Sunday, December 15, 2013

Sejarah Politik Syiah, Potensi, Dan Masa Depan Syiah Di Malaysia

Syiah adalah mazhab Islam ke dua besar selepas Sunni. Populasi pengikut Syiah seluruh dunia berjumlah 200 juta (2009). Bertaburan dari Afrika, Asia Tengah hingga ke Iran, Pakistan dan India. Syiah Iran membentuk 40% populasi seluruh dunia diikuti Iraq 12%, Pakistan 10% dan India 9%.

Syiah adalah pengikut Ali atau penyokong tegar keturunan Rasulullah Al-Bait sebagai pemimpin politik dan spiritual. Pada mulanya Syiah adalah dari fenomena Arab Sunni tapi pada persepsi sekarang orang Iran (Parsi) lebih menonjol lebih-lebih lagi selepas Revolusi Islam Iran 1979.

Posting WZWH ini menceritakan secara ringkas sejarah politik Syiah, potensi dan masa depan pengikut Syiah di Malaysia.

Carta Struktur Syiah Yang Mengangkat Keluarga Rasulullah

Oleh kerana orang Syiah menyokong keturunan Rasullulah Ahli Bait, menganggap keturunan ini sebagai imam-imam politik dan spiritual sudah tentu Syiah menjadi lebih berpengaruh. Syiah mula terbentuk lebih dominan selepas kematian Hussein cucu Rasullulah dalam Tragedi Karbala. Syiah lebih kepada politik.

Syiah berpecah menjadi 3 mazhab besar; 12 Imam, Ismaili, dan Zaidiyah.

Syiah berjaya membina beberapa kerajaan seperti:

  • Idrisids (788 to 985 CE): a Zaydi dynasty in what is now Morocco
  • Uqaylids (990 to 1096 CE): a Shi'a Arab dynasty with several lines that ruled in various parts of Al-Jazira, northern Syria and Iraq.
  • Buyids (934–1055 CE): at its peak consisted of large portions of modern Iraq and Iran.
  • Ilkhanate (1256–1335): a Mongol khanate established in Persia in the 13th century, considered a part of the Mongol Empire. The Ilkhanate was based, originally, on Genghis Khan's campaigns in the Khwarezmid Empire in 1219–1224, and founded by Genghis's grandson, Hulagu, in territories which today comprise most of Iran, Iraq, Afghanistan, Turkmenistan, Armenia, Azerbaijan, Georgia, Turkey, and Pakistan. The Ilkhanate initially embraced many religions, but was particularly sympathetic to Buddhism and Christianity. Later Ilkhanate rulers, beginning with Ghazan in 1295, embraced Shia Islam.
  • Bahmanis (1347–1527 CE): a Shia Muslim state of the Deccan in southern India and one of the great medieval Indian kingdoms. Bahmanid Sultanate was the first independent Islamic Kingdom in South India.
  • Fatimids caliphate (909–1171 CE): Controlled much of North Africa, the Levant, parts of Arabia and Mecca and Medina. The group takes its name from Fatima, Muhammad's daughter, from whom they claim descent.
  • Safavid dynasty (1501–1736) in Persia. Kemudian beberapa dinasti hingga Dinasti Pahlavi Shah Iran akhirnya Revolusi Islam Iran.

Potensi Politik Syiah boleh lagi berkembang pada zaman moden memandangkan Iran atau Parsi adalah sebuah empayar besar pada zaman silam pernah menjadi Superpower digeruni oleh Barat. 

Kekuatan Iran dengan projek nuklear power, naiknya pemerintah Syiah di Iraq, Syria, Lebanon dan tumbangnya beberapa diktaktor-diktaktor Arab membuka peluang kepada pengaruh Syiah.

