Wednesday, May 20, 2015

Sejarah Imam Perang Tok Gajah

WZWH susun posting ini mengenai sejarah seorang pahlawan Pahang yang hebat Tok Gajah. Nama-nama Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan lain-lain adalah sinonim dengan kepahlawanan Pahang.

Kisah-kisah mengenai Tok Gajah memang benar-benar tertulis dalam banyak buku seperti Hikayat Pahang dan buku-buku sejarah lain tulisan sejarawan tempatan dan barat. Jelasnya, ia bukanlah satu mitos, cerita khayalan atau lagenda seperti hikayat-hikayat Melayu yang lain.

Kebanyakkan penulisan sejarah mengenai Tok Gajah adalah berdasarkan Hikayat Pahang (tidak diketahui pengarangnya) dan 'A History of Pahang' karangan W. Linehan yang mana kedua-kedua karya ini berusia lebih dari 80 tahun. Penulisan ini bersifat 'euro-centric' -kisah-kisah istana dan bangsawan negeri diutamakan, manakala cerita masyarakat/rakyat masa itu disisihkan- termasuk Tok Gajah yang datang dari masyarakat kebanyakkan.

Umpamanya, penulisan mengenai Tok Gajah yang mula-mula dikenali sebagai 'Imam Perang Sutan Garang', tiba-tiba saja 'muncul' dalam banyak pengkisahan, tanpa sedikit pun memperihalkan latarbelakangnya. Hal ini telah menimbulkan banyak persoalan siapakah sebenarnya Tok Gajah.

Sejarah banyak melakarkan yang Gajah Pahang itu hebat dalam memimpin peperangan. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa Gajah Pahang juga adalah seorang yang beradab budaya Melayu yang tinggi, berbahasa dalam menyampaikan kutbahnya. Sastera dan budaya itu berkisar di kalangan ahli keluarga dalam menyampaikan mesej sesama mereka. Contohnya pantun berikut untuk dikongsi bersama:


"Sirih bergenta pinang bergenta,
Gajah Pahang di luar kota,
Bakar kemeyan menyampai kata,
Kemeyan punyah...kata yang nyata."


Dalam satu Ekspidisi ke Pahang dalam tahun 1885, Frank Swettenham, pemangku Residen Perak, telah dihantar oleh Gavenor Cecil Clementi Smith ada melapurkan;

..." To' Gajah who is a man of about forty, very thick-set and dark, but full of laughter, informed me that he has four wives, twenty-five children, and nine grand-children. To' Gajah's father was a Sumatran Malay, his mother a Pahang woman; he is reputed to be a great warrior, is a Field marshal of Pahang and ranks with the Orang Besar Empat or Chiefs of the first-class. He is a man of much energy, greatly feared by the discontented faction in the upper country, and greatly trusted by the Yam Tuan.....At noon, reached Tanjong Blanja the limits of To' Gajah's jurisdiction, and here we stayed for a half hours break-fasting, and then parted with the Dato' and continued our journey down-river. The To' Gajah has done everything possible for us. I gave him my Perak golok(chopping-knife) and parted excellent friends. I saw him in the river up to his waist saying good-bye to the Subadar."


Dari segi sejarah, riwayat hidup Tok Gajah yang berlaku dalam abad ke-19 itu tidaklah dikira terlalu lama. Namun pada abad itu telah berlaku banyak perubahan besar terhadap negeri-negeri di Timur Tengah, Asia Selatan, Nusantara dan Asia Timur kerana kejatuhan kerajaan Uthmaniah, Turki dan kebangkitan kuasa empayar Eropah.

Banyak kelompangan sejarah Tok Gajah ini adalah di peringkat asal usulnya. Kebanyakkan penulisan sejarah mengenai Tok Gajah bermula apabila beliau menjadi Imam Perang, semasa Wan Ahmad menyediakan pasukan menyerang pasukan Wan Mutahir-Perang Saudara Pahang.

Rajah di bawah menunjukkan garis masa riwayat Tok Gajah dan pengaruh penjajah British pada dekad itu. Pengaruh Islam di Nusantara amnya dan di Pahang khasnya.








Ini foto Tok Gajah yang dapat dirakam pada zamannya.

Orang Kaya Indera Shahbandar (Jahidin) adalah moyang moyet DS Najib PM. Berikut susur galurnya: Mohd Najib bin Abdul Razak bin Husin bin Mohd Taib bin Jahidin. Jahidin sepupu Tok Muda Abas of Pulau Tawar.



WARISAN LELUHUR KELUARGA TOK GAJAH.

Ramai yang bertanya tentang dari manakah asalnya bapa Tok Gajah. Adakah dia orang Minangkabau atau Rawa? Maklumat dari dalam keluarganya sendiri adalah seperti berikut:






PERPINDAHAN TEUKU ALI(BAPA TOK GAJAH). KE TEMAU, Pahang.

Setelah Teuku Mahmud (adik Teuku Ali) berkhawin dan bermastautin dengan amannya di Bagan Dato, Perak, Teuku Ali meneruskan penghijrahan bersama orang kanannya, Malim Yunus dan sebahagian pengikut-pengikut yang lain. Mereka melalui Ulu Slim, Perak merentas banjaran Titiwangsa ke Ulu Lipis dan menetap di Temau, Pahang.

Semasa di Temau, Teuku Ali menukar namanya kepada Tok Shahrom.



TOK SHAHROM@TEUKU ALI DI TEMAU.

Semasa di Temau, Teuku Ali yang menukar namanya kepada Tok Shahrom mendirikan rumahtangga dengan seorang perawan Pahang bernama Siti Hajar binti Shaikh Ali.

Manakala, sebahagian lain pengikutnya meneruskan perjalanan bersama Malim Yunus hingga ke sebuah pulau bertanah tinggi dan tiada berpenghuni di Sungai Pahang dikenali sebagai Pulau Tawar.

Tok Shahrom berkerja melombong emas di kawasan Temau. Ulu Peruas hingga ke Budu bersama suku Rawa dan Mandailing. Pada malamnya beliau mengajar agama di madrasah sekitar kampung-kampung dari Dong hingga ke Budu.

Hasil perkongsian perkhawinan mereka, keduanya dianugerahkan 5 orang zuriat; yang pertama Ratin Mas, ke-2 Maimunah, ke-3 Khatib Rasu Abd Salam, ke-4 Khatib Mohd Amin, ke-5 Khatib Mohd Arif. Ratin Mas dan Maimunah lahir di Temau.

Dalam satu perbalahan merebut emas mentah, Ratin Mas yang sarat mengandung anak yang pertama telah dibunuh. Suaminya, Haji Hassan Keramat, turut dibunuh dalam perebutan itu.

Keluarga Tok Shahrom mengubah haluan dengan berpindah ke Budu di mana Rasu dan adik-adiknya yang lain dilahirkan.


PETEMPATAN AWAL TOK SHAHROM DI BUDU

Kampung Permatang Lama yang terletak di Bukit Raya adalah tapak petempatan awal Tok Shahrom di Budu. Kampung Permatang Lama yang tingginya mencapai 300 meter dari paras laut masih ada sehingga kini. Namun ia tidak lagi didiami manusia.

Berhampiran dengan Kampung ini terdapat juga gua dikenali sebagai Gua Meratak. Gua ini merupakan tempat simpanan makanan, tempat pahlawan berlatih silat dan bersuluk.

