pulau Yongpyeong (Korea Selatan) diserang oleh Korea Utara.

Ini game politik baru di peringkat antarabangsa. Kali ni dekat rantau Asia. Dulu Korea Utara berperang dengan Korea Selatan. Gencatan senjata dimeterai pada tahun 1953. Selepas itu cuma beberapa provokasi dilakukan oleh Korea Utara.

Korea Utara mengebom 170 artileri ke atas Pulau Yeonpyeong 120km dari Seoul pada hari Selasa menyebabkan banyak bangunan dan rumah awam musnah menyebabkan 2 askar Korea Selatan dan 2 orang awam  maut dan mencederakan ramai askar dan orang awam.

Korea Selatan membalas dengan menembak 80 artileri. Pada bulan Mac, kapal perang Korea Selatan telah ditorpedo oleh Korea Utara menyebabkan kematian 46 anak kapal di tempat yang sama.

Sebelum ini askar Korea Selatan telah mengadakan latihan perang di kawasan itu dan menurut programnya sepatutnya latihan perang bersama dengan tentera Amerika Syarikat akan diadakan di kawasan tersebut pada hari Ahad ini.

Ini menimbulkan reaksi tidak senang dunia terhadap provokasi Korea Utara terhadap Korea Selatan. Amerika Syarikat dikuti sekutunya Korea Selatan, Jepun, Singapura mengutuk serangan itu. Dikuti oleh Eropah. PBB digesa mengadakan mesyuarat tergempar.

Amerika Syarikat telah menghantar kapal perang pengangkut nuklear USS George Washington, yang membawa 75 jet pejuang dan lebih 6000 anak kapal berlepas dari Naval base Tokyo, Jepun.

China sekutu kuat Korea Selatan minta kedua pihak bertenang. Rusia menyatakan kebimbangan perang mencetus kekacauan antarabangsa. Malaysia senada dengan China dan Rusia.

Kenapa Korea Utara serang Korea Selatan? Ini ialah "a calculated tactic". Tujuannya ialah menaikkan kekuatan pengimbal dalam rundingan antarabangsa. Satu taktik yang sering digunakan pada masa lepas. Juga untuk menguatkan dan menambah hormat kepada bakal penganti Kim Jong-il iaitu anaknya Kim Jong-un. Supaya tentera Korea Utara memandang tinggi Kim Jong-un, nampak ada kredibiliti ketenteraan.

Korea Utara sedang berpolitik dalaman untuk membina modal politik untuk Kim Jong-un dengan memberi persepsi base kuasa kepada beliau. Ini semua cerita politik militari.

Provokasi Korea Utara ini bertujuan untuk mendapatkan sedikit konsesi dari masyarakat antarabangsa dan terpuji dengan militari supremenya. Risikonya ialah ini telah menganggu-gugat keseimbangan rantau itu dan peristiwa yang berlaku sudah tidak terkawal.

China cepat-cepat mengeluarkan kenyataan supaya Korea Utara dan Korea Selatan berdamai dan mulakan rundingan. China mahu rundingan 6 negara melibatkan China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat dan Rusia diadakan semula untuk menamatkan pembangunan senjata nuklear Pyongyang ditukar kepada bantuan ekonomi.

Dari segi ekonomi Korea Selatan negara kaya manakala Korea Utara negara miskin kerana wang negara habis dibelanjakan untuk militari dan Korea Utara sering menjual teknologi peluru berpandu kepada sindiket antarabangsa demi wang.

Berita serangan Korea Utara ke atas Korea Selatan telah mengemparkan pasaran antarabangsa yang ditambah dengan masalah hutang Ireland yang bakal menuju bangkrupsi.

Atas kertas Korea Selatan dengan mudah boleh memenangi peperangan ini dengan bantuan Amerika Syarikat. Tetapi kalau boleh Korea Selatan tidak mahu berperang.

Banyak artileri dan senjata misil Korea Utara telah ditala ke arah kota Seoul yang mempunyai 25 juta penduduk bukan saja boleh mengakibatkan kematian besar tetapi kehancuran ekonomi USD banyak trilion.