Memandangkan peratus orang Syiah di Timur Tengah tinggi hampir 40% . Negara majoriti Syiah ialah Iran, Iraq, Azerbaijan dan Bahrain. Lain-lain negara:

  • Lebanon 30%
  • Yemen 45%
  • Kuwait 40%
  • Turki 20%
  • Pakistan 20%
  • Afghanistan 19%
  • Saudi Arabia 15%
  • India 15%
  • Syria 20%
  • Ada juga komuniti Syiah di pantai Barat Sumatera dan Acheh tapi di Asia Tenggara orang Shafie Sunni lebih dominan.

Dan ramai juga orang Syiah di Eropah dan US. Penasihat-penasihat dasar luar US ramai dari intelektual Syiah.

Berdasarkan politik semasa dan taburan orang Syiah di Timur Tengah adalah agak jelas potensi untuk kebangkitan Syiah itu ada. Iran boleh menjadi Superpower Islam no 1 bila secara geopolitiknya menguasai politik Timur Tengah.

Bagaimana dengan masa depan Syiah di Malaysia?

Di Malaysia pada March 2011, Kerajaan istihar Syiah adalah sesat, melarang menyebar Syiah kepada orang Islam di Malaysia tetapi pengikut Syiah boleh praktis mengamalkan amalan Syiah sesama mereka.

KDN sedang memantau 1500 hardcore Syiah. Fahaman ini ada dikalangan pensyarah dan pelajar universiti dan ada komuniti Syiah dibeberapa negeri. Ada pakar yang mendakwa pengikut Syiah di Malaysia kurang dari 500,000.

Sekarang berlaku polemik bila mana KDN mendakwa ada pemimpin tertinggi PAS yang menjadi pengikut Syiah.

KDN tidak ada kuasa untuk menahan dan membicarakan orang Syiah di Mahkamah Syariah. Menteri Agama kata kuasa itu adalah kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri.

Kuasa itu ada kepada Sultan-Sultan dan Agong. Sultan adalah Ketua Agama bererti Ketua Sunni.

600 tahun dulu pengikut Syiah dan Ahli Bait telah melarikan diri ke Asia Tenggara kerana diburu oleh beberapa kerajaan Khalifah. Ada yang menjadi pendakwah. Ada yang akhirnya menjadi pemerintah di kepulauan Melayu.

Sebagai contoh Sultan Brunei adalah dari keturunan Hassan anak lelaki tertua Ali.

Majoriti Sultan-Sultan di Malaysia adalah dari keturunan  Hussein anak lelaki Ali yang terbunuh di Karbala dan diangkat sebagai Imam besar oleh seluruh mazhab Syiah.

500,000 pengikut Syiah perlu bersyukur kepada Allah kerana keturunan Hussein memerintah Malaysia, menjadi ketua Agama Islam maka dengarlah cakap dan nasihat Sultan negeri masing-masing.

Imam-imam kamu 500,000 pengikut Syiah sudah lama berakar umbi di Tanah Melayu!

Saturday, December 14, 2013

Nik Abduh Sokong Zahid Hamidi Perangi Syiah : Pakatan Atau Konspirasi?



Nik Abduh Nik Aziz ahli parlimen Pasir Mas, anak TG Nik Aziz Murshidul Am PAS sokong usaha KDN dan Kerajaan membendung fahaman Syiah dari menular di Malaysia.

Cuma Nik Abduh mahu Zahid Hamidi dan KDN kemukakan bukti yang kukuh dan dakwa Mat Sabu di Mahkamah Shariah.

Nik Abduh mendakwa pengikut Syiah bila ramai di Malaysia nanti  boleh mendatangkan masalah kerana suka berbalah dengan ahli Sunnah Wal Jamaah kerana amalan-amalan bidaah yang menyesatkan sila klik sini.

Bila Nik Abduh  bercakap nada demikian bolehlah WZWH interpretasikan bahawa ini juga cakap TG Nik Aziz dan boleh dikatakan 50-75 % ahli-ahli PAS akan menyokong.

Kalau begini pakatannya maka UMNO dan PAS sudah mula tunjuk usaha serious mahu membendung fahaman Syiah dari merebak ke seluruh negara.

