Saturday, June 22, 2013

Jerebu Juga Memberi Kesan Kepada Himpunan Black 505


Rekod jerebu terburuk pernah dicatat IPU 839 di Kuching pada 1997 hingga darurat diistiharkan.

Jerebu memang memberi kesan kepada kualiti udara. Jerebu choked haze memang buat orang moody dan sakit jiwa psikologi. Kualiti udara contoh di Muar sangat bahaya catat IPU 453! Sekarang sudah jangkau IPU 746.

Sudah tentu Jerebu juga beri kesan kepada politik terutama yang suka perhimpunan terutama penyokong Pakatan Rakyat.

The Malaysian Insider estimate 20,000 di perhimpunan Padang Merbok. Free Malaysia Today estimate 30,000.

Perhimpunan Black 505 macam hilang steam. Anwar Ibrahim menyalahkan jerebu. Ramai peserta lepas 1 jam berhimpun terus belah seawal 3.30 pm.

Heat, haze and boring speeches. Tired and sick for the weather...

Ibu bapa yang bawa anak-anak terpaksa balik awal sebab cuaca jerebu buruk.

40 speaker berucap...tetapi orang ramai nampak tidak berminat mungkin sebab jerebu IPU bahaya dan cuaca jadi panas.

Sebab itu WZWH faham sekarang kenapa masa kat UK orang putih selalu cakap dan sembang pasal weather...

Keadaan jerebu yang bacaan IPU melepasi 453 memang buat kita tidak selesa.


Moral of the story posting WZWH kali ini ialah kita rakyat Malaysia tidak kira penyokong BN dan Pakatan Rakyat mesti memperjuangkan isu-isu alam sekitar kerana gagalnya kita mengurus sumber ekonomi dengan tidak cekap dan berkesan membuatkan musibah jerebu.


Bukan saja Malaysia malah negara-negara jiran mesti belajar dari apa yang berlaku. 16 tahun keadaan jerebu ini masih membelenggu kita.

Indonesia kata hutan terbakar, ladang terbakar dan kawasan hutan yang diterang untuk tanam kelapa sawit adalah punca jerebu. Jabatan Hutan Indonesia juga mendakwa syarikat Malaysia banyak terlibat.

Ini bukan soal jerebu sahaja tapi bagaimana Malaysia dan serantau mengekalkan hutan semulajadi. Pokok balak jangan banyak ditebang. 

Sebatang pokok balak begitu banyak menyumbang kepada kegunaan sistem ekologi yang dikongsi bersama.

WZWH perlu menyatakan isu alam sekitar adalah agenda utama politik negara juga perlu melibatkan negara-negara jiran.

Jika perlu GREEN PARTY wajar ditubuhkan di Malaysia untuk mendesak...jika Kerajaan BN dan pembangkang Pakatan Rakyat gagal menguruskannya.



Anwar Ibrahim perlu rebranding politik dari memperjuangkan rasuah, PRU tipu, kerajaan BN incompetent, demonstrasi jalanan kepada isu-isu alam sekitar seperti mantan Naib Presiden Amerika Al Gore.

Budak Tadika Cadang DS Najib Bina Kipas Gergasi Halang Jerebu...!!!



Oleh kerana tidak dapat bersekolah kerana sekolah ditutup, akibat jerebu tahap bahaya melepasi API 300 di selatan tanah air, seorang budak tadika mengesa bapanya supaya mencadangkan kepada PM supaya bina kipas gergasi seperti dalam gambar bagi menghalang jerebu.

WZWH sekali fikir, boleh pakai juga idea budak tadika ini walau kos bina kipas gergasi itu cukup mahal. Kalau keadaan choked haze ini semakin teruk kenapa tidak usahasama kerajaan Malaysia dan Singapura membina kipas gergaji dan raksaksa!

DS Najib dalam mesyuarat kabinet terbaru ada menimbangkan pembenihan awan di tempat yang terkena jerebu teruk. Juga kalau Indonesia bersetuju, Malaysia mahu membantu proses pembenihan awan supaya masalah jerebu kritikal dapat diatasi bersama.

Sedikit info tentang pembenihan awan sila klik sini.

