Prestasi Parti DAP sejak kebelakangan ini menunjukkan satu peningkatan yang ketara dengan sokongan yang amat tinggi dari masyarakat Cina, terutama di Sarawak. Jika sebelumnya DAP memiliki hanya 6 kerusi DUN Sarawak, kini ia telah berjaya memenangi 12 kerusi, iaitu peningkatan 100%. Dengan keadaan ini, mengikut kiraan kita DAP akan memenangi 6 kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU 13 berbanding hanya 1 kerusi yang ada sekarang.
Mengikut analisis regression , sejumlah 75% pengundi Cina telah mengundi DAP pada pilihanraya Negeri Sarawak baru baru ini, berbanding dengan hanya 60% pada PRU 2008, satu peningkatan sebanyak 15%.
Jika keadaan serupa berlaku di Semenanjung Malaysia, berpandu kepada model regression , maka DAP akan mampu memenangi 34 kerusi Parlimen di Semenanjung dan 9 kerusi di Sabah dan Sarawak, menjadi 43 kerusi kesemuanya di Seluruh Malaysia. Malah ia boleh meningkat kepada 50 kerusi jika usaha DAP di kawasan Bumiputera Bukan Islam berjaya.
Perlu diingatkan DAP kini berusaha meresapi di kawasan Bumiputera bukan Islam dengan memainkan isu isu agama Kristian, isu tanah NCR dan dengan rancangan penyatuan dengan Parti SNAP di Sarawak. Nampaknya program mereka sungguh strategik dan mantap.
Dengan keadaan demikian Parti DAP pasti muncul sebagai parti dominan dan kedua terbesar selepas UMNO.
Agaknya senario ini mendorong Parti PAS mengambil langkah luarbiasa dengan matlamat untuk mengganti UMNO sebagai Parti dominan Melayu. Kini ia lantang disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
PAS telah mengambil langkah pertama kearah itu, mengubah landas perjuangannya, dengan menggugurkan perjuangan Negara Islam mereka. Ini membolehkan PAS dan DAP berkerjasama dengan lebih erat lagi, walau sekalipun tanpa melalui PKR sebagai pengantara.
Pendekatan ini sesungguhnya mengundang risiko besar kepada PAS, tidak kurang juga kepada UMNO sebagai Parti dominan Melayu, kepada perpaduan politik Melayu dalam PRU ke 13 dan kepada dominasi politik Melayu di negara ini dimasa hadapan.
Soalnya apakah kesan langkah PAS ini kepada Parti itu sendiri. Umum tahu PAS mendapat tempat yang berkekalan di hati masyarakat Melayu setakat ini kerana perjuangan Islamnya. Pada prinsipnya, ia bukanlah sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hak Melayu. Kini pula ia menjadi sebuah parti kebajikan rakyat, seperti UMNO bukan lagi sebuah Parti Islam.
Dengan mengubahkan landasan perjuangannya, dijangka PAS akan mengundang risiko baru pada PRU 13 ini. Dijangka sebahagian pengikut tegar mereka( kerana perjuangan Islam Parti) sekurang kurangnya marah dan mungkin tidak akan turun menggundi, seperti berlaku kepada UMNO dalam PRU 1999 dan PRU 2008. Sebaliknya, sebahagian sektor undi atas pagar yang dulunya tidak menyetujui dasar Islam PAS dijangka kini condong kepada PAS.
Soalnya, bagaimana agaknya prestasi UMNO dan PAS setelah perkara perkara diatas diambilkira.
Jika kita teliti kembali corak pengundian yang lepas, undi Melayu untuk UMNO di atas pagar adalah dalam lingkungan 10%, dan tidak mungkin PAS mendapat kesemuanya, walau dalam senario prestasi UMNO yang terburuk sekalipun. Inikan pula dalam suasana politik Melayu dan India yang kini sedang memihak kepada UMNO dan BN.
Kita telah membuat kajian mendalam tentang kesetian penggundi Melayu terhadap UMNO berasaskan rekod penggundian dalam Pilihanraya Umum sejak tahun 1995. Apa yang kita dapati menunjukkan bahawa masyarakat Melayu memberi tahap kesetiaan yang cukup tinggi untuk UMNO sungguhpun undi Melayu kini berpecah tiga di Semenanjung Malaysia. Jadi sebarang harapan Parti PAS untuk mengganti UMNO sebagai parti dominan masyarakat Melayu hanyalah cakap orang politik sahaja dan tidak mungkin terjadi dalam masa PRU ke 13 atau 10 tahun selepas itu.
