Friday, August 19, 2011

China 'Gila Besi' , Pahang Dan UMNO Juga Untung!


China sekarang kemaruk besi. Mana-mana projek bijih besi di seluruh dunia pasti ada agen China. Terbaru di Afrika Barat.

China mengimport 618 juta tan bijih besi tahun lepas. 85% import bijih besi datang dari Australia, Brazil, India dan Afrika Selatan. Namun China lebih suka beli bijih besi dari Pahang sebab kos pengangkutan lebih murah.

China sudah terdesak sampai peringkat bukan sahaja mahu setakat JV dengan syarikat tempatan malah mahu terus telan syarikat.

China tidak mahu bergantung kepada tiga syarikat besar dunia. Apa yang China harapkan boleh dapat bijih besi 250 juta tan setahun. Namun pengeluar utama besi dunia masih mempunyai kelebihan infrastruktur, modal dan kualiti.

Syarikat besi dan keluli China seperti Baoshan, Wuhan dan Shandong digalakkan menguasai bijih besi dunia dan perancangan China pada tahun 2015 sudah boleh berdikari.

China hanya menguasai 10% dari bijih besi import. China mahu 50% bijih besi dari sumber pelaburan bijih besi  luar China dijangka 10 tahun lagi.

Lihat urusan China dengan dunia besi:
  • Hanlong Mining melabur dalam projek bijih besi Mbalam di Cameroon dan Republik Congo nilai USD 1.5 bilion.
  • Shandong Iron & Steel melabur USD 1.5 bilion dalam projek bijih besi Tonkolili di Sierra Leone.
  • Chinalco JV dengan Rio Tinto melabur USD 19.5 bilion dalam projek bijih besi Simandou di Guinea.
Lebih banyak pelaburan besi China dalam projek-projek bijih besi global.

Kegilaan projek-projek infrastruktur domestik dan pembinaan China akan meningkat permintaan bijih besi. China diramal mengimport 670 juta tan bijih besi pada tahun 2011, penambahan 8 % dari tahun lepas.

Bijih besi yang kandungan besi 62% telah meningkat harga  seganda semenjak dua tahun lepas. Mengikut indek Keluli, harga satu tan bijih besi ialah USD 176 !

China 'gila besi' juga menyebabkan Pahang dan UMNO juga untung. Berapa banyak pelaburan syarikat besi dan keluli China di Pahang kerana kualiti dan kos pengangkutan yang lebih murah.

Besi adalah anugerah Allah kepada UMNO untuk mempertahankan kuasa dan kedudukan di Pahang dalam PRU 13. UMNO gunalah anugerah Allah ini sebaik-baiknya.

UMNO Dan FELDA Hendaklah Berterima Kasih Kepada Peneroka


Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji didalam peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pemimpin UMNO perlu ikhlas membela nasib penduduk luar bandar. Jangan ungkit perkara-perkara yang tidak sepatutnya diungkit.

Setiap kerajaan wajib membela nasib orang miskin. Peneroka sememangnya berterima kasih kepada kerajaan dan Felda yang berjaya mengadakan rancangan Felda membantu rakyat luar bandar yang merupakan program terbaik dunia.

Tetapi rancangan Felda bukan percuma kerana setiap sen yang dibelanja Felda membangunkan Felda dan segala infrastruktur ditanggung sebahagiannya oleh peneroka.

UMNO dan Felda kena berterima kasih kepada peneroka kerana hasil titik peluh dan keringat peneroka Felda menjadikan Felda sebuah badan agraria terbesar di Asia Tenggara.

Peneroka Felda yang menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara sebelum muncul Petronas.

Untuk mengekalkan undi kaum peneroka, kerajaan dan pengurusan FELDA khususnya perlu sentiasa peka dengan masalah-masalah kaum peneroka. Felda seharusnya mempunyai pengurusan yang lebih profesional dan tidak berhadapan dengan masalah remeh-temeh.