Dunia mahu kedua negara Korea ini berdamai. Tetapi kalau peperangan berlaku seperti di tahun 1950an maka Malaysia pun terlibat sama kerana peperangan ini mungkin boleh melumpuhkan ekonomi serantau kerana tidak stabil lagi.

Atau mungkin ekonomi Malaysia bertambah baik kerana pastikan barang-barang Malaysia seperti getah, minyak, minyak kelapa sawit dan peralatan elektronik boleh dijual kepada Korea Selatan dan Amerika Syarikat atas permintaan kecemasan.

Bila barang-barang Korea Selatan tidak dapat dijual atau eksport sebab perang mungkin ini memberi kelebihan kepada barang buatan Malaysia. Kadang-kadang dalam peperangan, ada pihak yang boleh buat untung.

Semua orang tahu masa sekarang simpanan senjata cukup banyak disimpan oleh banyak negara. Kalau tidak digunakan senjata ini termasuk peluru, bom, artileri dsb terpaksa dimusnahkan. Maka perang ialah cara benda-benda ini dapat digunakan. Kilang-kilang senjata kena beroperasi menghasilkan senjata untuk dibekalkan ke medan perang. Gamoknya inilah dipanggil "business of war"!
Aircraft carrier USS George Washington.

Wednesday, November 24, 2010

Geronimo Pahlawan Apache Terakhir

Geronimo dihari tuanya (1905). Wajahnya iras-iras wajah Mat Kilau Pahlawan Padang Kangsa.

Geronimo semasa mudanya digeruni oleh tentera Mexico dan tentera Amerika Syarikat.

Geronimo (Chiricahua: Goyaałé, "dia yang menguap" (16 Jun, 1829 – 17 Februari, 1909) adalah seorang pemimpin dan pejuang hak pribumi yang berasal Chiricahua Apache Amerika yang terkenal kerana menentang Mexico dan Amerika Syarikat dan perluasan mereka ke atas tanah puak Apache untuk beberapa dekad semasa Perang Apache.

Geronimo adalah pejuang bangsa Apache terakhir yang akhirnya menjadi idola tentera Amerika Syarikat. Kapal perang marin Amerika dinamakan SS Geronimo. Regimen payung terjun Amerika guna namanya. 3 bandar di Amerika dinamakan Geronimo.

501st Infantry Regiment Distinctive Unit Insignia

Geronimo dan pengikut Apache dipenjara di Fort Pickens, Pensacola, Florida. Sebelum meninggal dunia, di katilnya beliau mengaku kepada anak saudaranya bahawa beliau menyesal dengan keputusannya menyerah diri kepada tentera Amerika Syarikat.

Moral cerita Geronimo ini ialah kita jangan sekali-kali mudah mengaku kalah dalam perjuangan. Terus berjuang hingga kita sampai satu peringkat kita 'boleh deal dengan kepimpinan atasan'. Biar pemimpin besar tertarik mahu lihat apa kita buat, apa perancangan kita, apa yang kita boleh offer dan jangan mudah putus asa.  

Jika kita mahu lihat Lembah Tembeling maju dan membangun maka kita mesti jadi Geronimo Lembah Tembeling. Kita pastikan pucuk pimpinan dengar cakap kita atau kita sendiri yang jadi pemimpin besar kalau susah sangat!

PAS Baru dalam Era Politik Baru



WZWH suka lihat perkembangan suara muda dalam PAS. Suara muda PAS inilah yang akan membentuk parti PAS baru untuk relevan dengan tuntutan masa depan.

Iklim politik sememangnya telah memasuki era baru yang menjadikan pentasnya lebih lebar , situasinya kian mencabar , saingannya makin getir dan isu - isunya bergerak pantas. Mendepani fenomena seperti ini pastinya seluruh jentera parti yang terdiri dari pemimpin dan anggotanya tidak lagi boleh rehat panjang dan sambil lewa dalam melaksanakan tugas atau amanah perjuangan suci yang disandangnya.

Mesti keluar dari zon lama atau wajib membebaskan diri dari cara fikir , cara tindak dan cara dekat yang lama kepada satu pemikiran , tindakan dan pendekatan yang baru dan berkesan tanpa perlu menafikan warisan tradisi lama yang soleh. Sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah menggandingkan warisan tradisi lama yang soleh dengan penemuan - penemuan [ kaedah atau pendekatan ] baru yang bermanafaat dan berkesan untuk mencapai matlamat perjuangan .

