Monday, November 21, 2016

Pembentangan Bajet Negeri Pahang 2017





Ringkasan:

KUANTAN: Bajet Pahang 2017 mencatatkan lebihan RM1.22 juta, dengan fokus terarah kepada usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan mencari sumber pendapatan baharu. Menteri Besar, YAB Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob, berkata kerajaan negeri akan meneruskan usaha mensejahterakan rakyat serta memperkasa agenda Bumiputera dan mengurus pembangunan modal insan menerusi pengukuhan pendidikan. Katanya, Bajet Pahang 2017 menganggarkan kutipan hasil sebanyak RM739.28 juta, manakala RM738.06 juta untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan. "Bajet kali ini juga menyediakan peruntukan pembangunan dengan anggaran berjumlah RM194.83 juta," katanya ketika membentangkan Bajet Pahang 2017 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. Kerajaan negeri menganggarkan kutipan hasil berjumlah RM739.28 juta dengan hasil tanah dan galian sebanyak RM343.18 juta; hasil perhutanan (RM100 juta); hasil air (RM5.5 juta); pemberian geran yang akan diterima daripada kerajaan Persekutuan (RM105.3 juta) dan lain-lain hasil (RM185.3juta). Perbelanjaan mengurus pula sebanyak RM738.06 juta terdiri daripada RM545.32 juta (batas perbelanjaan jabatan), RM23.14 juta (dasar baharu iaitu emolumen dan lain-lain seperti kenaikan gaji penjawat awam berdasarkan pekeliling terbaru) dan RM169.6 juta untuk bajet 'one-off'.

Thursday, November 17, 2016

Sejarah Bagaimana Negeri Pahang Mendapat Nama




Tiada siapa yang tahu bila negeri WZWH ini yang bernama Pahang Darul Makmur ini mendapat nama dan bagaimana. Apa yang WZWH tahu nama itu dari tradisi oral mulut orang tua-tua lama.

Kenapa jadi begitu kerana kita tiada budaya menulis dan mencatat. Kemungkinan hanya pendeta dan ilmuan Istana yang tahu. Tapi generasi emas ini sudah lama hilang. Tiada lagi untuk bercerita kepada kita.

Sedikit maklumat yang kita tahu dulu negeri ini digelar Inderapura.  Kotanya bernama Pura (sekarang Pekan). Lalu dipanggil orang negeri ini Inderapura.

Inderapura ini akhirnya dipanggil Pahang sejak ratusan tahun dulu yang hampir keseluruhan Selatan Semenanjung Melayu.

Semasa Empayar Majapahit berkuasa di Asia Tenggara selepas Empayar Srivijaya, seluruh Semenanjung di panggil Pahang oleh orang Jawa Majapahit. Bahkan Sumpah Palapa Patih Gajah Mada untuk terus berpuasa selagi tidak dapat menawan Pahang ada disebut.

Beribu tahun Pahang adalah pengeluar emas yang menjadi rebutan banyak empayar. Begitu banyak kuasa besar mahu menjarah Pahang demi emasnya dan lain-lain galian.

Ini menyebabkan banyak berlaku peperangan menyebabkan pemerintahnya dibunuh dan ramai rakyat Pahang lari berhijrah ke negeri-negeri lain.

Menurut cerita orang tua-tua Pahang mendapat nama mempunyai dua versi:

Versi pertama nama Pahang berasal dari sejenis pokok iaitu pokok Mahang (Sulalatus Salatin@ Sejarah Melayu ada menyatakan sewaktu Maharaja Dewa Sura pemerintah Siam lari dari diburu oleh Angkatan Melaka semasa era Sultan Mansor Shah.)

Versi ini tidaklah menyatakan bahawa nama Pahang itu diberi nama dari nama pokok Mahang semasa peristiwa Maharaja Dewa Sura diburu cuma menyatakan bagaimana Pahang mendapat nama.

