Monday, May 30, 2016
Puaka Sungai Kembir Dan Saka Penyelam Ikan Paling Lama Dalam Dunia (Unofficial)
Posting ini WZWH cuba bicara cerita mistik atau paranormal yang berlaku di kampung pedalaman Ulu Tembeling. Of course mungkin ramai pembaca yang tidak percaya tetapi ini cerita betul yang WZWH dapat cerita ini first hand dari sumber yang pertama.
Cerita Pertama: Puaka Sungai Kembir
Kejadian berlaku pada bulan Dec 1983. Dua orang lelaki penduduk Kg Mat Daling yang pergi ke hutan mencari kayu gaharu hingga ke Ulu Sg Kembir. Dua orang ini mahu kembali ke kampung tapi setiap kali mencuba tetap berjumpa pada tempat yang sama. Bererti mereka hanya mengelilingi lokasi yang sama. Mereka sesat selama 2 minggu. Dengan makan daun-daun dan umbut mereka survive hingga pakaian mereka mereput. Mereka jadi bingung dan takut kerena sepanjang malam selama 2 minggu ada sesuatu yang menemani mereka, memandang kepada mereka dari jauh seolah-olah memberi mesej jangan lari dari situ.
Oleh kerana sudah 2 minggu masih lagi tidak dijumpai dua orang lelaki itu setelah anggota keselamatan, polis, askar, rela, orang kampung semua mencari tapi tidak juga jumpa. kelauarga telah pun buat kenduri arwah bagi kedua lelaki yang sesat di hutan itu.
Seorang dari mangsa itu bercerita kepada WZWH, " Lembaga itu tinggi, berbulu dan bermata merah menyala tepat memandang kepada mereka berdua. Kedua lelaki itu berasa sangat takut dan tidur dibawah akar kayu. Hampir setiap malam lembaga itu akan muncul.
Akhirnya kedua lelaki itu dapat juga jalan keluar merempuh hutan tebal, semak dan belukar. Keadaan mereka berdua begitu teruk sekali dengan kedua mata masing-masing cengkung ke dalam. Akhirnya mereka berdua terjumpa kongsi balak dan tukang masak kongsi balak itu seorang nyonya perempuan Cina telah menyediakan makanan untuk mereka.
Ini bukti pembalakan sudah berlaku pada tahun 1983 di hutan berdekatan Hulu Sg Kembir.
Kedua orang lelaki itu selamat tiba dikampung dan keluarga masing-masing dan sanak saudara gembira dalam tangisan.
WZWH diberitahu memang puaka Sungai Kembir itu wujud. Lembaga itu tidak bercakap bila berjumpa manusia.
Ironinya pada bulan Dec 1983, WZWH ada di Kg Mat Daling bercuti selepas exam SRP. WZWH ada di Sg Kembir itu kerana pemandangan di Sg Kembir sangat indah dan cantik seperti foto di atas. Tetapi tidaklah WZWH mudik hingga Hulu Sg Kembir.
WZWH diberitahu oleh orang-orang tua bahawa di Sg Kembir dulu ada kegiatan perlombongan emas secara tradisional oleh orang Melayu dulu-dulu.
Cerita Kedua: Saka Penyelam Ikan paling lama dalam dunia (Unofficial)
Cerita ini diceritakan oleh seorang Penghulu di Ulu Tembeling kepada WZWH tentang pengalaman yang menakutkan bila beliau menemani kawan pergi mencari ikan (menyelam ikan) pada waktu malam di Kg Kuala Sat.
Kawan beliau adalah orang Ulu Tembeling. Cerita orang Ulu Tembeling boleh menyelam lama bukanlah satu benda yang pelik bagi WZWH kerana sejak kecil lagi WZWH tahu orang Ulu Tembeling boleh menyelam hingga 3 atau 4 jam.
Terlalu lama boleh menjadi penyelam paling lama dalam dunia tetapi ada sesuatu yang misteri.
Ini yang Penghulu itu cerita , menakutkan , tidak mahu ikut lagi kawannya itu mencari ikan di Sg Tembeling.
