Saturday, December 17, 2011

Mungkinkah Anwar Menjejaki Langkah Thaksin Selepas 9 Januari?


Jika 'verdict' kes liwat Anwar selepas 9 januari 2012 didapati bersalah mungkinkah Anwar akan menjejaki langkah Thaksin lari dari Malaysia menjadi warganegara global?

Thaksin didapati bersalah oleh Mahkamah Thailand atas tuduhan rasuah namun Thaksin melarikan diri dari dijatuhi hukuman ke seluruh dunia.

Thaksin hidup dalam buangan dan dengan operasi mencatur politik Thailand berjaya menaikkan adik perempuan Ying Luck menjadi Perdana Menteri Thailand.

Anwar kini telah mengadakan road show kempen menjatuhkan kerajaan BN. Negeri yang pertama ialah Pahang. Beliau turun ke Temerloh dan Kuantan dihadiri seramai 500 dan 1000 orang.

Beliau mahu orang Pahang mengubah kerajaan yang ada dengan janji-janji manis madu.

Selepas 9 Januari 2012, Anwar dijadual berkempen ke luar negara ke India dan Turki.

Anwar berpeluang menjejaki langkah Thaksin yang tidak berani pulang ke Thailand selepas didapati bersalah.

Anwar dan Thaksin adalah ahli politik yang beruntung kerana kekayaan yang dikumpul semasa berpolitik di tanahair masing-masing.

Di Amerika, India, Indonesia, Thailand dll kekayaan boleh membeli kuasa politik. 

Siapakah yang bakal direkruit oleh Anwar untuk memimpin Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan BN pada PRU 13?

Malaysia adalah negara yang mewarisi perundangan dari British dan mempunyai tradisi kedaulatan undang-undang baik dari common law, commonwealth law, selain dari legislatif yang ada.

Kita rakyat Malaysia menghormati dan menyanjung tinggi perundangan kita. Jika kita rakyat Malaysia masih suka mendengar pandangan dan campurtangan negara asing dalam menentukan keputusan perundangan negara kita maka kita bukanlah negara yang berdaulat.

No one above the law!

Friday, December 16, 2011

Meningkatkan Pertumbuhan KDNK Pahang Maju 2020

Chart 1: GDP Growth (%) by State at Constant Price 2000 Year 2009


Chart 2: GDP Growth (%) by State at Constant Price 2000 Year 2010
Chart1

GDP growth (pertumbuhan KDNK) Pahang telah meningkat sebanyak 5.7% dari tahun 2009 (-1.2%) kepada 4.5% pada tahun 2010.

Kenaikan yang baik bagi pertumbuhan KDNK negeri Pahang. 

Namun pertumbuhan GDP Growth iaitu 4.5% perlu dipertingkatkan. Sektor Perkhidmatan dan sektor Pembuatan perlu diperhebat disamping mengekalkan pertumbuhan sektor Pertanian dan merancakkan sektor Perlombongan.

Dipecahkan kepada sektor pula ialah:

Table 3: Percentage Distribution of Economic Activity by State at Constant Price 2000 Year 2010
Table1


Jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain dari segi peratus sektor pula:

Table 4: Percentage Share (%) by State at Constant Price 2000 Year 2010
Table2

Bagaimana ahli politik-ahli politik Pahang, pakar ekonomi, pentadbiran dan entreprenuer Pahang boleh meningkatkan pertumbuhan KDNK Pahang dengan merangsang sektor Pengeluaran, Perkhidmatan, Pertanian, Pembinaan dan Perlombongan?

Bagaimana negeri Pahang dan Putrajaya boleh secara kreatif dan inovasi mengadakan transformasi ekonomi Pahang dengan dasar, polisi, peruntukan, insentif dan galakan.

Sejauh mana negeri Pahang boleh menarik sebanyak pelaburan FDI bagi merancakkan ekonomi Pahang sekaligus boleh meningkatkan sektor Perkhidmatan dan sektor Pembuatan perlu diperhebat disamping mengekalkan pertumbuhan sektor Pertanian dan merancakkan sektor Perlombongan.