Kampung ini juga adalah lokasi di mana Mat Kilau menempatkan penduduk Kampung Budu untuk menyelamatkan diri dari serangan British pada 22 Mei 1892. Kampung Permatang Lama telah menjadi saksi kepada usaha murni Mat Kilau dalam menyelamatkan generasi akan datang dari terus pupus dan mati dek kerakusan tentera British.

Tok Shahrom menempatkan keluarga dan pengikutnya di permatang yang tinggi sebagai satu strategi menghadapi musuh-musuh pada masa itu sekitar tahun 1840. Pada 22 Mei 1892 atau 52 tahun kemudian, Budu di serang British.

Kita lihat, Sun Tzu (554-496 BC), seorang Jeneral Militer, strategis dan ahli falsafah China, mengarang sebuah buku 'The Art of War', ada mengutarakan agar pasukan tenteranya menduduki kawasan tinggi sebagai satu taktik peperangan gerilla mereka.


PEKERJAAN AWAL TOK SHAHROM DI BUDU

Tok Shahrom berkerja melombong emas di kawasan Temau. Ulu Peruas hingga ke Budu bersama suku Rawa dan Mandailing. Pada malamnya beliau mengajar agama di madrasah sekitar kampung-kampung dari Dong hingga ke Budu

Scrivenor J.B(1911), Ahli geologis, F.M.S Government, melaporkan bahawa orang Melayu melombong secara ‘lombong tebuk’ dan ‘lombong dedah’ di Ulu Peruas, Budu, Jeransong, Kemahang dan Tanjung Besar dan Temau.

Anuar Abd. Rahman (2011) menunjukkan berpuluh bekas’lombong tebuk’ dikenali ‘lubang penerih’ di Kg. Ceruk Serai (cerok Tok Akub), Budu, berkedalaman mencecah ratusan kaki.

Pada era pemerintahan Bendahara Tun Ali sebelum perang Saudara Pahang 1857, dilaporkan dalam jurnal Singapore chronicles, bahawa Pahang adalah pengeluar emas terbanyak dengan kualiti terbaik.Kesemua emas itu datangnya dari Ulu Pahang.



SALASILAH TOK  SHAHROM@TEUKU ALI

Semasa menetap di Budu, anak Tok Shahrom yang ke-3 Khatib Rasu Abd Salam, ke-4 Khatib Mohd Amin, ke-5 Khatib Mohd Ariff dilahir dan dibesarkan di Kampung Permatang Lama.

Dari sini lahirlah susur-galur keluarga Maimunah, Khatib Rasu Abdul Salam(Tok Gajah), Khatib Muhamad Amin, Khatib Muhamad Ariff (Hj Meng).

Sila lihat rajah salasilah di bawah:



Blogger Sakmongkol AK47 @ YB Dato' Mohd Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz ahli parlimen Raub adalah keturunan Khatib Mat Amin. Itu sebab Sakmongkol sering suka guna ayat...dikala nenek moyang saya bertombak berkeris berjuang...nenek moyang mereka bersenang lenang di Istana.



ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KELUARGA TOK SHAHROM@TEUKU ALI.

Bonda Rasu(Tok Gajah), seorang perawan Pahang berketurunan Arab, amat mengambil berat soal asuhan dan didikan Rasu dan adik-beradiknya sejak kecil lagi. Beliau secara sepenuh masa melayani dan menemani anak-anak dalam hal didikan al-Quran dan amalan-amalan mereka. Kedua ibu-bapa mengasuh akhlak dengan cara sentiasa berterus-terang dalam sesuatu hal yang ditanya dan melakukan sesuatu secara lurus dan ikhlas.

Segala tugasan di rumah diasuh keluarganya agar dibahagi dan diaturlaksanakan samarata. Kerja-kerja rumah digilirkan dengan semuanya merasa dalam menyempurna tugasan tanpa perbezaan. Menjaga masa dengan solat pada waktunya menjadi amalan sekeluarga. Semua mereka terdidik untuk menolong dan berbuat bakti terhadap orang yang berkehendak tanpa mengharap upah atau ganjaran.

Perhatikan juga bahawa didikan awal keluarga Tok Shahrom itu adalah dalam persekitaran kampung tanpa pengaruh luar. Fokus didikan awal mereka itu ialah al Quran, solat dan akhlak sesama ahli keluarga.



DIDIKAN MADRASAH RASU@TOK GAJAH

Apabila kanak-kanak lelaki mencecah umur 7 tahun, telah menjadi amalan budaya keluarga Tok Shahrom@Teuku Ali menghantar anak ke madrasah. Antara didikan penting bagi murid-murid ialah mengaji al-Quran dan fardu ain dengan bimbingan ayah Rasu sendiri. Mereka tinggal di madrasah mengaji dan melancar al-Quran dalam kelompok rakan sebaya. Bagi yang lebih mahir, mereka yang kurang lancar akan dibantu membaca hingga khatam al-Quran.

Tok Imam madrasah akan memeriksa bacaan setiap hari lepas waktu zohor dan maghrib. Rasu menunjukkan keupayaan yang lebih dalam pembelajaran al-Quran; bacaan, hafalan dan tulisan jawi berbanding yang lain. Namun, sifat tidak mudah berpuashati, mengelak dari takbur dan gah apabila menerima pujian adalah didikan penting keluarganya.



LATIHAN KEHIDUPAN KELUARGA TOK SHAHROM@TEUKU ALI

Apabila sampai tahap baligh, selain asuhan madrasah, anak-anak sebaya Khatib Rasu dibawa ke hutan. Mereka mula melalui denai-denai dan laluan-laluan sukar di hutan, mengenal pokok-pokok hutan serta buah-buah hutan yang boleh dimakan, mengesan dan menjejaki binatang yang boleh dimakan, mengguna hasilan hutan sebagai ubatan dan untuk dijual ke pekan sehari adalah antara latihan di zaman remaja Rasu dan rakan kelompoknya. Semuanya diasuh berdikari dan bekerjasama dalam kumpulan mereka.

Bila tiba musimnya, anak-anak Tok Shahrom membantu ibunda mereka menguruskan kerja-kerja penanaman padi dan menjaga kerbau untuk menenggala paya. Sementara menanti padi masak mereka pergi melombong emas bersama Tok Shahrom dan memanjat pokok kabung untuk mengutip nira dan dijadikan gula kabung. Disamping itu kerja-kerja seperti menebang, menarah, menakik pokok hutan untuk dijadikan tiang dan galang rumah serta perahu kolek, dibuat bersama rakan-rakan orang Asli. Perhubungan baik Tok Shahrom dengan orang Asli sekitar kaki Gunung Benom ini banyak membantu mereka dalam kerja-kerja mengesan kawasan enapan bijih emas selain memudahkan kerja memasang perangkap dan menjerat untuk mendapatkan binatang buruan. Walaupun mereka memancing di sungai dan paya, namun aktiviti memburu binatang yang mencabar lebih digemari. Keakraban mereka dengan suku kaum Asli terjalin mesra sejak zaman remaja Rasu bagaikan aur dengan tebing.

Sejak kecilnya, Rasu dibawa menghilir Sungai Lipis dari Budu untuk ke pekan sehari Penjom dan ke pekan Kuala Lipis oleh Tok Shahrom bersama ibunya. Bahan-bahan makanan seperti ikan pekasam dan salai, jeruk kepayang dan buah perah, tempoyak, gula kabung, buah-buahan dan madu tualang hutan dijual di pekan sehari Penjom. Manakala bahan keperluan seperti garam, minyak kerosene, tembakau Jawa, kain dibeli dari kedai Cina keturunan Khek di Penjom.