Adapun rumah perempuan tua itu dekat sebuah anak sungai kecil, ada sepohon kayu mahang, maka dinamai anak sungai itu Pahang, sungai Batang Pahang. Maka disebut oranglah negeri Indera Pura itu negeri Pahang. Maka Maharaja Dewa Sura pun dibawa oranglah pada Seri Bija Diraja, maka lalu dibawanya hilir, dipersembahkannya kepada Bendahara Paduka Raja.

Versi ke dua menyatakan Pahang adalah dari bahasa orang Siam Asli yang mendiami di negeri ini yang sudah punya peradaban melombong emas dan timah yang bermaksud galian bijih timah terutama di sepanjang Sungai Tembeling orang Siam Asli ini melombong bijih timah.

Perlu diingat orang Siam Asli bukanlah orang suku Thai yang datang berhijrah ke Thailand dari Selatan China. Orang Siam Asli adalah orang Melayu yang beragama Buddha berasal dari Segenting Kra- terutama Chaiya semasa era Srivijaya dipanggil Darmaraja dan Ligor Kerajaan Tambralingga.

Melalui pedagang-pedagang juga boleh memberi pengetahuan apabila pedagang China sebelum tahun 1225 mengelar negeri Pahang ini dengan bermacam gelaran: Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan Peng-Keng.

Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang da.

Selepas itu negeri ini juga dipanggil Pahang Inderapura.

Selain Pemerintah Siam, Pemerintah Pahang dari Dinasti Melaka/Siam memerintah negeri ini selama lebih 171 tahun.

Kemudian Pemerintah Johor Dinasti Melaka memerintah Pahang selama 73 tahun.

Akhir Keluarga Bendahara Johor menjadi Pemerintah Pahang sejak tahun 1688 hingga sekarang.

Selepas tahun 1802 Pahang sudah menjadi bebas dari Johor dan menjadi warisan turun temurun Keluarga Bendahara dan membentuk Kesultanan sendiri sejak tahun 1882 hingga kini.

WZWH tulis petikan Sulalatus Salatin@ Sejarah Melayu yang mengambarkan negeri Pahang pada era zaman Melaka...


Adapun ini suatu riwayat diceriterakan oleh yang empunya ceritera: ada sebuah negeri, Indera Pura namanya; air sungai­nya tohor, lagi dengan rantau pasir sepanjangnya, dalam sungai itu terlalu banyak pulau, dalamnya aimya tawar sampai ke kuala. Musim utara gelora muaranya; kelian emas di hulu­nya, banyak padang luas-luas di sana. lsi hutannya gajah, badak, harimau, seladang dan sekalian perburuan. Adalah di­ceriterakan orang, daging seladang itu kurang sepemanggang­an daripada daging gajah. Dahulukalanya Indera Pura itu takluk ke benua Siam, nama rajanya Maharaja Dewa Sura, keluarga juga pada Paduka Bubunnya.

Wednesday, November 16, 2016

Projek Mendalamkan Sungai Pahang, Sungai Tembeling Dan Sungai Jelai



Projek mendalamkan Sungai Pahang perlu juga mengambilkira mendalamkan Sungai Tembeling dan Sungai Jelai.


WZWH telah menulis posting 24 Ogos 2016 lalu mengenai:

Korea Selatan Memulihkan Sungai Dengan Projek Bernilai $18 Bilion

Dalam posting itu, Korea Selatan telah membelanjakan Projek $18 bilion pemulihan sungai merealisasikan wawasan Presiden Lee Myung-bak bagi pemulihan empat sungai utama di Korea Selatan di samping menyokong tenaga hijau dan pertanian hijau. 

Projek yang mengambil masa tiga tahun setengah ini dengan kos $18 bilion telah dilancarkan pada tahun 2009 dan siap pada tahun 2013.

Membersihkan sungai-sungai yang telah mengalami kesan pencemaran dan perindustrian selama beberapa dekad, adalah serupa dengan membersihkan arteri seseorang yang mengalami arteriosclerosis.

