Posts

Showing posts from August, 2012

Perasmian Labu Sentral Tembeling Tengah

Image
Majlis Perasmian Labu Sentral Hentian R & R Bagi Laluan Darat Dan Air Ke Taman Negara Di Kampung Labu Tembeling Tengah Jerantut Pahang

YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan merasmi Majlis Pelancaran Labu Sentral.
Satu kawasan rehat yang sesuai untuk kedua-dua air dan pengguna pengangkutan darat dilancarkan di Kampung Labu dekat sini pada 28 Aug 2012 .
Dikenali sebagai Labu Sentral R & R, ia adalah satu persinggahan yang sesuai untuk pelancong perjalanan ke Taman Negara melalui Sungai Tembeling manakala mereka yang melancong di sepanjang jalan persekutuan juga boleh singgah untuk membeli kraftangan dan hasil pertanian.
Dibina oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Majlis Pembangunan (ECERDC), RM273,000 kawasan rehat juga merupakan satu peluang bagi penduduk tempatan untuk memperkenalkan produk mereka manakala bergaul dengan pelancong yang sedang berehat daripada tiga jam menaiki bot dari jeti Kuala Tembeling.
Dato' Wan Amizan berkata Taman Negara menerima pelancon…

Siapa Calon Korporat PAS Parlimen Jerantut Dan Bakal MB Pahang?

Image
" Suka saya nyatakan juga setakat ini saya bukanlah bakal calon PAS bg Parlimen Jerantut. Saya mungkin tidak bertanding mana-mana kerusi. Ini sesuai dengan ucapan saya 2 3 tahun yang lalu bahawa saya lebih suka bekerja membantu PAS untuk menang dari bertanding. Yang akan bertanding di Parlimen Jerantut ialah seorang tokoh korporat yang mempunyai perniagaan di dalam dan di luar Negara. Beliau juga akan bertanding di salah satu kerusi DUN sebagai persediaan untuk menjadi MB Pahang jika rakan PR memilih calon PAS sebagai MB nanti. Siapakah dia itu??? Tunggu!! "
Dr Hamzah Jaafar, YDP PAS Jerantut.



Idea-idea Erdogan Anwar Ibrahim sudah hampir 65% menguasai kepimpinan strategik PAS. Maka itu tokoh-tokoh korporat dalam PAS digalakkan bertanding mana-mana kerusi parlimen. Kuasa Putrajaya diutamakan.... tokoh-tokoh korporat didahulukan....ulamak-ulamak PAS dipinggirkan....itu yang Dr Hamzah Jaafar sokong!
Mengikut Kenyataan Dr Hamzah Jaafar ini:
calon parlimen PAS kemungkinan seorang t…

Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut Jawab Isu Phd Palsu!

Image
Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut. 
Dalam posting WZWH yang lepas ada membangkitkan komen pembaca blog WZWH terhadap ijazah Phd Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut merangkap calon PAS parlimen Jerantut yang pernah bertanding pada PRU 11, 12 dan dijangka PRU 13.
WZWH sebelum ini mahu Dr Hamzah Jaafar membuat penjelasan segera bagi memberi 'assurance' kepada 55,000 pengundi Jerantut yang bakal ahli parlimen Jerantut ini punya kredibiliti dan integriti.
Dr Hamzah Jaafar telah memberi respon kepada isu tersebut. WZWH ucap terima kasih kerana penjelasan Dr Hamzah Jaafar dalam blog WZWH. Ini bagi WZWH sudah memadai dan isu ini pada WZWH bolehlah dianggap selesai dengan penjelasan Dr Hamzah Jaafar.
WZWH memberi ruang dan kepercayaan kepada 55,000 pengundi Jerantut untuk menilai dan mengadili penjelasan Dr Hamzah Jaafar. Terserah kepada 55,000 pengundi untuk membuat keputusan.
Cuma kalau boleh Dr Hamzah jelaskan dengan lebih detail bagi menjawab isu ini di universiti mana dan bila buat…

Ijazah Dr Phd Calon PAS Parlimen Jerantut Dipersoal!

