Tuesday, March 22, 2011

Loji "Rare Earth" Kuantan: Kempen Fuziah Menentang, Apa Jawap Kerajaan Negeri Pahang?

Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh gigih berkempen "Say No" to Lynas Corporation buat loji "rare earth" terbesar di dunia di Gebeng, Kuantan.

Fuziah Salleh menjalan kempen "Say No" dan "Send It Back to Australia" mahu kerajaan Pusat dan Pahang hentikan projek loji "rare earth" Gebeng, Kuantan yang dibimbangi beri masalah radiasi thorium kepada 17,000 penduduk sekitar.

Pada WZWH ini adalah "pekerjaan profesional" ahli parlimen berjuang dengan isu yang menyentuh konstituensi. Apa yang Fuziah buat itu betul. Tapi apa isu yang sebenar berlaku. Kenapa kerajaan pusat dan kerajaan negeri tidak menjawapnya.

Sehubungan itu, Fuziah dalam taklimatnya bersama kira-kira 200 penduduk Kuantan Ahad lalu mengadakan kempen kesedaran disamping mengumpul seberapa banyak tandatangan daripada penduduk tempatan untuk dijadikan petisyen bantahan sebelum diserahkan kepada menteri yang bertanggungjawab.

“Selain itu, penduduk Kuantan akan cuba mengumpul seberapa banyak sumbangan dana termasuk menyewa bas supaya mereka dapat pergi ke Parlimen dan menyerahkan petisyen bantahan kepada menteri kabinet sebelum berakhirnya sidang Dewan Rakyat penggal ini,” katanya.

Katanya, bantahan itu bagi mendesak Lynas supaya tidak memulakan operasi memproses nadir bumi dan dalam masa yang sama mendesak AELB membatalkan lesen yang diberikan kepada Lynas sebelum ini.

“Kalau kita gagal dalam misi ini, saya akan cuba dengan pelan B iaitu mendesak supaya Lynas membawa sisa buangan pulang ke Australia dengan kapal kargo, jangan cemarkan bumi Malaysia,”

Pada WZWH, kerajaan perlu jawap dengan segera jika tidak rakyat Kuantan akan percaya kepada kempen Fuziah, ahli parlimen Kuantan. Jangan "underestimate" apa yang Fuziah buat sekarang kerana jika rakyat percaya kepada isu yang diperjuangkan Fuziah boleh jadi Fuziah dapat mengekalkan kembali kerusi parlimen Kuantan. Pengundi kaum China ramai menyokong isu ini.

Jika tiada pemimpin pusat menjawap maka ahli politik Pahang perlu bersuara. WZWH tidak boleh berharap kepada Ketua Pemuda UMNO Kuantan, Ahmad Suffian sebab beliau awal-awal telah menyerah kalah tidak mahu mempertahankan kehendak kerajaan pusat dan kerajaan negeri mahu Lynas Corporation memulakan operasinya di Gebeng menjelang September ini untuk bersaing dengan China yang menguasai 95 peratus pasaran "rare earth". Syarikat itu menjangkakan pulangan hampir RM8 bilion setahun bermula 2013.

Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato' Wan Adnan Wan Mamat perlu bersuara menyatakan sebab-sebab usaha kerajaan pusat dan kerajaan Pahang menyokong pelaburan yang memberi pulangan ekonomi dan pekerjaan kepada kerajaan disamping menguatkuasa standard piawai mencegah berlakunya radiasi thorium.

Siapa EXCO Pahang yang bertanggungjawab boleh buat "press conference" menidakkan kempen Fuziah Salleh itu adalah tidak berasas adalah "ketakutan melampau" kepada radiasi yang rendah dan tidak merbahaya serta kawalan pemantauan yang ketat daripada agensi kerajaan yang terlibat.

Dato' Mohd Sharkar Shamsudin, EXCO Pahang yang nampak lebih cerdik perlu ke depan mematahkan hujah-hujah kempen Fuziah Salleh ini. Beliau perlu buktikan bahawa beliau adalah pemimpin pelapis Pahang baru boleh dipandang oleh DS Najib.