Pelaburan FDI kilang Lynas dari Australia sebanyak lebih RM2 bilion kenapa ditentang oleh sekumpulan kecil pembangkang Pahang. Tidakkah pelaburan FDI ini boleh meningkatkan pertumbuhan KDNK Pahang?

Pelaburan Siemen dari German yang juga lebih RM2 bilion mahu melabur di Pahang juga bergantung sejauh mana majoriti rakyat Pahang boleh menerima kehadiran kilang Lynas.

Jika majoriti rakyat Pahang menentang kilang Lynas maka Syarikat multinasional Siemen ini akan membatalkan pelaburan FDI ke Pahang.

Tahukah rakyat Pahang bahawa Pelabuhan Kuantan adalah satu-satunya pelabuhan dari Semenanjung yang jaraknya paling terdekat dengan China. 

Kuantan Port adalah pintu masuk utama dan jimat kos atau kos efektif kepada perdagangan  antarabangsa. 

Dengan Kuantan Port yang akan diupgradekan, International Pahang Airport yang akan dibina, infrastruktur jalinan jalanraya melingkari negeri Pahang yang akan dibina, pembukaan industri-industri seperti Tanjong Agas Oil and Gas akan meningkatkan pertumbuhan KDNK Pahang.

Pahang adalah seluas negara Belanda. Pertanian Pahang boleh dipertingkatkan dengan cutting edge technology bagi menghasilkan yield production yang baik.

Pahang masih kaya dengan deposit galian mineral emas, besi dll. Potensi sektor perlombongan Pahang belum diteroka sepenuh lagi.

Sektor perkhidmatan terutama eco-resort pelancungan perlu dengan lebih serious diberi perhatian. Negeri Pahang kaya dengan gunung, tasik, flora dan fauna serta pantai dan pulau. Bina lebih banyak hotel, resort, game park.

Ini semua adalah rencah-rencah bagimana mahu meningkatkan pertumbuhan KDNK Pahang maju 2020. Ini yang ahli politik-ahli politik Pahang perlu fikir sebagai agenda utama untuk diperjuangkan.

Viva Pahang Darul Makmur negeri Pahang-ku!

Thursday, December 15, 2011

Wakil Rakyat UMNO Dan BN Jerantut Tidak Dihargai Hanya Ada Batu Pelir Aje!

Ini dia wakil rakyat UMNO dan BN Jerantut dikacamata pucuk pimpinan negara!

Ini ialah posting WZWH yang akan membuka minda dan pandangan baru kepada 54,000 pengundi Jerantut mengenai apakah kedudukan wakil rakyat UMNO dann BN Jerantut yang tidak dihargai oleh pucuk pimpinan kerana wakil rakyat Jerantut tidak dihargai.

Ini adalah posting WZWH walaupun begitu pahit untuk ditulis tetapi terpaksa WZWH luahkan kerana sudah lama terbuku dihati.

Parlimen Jerantut ada 3 DUN. Setiap kali PRU sejak 2004 tidak pernah kalah walau gelombang dan badai datang 54,000 pengundi Jerantut tetap majoritinya memberi kemenangan kepada kepada BN bagi parlimen dan 3 DUN di Jerantut.

Tetapi sayang kemenangan itu tidak dihargai oleh PM dan MB Pahang.

Dulu parlimen Jerantut  ada berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri serta EXCO. Sekarang tiada lagi. Itu semua kenangan nostalgia indah untuk dikenang. 

Secara tidak lansung PM dan MB Pahang tidak menghargai majoriti 54,000 pengundi Jerantut. Undi anda semua orang Jerantut tidak dihargai.