PAS lama tidak boleh bersikap prejudis dengan usaha tajdid [ pembaharuan ] kerana pendekatan dan pembawaan parti [ jamaah ] mesti bergerak semasa dan seiring dengan masyarakat yang menjadi sasaran atau madu'unya serta memahami keperluan dan tuntutan semasa yang mesti dilengkapkan oleh pemimpin dan jamaah agar kepimpinan dan wadah perjuangan Islam ini senantiasa berada di arus perdana dan dilihat sebagai bahtera penyelamat yang mampu ditumpangi oleh ummah sedang mereka meronta mohon diselamatkan dari kemungkaran dan keruntuhan tamadun material hari ini .

Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah agama yang sesuai dan relevan di sepanjang zaman. Biarpun al Quran diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu namun prinsip , kaedah , iktibar , nasihat , hukum dan isu yang dibawa oleh al Quran masih segar dan hidup. Selama mana perjuangan ini melandasi kaedah dan hikmah al Quran maka selama itulah perjuangan ini terus segar , baru dan sesuai di sepanjang masa perjuangannya.

Justeru itu , dalam usaha membugarkan wadah perjuangan Islam PAS ini ditengah - tengah kemelut dan krisis masakini , PAS tidak perlu apologatik untuk terus bercakap mengenai dasar dan prinsip perjuangan Islam yang PAS dokong seperti perlaksanaan syariah Islamiyah dan seumpamanya. Tinggal lagi PAS perlu perluaskan perbahasan secara hikmah [ bijak ] dan himmah [ wibawa ] bukan kasar , keras , bersifat menghukum dan tidak inklusif dalam perbincangan atau perbahasan .

Suara muda PAS tidak bersetuju membawa PAS baru dengan menenggelamkan atau menyembunyikan hasrat atau cita - cita untuk mendaulatkan Islam walaupun ia dilakukan atas nama strategi kerana kelak PAS akan dilihat berpura - pura [ hipokrit ] . PAS mendakwa memperjuangkan Islam dengan pakej asal yang tulen dari Rasul saw.Tiada pakej kedua atau ketiga sekalipun untuk berdepan dengan usaha meraih sokongan dan undi non muslim. Pakej perjuangan PAS telah siap dan kekal iaitu al Quranul karim dan ia dibaca oleh seluruh ummat manusia sejak lebih 1400 tahun lalu tanpa sembunyi dan perlu disepikan lagi .

Pembaharuan yang perlu PAS lakukan ialah bagaimana PAS menafsirkannya kepada ummah agar PAS tidak hanya terhenti setakat meriwayat , mengungkap slogan , berkisar dalam aspek tekstual tanpa pergi lebih jauh kepada menyediakan solusi dan tindakan yang berkesan . Sebagai contoh, pemimpin dan anggota PAS mesti sedia berubah secara total untuk keluar dari minda pembangkang kepada minda negarawan atau pemerintah . [ Biarpun ia agak sukar kerana terlalu lama menjadi pembangkang ] tetapi kini keadaan memaksa PAS berubah.

Kempen baru PAS dalam musim atau diluar musim pilihanraya mestilah tidak lagi menggunakan kaedah lama yang hanya membuatkan ahli sendiri berasa syok sementara orang - orang atas pagar dan mereka yang berada di seberang pagar akan lari malah tersinggung rasa dengan cara PAS . Sedang kempen adalah untuk mendekatkan orang kepada PAS. Kaedah lama seperti perkataan kasar penuh emosi yang dilontarkan mungkin berbalas takbir yang bergema dari kalangan sendiri tetapi ia menambah liar hati orang ramai kepada perjuangan PAS. Sebenarnya ini bukanlah kaedah baru pun sebab ianya telah disebut oleh Allah dalam al Quran yang bermaksud : "wahai Muhammad , jika sekiranya kamu berkasar dan keras hati nescaya mereka akan lari daripada kamu".