Dalam senario yang paling ekstrim hari ini, Parti PAS atau Pakatan Rakyat akan hanya berjaya memburukkan perpecahan di kalangan masyarakat Melayu sahaja sambil mengukuhkan lagi dominasi oleh Parti DAP.
Mungkin ada yang berkata, apa salahnya Pakatan Rakyat berkuasa walaupun dengan DAP sebagai parti komponan yang dominan. Dalam perkara ini kita perlu fikir sedalam dalamnya risiko yang dihadapi akibat suasana sedemikian. Pertama kemampuan Melayu mempertahan hak yang ada sekarang akan luntur. Kedua, akan timbul desakan-desakan dari Parti DAP untuk mengubah sempadan pilihanraya untuk mengukuhkan lagi kedudukannya serta menambah kerusi untuk kaum mereka secara berkekalan. Adakah kita sanggup berhadapan dengan risiko-risiko ini?
Bangsa Melayu yang beragama Islam adalah bangsa yang punyai toleransi yang tinggi dan memiliki nilai nilai agama yang menitik berat soal kebajikan dan keadilan. Sikap ini juga yang telah membiarkan ekonomi negara dikuasai orang lain. Apakah yang kita dapat harapkan daripada bangsa yang tidak mengamal nilai nilai ini jika mereka berkuasa? Saya yakin anda tahu jawapannya.
Kita rasa kaum India juga kini sedar bahaya ini. Hasil daripada tinjauan-tinjauan pendapat menampakkan mereka kini yakin yang hanya Kerajaan BN sahaja yang perihatin dengan kehendak kehendak kaum mereka.
Takrifan BARUA di dalam Kamus Dewan - orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat, muncikari, alku, ketolol, pinang muda, jaruman; dll.
Jadi jika kita kaji takrifan ini maka PAS bukanlah sebuah Parti Islam Se-Malaysia lagi. PAS telah menjadi parti perantaraan antara PKR dan DAP. DAP dan PKR tidak perlu mengubah prinsip perjuangan mereka. Kerana impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri , kekuatan Pakatan Rakyat perlu dipertingkatkan. Oleh kerana DAP perlu kepada sokongan orang-orang Cina ekstremis maka PAS perlu membuang asas perjuangan ISLAM demi untuk mengambil hati orang-orang Cina ekstremis yang menjadi penyokong DAP.
Maka sekarang ini , apa bezanya UMNO dengan PAS kepada orang-orang Melayu yang menyokong PAS ? Bezanya PAS dengan UMNO lahir daripada falsafah PAS untuk memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud. UMNO berhujah kepada PAS , jika diteruskan agenda negara Islam, maka orang-orang bukan Islam di Malaysia ini akan menentang. PAS telah tidak bersetuju dengan UMNO tetapi sekarang, demi mendapat sokongan DAP maka PAS telah menjadi BARUA No 1 dalam Pakatan Rakyat dengan membuang agenda Negara Islam dan Hukum Hudud.
Mari kita kaji betapa PAS telah menyeleweng dari asas-asas penubuhan parti tersebut ;
Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:
- Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
- Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
- Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
- Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
Maka sekarang ini , apa jawapan PAS terhadap pengikut-pengikutnya yang mempersoalkan keputusan PAS menggugurkan konsep Negara Islam dan diganti dengan Negara Kebajikan. Malahan, konsep ini telah diketengahkan dalam MANIFESTO PAS PUSAT - dalam pilihanraya 2008 - yang bertajuk - " Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih, Menuju Negara Kebajikan.
Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang).
Tetapi bagi tahun 2008 hingga sekarang terdapat satu jenis lagi kepimpinan yang telah mengambil alih kepimpinan ulama haraki iaitu kepimpinan CENDIAKAWAN LIBERAL BERHALUAN ANWARIYUN. Kepimpinan inilah yang telah berjaya mentalkinkan Negara Islam dan Hukum Hudud PAS kerana telah menjadi BARUA DAP !
Sekarang PAS perlu memohon kepada ROS - Registrar of Society untuk menukar nama kepada Parti Kebajikan Semalaysia - PKS... (Dipetik dari Blog Dah Ikhwan dan Blog Anti Pakatan Rakyat)