Mari kita lihat jawatan baik dari negeri dan pusat yang diagihkan secara sama rata di Pahang:
  • Bentong- Ada MB dan 1 EXCO. Ada 1 Menteri Penuh.
  • Pekan- Ada PM. Ada  1 EXCO.
  • Maran- Ada 1 EXCO. Dulu ada Timbalan MB tapi jawatan ini dicoldstoragekan takut kalau diberi berbunuh   orang politik Pahang!
  • Cameron Highland- 1 EXCO dan  1 Timbalan Menteri. DUN Tanah Rata kalah.
  • Kuala Lipis- 2 EXCO.
  • Temerloh- 1 EXCO dan 1 Timbalan Menteri. DUN Semantan kalah.
  • Kuantan- 2 EXCO 1 Senator. Apa hebat Kuantan? Parlimen Kuantan pun kalah.
  • Rompin- 2 EXCO kemudian jadi 1 EXCO sebab dilantik Senator@ Timbalan Menteri, 1 Bertaraf Menteri. Apa hebat Rompin?, bandarnya sudah mati dekat Maghrib!
  • Raub- 1 Menteri. DUN Teras kalah.
  • Bera- 1 Menteri. DUN Triang kalah.
  • Indera Mahkota- tiada. Memang patut pun sebab parlimen Indera Mahkota dan DUN Beserah kalah!
  • Paya Besar-tiada.
  • Jerantut-tiada. Ada EXCO digugurkan, Berpengalaman Timbalan Menteri tidak diupgradekan! Tak patut!

WZWH mahu bertanya kepada 54,000 pengundi Jerantut adakah betul undi anda semua tidak dihargai oleh PM dan MB Pahang?

WZWH ingin bertanya lagi sekali adakah posting WZWH ini terlalu emosional?

Tolong kepada semua pengundi 54,000 Jerantut sila komen adakah anda semua bersetuju atau tidak bersetuju dengan posting WZWH ini. 

Your opinions are matter!

Wednesday, December 14, 2011

Ahli Politik DAP Paling Gila Kuasa Dan Tamak Serta Kroni Dalam Dunia!

Ahli politik DAP paling gila kuasa dan tamak serta kroni dalam dunia. Itu realiti dan hakikatnya. Adakah itu demokrasi sifatnya? WZWH beri sebab-sebabnya mengapa demikian.

Adakah sempat menjenguk kedua-dua kawasan Parlimen dan DUN mereka serta menghadiri sesi Dewan Rakyat sekali dengan sesi DUN? Berat tanggungjawab ‘dua kali ganda’ untuk dipikul.

Berapa ramai ahli politik DAP terutama yang muda, intelektual, progresif, bertenaga dan punya idea-idea terbaru global bersemangat mahu menyumbang kepada negara tetapi hampa kerana disekat dari bertanding.

Hanya golongan elit dari DAP yang mendapat persetujuan Dewa-Dewa DAP boleh bertanding. Amalan kroni dan nepotism diutamakan. 

Contoh:
  • Lim Kit Siang (Parlimen Ipoh Timur), Lim Guan Eng (Parlimen Bagan)/(DUN Air Puteh), Betty Chew (DUN Kota Laksamana)-Bapa, anak, menantu.
  • Keluarga ‘First Family’ DAP ialah anak-beranak Karpal Singh (Parlimen Bukit Gelugor), Gobind Singh Deo (Parlimen Puchong) dan Jagdeep Singh Deo (DUN Datuk Keramat).
  •  Ngeh dan sepupunya Nga di Perak menduduki empat kerusi — masing-masing dua. Ngeh (Parlimen Beruas, DUN Sitiawan) dan Nga (Parlimen Taiping, DUN Pantai Remis)


Mungkin itu sebab sesuai bercampur dengan 'First Family' PKR-Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurulizzah (Parlimen Permatang Pauh) dan (Parlimen Lembah Pantai).

Bila Parti Sosialis Malaysia bercadang untuk menempatkan timbalan pengerusi parti mereka, iaitu seorang wanita India sebagai calon di Jelapang dalam PRU13, syor PSM ditolak bulat-bulat oleh DAP walaupun YB Jelapang Hee Yit Foong sudah keluar parti dan kini seorang Adun bebas.

Orang kuat DAP enggan berkongsi walau satu kerusi DUN pun dengan rakan parti pembangkang yang sudah sedia mempunyai sokongan akar umbi di kawasan tersebut.

Adakah DAP berkeras mahu bertanding di DUN Damak (dalam Parlimen Jerantut) mengenepikan PKR yang mahu bertanding di DUN itu dalam PRU 13 nanti? WZWH yakin pasti DAP akan bertanding di DUN Damak.

(Diadaptasi dari Blog Helen Ang).