Malaysia telah banyak belajar daripada kelemahan peristiwa loji Bukit Merah Asian Rare Earth dan sebab itulah kerajaan membenarkan pembinaan loji yang serupa oleh Lynas Corp di Gebeng Pahang. Jika loji Bukit Merah tidak mempunyai ciri keselamatan sepatutnya tetapi kali ini Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia AELB telah memastikan setiap ciri keselamatan dipenuhi oleh loji Gebeng. Menarik jika diungkap kembali apa yang ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa iktibar perlu diambil dari peristiwa Fukushima tetapi merasa yakin pembangunan nuklear Malaysia tidak akan terbantut.

Malaysia Perlu Akta Privasi ( Privacy Act)


Ekoran insiden video seks Chua Soi Lek dan yang terbaru dikatakan video seks  Anwar Ibrahim (walaupun belum dibuktikan) memberi peringatan kepada kita rakyat Malaysia bahawa hak privasi kita  senang dan mudah dicerobohi.

Jika menginap di hotel 3 atau 5 bintang pun ada dipasang kamera canggih dari berbagai sudut maka kita boleh kata rakyat sudah tiada privasi. Ahli parlimen baik dari BN dan PR serta Bebas perlu gubal satu undang-undang menjaga hak privasi rakyat.

WZWH tidak berminat dengan apa yang berlaku di bilik tidur ahli politik. Itu tidak kena mengena dengan politik. WZWH akui majoriti ahli politik Malaysia baik UMNO, PAS, PKR, DAP dll "sihat-sihat belaka" tidak perlu ada orang mahu "dedahkan" kepada umum!

Pelancong-pelancong dari luar negara pasti takut untuk menginap di hotel-hotel baik bertaraf bintang atau bulan. Ini pasti akan menjejaskan industri pelancongan Malaysia. Mungkin pelancong-pelancong terpaksa tidur di Masjid-masjid kerana lebih selamat dari "divideokan".

WZWH dapat membayangkan semua orang baik Agong, Sultan, PM, MB, KM, Menteri, PTD, YB, SETPOL, Ahli Majlis, KP, KW, KC dan Ketua Cawangan.....anda semua tidak selamat lagi kerana Malaysia tiada Akta Privasi untuk melindungi kegiatan privasi anda.

Oleh itu berhati-hatilah dengan "aktiviti peribadi anda".

Peredaran gambar YB Elizabeth Wong ADUN Selangor, diambil dalam privasi rumahnya, sekali lagi mencetuskan perdebatan sengit dan perbincangan tentang hak atas privasi, iaitu apakah hak tersebut ada di Malaysia. 

 Akta Privacy: Apakah itu ada di Malaysia? 

Sejauh mana perlindungan privasi tersebut harus diberikan? Apakah ada keperluan untuk membezakan antara individu swasta sebagai lawan dari tokoh masyarakat? Sebaliknya, harus pengecualian terhadap perlindungan tersebut berlaku untuk orang-orang yang memegang jawatan awam? Semua ini harus seimbang terhadap hak individu untuk kebebasan bersuara. 

Keprihatinan bahawa undang-undang ini tidak cukup memadai untuk mengatasi masalah privasi. kita harus mengambil tanggung jawab pribadi untuk menghentikan penyebaran bahan berbahaya dengan menghapuskan bahan-bahan tersebut dalam hal kita menerima mereka. Selain itu, setiap media yang sensasi berita seperti itu harus dielakkan. 

Tentang aspek nilai moral dari hujah untuk hak privasi bahawa standard yang berbeza daripada nilai moral yang ditetapkan oleh individu dan masyarakat menimbulkan cabaran dan kesulitan untuk datang dengan undang-undang yang tepat. 

Berbagai kategori privasi dan boleh dihuraikan secara ringkas pada perlindungan privasi yang ada di Malaysia, yang hanya dalam keadaan terhad seperti dalam KUHP, Komunikasi dan Multimedia Act 1998 dan undang-undang kepercayaan. Apa yang tidak kita miliki, bagaimanapun, adalah bahagian tertentu dari undang-undang yang secara tegas memberikan rakyat hak untuk privasi. 

