Friday, February 22, 2013

Forum Perdana Karnival Parlimen Jerantut Lebih Meriah...



Barisan penceramah agama dan moderator.



Ramai orang Jerantut hadir ceramah perdana.



Kalau macam ini program agama lebih diminati oleh orang Jerantut.

Thursday, February 21, 2013

Pertandingan Karaoke Karnival Parlimen Jerantut Meriah...



Peserta-peserta finalis pertandingan karaoke terbuka Karnival Parlimen Jerantut. Kelihatan pegawai yang bertugas Wan Jaimi dan Dato' Hj Rosdi Sulong.



Orang Jerantut yang hadir memberi sokongan.



Barisan para juri profesional sedang memberi markah.

Sambutan orang Jerantut amat menggalakkan dalam persembahan kebudayaan, karaoke, band. Jerantut perlukan Dewan Besar, auditorium, Theatre House bagi kegiatan seni dan budaya.

WZWH mahu kerajaan bina itu semua satu hari nanti....

Forum Perdana: " Kas Sayang Deme " Karnival Parlimen Jerantut



[ 21 FEBUARI 2013 ]

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM SEMPENA KARNIVAL KAS SAYANG JERANTUT..


TARIKH : 21 FEBUARI 2013
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : DATARAN MAJLIS DAERAH JERANTUT
TAJUK : KAS SAYANG DEME

** MOH LA BERAMAI-BERAMAI WEH..!!!!

Isu Lahad Datu Isu Feudal Lama Kena Selesai Cara Feudal Moden!



Tentera Diraja Sultan Kiram.

Beratus askar bersenjata lengkap memasuki Lahat Datu, Sabah dari Filipina. Siapa gerombolan yang datang dari kepulauan Sulu?

Sulu moden dibawah pengaruh keluarga Sultan Bantilan diterima majoriti rakyat Sulu. Keluarga Sultan Kiram tidak puas hati.

Sultan Kiram menghantar tentera Dirajanya ke Lahat Datu.

Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda.  Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang.

Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang degil dan selalu melanggar arahan ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia. 


Polis Malaysia berjaga di Lahad Datu, Sabah.

Malaysia nampaknya panik seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk mnejadikannya hero lantaran itu pengundi pun akan kembali menyokong BN. 

Ada pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.

Akhirnya bocor rahsia bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. 

Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.

Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.


Pasukan Malaysia mengepung desa di Sabah yang dikuasai tentera Kesultanan Sulu.

Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.

Sultan Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa bertindak dengan menghimpun para Datu dan Syarif Suluk di Sabah, sejarawan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat. Sultan Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan kesilapan. Namun sekurang-kurangnya tindakan subversif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.


Isu Lahat Datu adalah isu feudal lama kena selesai cara feudal moden. Biarkan DS Najib PM Malaysia ke 6, Orang Kaya Indera Shah Bandar ke 11, Putera Gowa yang merantau ke 11 generasi dengan gelaran Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone menyelesaikan isu ini.

Orang Sulu, Tausug, Suluk, Bajau, Bangsamoro, Bugis...semua hormat dan segan kepada DS Najib.



WZWH bersama Haji Murad Ibrahim pemimpin MILF Bangsamoro yang mengetuai delegasi Pejuang MILF Bangsamoro.

Jika DS Najib berjaya membawa pejuang bangsamoro MILF ke meja perundingan damai dengan Kerajaan Filipina maka kini DS Najib perlu pula melayan kehendak Sultan Sulu.


Nur Misuari pemimpin MNLF tidak puas hati kerana mahu beliau lebih berperanan....

Sumber:  dari Sahabat Asree Sug

WZWH Setuju Idea Mamasita Mamamia: Sakmongkol AK47 Lawan Najib Di Parlimen Pekan!

Mamasita-Mamamia!!!

Blogger Mamasita Mamamia telah melontarkan satu idea yang menarik bahawa tidak perlu Pakatan Rakyat yang pada mulanya mahu hantar Hadi Awang bertanding melawan DS Najib di parlimen Pekan, kemudian mahu budak-budak universiti mencabar PM di Pekan konon seorang mahasiswa akan dicalonkan dalam PRU 13 nanti.

Blogger Mamasita Mamamia adalah bekas isteri Sakmongkol AK47 @ Dato' Ariff Sabri. WZWH tahu blogger Mamasita Mamamia juga dari keturunan pahlawan Pahang Tok Gajah. Sama juga dengan Sakmongkol AK47 dari keturunan Khatib Amin adik beradik Tok Gajah. Ini dari keturunan Pulau Tawar, Jerantut.

WZWH CnC extract sepenuhnya posting blogger Mamasita Mamamia...

Student Mana Nak Lawan Tok Najib Kat Parlimen Pekan?


Ish dek...toksahlah..buat per nak menghabiskan boraih..adek nak lawan ker atau sekadar syarat saja..jangan jadi badut buat kelakar..kalau nak lawan hantar betul2 calun yang ada kekuatan.

Nak lawan gergasi Goliath tapi anta budak berhingus yang boleh jentik jer...tonjol kat dahi dengan jari telunjuk pun dah menciput lari..nampak sangat PR penakut besar..

Saya nak cadangkan..biar blogger AK 47 @ Sakmongkol lawan DSN kat Pekan.

Tu dia..baru betul.

Baru ada tandingan yang berapi..harta kekayaan dan pangkat Dato' Ariff memang hambar sekali berbanding dengan Tok Najib..

Bagaimanapun, semangat perjuangan DSN dan Dato' Ariff yang menyala2 yang hampir serupa. 

Mereka pulak mempunyai kelulusan dari UK..sorang graduate dari Uni of Nottingham dan sorang lagi kelulusan Masters from Uni Manchester.