Apabila ke pekan Kuala Lipis, Tok Shahrom membawa Khatib Rasu ke kedai-kedai emas untuk menjual emas mentah kepada tukang emas Cina Khek yang berasal dari Kelantan. Damar dan kayu chendana dijual kepada pembeli-pembeli yang akan membawanya menghilir ke Kuala Pahang untuk dipasarkan ke Singapura. Di pekan Lipis Khatib Rasu didedah kepada dunia perniagaan dan mula mengenali pemuka-pemuka Jelai dan Lipis. Ayahnya memang rapat dengan Tok Raja serta anak-anaknya Wan Embong, Wan Muhamad dan Tok Kaya Wan Daud, Penjom bagi urusan membayar cukai emas mentah sebelum dijual kepada Cina tukang atau peraih emas Lipis.



RAKAN SEPERJUANGAN TOK GAJAH DAN ILMU PERSILATAN

Se-awal zaman madrasahnya di Budu, Khatib Rasu dan rakan-rakan sebayanya mendapat bimbingan ayahandanya, Tok Shahrom dalam hal pencak silat Minangkabau. Apabila mencapai umur remaja, beliau terus diasuh bermain senjata seperti selundang, lembing, siwar/sewar, tumbuk lada, pedang dengan berentap secara berdepan dengan musuh dan secara jauh. Antara rakan kelompok sebaya Rasu ialah Yaman b. Sutan Mas, Jembang b. Hussein, Fakeh Garang, Mahmat Kelubi(@Hitam), Ahmad Burok Shaikh Khodim, Yusof, Samat dan lain-lain.

Imam Rasu dan adiknya Amin dan Arif sering berulang-alik ke pekan Lipis dan Penjom menjual hasilan hutan dan emas mentah kepada peraih Cina. Sebahagian emas mentah ditempa tukang emas di Lipis untuk dijadikan gelang tangan dan kaki, rantai dan kerongsang ibu dan keluarganya. Semasa ke Lipis ini juga, Imam Rasu berkawan rapat dengan Wan Daud dan Wan Embong anak Tok Raja Wan Idris. Mereka sering berkongsi pendapat malah berbincang tentang perang Paderi dan perjuangan Iman Bonjol yang menentang Belanda di Sumatera. Adakalanya mereka berlatih silat 'sending Minangkabau' di bangsal silat di Lipis atau ke Kota Raja, Bukit Betong.

Semasa bermastautin di Pulau Tawar, Khatib Rasu yang dikenali sebagai Imam Perang Rasu oleh Bendahara Wan Ahmad, ada mengundang Pendekar Mat Aris dan Pendekar Sutan Juan dari tanah Minangkabau, Sumatera untuk melatih anak-anak dan keluarganya ilmu pencak silat secara tertutup. Pendekar Sutan Kari dan Bintang Terus adalah antara pendekar–pendekar yang melatih Pendekar Endol bin Imam Nong, Pendekar Ahmad bin Tok Muda Abdullah di Pulau Tawar, sebelum kemasukan British.

Mat Kilau, antara anaknya yang belajar ilmu pencak silat dari Dato’ Bahaman dan bapanya Tok Gajah. Beliau juga belajar ilmu kebal, ilmu halimunan dan berjalan atas air. Namun akibat peperangan dengan British meletus, ilmu berjalan atas air tidak sempat disempurnakan.



KHATIB RASU@TOK GAJAH MATANG DI USIA MUDA.

Rasu berdepan dengan masyarakat pada usia yang muda, sekitar 17-18 tahun.
Zaman remajanya dipenuhi dengan usaha mendalami agama di Pulau Tawar, Berhala Gantang dan Bangau di Kuala Semantan, Chenor dan di Pekan. Beliau mula menjadi Imam masjid dan memberikan kutbah Jumaat di Budu dan madrasah sekitarnya. Beliau juga mengajar al-Quran, aqidah dan fiqh dan sirah Nabi di madrasah sekitar Budu, Dong, Kemahang, Jerangsong dan Tanjung Besar.

Beliau sering menghilir ke Kuala Pahang di Pekan menemui datuk dan keluarga keturunan Arab sebelah bondanya, Tuan Shaikh Ali. Di sebelah bapanya, Imam Rasu menziarahi keluarga Tengku Tan Joleng Tujuan Saka Mas, Tok Dagang, Tok Gendut dan Tok Jenal di Temau, Dong, Raub.

Walaupun bukan dari kalangan ulamak, Tok Gajah menpelajari ilmu suluk dengan agamawan Rawa di Temau dan Imam Malim Yunus, seorang Imam Mandailing yang tinggi keramahnya di Pulau Tawar. Beliau mengamal zikir dan yang paling ketara dikalangan keluarganya ialah zikir ‘Ya-Latif’.

Beliau diajar agar sentiasa berwaspada dan bersikap terbuka terhadap apa-apa berita yang sering diterima tanpa bersangka buruk.



ISTERI-ISTERI TOK GAJAH.

Pada usia yang muda, Khatib Rasu@Tok Gajah berkhawin dengan beberapa orang perawan. Dengan isteri pertamanya bernama Cik Siti dari Kuala Kenong, beliau mendapat 7 orang zuriat yang salah seorangnya ialah Awang Baiduri.

Dengan isteri ke-2, Jebah binti Ibrahim dari Batu Naga, Budu, beliau menperoleh 10 orang anak.

Selepas perang Saudara Pahang, beliau berkhawin dengan Teh Mahde dari Kg.Berau, dianugerahi pula dengan 3 orang anak iaitu Mat Kilau, Teh Ibrahim dan Yang Chik.

Teh Mahde adalah adik kepada Imam Perang Khatib Bahrain bin Tok Kaut. Imam Perang Khatib Bahrain  berasal dari Tembeling dan sekampung dengan Penghulu Raja Tembeling.

Dengan isterinya ke-4, Bedah orang Pulau Tawar, seorang putera bernama Awang Nong diperolehi. Namun, selepas Bedah melahirkan Awang Nong dia meninggal dunia dan Awang Nong telah dipelihara oleh Teh Mahde sebagai anak sendiri.

Manakala perkhawinan beliau seterusnya dengan Cik Mah, gundik kurniaan Sultan Selangor; Cik Pekan dari Kuala Pahang ; Cik Khatijah dari Pasir Nering,Terengganu, Tok Gajah tidak memperoleh zuriat.



KISAH MU'ALIM YUNUS DAN PULAU TAWAR.

Penghijrahan Teuku Ali@ Tok Shahrom ke Semenanjung Tanah Melayu sekitar tahun 1820-an adalah berpunca dari perebutan tahta dengan adik bongsunya yang berpegang kuat kepada adat Perpatih. Sokongan dan bantuan pihak Belanda terhadap pendokong ‘kaum Adat’ menambahkan kekalutan dalam perebutan tahta kerajaaan Bilah-Panai. Demi mengelakkan pertumpahan darah dan menyelamatkan aqidah dari kezaliman Belanda terhadap pengikut-pengikutnya yang menyokong Imam Bonjol(1772-1864) dalam perang Paderi(1803-1838), beliau dan adiknya Teuku Mahmud bersama 40 orang pengikut mengambil keputusan berhijrah ke Tanah Melayu.

Mereka memasuki Semenanjung Tanah Melayu melalui Perak di kawasan Bidor di mana Teuku Mahmud berkhawin dan bermastautin dengan amannya di sana. Teuku Ali meneruskan penghijrahan bersama orang kanannya, Mu'alim Yunus dan sebahagian pengikut lainnya melalui Ulu Slim, Perak merentas banjaran Titiwangsa ke Ulu Lipis dan menetap di Temau, Pahang.