Malaysia, setelah mengadopsi Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia, harus melangkah lebih jauh dengan mengubah perlembagaan untuk memastikan hak kita untuk privasi. Mengingat banyak surveilans digital dan citra-menangkap alat yang terdapat di pasaran, itu hanya akan soal waktu sebelum penggunaan peranti tersebut mengarah ke penyalahgunaan. Dengan demikian, sangat penting bahawa Malaysia harus mempunyai undang-undang Privasi. 

Parlimen harus mengambil langkah-langkah proaktif untuk menetapkan tindakan semacam bukan meninggalkan mahkamah untuk berurusan dengan lacunas. Langkah pertama yang akan harus dilakukan adalah untuk mempercepat perkembangan Perlindungan Data Bill. Ini, bagaimanapun, perlu dibandingkan dengan Privacy Act dicadangkan sebagai Data Protection Act hanya akan merangkumi pengumpul data seperti bank, instansi pemerintah dan setiap badan yang lain yang mengumpul data peribadi.Sesuatu yang lebih komprehensif jelas diperlukan untuk memastikan bahawa privasi rakyat terpelihara. 

keperluan untuk menetapkan undang-undang Privasi di Malaysia. Kita harus mengambil langkah mundur dan meninjau isu-isu dispassionately: kategori yang berbeza dari parameter perlindungan privasi, dan pengecualian.Nampaknya masalah ini perlu dipelajari dan dieksplorasi lebih lanjut sebelum seseorang dapat mengatakan dengan pasti jenis Privasi Malaysia Undang-Undang perlukan. 

Cabaran lain mungkin terletak di Malaysia multi-budaya dan agama make-up di mana ada standard ternyata berbeza daripada nilai moral yang diterapkan pada Muslim dan non-Muslim. Ada potensi konflik antara undang-undang Syariah dan setiap Privacy Act yang jelas harus diatasi. 

Apakah ada keperluan untuk menghukum wartawan atau media yang bertindak tidak beretika dalam penerbitan berita sensasional tersebut untuk mengekang pelaporan rapuh, tidak ada keperluan seperti itu akan menjejaskan kebebasan media. Harus ada standard minimum yang media perlu mematuhi dan ini harus datang dengan cara swa-peraturan. 

Setiap undang-undang privasi tidak boleh memburukkan masalah kekerasan dalam rumah tangga dan harus bersama-sama dengan hak-hak wanita pada umumnya. Misalnya, perlu ada ulasan tentang undang-undang yang melarang seks oral dan seks anal konsensus, yang oleh dan besar tidak dikenakan pada pasangan yang sudah berkahwin. Tidak mungkin ada kes pendakwaan selektif. 

Keperluan untuk menetapkan suatu undang-undang Privasi dan masalah yang muncul terletak pada masalah moral, pergeseran standard moral dan harapan awam orang memegang jawatan awam. 

Perlu ada suatu undang-undang Privasi untuk menangani masalah peribadi umum yang berkaitan dengan e-mel, telefon bimbit dan CCTV, antara lain.

Sunday, March 20, 2011

Berat Hati MB Pahang "Melepaskan" Anak Daranya Kepada Orang!















Pada 19 dan 20 Mac 2011 berlansung majlis perkahwinan anak perempuan MB Pahang, Yang Azizah DSD Adnan dengan pasangannya Faiz di Dewan Jubli Perak, Kuantan.

Majlis 19 Mac malam untuk jamuan kepada Sultan, PM, Pegawai Tinggi kerajaan, Dato'-dato' korporat dan VVIP lain.

Majlis 20 Mac untuk jamuan diberi kepada rakyat dan pemimpin UMNO. Kalau ikut DSD Adnan Yaakob mahu beliau mahu buat 6 jamuan untuk panggil semua semua orang hadir namun kakitangan yang bekerja tidak mampu.

Ini belum lagi dikira untuk orang Bentong termasuk DUN MB sendiri Pelangai.

