Dua2 buat Analytical Econs for their degrees..rasanya.

Betul Dato' Ariff Sabri pernah jadi Adun Pulau Manis selepas PRU 11 dulu.

Untuk PRU 12, Tok Najib gugurkan dia.

Berpeluang kah kita lihat ex adun lawan ex big boss dalam gelanggang..apamacam?

Bila imbas kembali..masa mula2 Dato' Ariff masuk berpolitik anggaran 20 tahun dulu, jenuh penyokong2 Dato' Ariff mengadu Dato' Zainal Pak Wan ( Setiausaha UMNO Bahagian Parlimen Pekan sekarang ) berkata.."Ini lah orang yang akan menjatuhkan Dato' Najib.."

Betul ker telekan yang dibuat lebih berpuluh tahun yang lalu?

Bomoh mana dia pakai?

O yea..Dato' Zainal ada jugak berkata "roh arwah Mokhtar dah masuk ke dalam anak sedaranya".

Arwah Mokhtar Haji Mohd adalah bapa sedara kami..pernah masuk Semangat 46 dan sejurus kembali semula ke dalam UMNO, dia meninggal akibat serangan sakit jantung..

Beliau adalah antara orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah..kawan baik jugak dengan Tok Pa (DS Mustafa Mohd) menteri perdagangan kita dari Kelantan.

Dia dan sorang lagi bapa sedara kami yang masih Alhamdulillah sihat yakni, Datuk Zulkifli Haji Mohd (bekas suami seniwati veteran Sarimah) memang terkenal sebagai puak yang suka melawan UMNO Pekan ketika itu.

Sebab itu bila Dato' Ariff masuk politik Pekan, teruk sungguh dia kena chop,sanggah dan dimusuhi oleh mereka yang berdendam kesumat terhadap bapa2 sedara Dato' Ariff.

Sepanjang perjalanan politiknya disulami dengan penasihat2 DSN yang macam fleas..sentiasa menghasut DSNajib supaya benci pada Dato' Ariff.. 

Walaupun saya bekas isteri (masih ahli UMNO) bekas Adun Pulau Manis yang sudah berhijrah ke parti DAP (sedih jugak)..tetapi saya cadangkan Dato' Ariff lawan di Parlimen Pekan..menang kalah lain cerita..sedara Dato' kat Pekan pun berlambak..sokong ke sedara sama sedara?

DYMM Tuanku Sultan Pahang sama sekolah di Clifford dengan arwah bapak Dato'..

Apa nickname arwah bapak Dato'?

Dobi??

Sebab arwah Haji Abdul Aziz rajin menggosok dan mengkanji baju sekolah yang dipakai..alahai. 

Lawan..lawan..lawan kat home base!

Dato' Ariff kan keturunan Tok Gajah/Mat Kilau/ Dato Bahaman/darah Bugis/Acheh/Siam/Kelantan/Trengganu/mamak Penang/Cina/India..bancuhan darah pendekar semua cukup..

Kita nak jugak tengok pertandingan pilihanraya yang hebat di Pekan..Jomm..^_^

p.s.
Jangan takut..kalah menang lawan PM takper.. tetapi keberanian tu yang disanjung kelak.. 

Alang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..

Undi kan rahsia..mana tahu..kalaulah undi Dato' hanya satu..itu adalah undi simpati dari saya..

Kalau kalah pun takder malunya...bertanding lawan tokoh yang bukan calang2..PM Malaysia.. 

*Kalau saya dianggap pembelot sabit artikel yang tak semenggah ini, parti UMNO bolehlah ambil tindakan disiplin terhadap saya*. 

WZWH pun berpendapat pada Sakmongkol AK47 menulis posting hari-hari membantai dan mengutuk DS Najib lebih baik Sakmongkol AK47 menjadi betul-betul cucu cicit Mat Kilau Tok Gajah yang sebenar berani dan pahlawan  melawan DS Najib di parlimen Pekan.

Bro Sakmongkol AK47 perlu settle once for all...your vengeance toward DS Najib!

Wednesday, February 20, 2013

Battle Of The Band...Ayoh Band-Band Jerantut...Warm Up!



WZWH mahu ahli-ahli muzik Jerantut yang muda-muda tunjukkan kreativiti dan bakat anda. Tunjukkan pada dunia bahawa Jerantut punya muzik kelas tersendiri...

Ayoh band-band Jerantut....kugiran kita...



PERTANDINGAN KUGIRAN KARNIVAL KAS SAYANG JERANTUT....

TARIKH : 23 FEBUARI 2013 ( SABTU )
MASA : SARINGAN ( 8.00am-5.00pm) / AKHIR ( 9.00lm)
HADIAH UTAMA : RM 1000.00

*** TARIKH TUTUP : 21 FEBUARI 2013 ( KHAMIS )

Bila Pengundi Orang Asli Bersewang Di Karnival Parlimen Jerantut...



Bujang Manau lagu hit Orang Asli yang WZWH suka dengar. Bila kenduri kahwin di kampung banyak permintaan untuk lagu ini.

Banyak band di Jerantut mesti hafal lagu ini walau dalam bahasa Orang Asli. 

Ada orang kata lagu ini ada sifat mistik. Entahlah...ada kata ini lagu panggil Hantu Tinggi.

Dalam budaya Melayu lama, Hantu Tinggi adalah makhlok, penunggu atau jin yang boleh dipanggil semasa berburu dalam hutan.


Bersewang memang mengasyikkan-in trance. Ahli politik Pahang dari dulu sampai sekarang mesti tahu bersewang!


2000 pengundi Orang Asli di parlimen Jerantut pun boleh tentukan kemenangan BN pada PRU 13.

Jangan malu bersewang...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...