Saturday, September 20, 2014

Felda Caviartive R&D Dan Hwacheon Satellite Farm



















Di pejabat Felda I2C dan I2C Hassed, Gangnam Seoul mendengar taklimat. Mr Steve Kim MD memberi penerangan.



















Mr Choi Wan-il CEO I2C Hassed menerangkan profail dan aktiviti syarikat.



















Sebahagian dari delegasi Kuala Tahan mendengar taklimat.



















WZWH mendengar presentation Projek Sturgeon Kuala Tahan. Perhatikan bendera Malaysia dan bendera Korea Selatan di belakang tabir. Inilah sebenarnya projek usahasama dua kerajaan di Asia yang memandang jauh kepentingan ekonomi masa depan sturgeon dunia.



















Inilah premis bangunan Felda Caviartive R&D di Chungpyung, Gyeonggi Province. Selain dari R&D, mempunyai hotel, resort dan chalet bagi pengunjung berorientasikan konsep kesihatan.



















Rombongan delegasi Kuala Tahan disambut oleh saintis dan staff .



















Beberapa panorama menarik mengenai hotel, resort dan chalet.



















Cuaca early autumn (awal musim luruh) yang baik untuk aktiviti kegiatan luar di Korea.



















Aquarium fingerling anak-anak ikan sturgeon.



















Ini sekumpulan induk ikan sturgeon dalam aquarium. lihat saiz yang kurang dari 4 kaki. Tidak besar hingga 5 meter seperti sturgeon liar. Jenis hybrid yang kecil ini mahu diternak di Kuala Tahan.



















Rombongan delegasi Kuala Tahan dijamu lunch oleh Felda Caviartive.



















Steak ikan sturgeon dihidangkan. WZWH makan dan rasa steak ikan sturgeon ini sedap.



















Ini hidangan caviar. Perhatikan sedikit caviar diletak atas biskut kecil. Caviar adalah sumber protein yang tinggi khasiatnya dan enak. Caviar harganya sangat mahal menjadi makanan orang kaya dan atasan. Caviar liar mampu membekalkan 10% dari permintaan dunia. kepupusan ikan sturgeon liar membuatkan Projek ikan sturgeon Kuala Tahan ini boleh memberi pulangan ekonomi yang tinggi.



















Mr Steve Kim memberi presentation mengenai Projek Ikan Sturgeon Kuala Tahan dengan mendalam dan lebih teknikal. Antara topik yang diterang; Overview Felda Caviartive R&D, Apa ikan sturgeon?, Bio-security ikan sturgeon, Eco-friendly system dan eco-tourism.

WZWH akan menulis dengan panjang lebar dalam posting akan datang.


Delegasi Kuala Tahan dibawa melihat beberapa kolam ikan sturgeon dalam makmal FC R&D.



















Fingerling anak-anak ikan sturgeon.



















Induk ikan stutgeon atau sturgeon dewasa.



















WZWH memegang seekor anak ikan sturgeon.



















Ada banyak jenis ikan sturgeon. Ini salah satu tangki.



















Saintis sedang ultra sound seekor ikan induk sturgeon bagi mengetahui saiz telor. Lebih besar saiz telor lebih baik.



















CEO I2C Hassed menerangkan imej telur pada screen komputer kepada delegasi Kuala Tahan.








Delegasi Kuala Tahan dibawa ke kolam terbuka. Chu Mezah sedang bermain dengan seekor ikan sturgeon betina.



















Abang Aziz turut mengambil peluang memegang seekor ikan sturgeon betina. Abang Aziz bekerja sebagai ranjer Perhilitan di Kuala Tahan.



Bergambar di Felda I2C Caviar Park R&D/Resort sebelum berlepas ke Hwacheon Satellite farm.

Selepas itu delegasi Kuala Tahan dibawa melawat ke Hwacheon Satellite farm iatu 2 jam perjalanan ke satu tanah tinggi lebih tinggi dari Genting Highland. Ada mempunyai sungai dari pergunungan yang cantik airnya.

Di sinilah ada beberapa kolam ikan sturgeon dan merupakan stok fingerling anak-anak ikan sturgeon untuk dihantar ke Kuala Tahan bila kompleks Caviar park siap dibina nanti.

Oleh kerana hari sudah malam dan bateri handset WZWH sudah habis kuasa maka tiada banyak foto WZWH boleh ambil.