Semasa di Temau, Teuku Ali menukar namanya kepada Tok Shahrom dan mendirikan rumahtangga dengan seorang perawan Pahang bernama Siti Hajar binti Shaikh Ali. Manakala, sebahagian lain pengikutnya meneruskan perjalanan bersama Mu'alim Yunus hingga ke sebuah pulau bertanah tinggi dan tiada berpenghuni di Sungai Pahang dikenali sebagai Pulau Tawar.





PERANG SAUDARA PAHANG MELETUS (1857-63)

Keamanan dan kedamaian semasa pemerintahan Bendahara Ali (1803-1857) tidak bertahan lama. Keadaan berubah menjadi kacau-bilau akibat perebutan kuasa sesudah pemergiannya. Wan Mutahir dan adiknya Wan Ahmad masuk ke kancah perang saudara dan mengheret penduduk-penduduk pendalaman Pahang.

Pada usia sekitar 17 tahun, Imam Rasu@Tok Gajah dipercayai suku Rawa dan Mandailing untuk mengepalai mereka dalam mempertahankan keamanan di pendalaman Pahang. Bersama bapanya Teuku Ali,dikenali juga dengan Sutan Basirun; Imam Rasu dikenali Imam Perang Sutan Garang memasuki perang Saudara Pahang dengan menyebelahi Wan Mutahir pada awal peperangan.

Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.

Beliau juga merupakan ketua pasukan pemberontak dalam penentangan terhadap penjajah British dan Sultan. bersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin pada tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang.

Bersama-sama dengan Datuk Bahaman, Datuk Lela dan Mat Kilau, Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan Pahang antara tahun 1891 hingga tahun 1895. 

Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

SUMBER: Linehan A History Of Pahang, Hikayat Pahang, Waris Tok Gajah, FB Sehati Tok Gajah, dll.

Tuesday, May 19, 2015

Projek Terusan Kra Apa Kesan Kepada Malaysia dan Singapura?


Update terkini: China menafikan penglibatan resmi Terusan Kra sila klik sini.


The white star marks the location of the Kra Isthmus. The red star is Singapore, at the entrance to the Strait of Malacca.(Map/China Times)

Bintang putih menandakan lokasi Kra Isthmus. Bintang merah adalah Singapura, di pintu masuk ke Selat Melaka. (Peta / China Times)

Sebelum ini WZWH telah menulis posting Terusan Kra Mimpi Yang Boleh Direalisasi Selepas Terusan Nicaragua sila klik sini.

China dan Thailand baru-baru ini bersetuju di Guangzhou pada projek terusan melalui Segenting Kra, bahagian yang paling sempit semenanjung Melayu di selatan Thailand, yang bermaksud projek itu, dalam perancangan untuk tahun, boleh mula pembinaan tidak lama lagi, menurut laman web Hong Kong -based Oriental Daily.

Perjanjian itu adalah ekoran daripada usaha China tukul daripada pelaksanaan Silk Road New Belt Ekonomi dan 21 Abad Maritime Silk Road inisiatifnya, dengan usaha berterusan untuk mewujudkan koridor ekonomi China-Pakistan dan projek kereta api berkelajuan tinggi China-Rusia . Apabila terusan lebih 100 kilometer panjang terbuka, kapal-kapal akan dapat lulus dari Teluk Thailand di Pasifik terus ke dalam Laut Andaman di Lautan Hindi, mengurangkan laluan semasa dengan sekurang-kurangnya 1,200 kilometer, laman web yang dinyatakan.


Perjanjian Guangzhou

Pada penyelidikan dan kerjasama pelaburan rundingan di Guangzhou, China dan Thailand menandatangani memorandum persefahaman mengenai projek terusan, menurut laman web itu. Projek itu dijangka memulakan pembinaan tidak lama lagi, mungkin akan mengambil sepuluh tahun untuk disiapkan dan akan kos AS $ 28 bilion. Terusan bermakna kapal-kapal pengangkutan minyak dan kapal-kapal dagang dalam perjalanan dari Timur Tengah ke China tidak lagi perlu melalui Selat Melaka.

Selat Melaka merupakan laluan penting maritim dan sangat penting untuk bekalan minyak China, 80% daripada minyak China datang dari Timur Tengah dan Afrika dan 80% daripada ini perlu melalui selat, di mana lanun menimbulkan ancaman berterusan kepada bekalan minyak China.

Liang Yunxiang, seorang profesor di Sekolah Pengajian Antarabangsa Universiti Peking memberitahu laman web bahawa memorandum persefahaman menunjukkan bahawa China akan menjadi pemacu utama di sebalik pembukaan terusan, yang mempunyai kepentingan politik dan strategik yang penting. Liang berkata projek itu akan membantu mengukuhkan kerjasama China dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Asia Kawasan Perdagangan Bebas (ASEAN) Tenggara pada masa yang sama menghapuskan dari dirinya pergantungannya kepada Selat Melaka. Ia juga akan dipendekkan laluan kapal perlu mengambil, memotong masa yang diambil oleh dua hingga lima hari dan seterusnya mengurangkan kos dan meningkatkan pembangunan pelabuhan di Hong Kong dan tanah besar. Liang berkata, bagaimanapun, bahawa terdapat juga risiko politik untuk projek ini, kerana ia adalah tertakluk kepada iklim politik negara-negara di Asia Tenggara dan hubungan AS-Thai.

Satu lagi motif di sebalik projek itu takut China bahawa AS boleh sekatan Selat Melaka, memotong bekalan minyak di negara ini, menurut laman web itu.

Yang berpangkalan di Macau penganalisis tentera Huang Dong berkata terusan juga akan meningkatkan keupayaan Tentera Laut PLA untuk bertindak balas terhadap insiden antarabangsa. Tentera Laut PLA baru-baru ini dipindahkan rakyat beberapa negara dari Yaman, sebagai contoh, selepas perang saudara di sana meningkat.

Li Zhenfu, seorang profesor di Universiti Maritim Dalian, menyatakan berkata sebagai syarikat China yang akan mengambil bahagian dalam projek ini, China mungkin akan diberikan beberapa tahap kuasa ke atas terusan dan mungkin boleh berunding untuk menolak laluan melalui terusan bagi kapal perang dari negara-negara tertentu, meningkatkan pengaruh China di Asia Tenggara.

Idea untuk terusan, yang akan menjadi yang terbesar di Asia pada siap, dikatakan mempunyai pertama muncul pada abad ke-17 dan lebih daripada 100 tahun yang lalu ia dicadangkan secara rasminya oleh Chulalongkorn, Raja Siam. Kos terlalu banyak untuk Siam untuk menanggung, bagaimanapun, dan projek itu kemudian ditangguhkan oleh kedua-dua perang dunia abad ke-20.

Cadangan semasa adalah untuk dua hala 25 m terusan dalam berukuran 102 km panjang dan 400 m lebar. Terusan Panama hanya 15 m mendalam dan ia mengukur hanya 304 m pada titik yang paling luas.

Dari segi menjimatkan kos kapal dan bisnes ini menguntungkan dunia perniagaan. Singapura mungkin mati ekonominya, mungkin ekonomi Malaysia boleh bertahan.







Bila Projek Terusan Kra siap maka wilayah Satun, Songkla, Pattani, Yala dan Narathiwat akan terpisah dari Thailand membentuk Pulau Tanah Melayu Malaysia.