Masaalah utama dihadapi oleh PAS ialah bukan tidak ada perkara "baru" yang mahu dilakukan bahkan PAS mempunyai terlalu banyak idea - idea baru yang dicambah sesama PAS [ melalui retreat , meeting dan brainstorming ] serta dicampak atau dilontar oleh pihak lain kepada PAS tetapi masaalah utama yang dihadapi ialah keupayaan mengurus sumber tenaga , sikap dan minda .

Menjadi PAS baru juga bukan bermaksud PAS mesti terkesan dan terpengaruh dengan persekitaran dan keadaan baru yang PAS hadapi lalu PAS jadi seperti mereka , sebaliknya PAS menguasai persekitaran dan memimpin keadaan agar mereka dibimbing ke arah mencapai matlamat perjuangan suci yang PAS dokong .

Yang ramai majoriti suara muda PAS fikirkan kenapa tidak PAS bergabung saja dengan UMNO membentuk parti gergasi Melayu Malaysia? Supaya mudah menjalan urusan agama, bangsa dan tanahair untuk memajukan umat Islam dan rakyat Malaysia. Tidakkah PAS itu lahir dari perut UMNO!

BN Konsep Baru, Logo Baru, Strike Back


BN telah memperkenalkan konsep pintu terbuka baru untuk membuat pakatan BN lebih inklusif dan logo baru untuk gantikan dacing memcerminkan perkongsian yang lebih akrab.

Suka atau tidak, konsep baru dan imej baru mungkin membuka hati dan minda rakyat Malaysia terutama orang muda yang membentuk sebahagian besar pengundi bila tiba PRU 13 nanti.

PM DS Najib sebagai Pengerusi BN ambil inisiatif menjenamakan semula 'rebrand' BN setelah prestasi buruk BN dalam PRU 12.

Dalam mesyuarat terbaru Majlis Tertinggi BN, beliau megumumkan sesiapa yang ingin menyertai BN boleh mohon masuk BN secara terus sebagai ahli bersekutu.

Ini bermakna mereka tidak perlu menjadi ahli mana-mana parti politik untuk masuk kelab BN. Pemerhati politik percaya usaha baru BN ini merupakan strategi hebat menggalakkan orang yang tidak berapa minat dengan parti-parti lain dalam pakatan untuk menyokong BN sebagai ahli secara terus.

Banyak rakan-rakan BN mula membina kekuatan dalaman parti masing-masing selepas PRU 2008, membuat perubahan tetapi berakhir dengan kedudukan yang teruk.

UMNO tulang belakang BN telah sembuh cepat sejak DS Najib mengambilalih kepimpinan. Cara pendekatan beliau yang segar telah membawa harapan dan minat kepada kem BN yang dulu ditinggalkan malah memenangi sokongan penyokong yang telah melompat kapal.

Hari ini UMNO nampak berada dalam kedudukan yang lebih baik bersama dengan ramai NGO Melayu yang ingin bekerjasama dengan UMNO.

MCA parti kedua terbesar dalam BN masih tercari-cari jawapan kenapa komuniti Cina telah meninggalkan MCA. Perubahan kepimpinan MCA tidak memberi kesan sangat kepada orang Cina yang menjauhkan diri dari parti yang selama ini memperjuangkan nasib orang Cina.

MIC nampak belum lagi ada perubahan besar kecuali komuniti India masih tercari-cari parti berbilang kaum untuk dibuat payung.

Gerakan masih dalam bermimpi, asyik dengan masalah dalaman seperti MCA cuba mencari tapak lagi di kalangan orang cerdik pandai Cina ketika hilang warna multi-rasnya.

PPP pun tidak nampak prestasi masih dalam keadaan politik tidak sedar diri.

Di Sabah dan Sarawak, parti pakatan BN masih terdengar-dengar suara-suara bising parti pembangkang dari Semenanjung yang mengoda dengan slogan 'Politik Sabah dan Sarawak untuk orang tempatan'.

Polisi keahlian terus DS Najib adalah jawapan terbaik untuk mendapatkan kembali kepercayaan pengundi bila ramai orang dan NGO menyokong BN tidak kepada ketua parti-parti dalam pakatan BN.

Sebelum DS Najib mengumumkan personaliti dan imej baru BN, beliau telah memenangi hati ramai rakyat muda Malaysia dengan facebook dan blog beliau. Beliau tahu orang muda inilah yang akan membentuk majoriti pengundi dalam PRU 13 nanti.

