Thursday, September 8, 2016

Lagenda Ikan Tapah Menyelamatkan Masa Depan Pak Kaduk Penyabung Ayam




Kita biasa mendengar Hikayat Pak Kaduk yang gila berjudi menyabung ayam kerana ayam sabungnya sangat gagah dan kuat selalu menang pertandingan. Kemudian menang sorak kampung tergadai, hingga isteri dan anak sendiri pun tergadai kerana ayam sabung beliau yang telah ditukar kepada Sultan menang.

Tapi jarang kita dengar ada satu lagi Hikayat dan Lagenda yang atas kehendak Allah telah menolong Pak Kaduk membina masa depan dan mengubah beliau menjadi orang yang berjasa kepada keluarga, kampung dan Sultan serta negeri.

Ini sebenarnya cerita sejarah yang benar berlaku sekitar 1528 bila Sultan Muzaffar Shah I ibni Sultan Mahmud Shah Melaka ditabalkan di Perak.


Raja Muzaffar ibni Sultan Mahmud Shah [Raja Madapar/Raja Sulung], Raja Muda, who became Maulana Paduka Sri Tuanku Sultan Muzaffar Shah I ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah [al-Marhum Tanah Abang], Sultan of Perak (s/o Putri Unang Kemuning) 

Sultan Mahmud Shah m. (third) at Malacca, ca 1500, Putri Unang Kemuning [Otang Kentang], eldest daughter of Paduka Sri Sultan Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah, Raja of Kelantan, by his wife, a princess of Champa.


Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah I Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ia menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor di Kampung Pulau, Lambor Kiri.

Di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di Kampung Pulau Lambor Kiri. Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani.

Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam.

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah:

Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata. Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya. 

Dan di pihak Sultan pula, Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah. Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.

Kaduk pun berundur ke sebuah pulau bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Allah.

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. 

Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:


Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.


Ikan tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.




Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah.

Setelah segalanya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa. 

Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ia berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.


Keturunan Pak Kaduk:

DALAM SALASILAH MAHARAJA LAMBOR- NAMA CICIT PAK KADOK ADALAH TOH ANDAK MAJJIWA@ ANDAK MUDAM. SALASILAH MAHARAJA LAMBOR MELALUI GENI PIUT TOH SERI DEWA MAHARAJA PANJANG OGEK PAK KADOK ADA DI TULIS SALASILAHNYA SETAKAT ANDAK MUDAM ATAU TOH ANDAK MAJIWA BERKAHWIN DENGAN TOH GHAYAM 1619. CUCU MAHARAJA LAMBOR MENDAPAT 4 ANAK3 PEREMPUAN DAN SEORANG LELAKI. 1-LONG TEH BT TOH ANDAK MAJJIWA. 2- TOH NGAH MARIAM. 3- LONG PUASA @BUSU PUASA DAN TOH BAHTA. DARI KETURUNAN TOH NGAH MERIAM LAH EMAS TAPAH DIJAGA AMANAH. TOH NGAH MERIAM BEKAHWIN DENGAN UDA KATAB @ KATIP TOH ADAP BIN KANDA AMAN.MENDAPAT ANAK 4 ORANG 1- NGAH AMINAH 2- ALANG KONTIN 1790-1875 3- TOH SERI DEWA MAHARAJA PANJANG OGEK 1800-1881 4- PANDAK INU. ALANG KOTIN MEMPUNYAI 6 ORANG ANAK ANTARANYA PANDAK AMAN, UDA RAGAM, TEH NYAWA DAN 3 LAGI TAK DAPAT DI KESAN. TEH NYAWA BERKAHWIN DENGAN JALOR LONG PUASA IAITU PANDAK DEMAT BIN BUSU MAMAT JALOR LONG PUASA- ANAK MUADAM@ MAJIWA LAMBO- PULAU TIGA. MENDAPAT ANAK 8 ORANG 1- KULOP MAT JELAH 2- NGAH RASIAH 3- ALANG GHASIAH 4- UDA TIRAM 5- HAJAH HINDUN 6- PANDAK LOGAM 1873-1963 7- ITAM MAT LODIN 1875-1950 8- BUSUMAT BAKI. APA BILA ALANG KOTIN MENINGGAL EMAS TAPAH DI SEAHKAN KEPADA UDA RAGAM. APA BILA UDA RAGAM MENINGGAL DI SERAH KEPADA ANAKNYA. OLEH KERANA DISEBAB TIDAK DAPAT DI ELAKAN EMAS TAPAH INI SERAKAN KEPADA SEPUPU MEREKA PANDAK LOGAM PADA TAHUN 1950 UNTUK DI AMANAH JAGA SEHINGGA SEKARANG.

Kereta Senja...

Wednesday, September 7, 2016

Lebih Kejam Dari Firaun...

Audi Q7 The CEO Car...

DOJ Sendiri Nasihat Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Tun M Dan Kumpulannya!


