Monday, December 17, 2012

Amalan Demokrasi DAP Kuno Dan Kepimpinan Dinasour


Kongres DAP yang baru berlansung memperlihatkan kepada rakyat Malaysia yang boleh mengundi bahawa DAP masih mengamalkan Demokrasi Kuno. 

Kadang-kadang seakan parti Komunis cara melantik sesama Jawatankuasa Tertinggi Pusat.

Demokrasi baru dan terbuka sepatutnya perwakilan DAP yang patut hadir 2576 memilih semua jawatan tertinggi parti dari Pengerusi, Setiausaha Agung sampai ke Pemeriksa kira-kira.

Tapi sebaliknya 20 Jawatan Tertinggi Pusat melantik lagi 10 jawatankuasa dan memilih sesama mereka siapa-siapa yang patut memjawat semua jawatan tertinggi parti.

Ini bererti DAP mengamalkan demokrasi kuno iaitu cakap mudahnya DAP lebih percaya dalam 1000 orang hanya ada dua dan tiga orang saja yang bijaksana manakala yang lain mediocre dan kurang cerdik untuk memilih kepimpinan.

Tidak seperti UMNO yang terus kaizen mengamalkan demokrasi lebih terbuka atau 'demokrasi akarumbi' bila pada pemilihan UMNO selepas PRU 13 bahawa semua ahli UMNO 3.4 juta di cawangan boleh secara terus memilih kepimpinan UMNO dari Presiden sampai ke Pemeriksa kira-kira!

Tambah teruk DAP lebih percaya hanya kepada satu bangsa saja dalam memilih kepimpinan menandakan satu lagi ciri purba politik demokrasi ala DAP.

Kepimpinan DAP dan juga kepimpinan PKR serta PAS lebih suka mengamalkan kepimpinan dinosour bila muka-muka lama masih memegang tampok kepimpinan tertinggi yang mana weltanschauung pandangan politik semasa dan dunia sudah tidak relevan dengan perkembangan politik semasa.

Sunday, December 16, 2012

Sakmongkol AK47 Lambat Beritahu Lim Guan Eng Kelemahan Implementasi 'Inclusiveness'

Lim Guan Eng perlu dengar pandangan politik Sakmongkol AK47 jika mahu DAP itu 'inclusiveness'.

Oleh kerana Sakmongkol AK47 selalu posting menghentam UMNO, BN dan DS Najib terlalu kerap membuatkan Sakmongkol AK47 gagal mendidik rakyat Malaysia terutama memberi hala tuju DAP kepada orang Melayu terutamanya dan juga kepada ahli Cina DAP.

WZWH selalu memperingatkan Sakmongkol AK47 supaya fokus kepada DAP jangan terlalu UMNO bashing. Oleh kerana Sakmongkol AK47 dalam Biro Politik DAP menarik ramai orang muda Melayu masuk DAP.

Walaupun WZWH orang UMNO tapi WZWH banyak kali menulis bahawa WZWH suka orang muda Melayu terutama yang profesional terutama di bandar-bandar besar pada tidak berparti biarlah elok masuk DAP.

WZWH lebih suka orang muda Melayu profesional ini berperanan aktif dalam kepimpinan DAP hingga satu hari nanti siapa tahu boleh menjadi pemimpin tertinggi DAP.

Mungkin DAP boleh lebih berperanan besar dalam politik Malaysia masa depan jika ramai profesional Melayu aktif berperanan dalam kepimpinan DAP.

Bila 8 calon Melayu DAP gagal mendapat tempat dalam 20 kepimpinan AJK Tertinggi Pusat DAP dengan undi yang rendah 300 lebih ke bawah dari 1823 perwakilan dan undi minimun 824  jika mahu kedudukan yang ke 20.

Ditambah pula calon Melayu yang berjawatan Setpol Lim Guan Eng pun tewas tidak boleh menumpang lansung pengaruh bosnya.

Maka ideal DAP parti multirasial, parti inclusiveness (kerangkuman), parti mahu menarik lebih ramai orang Melayu nampak 'tidak walk the talk'.

Barulah Sakmongkol AK47 mahu bersuara dan menyatakan dengan lambat mahu beritahu Lim Guan Eng kelemahan implementasi 'inclusiveness'.

Bila Sakmongkol AK47 bersuara kepada Setiausaha Agong DAP YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng. Buat pertama kali Sakmongkol AK47 bersuara kepada Lim Guan Eng...

