Sunday, January 2, 2011

Kenapa UMNO Lemah Di Kampung Tradisional Pulau Tawar?



Dulu Pulau Tawar ada ramai pahlawan dan pemimpin yang seperti muafakatnya kawanan kerbau dalam gambar di Paya Kangsa.


Sekarang Pulau Tawar hanya ada pemimpin yang hanya pentingkan agenda peribadi sendiri seperti gambar seekor kerbau tunggal di Paya Kangsa.

Kampung tradisional Pulau Tawar ialah kampung lama di Jerantut. Kampung Pulau Tawar sering dikaitkan dengan pahlawan lagenda Pahang Mat Kilau. Termasuklah kampung-kampung seperti Bandar, Perian, Kampung Masjid, Pulau Tawar, dan Telok. Zaman dulu Kampung Pulau Tawar dikenali Padang Kangsa.

Posting WZWH kali ini bertajuk "Kenapa UMNO Lemah Di Kampung Tradisional Pulau Tawar? Apa masalah-masalahnya? Dulu kampung tradisional Pulau Tawar adalah kubu kuat UMNO.

Berdasarkan fakta PRU 12 melihat keputusan kawasan peti undi SM Agama Pulau Tawar terdapat 1009 pengundi berdaftar. Yang keluar mengundi seramai 785 bermakna 224 tidak keluar mengundi. Parlimen BN kalah majoriti 87 undi manakala DUN BN Pulau Tawar menang majoriti 18.

Kenyataan ini susah untuk diterima. Pertama pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Tawar perlu bertanya kenapa jadi demikian. Adakah pemimpin Pulau Tawar kurang mendampingi orang kampung. Kurang mengambil berat permasalahan orang kampung.

Apakah pembangunan yang telah, sedang dan akan dibuat di kampung tradisional Pulau Tawar? Kenapa pemimpin Pulau Tawar tidak boleh wujudkan bandar Pulau Tawar? Apakah kegiatan-kegiatan ekonomi untuk membantu orang kampung yang dapat difikirkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Tawar dan wakil-wakil rakyat yang berkaitan.

Jika tidak ada langkah-langkah yang positif diambil mungkin statistik PRU 13 akan berulang sama dengan PRU 12. UMNO dan BN jangan ambil mudah dan "take it for granted".

WZWH akui Pulau Tawar ada ramai pemimpin-pemimpin yang bijak terdedah dengan kemajuan arus pembangunan jauh meninggalkan tempat-tempat lain di Jerantut. Sudah tentu pemimpin tempatan Pulau Tawar tahu cara-cara kaedah menyelesaikan masalah orang kampung mereka.

Memang Pulau Tawar belum pernah ada pemimpin-pemimpinnya berjaya menjadi wakil rakyat mewakili kawasan mereka. Mungkin ini jawapannya bagi memotivasi pemimpin-pemimpin kampung tradisional Pulau Tawar. 

WZWH harap UMNO perlu kuat dan tunjuk khidmat di kampung tradisional Pulau Tawar agar orang kampung boleh kembali menerima UMNO dan BN. Kita tahu apa orang kita mahu yang sebenarnya....

12 comments:

Anonymous said...

orang umno pulau tawar pedooh jeee .... dari ketua kampung sampai ketua umno semua pedooh jee ... nak kenyang anak bini sendiri jeee ...... lepas orgr pulau tawar ni dengki no 1 .... ada ke patut org nak bina pondok tepi jalan untuk jual hasil kampung pun ada orang umno report ke pejabat daerah .... bodoh namanya tuuu .... dah laa bodoh belakgak plak tu ... mane orang tak marah .... memang org umno pulau tawar dengki no 1 .... org umno pulau tawar ni pemalas ... dia malas lepas tu dia tak suka orang lain rajin .... tak ke bodoh namanye tu ... dia tak nak berniaga... dia tak bagi orang lain beriagaa... tak ke bodoh namenya tuu ...org usahakan tanah kerajaan punkena report ... org tempat sungai lekok tu usahkan tanah kerajaan sampai dah kaya raya beratus ekar takde sape pun nak report ... ni baru dua ekar usahkan ... bukanya tanam sawitpun baru tanam pisang ... tanaman kontan jee .. pun kena report .... cuba tanya orang pulau tawar brape banyak tanah di pinggir kampung pulau tawar tu dapat ke orang lain .... semua ni kerja YB dan orang umno pulau tawar laaa ..... tak geti nak bagi kat orang sendiri ..... tak ke namanya bodoh tuuu .... biarlah org lain kaya jangan org pulau tawar kaya ... biarlah lain dapat tanah jangan org org pulau tawar berjaya dapat tanah tuu ... bodoh ... itulah ungkapan paling sesuai untuk UMNO Pulau Tawar

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 9:31,
WZWH bersimpati dengan keluhan anon. WZWH berharap ada pemimpin UMNO yang baca blog WZWH dan komen anon buat sesuatu. Sepatutnya orang kampung Pulau Tawar diutamakan dan didahulukan dulu. Di mana pemimpin-pemimpin Pulau Tawar?

Anonymous said...

awok sibuk simpati org p tawar, awk pekak kan telinga keluhan org dun tahan, jaga backyard awk tu

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:07,
Pembangunan DUN Tahan bolehlah dianggap selesai. Beratus-ratus juta RM mencurah-curah mandi pembangunan di DUN Tahan, banyak projek pembangunan. DUN Tahan ialah lombong emas. Sebagai anak Jerantut WZWH juga bertanggungjawab dan mahu lihat Pulau Tawar membangun. Itulah tujuan blog WZWH kemakmuran dan kemajuan rakyat Jerantut.

