Sunday, December 18, 2016

LABANOON ~ Ibu Kota Cinta Sakti...

Pemikiran Dogmatik Melayu Liberal Dan The Last Defender Of Malay People

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad (fourth left) attending the DAP National Conference, December 4, 2016. — Picture by Saw Siow Feng

WZWH ingin bicara pemikiran dogmatik Melayu Liberal yang digalakkan oleh Pakatan Rakyat @ Pakatan Harapan. Pemikiran Melayu Liberal adalah salah satu strategi Pakatan Harapan untuk menarik sokongan Melayu. 

Pakatan Harapan perlu tonjolkan Melayu Liberal sebagai alat mendapat kuasa bagi memenuhi impian Pakatan Harapan-"minoriti memerintah majoriti".

Pakatan Harapan menganut fahaman pemikiran kiri yang simpati kepada perjuangan Komunis Chin Peng-sama rata yang mahukan "Ketuanan Rakyat" mengantikan "Ketuanan Melayu".

Walaupun perjuangan ini yang dimulakan pada tahun 1948 untuk mengantikan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang mengangkat kedudukan Raja-raja Melayu tidak diterima majoriti Melayu, Komunis menggunakan keganasan dari tahun 1948 hingga 1960 dan masih bergerak dari tahun 1970an, 80an, hingga perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia di Hadyai pada yahun 1989.

Ini tidak bermakna perjuangan "Ketuanan Rakyat" haluan kiri ini sudah mati. Ideologi ini ada dalam Pakatan Harapan. 

Strategi Melayu Liberal adalah cara kaedah untuk Pakatan Harapan menguasai psyche Melayu untuk membolehkan "Agenda minoriti menguasai majoriti" menjadi kenyataan. 

Buktinya bangsa Yahudi telah berjaya menguasai US walaupun Yahudi minoriti. 

Walaupun Melayu majoriti di Malaysia tetapi perpecahan Melayu kepada beberapa kumpulan melemahkan Melayu untuk berhadapan dengan manipulasi dan kelicikan "Ketuanan Rakyat" dengan satu suara.

Apakah pemikiran Melayu Liberal? There are no two ways about it. The Malay Question in Malaysian politics- his beliefs, his economics, his politics has the quality of permanency. This is an indisputable and unchallengeable fact. 

Political parties embrace it, define it and translate it into their own politics. The fact remains- while the Malay Question as a political backdrop has the quality of permanency, political parties operating against this background, do not. They may fade away and be gone, but this backdrop endures. It does not perish alongside the parties that do, despite any claiming so.

One interesting point raised by Haji Hadi Awang, President of PAS. Everyone in Malaysia accepts that Malays are central in any political permutations. For UMNO to come power- it must galvanize Malay allegiance. Since 1946, it has monopolized Malay allegiance on the principles of Religion, Malay Nationalism and Nation state( agama, bangsa dan Negara). Simple for Malays to grasp and simple to get loyal to it.

For PAS it is the same. Its principle is religion of Islam for all. it seeks monopoly over the Malay's reason for existence- his religion and religiosity.

For non Malay parties, if they come to power they too must come to terms with a dominant Malay population. So whatever they do, Malay sensitivities will factor heavily. The DAP is the majority party in Perak, yet the MB is a Malay from a minority partner, if it captures power in that state. DAP accepts the primacy of the Malay factor in the reality of Malaysian politics. Whether they do willingly or not is another question.

This means that whoever comes into power, they must factor in the Malays. If PAS comes to power, it must address Malay issues. UMNO, of course. Non Malay parties? Upheavals will take place if they don't factor in Malay sensitivities.

The centrality of the Malay question is a given as it were- it will remain the background, unchanging at that, to which ALL political parties relate and adjust to. It also means, that centrality of Malay factor is not the preserve of any one political party.

UMNO must come to terms with this reality. If it loses power, the centrality of Malay or Bumiputera factor will still be there. That centrality will always be there even if UMNO loses power which in turn means that the permanency of Malay Question does not depend whether UMNO is around or not. Even if UMNO isn't around, those in power will have to contend with it.

All the political parties defined and determine how to place the Malay question- religion, ethnicity and nation state within their own political philosophies.

Those who replace UMNO will still have to contend and accommodate the reality, that Malays and Bumiputera will factor in their politics. The PR government in Selangor can't sustain power if they ignore the centrality of Malay issues. If they do, they will go under. Yet the way they handle the centrality of Malay politics does not necessarily have to match the way UMNO does it. Maybe they do by offering better governance, transparency, better leadership instead of appealing to primal fears. Maybe.

Similarly PAS which governs the states they do, factor in the centrality of Malay politics according to its ways. Basically they choose common allegiance to religion as the way to factor in Malay politics.

The object lesson then is, whosoever comes to power will have to factor in the centrality of Malay issues in Malaysian politics.