Kepada pembaca blog WZWH yang tidak tahu apa Syiah dan kenapa orang Islam bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah menentang Syiah?

Syiah bermula selepas berlakunya perang di antara Khalifah Ali dan Muawiyah Bin Abu Sufyan. Mereka beranggapan jawatan Khalifah pertama sepatutnya diberi kepada Saidina Ali tetapi telah berlaku penyelewengan di kalangan sahabat-sahabat Nabi hingga hak Ali dinafikan. Mereka juga menyalahkan Muawiyah dan anaknya Yazid sebagai penyebab kematian Ali dan anaknya Hussein. 

Api kebencian terhadap Ahlus Sunnah membawa hingga ke hari ini. Mereka mengkafirkan para sahabat Nabi serta isteri-isteri Nabi. Mereka menghalalkan darah Ahlul Sunnah sedangkan Ahlul Sunnah diharamkan untuk membunuh sesiapa pun kecuali bila diperangi. Ada beberapa amalan-amalan mereka yang dianggap sesat dan terkeluar daripada ajaran Islam seperti kahwin mut'ah dan hari Karbala. 

Syiah masih dibenarkan untuk masuk ke Mekah sebab mereka dianggap sebagai sesat sahaja belum lagi kafir. Ulamak-ulamak Ahlul Sunnah terpaksa berhati-hati untuk menghukum kafir kepada Syiah kerana ia tuduhan yang sangat berat dan besar implikasinya kepada umat. Mereka hanya dianggap sebagai kafir bila mereka secara terang-terangan mengkafirkan para sahabat dan isteri-isteri Nabi. 

Secara dasarnya Syiah masih dianggap sebagai Islam jika tiada ciri-ciri ini. Kalau nak cerita memang panjang bermula dengan peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman hingga kepada pembunuhan Hussein Bin Ali. Saudara dan saudari  boleh dapatkan buku-buku mengenai Syiah yang terdapat dipasaran.

Mat Sabu Bakal PM Malaysia PRU 14?

YAB Mat Sabu PM material masa depan...

Tiba-tiba landscape politik Malaysia sudah berubah...

Mat Sabu menjadi idola ikon pemimpin masa depan Malaysia. Anwar Ibrahim sudah tenggelam. Mahathir sudah jadi barang antik.

Kekerapan UMNO menyerang Mat Sabu dalam 2 isu Komunis dan Syiah menyemarakkan lagi sokongan dari dalam dan luar negara.

Dalam negeri: 


  • Ahli-ahli PAS bersatu, ikatan bond Pakatan Rakyat bertambah kuat. DAP dan PKR menyokong penuh.
  • Golongan Liberal, Atheis, Freethinker tidak suka cara UMNO terutama Zahid Hamidi mengendali isu Syiah kerana berkait dengan 'freedom of religion' kerana terbawa-bawa zaman kegelapan gereja. Freedom of religion termaktub dalam Perlembagaan Negara.
  • Rakyat ramai orang Islam bertanya jika Syiah itu haram kenapa pengikut Syiah boleh buat ibadah Haji dan Umrah di Mekah dan Madinah?  Adakah Malaysia lebih Islamik dari Arab Saudi?
  • Rakyat ramai bukan Islam tidak suka kerana UMNO sudah menjadi extremis Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Penganalis politik mengatakan isu Syiah hanya helah UMNO untuk mengalih isu barang naik dan kos sara hidup yang tinggi.
  • Ramai rakyat orang Islam yang muda berumur 21 tahun PRU 14 nanti tidak ambil peduli isu Syiah.