Kitaran Penyelamat Ummah Malaysia Sultan Kedah PM Pahang!


Sejarah Malaysia moden menyaksikan Almarhum Tun Razak PM Malaysia dari Pahang menyelamatkan ummah Malaysia selepas rusuhan kaum PRU 1969. Tun Razak mencipta Rukun Negara, DEB dan BN bagi membina negara dan masyarakat yang sudah hancur.

Ketika itu pembangkang menghasut orang Cina supaya kurang ajar kepada orang Melayu. Orang Cina bandar terutamanya yang berfahaman sosialis dan komunis begitu teransang dengan hasutan dan dakyah pembangkang maka provokasi antara kaum menyebabkan berlakunya tragedi 13 Mei 1969. 

Pada tahun 1970 Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim dipilih jadi YDPA. 5 tahun semasa pemerintahan Baginda sebagai YDPA itulah Tun Razak berkerja kuat membina dan menyusun semula masyarakat Malaysia.

Kini kitaran penyelamat ummah Malaysia Sultan Kedah dan PM Pahang kembali. Adakah kitaran ini memberi impak yang positif. Atau orang tua kata pisang tidak akan berbuah dua kali! Sama-sama kita lihat keputusan PRU 13 nanti.

PRU 2008 menyaksikan politik Malaysia kurang stabil dan tidak mantap bila BN tidak dapat 2/3 memyebabkan masa untuk bina masyarakat dan negara terencat kerana masa banyak habis dengan politiking.

BN dan UMNO banyak rugi sumber,tenaga, masa dan dana kerana melawan fitnah dan persepsi negatif yang dimantera shaman oleh pembangkang. Politik pembangunan tidak dapat berjalan dengan lancar. Rakyat Malaysia sudah keliru tidak tahu apa yang mereka mahu sebenarnya. Rakyat Malaysia tidak dapat membezakan antara utopia dan realiti.

Lantas keadaan yang kabut menyebabkan pengurusan dan pentadbiran negara tidak dapat berjalan dengan baik. Rakyat yang brain 5 star ramai berhijrah migrate ke negara-negara maju ke Eropah, AS, Australia, China, Taiwan dan Singapura.

Tinggallah rakyat yang brain 1 hingga 3 star duduk kekal dalam negara. Bila rakyat ini seronok mendengar cerita bohong dan fitnah pembangkang maka rakyat mahu memberontak kerana emosi politik terganggu.

Maka DS Najib Tun Razak PM dari Pahang terpaksa menggalas beban yang sangat berat di antara semua PM yang ada untuk reengineering struktur masyarakat Malaysia terutama mental dan soul rakyat Malaysia yang kalau tidak diubat akan hancur Malaysia ini lebih teruk dari tragedi 13 Mei 1969.

Slogan 1Malaysia dan Transformasi pentadbiran dan pengurusan negara dijalankan. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Apa lagi yang mahu dikata jika anda menjadi PM Malaysia pada ketika saat ini apa yang anda akan lakukan?

Untuk kita menyoal kaum-kaum itu adalah keturunan pendatang dan kenapa hak kaum pribumi perlu dimansuh bukan penyelesaian terbaik.

Diharap pertabalan YDPA Tuanku Abdul Halim Sultan Kedah buat kali yang kedua selama 5 tahun mendatang dan kepimpinan DS Najib PM Malaysia dapat membawa negara ini dari kemelut politik yang tidak kondusif kepada politik pembangunan.

Sunday, December 11, 2011

Strategi DAP Membentuk Kerajaan Majoriti Mudah PR PRU 13


Zairil Khir Johari bakal Perdana Menteri Malaysia yang DAP akan tonjolkan selepas berjaya membentuk kerajaan PR majoriti mudah pasca PRU 13 dan seterusnya...

DAP ialah parti yang berfikir atas nasihat kumpulan penasihat terbaik dunia merangkumi politik, ekonomi, sosial dan militari.

WZWH meramalkan DAP akan menjadi parti paling berpengaruh di dalam kerajaan baru menerusi proksinya di dalam PAS dan PKR Melayu.

DAP sedang memimplemen strategi bagi PR menawan 116 kerusi parlimen untuk bentuk kerajaan majoriti mudah.