Berperahu, Penghulu tunggu di perahu, kawan penghulu sudah terjun sungai menyelam. Lama 3 hingga 4 jam. Timbul pun hanya ganti bateri lampu dan kembali terjun menyelam.
Penghulu menunggu di dalam sampan. Hari sudah jauh malam, malam makin gelap gulita. Tiba-tiba menjelma sesosok tubuk orang tua depan Penghulu dalam perahu.
Siapakah gerangan orang tua yang tidak diundang itu. Orang tua lelaki itu samar-samar wajahnya dalam malam pekat kegelapan. Orang tua itu memandang Penghulu.
Penghulu sudah mahu terkencing dalam seluar. Penghulu tidak sanggup memandang kepada orang tua itu.
Yang buat WZWH pelik dan hairan orang tua itu bercakap," Saya dulu jaga ayah pada budak ini (kawan Penghulu). Sekarang saya jaga budak ini."
Penghulu diam membisu. Penghulu tidak faham apa maksud orang tua itu.
Untuk membuat Penghulu sedikit berani terus menghulurkan rokok Surya kepada orang tua itu. Tapi tiada respon dari orang tua itu.
Lama kelamaan orang tua itu hilang dari pandangan Penghulu.
Sebaik sahaja kawan Penghulu itu timbul dengan membawa banyak ikan . Kedua mereka pun terus mendayung sampan ke tebing sungai. Penghulu tidak bercakap sepatah pun.
Esok hari Penghulu telah bercakap kepada seorang kawan yang lain tentang pengalaman menakutkan malam semalam. Kawan itu cakap," Saya pun dah terkena juga!"
Dia bawa Penghulu teman dia pergi cari ikan malam itu sebab dia tahu Penghulu kuat jiwa dan berani".
Sunday, May 29, 2016
Hikayat Ratu Saba, Khadam Kurap Dan Batara Matab
Ini ceritera hikayat yang tidak diketahui siapa pengarangnya. Tidak juga diketahui bila zamannya.
Ada pun ada baik juga diperdengarkan supaya anak cucu tahu natijah pengajaran cerita hikayat ini yang ada kaitan dengan Negeri Inderapura.
Mengikut yang empunya ceritera ada pun seorang bayi perempuan yang comel dilahirkan pada hari malam Jumaat lalu suka sangat keluarganya hingga diberi nama Ratu Saba.
Ratu Saba ini bila besar suka kepada kemewahan dan kemasyuran. Maka berkahwinlah Ratu Saba dengan Orang Kaya-Kaya tidak mengapa walau jadi isteri yang ke berapa.
Ratu Saba suka kepada keindahan kehijauan Alam Buana maka dipilihnya satu negeri yang besar dan luas Alam Buananya.
Dulu-dulu negeri itu dipanggil orang Negeri Inderapura. Negeri tempat tinggal para dewa-dewa.
Lalu diberi tempat di satu daerah Rau. Tempat itu diperelok tempat tinggal maka sukalah sakai-sakai daerah Rau melawat Ratu Saba.
Ratu Saba sangat gumbira. Bertambah lagi kemahuan Ratu Saba. Maka dapat lagi tempat yang juga sama cantik seperti di daerah Rau iaitu di daerah Ben. Barangkali sakai-sakai daerah Ben pun mahu tempat itu menjadi tumpuan orang, apa lagi Tok Batin daerah Ben pun setuju.
Ratu Saba jadi semakin tamak. Ratu Saba mahu lagi satu tempat yang di kata orang Inderapura tempat paling mistik dan indah kehijauan Alam Buana.
Ada pun tempat itu duduknya lagenda Sang Kelembai dan Naga Bersisik Emas Inderapura. Bukan senang mahu memiliki tempat itu.
Takut nanti disumpah Sang Kelembai menjadi batu atau disembur api oleh Naga Bersisik Emas.
Ratu Saba tidak peduli. Kalau tidak dapat tempat mistik itu kalau boleh tempat di daerah paling selatan Inderapura sudah kira boleh memuaskan hawa nafsu ketamakan Ratu Saba.
Nasib barangkali baik kerana di daerah Tem ada seorang bernama Khadam Kurap yang boleh membantu mencapai cita-cita Ratu Saba.