Friday, June 21, 2013

Go Green: Inisiatif Tengku Temenggong Pahang


Tengku Temenggong Pahang Ikon Baru NGO Alam Sekitar Malaysia

Apa yang berlaku kebakaran hutan Indonesia menyebabkan jerebu choked haze menyerang Malaysia dan Singapura.

API index mencecah lebih 300  di Johor menyebabkan lebih 520 sekolah ditutup. Di Singapura pagi tadi API index mencapai lebih 400.

Betapa pentingnya sumbangan pokok-pokok hutan. Sebatang pokok hutan memberi oksigen dan menyumbang kepada sistem ekologi.

NEGERI PAHANG AMAN SENTOSA
KAYA DENGAN TUMBUH TUMBUHAN
NIAT DI HATI NAK BUAT JASA
MUDAH MUDAHAN TUHAN KABULKAN

1,000,000 pokok akan ditanam di Pahang dalam masa 10 tahun.

Sekarang yang sudah ditanam oleh Temenggong Initiative berjumlah lebih 5000 pokok.


Temenggong Initiative ialah THE OPERATING ARM OF THE SULTAN AHMAD SHAH ENVIRONMENTAL TRUST (SASET).

WZWH suka YAM Tengku Fahad ibni Sultan Ahmad Shah walau muda baru berumur 19 tahun putera bongsu Tuanku Sultan Pahang tapi punya bukan saja idea-idea dan falsafah hebat alam sekitar tapi juga mempraktikkannya melalui Temenggong Initiative-Temenggong Ranjers.

Berslogankan ' Balancing People and Nature', Temenggong Initiative menganjurkan program yang berkaitan dengan penjagaan alam semulajadi. Program 'Adopt a kampung' ialah menjadikan 7 buah kampung di Kuala Tahan sebagai kampung angkat. Temenggong Rangers akan dilantik terdiri daripada volunteers/ sukarela, 2 orang bagi setiap kampung yang akan bertugas melaporkan sebarang pemusnahan alam semulajadi kepada Temenggong Initiative.

YAM Tengku Ariff Temenggong walaupun umur masih muda tapi telah menunjukkan contoh teladan yang baik bagi rakyat Pahang terutama golongan muda Pahang agar sayang dan menjaga alam sekitar. Rakyat Pahang perlu tahu fakta bahawa kalau tiada negeri Pahang yang bergunung ganang ini sudah tentu banyak sungai di negeri-negeri yang berjiran dengan Pahang kekeringan kerana punca-punca anak sungai banyak terletak di negeri Pahang.

Hutan tebal Pahang terutama di Taman Negara Jerantut Pahang banyak membekalkan oksigen menyegarkan Semenanjung Malaysia. Sudah sampai masanya Pahang patut mengenakan caj kepada Kerajaan Pusat kerana bekalan percuma oksigen yang segar dari hutan Pahang.

YAM Tengku Ariff Temenggong Pahang merupakan ikon baru Pahang yang akan menjadi ikutan golongan muda bukan sahaja di Pahang bahkan seluruh Malaysia tidak lama lagi. Gerakan "Green Movement" dan NGO Alam Sekitar sudah tentu merasa bangga kerana mempunyai pemimpin muda yang baru yang akan memperjuangkan isu-isu alam sekitar.

Sesungguhnya YAM Tengku Ariff Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain billah mewarisi bakat kepimpinan dari ayahandanya Tuanku Sultan Pahang.

Bakar Hutan Indonesia Isu Jerebu Menyakitkan Malaysia Dan Singapura



Indonesia negara besar. Hutan luas. Teknologi kelapa sawit Malaysia dan korporat Malaysia diikuti Singapura melabur tanam kelapa sawit. Korporat Indonesia pun JV.

Masalahnya teknik zero burning tidak diikuti. Semua hutan dibakar. Selama 16 tahun dari bulan Jun hingga September ini memberi masalah yang sama jerebu @ haze melanda Malaysia dan Singapura.

Setiap kali jerebu tinggi Air Pollutant Index mencecah paras bahaya  Singapura dan Malaysia sakit jiwa.

Biasanya Singapura bising. Malaysia mahu membantu.

Indonesia selalu kata, " itu syarikat ladang kelapa sawit dari Singapura dan Malaysia ada yang terlibat".