Mungkin cara pendekatan akarumbi DS Najib-berurusan secara terus dengan orang muda telah memberi beliau idea untuk membuka pintu BN kepada ahli bersekutu. Memang ini ialah gerakan yang betul.

Mungkin gerakan DS Najib ini tidak dapat sokongan yang sepenuhnya dari rakan-rakan BN tetapi beliau nampak tidak kisah dengan pemimpin-pemimpin itu kerana mereka itu masih berfikir cara lama.

Pertimbangan DS Najib jika dilihat dari polisi barunya ialah sikap ambil beratnya kepada rakyat yang akan menentukan nasib parti pemerintah.

Secara ringkasnya apa yang DS Najib buat sekarang ialah apa yang demokrasi laungkan selama ini-kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

Tuesday, November 23, 2010

Strategi, Pemikiran Dan Harapan DAP Pahang


YB Leong Ngah Ngah ADUN Teriang, Pengerusi DAP Pahang. Beliau telah menjadi ADUN Teriang sejak tahun 1990.

Walaupun di peringkat DUN Pahang, DAP hanya ada dua kerusi saja iaitu Teriang dan Teras namun WZWH mengambil berat strategi, pemikiran dan harapan DAP Pahang. Majoriti pengundi di bandar adalah kaum Cina dan WZWH perlu tahu kaitan hubungan antara DAP Pahang dan pengundi Cina di bandar-bandar Pahang. 

Di Pahang, WZWH mengamati pemikiran politik DAP melalui Pengerusi DAP Pahang, YB Leong Ngah Ngah (ADUN Teriang) dan Setiausaha DAP Pahang, YB Choong Siew Onn (ADUN Teras).

DAP merasakan ada perubahan  'landscape' politik di Pahang selepas PRU 12. Kerajaan pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Sebelum ini rakyat undi DAP sebab protes tapi sekarang DAP adalah sebahagian dari kerajaan negeri. Rakyat berharap PR akan buat lebih lagi dari BN.

Mengikut keutamaan DAP isu-isu yang menyentuh Pahang ialah isu tanah. Terdapat 17 DUN yang terlibat dengan FELDA. Manipulasi gred kelapa sawit, sistem tanam semula FELDA, antara isu yang diketengahkan menarik minat peneroka.

Orang Cina pula adalah isu tanah haram dan pembaharuan. Contoh di Cameron Highland, petani Cina susah mahu dapat hak milik tanah dan pembaharuan TOL. TOL diperbaharui setiap tahun. Petani Cina diugut jika tidak sokong BN, lesen tidak boleh diperbaharui. Di Bentong, Raub, dan Teriang ramai petani Cina  sudah mengusahakan tanah lama tetapi belum mendapat hak milik tanah.

DAP beritahu petani Cina jika pembangkang membentuk kerajaan, TOL mereka akan disambung 30 tahun atau terus dapat hak milik. Dengan kerjasama yang erat antara pemimpin PAS dan PKR Pahang, DAP percaya PR ada peluang yang baik membentuk kerajaan di Pahang.

Bagi rakyat di bandar-bandar besar seperti Kuantan, isunya ialah kekurangan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Rakyat mahu kerajaan baru PR membuat perubahan polisi kerajaan  dan persekitaran perniagaan dimana rakyat boleh berniaga dengan mudah.

DAP percaya rakyat sudah boleh percaya dan menerima PR sebagai kerajaan alternatif untuk menyelesaikan masalah rakyat. DAP percaya kerajaan PR jujur dan ikhlas menolong rakyat Pahang.

Mengenai peluang PR membentuk kerajaan di Pahang, DAP mengandaikan peluangnya 50-50. (WZWH anggap sebenarnya DAP tidak berapa yakin dengan politik rakyat Pahang). DAP masih mengharap orang Cina lekat dengan positif kepada PR. Orang Melayu sudah terbuka. PAS aktif berceramah di kawasan FELDA. Harakah memain peranan penting menyebar maklumat kepada peneroka FELDA.

Dulu bila UMNO serang DAP untuk menakutkan orang Melayu, DAP tidak dapat mempertahankan diri. Sekarang PAS aktif membantu dengan ceramah menerangkan isu dan DAP boleh menumpang platform menyampaikan mesej DAP kepada orang Melayu.