Tema majlis berkonsepkan taman hutan dengan bunyi burung berkicauan. Perhatikan pengantin bersanding di tetingkap seperti filem P. Ramlee ketika aksi Ibrahim Pendek keluar dari tingkap.

Selain di dalam dewan juga di luar dewan disediakan jamuan makan. Ramai rakyat yang datang. Semua EXCO dan wakil rakyat Pahang boleh dikatakan semua hadir.

Dalam ucapan MB Pahang, beliau mengucapkan terima kasih kepada para hadirin, Beliau meminta maaf jika sekiranya majlis kahwin anaknya tidak seadanya, makanan tidak sedap, atau tempat duduk tidak selesa di luar.

Beliau menceritakan pengalaman menikahkan anaknya yang kedua dan perempuan itu. Beliau rasa kempen PRK Kerdau tidaklah serumit majlis pernikahan anaknya. Yang beliau pening ialah bab menjemput orang. pasti ada yang tertinggal.

Dalam ucapan itu juga beliau menasihatkan anak dan menantunya perihal kehidupan berumahtangga. Bagaimana anak menjaga kedua ibubapa bila mereka sudah tua. MB Pahang suka berceloteh bab-bab ini.

Ada satu cerita yang buat WZWH gelak, DSD Adnan Yaakob berkata,"kita susah-susah jaga anak perempuan kita alih-alih kena beri dan lepaskan pada orang pulak! Nampaknya berat hati MB Pahang "melepaskan" anak daranya kepada orang!

Bila WZWH fikirkan bila kita menjadi bapa dan anak perempuan kita sudah besar dan sampai masa disunting orang maka kita pun akan berfikir seperti DSD Adnan Yaakob juga dengan harapan semoga anak perempuan kita hidup bahagia kekal berumahtangga dengan si suami.















Seperti biasa MB Pahang bila moodnya happy beliau suka menyanyi. DSD Adnan Yaakob menyanyikan beberapa lagu. MB Pahang ini hobinya suka dengar lagu-lagu lama genre langgam! Maka lagu-lagu tahun 1940an dan 1950an menjadi kesukaan beliau. WZWH kira ini klasik FM la!

Ramalan Politik Pilihanraya Sarawak

KM Sarawak Taib Mahmud akan "kerja kuat" tidak mahu menghampakan DS Najib.

Isnin 21 Mac, DUN Sarawak akan dibubarkan. Perebutan 71 DUN bermula. BN mahu mengekalkan "fixed deposit". PR cuba menafikan penguasaan BN. 

PRN Sarawak penting mengukur sokongan rakyat terhadap DS Najib. Keputusan PRN Sarawak menentukan "mood" pengundi Malaysia keseluruhan.

Apa keputusan yang dijangka? 

BN Sarawak dijangka berjaya mengekalkan majoriti 2/3 pada pilihan raya negeri yang bakal diadakan sebelum 24 Julai depan tetapi mungkin menghadapi persaingan sengit di kawasan bandar.

BN yang memegang 61 daripada 71 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan kehilangan lebih banyak kerusi di kawasan bandar yang majoriti pengundi terdiri daripada kaum Cina.

Terdapat 12 kerusi marginal di negeri itu yang boleh berubah kedudukannya. Berdasarkan trend pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan perpindahan undi sebanyak 5 % kepada pembangkang, dijangka pembangkang akan berjaya mempertahankan kesemua 12 kerusi dan memenangi lima lagi kerusi. Jumlah itu tidak mencukupi untuk menafikan BN memperolehi majoriti 2/3.

14 kerusi itu merangkumi 10 kawasan pengundi majoriti kaum Cina, tiga kerusi majoriti pengundi Bumiputera bukan Islam dan satu kerusi majoriti pengundi Bumiputera Islam. Pembangkang memerlukan 20 % pemindahan undi untuk menguasai 36 kerusi yang akan membolehkan mereka mendapat majoriti mudah.

Pembangkang tidak boleh mengurangkan majoriti 2/3 daripada BN walaupun anggota komponen seperti Parti SUPP kehilangan lebih banyak kerusi.

