Wednesday, January 12, 2011

IPP Hantu Raya Mahathir Makan Tuan Hisap Darah Rakyat.



IPP-penjana tenaga bebas adalah hantu raya Mahathir makan tuan hisap darah rakyat. Ini lagi satu antara kegagalan Mahathir selama menjadi PM. Tengku Razaleigh dan Najib tidak bersetuju tetapi Anwar Ibrahim kuat menyokong.

Lop-sided Power Purchase Agreements (PPA) merugikan negara, industri dan rakyat. Sedikit fakta:
  • Generasi pertama IPP pada awal 1990an.
  • IPP bekalkan 4100 MW jual kepada TNB secara "take or pay" PPA.
  • TNB bayar kepada IPP sebanyak RM78.3 bilion dari 2001-2010. 
  • TNB bayar RM19 bilion kepada IPP pada tahun 2010 iaitu 65% dari pendapatan TNB!
  • TNB terpaksa beli elektrik dari IPP walau ada 40% kapasiti simpanan dari 19,000 MW.
  • TNB beli elektrik yang tidak perlu lalu kos bertambah akhirnya rakyat terpaksa bayar tarif lebih.
  • TNB kos 25-30% lebih murah dari IPP.
  • IPP menikmati pulangan IRR 20-25%.
Apa bijaknya Mahathir kalau mahu mengkayakan IPP seperti YTL Power Generation Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Powertek Bhd Port Dickson Power Sdn Bhd, Malakoff tetapi membebankan negara, membebankan TNB, membebankan industri maka kos tinggi industri tidak kompetitif yang rakyat tidak boleh terima buat rakyat derita kerana bayar tarif elektrik yang paling tinggi di Asia Tengggara.

Mahathir suka mengambil penyelesaian jangka pendek bagi menyelesaikan keperluan elektrik industri negara yang akhirnya dari segi jangka panjang merugikan negara, industri dan rakyat. Sama juga dalam kes isu pindaan perlembagaan melibatkan Raja-raja Melayu yang boleh buat Mahathir popular di kalangan rakyat dari segi jangka pendek tetapi merugi dan menjahanamkan kepentingan orang Melayu dari segi jangka panjang.

Sebab itu Mahathir tidak suka "idea Malaysia go for nuclear energy" kerana loji kuasa nuklear boleh buat hantu raya IPP kelaparan tidak kenyang seperti biasa lagi.

Bila Malaysia berdepan ekonomi perlahan dan rakyat terhimpit dengan kenaikan harga kos sara hidup maka pembayaran mewah kepada IPP tidak nampak sesuai. Elektrik adalah keperluan lalu untung yang melampau dari "perjanjian syaitan PPA" ini wajar dihentikan.

Jika Petronas ada subsidi gas, TNB menanggung kos tinggi, dan rakyat membayar tarif tinggi yang tinggal ialah sumbangan dari IPP yang sudah buat duit setinggi gunung dengan mengenakan harga melampau berkorbanlah kurangkan harga agar TNB, industri dan rakyat selesa.

IPP akan berakhir kontraknya berperingkat-peringkat pada penghujung 2014, 2015 dan 2017. TNB perlu merunding semula perjanjian PPA yang dikenakan IPP merugikan negara dan rakyat.

Pemimpin negara jangan lagi buat perjanjian PPA yang "bodoh" dengan IPP kerana yang rugi ialah negara, industri dan rakyat.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...