Wednesday, March 9, 2016

Ekonomi Semakin Baik, Harga Minyak Dan Komoditi Mulai Naik, DS Najib Lebih Fokus



Malaysia doesn't need economic contingency plan for now - Najib sila klik sini.

Harga minyak dunia melebihi USD40 per barrel. Lebih tinggi dari andaian harga minyak USD30 per barrel asas Pelarasan Bajet 2016.

Matawang Ringgit semakin kembali stabil pada kadar 1 USD = RM4 dan Ringgit akan kembali kuat.

Harga komoditi seperti minyak sawit mulai menaik.

Ini membuat Kerajaan tidak bercadang mahu membatalkan atau mengurangkan projek-projek yang telah DILULUSKAN.

Apa yang perlu Perbelanjaan Kerajaan dioptimunkan dan Kerajaan tetap teruskan terutama projek-projek yang berimpak tinggi mengikut jadual perancangan memberi kebaikan kepada rakyat.


World Bank confident Malaysia will grow additional 8 pct GDP by 2030 sila klik sini.


Bank Dunia yakin Malaysia mencapai pertumbuhan GDP 8% pada 2030 berdasar rate sekarang akibat  pasaran yang semakin besar ekoran Perjanjian TPP.

Penghapusan Tariff dan Non Tariff selepas Perjanjian TPP yang akan di implemen pada  2018 membolehkan ekonomi Malaysia kompetitif dan memberi kebaikan kepada ekonomi Malaysia dengan eksport yang lebih tinggi volume.

Dengan prestasi ekonomi Malaysia yang mantap membuatkan DS Najib lebih fokus.

Tuesday, March 8, 2016

Perjalanan Mahathir Mencari Ilmu Politik Laduni Nabi Khaidir Antara Syariat Dan Makrifat



Salah satu kisah Al-Qur'an yang sangat mengagumkan dan dipenuhi dengan misteri adalah, kisah seseorang hamba yang Allah SWT memberinya rahmat dari sisi-Nya dan mengajarinya ilmu. Kisah tersebut terdapat dalam surah al-Kahfi di mana ayat-ayatnya dimulai dengan cerita Nabi Musa, yaitu:


"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: 'Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan-jalan sampai bertahun-tahun." (QS. al-Kahfi: 60)


"Seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami." (QS. al-Kahfi: 65)


Ilmu Musa yang berlandaskan syariat menjadi bingung ketika menghadapi ilmu hamba ini yang berlandaskan hakikat. Syariat merupakan bagian dari hakikat. Terkadang hakikat menjadi hal yang sangat samar sehingga para nabi pun sulit memahaminya.


"Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu ?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?' Musa berkata: 'Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.' Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.'" (QS. al-Kahfi: 66-70)


Mahathir adalah tokoh pemimpin Islam yang kehidupannya terlalu fokus kepada politik. Tidak seperti pemimpin sebelum ini selepas bersara tidak lagi mencampuri urusan politik mentadbir negara.

Bahkan juga pemimpin bukan Islam seperti mantan-mantan  Presiden AS tidak campur urusan politik selepas bersara.

Persoalan kenapa Mahathir tetap aktif berpolitik mencampuri urusan pentadbiran Malaysia menjadi minat dan kajian para akademik dan politician diseluruh dunia.

Ketika Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri Najib Razak yang boleh mengerakkan AS, China, Arab dan berpengaruh di Asia namun tetap Mahathir tidak bersetuju.

Mahathir mahu Najib menjadi Perdana Menteri yang bagaimana? Apa ukuran piawai dan standard yang Mahathir mahu? Itu persoalan yang mahu dicari jawapan oleh penyelidik politik  dunia.

Ya, ketika Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia, Malaysia terserlah kemajuan. Dikagumi dunia. Dunia Islam pun turut mengkagumi Mahathir.

Malah ada yang mengatakan Mahathir itu tarafnya wali Allah.

Ketika itu juga Malaysia ada Anwar Ibrahim pemimpin yang juga berpengaruh di AS, Eropah, dunia Islam dan rantau Asia. Namun tetap Mahathir tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim.

Mahathir dipercayai mempunyai ilmu politik laduni iaitu boleh nampak apa yang berlaku di masa depan. 