Luar Negara:


  • Iran terutamanya dan NETWORK Syiah dunia akan menyokong all out untuk Mat Sabu. Iran tidak senang dengan Malaysia yang menjadi negara pertama dalam dunia mengharam dan menindas pengikut Syiah. Iran banyak beri projek-projek ekonomi kepada Petronas dan banyak korporat Malaysia.
  • Ini belum diambil kira pertubuhan militan Syiah dunia.
  • Negara-negara Komunis pun bersimpati kepada Mat Sabu.
  • US akan menyokong Mat Sabu jika BN menjadi lemah dan akan kalah PRU 14


Dalam usaha Zahid Hamidi menggunakan isu Syiah tidak kira bagi apa-apa motif, hakikatnya banyak keburukan dari kebaikan kepada UMNO dan BN.

Ianya mungkin menjadikan Zahid Hamidi lebih popular dan melonjak.

Najib, Muhyiddin, Hishammudin sudah terkeluar dari menjadi PM material PRU 14 kerana tidak pandai mengendalikan isu.

Tiba-tiba populariti Mat Sabu melonjak!

PRU 14 bila Pakatan Rakyat menewaskan BN, siapa mahu jadi PM?

Lim Guan Eng pasti melobi kuat Mat Sabu menjadi PM Malaysia PRU 14...

Selamat YAB Mat Sabu PM Malaysia PRU 14....

Golongan ulamak PAS perlu mengepung Mat Sabu sekarang!!!

Friday, December 13, 2013

Orang Melayu Bukanlah Bangsa Yang Beragama, Hanya Pemerintah Yang Beragama Itu Pun Untuk Kuasa!

Agama dan kepercayaan orang Melayu

Untuk memahami konsep 'political religion' yang mula digemari oleh ahli politik-ahli politik Malaysia terkini  perlulah mengetahui sejarah kepercayaan dan agama bangsa Melayu walau kini Malaysia adalah negara majmuk.

Bangsa Melayu baru terbentuk 5000 tahun dulu. Berselerak ke seluruh kepulauan Melayu.

Abad sebelum hingga abad ke 6 kepercayaan animisme percaya kepada roh dan semangat. Diikuti puja, pantang larang dan keramat.

Kemudian datang agama Hindu yang lebih eksklusif kepada pemerintah tidak juga kepada rakyat biasa kerana konsep Dewaraja-Raja adalah tuhan di bumi. Rakyat lebih kepada kesenian.

Pemerintah mahu Hindu jadi agama rakyat walau tidak memahami falsafah agama Hindu, apa lagi rakyat.

Selepas pengaruh Hindu datang pula agama Buddha yang bercampur keduanya yang hanya didokong oleh golongan bangsawan manakala rakyat tidak ambil peduli. Jelas agama hanya mahu mengukuhkan kuasa pemerintah dan taat setia rakyat.

Sehingga tahun 1200 atau sebelum baru Islam muncul melalui perdagangan pedagang Gujerat dan Arab Hadralmaut, pernikahan dan kaum bangsawan hingga kemuncak pada 1400-1500.

Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar dalam politik, perundangan, ekonomi, dan budaya masyarakat Melayu.

Sekali lagi oleh kerana Islam berpusat di Istana maka golongan pemerintah cuba memahami addin Islam dengan tunjuk ajar ulama dan cendikiawan. Masih rakyat belum memahami ajaran Islam yang sebenar.

Apa jenis Islam zaman itu? 

Dari segi politik jelas dapat dilihat dengan penggunaan gelaran pemerintah yaitu raja telah digantikan dengan gelaran sultan. Bahkan sultan dianggap sebagai ketua agama Islam. Segala upacara resmi didahului dengan doa. Pemimpin agama merupakan penasihat sultan dalam hal-hal mengenai hukum syarak atau hal berkenaan dengan agama Islam.

Dalam aspek perniagaan, Islam mengharamkan riba dan menggalakkan umatnya mencari rezeki yang halal. Disamping itu amalan zakat dan fitrah sedikit sebanyak telah membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk menjalani kehidupan

Dari segi sosial pula wujudnya semangat jihad bagi memilihara kesucian agama Islam daripada penjajahan Barat. Dari segi adat pula didapati terdapat pengkomodiran dengan unsur Hindu-Buddha kepada unsur keislaman seperti perkahwinan, adat turun tanah, melenggang perut, berkhatan dan sebagainya.