DAP boleh memberi jaminan kepada orang Melayu jika PR berkuasa, orang Melayu tidak hilang hak, keistimewaan dan kuasa. Hanya UMNO, MCA dan MIC yang hilang hak mereka. Dengan mengundi DAP, rakyat memberi balik kuasa kepada rakyat. (ini retorik DAP yang terbaik sekali)

DAP biasanya bertanding di kawasan bandar tempat majoriti orang Cina maka tiada masalah bagi DAP. Tetapi untuk PR menakluki Pahang, pengundi Melayu sangat penting membentuk 75% dari pengundi keseluruhan Pahang. DAP terpaksa bergantung kepada PAS dan PKR untuk sampai kepada pengundi Melayu. Bagi pengundi India pula DAP ada pemimpin untuk sampai kepada mereka.

Yang penting DAP sudah tidak takut kepada UMNO bila menyerang DAP kerana PAS dan PKR sentiasa ada mempertahankan DAP.

Kerjasama PR Pahang adalah yang terbaik dalam Malaysia. DAP telah mempunyai hubungan dengan PAS sejak 25 tahun dulu. Setiap kali ada program PR seperti ceramah dan jamuan makan kutip derma, kedua DAP dan PAS ada wakilnya. PAS lebih mempercayai DAP.

Masalah pengagihan kerusi mungkin rumit buat DAP dan PAS. DAP anggap isu negara Islam telah diselesaikan di peringkat nasional. Kini PAS sedang mempromosi 'Negara Kebajikan' dan 'PAS untuk Semua' yang mana boleh diterima oleh semua kaum. Malah dalam isu 'Kalimah Allah' dan lawatan bukan Islam ke Masjid telah 'dineutralkan' oleh PAS. PAS cakap boleh. Ini yang melegakan DAP 

Pada masa lepas DAP susah hendak merekruit orang Melayu dan orang India. Orang Melayu mempunyai impresi yang pilihan terbaik ialah UMNO, PAS atau PKR. DAP selalu dilihat sebagai pilihan  ke empat

Hari ini PAS dan PKR menyokong DAP. PKR ada bukan Melayu. DAP juga ada Melayu. PAS merancang mempunyai ahli bukan Islam ini memperbaiki imej PAS sebagai parti sederhana. Dalam jangka panjang DAP akan menumpukan menarik orang Melayu yang tidak bersetuju dengan PAS, PKR atau UMNO.

DAP berharap masa akan menyebelahi keinginan hasrat DAP. Di Pahang, DAP ada Tengku Zulpuri Shah Raja Puji ( Timbalan Pengerusi DAP Pahang) sebagai contoh. Bapanya ialah mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang. DAP berharap ramai lagi orang Melayu Pahang menyertai DAP.

Cabaran DAP Pahang ialah  cabaran dan provokasi dari UMNO dan MCA tentang kerjasama DAP dan PAS. Banyak isu ras dan agama dimainkan untuk memberi masalah kepada hubungan DAP dan PAS. UMNO suka menakutkan orang Melayu dengan mengatakan undi DAP orang Melayu hilang kuasa. Ini kepakaran UMNO dalam perang saraf psikologi orang Melayu.

Jika kepimpinan PR nasional boleh menempuh dan menyelesaikan ini semua maka DAP dan PR Pahang pun boleh menempuhnya tetapi apa yang berlaku kini kepimpinan PR nasional berdiam diri saja dan kemelut yang berlaku dalam pemilihan kepimpinan PKR turut membuat bukan sahaja DAP tidak selesa malahan PAS tidak mahu memikul biawak hidup. Lebih-lebih lagi kekalahan PAS dan PKR di PRK Galas dan Batu Sapi membuatkan Presiden PAS, Haji Hadi Awang berkata,"undi Melayu sangat penting kalau PAS mahu ganti UMNO di Putrajaya". Inilah yang mula memeningkan DAP Pahang dan bimbang cita-cita DAP Pahang tidak akan tercapai.