Agaknya ini mungkin Raja-Raja Siam sejak 1824 hingga 1910 dari Raja Phra Nangklao, Mongkut dan Chulalongkorn terpaksa membatalkan cadangan Projek Terusan Kra bimbang faktor kedaulatan negara Siam.

Kerajaan Thailand tidak perlu risau jika Malaysia mahu mengembangkan pengaruh politik di Selatan Thailand. Yang penting kestabilan serantau dan pertumbuhan ekonomi.

Kerajaan Thailand perlu bercakap dengan China dan melibatkan kerajaan Malaysia

Titah Diraja Tuanku Sultan Pahang Berkenaan Hal Ehwal Pahang Terkini



Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Pahang



Teks penuh Titah Diraja dilafaz oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang.



WZWH blogger setia pendokong Pahang Darul Makmur.

DEWAN UNDANGAN NEGERI, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – Bismilla-hirrahma-nirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan limpah rahmat dan inayahNya, dapat Beta melafazkan Titah DiRaja bagi pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang bersempena hadir bersempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Pahang ke-13 pada pagi yang berbahagia ini.


Beta berasa gembira kerana setiap kali Dewan Undangan Negeri bersidang, ianya telah berjalan dengan licin dan lancar. Ini disebabkan oleh rasa tanggungjawab oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan.


Beta juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat, Tuan Yang Dipertua Dewan, atas kecekapan mengendalikan persidangan Dewan.


Kepada Orang Tua Beta, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob dan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan, Beta mengucapkan tahniah kerana berjaya memberikan jawapan dan penjelasan kepada setiap persoalan yang dibangkitkan.


Beta juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada ketua-ketua jabatan yang membantu memberikan maklumat yang diperlukan dalam persidangan Dewan yang mulia ini.



PERSEMBAHAN TEKS TITAH DIRAJA... KDYTM Tengku Mahkota sedang berkenan menerima teks Titah DiRaja yang dipersembahkan ke sisi Baginda oleh Menteri Besar Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob.



MENGUKUHKAN LAGI PELABURAN DOMESTIK DAN ASING


Beta amat yakin bahawa pemulihan ekonomi negara menunjukkan prestasi yang positif walaupun di beberapa buah negara menunjukkan prestasi sebaliknya.


Ekonomi Malaysia telah merekodkan pertumbuhan stabil 5.6 peratus pada suku pertama tahun 2015. Ianya merupakan satu petunjuk yang positif mengenai perkembangan prestasi ekonomi negara.


Beta berharap usaha-usaha pemulihan ini akan berterusan dan seterusnya mampu memacu perkembangan ekonomi negara dengan lebih baik di masa yang akan datang.


Beta menaruh harapan bahawa melalui pembentukan dasar dan strategi pengurusan ekonomi yang telah diperkenalkan, akan mampu menjadikan negara ini mencapai kestabilan ekonomi yang berterusan.


Menerusi program-program transformasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan dan Model Ekonomi Baru, Beta percaya ianya akan mampu meningkatkan dan mengukuhkan lagi pelaburan domestik oleh pelabur tempatan dan juga pelabur asing.


Kerajaan Negeri Beta akan sentiasa memberikan sokongan atas usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan berharap ianya akan meningkatkan pembangunan ekonomi negara dan seterusnya negeri Beta.



MEMBALAS TABIK HORMAT... Sepertimana biasa, acara rasmi luar Dewan tetap diteruskan sebelum memasuki Dewan untuk meneruskan upacara perasmian. Kelihatan, KDYTM Tengku Mahkota sedang membalas tabik hormat dengan Dato' Sri DiRaja Adnan dan Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato' Ishak Mohamad (berjubah hitam) berdiri di sisi kanan dan kiri Baginda. 



PAHANG TERIMA RM9,770 JUTA DI BAWAH RMK-10


Beta sedia maklum bahawa, Rancangan Malaysia ke-10 berada pada tahun yang terakhir pelaksanaannya. Mulai tahun depan, Kerajaan mula melaksanakan projek-projek Rancangan Malaysia ke-11.


Beta percaya dan yakin bahawa Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Orang Tua Beta, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob melalui pendekatan rolling plan, iaitu perancangan perbelanjaan berdasarkan pembangunan setiap dua (2) tahun, akan dapat dilaksanakan dan mencapai matlamatnya. 


Di bawah rolling plan keempat (2014-2015) yang merupakan fasa terakhir RMK-10, negeri Pahang Darul Makmur telah diluluskan sebanyak 203 projek dengan jumlah peruntukan melebihi RM 2 bilion.


Secara keseluruhannya bagi RMK-10 ini, Negeri Pahang Darul Makmur mendapat peruntukan sebanyak RM 9.77 bilion.


Beta berharap pelaksanaan projek-projek yang telah dan akan dilaksanakan di bawah RMK-10 di negeri Beta akan berjalan dengan lancar dan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat.


Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana strategi pengukuhan ekonomi negeri di bawah RMK-10 telah mula menampakkan hasilnya. Beberapa projek untuk meningkatkan jaringan dan kemudahsampaian yang telahpun diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sedang dalam pelaksanaan seperti;



MEMERIKSA BARISAN KEHORMAT... Dengan penuh segak dan bergaya, KDYTM Tengku Mahkota sedang memeriksa barisan kehormat. 



NAIK TARAF JALAN KUANTAN-SEGAMAT DI BAWAH ‘ROLLING PLAN’ BERIKUT


Projek Jalan Central Spine yang akan melalui daerah Lipis, Raub dan Bentong; naik taraf jalan dari Persimpangan Bunga Cengkeh ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Ttimur ke Sungai Lembing; naik taraf Jalan Persekutuan 3 dari Kuantan ke Pekan; membina jalan baru dari Cherok Paloh ke Tanjung Selangor, Pekan dan lain-lain lagi.


Beta berharap, beberapa jalan lain yang penting akan dapat dilaksanakan dalamrolling plan berikutnya seperti Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Pekan-Nenasi-Endau Rompin serta beberapa jalan utama lain.


Beta juga berharap sektor pertanian akan terus dipertingkatkan bagi menzahirkan hasrat menjadikan pertanian sebagai perniagaan.


Beta berharap projek ladang bersepadu nanas Rompin dapat dilaksanakan dengan jayanya serta menembusi pasaran dunia. Projek ini juga diharapkan dapat melonjakkan nama negeri Pahang sebagai pengeluar utama nanas yang berkualiti di Malaysia.


Adalah dijangkakan projek ini bakal menjana hasil lebih RM18 juta apabila pembangunan sepenuhnya dapat dilaksanakan.


Beta difahamkan sehingga kini, Kerajaan Negeri telah membuka sebanyak 18 buah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Menerusi projek TKPM ini, golongan usahawan tani akan diberikan khidmat tunjuk ajar, nasihat, sokongan peralatan serta bantuan pemasaran produk.



MESRA DENGAN WAKIL RAKYAT-WAKIL RAKYAT NEGERI... Kelihatan, Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato' Abu Bakar Harun sedang menyembah-salam KDYTM Tengku Mahkota sambil Menteri Besar dan yang lain, memerhatikan.



LANGKAH LANJUT; PENUHI KEPERLUAN TENAGA KERJA


Beta merasa gembira kerana dalam melaksanakan projek-projek pembangunan, usaha-usaha bagi memantapkan modal insan turut diberikan perhatian.