"Perhaps it’s the fault of the candidates and the delegates and also the DAP leadership.

How do we explain what happened? First let’s set aside one issue first. This is not an issue of the DAP leadership abandoning its agenda for inclusiveness. But it has revealed some weaknesses in translating the agenda into practice. 

It shows that the leadership hasn’t done sufficiently in its efforts to educate the delegates and DAP members of the importance of inclusiveness. Unless the DAP leadership has resigned itself to forever be an opposition party as opposed to a party that can be a partner in governing, then, the will not make efforts to cultivate Malay DAP members. 

I was at the congress and listened to the speech given by party secretary general, Lim Guan Eng. It was a as a matter- of- factly speech which did not require enthralling the delegates with histrionics or banshee-like screaming. It would have been better if he had left out bashing the UMNO/BN government and talking like an opposition party at the periphery. He can speak as government now that PR has control of 4 states and will likely evict UMNO from the seat in Putrajaya.

I thought there was a little misreading of the mood of delegates. The majority of the delegates were not accustomed to adjusting their thinking after years of being perceived as Chinese chauvinists. It comes by as second nature if the majority of the delegates felt it wasn’t necessary to be inclusive. If this mood was read correctly, maybe secgen Lim Guan Eng could have applied some moderating influence. 

This kind of thinking, conditioned over the years by the baneful influence of race-centric thinking could be have been moderated. The secgen missed the opportunity to apply some leavening influence in his speech. If the secgen had mentioned that in line with our agenda to evolve into a multiracial party for all Malaysians, he would very much liked it if delegates in the convention also reflect that agenda with their voting".

Calon Melayu, Sabah Dan Sarawak Tiada Tempat Dalam Kepimpinan DAP


Bila WZWH buat rumusan politik WZWH suka berdasarkan impirikal data. Keputusan pemilihan AJK Tertinggi Pusat ( CEC) DAP hari ini membuktikan calon-calon Melayu, Sabah dan Sarawak tiada tempat dalam kepimpinan DAP.

Walaupun calon Melayu itu Setiausaha Politik Lim Guan Eng pun boleh tewas!

Ketika merasmikan kongres DAP pagi tadi, Lim Guan Eng melahirkan hasrat untuk membangunkan DAP sebagai pilihan orang Melayu yang menurut beliau semakin berminat menyertai parti itu.

Apa yang jelas ialah perwakilan DAP yang rata-rata kaum Cina menolak calon Melayu untuk menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti itu.

Selain kesemua calon Melayu tewas, 15 daripada 18 calon kaum India juga kalah.

Seramai 1823 perwakilan DAP membuat pemilihan.

Berikut senarai 20 AJK Tertinggi Pusat DAP ( 2012-2015 ) yang terpilih dengan undi:

LIM KIT SIANG -1607

LIM GUAN ENG -1576

KARPAL SINGH – 1411

CHONG CHIENG JEN- 1211

LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) -1202

WU HIM VEN (VINCENT) – 1202

TAN KOK WAI -1199

GOBIND SINGH DEO – 1197

PUA KIAM WEE (TONY)- 1162

TENG CHANG KHIM- 1152

FONG KUI LUN- 1137

NGA KOR MING -1075

CHONG ENG- 1006

CHOW KON YEOW- 986

LIEW CHIN TONG- 984

M. KULA- 984

BOO CHENG HAU- 958

KOK SUH SIM (TERESA) -925

TEO NIE CHING -903

NGEH KOO HAM – 824


Berikut senarai calon Melayu yang tewas dengan undi:

Senator Ariffin S.M. Omar -348

Ahli lama (CEC), Ahmad Ton  -347

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari -305

Zulkifli Mohd Nor -216

Tengku Zulpuri Shah -121

Solaiman Op Syed Ibrahim -98

Roseli Abdul Ghani -39

Harun Ahmad -28

Jika dilihat kepada keputusan pemilihan AJK Tertinggi Pusat DAP ternyata calon-calon Melayu, Sabah dan Sarawak tiada tempat dalam kepimpinan tertinggi DAP.

Keputusan kali ini memberi impak kepada ura-ura DAP mahu melebarkan parti itu kepada orang Melayu.

WZWH berharap blogger Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias perlu mengkaji keputusan tersebut dan membuat ulasan post-mortem kenapa apa yang dilaungkan oleh pemimpin tertinggi DAP tidak dikuti oleh majoriti perwakilan.