Pergilah ke mana-mana FELDA. Akan kedengaran rungutan daripada kaum peneroka tentang perangai sesetengah pegawai FELDA yang berlagak seperti tuan atau majikan, sedangkan mereka sekadar menguruskan tanah rancangan tersebut dan status mereka hanyalah golongan yang diberi upah untuk menjaga kebajikan warga peneroka.

Apabila ada warga FELDA yang merungut, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan pengurusan setempat FELDA. Masalah kebanyakannya adalah isu-isu setempat.

Menyalahkan tohmahan Pakatan Rakyat semata-mata yang menyebabkan warga peneroka menjadi 'berani' sehingga menyeret FELDA ke muka pengadilan sebenarnya tidak tepat. Sebaliknya FELDA sendiri perlu melihat kelemahan yang terdapat dalam organisasi tersebut.

Contoh terbaik ialah bagaimana FELDA boleh kalah dalam tuntutan saman fitnah RM200 juta kerana gagal membawa wartawan Suara Keadilan yang menulis artikel fitnah berkenaan walaupun hakim menegaskan, memang terdapat unsur fitnah.

Ramai yang berpendapat, masalah utama FELDA ialah PEMBESARAN KEPALA sesetengah pegawai dan pengurus FELDA yang melihat warga peneroka sebagai kaum yang boleh ditindas.

FELDA seharusnya sudah mewujudkan satu badan pemantau yang bergerak aktif mengesan pengurus-pengurus serta pegawai-pegawai yang menyeleweng dan menyeret mereka secepat mungkin ke muka pengadilan sebagai iktibar agar memegang amanah yang dipertanggungjawabkan, bukannya membiarkan pengurusan tertinggi FELDA menjawab serta menanggung masalah yang mereka cipta!

Cuma masalahnya, beranikah pengurusan FELDA bertindak terhadap kakitangannya sendiri selain menyalahkan puak pembangkang yang melihat FELDA sebagai undi deposit terbesar yang perlu dipengaruhi?

Wednesday, August 17, 2011

Bandar Pulau Tawar Siapa Mahu Bangunkan?


WZWH selalunya menulis posting pasal pembangunan DUN Tahan terutama Lembah Tembeling. Oleh kerana blog WZWH blog politik Jerantut dan Pulau Tawar itu dalam parlimen Jerantut maka wajar untuk WZWH sentuh.

Bandar Pulau Tawar siapa mahu bangunkan? Setakat hari ini WZWH tidak nampak ada anak Pulau Tawar yang menulis tentang kampungnya. Ini ialah harapan WZWH untuk melihat Pulau Tawar maju. Ini perspektif WZWH...

Bandar Pulau Tawar ialah pembangunan kampung-kampung tradisional dalam mukim Pulau Tawar. WZWH tidak mahu menyentuh Felda-Felda dalam DUN Pulau Tawar kerana pihak Felda ada perancangan untuk membangunkan kawasan Felda tersebut.

WZWH ada hak untuk menulis tentang Pulau Tawar kerana saudara mara WZWH ramai ada di Pulau Tawar dan secara kebetulan isteri WZWH berasal dari Pulau Tawar.

Pulau Tawar adalah kampung tradisional lama sama seperti Tembeling. Ada sejarahnya yang tersendiri. Adalah sedih melihat kampung tradisional bersejarah tidak dibangunkan ketahap yang sepatutnya. Kampung Pulau Tawar punya potensi sebenarnya jika pemimpin tahu cara-caranya.

Dari segi sejarah dulu Pulau Tawar dikenali sebagai kawasan Padang Kangsa termasuklah kampung-kampung seperti Bandar, Perian, Kampung Masjid, Pulau Tawar, dan Telok dipanggil sebagai 'Gelombang Tujuh'. Dikatakan Padang Kangsa sebagai base sokongan kepada Kota Gelanggi.

Kewujudan "negara" Indera Kangsa. Indera Kangsa mungkin merupakan sebuah "negara" atau pusat tamadun yang terletak dalam mukim Pulau Tawar, Jerantut sama seperti Kota Gelanggi. Antara kedua-dua "negara' Gelanggi dan Indera Kangsa mungkin bersifat gandingan persahabatan dalam menegakkan daulat masing-masing.