Dipanggil oleh Ratu Saba akan si Khadam Kurap itu menjelaskan maksudnya mencapai cita-cita.
Khadam Kurap meyakinkan Ratu Saba bahawa perancangan itu boleh dilaksana tetapi dengan syarat. Mesti minta bantuan Batara Matab.
Hanya Batara Matab boleh meyakinkan semua sakai-sakai hingga kepada Tok Batin Besar Inderapura bahawa Ratu Saba lah sosok tokoh Alam Buana Negeri Inderapura.
Pada zaman itu menjadi sosok tokoh Alam Buana sangatlah beruntung kerana ramai saudagar-saudagar suka memberi harta benda kepada sosok tokoh Alam Buana.
Maka Batara Matab, Khadam Kurap dan Ratu Saba pun bermesyuaratlah seadanya 3 hari 3 malam bagaimana mahu memberi malu kepada Sang kelembai dan Naga Bersisip Emas yang berdiam di tempat paling mistik dan indah itu.
Maka tersebarlah berita ke seluruh Negeri Inderapura bahawa Sang Kelembai sudah mencabut semua pokok perah dan kering segala air sungai kerana habis diminum oleh Naga Bersisip Emas.
Lalu menjadi perbualan di seluruh negeri-negeri jiran.
Tersangat mashurlah Ratu Saba, dan banyak mendapat laba dari saudagar-saudagar dari negeri-negeri di sebelah Titiwangsa.
Berjayalah rancangan Ratu Saba, Khadam Kurap dan Batara Matab dan akhirnya dikurnia oleh Tok Batin Besar tempat paling penuh mistik dan indah di Negeri Inderapura.
Sang Kelembai menghilangkan diri lari ke puncak Gunung memanggil awan-awan.
Naga Bersisip Emas akhirnya melimpahi air di sungai-sungai di Negeri Inderapura.
Saturday, May 28, 2016
Kenapa Kerajaan Pahang Buka Ladang Getah Dan Kelapa Sawit 60,000 Ekar Di Ulu Tembeling?
WZWH adalah blogger yang cintakan kehijauan hutan flora dan fauna. Kalau ikut hati WZWH mahu saja semua hutan dan pokok balak di Lembah Tembeling tidak ditebang walau sabatang pokok demi menjaga alam sekitar yang tidak ternilai bagi warisan generasi akan datang.
WZWH mahu ikut Negara Bhutan menjaga hutan flora dan fauna bagi Gross National Happiness. WZWH mahu Kerajaan Pahang charge Kerajaan Pusat kerana membekalkan oksigen yang fresh ke seluruh Semenanjung.
Sebab itu WZWH lebih senang bekerjasama dengan NGO Alam Sekitar SASET Temenggong Initiatives yang mahu menanam 1,000,000 pokok balak dalam masa 10 tahun akan datang.
Dulu Negeri Pahang penuh hutan lebat macam di atas. Banyak binatang buas. Tidak ramai penduduk sebab hutan lebat sangat dan binatang buas suka makan orang dan memusnahkan tanaman.
Pembesar-pembesar diberi kawasan dan dititah oleh Raja mengutip cukai terutama hasil hutan seperti kayu gaharu, kayu damar, minyak kuin, getah perca, sarang burung, dll selain cukai tanaman padi dan kerbau, kambing, ayam.
Segala hasil mahsul ini dipersembahkan kepada Raja sebahagiannya. Sebagiannya diguna oleh pembesar-pembesar bagi kegiatan politik dan kepentingan penduduk di kawasan.
Oleh kerana ramai Orang Asli mengadu kepada pembesar-pembesar letih naik gunung turun bukit berenang di tasik dan sungai mencari hasil mahsul hutan, dihisap pacat dan lintah, diketik tebuan dan penyengat maka tidakkah ada satu cara hasil ekonomi yang lebih tetap kedudukannya.
Maka pembesar-pembesar mendapat idea iaitu perladangan adalah bentuk ekonomi baru yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan.