WZWH buat kesimpulan bahawa keputusan itu bererti sifat perkauman menebal dalam DAP.

Friday, December 14, 2012

Mesej 10.4 Juta Pengundi Muda PRU 13 Jelas 80% Muka Baru!



Pengundi PRU 13 adalah 13 juta. 80% pengundi muda berumur dari 21 - 45 tahun iaitu 10.4 juta pengundi.

Mesejnya jelas pengundi muda mahu 80% muka baru 20% muka lama.

Ucapan dasar DS Najib di AGM UMNO 2012 jelas membayangkan kehendak pengundi muda ini.

Pengundi muda mahu rejuvenasi politik Malaysia yang baru.

Tapi bagi rakyat — para pengundi, mereka mahukan perubahan. Satu perubahan yang bersungguh-sungguh. Mereka ingin melihat kesegaran dalam BN.

BN tetap sebuah parti taruhan yang tiada pilihan. Mereka masih meletakkan harapan kepada kerajaan semasa yang sedang mentadbir di Putrajaya. Rakyat tiada pilihan. Mereka akan terus memberi undi kepada BN.

Rekod BN selama 55 tahun ini terlalu cemerlang dan harus diteruskan.

Rekod pembangkang di negeri-negeri yang ditawan agak kabur. Jika diberi peluang memerintah Malaysia, maka ia adalah satu perjudian yang amat berbahaya.

Maka, tumpuan masih kepada BN.

PM dan Presiden UMNO DS Najib perlu bijak membuat percaturan.

Formula 80-20.

Maka warlord-warlord UMNO perlu terima hakikat ini. Jangan gunakan pengaruh dan kekuatan untuk sabotaj calon muda. 

BN mesti letakkan calon yang berkaliber, yang boleh berdebat dengan cermerlang, berpengetahuan luas dalam bidang socioekonomi, undang-undang, sihat tubuh badan, berkarisma, jujur dalam menyelesaikan permasalahan rakyat yang miskin,pertengahan dan yang kaya raya yang menganuti berbagai agama serta falasafah hidup yang sangat berbeza. 

Pemimpin yang ada sekarang yang dah tua dengan berbagai penyakit kronik mesti lah di gugurkan untuk mengelakan pembaziran wang rakyat mengadakan by election disebabkan kematian yang tidak dijangka. Keberangkalian untuk sesaorang yang sudah tua dan berpenyakit itu mati adalah sangat tinggi. Mentelahan lagi kalau mereka itu tidak cekap dalam bidang IT dan kewangan dunia .

45 PKR 40 PAS 40 DAP Itu 125 Parlimen Pakatan Rakyat PRU 13!


100 hari menuju Putrajaya itu moto kongres DAP kali ini. DAP mahu komponen Pakatan Rakyat dapat 125 kerusi parlimen PRU 13.

Pembahagiannya 45 PKR 40 PAS 40 DAP.

Parlimen Malaysia ada 222 kerusi bererti BN hanya diberi 97 kerusi.

Itulah harapan DAP mahu disemai semangat sasaran kepada PKR dan PAS.

DAP menjelaskan bimbang dengan 4 juta pengundi golongan pertengahan yang kurang yakin dengan jitunya Pakatan Rakyat sebagai satu kumpulan yang akhir ini banyak kenyataan berbeza dikeluarkan oleh pemimpin masing-masing.

DAP sedar adalah lebih mudah bagi BN bagi mendapatkan kemenangan majoriti 2 per 3 kerana dari PRU 2008 BN sudah ada 140 kerusi yang hanya perlu ditambah 8 kerusi lagi menjadi 148.

Berdasarkan prestasi dan komitmen  serta kerja kuat DS Najib dan komponen BN adalah tidak mustahil BN boleh memenangi lebih banyak kerusi parlimen lagi.

Kemungkinan besar adalah dalam julat 155-160 kerusi parlimen akan disapu oleh BN.

Masalah Pakatan Rakyat ialah terdapat doktrin politik yang ganjil iaitu "agree to disagree" bila melibatkan kerangka dasar bersama.

Doktrin "agree to disagree" bukan kata pembulat sebenarnya. DAP mahu pluralisme yang disokong oleh Anwar Ibrahim namun PAS berbelah bagi.

Jika PAS menerima pluralisme bulat-bulat ditakuti akan menerima tempelak penyokong PAS akarumbi.

