YB Tn Hj Nazlan Idris @ Cikgu Nazlan ahli parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang baru.
Sudah tentu YB Nazlan Idris punya visi dan misi tersendiri ditambah pula untuk menterjemahkan catch-phrase "Jerantut Baru Berani Berubah" sepanjang kempen pemilihan UMNO Bahagian Jerantut yang lalu.
WZWH tidak berkesempatan untuk memahami apa moto "Jerantut Baru Berani Berubah" walau Tn Hj Kamaruzaman Baria ada menyentuh dan mengupas tentangnya dalam ceramah kempennya.
WZWH selalu berpandangan positif dengan apa yang YB Nazlan Idris mahu bawa dengan style kepimpinannya.
Dalam posting ini WZWH cuba menulis cabaran dan harapan rakyat Jerantut kepada " Jerantut Baru Berani Berubah" mengikut perspektif blog WZWH terutama mengenai pembangunan politik, ekonomi dan sosial Jerantut.
WZWH akan biarkan pembangunan agama untuk YB Nazlan outlinekan program-program agama berkalanya.
WZWH pada posting ini menyentuh kepada 2 perkara:
- Pertama perpaduan parti.
- Pembangunan infrastruktur.
WZWH bersetuju dengan pandangan DSD Adnan Yaakob MB Pahang bahawa Kekalahan Ketua UMNO bahagian Jerantut ini adalah perkara biasa kerana perubahan dalam kepimpinan sedikit sebanyak pasti akan berlaku setiap kali proses pemilihan.
Perkara itu seharusnya diterima dengan baik oleh semua pihak termasuk ahli kerana keputusan yang dibuat adalah kehendak para perwakilan yang mengundi.
Tokoh yang kalah ini, iaitu Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (Jerantut) merupakan tokoh veteran. MB Pahang kata untuk Jerantut pertukaran yang berlaku nampak biasa dan tidak akan menggugat kedudukan parti.
WZWH percaya dan yakin Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Naib Ketua, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri boleh berkompromi dan bekerjasama dengan YB Nazlan untuk perpaduan UMNO Bahagian Jerantut.
Itu juga bergantung kepada gaya dan style kepimpinan YB Nazlan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang baru dan bagaimana beliau boleh menarik sokongan. Beliau perlu bijaksana dan berhemah serta adil kepada semua pihak.
Mengenai pembangunan infrastruktur pula berdasarkan komen-komen pembaca blog WZWH rata-rata mereka orang Jerantut mengharapkan YB Nazlan dan ADUN-ADUN yang lain berusaha dengan lebih gigih dan bekerjasama untuk mendapatkan:
- Jalan Jerantut Benta yang bukan sahaja diperbaiki-repair and mantainance tapi mahu jalan baru Jerantut Benta.
- Jalan Jerantut-Simpang Jengka 8-Maran perlu disiap dan diselenggara dengan baik.
- Jalan Jerantut-Kuala Tembeling-Mela-Kuala Lipis perlu dibaiki dan dibuat baru.
- Jalan baru Jerantut-Kuala Tahan yang lebih besar dan lurus.
- Memastikan Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1 yang sedang berjalan dan fasa 2 dibuat mengikut jadual.
- Projek Jalan Ulu Tembeling-Terengganu.
- Projek Jalan Jerantut-Sungai Lembing.
- Sebuah hospital Jerantut yang baru.
- Sebuah universiti di Jerantut.
- Sebuah IPD Polis yang baru segera dibina.
- Mempercepatkan pembinaan 2 Flyover dan jalan lingkaran di bandar Jerantut yang telah diberi kelulusan merentas dua DUN.
- Agro Park dipercepatkan.
- IKS Park disegerakan.
- Agropolitan dan pembukaan ladang getah oleh Felcra dan GLC.
- Projek Hidroelektrik Sg Tekai berjalan mengikut jadual.
- Pembangunan ECER di Kuala Tahan berjalan mengikut perancangan dan bajet.
- Pembinaan rumah generasi ke dua dan baru berjalan mengikut perancangan.
- Pembinaan rumah mampu milik untuk orang muda Jerantut dipertambah bilangan.
- Projek Jelapang Padi Jerantut.
Demikianlah cabaran dan harapan rakyat Jerantut kepada kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang baru. WZWH memberi sokongan kepada usaha untuk menjayakan apa yang dibentang di atas.