Menerusi pelaksanaan strategi pemantapan modal insan, lebih ramai graduan di dalam pelbagai bidang dapat dilahirkan di negeri Beta ini.


Seperti kita maklum, modal insan merupakan aspek terpenting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Sesungguhnya Kerajaan telah berjaya melahirkan ramai pelajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta.


Oleh itu, fasa seterusnya adalah pemerkasaan modal insan yang menjurus kepada keperluan tenaga kerja dan keperluan pasaran.


Untuk tujuan itu pertamanya, bagi golongan pelajar yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran, Kerajaan perlu memperbanyakkan program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua supaya mereka memperolehi lebih banyak ruang untuk mendapat pekerjaan.


Dalam aspek ini juga, program re-skilling perlulah dipergiatkan. Beta percaya, peruntukan yang secukupnya akan disediakan oleh Kerajaan bagi memperolehI peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan berkenaan.



MESRANYA... Mungkin sesuatu menarik yang diperkatakan Dato' Sri DiRaja Adnan, dengan isteri, Datin Sri DiRaja Junaini Kassim; hingga menyebabkan yang lain termasuk wakil rakyat Kerajaan dan bukan Kerajaan, tertawa-riang. 



SKIM LATIHAN KERJA DIPERLUASKAN


Manakala bilangan program latihan yang dikendalikan oleh institusi kemahiran juga akan ditambah mengikut keperluan pasaran kerja.


Kedua, kepada golongan graduan yang mengganggur pula, Kerajaan akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah keboleh pasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri.


Untuk tujuan tersebut, program-program seperti skim latihan kerja akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah.


Ketiga, bagi menambah bilangan rakyat berkelulusan tinggi, agensi berkaitan seperti Yayasan Pahang, IKIP dan MARA perlulah memperluaskan program pendidikan lepasan ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.


Keempat, dalam melahirkan lebih ramai golongan profesional, program peneraju profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya, perlulah diperluaskan ke negeri Beta.


Ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, perubatan, arkitek, jurutera dan lain-lainnya.


USAHA BERTERUSAN UNTUK KURANGKAN BILANGAN PENDUDUK MISKIN


Bagi merapatkan jurang sosial di negeri Beta, Beta berasa gembira kerana usaha-usaha yang berterusan sentiasa dilaksanakan untuk mengurangkan bilangan penduduk miskin di negeri Beta.


Menerusi projek-projek yang dilaksanakan seperti Agropolitan Gahai di Lipis dan Agropolitan Runchang di Pekan serta lain-lain program latihan kemahiran dan kerjaya, akan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat negeri Beta.


Bagi membantu meringankan kos hidup rakyat, Beta berharap semoga pelaksanaan konsep Kedai Rakyat 1Malaysia dapat diperbanyakkan lagi di negeri Beta supaya rakyat yang berpendapatan rendah di negeri ini, dapat membeli barang-barang keperluan harian mereka dengan harga yang murah dan seterusnya membantu meringankan kos hidup. 


Kerajaan Negeri Beta akan meneruskan usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli negeri ini.


Beta difahamkan, Yang Amat Berhormat Orang Tua Beta, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob akan mengadakan bengkel khusus bagi membincangkan isu dan masalah yang dihadapi oleh Orang Asli di negeri Pahang.


Hasil dari bengkel berkenaan, Kerajaan Negeri beta akan menyiapkan satu blue print dan diserahkan kepada Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) untuk bersama-sama Kerajaan Negeri mengatasi serta menyelesaikan isu-isu berbangkit.


TUMPUAN UTAMA BANTU ORANG ASLI – BEKALAN AIR BERSIH, ASAS EKONOMI


Dua tumpuan isu utama ialah bekalan air bersih dan asas ekonomi di setiap kampung Orang Asli di negeri ini.


Beta merasa gembira kerana Kerajaan Negeri Beta sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.


Bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat, beberapa buah hospital sedang dalam pembinaan. Sebagai contoh, projek pembinaan hospital baru di daerah Rompin dengan siling berjumlah RM52.5 juta telah dapat disiapkan.


Manakala hospital baru Bera dengan siling peruntukan berjumlah RM80.7 juta sedang dalam pembinaan.


Selain itu pembinaan Pejabat Kesihatan Negeri pahang dan pembinaan klinik-klinik kesihatan di seluruh negeri Beta turut dilaksanakan. Beta dimaklumkan bahawa usaha-usaha meningkatkan kesihatan penduduk luar bandar dan penempatan Orang Asli turut dilaksanakan melalui perkhidmatan klinik-klinik dan pasukan bergerak.


Beta ingin melahirkan rasa sedih Beta di atas kejadian banjir di negeri ini pada Disember 2014 yang lepas. Terdapat lebih 60,000 orang rakyat Beta dipindahkan ke pusat pemindahan yang disediakan dan mengalami kerugian kerosakan harta benda serta perniagaan.


PENINGKATAN KES DENGGI YANG MEMBIMBANGKAN


Kerajaan Negeri Pahang telah bertungkus-lumus membantu mangsa banjir terutamanya yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara. Beta difahamkan, bantuan kepada mangsa banjir masih terus dijalankan pada ketika ini.


Beta berpuas hati dengan segala bentuk bantuan yang dihulurkan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, swasta dan individu dalam membantu mereka yang terjejas.


Beta juga merasa kesal kerana penyakit denggi masih lagi merupakan masalah utama penyakit berjangkit di negeri Pahang Darul Makmur. Beta difahamkan terdapat peningkatan kes yang didaftarkan dan ini amat membimbangkan Beta.


Jumlah kes keseluruhan pada tahun 2014 ialah sebanyak 2,170 kes dengan enam (6) kematian. Bagi tahun 2015 pula, sehingga minggu ke-19 Beta difahamkan, terdapat sebanyak 989 kes dengan mencatatkan empat (4) kematian berbanding 430 kes dengan tiada kematian pada minggu yang sama pada tahun lepas. 


Ini bermakna terdapat peningkatan kes sebanyak 130 peratus.


Beta difahamkan, masalah kebersihan di kawasan kediaman dan kawasan sekitar adalah punca berlakunya peningkatan kes demam denggi dan kejadian wabak. Masih banyak tempat pembiakan nyamuk aedes dijumpai di dalam dan di luar rumah.


BANGGA DENGAN PENCAPAIAN PR1MA NEGERI


Jabatan Kesihatan telah melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan dengan melakukan semburan kabus, menjalankan pemeriksaan mencari tempat pembiakan nyamuk di rumah kediaman dan persekitaran.


Aktiviti gotong-royong kebersihan juga telah diadakan dengan kerjasama agensi dan masyarakat setempat. Tindakan yang dijalankan setakat ini belum mencukupi sekiranya masalah kebersihan dan wujudnya tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes tidak dapat diatasi.


Orangramai perlu menjaga kawasan kediaman masing-masing dan tidak membuang sampah di merata-rata yang boleh menjadi punca tempat pembiakan nyamuk aedes.


Untuk mengurangkan kejadian kes dan kemungkinan berlakunya lagi kes kematian akibat demam denggi, tindakan yang lebih drastik dan lebih agresif perlu dilaksanakan segera. Ini memerlukan kerjasama dan penglibatan kesemua golongan masyarakat termasuk penglibatan daripada agensi-agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan. 


Bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat, Beta sangat berbangga dan mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mewujudkan program PR1MA Negeri Pahang.