WZWH telah meninjau semua kolam-kolam yang ada di Hwacheon Satellite Farm. WZWH telah diberitahu bahawa dari air yang dikitar semula circulate hanya 10% air sisa yang telah dirawat disalur kembali ke sungai pergunungan yang cantik itu.

Air yang dirawat dari kolam-kolam ikan sturgeon itu bersih dan selamat untuk diminum menurut pakar Korea Dr Lee Dong Hoon. Kerajaan Korea Selatan terutama DOE atau JAS Korea Selatan membenarkan sisa kolam ikan sturgeon itu yang 10% tadi dialir ke sungai.

WZWH dapati tidak ada NGO-NGO alam sekitar di Korea yang menentang projek ikan sturgeon di seluruh Semenanjung Korea walau Korea mempunyai ramai pakar-pakar ikan seperti MNS di Malaysia!



















Abang Aziz dari Perhilitan Kuala Tahan sedang membasuh muka dan minum air sisa kolam ikan sturgeon yang telah dirawat. Sumber air itu dari sebatang sungai di pergunungan yang bersih dan cantik airnya. Air sisa ini hanya 10% dari seluruh air yang dikitar semula disalur kembali ke sungai. Tiada pencemaran berlaku.



















WZWH bersama Mr Woo Bong Lee yang operate Hwacheon satellite sturgeon farm.

Beliau adalah pakar dalam sturgeon farming. Beliau adalah pakar sturgeon terkenal Korea. Pioneer atau perintis sturgeon farming di Korea. 20 tahun berpengalaman dalam penternakan ikan sturgeon di Korea. Dilatih dalam teknik aquakultur sturgeon di Rusia.

Semua stok anak ikan sturgeon yang mahu dihantar ke Kuala Tahan Caviar Park disimpan di Hwacheon satellite farm. Beliau bertanggungjawab membekalkan fingerling sturgeon berkualiti tinggi.

Wednesday, September 17, 2014

WZWH Dan Delegasi Kuala Tahan Melawat Korea Selatan Melihat Potensi Sturgeon Dunia



















Felda I2C office di Gangnam, Seoul akan menjadi pengeluar caviar utama dunia hasil teknologi R&D Korea dan kerjasama Felda.

Felda mahu buat projek ikan sturgeon di Kuala Tahan bagi pengeluaran telur ikan yang dipanggil caviar sumber ekonomi bernilai tinggi. Felda telah mengadakan usahasama dengan Syarikat Korea bagi menjayakan projek ini.

Projek ini telah mendapat sokongan dari pemimpin negara dan negeri Pahang. Malangnya golongan minoriti di Kuala Tahan yang mendapat penerangan salah dan prejudis dari NGO alam sekitar serta disokong oleh ahli parlimen Jerantut telah memberi gambaran persepsi negatif membabitkan isu alam sekitar.

Media massa arus perdana pun boleh terpengaruh apatah lagi media baru telah membuatkan seolah-olah Projek Sturgeon Kuala Tahan ini tidak mesra alam sekitar hinggakan pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP join the bandwagon.

Projek Sturgeon Kuala Tahan ini telah dijadikan isu alam sekitar dan politik. Oleh itu WZWH perlu terang kepada rakyat Malaysia bahawa projek ini mesra alam sekitar dan memberi pulangan ekonomi yang lumayan bertepatan dengan hasrat PM DS Najib mahu rakyat berpendapatan tinggi. 



















Maka WZWH dan delegasi Kuala Tahan mahu membetulkan persepsi negatif bahawa oleh kerana kurang kefahaman dan ilmu buat ramai orang salah anggap kepada projek sturgeon di Kuala Tahan ini.

WZWH akan menulis banyak posting bersiri jadi untuk posting ini WZWH menulis secara ringkas dan mudah.

Projek ini tujuannya untuk meningkat pendapatan generasi baru peneroka dan kampung-kampung tradisional dengan pulangan hampir RM13,000 sebulan bagi peserta.

Projek ini bertujuan mahu membuktikan bahawa negara tropika boleh menghasilkan sturgeon yang lebih cepat bertelur dari 4 ke 5 tahun dengan kualiti caviar yang sama.

Dunia memerlukan 18,000 metrik ton caviar tetapi supply hanya mampu membekalkan 300 metrik ton sahaja setahun. Terdapat jurang yang besar dan peluang. Ikan sturgeon sudah semakin pupus.