Pada akhirnya orang Melayu membuktikan kemelayuannya dengan menganut agama Islam. Terlepas dari mereka menjalakannya secara sempurna atau tidak, hal ini dibuktikan dengan praktik-praktik keagamaan. Dimana praktik-praktik tersebut dilakukan sesuai dengan mazhab yang mereka anut. Pada umumnya masyarakat Melayu menganut mazhab syafi’i. Mereka kebanyakan melaksanakan shalat subuh, isya, zuhur, dan ashar lebih sering dirumah, sementara maghrib dilakukan secara berjama’ah di mesjid.

Dari sisi teology orang Melayu berpegang pada teologi asy’ariyah yang lebih dekat dengan paham jabariyah. Sekalipun Asy’ariyah mengajarkan tentang “kasb”(usaha), namun hal itu tidak banyak membantu untuk merubah pemahaman masyarakat tentang takdir dan nasib. Masyarakat Melayu percaya bahwa konsep takdir dan nasib telah digariskan oleh allah.

Dari sisi tasawuf sendiri, orang Melayu berpegang erat pada ajaran Imam al-Ghazali. Dimana mereka sulit untuk menerima tasawuf wahdat al-wujud dari Ibnu Arabi atau hulul dari al-hallaj dan aliran tasawuf lainnya. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh terlarangny ajaran wahdat al-wujud di tanah Aceh, yang kemudian membuat paham ini kurang digemari oleh masyarakat Melayu.

Ini tulisan ahli akademik dan ahli sejarah mahu menyedapkan cerita...

Realitinya hingga abad ke 19 orang Melayu sebagai contoh apa yang Clifford Residen Pahang menulis mengenai...

negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Walaupun negeri-negeri ini berdekatan tetapi rakyat negeri-negeri ini jauh berbeza, sama ada dari segi rupa, pakaian, dialek, watak mahupun adat resam.

Orang Pahang, mengikut Clifford, hanya menggunakan fikiran dan minda mereka untuk mencari jalan berkelahi, bergaduh, berasmara dan bercumbu dan berjudi, yang mereka tahu dan sedar dilarang sama sekali oleh agama Islam. Orang Pahang, jelasnya, adalah seorang penyabung ayam dan pejudi yang sering terlibat dalam pergaduhan. Dia mempunyai perasaan bangga dirinya, bangsanya dan negaranya. Dia kurang arif, kurang ugama dan kurang daya keintelektualannya sehingga dibuat orang Melayu lain bidalan tentang mereka:
kecek anak Melaka; bual anak Minangkabau; tipu anak Rembau; bidaah anak Terengganu; penakut anak Singapura; pencelok anak Kelantan dan sombong anak Pahang.
Namun demikian, orang Pahang juga banyak kualiti yang baik. Mereka jantan dan berani mati. Kelemahan mereka adalah di permukaan sahaja dan mereka jarang mahu menyurukkan kelemahan ini. Mereka sombong! Mereka berpakaian segak dan sebagai kaki judi sering boros. Mereka juga suka bertindak mengikut nafsu tanpa berfikir panjang tentang hasil atau kesan tindakan mereka. Mereka juga amat taat dan setia kepada Raja.
Begitu juga taat setia mereka kepada seseorang atau sesiapa yang dipercayainya, tidak berbelah bagi. Hubungan ini adalah berasaskan saling mempercayai di antara satu sama lain. Mereka sentiasa bergembira dan suka melawak dan berjenaka dan bahan ketawa mereka adalah orang lain (suka mengusik dan mempermainkan orang lain). Mereka tidak suka membaca atau bekerja. Mereka juga tidak boleh dipaksa membaca Koran. Mereka juga hanya akan sembahyang setelah dipaksa. Mereka menghadiri sembahyang Jumaat kerana takut kena denda.
Kalau boleh orang Melayu tidak mahu bekerja dan tidak akan melakukan sebarang kerja walapun dibayar gaji atau upah yang tinggi dan lumayan. Dia akan melakukannya (kerja) apabila dia dikerah, iaitu atas permintaan dan suruhan orang-orang besar ataupun raja. Kerja-kerja kerah tidak dibayar upah dan di dalam kebanyakan kes mereka terpaksa membawa makanan sendiri.
Kerja Raja dikelek sedangkan kerja sendiri diabaikan. Mereka akan mengerjakan kerja-kerja kerah ini tanpa sebarang rungutan seolah-olah itu adalah tugas hakiki mereka.
Clifford melihat ini sebagai satu sifat yang bertentangan dengan jiwa orang Melayu itu. Dari satu segi, secara sukarelanya, orang Melayu malas bekerja walaupun ganjaran yang dibayar lumayan tetapi dari satu segi yang lain dia sanggup pula dipaksa bekerja dan menyerahkan tenaganya secara percuma.
Hugh Clifford (“The People of the East-Coast” dalam buku, In Court and Kampung)
Sekarang politik moden, apa jenis Islam yang diamalkan? Parti yang memerintah dan parti pembangkang suka mengunakan political religion demi mendapat pengaruh dan kuasa. Walau yang ramai belajar Islam dari seluruh pelusuk dunia namun itulah hakikatnya...

