Saturday, July 16, 2016

Tun Mahathir Mengulangi Kesilapan Dato' Onn : Lawan UMNO Dan Gagal!



UMNO telah melahirkan dia orang genius politik yang tidak perlu WZWH perkenalkan kepada dunia iaitu Dato' Onn Jaafar dan Tun Mahathir Mohammad.

Dua orang genius politik super ego yang percaya mereka boleh menentukan masa depan UMNO samada berada di dalam atau di luar UMNO.

Jangan persoalkan jasa dan kepimpinan Dato' Onn dan Tun Mahathir kepada UMNO, agama, bangsa dan negara. Tidak terkira...

Posting ini mengkaji kenapa dua orang genius politik ini jadi begini dan bersifat essentrik.

UMNO parti keramat tidak perlukan ahli genius politik yang essentrik cukup dengan ahli parti yang biasa dan sederhana untuk membawa perjuangan UMNO.

Sejarah Dato Onn secara ringkas. Beliau adalah bangsawan, terlalu rapat dengan Istana. Tapi selalu mengkritik Istana hingga dibuang kerja dan buang negeri. Berani vokal hingga British tidak senang.

Beliau menubuhkan UMNO bersama banyak Pertubuhan Melayu lain yang anti Malayan Union. Tapi bila menjadi Presiden UMNO mencadangkan UMNO dibuka kepada bukan Melayu dan mahu tukar nama UMNO.

Sudah tentu isu Kerakyatan dan eksklusif kepentingan Melayu buat majoriti ramai ahli UMNO menentang. Kecewa dengan penolakan idea itu beliau lalu meletak jawatan.

Beliau menubuh parti baru IMP dengan membuka keahlian kepada bukan Melayu. Tetapi tidak mendapat sambutan. Menyedari mahu sokongan orang Melayu, beliau tubuh Parti Negara u-turn prinsip dan polisi beliau.

Akhirnya beliau berjaya menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu Selatan pada PRU 1959 dengan bantuan PAS ketika berumur 64 tahun! Beliau akhirnya menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat melawan UMNO dan Perikatan.

Beliau Lawan UMNO dan Gagal.

Sejarah Tun Mahathir. Tidak perlu diperkenalkan semua orang tahu. Beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Setar pada PRU 1964 ketika berumur 40 tahun. Kalah pada PRU 1969 kerana orang Cina tidak sokong beliau.

Kritikan beliau terhadap Tunku Abdul Rahman dan buku "Dilema Melayu" buat beliau dipecat dari UMNO.

Tetapi Tun Razak angkat beliau masuk UMNO pada 1972 dan dilantik Senator pada 1973 dan seterusnya bertanding di Parlimen Kubang Pasu pada 1974. Dilantik Menteri Pelajaran dan menang jawatan 3 Naib Presiden.

Selepas wafat Tun Razak pada 1976, anak Dato' Onn iatu Tun Hussein Onn yang menjadi Perdana Menteri melantik beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Setelah Tun Hussein bersara pada 1981 akhirnya Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hingga 2003.

Sehinggalah ke hari ini, Beliau tidak suka pegganti beliau Tun Abdullah dan DS Najib Tun Razak dengan berbagai alasan.

Beliau keluar UMNO lagi 2 kali. Beliau berpakat dengan pembangkang DAP, PKR dan PAN ketika PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Kini beliau adalah De Facto 'Ketua Pembangkang' membuatkan DS Anwar Ibrahim seorang lagi anak didik beliau yang beliau tidak suka tenggelam.

Maka kita melihat sejarah itu berulang.

Tun Mahathir mengulangi kesilapan Dato' Onn: Lawan UMNO dan Gagal.

Seperti Hitler tidak belajar dari sejarah bahawa Napoleon pun gagal menawan Russia akhirnya. Hitler tidak peduli tetap mengulangi kesilapan Napoleon. Akhirnya gagal.

UMNO itu lebih besar dari Dato' Onn dan Tun Mahathir.

UMNO itu parti Keramat.

Friday, July 15, 2016

Kempen 1 Rumah 3 Tangki Simpanan Air Di Felda Sungai Retang



Maklumat yang WZWH ingin kongsikan disini adalah bagaimana sistem bekalan air yang boleh menyelesaikan masalah bekalan air ketika musim Raya di Felda Sungai Retang, Jerantut. 

Sistem automatik ini  alhamdulillah boleh mengatasi sepenuhnya masalah bekalan air yang kadangkala berlaku sebelum ini, sebagaimana komen dari penduduk Felda Sungai Retang berhubung dengan masalah air.

Penduduk Felda Sungai Retang, InsyaAllah tidak akan mengalami masalah air lagi. Anak-anak dan cucu-cucu yang balik beraya dari perantauan tentu gembira bila tiada masalah bekalan air.