Beta difahamkan sehingga kini, Kerajaan Negeri telahpun meluluskan sebanyak 65 buah projek PR1MA yang merangkumi sebanyak 27,000 unit rumah. Beta difahamkan, dua (2) projek akan disiapkan di hujung bulan Jun 2015 iaitu di Gambang dan Bera.


PERLOMBONGAN MESTI ASASKAN AMALAN LESTARI


Dalam keadaan harga rumah yang semakin melonjak tinggi, adalah diharapkan projek ini akan membolehkan rakyat negeri Pahang yang berpendapatan kurang daripada RM10,000 sebulan, serta yang telah bermastautin di negeri Pahang melebihi lima (5) tahun, memiliki rumah kediaman yang selesa.


Beta berharap dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah RMK-10 dan RMK-11; disamping keutamaannya menjurus kepada pemberian manafaat kepada rakyat, nilai faedah terbaik, peningkatan positif kepada ekonomi negeri, ianya juga hendaklah turut mengambilkira kepentingan pemeliharaan alam sekitar.


Beta juga berharap kegiatan perlombongan mestilah berasaskan kepada amalan perlombongan secara lestari (sustainable mining practices). Pencemaran udara dan sungai tidak seharusnya berlaku kerana ianya menyusahkan rakyat. 


Beta difahamkan, pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah menjalankan operasi bersepadu sejak sebulan yang lalu.


Hasil daripada operasi ini, Beta dimaklumkan, sebanyak 65 buah lori telah ditahan dengan nilai kompaun berjumlah RM785,700. Operasi ini telah dapat mengurangkan pencemaran dan kekotoran yang berlaku.


Beta menyeru supaya pihak pelombong perlu lebih bertanggungjawab membersihkan kenderaan masing-masing sebelum menggunakan jalan awam kerana lori yang membawa muatan bahan perlombongan yang kotor, akan menjejaskan kebersihan jalanraya, kenderaan pengguna jalanraya dan keselesaan orangramai.


PENDIDIKAN ISLAM TERUS JADI FOKUS KERAJAAN


Beta juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan yang terdiri daripada pasukan Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan badan-badan beruniform yang lain, yang telahpun membuktikan taat setia kepada Beta serta Kerajaan Beta khususnya dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat jelata.


Terdapat peningkatan dalam usaha menyelesaikan kes jenayah oleh pihak polis. Beta mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak polis. 


Pendidikan Islam akan terus menjadi fokus utama di negeri Beta ini. Beta berharap, Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Pelajaran Pahang dapat meningkatkan kerjasama dalam pengurusan pembangunan sekolah-sekolah agama rakyat di negeri ini.


Beta difahamkan pada tahun 2015, Jabatan Pelajaran Pahang menerusi Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, telah menyalurkan peruntukan bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.


Beta berharap peruntukan begini akan dapat diteruskan dan diperluaskan lagi kepada sekolah-sekolah menengah agama Kerajaan Negeri.


Beta juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 juta setahun melalui Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bagi membayar elaun guru-guru KAFA seramai 2,490 orang.


KERAJAAN NEGERI PERUNTUKKAN RM2.6 JUTA BAGI ELAUN GURU QURAN


Disamping itu, Beta juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta bagi membayar elaun 350 orang guru al-Quran dan asrama. Beta berharap usaha-usaha murni ini dapat diteruskan pada tahun ini.


Di hari yang berbahagia ini, Beta mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Orang Tua Beta, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak atas segala bantuan dan sokongan diberikan kepada Kerajaan Negeri Beta dalam usaha membangunkan negeri dan membantu rakyat negeri Pahang Darul Makmur.


Beta melafazkan ucapan terima kasih kepada Orang Tua Beta, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan dan semua kakitangan awam yang terlibat dalam urusan mentadbir Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur untuk faedah rakyat sekalian.


Semoga Allah Subhanahu wata’ala sentiasa memberi petunjuk, taufik dan hidayah dalam apa jua yang kita lakukan untuk negeri ini.


‘Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’. – Ihsan Khabar Pahang.

Tuesday, May 12, 2015

Selesaikan 1MDB...Rapatkan UMNO...Bangkit Mara Kuatkan Parti




Sempena hari lahir UMNO yang ke 69 WZWH tidak mahu mengulas dari sudut sejarah perjuangan UMNO. WZWH lebih berminat dengan tema "Selesaikan 1MDB...Rapatkan UMNO...Bangkit Mara Kuatkan Parti".

Isu 1MDB adalah isu korporat yang memerlukan penyelesaian korporat aras tinggi dan masa. Orang politik majoriti tidak boleh nampak bagaimana mahu menyelesaikan isu ini. Isu 1MDB boleh diselesaikan dalam masa 2 tahun.




Apa yang TGHA Presiden PAS cakap itu betul sila klik sini dan sila klik sini bahawa DS Najib tidak perlu tunduk kepada tekanan letak jawatan PM. DS Najib perlu diberi peluang menyelesaikan isu 1MDB itu sepanjang penggal hingga PRU 14.

Sejarahnya bangsa Melayu adalah bangsa korporat terlibat dengan perdagangan antarabangsa merentasi 7 lautan dunia.

Sejak dari zaman Srivijaya dari abad ke 6 pemimpin Melayu sudah bisnes berbilion-bilion nilai perdagangan. Zaman Majapahit pun begitu juga.

Apatah lagi zaman Kesultanan Melayu Melaka yang sangat mashyor ke seluruh dunia. Pasti Sultan Mansor Shah Melaka mengeleng kepala jika pemimpin Melayu hari ini (pemimpin UMNO) jadi berpecah belah kerana tidak boleh menyelesaikan isu korporat 1MDB.

1MDB ada penyelesaiannya...penyelesaian cara korporat aras tinggi, orang politik tidak boleh dan tak nampak cara. 1MDB kena rebrand bagi nama baru. Tun Mahathir perlu dilantik sebagai Penasihat Khas. Apa Mukhriz Mahathir cakap UMNO ada penyelesaian tersendiri itu betul. Win-Win Situation: DS Najib happy, Tun Mahathir happy. Everything OK. UMNO perlu mara dan bangkit. Banyak kerja mahu buat lagi.

Penyelesaian 1MDB kalau mahu ditulis dalam posting secara detail adalah terlalu teknikal. Cukup untuk WZWH kata isu 1MDB boleh dan ada jalan penyelesaiannya.

Selesaikan 1MDB...Rapatkan UMNO...Bangkit Mara Kuatkan Parti.

Asal Usul Minangkabau




Minangkabau atau yang biasa disingkat Minang adalah kelompok etnik Nusantara yang berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau. Wilayah kebudayaannya meliputi Sumatera Barat, separuh daratan Riau, bahagian utara Bengkulu, bahagian barat Jambi, pantai barat Sumatera Utara, barat daya Aceh, dan juga Negeri Sembilan di Malaysia. Dalam percakapan awam, orang Minang seringkali disamakan sebagai orang Padang, merujuk kepada nama ibu kota provinsi Sumatera Barat yaitu kota Padang. Namun, masyarakat ini biasanya akan menyebut kelompoknya dengan sebutan urang awak, yang bermaksud sama dengan orang Minang itu sendiri.





Nama Minangkabau berasal dari dua kata, minang dan kabau. Nama itu dikaitkan dengan suatu legenda khas Minang yang dikenal di dalam tambo (babad, hikayat).