Anonymous said...

Kalau hanya untuk mencurah2, tetapi rakyat hanya terus menunggu, namun rakyat untuk makan sekarang masih lagi susah. Itukah maksud lombong emas bagi DUN Tahan. Rakyat Ulu Tembeling masih lagi macam dulu2, bahkan perasaan terus terseksa...!!!

Anonymous said...

Korang nampak tak lapangan motor cross kat tepi sungai salan tuuu ... Dulu kawasan tu banyak pemuda pulo tawar usahakan tanah tu ... Tanam pisang ... Kemudian apply tanah tu tol ... Apa jadi ? ada golongan bodoh umno pulo tawar ni cadang jadikan kawasan sebagai tempat motor crosss ... Apa jadi motor cross ? Elok2 ada org tanam pisang sekarang terbiar .. Membazirkan duit kerajaan .. Bodoh punya org umno polo tawo ... Sebab apa jadi macam tu sebab depa tak de nama dalam pemohonan tanah tuuu ... Jadi kalau aku tak dapat biaq semua tak dapat ... Tak ke bodoh namanya tuuuu ..... Lagi satu ... Semua org polo tawo yg ada rumah kat bukit rang dapat saham lkpp ... Tu sejak zaman tun razak dah dapat hak tu ??? tapi ada golongan bodo yg dengki ni ... Pegi tarik balik saham lkpp tu ... Dan serahkan saham tu pada org lain ... Tak ke bodo nama nya ... Umno tempat lain cari dari sumber lain nak bantu ahli ... Ni org umno pulo tawo ... Ambil hak org lain bagi kat org lain ... Tak ke bodo namenya ...carilah sumber lain byk saham felcra boleh diusahakan ... Awok umno awak ada kuasa awak bukanya pembangkang ... Tu lagi satu tak de satupun usaha-usahwa oleh umno pulo tawo ni mintak tanah kerajaan utk belia2 kampung ni ...banyak tanah pinggir kampung ni dah terlepas kat org luar ... memang bodo bodo bodoooooooo... Org pulo tawo tak pandai politik ... Politik org umno pulo tawo politik bodo ...politik lurus bendoo ... Tak pandai nak tawo menawo ...

Anonymous said...

Itulah pemimpin dinamakan polek2taik jadi pengikut pun sama2lah tu...!!!

Kalau betui apo hok gon cakak tu...
aku ni memang cukup2 marah..
aku rasa nak kempen pr dlm pru ke 13 tapi rasanya aku sayang lagi. pemimpin dan orang bawah tu kena berubah. ingat berubah, kalau tidak puak2 kawan orang kawasan jerantut bila2 mase aje bulih menyamar jadi pr umno pas bukan susah nak kempen jatuhkan mana2 tu. ingat jangan sampai teguling2..

Anonymous said...

mengapa wzwh tanya kami di sini?
sepatutnya UBN perlu kaji apa sebabnya?

saya bagi sebabnya.
1. org PT sombong dan cakap besar (maaf bukan semua). kalau cakap politik, semua politik kedai kopi.
2. org PT rasa mereka dipinggirkan dari arus pembangunan.
3. org PT hanya memikirkan kepentingan peribadi, terutama yang bergiat pilitik UMNO

Anonymous said...

maju perut mu dulu laah..
name kate umno ..dok sah bincang..
Dulu Kini dan Selamanya ..sapu ke die belake..
Dek bangge ngan kelulusan mu tu..
nampak benar ..sombong diri..

RAI said...

Bukan baru orang pulau tawar dipinggirkan semenjak merdeka lagi 1957 apabila orang2 umno bn berkuasa mereka takkan memajukan orang2 pulau tawar mereka kata orang2 pulau tawar ni penderhaka dan pemberotak dan kominis kepada tuanNya dulu penjajah orang putih tu jadi dibiarkan mana penjilatNya sahaja dibantuLah itu pun kena mata2 apabila belia pt yang bersemangat untuk jayakan diri disekat itu sekarang ni penduduk pulau tawar dah kisah hanya tunggu pru13 ni yang risau dan bimbang ni wzwh sebab terjejasNya parliman jerantut tu ?

RAI said...

Bukan baru orang pulau tawar dipinggirkan semenjak merdeka lagi 1957 apabila orang2 umno bn berkuasa mereka takkan memajukan orang2 pulau tawar mereka kata orang2 pulau tawar ni penderhaka dan pemberotak dan kominis kepada tuanNya dulu penjajah orang putih tu jadi dibiarkan mana penjilatNya sahaja dibantuLah itu pun kena jadi mata2 apabila belia pt yang bersemangat untuk jayakan diri disekat sekarang ni penduduk pulau tawar dah tak kisah lagi dengan pembangunan umno bn itu hanya tunggu pru13 ni yang risau dan bimbang ni wzwh sebab terjejasNya parliman jerantut tu ?

August 18, 2011 12:58 AM

Anonymous said...

Pembangunan...projek..projek... rakyat bodoh terus menderita kerana kebodohan mereka dan akan terus mengundi UMNO BN. Balasan kerana kebodahan mereka. Orang lain buncit perut kenyang dapat projek PRU. haaa...haaa...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...