Mahathir menentang Anwar Ibrahim sebab walau sedikit melanggar syariat tapi Mahathir percaya berlandaskan hakikat.

Kisah Mahathir dan Anwar Ibrahim telah menjadi sejarah dan akan diperdebatkan oleh akademik dan politician terkemudian.

WZWH lebih berminat dengan tindakan Mahathir sekarang menentang Najib. Apakah ilmu politik laduni yang Mahathir mahu capai?

Sudah tentu tindakan Mahathir menentang Najib dengan berpakat dengan pembangkang membuatkan orang UMNO mengutuk Mahathir.

Bila Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebagai tokoh-tokoh simbol pembangkang embrace Mahathir maka...

Mahathir yang dulu digelar bermacam-macam gelaran tidak baik dalam politik hari ini sudah dipuji, disayang dan dipuja serta di revered oleh penyokong pembangkang.

Tindakan politik laduni Mahathir ini secara hakikat telah menguatkan UMNO. PAS parti Islam yang tidak menyokong politik laduni Mahathir yang melanggar syariat mahu mengulingkan Najib sebagai Perdana Menteri menguatkan lagi politik kerjasama antara UMNO dan PAS akan datang.

Sengaja Mahathir menembak awal Najib isu-isu yang ada lagi 2 tahun tempoh pilihanraya membolehkan Najib dan kerajaan bersedia menjawab hingga isu-isu itu akhirnya menjadi basi kerana telah dijawab.

Hasil hakikatnya UMNO boleh memerintah lagi dan Najib sepenggal lagi menjadi Perdana Menteri. 

Demikianlah perjalanan Mahathir mencari ilmu politik laduni Nabi Khaidir antara syariat dan makrifat.

Para ulama berbeda pendapat berkenaan dengan Khidir. Sebagian mereka mengatakan bahwa ia seorang wali dari wali-wali Allah SWT. Sebagian lagi mengatakan bahwa ia seorang nabi.


"Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melobanginya. Musa berkata: 'Mengapa kamu melobangi perahu itu yang akibatnya hamu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.' Dia (Khidir) berkata: 'Bukankah aku telah berkata: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.' Musa berkata: 'Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.' Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata: 'Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih itu, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar.' Khidir berkata: 'Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku?' Musa berkata: 'Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah engkau memperbolehkan aku menyertairnu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.' Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata: 'Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu.' Khidir berkata: 'Inilah perpisahan antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya. Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam dari hasih sayangnya (kepada ibu dan bapaknya). Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya seseorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.'" (QS. al-Kahfi: 71-82)

Sunday, March 6, 2016

Pesan Parameswara Kepada Najib, " Bunuh Sang Rajuna Tapa! "







Sang Rajuna Tapa, Bendahara yang oleh kerana dendam kesumat belot meruntuhkan Kerajaan Singapura lama berkonspirasi dengan Majapahit pada tahun 1401 membuatkan Parameswara lari ke Melaka.


Sang Rajuna Tapa adalah seorang bendahara di pemerintahan Sultan Iskandar Shah (Parameswara) di Singapura dulu. Kerana dengki dan iri hati dari sesetengah pihak di istana, beliau sekeluarga telah difitnahkan. Anak perempuan beliau (Dang Anom), yang dikatakan seorang yang rupawan telah diambil sultan untuk dijadikan sebagai gundik walaupun ia nya telah pun di tunangkan dengan jejaka idaman nya sendiri, seorang panglima (Panglima Malang). 

Kerana taat atas kehendak sultan, Sang Rajuna Tapa reda anak nya dijadikan gundik walaupun hatinya remuk mengenangkan nasib yang menimpa. Anak perempuan Sang Rajuna Tapa menjadi gundik kesayangan sultan yang membangkitkan lagi rasa ketidak-puasan hati gundik gundik yang lain dan sang permaisuri.

Untuk dipendekkan cerita, sang panglima yang masih merindui kekasihnya datang di istana secara senyap untuk berjumpa dengannya. Saat ini lah yang ditunggu tunggu orang yang sememangnya iri-hati keatas kejayaan bendahara dan anak nya untuk memfitnah mereka berdua. Mereka ditangkap dan diheret di sekeliling kampung dan kemudian nya disula dikhayalak ramai. 