Kota Gelanggi dan Indera Kangsa juga dikaitkan mempunyai hubungan dengan kewujudan tamadun di sekitar pesisiran Sungai Tembeling yang pernah diperkatakan oleh Chau Ju-Kua, pengembara dan ahli sejarah China (1225) merujuk kepada negara Tan-ma-ling di Semenanjung Tanah Melayu.

Dari sejarah moden, Pulau Tawar dulu adalah salah sebuah bandar pentadbiran di Pahang. Mesyuarat EXCO Pahang selalu diadakan di Pulau Tawar pada tahun 1890an. Sultan Pahang pertama dari keturunan Bendahara Wan (Tun) Ahmad pernah bersemayam di Istana Pulau Tawar selama 3 tahun setengah.

Residen Clifford selalu mengunjungi Pulau Tawar. Di Pulau Tawar ada pembesar Pahang, Tok Gajah dan anak pahlawan legenda Mat Kilau. British cukup bimbang Sultan Wan Ahmad dipengaruhi oleh Tok Gajah.

Kebangkitan pembesar Pahang melawan British di ketuai Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dll telah memberi kesan kerugian ekonomi kepada British. British memaksa Sultan Wan Ahmad membiayai kempen melawan pemberontak.

Salah satu sebab mengapa Pulau Tawar tidak dibangunkan dengan lebih pesat kerana dendam British kepada Tok Gajah dan Mat Kilau yang menyukarkan pengaruh British di Pahang.

Pada masa British menguasai Pahang sepenuhnya pernah pada tahun 1924, British mahu memajukan Pulau Tawar sebagai pusat makanan jelapang padi. Ini ialah projek pembinaan rancangan pengairan Paya Kangsa di mukim Pulau Tawar. 

Pembinaannya hampir siap tapi malangnya projek yang menelan belanja hampir $130,000 tidak pernah dimanfaatkan. Ini projek gajah putih pertama di Jerantut sila baca sini.

Pada masa sekarang pemimpin Pulau Tawar pernah menjanjikan mahu membina bandar Pulau Tawar tapi sampai sekarang janji tinggal janji dan perancangan entah kemana. Berikut kampung tradisional Pulau Tawar yang perlu dibangunkan:

  • Kampung Perian
  • Kampung Bukit Rang
  • Kampung Pulau Tawar Baru (Bukit Rang 2)
  • Kampung Kedondong
  • Kampung Masjid
  • Kampung Kubang Sekendal
  • Kampung Bandar
  • Kampung Teluk
  • Kampung Merbau
  • Kampung Sungai Siam
  • Kampung Sungai Tekam
  • Kampung Perak
Kalau kita lihat hari ini bandar Jerantut berkembang pesat. Kawasan Felda-felda di DUN Pulau Tawar berkembang ekonomi. Jambatan Kuala Krau menghubungkan jalinan perhubungan dengan lebih pantas. Pulau Tawar perlu seiring berkembang dan dibangunkan. Bandar Pulau Tawar perlu didirikan. Siapa mahu bangunkan?

Hari ini kita melihat sokongan kepada UMNO merosot di kampung-kampung tradisional Pulau Tawar sedangkan dulu adalah kubu kuat UMNO. Mengapa berlaku demikian baca sini dan sini.

Strategi pembangunan utama di Mukim Pulau Tawar adalah dengan membangunkan aktiviti perniagaan sebagai pusat pertumbuhan ekonomi kedua di Daerah Jerantut, dan sebagai pusat pelancongan yang bertaraf antarabangsa dengan adanya Taman Warisan Gua Kota Gelanggi dan Tekam Plantation Resort. 

Mukim Pulau Tawar juga berpotensi sebagai salah satu kawasan pertanian utama di Daerah Jerantut di mana hasil sumber pertanian di mukim ini adalah seperti kelapa sawit, getah, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan. Pertumbuhan ekonomi di mukim ini juga akan disokong dengan aktiviti industri kecil sederhana seperti perusahaan tembikar dan kraf tangan.