Orang Melayu terutama ahli politik-ahli politik Melayu bukanlah bangsa yang beragama!

Najib, Berniaga Dengan Iran Syiah Sama Penting Berniaga Dengan China Komunis : Stay Away From Political Religion!


US akan berpakat dengan Iran satu hari nanti secara tidak lansung Iran akan jadi Super Power Islam no 1. Presiden Hassan Rouhini yang sederhana politiknya lebih disukai oleh US dan Eropah. Malaysia jangan cari masalah dengan Iran.

Malaysia mahu pertumbuhan ekonomi 5 hingga 5.5 %. Malaysia perlu kerjasama ekonomi dengan China dan banyak negara termasuk Iran.

Jadi jangan kita terpengaruh dengan 'political religion'.

Kalau Malaysia boleh berniaga dengan China bakal superpower no 1 banyak menguntungkan ekonomi Malaysia tanpa embrace komunisme.

Kenapa tidak Malaysia boleh berniaga dengan Iran yang bakal superpower Islam no 1 yang boleh menguntungkan ekonomi Malaysia tanpa memerangi Syiah? (majoriti rakyat Iran adalah Syiah).

Bila ahli parlimen Iran kata Malaysia negara pertama di dunia mengharamkan Syiah tapi Iran banyak beri peluang ekonomi kepada Petronas dan banyak korporat Malaysia itu amaran kepada Malaysia.

DS Najib perlu beri taklimat kepada ulama Malaysia bahawa 'economic religion' juga penting!

Memang trend post PRU 13 bahawa:


  • DAP condong kepada political religion
  • PKR condong kepada political religion
  • PAS sudah lama political religion
  • UMNO pun mahu political religion!

Pendek kata NGO-NGO Malaysia tidak kira apa agama mahu political religion.

DS Najib perlu ingat political religion adalah retorik orang politik. Penduduk Malaysia lebih 28 juta. Orang politik tidak ramai di Malaysia.

Bila ekonomi susah....semua retorik political religion hanya tinggal retorik.

Majoriti rakyat Malaysia yang ramai mahu economic religion.

Majoriti rakyat Malaysia neither atheisme nor too religious far away from political religion.

Let the politicians be political religion to show their stupidity rather rakyat who are not.

Please DS Najib advise your Naib-Naib Presiden UMNO do not be too political religion.

Thursday, December 12, 2013

Menteri Parit...EXCO Parit...Manifesto Banjir


Urban flood modelling.