Sang Rajuna Tapa rebak mengenangkan nasib yang menimpa. Kerana terdesak dengan ketidak adilan sultan yang menghukum tanpa usul periksa, beliau mengutus surat ke Betara Majapahit untuk menyerang Singapura. Dan disaat getir anak nya disula, Sang Rajuna Tapa membuka pintu gerbang kota untuk memberi laluan pasukan Majapahit untuk menyerang. Habis satu kota bermandikan darah dan sultan bersama pengikut pengikutnya larikan diri ke Muar. Mengikut Sejarah Melayu, sedang Sang Rajuna Tapa dan isteri nya bersiap untuk melarikan diri, dengan kehendak Allah, mereka berdua bertukar menjadi batu.


Menurut Sejarah Melayu, selepas kejatuhan Empayar Srivijaya di Palembang pada abad ke-14, keluarga diraja Srivijaya yang terselamat telah melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya yang masih setia kepada Srivijaya.

Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya bernama Sang Nila Utama menawan Temasek dan membunuh gabenor yang dilantik kerajaan Ayuthaya, Temagi. Baginda kemudiannya mengasaskan Kerajaan Singapura lama. Baginda terus memerintah selama 48 tahun dan kekuasaannya diiktiraf oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaannya ke atas Palembang, Bintan dan Temasek.

Baginda mangkat pada tahun 1372 dan digantikan oleh anaknya, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) dan cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399).

Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki takhta Kerajaan Singapura lama dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Singapura selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa.

Saturday, March 5, 2016

Akhirnya Deklarasi Angan-Angan Sebelum Akhir Hayat



Begini kesudahan akhirnya perjuangan dua tokoh politik veteran hebat Malaya dan Malaysia.

Kalaulah boleh dibangkitkan orang yang sudah mati.

Sudah tentu tokoh-tokoh dan pemimpin politik yang sudah meninggal...

Dato' Onn Jaafar akan melompat kegirangan.

Tunku Abdul Rahman akan memandang sinis.

Tun Razak akan kecewa

Tun Hussein Onn akan melopong

Dan Lee Kuan Yew akan terkejut beruk!

Dan yang pasti... 

Dato' Onn akan berkata" 70 tahun dulu saya sudah cakap, cadang usul.."

dan berkata lagi." Siapakah Perdana Menteri jika dari UMNO yang paling hebat ini (2016)?

Anwar Ibrahim Dan Pembangkang Terperangkap Dengan Genius Mahathir




Kelantangan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam isu korupsi dan kronisme ketika di dalam Umno menyebabkan beliau disingkirkan dari kerajaan secara zalim oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dipenjarakan pada tahun 1999.

Bermula dari peristiwa ini membawa kepada munculnya gerakan reformasi pada 2 September 1998. Sehingga tertubuhnya PKR pada 4 April 1999.

Selepas penangkapan Anwar yang membawa kepada siri demonstrasi besar-besaran memperlihatkan amukkan rakyat sehingga berpecahnya Umno dan lahirnya PKR.

Tubuhnya parti ini adalah kesan daripada kezaliman yang dilakukan Dr Mahathir terhadap bekas timbalan beliau sendiri iaitu Anwar secara tidak langsung memberi kesan yang hebat dalam sejarah politik tanah air. 

Kewujudan parti ini lantas mengubah landskap politik di Malaysia sehingga pada tahun 2008, Barisan Nasional (BN) buat pertama kalinya hilang majoriti dua pertiga.

Pembangkang yang ketika itu terdiri daripada PKR, PAS dan DAP semakin mendapat sambutan oleh rakyat apabila pada tahun 2013 BN hilang pula undi popular kepada pembangkang yang diketuai Anwar.

Dua tahun selepas Pakatan Rakyat memperoleh kejayaan yang memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum ke-13, PKR “kehilangan” ketua umumnya, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun.

Selang 2 hari selepas pemenjaraan Anwar, PAS pula kehilangan Mursyidul Amnya, Dato' Nik Abdul Nik Mat yang kembali ke rahmatullah. Nik Aziz dilihat sebagai tokoh penting yang menjadi penyatu antara PAS dengan PKR dan DAP selain Anwar.