DAP tak dapat sokongan Melayu jika DAP mencalonkan calon Cina. Oleh itu DAP akan meletakkan calon Melayu sebagai Calon DAP untuk meraih undi Melayu. Hasilnya calon Melayu itu akan menjadi kuda tunggangan DAP sebagaimana terjadi di Selangor sekarang, Kerajaan Selangor walaupun dikuasai oleh PKR, tapi yang memutuskan keputusan mesti mendapat restu DAP.

Tumpuan perang proksi DAP ini antaranya ialah di 2 kerusi parlimen di Pulau Pinang, 5 di Perak, 4 di Pahang, 3 di Selangor, 2 di Wilayah Persekutuan, 5 di Negeri Sembilan, 3 di Melaka dan 13 di Johor. Di sini adalah medan untuk DAP melagakan Melayu lawan Melayu dengan harapan perpecahan pengundi Melayu akan memberi ruang kepada pembangkang, terutamanya PAS untuk menang.

Sekiranya perpecahan Melayu pada kadar 55% menyokong BN dan 45% menyokong pembangkang, secara matematiknya PAS akan dapat merampas 9 buah kerusi Parlimen dan PKR Melayu 11 buah kerusi parlimen. Ini bererti 20 kerusi Parlimen milik BN di konstituensi pemilih Melayu akan jatuh kepada pembangkang.

Bagaimana PAS dan PKR Melayu dapat menambah 20 buah kerusi di dalam keadaan hanya memperolehi 45% undi pemilih Melayu? Jawapannya ialah menerusi perang proksi oleh DAP. 20 kerusi Melayu itu pada masa kini 10 daripadanya adalah milik UMNO dan 10 lagi milik parti-parti komponen BN di Semenanjung.

DAP memerlukan 32 kerusi parlimen daripada 51 kerusi majoriti bukan Melayu di Semenanjung. DAP juga hanya perlu menang 6 kerusi parlimen di Sarawak dan 2 di Sabah.

Seandainya ini berlaku, Pakatan Rakyat akan dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sejumlah diantara 112 ke 116 kerusi di dalam Dewan Rakyat dan pecahannya DAP-40, PAS-45 dan PKR-30 kerusi.

Lebih teruk senario bila pada masa itu beberapa MP Melayu dari UMNO akan melompat ke PR dan ianya akan bertambah kuat , ( katalah 25 dari UMNO ) maka PR akan jadi kuat , 140 kerusi parlimen, itu tak termasuk MP dari BN yang bukan Melayu yang mungkin menyertai  PR!

DAP berada di kedudukan pertama berjaya mendaftar pengundi baru dalam bilangan yang amat ramai.

DAP bekerja kuat manakala PAS dan PKR Melayu dijadikan benteng agar rakyat Malaysia tidak nampak apa yang DAP cuba buat.

Kalau Melayu tidak bersatu padu WZWH yakin Singapura akan bersama Malaysia semula bila DAP memerintah. Masa tu Melayu akan dipecah-pecahkan mengikut keturunan seperti Melayu Singapura.

Orang yang menghalang perpaduan orang Melayu PAS dan UMNO ialah Nik Aziz, Anwar dan DAP. Siapa yang untung kalau Melayu berugama Islam di Malaysia berpecah belah – jawabnya sudah tentulah DAP. Sekarang siapa banyak kerusi parlimen pembangkang (Cina) – sudah tentu DAP

Anwar di lantik jadi ketua pembangkang di parlimen walaupun DAP lebih banyak kerusi dari PKR sebab DAP tak kisah dengan jawatan itu. DAP tidak mahu berebut-rebut, kerana ini akan menampakkan mereka tidak pro dan boleh menjauhkan pengundi Melayu PAS/PKR kalau Anwar di letak tepi. Bila semua dah OK dan mereka berjaya berkuasa. DAP akan sapu semua.

Semoga orang Melayu/Islam menyedari betapa pentingnya bersatu dan terus bersatu/bersama UMNO kerana sebagai parti melayu terbesar dan tunjang belakang pada BN, Melayu dan agama Islam akan terus terbela.