Image result for department of justice loretta lynch


Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) didakwa pernah menasihati pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan tegas ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kumpulannya kerana berterusan membuat dakwaan palsu.
Apa yang berlaku menunjukkan dakwaan Tun M dan sahabatnya tidak benar sama sekali termasuk kononnya DOJ akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ia adalah tidak benar seperti yang dimaklumkan oleh DOJ sendiri melalui Peguam Negara AS, Loretta Lynch bahawa Najib tidak disiasat dalam kes 1MDB. DOJ juga sudah memaklumkan bahawa siasatan itu juga tiada kaitan dengan apa-apa siasatan jenayah ke atas Najib.
DOJ sendiri berasa kurang senang dengan pihak yang sengaja menuduh mereka kononnya akan memanggil dan mendakwa Najib dalam kes itu.
Selagi tiada tindakan tegas diambil ke atas Mahathir dan orang-orangnya, mereka akan terus membuat tuduhan dan dakwaan biarpun tidak ada asas atau fakta.
Mahathir menggunakan saman sivil berkenaan yang dikatakan ada individu tertentu sudah menyeleweng dana 1MDB untuk membiayai perkara-perkara tertentu untuk memburukkan nama Najib dan BN di mata dunia.
Di dalam saman sivil berkenaan nama Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan tidak disebut langsung oleh pihak DOJ.
Dalam kes yang sama, 1MDB sendiri tidak pernah pun membuat laporan atau aduan bahawa ada wang mereka sudah hilang akibat penyelewengan.
Tambahan lagi, 1MDB juga sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tiada sebarang aset di AS.

Tuesday, September 6, 2016

Strategi Terakhir Mahathir...

100_0796


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah meninggal dunia dalam usia 87 tahun pada 6 Disember 1990 di HKL sebelum diterbangkan dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star, Kedah. Al-Fatihah.

Almarhum Tunku Abdul Rahman ialah Bapa Kemerdekaan, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Presiden UMNO yang kedua.

Tidak perlu WZWH mengulas panjang drama politik Mahathir-Anwar yang telah mengubah banyak lanskap politik negara sejak peristiwa tragedi 1998.

Tidak dinafikan konflik politik mereka telah menjejaskan kekuatan politik UMNO dan BN ekoran perpecahan dalaman yang merosakkan parti.

Semalam setelah 18 tahun bersengketa, Mahathir hadir ke Mahkamah memberi salam kepada Anwar. Adakah Mahathir mahu beri signal berbaik dengan Anwar untuk menjatuhkan musuh N0 1 DS Najib Tun Abdul Razak adalah urusan Mahathir.

Tapi itu bukan strategi terakhir Mahathir.


















Strategi terakhir Mahathir ialah mengadap Makam Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meratap minta ampun dan maaf kerana perbuatan Mahathir 48 tahun yang lalu.

Itulah strategi Mahathir yang sebaik-baiknya dan paling mulia.

Monday, September 5, 2016

Agenda Ekonomi Bumiputera Untuk Jerantut Fast Track Sebelum PRU14




















Sedikit fakta untuk dikaji. KDNK Daerah Jerantut ialah RM2.5 bilion pada 2015. Sektor utama ialah pertanian 41% diikuti oleh sektor perkhidmatan 26%, perlombongan meningkat menyumbang.

Penduduk Jerantut berjumlah 101,096 pada banci 2015. Lebih 78% adalah orang Melayu. Mukim Pedah paling ramai penduduk berjumlah 30,592 manakala Mukim Hulu Tembeling paling kurang penduduk berjumlah 2,626.

Dari segi kemiskinan, di Pahang kemiskinan ditakrif berpendapatan bawah RM609 dan bawah RM392 dikira miskin tegar. Mukim Hulu Tembeling kadar kemiskinan yang tertinggi iaitu 4.94% yang mana purata pendapatan bulanan isi rumah juga terendah sebanyak RM779.


Agenda Ekonomi Bumiputera Untuk Jerantut

Apa yang pemimpin-pemimpin Jerantut boleh mengambil peluang dari Agenda Ekonomi Bumiputera Nasional.

Dua agenda besar untuk Bumiputera Jerantut:
  • Meningkatkan pendapatan purata bulanan isirumah Bumiputera.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan Bumiputera

Ini boleh dilaksana dengan pemimpin Jerantut dan pegawai kerajaan serta semua pihak melaksanakan pengisian lima teras iatu:


MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA


Menggalakkan anak-anak muda Jerantut yang lemah akademik supaya meningkatkan mereka dalam bidang-bidang kemahiran tertentu. Ini memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

Menggalakkan graduan Bumiputera Jerantut yang menggangur meningkatkan mereka dalam program latihan industri dan program lepasan ijazah


MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT


Menggalakkan Bumiputera Jerantut melabur dalam Skim Amanah Saham Bumiputera 2.


MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA


Pemimpin-pemimpin Jerantut perlu melobi Pelaburan Hartanah Berhad, Majlis Amanah Rakyat, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dan UDA bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutamanya di lokasi strategik di bandar Jerantut.

Pemimpin-pemimpin Jerantut perlu melobi Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di Jerantut.


MEMPERHEBAT KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA


Meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera Jerantut melalui kejasama yang erat antara pemimpin-pemimpin Jerantut dengan Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.

Tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia dan TEKUN nasional bagi kuota dana Jerantut.

Sistem pembangunan vendor Bumiputera bagi vendor Jerantut

Membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera Jerantut dalam aktiviti pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi seperti penternakan ikan Sturgeon bagi kaviar, kraftangan daun getah, dsb.

Skim SUPERB bagi pembiayaan baru usahawan Bumiputera Jerantut dipermudah.

MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Unit-unit Pembangunan Bumiputera diwujud di peringkat Negeri Pahang dan Jerantut


Lain-lain 

Peningkatan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020.

Ini pemimpin-pemimpin Jerantut kena usahakan bagi mendapatkan sebuah kampus atau mini Uitm di Jerantut.

Penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera di peringkat Negeri Pahang dan Jerantut.

Akhir sekali pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut perlu mengambil peluang kekayaan Bumiputera bagi diagihkan kepada 25,000 ahli UMNO Jerantut.

Bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO mahu meyakinkan Bumiputera Jerantut untuk Agenda Ekonomi Bumiputera untuk Jerantut kalau ramai orang UMNO Jerantut ekonomi mereka lebih susah dari Bumiputera Jerantut?

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...