PBB diketuai KM Taib Mahmud dan merupakan parti tunjang bagi BN Sarawak adalah sangat kukuh. Saribas dan Ba Kelalan yang dimenangi dengan majoriti tipis mungkin dirampas oleh pembangkang sekiranya BN tidak berhati-hati tetapi ia sukar diramal.

PBB memenangi kerusi Saribas dengan hanya 94 majoriti undi manakala calon BN dari Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) memenangi kerusi Ba Kelalan dengan majoriti 400 undi pada pilihan raya negeri 2006.

Tidak mustahil pembangkang akan menambah bilangan kerusi tetapi tidak sehingga mengetepikan majoriti dua pertiga BN.

Empat faktor pembangkang berupaya menambah bilangan kerusi:
  • Menjalin koordinasi dan kerjasama lebih baik antara pakatan pembangkang.
  • Psysche ‘kesedaran yang tinggi di kalangan pengundi’. 
  • Isu kepimpinan negeri dan keputusan pilihan raya umum Mac 2008 ‘yang telah membuka mata sebahagian pengundi’.
  • Isu bible Al-Kitab.
Terdapat 18 kerusi dianggap kritikal, 10 kerusi hitam manakala 30 kerusi kelabu tetapi kebelakangan ini Ketua Menteri telah melakukan banyak kompromi kepada rakyat.

Kompromi itu termasuk kesemua tanah yang dibekukan di Bako sejak 30 tahun lepas mengikut Seksyen 47 Kanun Tanah Sarawak, telah ditarik balik.

Mengikut Seksyen 47 Kanun Tanah Sarawak adalah satu notis awam yang menyatakan bahawa tanah mungkin diperlukan untuk tujuan awam dan menghalang pemilik tanah membangunkan tanah berkenaan.

DAP dijangka memenangi 12 daripada 15 kerusi majoriti kaum Cina. Tetapi tanpa sokongan ketara daripada Dayak atau Iban, ia tidak dapat menjejaskan kedudukan BN untuk terus memegang kuasa.

Sekiranya BN Sarawak gagal mempertahankan majoriti dua pertiga, ia akan menyebabkan BN berdepan risiko hilang 10 kerusi daripada 31 kawasan Parlimen negeri itu pada PRU akan datang.

Ini akan menjejaskan usaha BN untuk mempertahankan Sabah dan Sarawak yang dianggap sebagai ‘simpanan tetap’ BN.

Pembangkang hanya menguasai dua kawasan Parlimen di Sarawak – Bandar Kuching dan Sibu, kedua-duanya di bawah DAP.

Sarawak harus menangani beberapa isu seperti menamakan bakal pemimpin negeri untuk mengelak lebih ramai penyokong hilang terutama komuniti Cina. Komuniti Cina akan mempertimbangkan setiap undi yang diberi kepada SUPP merupakan undi yang diberi kepada Taib. Mereka kemungkinan akan memilih pembangkang sebagai ‘tanda protes’.

Rakyat di kawasan luar bandar akan terus menyokong BN. BN akan mengekalkan majoriti 2/3 tetapi pencapaiannya tidak sebaik keputusan pilihan raya 2006, melainkan terdapat hala tuju yang jelas untuk pelan peralihan kepimpinan.

Saturday, March 19, 2011

DS Najib Minta Rakan Facebook, Twitter, Blog Sokong Dan Yakini Beliau Sebagai PM



DS Najib adalah antara PM dalam dunia yang suka berinteraksi dengan orang muda di media baru. Medium yang digunakan ialah facebook, Twitter, blog dan website.

DS Najib Tun Razak hari ini meminta golongan muda melalui rakan-rakan Facebook beliau supaya memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri bagi membawa masa depan yang lebih baik untuk Sarawak.

Sambil melahirkan perasaan gembira bertemu dengan 250 rakan online dari seluruh Sarawak buat pertama kali, Najib berkata golongan muda perlu mempunyai idealisme dan harapan kepada kerajaan dalam soal tadbir urus yang adil dan telus.