So, UMNO, PAS, PKR and DAP or other non Malay political parties cannot run away from owning up to the reality, that Malay issues and the Malay factor will always remain crucial for their political survival. That is the common background which regard as a political permanency existing independent of anyone political party's claim over its ownership. UMNO, PAS, PKR can fade away, the centrality of the Malay in our politics remain.

No one political party can claim exclusivity as far as claiming Malay allegiance is concern. UMNO for example, can no longer claim undisputed kingpin position of Malay allegiance. 

In the 2008 elections, more Malays did not vote for UMNO than those who voted for. It's a level playing field in the sense, that everyone political party, recognizing the Malay factor, will take care of Malay sensitivities. They differ only in their approach and preferences. Each one no longer enjoys an automatic acceptance by the Malay population.

What Haji Hadi is saying and UMNO better realize this, that Malay support needed to be earned. Discard it, you will fade away. You qualify yourself to earn acceptance. You qualify yourself by giving good leadership, by earning trust and confidence you can run this country well. The Malays are no longer going to accept your leadership without you having to qualify the offer to lead with good leadership.

At the end of the day, the fortunes of anyone political party will depend on how they choose to define, manage and handle the centrality of the Malay question-his beliefs, his politics, his economics.

But...

Di dalam budaya politik Melayu, ada satu spesis Melayu yang genetiknya telah memerintah Empayar Melayu lama sejak zaman Sriwijaya, Majapahit, Melaka dan Kesultanan Melayu moden. Spesis ini akan memasti survival politik Melayu. Spesis ini adalah the last defender of Malay people. Wahai Melayu Liberal ketahuilah oleh kamu apa yang kamu tidak ketahui...Kebangkitan spesis ini dengan networknya akan melindungi bangsa Melayu. Tunggulah PRU 14 nanti!

เชือกวิเศษ - LABANOON

Saturday, December 17, 2016

Main Bola Demi Raja Dan Negara Contohi Thailand

Image may contain: 2 people, outdoor

Bangsa Thailand yang beradat tinggi kena dengan budayanya boleh menghasilkan team bolasepak berprestasi tinggi.


Semasa Final AFF Suzuki Cup 2014 Second Leg Malaysia VS Thailand, pasukan team Malaysia telah bangkit dari kekalahan 0-2 keputusan First Leg Bangkok dengan merobek gawang Thailand 3 gol.

Team Thailand sudah panik. Jurulatih Thailand Kiatisuk Senamuang tidak terkata apa-apa. Satu panggilan telefon dari Bangkok oleh Mendiang Raja Thailand yang sangat dimuliakan oleh rakyat Thailand the late King Bhumibol Adulyadej memberi motivasi dan semangat kepada para pemain Thailand.

Kiatisuk memberi kata dua kepada pemain-pemain Thailand," Raja titah Thailand boleh menang. Main untuk Raja dan Negara pasti menang!". Walau Thailand kalah kepada Malaysia  2-3 tetapi dari segi aggregate Thailand menang 4-3 dan menjadi juara.

Sekarang malam ini sebentar lagi Thailand menghadapi situasi yang sama ketinggalan 1-2 kepada team Indonesia di Bogor.

Lihat gambar di atas bila team Thailand turun dari bas di Stadium Raja Manggala Bangkok, beberapa pegawai dan pemain membawa gambar foto the late King Bhumibol Adulyadej sebagai pemberi semangat dan peransang untuk memberi keyakinan kepada Thailand bagi mengalahkan Indonesia pada Final AFF Suzuki Cup 2016 Second Leg malam ini.

Gambar Mendiang Raja Bhumibol tetap dipuja. Tidak juga dibawa gambar Raja Maha Vajiralongkorn raja Thailand sekarang.

Itu lah Thailand main bola demi Raja dan Negara.

Malaysia patuh contohi team bolasepak Thailand.

WZWH percaya dan yakin Thailand pasti dapat mengalahkan Indonesia dengan semangat pemain-pemain membara untuk bermain demi Raja Bhumibol Adulyadej yang pada tahun ini meninggal dunia.

Thursday, December 15, 2016

Najib Sebagai Pemimpin Dalam Budaya Melayu : Mahapatih Hamengkubhumi

Image may contain: indoor

Kata orang tua tua:  

Pemimpin yang baik.
Ibarat kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan.
(Makna: Pemimpin yang menjadi penaung dan pelindung kepada anak buahnya)

Pemimpin yang bijak.
Bayang-bayang sepanjang tubuh, selimut sepanjang badan.
(Makna: Pemimpin yang bijaksana dalam memberi perintah, sesuai yang diperintahkan)

Pemimpin yang prihatin.
Rantau jauh diulangi, rantau dekat di kendana.
(Makna: Pemimpin yang selalu menjaga anak buahnya jauh dan sekat)