Image
Ini berita panas. 55,000 pengundi Jerantut mempersoalkan betul ke ijazah Dr Phd seorang calon PAS parlimen Jerantut yang telah bertanding pada PRU 11, PRU 12 dan kemungkinan besar PRU 13 itu asli bukan dibeli?
Ekoran posting WZWH sila klik sini yang mengangkat kemungkinan calon PAS parlimen Jerantut itu boleh menang PRU 13. Terdapat beberapa komen dalam FB WZWH seperti berikut:

Like · · @WanZamzuri on Twitter





Mohd Mokhtar Ghazali

Mahu jadi pemimpin, tetapi menipu kelulusan Dr, dimana dia belajar semuanya penipu, jadi org pas, tetapi menipu juga. kalau tak percaya tanya Dato Firdaus bekas imam masjid Negara  n ust Hj. saadon. Rahsianya akan terbongkar


Thursday at 10:12am · Like





Thursday

Mohd Mokhtar Ghazali

w.salam Wan, betul bukan fitnah, Dr tersebut tipu, yg menguruskan ialah Mejar (B) Mokhtar kalau kurang yakin hubungi Dato Firdaus Bekas imam Masjid Negara 012-2840084  n saya secara peribadi memang kenal, sebab Kakaknya Mariam Bte Jaafar kawin dengan bapak saudara Salleh Bin Ismail



WZW…

ADUN Tahan Menghadiri Kenduri Kahwin Ulu Tembeling

Image
YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan sedang bersiap sedia dengan jetski ke Ulu Tembeling menghadiri kenduri kahwin anak Tok Empat Kampung Mat Daling Ulu Tembeling.
ADUN Tahan pantang kalau ada hal kematian atau kenduri kahwin beliau tidak menghampakan jemputan atau hadir memberi takziah dan sumbangan terutama kepada penduduk Ulu Tembeling.
Jika tidak sempat atau suntuk masa beliau kadang-kadang mengunakan helikopter ke kawasan pedalaman Ulu Tembeling.

















DUN Tahan adalah DUN yang paling luas dalam negeri Pahang. Kawasan pedalaman Ulu Tembeling terletak dalam DUN Tahan. Isu utama penduduk ialah pengangkutan.
Orang Ulu Tembeling guna perahu melalui Sungai Tembeling sebab jalan sempurna belum ada. Guna perahu, fiber boat, speed boat banyak kos dan macam-macam masalah.
Air Sungai Tembeling bila surut terpaksa bertolak perahu kerana alur tohor, banyak masa rugi. Kipas motor rosak. Bila air sungai besar, ombak jeram besar, silap navigator perahu langgar batu dan boleh karam.
Jalan…

YB Dr Hamzah Jaafar Ahli Parlimen Jerantut PRU 13?

Image
Dr Hamzah amat berharap sokongan dari WZWH dan Dato' Lau Lee untuk menang parlimen Jerantut PRU 13 walau mustahil kerana WZWH dan Dato' Lau Lee adalah 'die hard supporter' penyokong BN.
PRU 13 adalah jalan mudah bagi calon PAS parlimen Jerantut Dr Hamzah bin Jaafar sila baca sini kalau kena gayanya.
Dr Hamzah walau dikata anak Kelantan Jerantut tapi lahir di Kampung Batu Balai Jerantut. Beliau nampak benar-benar bersemangat dan bekerja keras untuk menang parlimen Jerantut buat percubaan kali ke tiga pada PRU 13.
Allah suka hambanya yang berusaha. Cuba kali pertama gagal, cuba kali kedua gagal, cuba kali ke tiga mungkin boleh menang.
Allah tidak suka hambanya yang santai, buat acuh tak acuh, mempersia-sia peluang dan harapan orang Jerantut dan 'take it for granted'.
Penggal pertama menang majoriti besar, penggal ke dua menang majoriti menurun, penggal ke tiga menang majoriti tipis...nak bertanding lagi buat penggal ke empat...walau orang Jerantut sudah muak..ak…

Perpecahan BN Jerantut, Pelancaran DAP Damak Buat Parlimen Jerantut Bakal Tumbang!

Image
Cikgu Koh Boon Heng Pengerusi DAP Jerantut melancarkan Bilik Gerakan DUN Damak PRU 13.
Bila MCA tidak diberi tempat bertanding di DUN Damak akan menjejaskan sokongan pengundi Cina kepada parlimen Jerantut. Majoriti pengundi Cina Jerantut akan mengundi PAS parlimen Jerantut. BN Jerantut akan kehilangan parlimen Jerantut.
Kehadiran pengundi Cina Jerantut di Majlis Pelancaran Bilik Gerakan DAP DUN Damak.