Pemimpin anak tempatan perlu bangkit bangunkan kampung-kampung tradisional Pulau Tawar. Buktikan pemimpin anak tempatan Pulau Tawar boleh satu hari nanti bina bandar Pulau Tawar.

Tuesday, August 16, 2011

DAP Jerantut Perlu Letak Calon Melayu Kalau Mahu Jadi MB Pahang

Kedudukan Cikgu Koh Boon Heng (berdiri dalam gambar) sebagai calon DAP Jerantut di kerusi DUN Damak pasti tergugat bila DAP pusat mahu meletakkan calon profesional muda Melayu di DUN Damak pada PRU 13 nanti.

DAP Jerantut perlu letak calon Melayu tanding DUN Damak pada PRU 13 untuk buktikan DAP parti berbilang bangsa. 

Dengan DAP meletakkan calon Melayu profesional membolehkan DAP menjaga majoriti pengundi Melayu di DUN Damak yang pengundi keseluruhan berjumlah 19,500. Ini juga sebagai persediaan DAP kalau mahu ADUN DAP menjadi MB Pahang kerana pemimpin PAS dan PKR Pahang tiada berwibawa.

Tiada masalah untuk ADUN DAP menjadi MB di Pahang jika Pakatan Rakyat memerintah Pahang pada PRU 13 nanti. TG Nik Aziz dan Hadi Awang pasti kuat menyokong.

DAP mesti membuktikan di Pahang bahawa DAP sanggup letak calon Melayu kerana Cikgu Koh Boon Heng jika bertanding atas tiket DAP sudah tentu akan dikerat oleh sebahagian penyokong PKR Jerantut yang ditikam belakang oleh Cikgu Koh Boon Heng yang bertanding atas tiket bebas pada PRU 12.

Sekurangnya EXCO Pakatan Rakyat Pahang boleh memilih seorang EXCO Melayu DAP dari Jerantut.

DAP perlu membuktikan kepada 90,000 penduduk Melayu di Jerantut bahawa DAP bukan parti anti Melayu dan hanya parti chauvinis Cina semata-mata.Sampai bila DAP mahu bergantung kepada PKR dan PAS untuk meraih undi orang Melayu. DAP perlu membuktikan di Pahang ini terutama di Jerantut untuk kerusi DUN Damak perlu letak calon Melayu bahawa DAP ialah parti mewakili berbagai bangsa.

DAP cukup kecewa dengan pendirian PAS yang 'kluk klek' mengenai isu Jais memeriksa gereja DUMC. Jika Nasrudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS suatu hari nanti mengantikan Hadi Awang sebagai Presiden PAS ini akan buat DAP tidak selesa.

DAP perlu merekrut lebih ramai pemimpin-pemimpin profesional muda Melayu untuk dijadikan calon parlimen dan DUN seluruh Malaysia ini adalah untuk kepentingan dan kebaikan DAP dari segi jangka panjang.

Ramai Orang London, UK Lebih Miskin Dari Orang Ulu Tembeling.


Rusuhan yang berlaku di Kota London, Birmingham, Liverpool, Manchester dll bandar di United Kingdom adalah disebabkan faktor penganggoran, subsidi dikurangkan, kerajaan UK dan masyarakat yang berjaya tidak peduli golongan miskin dan kurang upaya.

Belia-belia rasa 'hopeless'. Tiada pemimpin politik berkarisma yang boleh membawa perubahan dan semangat baru. Jurang perbezaan pendapatan makin meningkat. 

Ramai orang London, UK lebih miskin dari orang Ulu Tembeling. Walaupun orang Ulu Tembeling dikatakan susah tapi mereka ada tanah, kebun getah, tanam sayur-sayuran di halaman rumah, tidak payah beli halia, serai, lada, buah kelapa. Ramai yang bela kerbau, ayam dan itik. Tidak perlu bayar cukai pintu rumah, tak bayar tol.