Setakat hari ini hanya Korea Selatan berjaya mempunyai teknologi melalui R&D yang canggih berjaya menternak ikan sturgeon dengan pengeluaran caviar berkualiti. Korea Selatan berjaya menghasilkan caviar berkualiti dengan cost effective lebih murah dari teknologi German, Rusia, China dan Jepun.

Kerajaan Korea Selatan menggalakkan syarikat ini buat R&D dan mengusahakan dan implemen serta memgembangkan teknologi ikan sturgeon berskala ekonomi besar.

Syarikat Korea mahu buat Caviar Park yang terbesar di dunia dengan bermulanya Blue Dream Park Kuala Tahan dan corporate plan mahu membina 104 sturgeon farm diseluruh Malaysia.

Pelaburan RM150 juta Felda ini akan berkembang menjadikan nilai projek sturgeon ini bernilai berbilion ringgit dan boleh menghasilkan 30,000 pekerjaan bila berjaya nanti di seluruh Malaysia.

Felda I2C, Felda I2C R&D , Felda I2C C&D seterusnya Felda Caviartive boleh menghasilkan ekonomi sumber baru.



















Syarikat Korea ini sanggup buy back ikan sturgeon yang sudah matang dan ini memberi peluang dan sumber ekonomi baru. Ini adalah perniagaan yang lumayan dan menguntungkan. Projek ini memerlukan kepakaran, pengalaman, latihan dan pelaburan yang besar.

Caviar Felda brand Taman Negara oleh Felda Caviartive dan I2C Hassed boleh menghasilkan cultured caviar dari negara tropika.

Diharap Felda boleh mendapat transfer of technology dari usahasama ini dan seterusnya bukan sahaja mengembangkan lagi industri caviar di Malaysia malah teknologi ini boleh diguna untuk mengembang dan mempertingkat produktiviti ikan tempatan seperti Kelah, Jelawat, Patin, dll.

Adalah simbolik Hutan Taman Negara yang berumur 130 juta tahun tertua di dunia dan ikan sturgeon yang berumur 150 juta tahun merupakan fossil hidup menjadikan satu gandingan dan kombinasi yang unik dan boleh menjadi brand dunia.

WZWH akan posting perkembangan seterusnya dari Seoul Korea Selatan.




Sunday, September 14, 2014

Ketua Pemuda UMNO Pahang Berucap Buat Pertama kali Di Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut





























Alhamdulillah...

Terungkai sudah segala persoalan
Tercipta sudah satu lembaran
Termatri sudah satu perpaduan
Termaktub sudah satu barisan
Tercapai sudah satu impian
Terlaksana sudah satu persidangan

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut hari ini selesai dan selamat bermesyuarat pada 14 September 2014 selepas Mesyuarat UMNO bahagian Jerantut pada 6 September 2014.

Kalau mengikut peraturan ini salah dan tidak etika kerana belum berlaku dalam sejarah mesyuarat UMNO di mana-mana Bahagian UMNO dalam Malaysia , Pemuda bermesyuarat selepas Bahagian!

Yang penting mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut tetap bermesyuarat agong dalam setahun mengikut ROS. Namun pasti surat tunjuk sebab dari Pengurusan Parti dari Pusat menyusul menanya mengapa Pemuda UMNO Jerantut bermesyuarat selepas mesyuarat Bahagian.

Adakah Pemuda UMNO Jerantut lagi besar dan ego dari UMNO Bahagian Jerantut?

Dato' Kamaruzaman Baria seorang ahli politik yang ego semua orang Jerantut tahu berkata Ketua UMNO Bahagian Jerantut lagi ego dari beliau.

Ternyata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut lagi super ego bila mengadakan mesyuarat Pemuda selepas mesyuarat Bahagian.

Apa sebab begitu? Ini ada berkenaan dengan kes geng 11 Ketua Pemuda UMNO Pahang.

11 Ketua Pemuda UMNO Pahang tidak bersetuju dengan pelantikan Ketua Pemuda UMNO Pahang yang dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia tetap dan tegas dengan keputusan beliau. Malangnya Ketua Pemuda UMNO Pahang yang dilantik tidak berupaya memimpin Pemuda UMNO Pahang.

Maka berlaku protes, press conference. Ini tidak disukai oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia cuba berpolitik di Pahang tapi malang beliau underestimate kekuatan politik Pahang.