Korea mempunyai banyak pengalaman mengenai manusia dan alam sekitar, dan terutamanya dalam teknologi pembinaan. Korea mempunyai teknologi dan pengetahuan yang -bagaimana di pengorekan jalan air dengan penuh hormat kepada alam sekitar, yang penting terutamanya yang berkaitan dengan orang-orang yang tinggal di sepanjang sungai dan di kawasan sekitarnya, nelayan yang hidup bergantung dari sungai.

Jika Malaysia berminat memulih sungai-sungai yang sudah banyak tercemar langkah Korea Selatan wajar diambil teladan dan pengajaran terutama sekali memulihara sungai-sungai yang ada.

Sebagai permulaan, projek memulih Sungai Pahang termasuk anak-anak sungai seperti Sungai Jelai, Sungai Semantan, Sungai Tembeling dan lain-lain adalah langkah yang sangat baik bagi memelihara sistem ekologi sungai.


Hari ini 16 November 2016 Kosmo menulis...




Korea Selatan mengambil masa 3 tahun setengah untuk memulih 4 sungai utama dengan kos $18 bilion.

Pahang pula perlukan 40 tahun jangka panjang bagi mendalam dan memulihkan sungai dengan kos yang jauh lebih rendah lagi pun sungai-sungai di Pahang tidaklah terlalu tercemar dengan sisa industri.

Projek mendalamkan sungai di Pahang bagi menangani masalah banjir di negeri ini.


Kos Fasa 1 selama 15 tahun dijangka RM500 juta ditanggung oleh usahasama syarikat tempatan dan China.

Kerajaan Negeri Pahang tidak mengeluarkan 1 sen pun kos tetapi syarikat usahasama dibenarkan boleh menjual pasir dan bahan galian yang telah dikorek.


Fasa pertama kerja pengorekan sungai itu akan melibatkan kawasan hulu Sungai Pahang, Sungai Jelai, Sungai Lipis, Sungai Kenau dan sebahagian Sungai Kuantan sepanjang 272 kilometer.

Tuesday, November 15, 2016

Pemimpin-Pemimpin Politik Melayu Diseru Baca SULALATUS SALATIN : Politik Melayu Kelas Tertinggi

Image result for sulalatus salatin



Hari ini ramai pemimpin-pemimpin politik Melayu sudah hilang punca dan sesat dalam pencarian politik mencari kebaikan umat.


Ramai pemimpin-pemimpin politik Melayu sudah hilang jati diri, hilang maruah demi kuasa.


Kuasa yang sementara tetapi mengakibatkan akhirnya umat ini akan hilang daulat dan kebesarannya.


Kuasa yang panjang masa depan sepatutnya dicari.


Formulanya sudah ada dan mudah difahami tetapi oleh kerana hati, perasaan dan roh sudah kotor tidak bersih maka susah dan payah untuk menerimanya.


Maka WZWH mencadangkan kepada pemimpin-pemimpin politik Melayu mari kembali baca dan hayati SULALATUS SALATIN: Kitab Politik Melayu Kelas Tertinggi.



"Sulalatus Salatin", yakni petuturan segala raja-raja, Hazihi durratul-akhbar, uial-amsal,inilah mutiara segala ceritera dan cabaya segala peri umpamanya. Maka barang siapa membaca dia, jangan dibicarakan dengan sempuma bicara; kerana hikayat ini tahu kamu akan perkataan sabda Nabi sallalahu alaihi wa sallam, "Tafakkaru fi alaillahi wala tafakkaru fi zatillah;" yakni bicarakan oleh- mu segala kebesaran Allah, dan jangan kamu fikirkan pada zat Allah.


Menjunjung Titah Raja 

Wa ba'adahu adapun kemudian dari itu telah berkata fakir yang insaf akan lemah keadaan dirinya, dan singkat penge­tahuan ilmunya; dan pada suatu masa bahawa fakir duduk pada suatu majlis dengan Orang Besar-besar berSerida gurau. Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain.