Nak bantuan apa-apa minta saja kepada ADUN Tahan yang budiman dan sentiasa membantu. Tidak seperti orang London, orang Ulu Tembeling kaya budaya dan kaya pemimpin.


ADUN Tahan yang sangat budiman kepada orang Ulu Tembeling.

Bila rusuhan berlaku di London dan bandar UK lain - bekas colonial masters kita  - Himaya Quasem, tulis tentang kerja beliau di sebuah NGO di London yang memantau orang miskin.

Orang putih pun ada miskin, kita ingat semuanya kaya raya nak conquer dunia macam Steve Jobs, Bill Gates, George W. Bush, George Soros dan Richard Branson.

Gon semua...mudik balik kampung raya puasa ni naik bot free tambang weh...auk!

Berita baik buat murid-murid dan pelajar-pelajar berasal dari Ulu Tembeling tidak kira anak belajar dimana sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, maktab, institut, universiti anda semua boleh balik ke kampung (mudik) masing-masing ke Ulu Tembeling sempena cuti raya ini FREE tambang bot ditanggung sepenuhnya oleh ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak.

Terima Kasih DS Najib Peruntukan RM22 juta Baik Pulih Jalan Benta-Jerantut-Maran


WZWH ucapkan terima kasih kepada DS Najib kerana meluluskan peruntukan RM22 juta baik pulih Jalan Benta -Jerantut -Maran adalah untuk kegunaan rakyat Jerantut terutamanya. Panjang jalan tersebut ialah:
  • Jalan Jerantut - Benta - 40.20 km
  • Jalan Jerantut-Maran - 37 km


Mesej projek jalan Jerantut ke Benta yang terbengkalai dan sangat didambakan oleh penduduk di DUN Damak yang telah dibangkitkan oleh ramai orang DUN Damak. Pemulihan semula projek jalan Jerantut Benta akan menyenangkan kemudahan pengangkutan bagi penduduk Jalan Benta, Mukim Ulu Cheka dan kampung-kampung sekitarnya.

MAKLUMBALAS KKR: JALAN JERANTUT BENTA PERLU SEGERA DINAIKTARAF 

Kami merujuk kepada surat daripada Saga Tua bertajuk “ Jalan Jerantut ke Benta Perlu Segera Dinaiktaraf” yang disiarkan dalam ruangan ini. Untuk makluman , Projek Jalan Jerantut ke Benta telah ditamatkan kontrak pada penghujung Disember 2010. Ini kerana pihak kontraktor yang dilantik gagal untuk menyiapkan kerja dalam tempoh yang dijadualkan. Buat masa ini, projek tersebut dalam proses untuk di tender semula. 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT 
KEMENTERIAN KERJA RAYA


Isu Jalan Benta-Jerantut-Maran melibatkan dua DUN di parlimen Jerantut iaitu DUN Damak dan DUN Pulau Tawar. Jalan Benta-Jerantut-Maran yang rosak, berliku-liku, dan uzur sememangnya perlu dibaiki untuk keselesaan penduduk.

DUN Pulau Tawar, mempunyai pengundi berdaftar 16,826 pada PRU 12 manakala pada PRU 2008 bagi kerusi DUN Damak, pengundi Dun Damak berjumlah 19,412.

Penambahan pengundi baru di DUN Pulau Tawar seramai 5000 yang majoriti anak-anak peneroka dibimbangi boleh terpengaruh dengan janji-janji manis pembangkang bila "borang-borang" permohonan ladang dan rumah kononnya berpuluh ribu diedarkan oleh Pakatan Rakyat kepada belia FELDA di Pahang termasuk di DUN Pulau Tawar.

Ditambah pula Jalan Maran-Jerantut yang tidak siap itu akan menambah sebab undi pengundi muda DUN Pulau Tawar akan menyokong pembangkang.

