Friday, December 26, 2014

Post Banjir 2014 Mengurus Jerantut Dan Pahang




Walau tempoh banjir 2014 belum lagi berakhir lambat laun pembuat dasar akan mengkaji post banjir 2014 atau selepas banjir apa penambahbaikan yang perlu dibuat.

Kejadian banjir besar lain yang direkodkan di Pahang ialah pada tahun 1926, 1931, 1947, 1954, 1957, 1967 dan 1971 manakala banjir yang hanya melibatkan negeri-negeri tertentu pula terjadi pada 1973, 1979, 1983, 2004, 2012 dan 2013.

Bencana banjir juga dilaporkan berlaku pada 1886 dan 1897. Rekod Inggeris mencatatkan banjir itu disertai tiupan angin kencang menyebabkan banyak kemusnahan harta benda dan nyawa di Pahang.

Banjir pada 1926 dan 1971 berlaku kerana kelemahan infrastruktur saliran yang tidak mampu menampung hujan dalam kuantiti banyak.

Sistem saliran yang direka tidak mengambil kira faktor cuaca luar biasa yang mungkin berlaku berpunca daripada pemanasan global.

Faktor peningkatan kepadatan penduduk berikutan pertumbuhan kawasan perumahan dan industri, perlu diambil kira.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan banjir ialah kawasan takungan air seperti paya yang ditimbus untuk pembangunan, pembinaan jambatan terlalu kecil dan rendah sehingga menyebabkan sampah tersekat, air pasang yang menghalang banjir mengalir ke laut dan sungai yang terlalu cetek.

Ia terbukti kemudian apabila kerajaan selepas itu mengambil langkah segera memperluaskan longkang, sungai, empangan dan tali air.

Selepas banjir 1971, kerajaan juga menubuhkan Suruhanjaya Tetap Kawalan Banjir, mewujudkan pelan induk saliran untuk bandar-bandar utama dan memperkenalkan sistem amaran banjir.

Banjir yang berlaku sepanjang bulan Januari 1971 itu menyebabkan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein terpaksa mengisytiharkan darurat dan menubuhkan dua jawatankuasa Kabinet yang berperanan memberi bantuan dan melaksanakan pemulihan banjir.

Negeri paling teruk dilanda banjir itu ialah Pahang terutama di daerah Pekan, kawasan Parlimen diwakili Tun Razak.

Banjir hanya surut seminggu kemudian selepas mengorbankan sebanyak 57 orang dan menyebabkan kerugian harga benda kira-kira RM84.7 juta.

Post banjir 2014 bagi Jerantut yang akan WZWH tulis dalam posting ini mengikut model Tun Razak.

Walau banjir 2014 lebih besar dari bah 1971 dan boleh dikatakan setara dengan bah 1926 namun kerajaan tidak mengistiharkan darurat kerana boleh mengendali musibah alam ini.

Jawatankuasa memberi bantuan telah berjalan diselaras di peringkat Pusat, Negeri , Daerah dan Mukim kampung melibatkan agensi kerajaan , swasta dan NGO.

Perlaksanaan jawatankuasa ini perlu cekap dan berkesan walau kadang-kadang menghadapi kekangan faktor cuaca buruk dan nature banjir yang menghalang bantuan banjir cepat diberi.




Bantuan perlu diperbaiki yang boleh buat mangsa banjir selesa terutama penginapan yang lebih nampak privacy walau di dalam dewan yang besar di pusat penempatan mangsa banjir. Contoh di negara maju disediakan khemah yang sedikit tertutup.




Jawatankuasa pemulihan banjir bukan sahaja perlu membaiki infrastruktur-infrastruktur yang rosak teruk dan perlu dibaiki terutama jalan-jalan, jambatan, bangunan dsb malah aspek psikologi trauma mangsa banjir membina keyakinan diri setelah hilang dan rosak rumah, hasil pertanian, punca pencarian, harta benda dan ternakan.

Bagaimaan mahu memulihkan kembali, membina kembali ekonomi mangsa banjir yang sudah musnah. Bantuan basic ekonomi, menyediakan program-program membantu ekonomi mangsa banjir. 

Post banjir 2014 majoriti mangsa banjir akan rasa trauma, lemah semangat, hilang keyakinan diri, hopeless bagaimana mahu meneruskan kehidupan seperti biasa.