Bila jerebu paras bahaya kesihatan rakyat terjejas, pandangan terhad membahayakan kenderaan, airport dan port, sekolah tutup. Pelancong tidak suka datang. Semua orang moody sebab psikologi terganggu.

16 tahun ini tetap masalah yang sama melanda Indonesia melibatkan Malaysia dan Singapura.

Kenapa tidak boleh selesai?

Bapak SBY, Pak Najib dan Pak LHL perlu duduk semeja selesaikan isu regional ini jerebu celaka.

WZWH Prophesy: The Constitutional Monarchy Of Communist Malaysia


Politik apa yang terbaik untuk orang Melayu. Feudalism telah dicuba beribu-ribu tahun. Kolonisasi, globalisasi, free trade buat orang Melayu eksperimen dengan nasionalisma. Nasionalisma melalui demokrasi ala England buat Malaysia seperti hari ini.

Walau ada orang Melayu yang mahu ideologi sosialis, Islamis, namun nasionalisma masih berkuasa di Malaysia.

Gerakan liberal, demokrasi global mendesak buat perubahan melanda landskap politik negara. PRU-PRU terkini buat orang Melayu berfikir apa ideologi terbaik.

Demokrasi terbukti memecahbelahkan orang Melayu menjadi lemah. Demokrasi tidak boleh menguatkan orang Melayu. Islam agama terbaik dan lengkap tetapi oleh kerana majoriti orang Melayu adalah bangsa yang tidak memahami ajaran agama seperti bangsa Arab maka Islam dipersia-siakan.

Dalam keadaan orang Melayu  membentuk 60% daripada 28 juta penduduk Malaysia dan menguasai hanya tidak sampai 15% ekonomi negara maka apa bentuk ideologi yang sesuai demi kepentingan orang Melayu.

WZWH meramalkan akan lahir seorang pemimpin Melayu yang kuat, berkarisma, beriltizam mempengaruhi orang Melayu dan lain-lain supaya memilih ideologi komunis baru.

Oleh kerana orang Melayu tidak boleh dipisah dengan Raja maka ideologi baru ini dinamakan The Constitutional Monarcy Of Communist Malaysia.

Kekayaan negara akan diagihkan semula kepada semua masyarakat.

Tidak akan ada golongan yang terlalu kaya dan tidak ada golongan yang terlalu miskin.

Ketika itu China akan menjadi superpower no 1 dunia.  China negara Komunis tapi kaya.

Kenapa tidak Malaysia menjadi negara Komunis Beraja tapi kaya?

Bagaimana Sadhguru Boleh Mengubah Pemikiran Dan Kepimpinan Najib?



Mahathir, Ku Li tidak boleh memberi enlightenment kepada pemikiran dan kepimpinan UMNO.

Ulama baik ulama UMNO, ulama PAS dan ulama neutral pun tidak boleh membantu. Kadang-kadang ulama-ulama ini memecahbelahkan.

Orang Melayu mahu mencari pemimpin. Bukan renegade Anwar Ibrahim yang chaotic dan anarchist.

Orang Melayu perlu philosopher-guru, spiritual genious.


Projek Green Sadhguru.



Projek Education Luar Bandar Sadhguru.

Thursday, June 20, 2013

Apa Agenda Melayu Versi UMNO Post PRU 13?


UMNO parti orang Melayu plus ada sikit penglibatan Bumiputera lain. Sebagai parti Melayu adalah secara perlembagaan parti wajar bicara menyentuh Agenda Melayu.

Kalau UMNO tidak boleh bincang Agenda Melayu, atau pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO malu-malu atau segan mahu bincang Agenda Melayu baiklah dibubar terus UMNO atau pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO letak jawatan.

Apa Agenda Melayu versi UMNO post PRU 13?

Itu perlu dibincang dari sekarang dari peringkat cawangan, Bahagian, Perhubungan Negeri hingga Mesyuarat Agung hujung tahun ini.

Beberapa posting menarik mengenai mengenai Agenda Melayu dari tokoh Melayu lain selain UMNO elok dikaji oleh ahli-ahli UMNO.

Redefining the Malay Agenda - Zaid Ibrahim sila klik sini.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...