Pemimpin yang adil.
Matahari itu, gunung dan lembah sama diterangi.
(Makna: Pemimpin yang adil menjalankan hukuman yang sama rata)

Pemimpin yang diikuti.
Tuah yang disembah, junjung yang dipanjat.
(Makna: Pemimpin yang diikuti perintahnya)

Pemimpin yang mulia.
Dianjung seperti payung, diambak seperti kasur.
(Makna: Pemimpin yang sangat dimuliakan oleh pengikutnya)

Pemimpin yang diharap.
Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegak.
(Makna: Pemimpin yang akan membantu dan menjaga anak buahnya jika ada kesusahan yang menimpa anak buahnya)

Halus dan teliti nenek moyang kita menjelmakan pengalaman dan persekitaran mereka dalam patah kata yang indah bagi menggambarkan makna yang tersirat secara tepat, namun, penuh tertib dan bersopan untuk menyampaikan nasihat dan teguran tanpa menimbulkan rasa kecil hati dan menyinggung perasaan orang lain.

Petua memilih pemimpin ini tidak dilupakan oleh Melayu UMNO. Sebab Melayu UMNO itu Melayu yang tidak tamak harta, tidak mabuk dunia. Melayu yang tidak mengejar pangkat, lupa akhirat. Melayu UMNO ialah Melayu yang tidak kemaruk puji, tidak lupa diri.

Kita lihat apa yang berlaku di persidangan UMNO? Ianya pesta puji memuji dan menegur pemimpin secara berhemah. Najib ialah pemimpin yang ditakdirkan oleh Allah. Kita mesti bersetia kepada nya. Tuduhan Najib rasuah semua dusta. Semua itu ciptaan pembangkang. Ciptaan kuasa asing yang dengki pada Najib. 

Dr Mahathir pengkhianat bangsa teriak Melayu UMNO. Najib pada suatu ketika menyelamatkan Mahathir. Mahathir berhutang budi pada Najib. Kerana Najib, Mahathir masih kekal menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Tapi kali ini, Dr Mahathir pengkhianat bangsa. Dia sanggup cium mulut dengan Lim Kit Siang teriak Shahrizat yang difitnah oleh Rafizi melesapkan RM250 juta peruntukan untuk industry lembu daging.

Apa lagi yang kalian Melayu mau? BR1M ada, bantuan JKM ada, Baitul mal ada, e-kasih ada. Rumah PPRT ada. Apa lagi yang kamu mahukan? Bukan itu semua UMNO yang sediakan? Setiap butir nasi yang kita makan itu adalah hasil perjuangan UMNO.

Jika tidak ada UMNO orang Melayu akan merempat tidak terbela.

Orang UMNO kata mereka pembela bangsa Melayu dan segala kepentingan orang Melayu. Dalam menawarkan pemimpin kepada bangsa Melayu, UMNO nampaknya sangat mengerti pedoman dan fatwa memilih pemimpin.

Lanjutan dari sokongan padu, keberadaan Najib sebagai pemimpin menghasilkan negara yang mahu menuju negara top 20 menjelang 2050. Bagaimana ini terjadi? Ianya berpunca, pada bahagian terbesarnya, kerana Najib itu mempunyai visi pemimpin yang memandang ke depan.

Akhlak pemimpin bila diberi kepercayaan dia tidak belot, bila diberi kuasa dia tidak menzalimi dan bila diberi kebebasan dia tidak menekan rakyat. 

Seorang pemimpin ialah yang kita beri kepercayaan. Najib membalas kepercayaan yang kita beri untuk menjayakan negara ini.

Seorang pemimpin ialah yang kita beri kuasa. Najib menfaatkan kuasa tersebut dengan menggunakan jawatan PM untuk mentadbir negara. 

Sebagai kesimpulannya, seperti yang ramai sedia tahu, semasa Najib mula mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan, pada tahun 2009, telah diperkenalkan Falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Selanjutnya, digagaskan pula Dasar Transformasi Nasional atau DTN menjelang 2010 bagi menjulang Malaysia memasuki gelanggang negara maju berpendapatan tinggi dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Bertolak dari situ, antara hasil yang mampu diperbanggakan, meskipun kita menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, Alhamdulillah,… pada suku ketiga tahun 2016,… Malaysia tetap berjaya mencatat perkembangan KDNK sebanyak 4.3 peratus dan kita yakin InsyaAllah, sasaran 4 hingga 4.5 peratus pada tahun 2017 pula akan mudah-mudahan tercapai.

Berkait hal ini lagi, rakyat berasa bertuah kerana negara ini telah merentasi kejayaan demi kejayaan yang telah diabsahkan oleh pelbagai agensi dan penarafan antarabangsa yang diiktiraf serta berwibawa.