Bila 2 Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Pahang digantung keahlian oleh MKT yang dipengaruhi oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia maka krisis ini lebih parah.

Tapi ada beberapa ahli MKT yang sedar hukuman itu keterlaluan dan tidak rasional sebab yang boleh menghukum adalah Lembaga Disiplin UMNO.

Sepatutnya 2 orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian dari Pahang ini perlu dipanggil, dijelas apa kesalahan, diberi peluang membela diri dan setelah semua proses itu barulah hukuman yang adil atau sebaliknya.

MKT telah memutuskan kes 2 orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian ini dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Oleh kerana Ketua Pemuda UMNO Malaysia menyedari bahawa isu geng 11 ini dan kekuatan politik Pahang boleh satu hari nanti menjejaskan peluang beliau mahu bertanding Naib Presiden UMNO Malaysia.

Maka akhirnya Ketua Pemuda UMNO Malaysia terpaksa tunduk kepada kehendak geng 11 ini.

Dari segi moral politik geng 11 ini sudah menang.

Maka geng 11 ini meraikan kemenangan mereka di Jerantut. Kenapa di Jerantut?

Kerana pakar-pakar strategist UMNO Pahang berpusat di Jerantut!




















Ketua Pemuda UMNO Pahang yang baru dilantik Saudara Mohd Sahar Abdullah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar sedang memberi ucapan pertama di Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Turut hadir selain dari pemimpin UMNO Jerantut terutama Perasmi iaitu ADUN Tahan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, beberapa Ketua Pemuda UMNO dari lain-lain bahagian turut hadir seperti Naib Ketua Pemuda UMNO Pahang iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cameron Highland.

Ketua Pemuda UMNO Pahang memulakan ucapan sulung dan pertama beliau. Beliau banyak memberi semangat dan motivasi kepada pemuda UMNO Jerantut. Sebagai ahli politik Pahang yang cultured beliau mengulas isu kes geng 11 secara penuh diplomasi dan win-win situation. Tidak mahu memberi malu dan aib kepada sesiapa.

Beliau berjanji akan memastikan semua pemuda UMNO Pahang bekerja kuat untuk memenangkan parti dalam PRU 14.

Selepas itu ADUN Tahan merasmikan Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Dalam ucapan bernas beliau memberikan hala tuju Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Buat aktiviti, kerja kuat untuk parti, cari seramai keahlian yang boleh, dekati setiap pelusok masyarakat.

Pemuda UMNO Jerantut perlu mencadang dan mendesak kepada kerajaan supaya dibuat projek-projek yang memberi faedah kepada orang Jerantut.

Selama ini Pemuda UMNO Jerantut berjaya mendesak Jalan Ulu Tembeling,ADTEC, Kolej Komuniti, Hidroelektrik Sg Tekai, pengambilan guru-guru terbaik ke kawasan pendalaman, dan yang terkini penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan.

Yang penting pastikan parlimen dan 3 DUN di parlimen Jerantut UMNO dan BN sapu bersih 4-0 mesti menang PRU 14.

Penutup ucapan ADUN Tahan ialah meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.




















ADUN Pulau Tawar Prihatin Pemuda UMNO Jerantut Yang Terabai


ADUN Pulau Tawar merangkap Ketua Penerangan UMNO prihatin kepada Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang terabai.

Baru-baru ini AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut mengadakan roadshow ke setiap 3 DUN.

Dalam pertemuan dengan Pemuda UMNO DUN Pulau Tawar, ADUN Pulau Tawar sanggup turun kawasan pada malam hari bersama AJK Pemuda UMNO Jerantut dan Pemuda UMNO Pulau Tawar dan sponsor makan malam.

ADUN Pulau Tawar mahu melibatkan semua AJK Pemuda UMNO Jerantut dalam setiap program di DUN Pulau Tawar.

Ketua Pemuda UMNO Jerantut saudara Zamri Abd Rahim menyambut baik atas keperihatinan ADUN Pulau Tawar membantu kegiatan aktiviti Pemuda UMNO Jerantut.

ADUN Pulau Tawar merangkap Ketua Penerangan UMNO Bahagian dalam gerak kerja menerangkan GST kepada akarumbi memerlukan penglibatan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut membantu.