Mangsa banjir bingung memikirkan bagaimana mahu kembali meneruskan kehidupan yang biasa. Majoriti mangsa banjir ini perlu sokongan dari kerajaan dan pemimpin. Ini ialah masa majoriti mangsa banjir dan rakyat membuat refleksi diri, insaf, dan memberi sokongan dan harapan baru kepada kerajaan.

Semasa banjir di Jerantut dan di tempat lain bekalan elektrik dipotong boleh difahami oleh rakyat kerana atas faktor keselamatan.

Tapi bila tiada bekalan air selama lebih 3 hari dan berminggu ianya tidak menimbulkan keselesaan dan boleh selepas banjir oleh kerana tiada bekalan bersih boleh mendatangkan penyakit kerana tiada bekalan air terutama bukan sahaja di taman-taman perumahan malah di bandar termasuk di hotel-hotel itu tidak selesa dan tidak hygiene-tidak sihat.

Jika Loji Air Batu Embun di Jerantut itu sudah tenggelam dan merbahaya diteruskan operasi bimbang boleh merosakkan lagi apa alternatif yang ada untuk mendapat bekalan air bersih dari sungai-sungai yang tidak terlibat dengan kawasan banjir?

Selepas banjir memang jalan-jalan, jambatan, bangunan , dan lain-lain infrastruktur perlu dibaiki, perumahan-perumahan rakyat yang mahu dibina baru kalau boleh tapak ditempatkan di lokasi yang lebih tinggi.

Projek-projek kerajaan yang berimpak tinggi yang boleh membangun dan memajukan sesuatu kawasan perlulah disokong oleh rakyat kerana itu boleh membina ekonomi yang musnah akibat banjir 2014.

Jika ada projek-projek yang boleh mengawal banjir rakyat perlu sokong terutama pembinan beberapa empangan hidroelektrik di Lembah Tembeling jika pakar memikirkan bahawa banjir di masa hadapan boleh dikawal sekiranya projek sedemikian dibina.

Sudah sampai masa rakyat terutama penduduk yang terlibat dengan musibah banjir belajar membeli insuran bencana dan banjir bagi melindungi harta benda mereka, dan orang yang bergantung kehidupan kepada mereka.

Program 1 Rumah 1 Perahu perlu dilancar di Jerantut memandangkan daerah Jerantut adalah yang paling teruk kena musibah banjir dan paling banyak jalan-jalan perhubungan ditutup jika setiap rumah dalam daerah Jerantut ada mempunyai sebuah perahu atau apa-apa jenis bot diharap ini boleh membantu dan memudahkan semasa banjir.

Yang pasti kepada orang Lembah Tembeling, perahu adalah sahabat anda selamanya dari dulu, kini dan selamanya! Simpanlah sebuah perahu di rumah kerana itu tradisi nenek moyang orang Tembeling.

Thursday, December 25, 2014

MB Pahang mengetuai Operasi Misi Bantuan Banjir Ulu Tembeling

Ulu Tembeling dalam keadaan darurat. Banjir besar mengakibatkan penduduk terputus bekalan makanan, air, api dan perhubungan. Melarikan diri ke bukit-bukit tinggi pada siang hari dan bermalam dalam kegelapan.

Satu musibah bencana alam yang menyukarkan kehidupan mereka. Bah 2014 yang lebih besar dari bah 1971 dan setara dengan bah 1926. Istana Sri Tembeling dan masjid Kg Bantal tenggelam.

Penduduk Ulu Tembeling sudah putus harap. Kepada siapa mereka mahu mengadu dan berharap. Bantuan tidak sampai kerana keadaan sungai yang laju arus dan bergelora ombak jeram-jeram membadai. Awan-awan menghalang penerbangan helikopter.

Hari ini operasi misi bantuan banjir Ulu Tembeling di ketuai oleh DSD Adnan Yaakob MB Pahang sendiri turut mengiringi Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan menaiki helikopter tentera terbang destinasi menuju beberapa kampung di Ulu Tembeling membawa bantuan makanan.
























DSD Adnan Yaakob bersedia berlepas dengan helikopter tentera ke Ulu Tembeling dalam operasi misi bantuan banjir. Penduduk Ulu Tembeling yang hidup dalam darurat sekarang mahu berjumpa pemimpin mereka.




Dato' Wan Amizan ADUN Tahan memberi arahan kepada tentera sambil diperhatikan oleh MB Pahang. Kelihatan muka ADUN Tahan yang distress dan sugul atas musibah bencana banjir besar yang menimpa rakyat di bawah DUN Tahan terutama penduduk di Lembah Tembeling yang sangat terjejas teruk termasuk di sebelah hilir DUN Tahan.

