Oleh yang demikian kenapa nak dengar cakap DAP mereka bukan perlembagaan dan mereka bukan pemimpin kita. Mereka sedang mengacukan pemikiran muslimin dengan fahaman yang salah, tetapi dilihat benar dan baik. Mereka sangat pandai bermain kata-kata (munafiq besar). Mereka adalah taghut seperti Ambiga mendokong orang Islam untuk murtad dan memperjuangkan seksual bebas.

Ketahuilah orang Melayu, perjuangan ini adalah peperangan dengan taghut Barat dengan segala kuasa,harta, strategi dan helah mereka. Orang Melayu bukan sekadar bermain dan berlawan disini. Tetapi di Eropah dan AS sedang memerhatikan secara lansung, memberi bantuan, imej, kepakaran kepada panglima, konco dan bonekanya dan sekutu mereka bagi melaksanakan agenda mereka yang lebih besar...

Tapi PAS nak sangat menang PRU. Kononnya ada turning point. PAS ingatlah perjuangan Islam mesti jelas nampak dengan terang benderang. Jangan jadi proksi kafir taghut DAP dan sekutunya!

AYUH MELAYU BERSEPAKAT DAN ISLAM BERDAULAT.. BERSATULAH ATAS TALI ALLAH..

Saturday, December 10, 2011

Memahami Mudah Isu Penyenaraian Felda : Apa Masalahnya?


DS Najib mahu Felda  melalui Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia tahun depan. Kini penyenaraian diperhalusi.

WZWH menulis posting ini mahu pembaca blog WZWH memahami mudah isu penyenaraian Felda yang kini menjadi polemik hangat dikalangan peneroka, ahli politik dan masyarakat.

Pembangkang seperti biasa melancarkan kempen menentang kononnya mahu menyelamatkan Felda! Pembangkang menghasut para peneroka dengan ceramah dan surat layang tidak cukup dengan itu semua memorandum pula dihantar kepada semua MB supaya menentang FGVH dari menyenaraikan Felda.

Isu ini tidak difahami dengan sepenuhnya kerana ini ialah 'Corporate Excercise' yang pembangkang pun tidak mahu faham dan kalau faham pun akan menghasut peneroka menentang supaya undi mereka beri kepada pembangkang pada PRU 13.

Peneroka Felda dinasihatkan agar mengabaikan surat layang daripada pihak tertentu yang mendakwa mereka akan kehilangan aset dan insentif yang diterima ketika ini, apabila FGVH disenaraikan .

Usaha kerajaan untuk menyenaraikan FGVH di pasaran utama Bursa Malaysia itu merupakan transformasi fasa ke empat Felda yang menguntungkan golongan peneroka dan generasinya. 

Felda tidak akan buat sesuatu yang negatif, merosakkan serta merugikan peneroka dan generasinya. Penyenaraian itu juga bukan saja memberi rahmat kepada peneroka, tetapi seluruh rakyat negara ini. 

Ada empat fasa tranformasi Felda iaitu daripada hutan  dijadikan ladang, kedua daripada hutan ke perkampungan tersusun dan terancang, dan transformasi ketiga ialah daripada hanya berniaga dalam negara kepada meluaskan perusahaan ke luar negara.

DS Najib  mahu melaksanakan transformasi fasa ke empat iaitu Felda berkembang menggunakan kaedah penyenaraian menjadikannya sebagai 'blue chips' perladangan antara yang terhebat di dunia. 

Penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia sekali gus menjadikannya sebuah syarikat berstatus konglomerat global bagi menghasilkan dana. 

Dalam dunia bisnes korporat dunia, makam tertinggi sesuatu entiti perniagaan ialah bila korporat itu disenaraikan. Banyak kemudahan dan kebaikannya. Peneroka tidak perlu risau kerana aktiviti FGVH ini kukuh asasnya kerana aktiviti dan pengeluaran minyak kelapa sawit dengan aktiviti hiliran dan kepelbagaiannya.

FGVH dan Felda bukan bisnes entiti berasaskan spekulasi dan asas yang tidak kukuh. DS Najib mahu hanya satu Felda di dunia. Felda go for global!

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...