Kehilangan kedua-dua pemimpin ini memberi kesan yang dahsyat kepada Pakatan Rakyat kerana peranan kedua-duanya merupakan penggerak kepada perpaduan bukan sahaja antara parti tetapi juga antara pemimpin dalam PAS, PKR dan DAP.

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpalit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta isu derma RM2.6 bilion dan beberapa lagi skandal yang dibongkar pembangkang malah bekas perdana menteri sendiri iaitu Dr Mahathir juga turut serta menghentam kepimpinan Najib.

Dr Mahathir dilihat begitu fokus dalam misinya untuk menyingkirkan Najib apabila berterusan menggunakan isu yang sehingga kini gagal ditangani dengan baik oleh Umno lebih-lebih lagi mengenai derma peribadi RM2.6 bilion serta 1MDB.

Kelemahan kepimpinan Najib sepatutnya memberi kelebihan buat pembangkang untuk mengambil peluang ini. 

Malangnya pembangkang hari ini sudah berpecah dan tidak bersatu serta saling menyerang sesama sendiri.

Parti pembangkang dilihat gagal mencari kesepakatan bersama berbeza ketika Anwar mengetuai pembangkang di samping Nik Aziz yang turut bersama menjadi penggerak kepada perpaduan antara pemimpin dalam PAS, PKR dan DAP.

Pembangkang dilihat gagal mencari titik persamaan dan seolah-olah memilih Dr Mahathir sebagai talian hayat akhir pembangkang menuju Putrajaya.

Kita tidak lupa dengan nasib 3 timbalan ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri. Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Anwar yang dibunuh kariernya.

Anwar antara sosok yang dilihat paling berpengaruh, berani dan bingkas bangun untuk melawan Dr Mahathir berbanding timbalannya yang lain seperti Musa, Ghafar dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Keluarnya Dr Mahathir dari Umno selepas kecewa dengan pentadbiran kerajaan yang diketuai Najib mengulangi sejarah ketika Pak Lah menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir keluar Umno pada tahun 2008 kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno yang diterajui Pak Lah.

Kemudian Dr Mahathir sertai semula selepas pelantikan secara rasmi Najib sebagai perdana menteri ke-6.

Persoalan yang timbul, adakah Dr Mahathir buat untuk Malaysia atau demi kepentingan beliau sendiri?

Jika untuk kepentingan Dr Mahathir sendiri adalah lebih baik tidak ambil peduli. Sejarah kali ini berulang semasa beliau keluar dari Umno ketika Pak Lah menjadi perdana menteri.

Kita sedia maklum Dr Mahathir mendesak Najib untuk melepaskan jawatan dan bukannya Dr Mahathir menentang Umno berbeza dengan pembangkang yang mahukan perubahan secara total dan bukan hanya perubahan perdana menteri atau beberapa orang menteri yang ditukar ganti dan itu jelas matlamat pembangkang.

Pembangkang hari ini berjaya memenangi sokongan rakyat adalah hasil dari kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan.

Jangan khianati perjuangan rakyat yang menyokong wadah perjuangan kalian lebih-lebih lagi pejuang rakyat yang masih setia semenjak era reformasi yang terjadi daripada keangkuhan pemerintahan Dr Mahathir sendiri. 

Selepas sidang media #SelamatkanMalaysia jelas menunjukkan Dr Mahathir bukan menentang BN tetapi Najib.

Berbeza dengan pembangkang yang mahukan perubahan secara total serta transformasi terhadap demokrasi di Malaysia.

Terima kasih pada Datuk S Ambiga yang sempat membangkitkan kezaliman terhadap Anwar. Di mana tokoh politik PKR yang lain?

Perlu diingat, Najib menjadi perdana menteri atas percaturan Dr Mahathir. Kini beliau memulakan kempen menjatuhkan Najib.

Kita bersorak girang dengan serangan Dr Mahathir. Tetapi yang menjadi persoalan, adakah kejatuhan Najib sebagai perdana menteri melemahkan BN atau menguatkan BN selepas ketiadaan Najib?

Buat pembangkang, adalah lebih baik cari jalan menyatukan semula parti pembangkang berbanding menggadai prinsip perjuangan dengan memilih Dr Mahathir yang kalian sendiri akui sebagai bapa segala punca kebobrokan yang berlaku.