ADUN Pulau Tawar prihatin kepada Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Friday, September 12, 2014

Bila Ahli Parlimen Dan Kepimpinan PAS Jerantut Sehati Sejiwa Menentang Projek Sturgeon

Photo: Bila jiwa dah pas,,org pas dah peluk,,org umno bile lagi,,tp jgn pluk kakwock,,kak wock msih brgetah,,bkn muhrim..
#KWJ

Ahli parlimen Jerantut sangat percaya ahli-ahli PAS Jerantut telah menyokong beliau dalam PRU 13 dan akan membantu memenangkan beliau lagi PRU14 nanti...

WZWH tidak percaya ahli-ahli PAS Jerantut mengundi beliau...ahli-ahli PAS Jerantut tetap akan undi calon-calon mereka lebih-lebih lagi 100% calon-calon PAS anak tempatan akan bertanding dalam PRU 14.

Oleh kerana ahli parlimen Jerantut memang berjiwa PAS semasa Majlis Jamuan Hari Raya anjuran kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut dijemput pemimpin-pemimpin PAS Jerantut.

Bukan itu sahaja ahli parlimen Jerantut dan rombongan beliau telah menghadiri Jamuan Hari Raya anjuran PAS Kawasan Jerantut di Pusat Perkhidmatan Parlimen (PAS Jerantut).

Bila ditegur oleh AJK UMNO Bahagian Jerantut jawab beliau, " Saya bersikap terbuka".


Ini gambar ahli parlimen Jerantut menyatakan pendiriannya secara terbuka menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan Jerantut.


Ini gambar kepimpinan PAS Jerantut menyatakan pendirian menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan Jerantut.

WZWH sudah cakap ahli parlimen Jerantut dan kepimpinan PAS Jerantut sehati sejiwa menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan.

Sebab itu bila ada ahli UMNO Jerantut kata ahli parlimen Jerantut ini clone PAS...jangan marah.

Sebab itu bila ada ahli UMNO Jerantut mendakwa ahli parlimen Jerantut ini adalah sebenarnya ahli PAS seumur hidup (walau dinafikan oleh beliau )...jangan marah.

Kalau ada ahli UMNO Jerantut kata perbuatan kita sendiri yang mirip kepada jiwa pembangkang... jangan marah.

Kepimpinan PAS Jerantut menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan boleh kita faham kerana sememangnya mereka menentang semua projek-projek kerajaan yang memberi kebaikan kepada masyarakat. Mudah ahli UMNO Jerantut faham sebab itu memang kerja pembangkang mengambil kesempatan dari isu-isu panas tempatan.

Tapi bila ahli parlimen Jerantut menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan itu kita ahli UMNO Jerantut persoal...mengapa mungkin pemikiran ahli parlimen Jerantut tahapnya belum sampai tahap piawai untuk memahami hasrat murni kerajaan menolong dan membantu ekonomi orang Jerantut.

YAB Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Pahang melalui Felda berniat ikhlas, mulia, murni mahu membantu ekonomi Jerantut terutama khasnya ekonomi orang Tembeling di DUN Tahan.

Projek Sturgeon ini bagi menghasilkan telur caviar yang sangat bernilai digemari oleh orang-orang kaya akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan laporan DEIA.

Diharapkan transfer of technology dari Projek Sturgeon ini boleh membantu pembiakan ikan tempatan seperti Kelah, Jelawat dan Patin dll menghasilkan produktiviti yang lebih baik.

Belum apa-apa lagi ahli parlimen Jerantut sudah menentang....dibantu oleh sahabat seperjuangan iaitu kepimpinan PAS Jerantut.

Adakah 25,000 ahli UMNO Jerantut percaya yang ramai ahli-ahli PAS akan menyokong dan memberi undi kepada pemimpin UMNO yang begini pada PRU 14 nanti?

Ahli parlimen Jerantut dan kepimpinan PAS Jerantut sehati sejiwa menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan.

Wednesday, September 10, 2014

Bagaimana Menarik Lebih Volume Pelancong ke Taman Negara, Jerantut?



Pelancongan, tourism, ecotourism semua itu mendatangkan hasil ekonomi bukan sahaja baik untuk penduduk tempatan tapi membina ekonomi negara.

Taman Negara Jerantut adalah destinasi pelancongan terkenal di Pahang. Namun berdasarkan statistik dari purata 9 juta pelancong ke Pahang tidak sampai 100,000 mengunjungi Taman Negara, Jerantut.

Bagaimana menarik lebih volume baki 8.9 juta ke Taman Negara, Jerantut?