Maka ber­kata ia kepada fakir, "Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya."

Setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas anggota fakir allazi murakkabun 'ala jahlihi, Tun Muhammad namanya, Tun Seri Lanang timang-timangannva, Paduka Raja gelarannya, Bendahara, anak Orang Kaya Paduka Raja, cucu Bendahara Seri Maharaja, cicit Bendahara Tun Narawangsa, piut Bendahara Seri Maharaja, anak Seri Nara Diraja Tun Ali, anak baginda Mani Purindanqaddasallahu sirrahum, Melayu bangsanya, dari Bukit Si Guntang MaHaruiru, Malakat, negeri­nya Batu Sawar Darul 'I-salam.

Demikian katanya: "Tatkala hijratul-nabiyi sallallahu 'alaihi wa sallama seribu dua puluh satu tahun, kepada tahun Dal, pada dua belas haribulan Ra­biulawal, kepada hari Khamis, waktu alduha, pada ketika syamsu, pada zaman kerajaan Paduka Seri Sultan Alau'd-Din Riayat Syah zillullahu fil-alam, anak Sultan 'Ala Jalla Abdul Jalil Syah, akhi Sultan Muzaffar Syah ibni Sultan Alau'd-Din 2 Ri'ayat Syah, ibni Sultan Mahmud Syah, cucu Sultan Alau'd­-Din Syah, cicit Sultan Mansur Syah, piut Sultan Muzaffar Syah, anak Sultan Muhammad Syah almarhum; Khalladallahu mulkahu wa sultanahu wa abbada 'adlahu wa ihsanahu. 

Sedang baginda benegeri di Pekan Tua, * dewasa itulah datang ke­pada Hamba, ** Seri Narawangsa yang bernama Tun Bambang, anak Seri Akar Raja, Petani; menjunjungkan titab Yang Dipertuan di Hilir, Sultan Abdullab Ma'ayab Syah ibni Sultan Ala Jalla Abdul JaIil Syah, fainna syarafal-makan uial-zaman, Maka ia sesungguhnya kemuliaan tempat dan zaman, wa zainul-majalisi ahlul-iman; dan ia perhiasan segaIa keduduk­"an orang yang beriman; uumurul 'madarijal-ta'ati wal-ihsan; dan ia menerangi segaIa pangkat taat dan kebajikan: zayyada fadlahu wal-imtinan, dan ditambahi Allah Taala kiranya ia kemuraban dan kelebihan; wa abbada 'adldhu fisa'iril-buldan, dan dikekaIkan Allah kiranya ia dengan adilnya pada segala negeri, demikian bunyinya: Titah Yang Maha Mulia itu, "Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan raja-raja Melayu dengan istia­datnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; Syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya.

" Setelah fakir allazi murakkabun 'ala jahlihimendengar titah Yang Maha Mulia itu*** maka fakir perkejutlah diri fakir pada mengusahakan dia, syahadan mohonkan taufik ke­hadrat Allah, Tuhan sani'il-'alam, dan minta huruf kepada nabi sayyidil-anam, dan minta ampun kepada sahabat yang akram; maka fakir karanglah hikayat ini, Kama sami'tuhu min jaddi wa abi, supaya akan menyukakan duli hadrat ba­ginda.

Maka fakir namai hikayat ini "Sulalatus Salatin", yakni petuturan segala raja-raja, Hazihi durratul-akhbar, uial-amsal,inilah mutiara segala ceritera dan cabaya segala peri umpamanya. Maka barang siapa membaca dia, jangan dibicarakan dengan sempuma bicara; kerana hikayat ini tahu kamu akan perkataan sabda Nabi sallalahu alaihi wa sallam, "Tafakkaru fi alaillahi wala tafakkaru fi zatillah;" yakni bicarakan oleh- mu segala kebesaran Allah, dan jangan kamu fikirkan pada zat Allah.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...