Dipendekkan cerita, pada zaman moden ini, Kerajaan Pahang melalui GLC buka ladang getah dan kelapa sawit di mana tanah-tanah kerajaan yang difikirkan sesuai dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Sebab itu Kerajaan Pahang buka ladang getah dan kelapa sawit 60,000 ekar di Ulu Tembeling melalui Felcra, Yayasan Pahang dan PKNP bagi kepentingan Kerajaan Negeri Pahang dan memberi manfaat kepada rakyat Pahang terutama penduduk di Ulu Tembeling.
Dengan adanya ladang yang seluas 60,000 ekar dan akan dibuka lagi beratus ribu ekar lagi akan memerlukan beberapa fasiliti bukan sahaja kepada ladang malah kepada penduduk.
Projek perumahan penduduk Ulu Tembeling dibawah Projek Agropolitan Felcra memberi peluang kepada penduduk Ulu Tembeling memiliki rumah dan pulangan dalam bentuk saham.
Keuntungan Ladang Yayasan Pahang sebanyak 30% dalam bentuk dividen dipulang kepada penduduk Ulu Tembeling.
PKNP akan menjalankan aktiviti CSR bagi kepentingan penduduk setempat.
Projek ladang ini menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk Ulu Tembeling.
Projek perumahan penduduk Ulu Tembeling dibawah Projek Agropolitan Felcra memberi peluang kepada penduduk Ulu Tembeling memiliki rumah dan pulangan dalam bentuk saham.
Keuntungan Ladang Yayasan Pahang sebanyak 30% dalam bentuk dividen dipulang kepada penduduk Ulu Tembeling.
PKNP akan menjalankan aktiviti CSR bagi kepentingan penduduk setempat.
Projek ladang ini menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk Ulu Tembeling.
Projek Jalanraya Ulu Tembeling-Terengganu yang menelan kos RM1.1 bilion bila siap sepenuhnya akan lebih menghubungkan bandar Jerantut melalui Ulu Tembeling ke Dungun hingga Kuala Terengganu.
Kemudahan jalinan jalanraya ini akan memudahkan industri perladangan dan lebih cepat memangkinkan pertumbuhan ekonomi setempat.
Tapi sebelum siap sepenuhnya semua ladang itu maka ini lah foto-foto kerja tanah dalam proses pembikinan seperti dibawah:

Ini proses biasa buat ladang, tiada ada yang luar biasa inilah amalan sektor perladangan di seluruh dunia.

Sungai Tembeling surut, kurang air nampak pasir sebab musim teruk El Nino. Nanti bila berakhir musim El Nino, hujan akan turun seperti biasa dan bila masa hujan akan turun lebat, paras air Sungai Tembeling akan meningkat menghilir ke Sungai Pahang.
Perhatikan background foto di atas ada banyak lagi beratus ribu hektar hutan tetap terpelihara tidak diusik oleh Kerajaan Negeri Pahang. Hanya Kerajaan Pahang satu-satunya kerajaan yang paling banyak mengekalkan kawasan hutan di Malaysia.

Bila ada pemandangan foto macam ini jangan panik. Balak adalah hasil hutan bagi hasil mahsul Kerajaan Negeri Pahang. Bila buka projek jalan dan ladang mestilah pokok-pokok balak ditebang maka itu bagi kepentingan ekonomi Kerajaan Negeri Pahang.
Selepas ditebang maka anak-anak pokok balak akan ditanam semula ditempat hutan ditebang balak itu.
WZWH ingin mengingatkan kepada NGO Alam Sekitar terutama di Pahang iaitu PEKA perlu faham kenapa Kerajaan Pahang buka ladang dan janganlah membangkitkan emosi rakyat dengan sentimen foto-foto kerja-kerja tanah ladang dan projek jalan tanpa menjelaskan cerita yang sebenar.
Kerajaan Pahang serious membangunkan ekonomi penduduk pedalaman dengan berbagai macam projek-projek. Selepas ladang dan jalanraya itu siap sepenuhnya nanti maka kerja-kerja reforestation dan maintenance hutan, bukit dan sungai itu akan Kerajaan Pahang melalui kerjasama dengan Kerajaan Pusat, dengan pihak swasta akan memulihara semula alam sekitar.