WZWH mendapati ada 2 perkara kena buat:

  1. Aksesibiliti pengangkutan
  2. Pelbagaian produk pelancongan

Ini 2 perkara yang boleh menarik lebih volume pelancong ke Taman Negara, Jerantut. Ini memerlukan pelaburan besar untuk menyediakannya.

Aksesibiliti pengangkutan meliputi jalanraya, jalan kereta api dan jalan udara selain jalan air.

Jalanraya Temerloh, terutama dari Tol ke Bandar Jerantut perlu dinaiktaraf.
Jalanraya Benta ke Jerantut perlu dinaiktaraf.
Jalanraya Maran ke Jerantut perlu dinaiktaraf.
Projek Jalanraya Bandar Jerantut ke Kuala Tahan perlu dimulakan.
Projek Jalanraya Sungai Lembing ke Jerantut perlu dimulakan.

Landasan keretapi berkembar dari Gemas ke Jerantut perlu dibuat lebih dulu. Ini membolehkan pelancong menaiki keretapi dari Utara dan Selatan mengunjungi Taman Negara.

Pada masa sekarang Projek Landasan Keretapi Berkembar Gemas-JB belum muktamad kerana  ini projek G to G melibatkan Kerajaan China yang belum memutuskan siapa konraktor dan birokrasi negeri Johor.

WZWH mahu Projek Landasan Keretapi Berkembar Gemas-Jerantut dibuat dulu kerana mudah mengurus negeri Pahang yang tidak ada masalah.

Stesyen keretapi Kg Sepial (Kuala Tembeling) perlu dihidupkan dan dibuat baru kerana pelancong boleh turun ke Kuala Tembeling.

Airport atau airstrip Sungai Tiang perlu dinaiktaraf bagi membolehkan pesawat kecil dan private jet boleh landing dan takeoff dan kemudahan bilik kawalan trafik udara @ menara kawalan.

Kemudahan pengangkutan bot diperbaiki. Mungkin perjalanan bot malam menyusuri Sungai Tembeling dengan beberapa destinasi Home Stay.

Bagi pelbagaian produk pelancongan perlu diberi produk yang inovatif dan kreatif seperti Projek Safari Park yang merupakan safari park terbesar dunia dengan keluasan 28,000 ekar yang membolehkan pelancong bersemuka melihat binatang-binatang tempatan dan luar dengan kemudahan-kemudahan seperti mana Taman Safari dunia.

Cadangan supaya Zoo Negara dipindahkan dekat dengan Safari Park boleh meningkatkan lagi kedatangan pelancong.

Projek Caviar Park penternakan ikan sturgeon adalah daya tarikan baru pelancong selain ini adalah hasrat murni kerajaan bagi membantu ekonomi Jerantut. Walaupun projek ini oleh kerana kurang mendapat maklumat yang tepat membuatkan kekeliruan kepada seorang pemimpin politik dan pengikutnya. Projek ikan sturgeon tetap dijalankan.

Taman Botani flora seperti Taman Herba, Taman Orkid liar dan Taman Pokok Hiasan adalah satu cadangan yang baik bagi menarik minat pelancong dan pengemar floral. Juga Gaharu Park sebagai sumber ekonomi berskala besar.

WZWH mahu pengurusan dan maintenance Taman Negara perlu diambil alih oleh satu badan bagi menambahkan kecekapan dan keberkesanan. Perhilitan perlu dikekalkan bagi penguatkuasaan.

Resort dan Chalet Keniam perlu direnovasi dan dimantain. Perlu buat resort dan chalet baru di ulu Sungai Sat di Kuala Sat  dan di ulu Sungai Sepia di Kg Gusai.

Beberapa entry baru Taman Negara perlu dibuat selain dari Merapoh, Gateway baru ke Taman Negara di Tembeling Tengah dan Ulu Tembeling mungkin menambah variety dan minat pelancong untuk memasuki Taman Negara.

Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika Taman Negara dengan konsep eco-design menambah lagi daya tarikan dan minat pelancong berprofile tinggi.

Kemudahan telekomunikasi dan pautan layar 3G yang sepatutnya sekarang ini sudah beroperasi perlu dipercepatkan. Ini memberi kemudahan kepada pelancong asing untuk download foto dan penggunaan media baru.

Adalah diharapkan apa yang WZWH posting ini boleh diusahakan dan implemenkan. WZWH sangat positif dengan projek-projek ini.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...