Jika langkah penyatuan pembangkang-Dr Mahathir ini untuk kepentingan rakyat, maka itu adalah yang terbaik.

Namun, jika penyatuan ini untuk kepentingan individu tertentu, maaf langkah yang tidak boleh diterima.

Tuesday, March 1, 2016

Tun Mahathir Perlu Rawatan Psychiatrist Dan Agamawan Tarikat



Dalam umur 91 tahun Tun Mahathir lebih memerlukan rawatan psychiatrists dan perlu kerap berdamping dengan agamawan tarikat dari ahli dan penyokong politik bagi mencari ketenangan hidup.

Tun Mahathir beruntung diberi umur yang panjang oleh Allah untuk beliau melihat perkembangan politik, ekonomi dan sosial negara.

Dalam umur 90an ini Tun Mahathir perlu lupakan politik dunia yang kerap merunsingkan fikiran dan emosinya.

Apa-apa tindak tanduk negarawan yang berjasa kepada negara ini terutama selama 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri adalah sangat dihargai.

Dalam era politik kepimpinan DS Najib ini, segala gelagat politik Tun Mahathir samada yang positif dan negatif tidak perlu diambilkira sangat memandangkan Tun Mahathir dianggap seperti bayi atau remaja yang tidak pernah buat dosa.

Terbaru keputusan Tun Mahathir keluar UMNO kerana sudah tiga kali Tun Mahathir berada di luar UMNO. Beliau juga mengajak TS Muhyiddin Yassin dan penyokong mengambil langkah yang sama.

Pertama pada tahun 1969 dipaksa keluar dari UMNO dengan Tunku Abdul Rahman memecat keahlian UMNO beliau.

Kedua semasa era Tun Abdullah

Dan yang ketiga sekarang di era DS Najib.

Macam-macam reaksi politik diberikan. Ada pro DS Najib yang menghentam balik Tun Mahathir, ada yang mengutuk, ada yang suka, ada yang cuba rationalise.

Bagi yang pro Tun Mahathir pula ada yang kata kesan Tun Mahathir keluar UMNO ini akan beri kesan besar. Dijangka ramai ahli UMNO mahu keluar parti.

Bagi pembangkang pula baik DAP mahu pun PKR mengalu-alukan Tun Mahathir jika sekiranya mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan menjatuhkan politik DS Najib. Pembangkang mahu Tun Mahathir, TS Mahyuddin Yassin, DS Shafie Afdal, DS Mukhriz dan penyokong join the bandwagon.

Nampaknya sudah tenggelam nama DS Anwar Ibrahim dalam mengembeleng mobilise gerakan pembangkang yang lebih besar dan tersusun.

Spekulator politik meramalkan sudah tentu politik Malaysia lagi meriah dan menarik dengan kombinasi DAP + PKR + PAN + Group anti Najib ( Tun Mahathir, TS Mahyuddin Yasin, DS Syafie, DS Mukhriz) + DS Anwar Ibrahim melawan DS Najib ( UMNO + BN) pada PRU 14.

Sebagai blogger pro DS Najib, WZWH welcome secara gentelman perlawanan yang sihat ini.

Sebab WZWH mahu DS Najib buktikan Tun Mahathir itu salah dengan memenangi banyak kerusi parlimen dan DUN PRU 14.

WZWH lebih prihatin kepada Tun Mahathir. Harap DS Najib dan Kerajaan boleh menyediakan satu medical team psychiatrists bagi memberi kaunseling kepada jiwa dan emosi Tun Mahathir yang terganggu. Keperluan ini bagi mantan Perdana Menteri.


Dampingan agamawan tarikat mengelilingi Tun Mahathir perlu bagi membersihkan hati. Buang sifat buruk hati dan ganti dengan sifat baik hati. Jauhi sifat dendam dan nafsu amarah melampau.


Bukan agamawan tarikat sahaja yang berkata begitu.

Tun Mahathir perlu belajar dari agama lain umpama Hindu. Lihat bagaimana Mahathma Gandhi mengendali jiwa dan emosi politiknya. 


Lihat Lord Buddha yang penuh kesabaran dan mendoakan kebaikan serta kesejahteraan kepada semua tidak kira kawan atau musuh.


Lihat ajaran Tao dan Lao Tze yang menekankan virtue sabar dan buang sifat dendam serta kebencian melampau. Jangan mahu menang semua.