Isu salon rambut tidak boleh cuci rambut pelanggan lelaki, pengasingan penonton lelaki dan perempuan di pawagam, caj khalwat kepada bukan Islam dianggap oleh DAP sebagai undang-undang Taliban. 

Paling DAP tidak suka pemimpinnya dikatakan takut dengan pemimpin PAS mengenai isu-isu ini. 

Begitu juga dengan pemimpin PAS dikatakan takut dengan pemimpin DAP bila banyak komplen diasak kepada undang-undang Taliban ini.

Yang ketara DAP tidak berminat dengan negara Islam dan Hudud yang PAS kononnya mahu perjuangkannya.

Anwar Ibrahim dan PKR dilihat menikus dalam isu ini kerana tidak mahu menyinggung DAP dan PAS.

Namun Pakatan Rakyat bukan saja mahu menang majoriti mudah 112 kerusi parlimen tapi mahu juga menang majoriti 2 per 3.

Ianya bukanlah tugas yang mudah bagi Pakatan Rakyat yang mendapat 82 kerusi pada PRU 12 kerana perlu menambah 30 kerusi lagi hatta  mahu tambah lagi 13 kerusi menjadikan sasaran 125 kerusi!

Dengan berbekalkan modal isu-isu korupsi, perpaduan nasional dan hubungan harmoni antara kaum, keadilan sosial, kesamaan dan kecekapan ekonomi, membasmi kemiskinan dan demokrasi tegar itu semua diharap Pakatan Rakyat boleh memenangi hati dan minda 13 juta pengundi PRU 13.

Thursday, December 13, 2012

Kenapa Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias Tidak Bertanding Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP?

Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP perlu orang macam Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias tapi tidak mendapat satu pencalonan pun dari 730 cawangan DAP seluruh negara.

Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di Pulau Pinang hujung minggu ini akan menyaksikan 68 calon bersaing untuk merebut 20 jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

DAP mempunyai kira-kira 150,000 anggota dari 730 cawangan. Sejumlah 2,576 perwakilan akan menghadiri kongres dua hari itu.

Menarik kempen “Seratus Hari ke Putrajaya” itu tema kongres DAP kali ini.

Dari 68 calon itu ahli Melayu DAP yang bertanding ialah:

  • Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton 
  • Senator Ariffin S M Omar 
  • Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji 
  • Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor 
  • Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada PRU 13 
  • Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim 
  • Harun Ahmad 

Agak menghairankan kenapa Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias tidak bertanding jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Kalau dilihat dari aktiviti parti memang layak Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias bertanding CEC kerana mereka berdua tersangat aktif mempromosi DAP di kalangan orang Melayu.

Kedua mereka adalah blogger hebat Pakatan Rakyat yang suka menulis posting menghentam UMNO, BN dan DS Najib.

Hari-hari DS Najib kena belasah.

Sakmongkol AK47 pula rajin berceramah samada atas tiket DAP atau Pakatan Rakyat ke seluruh pelusuk negara sampai Sabah dan Sarawak dengan penuh komitmen.

WZWH merasakan sepatutnya cawangan DAP memcalonkan Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias bertanding CEC.

Lagi pun dalam Perlembagaan DAP hanya memerlukan dua pencalonan dari dua cawangan sahaja. Masakan tidak ada lansung dua cawangan dari 730 cawangan mencalonkan Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias?

Maka DAP Pahang hanya bergantung kepada Tengku Zulpuri Shah. Mungkin kerana Sakmongkol AK47 tidak ada darah bangsawan menyebabkan beliau diketepikan oleh 730 cawangan DAP seluruh negara!

Puas sudah Sakmongkol AK47 menyalak membantai UMNO, BN dan DS Najib tapi mungkin salakan beliau tidak cukup kuat bagi membolehkan layak bertanding CEC.

Atau betul kata orang Pekan, Sakmongkol AK47 sebenarnya seorang yang penakut tidak berani beradu di gelanggang DAP sendiri.

Atau DAP hanya mahu mempergunakan Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias sahaja bagi menembak UMNO tapi tempat tidak diberi.

Kenapa Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias tidak mahu bertanding jawatankuasa tertinggi pusat DAP? Itu kena tunggu jawapan Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias dalam blog masing-masing!

Perumahan Dan Pekerjaan Adalah Kunci Isu Kemenangan PRU 13 Parlimen Jerantut


PRU 13 Parlimen Jerantut memberi peluang kepada 68,000 pengundi memilih parti mana yang dipercayai boleh memenuhi kehendak majoriti pengundi.