Mesej projek jalan Jerantut ke Benta yang terbengkalai dan sangat didambakan oleh penduduk di DUN Damak yang telah dibangkitkan oleh ramai orang DUN Damak. Pemulihan semula projek jalan Jerantut Benta akan menyenangkan kemudahan pengangkutan bagi penduduk Jalan Benta, Mukim Ulu Cheka dan kampung-kampung sekitarnya.

Masalah Jalan Benta-Jerantut-Maran ialah kontraktor sudah 'cost overrun' menyebabkan kontraktor tidak dapat menyiapkan projek jalan tersebut. Walaubagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN memastikan Jalan Benta-Jerantut-Maran dapat diperelokkan.

Maka tender Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran wajar ditender semula. Semoga kontraktor yang cekap dan berkesan dapat menyiapkan projek jalan ini.


Pemandangan bandar Jerantut dari udara. WZWH mahu lihat bandar Jerantut maju. Banyak idea-idea membangun Jerantut dalam kepala WZWH. Merealisasikan idea-idea itu menjadi kenyataan adalah misi politik WZWH.

Pada 24 Ogos ini DS Najib akan berbuka berpuasa dengan rakyat Pahang di Temerloh. Diharap rakyat Pahang sekitar datang beramai-ramai meraikan DS Najib Perdana Menteri. Terima kasih DS Najib meluluskan peruntukan RM22 juta memperelok Jalan Benta-Jerantut -Maran.

Sunday, August 14, 2011

Berbuka Puasa Bersama Duta Besar Malaysia ke Amerika



















WZWH hari ini berbuka puasa bersama Duta Besar Malaysia ke Amerika, Dato' Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis. Beliau merupakan ahli parlimen dari Rompin, Pahang.

Kemuncak kerjaya politik beliau apabila dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pada 4 Ogos 2009, beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Dikesempatan itu, Dato' Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis atau lebih mesra dikenali sebagai JJ telah menerangkan kepada WZWH kemelut dan masalah ekonomi yang dihadapi Amerika Syarikat dan apa kesan kepada ekonomi dunia dan kesan kepada ekonomi Malaysia.

DS JJ adalah seorang ahli politik Pahang yang bernas pemikirannya dan pemikir. Buah fikiran DS JJ mengenai bagaimana strategi UMNO dan BN menghadapi PRU 13 cukup membuka minda WZWH.

"Kita mesti bersedia bila-bila masa tidak kira 6 bulan, setahun atau setahun setengah dari sekarang..."

UMNO perlu berkempen keluar dari kepompongnya mesti sampai ke pengundi bukan Melayu...UMNO perlu melibatkan diri dengan masyarakat bukan Melayu...jangan hanya memberi fokus kepada pengundi Melayu sahaja...

Jika kita lihat kajian sikap yang dibuat oleh sayap dan jentera parti hanya fokus kepada orang Melayu sahaja...kita tiada buat kajian sikap terhadap pengundi bukan Melayu..."

DS JJ bernasib baik parlimen Rompin mempunyai pengundi 90% lebih orang Melayu yang majoriti terdiri daripada peneroka Felda dan komuniti minoriti orang asli dan orang Cina.

Tidak seperti parlimen Jerantut terdiri dari pengundi bercampur hanya 67% pengundi Melayu. Namun apa yang disaran oleh DS JJ itu memang ada kebenaran faktanya.

Duta Besar Malaysia ke Amerika begitu minat dengan gulai masam tempoyak ikan patin sungai dan  gulai rong (makanan tradisional asal Ulu Tembeling).

Itulah kehebatan DS JJ walaupun beliau sangat sibuk menguruskan hubungan antarabangsa namun beliau tetap meluangkan masa balik ke kawasan parlimen Rompin. Sikap begini patut dicontohi oleh mana-mana pemimpin UMNO dan BN yang lain.
















Inilah pemikir-pemikir politik negeri Pahang yang yang mahu negeri Pahang maju dan makmur. Mereka adalah pemimpin Pahang yang sentiasa berfikir ke hadapan merealisasikan hasrat MB Pahang dan DS Najib bagi mengubah transformasi politik, sosial dan ekonomi ke arah Pahang Nikmat dan Sejahtera.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...