Sebelum itu beberapa helikopter kecil berlegar-legar di padang hoki Jerantut mendarat dan berlepas dalam operasi misi bantuan termasuk menyelamatkan 120 pelancong asing yang terkandas di Kuala Tahan dibawa terbang ke Jerantut. Sebelum itu beberapa hari lepas wakil lebih 10 Kedutaan Asing telah berkampung di Jerantut bimbang keselamatan warga masing-masing.
















Sebahagian dari 120 pelancong warga asing yang berjaya diselamatkan dari terperangkap bencana banjir di Kuala Tahan.


Penduduk Ulu Tembeling yang seramai 2500 orang penduduk termasuk orang Asli sedang menunggu bantuan banjir yang dinanti dari pemimpin.
















Ini saja bentuk pengangkutan menggunakan helikopter yang boleh sampai destinasi ke beberapa kampung pedalaman di Ulu Tembeling. WZWH menyusul kemudian dengan laporan di Ulu Tembeling nanti.
















Kekuatan Operasi menyelamat menggunakan 5 helikopter:

  • TUDM 2 buah heli
  • Bomba 1 buah heli
  • APMM 1 buah heli
  • Helistar 1 buah heli
















MB Pahang, ADUN Tahan, KPN Pahang, dan DO Jerantut dalam helikopter tentera.

















Tembeling Tengah dikelilingi oleh air bah di merata tempat.



















Ulu Tembeling sudah menjadi laut.

















Bantuan bekalan makanan diberikan kepada penduduk Ulu Tembeling.



Banjir Di Kg Bantal Ulu Tembeling




Pemandangan indah di suatu pagi yang damai di Kg Bantal. Kerbau memagut rumput. Padang Istana Sri Tembeling tidak perlu seorang gardener kerana pagutan kerbau-kerbau secara natural buat rumput pendek dan terjaga.

Istana Sri Tembeling berwarna kuning adalah sebuah landmark utama di Kg Bantal. 



Masjid Kg Bantal dan jambatan gantung. 



Clear view Istana Sri Tembeling dengan Pentas Diraja dan Astaka serta padang yang luas. Perhatikan jeti yang anak-anak tangga menuruni tebing Sg Tembeling.



Pandangan Kg Bantal dari tengah Sg Tembeling. Inilah view yang buat anak-anak Ulu Tembeling teruja mahu kembali pulang ke kampung.



Pandangan aerial view dari udara  Kg Bantal sebelum banjir.




Istana Sri Tembeling yang hampir tenggelam.

Banjir selalu berlaku. Air besar tiap-tiap bulan Disember setiap tahun di Ulu Tembeling. Dari segi kedudukan Kg Bantal terutama bukit-bukitnya terletak pada kedudukan tinggi dan dari aras laut yang tinggi.

Bila air banjir atau bah ianya tidaklah sampai boleh menenggelamkan bangunan dan rumah pada kedudukan tinggi di Kg Bantal. Bila ini berlaku ini ialah banjir yang luar biasa.



Tidak pernah terfikir masjid Kg Bantal boleh tenggelam separuh.




Seorang penduduk Kg Bantal sedang meranduk air pada kedudukan yang tinggi menaiki bukit.



Banjir besar di Kg Bantal.




Beberapa penduduk Kg Bantal termenung memikirkan bencana banjir yang sungguh besar lebih besar pada tahun 1971 dan hampir setara dengan bah 1926.

Secara psikologi fikiran penduduk Ulu Tembeling bila istana dan masjid pun yang terletak pada kedudukan tinggi di kampung pun boleh dekat tenggelam....tiada harapan yang boleh mereka galaskan.

Tiada siapa yang mereka boleh harapkan...

They are hopeless...

No one can be depend on...

Wednesday, December 24, 2014

Operasi Misi Bantuan Banjir Pemuda Dan Puteri UMNO Jerantut

Jerantut dipukul bencana banjir besar yang membuatkan penduduknya terjejas teruk di sepanjang Sg Tembeling dan Sg Pahang. Jalan-jalan terputus. Bekalan letrik dan air juga terputus.

Terpanggil dengan rasa tanggungjawab itu maka Pemuda dan Puteri UMNO Jerantut mengorak langkah melaksanakan operasi misi bantuan banjir di seluruh Daerah Jerantut yang terjejas berpusat di Bilik Gerakan Banjir 1Malaysia di bandar Inderapura Jerantut.