Dengan 80% pengundi Parlimen Jerantut terdiri dari orang muda yang berumur 21-45 tahun maka kemenangan mana-mana parti adalah ditentukan oleh cita rasa pengundi muda.

Ditambah lagi dengan kehadiran pengundi muda pertama mengundi seramai 13,000 adalah faktor penting bahawa BN dan Pakatan Rakyat perlu meletakkan calon-calon Parlimen Jerantut orang muda.

Calon-calon tua yang bakal diketengahkan nanti walau skema tidak kira berideologi tinggi mahu pun tahalul siyasi Islamis warakok bukan prasyarat yang boleh memikat hati dan minda majoriti pengundi muda Jerantut.

Pengundi muda Jerantut mahu calon orang muda yang boleh bercakap isu-isu yang mudah menyentuh kepentingan kehidupan orang muda Jerantut.

Isu-isu Perumahan dan Pekerjaan adalah kunci kemenangan PRU 13 Parlimen Jerantut. Lain-lain isu terutama isu-isu Kuala Lumpur cuma membazir masa orang muda Jerantut mendengarnya.

Jerantut memerlukan lebih banyak perumahan mampu milik untuk orang muda. Bukan mahu menafikan hak perumahan mewah namun masih ada banyak tanah di Jerantut yang boleh diperuntukan.

Memang terdapat banyak taman-taman perumahan dibina, sedang dibina dan bakal dibina di Jerantut tetapi harganya sangat tinggi lebih tingggi dari Kuantan bandar ibu negeri Pahang dan bawah sikit dari Kuala Lumpur.

Namun rumah-rumah ini habis dibeli sold out macam goreng pisang panas. Pembelinya ramai dari anak-anak Jerantut diperantauan dan orang luar yang mahu menghabiskan masa pencen di Jerantut. Bila ramai orang beli maka ini menggalakkan lagi pemaju perumahan membina perumahan berharga tinggi.

Apa yang tinggal kepada orang muda Jerantut? Majoritinya tidak mampu untuk membeli rumah yang berharga tinggi.

Ada 16 kawasan Felda dan beratus kampung tradisional di Jerantut. Dimana orang muda Jerantut mahu tinggal? Maka tinggal dengan ibu bapa peneroka generasi pertamalah akhirnya menyesakkan rumah bila generasi ke dua dan ketiga tinggal sebumbung.

Generasi ke dua kampung tradisional pun resah bila anak isteri tinggal sebumbung dengan ibu bapa mertua. Keresahan dan ketidakselesaan ini ada asasnya yang boleh menyebabkan beberapa masalah sosial.

Perumahan kos rendah lebih kepada orang yang sudah berkeluarga. Jarang kita dengar perumahan kos rendah untuk orang muda terutama yang bujang.

Jika kita mahu orang muda Jerantut mampu memiliki rumah baik rumah komersial hatta rumah mewah, apa pekerjaan yang sepatutnya mampu disediakan kepada orang muda Jerantut?

Pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan kebolehan mereka. Bagaimana mahu menyediakan pekerjaan yang berpendapatan sederhana dan tinggi kepada orang muda Jerantut?

Bagaimana menyediakan persekitaran yang kondusif kepada kerancakan orang muda Jerantut yang bekerja sendiri terutama di sektor pelancongan  Jerantut?

Isu pekerjaan berkait rapat dengan pelaburan bernilai tinggi ke Jerantut. Berapa banyak pelaburan bernilai tinggi yang sudah berjaya dibawa ke Jerantut?

Pelaburan bernilai tinggi memerlukan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang menyokongnya. Penyediaan prasarana dan infrastruktur yang berterusan dan komited perlu bagi Jerantut menarik banyak pelaburan sederhana dan bernilai tinggi.

Siapa pemimpin yang mahu dan mampu bukan sahaja memikirkan ini semua malah berani merancang dan cuba menjadikan apa yang WZWH tulis diblog ini menjadi kenyataan.

Berapa komitmen BN dan Pakatan Rakyat cuba untuk mengatasi 2 isu pokok Perumahan dan Pekerjaan yang WZWH sentuh ini adalah kunci isu kemenangan Parlimen  Jerantut PRU 13 kerana itulah yang sebenarnya kehendak dan cita rasa pengundi muda Jerantut.

Siapa pengundi muda Jerantut yang membentuk 80% dari 66,000 pengundi mahu pilih parti mana dalam PRU 13 parlimen Jerantut nanti?

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...