WZWH bertanggungjawab menceritakan perkembangan sebenar politik Jerantut. Soal pimpinan Putrajaya dan Kuantan hendak dengar atau tidak itu WZWH tidak peduli.
Perpecahan BN Jerantut boleh buat parlimen Jerantut tumbang dan boleh menjejaskan masa depan DS Najib mencapai agenda.
UMNO Bahagian Jerantut telah membuat kesilapan besar bila mengadakan referendum dari semua Ketua Cawangan UMNO di DUN Damak mahu bukan saja mahu buang YB Dato' Lau Lee ADUN Damak malah mahu buang MCA dari DUN Damak.
Kalau mahu buang Dato' Lau Lee mungkin MCA Pusat boleh terima lagi tapi bila mahu buang MCA …

Tengku Temenggong Pahang Ikon Baru NGO Alam Sekitar Malaysia

Image
NEGERI PAHANG AMAN SENTOSA
KAYA DENGAN TUMBUH TUMBUHAN
NIAT DI HATI NAK BUAT JASA
MUDAH MUDAHAN TUHAN KABULKAN

1,000,000 pokok akan ditanam di Pahang dalam masa 10 tahun.
Sekarang yang sudah ditanam oleh Temenggong Initiative berjumlah 1420 pokok.



YAM Tengku Arif Temenggong Pahang memberi ucapan persembahan ketika Majlis Tuanku Sultan Pahang berbuka puasa di Felda Sungai Retang, DUN Tahan. Dibelakang ialah YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan yang menyokong penuh Temenggong Initiative dan Sultan Ahmad Shah Environmental Trust. The Sultan Ahmad Shah Environmental Trust berjaya mengumpul dana RM4 juta.
Tengku Temengggong Pahang ikon baru NGO alam sekitar Malaysia. 
WZWH ada posting sila klik sini tentang Temenggong Initiative NGO alam sekitar. Temenggong Initiative ialah THE OPERATING ARM OF THE SULTAN AHMAD SHAH ENVIRONMENTAL TRUST (SASET).
WZWH suka YAM Tengku Fahad ibni Sultan Ahmad Shah walau muda baru berumur 18 tahun putera bongsu Tuanku Sultan Pahang tapi punya bukan saja idea…

September...September...September...PRU 13?

Image
Begini kisahnya PRU 13 bila umum?
Oktober 2012- Musim haji. PAS akan tembak UMNO gile-gile. Walau dulu BN pernah buat!November 2012- Periksa SPM/STPM tapi hari Sabtu dan Ahad tiada periksa. Hari Sabtu pilihan. Ini pilihan alternatif selepas September 2012.Disember 2012- Musim banjir susah mahu buat PRU.Januari 2013- Musim banjir juga. Awal sekolah ramai cikgu sibuk...Februari 2013- Tahun Baru Cina. Orang Cina tidak selesa..Mac 2013- Hampir penggal berakhir April 28. Rakyat nampak PM tak konfiden...April 2013- Penggal penuh. Lagi rakyat nampak PM tak konfiden...Mei-Jun 2013 - tertangguh 2 bulan sebelum PRU. PM lansung tak konfiden...Kalau nak buat PRU sebelum 17 September sebelum musim haji bermula.
Itu pilihan DS Najib yang ada bulan September atau bulan November (11) Najib's lucky number!

Najib Mencari Ketenangan di Mekah Sebelum PRU 13

Image
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa hari ini dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.
DS Najib mencari ketenangan di Mekah dengan menunaikan umrah. Disebalik kesibukan tugas sebagai PM dan Pengerusi BN, DS Najib meluangkan masa melawat rumah Allah.
DS Najib telah beusaha sebaik mungkin selepas post PRU 2008 mengambil alih kepimpinan negara dan parti dari Tun Abdullah.
DS Najib telah buat yang terbaik. Walau berbagai bisikan halus pembangkang dengan cerita-cerita spin mengelirukan rakyat, walau kebenaran sukar dimengerti kerana fitnah-fitnah besar berterbangan di langit Malaysia.
Ada ahli politik BN sendiri yang lebih mengejar kedudukan peribadi sanggup meninggalkan parti demi janji-janji manis bisikan halus...
Pembangkang buat cerita ba…