Atau mendengar kata-kata Tok Batin Orang Asli Hutan Tembeling " Usah dilawan Tok Najib tu , tuhan bagi dia kuasa memerintah biarlah dia tentukan coraknya".

Monday, February 29, 2016

Mengukur Malaysia A Failed State Guna Fragile States Index 2015






Another 2 years of Najib, Malaysia will be failed state, 
says Lim Kit Siang - sila klik sini.


Ucapan Lim Kit Siang sempena dinner Sambutan 50 tahun DAP dan Birthday ke-75 di Dewan Sekolah Han Chiang Pulau Pinang.

Adakah kenyataan ini berasas atau hanya luahan emosi politik?

Mari kita mengukur Malaysia a failed state ikut Fragile States Index 2015.

Sebelum itu apa definasi A Failed State?

Although there is no one accepted definition, according to the Fund for Peace a state that is failing has several attributes. 

One of the most common is the loss of physical control of its territory or a monopoly on the legitimate use of force. 

Other attributes of state failure include the erosion of legitimate authority to make collective decisions, an inability to provide reasonable public services, and the inability to interact with other states as a full member of the international community. 

The 12 indicators cover a wide range of state failure risk elements such as:

  • extensive corruption 
  • extensive criminal behavior
  • inability to collect taxes
  • inability draw on citizen support 
  • large-scale involuntary dislocation of the population 
  • sharp economic decline
  • group-based inequality 
  • institutionalised persecution
  • institutionalised discrimination 
  • severe demographic pressures
  • brain drain
  • environmental decay

States can fail at varying rates through explosion, implosion, erosion, or invasion over different time periods.

For 11 years now, the Fragile States Index, created by the Fund for Peace and published by Foreign Policy, has taken stock of the year's events, using 12 social, economic, and political indicators to analyze how wars, peace accords, environmental calamities, and political movements have pushed countries towards stability or closer to the brink of collapse. 

The index then ranks the countries accordingly, from most fragile to least: Sila Klik Sini