“Kerajaan mungkin tidak sempurna. Tapi kami cuba sedaya mungkin, bagi menjadi kerajaan dan tadbir urus yang lebih baik agar rakyat lebih yakin bahawa ia berada di sini untuk melindungi kepentingan setiap rakyat negara ini,” katanya pada sesi “Mari Berjumpa Berhubung” dengan rakan-rakan Facebook tempatannya di sini, yang kemudian menyertai beliau untuk bersarapan dan bersua muka dengannya.

Najib, yang kini mempunyai 590,000 peminat dalam Facebook dan lebih 90,000 dalam Twitter, berkata ia semakin bertambah penting bagi beliau dan pemimpin yang lain dalam pentadbirannya untuk berinteraksi secara bermakna dengan setiap rakyat Malaysia.

Selepas mengadakan dua sesi yang sama di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya, beliau berkata para pemimpin perlu mencari pengguna internet dan laman sosial yang lain di mana bilangan rakyat atau orang ramai yang didapati semakin bertambah untuk melibatkan mereka dalam dialog.

“Jika anda tidak boleh menemui saya, saya akan pergi kepada anda. Saya akan cuba dan bertemu dengan seberapa ramai rakan-rakan online apabila saya melawat seluruh Malaysia,” katanya sambil berharap setiap seorang rakan online yang dijemput beliau akan menyokong dan mengamalkan prinsip 1Malaysia.

Beliau menyifatkan perjumpaan hari ini sebagai satu daripada cara untuk berhubung dengan rakyat melalui cara yang baru dan inovatif sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan.

“Saya juga berinteraksi dengan tetap dalam Twitter, jadi jika anda tertanya-tanya, ya, memang saya yang sebenarnya membalas tweet anda. Saya lakukan pada sebelah pagi sebelum pergi kerja, dan antara temu janji dan selepas bekerja sebelum saya tidur,” kata Najib.

Mengenai Sarawak, beliau berkata kerajaan persekutuan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi membawa lebih banyak pelan pembangunan terutama selepas pilihan raya yang akan diadakan bila-bila masa sahaja.

Sementara kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam membawa Sarawak setanding dengan semenanjung, beliau berkata negeri itu mencapai kadar tertinggi dalam pembangunan sejak dua tahun kebelakangan ini.

“Sarawak bukan sebuah negeri yang kecil. Saya ingat Pahang ialah sebuah negeri yang besar tapi bagi orang di sini 60 km adalah satu jarak yang dekat tidak seperti di Perlis apabila jarak yang sama sudah pasti ia sudah berada di negeri lain,” katanya.

Najib berkata bagi melaksanakan demokrasi, yang dilaksanakan dengan penyertaan rakyat, kerajaan amat komited bagi membawa perubahan bagi menggambarkan aspirasi rakyat.

Berbanding dengan negara-negara seperti Mesir dan Libya, di mana hak demokrasi merupakan satu isu yang sangat penting, beliau berkata Malaysia adalah berbeza kerana ia telah membuktikan bahawa sistem demokrasi itu digambarkan melalui peti undi.

Sementara itu, seorang dari rakan Facebook beliau dari Betong, Grace Graa berkata beliau bangga kerana Perdana menteri memanfaatkan media baru untuk berhubung dengan rakyat kerana beliau memahami apa kehendak rakyat.

“Majlis bersua muka ini amat baik,” katanya sambil berharap lebih banyak pertemuan seperti ini diadakan di Sarawak pada masa depan.

Thursday, March 17, 2011

Bila Mahathir Bercakap Tentang Bijih Besi

Loji pencuci bijih besi yang bakal dibina di Jerantut.

Agak menarik minat WZWH bila Mahathir tulis dalam blog Che Det bicara tentang "iron ore"-bijih besi. WZWH CnP sepenuhnya...

1. I read an advertisement in a Malaysian paper by a Malaysian Steel mill wanting to buy iron ore. I also know of another steel mill importing iron ore.

2. I think this is very strange. It is known that iron ore is being mined in Terengganu and Pahang right now. I understand that the iron ore is being exported. Without being processed in any order to add value.

3. Why cannot the people mining for iron ore in Malaysia sell the ore to Malaysian mills. The ore they have to buy comes from Australia or even Latin America. The price must be higher because of transportation cost. If Malaysian ore is sold to Malaysian mills, the profit would be higher for the miners as the transportation cost would be lower.