Rekabentuk sistem pam air secara menyeluruh seperti berikut. Selain daripada paip air daripada paip utama, kena sediakan  3 Tangki simpanan sebagaimana Gambarajah 1 dan foto dibawah, 2 paip saluran ke tangki utama, 3 punca elektrik untuk 3 Enjin pam air dan perigi bagi mempastikan penghuni tidak mengalami gangguan bekalan air. Sistem kini mempunyai suis otomatik sepenuhnya menggunakan Float Switch yang lebih sesuai berbanding Pressure Switch yang digunakan sebelum ini. Masalah yang dihadapi sebelum ini berpunca daripada Pressure switch yang mudah rosak. 


Di antara contoh Float Switch yang terdapat dipasaran.
Boleh  menggunakan switch seperti SK-12A.


Pengalaman seminggu sebelum Raya dan hingga Hari Raya ke empat, Felda Sungai Retang menghadapi masalah terputus bekalan air bermeter daripada PAIP. Kejadian ini berlaku akibat kemalangan/kerosakan loji air yang tidak dijangka oleh pihak Syarikat. Keadaan ini telah menimbulkan kesulitan kepada sebahagian besar penduduk di Felda Sungai Retang. 

Ini penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah bekalan air iaitu Sistem Simpanan Air sebagai "back-up" sekiranya terputus bekalan air bermeter atau pun air mengalami tekanan rendah.

Gambarajah 1 menunjukkan bagaimana sambungan paip air dilakukan, manakala Gambarajah 2 menunjukkan sambungan pendawaian elektrik untuk satu Pam air bagi membolehkan sistem ini berfungsi secara otomatik dengan menggunakan Float Switch. 



Gambarajah 1: Sistem air 



Gambarajah 2: Litar lengkap Pendawaian untuk 1 Pam air


Kos membina sistem air ini kurang dari RM4000.

Peneroka Felda Sungai Retang yang banyak mempunyai simpanan hasil dari jualan buah sawit dan insentif dari Felda serta sumbangan dari anak-anak dan cucu-cucu yang berjaya di perantauan boleh menampung menyediakan sistem air ini.

Jangan Tanya Felda dan PAIP apa sumbangan mereka.

Tanya apa sumbangan Peneroka dan Keluarga terhadap meningkatkan kualiti hidup?

Wednesday, July 13, 2016

Air PAIP Memancut Laju Di Felda Sungai Retang

Air PAIP memancut laju di Felda Sungai Retang. Tidak perlu kita bakar atau tebuk tong tangki air PAIP. Nanti Allah turun bala kepada kita!









Jangan kita oleh kerana tidak dapat mengawal sifat amarah dan tidak cuba bersabar hingga kita sanggup membakar dan menebuk tong tangki air PAIP samalah ini perbuatan Pengganas!

Apa lagi dengan menulis nama ADUN pada tong tangi air PAIP itu dan dibakar.




Tun Razak membangun Felda bukan mahu menjadikan masyarakatnya bertindak ganas.

Fikirlah dulu mula-mula datang ke Felda merempat dari kampung-kampung halaman bukan sahaja dari seluruh Pahang malah dari banyak negeri-negeri.

Dulu boleh minum air paya sekarang tidak boleh.

Berbagai nikmat dan kesenangan Felda beri

Kenapa tidak boleh bersabar!

Hanya sebab teknikal loji air terbakar pumpnya seminggu sebelum Raya, bila TNB sudah baiki sudah tentu air tidak sampai penuh.

Kebanjiran sanak saudara ke kampung-kampung tradisional berdekatan dan berkumpulnya keluarga masyarakat Felda Sg Retang sepenuhnya sudah tentu water pressure tidak kuat lalu air tiada.

Usaha driver lori air PAIP membawa tangki air diganggu, dimaki, diugut dengan parang dan kayu. Mana-mana lori driver pun tak sanggup nak pergi lagi takut keselamatan.

Lalu shaitan menghasut pengganas membakar tong tangki air PAIP dan menebuk beberapa tong lagi dengan nama ADUN Tahan ditulis pada tong itu.

Inikah perbuatan mulia masyarakat Felda?

Dari segi jangka panjang ADUN Tahan telah berunding dengan pihak KKLW, Felda, PAIP bagaimana mengatasi dengan peruntukan yang besar.

Walau Jurutera Daerah kata tidak lulus peruntukan.

Walau Ahli Parlimen kata tidak lulus peruntukan.

Hanya ADUN Tahan yang berani dan yakin berkata lulus peruntukan besar membina loji air yang berkapasiti lebih besar.

Memang itu kerja ADUN Tahan menjadikan sesuatu yang mustahil menjadi kenyataan!

Tapi dengan perbuatan membakar dan menebuk beberapa tong tangki air PAIP itu memyebabkan ADUN Tahan berasa malu dan kecewa menjadi YB di situ.

ADUN Tahan sudah kecewa.

PRU 14  ADUN Tahan tidak perlu lagi bertanding di situ!

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...