OVERALL RANK COUNTRY     INDICATOR SCORE

1  SOUTH SUDAN 114.5
2  SOMALIA 114
3  CENTRAL AFRICAN REPUBLIC 111.9
4  SUDAN 110.8
5  DEMOCRATIC REPUBLIC OF THE CONGO 109.7
6  CHAD 108.4
7  YEMEN 108.2
8  AFGHANISTAN 107.9
9  SYRIA 107.8
10 GUINEA 104.9
11 HAITI 104.5
12 IRAQ 104.4
13 PAKISTAN 103
14 NIGERIA 102.5
15 IVORY COAST 100.1
16 ZIMBABWE 100
17 GUINEA-BISSAU 99.9
18 BURUNDI 98
19 NIGER 97.8
20 ETHIOPIA 97.5
21 KENYA 97.3
21 LIBERIA 97.3
23 UGAND A97
24 ERITREA 96.9
25 LIBYA 95.3
26 MAURITANIA 94.9
27 MYANMAR 94.7
28 CAMEROON 94.3
29 NORTH KOREA 93.8
30 MALI 92.9
31 SIERRA LEONE 91.9
32 BANGLADESH 91.8
33 REPUBLIC OF THE CONGO 90.8
34 SRI LANKA 90.7
35 EAST TIMOR 90.5
35 NEPAL 90.5
37 RWANDA 90.2
38 EGYPT 89.9
39 BURKINA FASO 89.2
40 LEBANON 88.1
41 DJIBOUTI 88
42 ANGOLA 87.9
42 CAMBODIA 87.9
44 IRAN 87.1
44 MALAWI 86.9
46 MOZAMBIQUE 86.9
47 TOGO 86.8
48 PHILIPPINES 86.2
48 SWAZILAND 86.2
50 SOLOMON ISLANDS 85.9
51 GAMBIA 85.4
52 UZBEKISTAN 85.3
53 ZAMBIA 85.1
54 EQUATORIAL GUINEA 84.8
55 LAOS 84.4
56 MADAGASCAR 83.6
57 TAJIKISTAN 83.4
57 PAPUA NEW GUINEA 83.4
59 COMOROS 83.3
60 SENEGAL 82.9
61 COLOMBIA 82.5
62 KYRGYZSTAN 82.2
63 TANZANIA 80.8
64 GUATEMALA 80.4
65 RUSSIA 80
66 LESOTHO 79.9
67 ALGERIA 79.6
68 ISRAEL/WESTBANK 79.4
69 INDIA 79.3
70 GEORGIA 79.2
71 THAILAND 79.1
72 NICARAGUA 79
73 BENIN 78.8
74 BHUTAN 78.7
74 VENEZUELA 78.7
76 BOLIVIA 78.1
76 HONDURAS 78.1
78 TURKMENISTAN 77.4
78 BOSNIA HERZEGOVINA 77.4
80 AZERBAIJAN 77.3
81 JORDAN 76.9
82 FIJI 76.7
83 CHINA 76.5
84 UKRAINE 76.3
85 ECUADOR75.9
86 TUNISIA 75.7
87 BELARUS 75.6
88 INDONESIA 75
89 TURKEY 74.6
89 MOROCCO 74.6
91 MALDIVES 74.3
92 SERBIA 73.8
93 SAO TOME AND PRINCIPE 73.7
94 MICRONESIA 73.5
94 CAPEVERDE 73.5
96 MOLDOVA 73
97 VIETNAM 72.4
98 PERU 72
99 MEXICO 71.9
100 GHANA 71.8
101 SAUDI ARABIA 71.6
102 EL SALVADOR 71.4
103 PARAGUAY 71.3
104 DOMINICAN REPUBLIC 71.2
104 GABON 71.2
106 NAMIBIA 70.8
107 GUYANA 70.5
108 ARMENIA 69.7
109 SURINAME 68.4
110 KAZAKHSTAN 68.3
111 SAMOA 68.2
112 CUBA 67.4
113 SOUTHAFRICA 67
114 CYPRUS 66.2
115 MALAYSIA 65.9
116  BELIZE 65.3
117 JAMAICA 64.6
118 MACEDONIA 64.5
119 BAHRAIN 64.4
120 GRENADA 63.5
121 BRUNEI 63
122 BOTSWANA 62.8
123 BRAZIL 62.7
124 SEYCHELLES 62.1
125 ALBANIA 61.9
126 TRINIDAD AND TOBAGO 58.7
127 ANTIGUA AND BARBUDA 57.8
128 KUWAIT 57.5
129 MONGOLIA 57
130 BULGARIA 55.4
131 PANAMA 54.6
132 ROMANIA 54.2
132 MONTENEGRO 54.2
134 GREECE 52.6
135 OMAN 52
136 BAHAMAS 51.5
137 CROATIA 51
138 BARBADOS 49.3
139 HUNGARY 49.1
140 LATVIA 48.5
141 ARGENTINA 47.6
142 COSTA RICA 46.8
143 QATAR 46.3
144 UNITED ARAB EMIRATES 46.2
145 MAURITIUS 45.2
146 ESTONIA 43.7
147 ITALY 43.2
148 LITHUANIA 43
149 SLOVAKIA 42.6
150 CHILE 41.5
151 MALTA 40.9
151 SPAIN 40.9
153 POLAND 39.8
154 CZECH REPUBLIC 37.4
155 URUGUAY 36.4
156 SOUTH KOREA 36.3
157 JAPAN 36
158 UNITED STATES 35.4
159 SINGAPORE 34.4
160 FRANCE 33.7
161 UNITED KINGDOM 33.4
162 SLOVENIA 31.5
163 BELGIUM 30.5
164 PORTUGAL 29.7
165 GERMANY 28.1
166 NETHERLAND S26.9
167 AUSTRIA 25.8
168 CANADA 25.6
169 IRELAND 24.6
170 AUSTRALIA 24.3
171 ICELAND 23.4
172 NEWZEALAND 22.6
173 SWITZERLAND 22.3
174 LUXEMBOURG 22.1
175 DENMARK 21.4
176 NORWAY 20.9
177 SWEDEN 20.2
178 FINLAND 17.7


Malaysia masih jauh lagi untuk menjadi a failed state. Kedudukan 115/178 membuktikan kenyataan Lim Kit Siang itu adalah tidak berasas hanya lebih kepada retorik politik semata-mata.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...