Semua Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dan Puteri diarahkan oleh ADUN Tahan berkumpul di Bilik Gerakan 1Malaysia bersama sukarelewan-sukarelawan sejak semalam.

A picture can tells a thousand word so WZWH just bring on the fotos.


Diketuai oleh Sdr Mohd Zamri Abdul Rahim Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut misi bantuan banjir berjalan lancar. Ini misi bantuan banjir di Simpang Padang Felda Padang Piol.



Membantu OKU mengharungi banjir. Pemuda dan Puteri UMNO Jerantut bersama dalam misi bantuan banjir. Kelihatan Sdr Faiz Mahayuddin Ahli Parlimen Belia Jerantut. Beliau bekerja kuat lebih laju lagi dari ahli parlimen Jerantut.



Keperihatinan Pemuda dan Puteri UMNO Jerantut membantu mangsa banjir OKU.



Masa musim banjir teruk di Jerantut ini, mangsa banjir mahu bekalan makanan itu lebih baik dari wang. Wang tidak laku di pedalaman Jerantut yang terjejas dengan banjir. Mereka mahu bekalan makanan untuk hidup dan memanaskan badan yang sejuk hujan turun.



Bersama-sama membantu menghantar bekalan makanan untuk orang Jerantut yang terlibat dengan banjir.




Barang bekalan makanan perlu dihantar dengan kuantiti yang banyak dengan lori. Kelihatan driver ADUN Tahan pun turut membantu.



Bekerja dengan ikhlas dan ceria membantu operasi misi bantuan banjir kepada lokaliti-lokaliti banjir yang terlibat di daerah Jerantut.




Rakyat Jerantut yang terputus bekalan makanan sewaktu musibah banjir besar menunggu giliran.




Pemuda dan Puteri UMNO Jerantut mengagihkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk Jerantut yang terlibat dengan banjir.



Rakyat Jerantut lebih menghargai sumbangan banjir dari pemimpin kecil UMNO yang lebih bermakna di waktu musibah.



Bot adalah keperluan utama sebagai pengangkutan di musim banjir. Pemuda UMNO Jerantut bersama-sama mengangkat bot menuju ke lokasi terlibat bagi misi bantuan banjir.




Makanan dan pakaian yang selesa disediakan di Pusat Perpindahan di Sekolah Rendah Pedah di DUN Tahan.

Esok WZWH akan posting operasi misi bantuan banjir ke Ulu Tembeling. Helikopter Tentera Nuri sangat diperlukan bagi operasi ini. Banjir di Ulu Tembeling sangat teruk diberitakan air sudah sampai ke Sekolah Rendah Ulu Tembeling.

Banjir 2014 Setara Bah 1926

Update terbaru air banjir sudah sampai ke kawasan Sekolah Rendah Ulu Tembeling di Kg Bantal. Sekolah rendah ini dibelakang rumah keluarga WZWH. Dulunya tapak sekolah itu adalah kepunyaan arwah datuk WZWH. Ini lokasi antara paling tinggi di Kg Bantal. 

Lain lokasi yang lagi tinggi ialah Bukit Cupak dan Bukit Hanggus. Bah 1926 hanya menghampiri puncak Bukit Cupak.

Banjir di Pahang kali ini sungguh besar. Bah 1971 itu pun sudah besar tapi bah 2014 sekarang lagi besar.

Bah paling besar pada abad lepas ialah bah 1926 di Pahang yang mengakibatkan banyak kematian dan kehilangan ternakan dan harta benda.

Kemungkinan banjir kali ini setara atau boleh menyamai bah 1926 jika hujan turun 2/3 hari lagi.

WZWH boleh tunjukkan ukuran berdasarkan standard banjir Kg Bantal Ulu Tembeling.




Air banjir sudah memasuki kawasan Istana Sri Tembeling. Istana ini nampak sudah mahu tenggelam. Di belakang Istana Sri Tembeling ada lagi tanah tinggi dipanggil Bukit Cupak.

Mengikut orang tua-tua Ulu Tembeling yang semuanya tiada lagi hari ini melainkan cerita lisan dari mereka berkata semasa bah 1926 air banjir sampai ke puncak Bukit Cupak.

Istana Sri Tembeling sudah dekat dengan puncak Bukit Cupak.




Air banjir pun sudah sampai ke masjid Kg Bantal.




2 petanda ini menunjukkan banjir 2014 di Ulu Tembeling ini lebih besar dari banjir 1971 dan hampir setara dengan banjir 1926.