Dari tambo tersebut, konon pada suatu masa ada satu kerajaan asing yang datang dari laut akan melakukan penaklukan. Untuk mencegah pertempuran, masyarakat setempat mengusulkan untuk mengadu kerbau. Pasukan asing tersebut menyetujui dan menyediakan seekor kerbau yang besar dan agresif, sedangkan masyarakat setempat menyediakan seekor anak kerbau yang lapar. Dalam pertempuran, anak kerbau yang lapar itu menyangka kerbau besar tersebut adalah induknya. Maka anak kerbau itu langsung berlari mencari susu dan menanduk hingga mencabik-cabik perut kerbau besar tersebut.

Kemenangan itu menginspirasikan masyarakat setempat memakai nama Minangkabau, yang berasal dari ucapan “Manang kabau” (artinya menang kerbau).

Yang jelas bangunan rumah adat Minangkabau mencirikan tanduk kerbau dan hewan ini banyak dipelihara untuk dipelihara dan untuk korban upacara adat. Akan tetapi suku bangsa ini lebih suka menyebut daerah mereka Ranah Minang (Tanah Minang ) bukan Ranah Kabau ( Tanah Kerbau ).





Kisah tambo ini juga dijumpai dalam Hikayat Raja-raja Pasai dan juga menyebutkan bahwa kemenangan itu menjadikan negeri yang sebelumnya bernama Periaman menggunakan nama tersebut. Selanjutnya penggunaan nama Minangkabau juga digunakan untuk menyebut sebuah negeri, yaitu Negeri Minangkabau, yang terletak di kecamatan Sungayang, kabupaten Tanah Datar, provinsi Sumatera Barat.

Dari tambo yang diterima secara turun temurun, menceritakan bahwa nenek moyang mereka berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Walau tambo tersebut tidak tersusun secara sistematis dan lebih kepada legenda berbanding fakta serta cendrung kepada sebuah karya sastra yang sudah menjadi milik masyarakat banyak. Namun demikian kisah tambo ini sedikit banyaknya dapat dibandingkan dengan Sulalatus Salatin yang juga menceritakan bagaimana masyarakat Minangkabau mengutus wakilnya untuk meminta Sang Sapurba (tokoh mitos di Bumi Melayu) salah seorang keturunan Iskandar Zulkarnain tersebut untuk menjadi raja mereka.

Monday, May 11, 2015

Projek Bela Kerbau Ulu Tembeling Melalui 1Kampung 1Koperasi Kerbau



Foto klasik kerbau-kerbau Ulu Tembeling mandi manda di Sg Tembeling pada tahun 1920an sebelum bah besar 1926.





Cadangan Kerbau feedlot NFC Ulu Tembeling yang dicadang WZWH tidak mendapat kelulusan kerana pemimpin negara ketika itu suka bela lembu.

Kena fikir back to basic bela kerbau bagus untuk ekonomi orang kampung. Maka dicadangkan Projek bela kerbau Ulu Tembeling melalui 1Kampung 1Koperasi bela kerbau. Ada 5 kampung maka 5 koperasi dari Kg Pagi, Kg Kuala Sat, Kg Bantal, Kg Gusai dan Kg Mat Daling.

Bela 5000 ekor kerbau dulu so kos 5000 X RM4000 = RM20 juta. Setiap kampung bela 1000 ekor kerbau.

Perlu tanam padi bagi menghasilkan sekam yang boleh dicampur dengan tanaman napier, kacang hutan dan daun ketom baru boleh menghasilkan daging kerbau yang lembut dan hitam berkilat.

Kenapa perlu bela kerbau di 5 kampung di Ulu Tembeling? Ini sebab-sebabnya:

NFC ialah projek kerajaan bagi membekal daging lembu segar kepada pengguna domestik. Kerajaan sedar negara terlalu bergantung kepada daging import. Negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Laos lebih maju industri feedlot dari Malaysia.

Kalau kita kaji sejarah lembu bukan haiwan asal Tanah Melayu. Lembu dibawa dari India oleh orang India sebab itu orang India sangat pandai ternak atau bela lembu. 

Sebenarnya memang Tanah Melayu ada lembu tapi lembu asal Tanah Melayu sangat liar dan lari ke dalam hutan tebal. Orang Melayu panggil lembu ini seladang. Seladang jangan dibuat main sebab itu orang Melayu bela kerbau.

Nenek moyang kita orang Melayu memang bela kerbau, makan daging kerbau, minum susu kerbau, minyak kerbau dan dibuat dadih. Orang Melayu yang makan daging kerbau dia lebih sifat keMelayuannya.

Sejak orang Melayu pandai makan daging lembu ini orang Melayu sudah jadi lain sifatnya ada meniru Orang Putih, ada meniru orang India dan ada juga meniru orang Cina.

Begitulah serba sedikit sejarah lembu di Malaysia. Apa yang WZWH sampaikan jangan kita lupa kerbau makanan daging nenek moyang kita makan selama ini.

Di negeri WZWH masih ramai orang Pahang suka makan daging kerbau. Taburan kerbau banyak di Jerantut, Lipis, Raub, Temerloh,Maran, Pekan dan Rompin.

Orang Melayu dulu suka kerbau sebab kerbau lebih cerdik dari lembu logiknya kalau makan daging kerbau maka orang Melayu lebih cerdik dari orang Melayu yang makan daging lembu. WZWH tak ada data saintifik hendak buktikan fakta ini. Tapi kalau tengok gelagat politik orang Melayu hari ini yang suka makan daging lembu dari gelagat politik orang Melayu dulu mungkin ada asasnya!

Orang politik yang suka makan daging lembu kurang setia kepada bos.

Di Jerantut pula Lembah Tembeling membekalkan banyak kerbau. Kerbau Tembeling gemuk-gemuk belaka kerana rumput semulajadi dan kerbau Tembeling pelik sikit suka mandi manda di sungai. Kalau kita hilir mudik sepanjang Sungai Tembeling kita akan jumpa kekawanan kerbau berendam.

Beratus-ratus tahun dulu memang moyang-moyang WZWH suka bela kerbau. Beribu-ribu kerbau. Tapi bila bah besar 1926 habis kerbau-kerbau moyang WZWH dibawa air, banyak yang mati dan dihanyutkan.

Suatu ketika dulu kerbau diternak untuk dijadikan sebagai tenaga kerja membajak sawah atau kebun. Haiwan itu digunakan kerana ia dikatakan gagah untuk melaksanakan tugas berat selain boleh diajar memahami arahan tertentu.

Kini di negara kita haiwan itu tidak lagi digunakan untuk bekerja berikutan penggunaan teknologi moden yang menyaksikan kemasukan jentera mengambil alih tugas berat berkenaan.

Sejak era pemodenan sektor pertanian diambil alih jentera, kerbau semakin terpinggir apabila tidak ramai lagi penduduk menternak haiwan itu, berbanding ternakan lain, termasuk lembu dan kambing yang sentiasa mendapat tempat, sama ada untuk daging atau susunya.

Keadaan yang sama juga berlaku di negeri ini apabila kerbau yang suatu ketika dulu boleh diukur sebagai kekayaan seseorang, kini semakin pupus. Haiwan itu semakin sukar ditemui termasuk di kawasan sawah di luar bandar.

WZWH mahu mencadangkan sebuah Koperasi Bela Kerbau bagi setiap 5 kampung Ulu Tembeling supaya Projek Bela Kerbau  diusahakan oleh koperasi . Berapa RM juta soft loan melalui ECER boleh diberi kelulusan itu boleh guna budi bicara kerajaanlah terutama DS Najib PM.

Ini satu cara mudah dan simple mempertingkat ekonomi orang kampung.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...