Kempen Selamatkan Harimau


Ketika umur WZWH bawah 7 tahun pada awal tahun 1970an, WZWH masih ingat lagi di kampung Bantal, Ulu Tembeling ramai orang kampung berkerumun di bawah pokok dekat padang pada waktu petang. WZWH telah menyaksikan banyak harimau telah ditembak oleh orang kampung.

Sewaktu WZWH bercuti masa belajar di UK pada awal 1990an, WZWH telah melawat Dunrobin Castle yang berusia 700 tahun di Scotland. WZWH masih ingat sewaktu menaiki tangga dalam Castle, WZWH lihat ada berpuluh-puluh kepala harimau dengan kulitnya diletakkan di tepi tangga hingga tingkat seterusnya. WZWH rasa tentu Earls and Dukes of Sutherland pemilik Dunrobin Castle membelinya dari India.

Harimau di seluruh dunia semakin pupus. Daripada 100,000 ekor pada awal abad sekarang cuma tinggal 3,200 ekor sahaja sebab pemburuan haram dan penebangan hutan. Jika tidak ada usaha bersama dunia kempen selamatkan harimau maka lagi 12 tahun harimau akan pupus.

Satu persidangan kemuncak empat hari "tiger summit" oleh 13 negara diadakan di St. Petersburg, Rusia bermula pada 22 November 2010, merancang mengelakkan kepupusan harimau. Usaha yang baik dan mulia ini diketuai oleh PM Rusia, Vladimir Putin.

Pakar harimau berkata jika tiada tindakan drastik di ambil , harimau akan cepat pupus. 13 negara yang menghadiri persidangan diharap komited mengandakan populasi harimau menjelang 2022.

Justru itu 13 negara ini dan kumpulan konservasionis akan diberi dana USD$330 juta dari Bank Dunia yang mengepalai inisiatif harimau global. 13 negara itu termasuk Bangladesh, Bhutan, Cambodia, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Rusia, Thailand dan Vietnam.


Dan bagi Malaysia pula kawasan yang diberi perhatian ialah hutan yang ada di Jerantut bersempadan dengan Kelantan dan Terengganu terutamanya DUN Tahan. WZWH percaya agensi-agensi kerajaan Malaysia terlibat dengan penyaluran dana tersebut.

WZWH mahu ahli politik UMNO terutama di Jerantut dan kampung-kampung serta orang Asli perlu berperanan menyelamatkan harimau di tempat kita dari pupus. WZWH ada dengar dari orang kampung tentang kemasukan pemburu haram dari Thailand datang ke hutan kita memburu harimau, gajah dan hasil hutan lain.

WZWH harap pasukan keselamatan seperti askar dan polis serta orang kampung perlu bekerjasama membenteras pemburuan haram hidupan liar kita.

Pemburuan haram telah meningkat kerana permintaan tinggi pasaran haram bagi harimau terutama di Asia seperti di China dan Vietnam serta di seluruh dunia.


Persepsi orang Cina, harimau baik untuk nilai perubatan-produk, tulang, kulit, daging, hati, limpa, jantung, perut dll, juga persepsi status kerana memakan harimau.

WZWH mencadangkan kepada setiap 13 kerajaan negara 'harimau' ini perlu mengambil tindakan yang lebih tegas lagi untuk mencegah dan menghukum pemburu haram selain dari melindungi dan mengembangkan habitat-habitat harimau yang sedia ada.

Di Malaysia hanya Semenanjung sahaja yang ada harimau, Sabah dan Sarawak sudah lama pupus harimau. Bilangan harimau di Semenanjung tidak sampai 500 ekor sekarang. Dulu kita ada beribu ekor.

2 plan untuk menyelamatkan harimau daripada pupus;
  • Plan TX2 (Tiger Times Two) oleh WWF sasaran untuk mengandakan populasi harimau Malaysia menjelang 2020. Telah diusahakan oleh Malaysia sejak 2 tahun dulu.
  • Plan Tindakan Harimau Kebangsaan Malaysia 2008-2020. Disokong kuat oleh Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Malaysia.
Antara objektif plan ialah melindungi kawasan habitat, perlindungan jangka panjang harimau dan pemakanannya serta menggunakan sains untuk memantau kecekapan aktiviti konservasi.

Monday, November 22, 2010

Layakkah Anwar Ibrahim Disemadikan Di Makam Pahlawan Masjid Negara?