Kuala Tahan paling teruk kena bencana banjir.

Seluruh Lembah Tembeling dari Ulu Tembeling, Tembeling Tengah hingga Kuala Tembeling sudah terputus bekalan elektrik dan air.

Mereka semua di dalam kesusahan dan kepayahan. Bermalam dalam kegelapan, kekurangan bekalan makanan, lilin dsbnya.

Sebelum banjir, bekalan makanan seperti beras dan lain-lain telah dihantar di setiap kampung di Ulu Tembeling.

Dibimbangi bekalan makanan semakin kekurangan.

ADUN Tahan telah mengarahkan semua agensi penyelamat dan bantuan banjir supaya lebih cekap dan berkesan bekerja membantu mangsa banjir di Jerantut terutama di kawasan pedalaman di Lembah Tembeling.

Bekalan makanan, air mineral dan lilin hanya mampu dikerah hantar ke kampung-kampung di Tembeling Tengah.

WZWH bimbang dengan penduduk Ulu Tembeling termasuk ramai Orang Asli yang tidak diketahui apa nasib status mereka kini.

Ketika air makin naik dan menghampiri bukit-bukit tinggi ke mana penduduk Ulu Tembeling mahu berlindung dalam keadaan yang basah dan sejuk. Bekalan makanan yang tidak cukup kerana banjir yang teruk tidak dijangka.

WZWH rasa mahu istihar saja term DARURAT di ULU TEMBELING tapi WZWH tiada kuasa boleh buat begitu.

Mana Raja?  Mana MB?  Mana Wakil Rakyat?  Mana Pegawai Kerajaan? No Communication, No Electric , No Water!!!

Dalam keadaan air banjir besar, arus yang laju dan ombak besar di jeram-jeram utama membuatkan penghantaran bekalan makanan ke Ulu Tembeling sukar dilaksanakan melalui bot-bot penyelamat dan bantuan Bomba.

Beberapa pemimpin seperti ahli parlimen Jerantut dan ADUN Tahan telah meninjau ke tempat banjir menggunakan perkhidmatan helikopter.

Tapi ke dua helikopter itu tidak lepas terbang ke Ulu Tembeling kerana awan yang tebal menghalang penerbangan kecuali ke Kg Pagi dan Kuala Tahan serta beberapa kampung di Tembeling Tengah.

Harap helikopter Nuri tentera dapat digerakkan memberi bantuan bekalan makanan ke kawasan-kawasan yang terputus hubungan di pedalaman Ulu Tembeling.

Banjir 2014 mengikut standard Sg Tembeling adalah lebih besar dari bah 1971 dan boleh dikatakan setara dengan bah 1926 jika hujan turun lagi.

Yang paling dibimbangkan bila air bah Sg Tembeling ini turun ke Kuala Tembeling bersatu dengan air Sg Jelai sudah tentu akan memberi impak banjir besar di sepanjang Sg Pahang.

Dalam beberapa hari lagi kita lihat apa yang akan berlaku di bandar Pekan...

Tuesday, December 23, 2014

Tenggelamnya Padang Istana Sri Tembeling Dan Rainforest Resort...



Astaka dan Padang Istana Sri Tembeling di Kg Bantal sudah tenggelam dek air banjir besar yang menyamai bah 1971.

Air sudah dekat dengan Istana Sri Tembeling. Jika Istana Sri Tembeling tenggelam menurut orang-orang tua di Ulu Tembeling...sesuatu yang buruk akan berlaku!

WZWH harap air naik setakat paras sahaja...tidak sampai sampai tenggelam Istana Sri Tembeling.




















Blok C Rainforest Resort di Kuala Tahan sudah tenggelam.




















Dewan Sri Janing Rainforest tenggelam.

Menurut pemilik Rainforest Resort, banjir besar kali ini yang terburuk belum pernah terjadi menimpa hotel resort itu merosakkan blok C, Dewan, dan Sewagae Treatment Plant termasuk perabot.





Air Sg Tembeling sudah menghampiri Restaurant Mutiara Resort.

Manakala beberapa jalan dari Simpang Felda Padang Piol ke Kuala Tahan sudah terputus hubungan. Juga Jalan dari Jerantut-Kuala Tembeling-Mela-Kuala Lipis.

Menurut sumber orang kampung bah kali ini lebih besar dari tahun 1971. Bila air ini melempah ke kuala kita akan saksikan sepanjang Sg Pahang dan seluruh bandar Pekan akan tenggelam!