Kerajaan yang baik menjaga rakyatnya dari bencana. Itu prinsip ancient government. Bencana-bencana ada tanda-tanda atau amarannya. Kerajaan perlu bijak mengesan amaran ini untuk diberitahu awal kepada rakyat.

Sebab itu dulu ancient government pakai fortune teller boleh ramalkan apa-apa yang berlaku. Kalau fortune teller ini punya kuasa sakti boleh mengelak rakyat ditimpa bencana lagi bagus. Ini profession yang lumayan. Hari ini dipanggil pakar dan consultant.

Pakar dan consultant perlu beri idea-idea dan penyelesaian yang betul. Kerajaan banyak belanja bayar consultant.

Di Malaysia banjir adalah fenomena bencana yang merugikan rakyat. Banyak harta benda, ekonomi dan kadang-kadang meragut nyawa.

Dulu banjir sungai yang besar boleh berlaku 100 tahun sekali, 50 tahun sekali, 30 tahun sekali, 10 tahun sekali. Data menunjukkan banjir besar kekerapannya makin meningkat.

Banjir besar ini melalui sungai utama kebiasaannya. Sungai utama semakin cetek dan penuh pasir. Kerajaan yang bijak perlu mengorek dan memperdalam sungai utama ini. Pasir yang banyak itu perlu dijual dan dieksport kerana boleh datang hasil.

Consultant kata kalau mahu mengorek dan memperdalamkan pasir Sungai Pahang atau Sungai Kuantan umpamanya makan belanja bilion-bilion. Kalau Kerajaan Pahang jual pasir kepada Singapura sudah tentu bukan sahaja kerajaan Pahang dapat hasil malah pasir yang banyak di hilir Sungai Pahang dan Sungai Kuantan boleh dikurangkan.

Putrajaya perlu faham ini bahawa Kerajaan Pahang perlu jual pasir bagi mengurangkan kesan banjir kalau tidak tiap-tiap tahun bandar Kuantan akan tenggelam.

Balak sudah banyak jual, besi sudah banyak jual kini jual pasir pula. Banjir kurang, hasil dapat, rakyat kaya, banyak peluang pekerjaan.

Dulu rakyat Pahang banyak tinggal di kampung-kampung kini majoriti tinggal di bandar atau suburban. Ramai rakyat Pahang tinggal di taman-taman perumahan. Penduduk Pahang berjumlah 1.5 juta. Lebih 600,000 tinggal di bandar Kuantan.

Kuantan akan menjadi sebuah bandaraya baru. DS Najib sebagai PM dari Pahang tentu mahu bandaraya Pahang diistihar semasa era beliau memerintah.

Banjir yang berlaku di Kuantan adalah yang pakar dan consultant panggil 'urban flooding'. Pakar dan consultant kata...

Urban flooding is specific in the fact that the cause is a lack of drainage in an urban area. As there is little open soil that can be used for water storage nearly all the precipitation needs to be transport to surface water or the sewage system. High intensity rainfall can cause flooding when the city sewage system and draining canals do not have the necessary capacity to drain away the amounts of rain that are falling. Water may even enter the sewage system in one place and then get deposited somewhere else in the city on the streets. Sometimes you see dancing drain covers.

Urban floods are a great disturbance of daily life in the city. Roads can be blocked, people can’t go to work or to schools. The economic damages are high but the number of casualties is usually very limited, because of the nature of the flood. The water slowly rises on the city streets. When the city is on flat terrain the flow speed is low and you can still see people driving through it. The water rises relatively slow and the water level usually does not reach life endangering heights.

Maka jawatan politik EXCO parit, saliran dan sungai sangat penting peranannya berfungsi mengelak dan mengurangkan urban flooding dari setiap tahun menenggelamkan bandar Kuantan.

Begitu juga jawatan politik MENTERI parit, saliran dan sungai penting peranannya berfungsi mengelak dan mengurangkan urban flooding dari setiap tahun menenggelamkan bandar-bandar dan bandaraya-bandaraya di Malaysia.