Posting WZWH kali ini membicarakan soal penghargaan kepada pemimpin-pemimpin negara. Kita semua tahu ramai pemimpin-peminpin yang berjasa kepada agama, bangsa dan tanahair yang dipanggil negarawan yang kembali ke rahmatullah dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Makam Pahlawan adalah sebuah perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara, khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa dalam hidupnya. Kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim. Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.

Kawasan makam yang unik ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam, yang dilitupi dengan kubah konkrit yang di bentuk berbintang pecah-7 menempatkan beberapa makam. Kubah berbintang ini setiap penjurunya hampir mencecah tanah, dan dikelilingi kolam yang memisahkan kawasan luar. Di bahagian tengah direka dengan hiasan lambang negara dan ukiran bunga-bunga daripada baru marmar dari Pulau Langkawi. Bahagian tengah bumbung kubah dihiasi dengan hiasan bunga mawar bewarna emas.

Pada tahun 1973, Tun Dr Ismail menjadi orang yang pertama dikebumikan di sini.

Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Malaysia pada 6 Julai 2007 . Majlis pemasangan plak pengistiharan tersebut telah diadakan pada 30 April 2009.

Berikut ialah senarai pahlawan negara yang dikebumikan di Makam Pahlawan antaranya:-
Dalam kubah
  • Tun Dr Ismail - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1973)
  • Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1976)
  • Tun Hussein Onn - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1990)
  • Tun Ghafar Baba - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 2006)
Luar kubah
  • Tan Sri Syed Jaafar Albar - Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (meninggal 1977)
  • Tan Sri Syed Nasir Syed Ismail - Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1982)
  • Tun Sardon Jubir - Menteri Perhubungan dan Kerja Raya dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (meninggal 1985)
  • Tan Sri Mohd Noah - Menteri Dalam Negeri dan Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1991)
  • Tan Sri Abdul Kadir Yusuf - Menteri Undang-undang, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara (meninggal 1992)
  • Tan Sri Mohd Khir Johari - Menteri Pendidikan (meninggal 2006)
  • Tun Dr.Fatimah Hashim - Menteri Kebajikan Masyarakat (meninggal 2010)
  • Tun Ghazali Shafie - Menteri Luar (meninggal 2010)
  • Tun Omar Ong Yoke Lin - Yang di-Pertua Dewan Negara (meninggal 2010)
Cuma WZWH rasa pelik dan musykil kenapa negarawan hebat seperti Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak dikebumikan di Makam Pahlawan kerana tiada siapa boleh menafikan jasa-jasa kedua tokoh hebat Melayu di abad ke 21 ini.

Dato' Onn Jaafar, MB Johor, pengasas UMNO, perancang penentangan Malayan Union, Presiden UMNO pertama. Beliau menubuh parti IMP, Parti Negara, ahli parlimen Kuala Terengganu Selatan. Beliau meninggal dunia pada 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO ke 2, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Bapa Kemerdekaan, Bapa penubuhan Malaysia, Perdana Menteri pertama dan pengasas Asean. Beliau  Mangkat pada 6 Disember 1990, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.

DS Anwar Ibrahim-'Golden Boy' Tun Mahathir. Hubungan mereka berdua sejak tahun 1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .

DS Anwar Ibrahim, aktivis NGO Islam, sejak 1982 hingga 1998 menganggotai kabinet Malaysia sebagai:
  • 1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • 1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan
  • 1985 - 1986 Menteri Pertanian
  • 1986 - 1990 Menteri Pendidikan
  • 1990 - 1998 Menteri Kewangan
  • 1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri
Kini beliau ahli parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang Malaysia dan Penasihat parti PKR.

Berbalik kepada persoalan WZWH jika ditakdirkan DS Anwar Ibrahim kembali ke rahmatullah, adakah beliau layak disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara?

WZWH tidak nafikan DS Anwar Ibrahim juga berjasa kepada negara. WZWH juga akui bagaimana DS Anwar Ibrahim berjaya meruntuhkan beberapa kerajaan negeri BN. Soal kes liwat beliau itu kita serah kepada Mahkamah menentukannya.

Ada sesiapa pembaca yang boleh memberi pandangan? 

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...