3 jam lalu...paras air bah pada tahun 1971 di Kuala Tahan.




2 jam lalu telah memecah rekod paras banjir 1971 di Kuala Tahan.


Satu mesyuarat menyelaras bantuan banjir perlu dibuat petang ini dipengerusikan DO dan ADUN Tahan.

Yang penting penghulu-penghulu seluruh daerah Jerantut yang kawasan terbabit dengan banjir diberi kebenaran khas mengambil petrol sebagai bahanapi untuk tujuan pengangkutan menyelamat dan menghantar bantuan banjir dari stesyen minyak yang ditentukan.

Bot-bot khas Bomba pun tidak berani mudik Sg Tembeling sekarang kerana arus laju dan ombak jeram yang besar.

Selewat-lewatnya pagi esok bantuan banjir perlu dihantar.

Helicopter Nuri tentera perlu bersedia.

TNB sedang menimbang mahu memutuskan bekalan elektrik di seluruh Lembah Tembeling bagi langkah keselamatan.

WZWH cuba berlepas dari Banjaran Titiwangsa melalui 4 laluan tetapi terkandas kerana  awan yang sangat tebal rendah menghalang penerbangan.





Tidak dapat WZWH bayangkan chalet-chalet Mutiara Resort Kuala Tahan yang berada di kedudukan tebing yang paling tinggi pun tenggelam dek air bah yang sangat besar.

Sejarah Pahang menunjukkan setiap 50 tahun sekali selalu berlaku banjir besar:

  • 1926
  • 1971
  • 2014

Laporan dari Ulu Jelai dan Ulu Tembeling mengerunkan orang orang Jerantut Hilir . Kg Bantal di Ulu Tembeling banjir besar . Kuala Medang di Ulu Jelai juga banjir besar. Kedua-dua air banjir ini akan turun dan menerjah ke Kuala Jelai dan Kuala Tembeling yang akhirnya membentuk Ulu Pahang . Kedua-dua air bah ini dijangka akan sampai serentak ke Ulu Pahang yang akhirnya akan membentuk gelombang bah besar kepada penduduk di sekitar sungai Pahang bukan sahaja di daerah Jerantut ini malah ke daerah Temerloh, Maran, hingga ke Kuala Pahang Pekan.

WZWH berdoa semoga lebih ramai rakyat Pahang terutama di tebing Sg Tembeling, Sg Jelai dan Sg Pahang hingga ke Kuala Pahang selamat dan minimakan kerosakan harta benda dan ternakan.

Ini lah kuasa Allah AWT...

Monday, December 22, 2014

Banjir Makin Teruk Di Kg Pagi Ulu Tembeling

Kg Pagi Ulu Tembeling sudah jadi pulau dikelilingi oleh air dari Sg Tembeling dan Sg Pengau. Beberapa foto lewat petang tadi yang menunjukkan air sudah memasuki kawasan Sekolah Rendah Kg Pagi sudah sekarang diparas tingkat satu.

Dijangka air naik lagi malam ini!

Beberapa foto lewat petang tadi..

























Bot panjang Tembeling menyusuri bawah sekolah lewat petang tadi.


























Barisan Kedai PASDEC Kg Pagi ditenggelami air. Itulah barisan kedai membekal segala keperluan runcit di Kg Pagi.


























Bot penyelamat Kg Pagi membawa orang kampung ke tempat selamat.


























Kg Pagi digenangi air Sg Tembeling dan Sg Pengau.

















Kawasan Sekolah Rendah Kg Pagi dikelilingi air.












































































Laporan terbaru dari penduduk Kg Pagi air sudah sampai ke paras tingkat satu bangunan sekolah. Banjir makin teruk di Kg Pagi Ulu Tembeling.
















Air Sg Tembeling yang semakin naik dan besar serta sangat merbahaya terutama di 7 jeram utama yang menghasilkan ombak jeram yang tinggi dan batu batan jeram sangat tidak selamat buat bot perahu panjang biasa, speed boat dan jetski.

Satu cara perhubungan ialah melalui udara guna helicopter. Tempat landing helicopter pun tidak selamat bila kawasan tanah lapang semakin terhad dan tanah lembik.

Bilik Gerakan Banjir daerah Jerantut telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan bantuan banjir dan makanan.

Bekalan makanan sudah tersedia di setiap kampung-kampung di Ulu Tembeling.

Helicopter tentera siap siaga untuk digunakan bila keadaan makin teruk dan darurat jika hujan berlanjutan 2-3 hari lagi.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...