Di Indonesia mana tokoh-tokoh politik atau pentadbiran yang berjaya menyelesaikan isu-isu banjir terutama urban flooding adalah calon popular untuk bertanding jawatan Presiden.

PRU 14 nanti 13 juta penggundi mahu lihat apa BN dan Pakatan Rakyat boleh offer Manifesto Banjir yang menarik dan boleh dilaksanakan.

Kalau ada Manifesto Banjir ini rakyat bolehlah berfikir untuk memilih kerajaan yang betul-betul serious mahu menjaga kebajikan, harta benda dan nyawa mereka.

Wednesday, December 11, 2013

Falsafah Banjir : Kebaikan Lebih Mengatasi Keburukan Realiti




Agak sukar mungkin untuk mangsa-mangsa banjir menerima posting WZWH bahawa banjir lebih banyak kebaikan dari keburukan.

Di Pahang banjir dianggap negatif sila klik sini realiti banjir. Secara ringkasnya:

Disadvantages: 

  • Pollution of drinking water (clean drinking water becomes scarce) 
  • Structures such as buildings get damaged due to flood water. 
  • Landslides. 
  • People and livestock die due to drowning. It can also lead to epidemics and diseases. 
  • Unhygienic conditions. Spread of water-bourne diseases. 
  • Shortage of food crops can be caused due to loss of entire harvest. 
  • Economic hardship, (temporary decline in tourism, rebuilding costs, food shortage leading to price increase etc) 

Oleh kerana DS Najib mahu ahli UMNO lebih agamawan, lebih Islamis maka WZWH sebagai ahli UMNO perlu berfikir kenapa Allah turunkan banjir? Atau pun penjelasan saintifik kenapa berlaku banjir? 

Dari segi mitos dan sejarah dunia dalam banyak agama people of the book dan berbagai kebudayaan selalu dengar cerita banjir besar untuk menghapuskan umat yang berdosa atau tamadun cerita Nabi Noh dan kapal besarnya mengharungi banjir besar.

Apa sebab banjir berlaku?
  • Hujan yang berterusan
  • Proses pembandaran
  • Hakisan sungai
  • Hutan tadahan
  • Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan
  • Sistem perparitan tidak terancang

Advantages banjir secara ringkas:

  • Recharging ground water, making soil more fertile and increasing nutrients in some soils. 
  • Flood waters provide much needed water resources in arid and semi-aridregions where precipitation can be very unevenly distributed throughout the year. 
  • Freshwater floods particularly play an important role in maintaining ecosystems in river corridors and are a key factor in maintaining floodplain biodiversity.
  • Flooding can spread nutrients to lakes and rivers, which can lead to increased biomass and improved fisheries for a few years.
  • For some fish species, an inundated floodplain may form a highly suitable location for spawning with few predators and enhanced levels of nutrients or food.
  • Fish, such as the weather fish, make use of floods in order to reach new habitats. 
  • Bird populations may also profit from the boost in food production caused by flooding.
  • Periodic flooding was essential to the well-being of ancient communities along the Tigris-Euphrates Rivers, the Nile River, the Indus River, the Ganges and the Yellow River among others.
  • The viability of hydropower, a renewable source of energy, is also higher in flood prone regions.

Banjir walau merugikan mangsa kerana kerosakan harta benda namun dari segi ekonomi boleh meransang industri tertentu seperti:

  • Ekonomi industri pembuatan perabot, tilam dan bantal
  • Ekonomi industri barangan elektrik
  • Ekonomi industri pakaian
  • Ekonomi makanan, bekalan air mineral
  • Ekonomi perbelanjaan kerajaan membantu mangsa banjir.

Permintaan dari mangsa banjir kepada perkara-perkara di atas boleh mengembangkan ekonomi sektor-sektor tertentu. 

Bila difikir lebih mendalam....falsafah banjir ; kebaikan lebih mengatasi keburukan...

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...