Bolehkah dangdut menyatukan orang Kristian dan orang Islam di Malaysia?
Orang politik kata hubungan sudah tawar antara orang Kristian dan Orang Islam di Malaysia. Betul ke?
Isunya mudah...Paderi Kristian mahu guna kalimah Allah dalam Bible Melayu di Semenanjung. Dibantah oleh orang Islam kerana ada Enakmen disetiap negeri, Sultan sudah bertitah dan mahkamah tidak beri. Tapi Paderi Kristian berdegil mahu.
Bila usik orang Melayu yang majoriti di Semenanjung seperti jolok sarang tebuan. Bila penguatkuasa JAIS serbu rampas Alkitab maka orang Kristian dan ahli politik pembangkang jadi kecoh...
Mula kata tidak adil kepada minoriti...kebebasan beragama...JAIS tiada hak...ada pula pemimpin PAS dan pendakwah bebas mengutuk JAIS kata tidak bertamadun, tidak berfikiran terbuka, kenapa ganggu tempat ibadat agama lain! Bukan gereja yang diserbu tetapi rumah kedai Pejabat Bible Society of Malaysia.
DAP konon mahu cabar Enakmen 1988 Selangor. Pakatan Rakyat dan pemimpin Gereja bising mahu DS Najib bersuara dan berbuat sesuatu serta nyatakan pendirian.
Masa macam ini mahu PM....mahu PM campur tangan...masa lain tidak.
Kena faham hal agama Islam adalah hak negeri di bawah kuasa Sultan malah MB Selangor tiada say dan kuasa. Bila DUN Selangor mengadakan Enakmen 1988 maka kena akur dan ikut.
DS Najib tidak boleh campur. Ini hal agama pula lagi sensitif. DS Najib pun bukan expert agama. The Law is there...just execute it.
DAP mahu cabar Enakmen 1988 ini....cuba lah kalau berani. Walau Pakatan Rakyat adalah majoriti dalam DUN Selangor namun adakah ADUN-ADUN Islam dari Pakatan Rakyat mahu bersetuju apa lagi ADUN-ADUN UMNO!
Orang Melayu...Orang Islam Selangor dan seluruh negara mahu melihat DAP dan Pakatan Rakyat ada berani kah mahu ubah Enakmen 1988.
Sultan Selangor berkuasa penuh ke atas agama Islam kerana Baginda adalah ketua agama. Sultan Selangor sudah pun bertitah.
Tidak ramai ahli politik Selangor tahu bahkan mungkin sudah lupa bahawa Sultan Selangor boleh menghukum buang negeri bagi rakyat Selangor tidak kira siapa yang menderhaka. Nanti ahli parlimen dan ADUN Selangor terpaksa mentadbir dan mengurus kawasan dari jauh di negeri orang!
Benarkah hubungan orang Kristian dan orang Islam di Semenanjung sudah renggang?
Bagaimana mahu menyatukan orang Kristian dan orang Islam di Malaysia?
TPM kata football boleh menyatukan. Selain itu apa lagi?
Tak kan mahu suruh orang Kristian pergi masjid atau suruh orang Islam pergi gereja kecuali Marina anak perempuan Mahathir atau Mujahid anak lelaki Yusuf Rawa boleh lah pergi gereja!
Di Indonesia, dangdut boleh menyatukan orang Kristian dan orang Islam. Bolehkah di Malaysia???