4. If the Malaysian mills are given mining concessions, the price would certainly be lower. It would enable Malaysian mills to compete with imports. If we must export , there should be some added value by conversion to pellets or billets or even construction steel. Malaysia would gain much by so doing.

5. I hope the government authorities concerned will look into this. There is something wrong when we chose to export the raw material needed for our own industry! 

WZWH bersetuju dengan pandangan Mahathir. Bijih besi yang di lombong di Malaysia terutama di Pahang perlu dibersihkan dan ditambah nilai-add value untuk dibuat pelet, bilet dan keluli.

Mahathir mahu kilang keluli Malaysia dapat jual barangan besi dan keluli dengan harga yang lebih murah. Ini boleh menambah "competitive advantage" kepada syarikat-syarikat yang produk dibuat dari bahan besi.

Bijih besi diperlukan oleh indusri negara. Pada masa ini permintaan dari China cukup mengoda pelombong besi di Pahang. Tsunami Jepun yang meranap infrastruktur pantai timur Jepun menambah lagi permintaan besi.

Kenapa bijih besi dari Pahang dan Terengganu sangat diperlukan? Ini kerana kalau China mahu beli bijih besi dari Australia dan  Amerika Latin maka harga lebih tinggi kerana pengangkutan yang lebih jauh.

Bijih besi dari Pahang dan Terengganu dieksport dari pelabuhan Kuantan dan Kemaman. Kos pengangkutan lebih murah.

Ada beberapa perkara yang WZWH boleh membaca apa yang Mahathir maksudkan yang boleh memajukan Jerantut dan Pahang seperti berikut:
  • Loji pencuci bijih besi.
  • Loji pemprosesan bijih besi kepada pelet, bilet dsb.
  • Upgrade Pelabuhan Kuantan.
  • Buat pelabuhan daratan-inland port di Jerantut.
  • Buat pelabuhan baru Gebeng
WZWH lebih berminat dengan loji pencuci bijih besi. Ini perlu pelaburan yang banyak mungkin lebih dari RM1 bilion. Kerajaan Pahang perlu cari pelabur. Tsunami Jepun memusnahkan banyak pelabuhan di pantai timur Jepun.

Pelabur-pelabur ini tidak akan ambil risiko lagi untuk melabur di Jepun kerana bencana semulajadi seperti gempabumi dan tsunami. Pahang menawarkan lokasi strategik yang paling selamat dalam dunia.

Oleh kerana Pahang mengikut rekod geologi antarabangsa kaya dengan bijih besi terutama di Jerantut maka loji pencuci bijih besi yang dicadangkan oleh WZWH ini boleh mengembangkan pertumbuhan ekonomi Jerantut.

Industri ini memerlukan lebih 2000 orang pekerja. Jerantut bersedia untuk menawarkan tempat kerana  masih ada banyak tanah bagi membina loji ini. Bandar Jerantut akan berkembang pesat. Pertumbuhan suburban Jerantut yang WZWH tulis dalam posting lepas akan lebih cepat menjadi kenyataan.

WZWH faham sekarang kenapa Mahathir sememangnya PM Malaysia yang paling berpandangan jauh dan arif ekonomi tempatan dan dunia.

Kenapa Mahathir Mahu Kerajaan Batal Projek Loji Nuklear?


Mahathir berkata Malaysia masih belum bersedia untuk membina dan mengendalikan loji tenaga nuklear. Alasan Mahathir seperti berikut:
  • Beri tumpuan kepada hanya empat sumber untuk menjana tenaga iaitu minyak, gas, arang batu dan air atau tenaga hidro.
  • Nuklear bukan satu pilihan. 
  • Masih banyak yang Malaysia belum tahu mengenai teknologi lakuran (fusion) kerana sebaik saja ia menjadi radioaktif,  akan hilang kawalan ke atasnya dan juga tidak mengetahui dengan cukup kesan radiasi.
  • Malaysia juga tidak tahu macam mana hendak menghapuskan bahan buangan radioaktif dan jika makin banyak negara membina loji tenaga nuklear, lebih banyak bahan buangan terpaksa dilupuskan
  • Malaysia  juga pernah mempunyai ‘pengalaman buruk’ mengenai nuklear.
Tahun lalu, kerajaan mengumumkan rancangan membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga. 

Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian. 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, berkata kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan. 

Difahamkan, Malaysia sedang menimbang tiga jenis teknologi reaktor nuklear daripada tujuh negara, termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Russia dan China, untuk membina loji jana kuasa nuklear pertama negara pada 2021. 

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr Daud Mohamad, dilaporkan berkata, teknologi reaktor nuklear terbabit ialah teknologi reaktor air tertekan (PWR), reaktor air berat (PHWR) dan reaktor air didihan (BWR).

Mahathir cakap semua alasan itu untuk justifikasi kerajaan hentikan projek loji nuklear. Mahathir seorang yang progresif dan saintifik pemikirannya. Mahathir tahu teknologi nuklear jika Malaysia bermula akan mungkin 30 tahun akan datang lebih maju industri dan eksport barangan Malaysia lebih kompetitif.

Tidakkah Malaysia mahu belajar jadi macam China, India, Jepun dan Korea Selatan kalau tidak boleh mengejar kemajuan AS, German, Rusia dan Perancis.

Teknologi nuklear memerlukan pelaburan, kepakaran, saintis, jurutera, dan teknologi. Semua negara-negara maju teknologi dalam dunia ini bermula dengan satu langkah atau langkah pertama.

Kenapa Mahathir mahu kerajaan batalkan projek loji nuklear? Adakah Mahathir sudah hilang motivasi? Ini bukan Mahathir yang kita kenal selama ini!

WZWH tahu kenapa Mahathir berfikiran demikian? Mahathir tahu pembangkang di Malaysia sangat cekap dan berkesan spin isu dalam dunia. Pembangkang Malaysia boleh buat cerita tidak betul jadi betul, benda benar jadi tidak benar. Itu kepakaran pembangkang Malaysia.

Mahathir tahu rakyat Malaysia terlalu percaya kepada persepsi. Rakyat tidak cuba memahami isu "renewal energy" RE ini. Logik rakyat mudah. Apa yang berlaku di loji nuklear Fukushima cukup dan amat membimbangkan mereka.

Majoriti rakyat bila dispin pembangkang akan menentang projek loji nuklear. JIka DS Najib bersungguh mahu bangunkan loji nuklear maka mesej majoriti rakyat mudah-"vote out BN!", tidak faham-faham rakyat tidak mahu kerajaan bina loji nuklear.

Pembangkang dan NGO Hijau akan berjaya membentuk "public opinion" dan kerajaan BN terpaksa menimbangkan plan yang ada. Sama seperti isu "saman ekor, ramai rakyat kata kerajaan BN suka cari kesalahan rakyat sendiri. Ini juga satu polisi yang tidak popular.

Kita melihat German, Korea Selatan, Iran, Thailand terpaksa tunduk kepada pandangan "public opinion" rakyat untuk mengkaji semula dasar nuklear negara masing-masing.

Ini yang Mahathir nampak kerajaan BN akan kehilangan lebih banyak undi kerana protes rakyat jika masih mahu meneruskan projek loji nuklear. Jika itu rasionalnya kenapa Mahathir mahu kerajaan batalkan projek loji nuklear maka DS Najib tiada pilihan mahu jadi PM sepenggal sahaja atau rakyat beri peluang sepenggal lagi untuk mentadbir Malaysia.

WZWH tidak akan menulis lagi posting tentang loji nuklear. WZWH akan lebih fokus kepada 'renewal energy" RE lain terutama hidro. Posting akan datang WZWH akan bincang pilihan alternatif variasi teknologi hidro seperti Small Renewal Energy Programmme (SREP), Hidroelektrik dam dan Underground hidroelektrik dam.

Sememangnya Pahang kaya dengan sumber air-itu alternatif terbaik RE yang WZWH boleh fikirkan.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...