Janganlah NGO Alam Sekitar ini oleh kerana terlalu excited dan teruja telah tanpa disedari menghasut rakyat membenci pemimpin dan pemerintah dan yang paling malang sekali oleh kerana berita dan cerita mengenai Taman Negara dan Ulu Tembeling yang tidak tepat boleh mengundang padah bila ramai pelancong sudah tidak berminat lagi mengunjungi Taman Negara dan kawasan sekitar.
Ini boleh membuatkan industri pelancongan menjadi pudar keranan tindakan dan gelagat NGO Alam Sekitar yang tanpa disedari telah sabotaj ekonomi penduduk tempatan.
Friday, May 27, 2016
Thursday, May 26, 2016
ADUN Tahan Bina 7 Masjid Baru Di Jerantut Dan Berpuluh Masjid lagi Sedang Diusahakan.

ADUN Tahan bekerja kuat mencari peruntukan membina 7 masjid dan berpuluh masjid lagi di Jerantut. Bukan sahaja di kawasan DUN Tahan tapi meliputi seluruh parlimen Jerantut.

ADUN Tahan percaya ahli politik yang bina banyak masjid untuk umat Islam beroleh banyak pahala dan mudah masuk syurga.
ADUN Tahan @ DS Hj Wan Amizan bin Hj Wan Abdul Razak adalah seorang ADUN yang begitu popular di Pahang kerana kerja kuat berusaha mencari peruntukan membina kemajuan seperti pembinaan jalaraya.
Kebanyakan projek-projek jalanraya berprofile tinggi di Pahang samada yang telah dilaksanakan dan bakal dibina adalah atas usaha kerja kuat beliau.
Walaupun beliau hanya seorang ADUN biasa tapi kekuatan will power dan political will beliau menyamai kekuatan 3 orang Menteri Besar.
Beliau juga pengerak membawa pelaburan ke Pahang dengan beberapa projek mega dengan usahasama Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Pahang dan Pelabur dari luar negara bagi memajukan Negeri Pahang.
ADUN Tahan juga tokoh membina Ladang Getah dan kelapa Sawit yang hampir keluasan 160,000 ekar dengan kerjasama GLC dan Syarikat Anak Negeri Pahang.
Sebab itu bila NGO Alam Sekitar bising kerana beberapa isu maka ADUN Tahan bertanggungjawab sepenuhnya di Negeri Pahang ini.
MB Pahang dan EXCO Pahang boleh lepas tanggungjawab sebab tidak terlibat dan tidak ada kuasa!
Sekarang ini satu lagi kegilaan hobi ADUN Tahan membina masjid baru.
ADUN Tahan bina 7 masjid baru di Jerantut dan berpuluh masjid lagi sedang diusahakan.
Beliau bukan sahaja membina masjid baru di kawasan DUN Tahan malah membina di seluruh parlimen Jerantut.
Antaranya:
- Masjid Baru Felda Padang Piol RM5.5 juta
- Masjid Baru Kg Som Jalan Benta RM1.5 juta
- Masjid Baru Kg Ulu Cheka RM3.5 juta
- Masjid Baru Kg Kuala Sat RM1.7 juta
- Masjid Baru Kg Kuala Teh RM1.3 juta
- Masjid Baru Batu Embun Jaya RM 5 juta (tapak sedang dikenalpasti)
- Masjid Baru Pelancongan Kuala Tahan RM12 juta (tapak sedang dikenalpasti)
Beliau mahu bina berpuluh masjid lagi di Jerantut. Itulah kepuasan beliau.
Beliau banyak menyumbang dan berjasa kepada kemajuan Negeri Pahang walau baru berkhidmat tidak sampai 2 penggal sebagai ADUN tapi jasa beliau menyamai hasil kerja 3 orang Menteri Besar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[Autosaved] WZWH Mula Menulis…
Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...
-
Kenapa orang muda Jerantut menyokong UMNO? Ada 2 sebab: Kepentingan Alif, Ba, Ta-agama, bangsa dan tanahair. Pengisian. Sekar...
-
Several Pakatan Rakyat's bloggers of whom friendly with WZWH put forward coup d'etat theory that UMNO should install a new king. T...
-
Di Jerantut ada banyak blog. Blog-blog ini tumbuh kerana ada pemimpinnya yang guna strategi perang gerila. Pemimpin gerila ini sudah kalah ...