Kendati pun begitu, Najib tidak akan bersifat complacent malah akan sentiasa meneruskan usaha demi usaha bagi mencipta hari muka yang lebih ampuh untuk Malaysia.

Selanjutnya, pabila berbicara tentang soal orang muda sebagai zuriat harapan hari muka,… di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional, Najib telah mencetuskan satu gerakan Transformasi Nasional atau TN50 bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa serta berminda par excellence.

Selain itu, Najib juga cita-citakan, menjelang tahun 2050, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang tergolong dalam kalangan kumpulan top 20 nations di persada dunia. Insya-Allah.

Inilah gerakan bagi melahirkan generasi masyarakat masa depan terbaik. Visi Najib dan pimpinan Kerajaan adalah untuk menggerakkan satu movement agar lahirnya kelak generasi masa hadapan Malaysia, yang menyeru ke arah kebaikan dan menolak kemungkaran, iaitu satu generasi yang digelar dan disebut dalam Al-Quran sebagai Khayra Ummah.

Dalam budaya Melayu, Najib boleh disifatkan sebagai pemimpin Mahapatih Hamengkhubumi.

Najib itu Perdana Menteri.

Najib itu Presiden UMNO.

Najib itu juga Orang Kaya Indera Shahbandar.

Najib itu juga Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.


Indeed, Najib itu adalah Mahapatih Hamengkubhumi.

Melayu UMNO tidak lupa akan ketelitian dan kecermatan bangsa Melayu memilih pemimpin.  

Bagaimana tidak UMNO itu mau memperjuangkan bangsa Melayu?

Wednesday, December 14, 2016

Welcome To New King And The History Of Kesultanan Kelantan




Sultan Muhammad V adalah Sultan Kelantan yang ke- 29 dan Yang di-Pertuan Agong ke- 15.


Image may contain: 1 person, text


Sultan Kelantan atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku al-Sultan, Sultan Kelantan dan Jajahan Takluknya, merupakan pemerintah kerajaan negeri Kelantan di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia. 

Kerajaan negeri Kelantan meliputi sempadan Siam di selatan Sungai Golok, timur Banjaran Titiwangsa sehingga ke Besut di sempadan Kelantan-Terengganu. 

Beberapa dinasti memerintah Kelantan bermula dari keturunan Maharaja Sriwijaya yang berundur ke Langkasuka (Pattani sekarang) selepas Sriwijaya runtuh diserang Kerajaan Chola pada abad ke-10. 

Perkahwinan diraja juga berlaku dengan Champa, Pattani dan Terengganu yang menyebabkan pertukaran dinasti apabila menantu raja menaiki takhta Kelantan.


Senarai Raja / Sultan Kelantan


Zaman Dinasti Chermin


Dinasti Chermin atau kerajaan Chermin ialah kerajaan yang memerintah Langkasuka, Kelantan dan Singgora. Kerajaan ini pernah meluaskan jajahan takluknya hingga meliputi Kedah, Perak, utara Sumatera dan Campa. Keturunan Raja-raja kerajaan ini memerintah Kelantan dan Campa di Vietnam.

Zaman Majapahit II

Dalam Empayar Ayuthia

Dinasti Champa-Jembal

Dinasti Datuk Pengkalan Pattani

  • 1721-1734: Long Bahar Ibni Wan Daim, putera kepada Datu Pengkalan Tua Pattani Wan Daim dengan Raja Perempuan Pattani Sri Biji Diraja. Menjadi Raja Patani pada tahun 1715 tetapi digulingkan oleh Raja Bendang Badan pada tahun 1716. Berkahwin dengan Raja Perempuan Pattani bernama Raja Mas Kelantan dan Raja Pah Binti Raja Sakti II. Menjadi Raja Kelantan dan ditabalkan di Kota Jembal menggantikan mertuanya yang mangkat pada tahun 1721 dengan persetujuan dari isterinya Raja Pah Binti Raja Sakti II dan adinda isterinya iaitu Raja Kecil Sulung.
  • 1734-1739: Raja Long Sulaiman (Kali pertama)
  • 1739-1746: Interregnum (Perang Saudara)
  • 1746-1756: Raja Long Sulaiman (Kali kedua)
  • 1756-1758: Raja Long Pandak
  • 1758-1763: Raja Long Muhammad
  • 1763-1795: Long Yunus
  • 1795-1800: Yang Di-Pertuan Muda Tengku Muhammad (putera ke-6 Sultan Mansur Terengganu, menggunakan gelaran Raja dan Yang Di Pertuan Muda Kelantan dan juga menantu Long Yunus)
  • 1800-1835: Sultan Muhammad I (putera ke-6 Long Yunus)
  • 1835-1837: Yang Di-Pertuan Muda Long Zainal (putera ke-5 Long Yunus)
  • 1837-1886: Sultan Muhammad II (Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah) mempunyai zuriat iaitu:

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...