Thursday, August 2, 2012

Keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang Berbuka Puasa Di DUN Tahan



Keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ke Kampung Jerantut Feri, DUN Tahan, parlimen Jerantut pada 1 Ogos 2012. 

Keberangkatan Tengku Mahkota Pahang sempena majlis pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan berbuka puasa.

KDYTM Tengku Puan Pahang dan anakanda-anakanda turut mengiringi keberangkatan Tengku Mahkota Pahang.



YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan dan YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut menyambut keberangkatan Tengku Mahkota Pahang.


ADUN Tahan berucap menjunjung kasih KDYTM Tengku Mahkota Pahang sempena keberangkatan Tuanku di Majlis Pengurniaan Sumbangan dan berbuka puasa di Masjid Kampung Jerantut Feri, DUN Tahan.

ADUN Tahan berbesar hati kerana Tengku Mahkota Pahang, Tengku Puan Pahang dan anakanda-anakanda sudi mencemar duli berangkat ke DUN Tahan.


Titah KDYTM Tengku Mahkota Pahang agar golongan orang yang susah jangan dipinggirkan dari masyarakat dan perlu dibantu.

Setia berdiri dibelakang ialah pacal ADUN Tahan yang sangat taat setia dan menjunjung titah Tengku Mahkota Pahang.



KDYTM Tengku Mahkota Pahang berkenan meluluskan peruntukan pagar dan aircond Masjid Kampung Jerantut Feri. Kelihatan Sahibul Sahamah Dato' Mufti Pahang, Dato' Safri EXCO Dakwah Pahang.



KDYTM Tengku Mahkota Pahang menandatangani buku pelawat Masjid Kampung Jerantut Feri sambil diperhatikan oleh Tengku Puan Pahang.



Tengku Mahkota Pahang berkenan  menyampaikan sumbangan. Penerima sumbangan ialah golongan asnaf yang layak menerima zakat. Antara pihak-pihak yang membantu ialah:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat- ini untuk 24 orang yang tercicir dari senarai.
  • Majlis Ugama Islam Pahang-memberi sumbangan kepada setiap JKKK dalam DUN Tahan untuk 15 orang yang dipilih bagi setiap JKKK.
  • Jabatan Agama Islam Pahang.



KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ibni Sultan Iskandar turut berkenan menyampaikan sumbangan.

Perkahwinan Tengku Puan Pahang dengan Tengku Mahkota Pahang menandakan penyatuan ketiga antara Keluarga Diraja Johor dan Pahang.

Pada abad ke 19, moyet (atas pada moyang) Tengku Puan Pahang, Maharaja Sultan Abu Bakar berkahwin dengan sorang puteri Bendahara Tun Mutahir Pahang.

Kemudian Sultan Mahmud Pahang berkahwin dengan moyang Tengku Puan Pahang iaitu Tengku Ampuan Mariam.

Kedua-dua perkahwinan ini tidak menghasilkan zuriat!

Alhamdulillah, akhirnya Tengku Puan Pahang melahirkan zuriat tiga putera dan dua puteri.

Walaubagaimana pun Keluarga Diraja Pahang dan Johor datang dari jalur moyang yang sama iaitu Bendahara Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana Johor.



Orang kuat jentera DUN Tahan yang kuat bekerja dan lagi setia.


Tengku Mahkota Pahang  berangkat meninggalkan Majlis.

Terbayang wajah ceria dan kepuasan kepada Tengku Mahkota Pahang. Semoga Allah memanjangkan usia Tuanku bagi menjadi pewaris Kesultanan Pahang dan jajahan takluknya yang adil lagi bijaksana.

KDYMM Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar akan turut berangkat mencemar duli ke Felda Sungai Retang, DUN Tahan pada 10 Ogos 2012 bagi Majlis Berbuka bersama rakyat DUN Tahan.

Patik WZWH mengucapkan selamat berangkat ke DUN Tahan - Tanah Tembeling. Semoga keberangkatan Tuanku Sultan Pahang boleh membawa berkat dan makmur.

7 comments:

Anonymous said...

Jelas
Pada perenggan ke 4 , WZ mendahului nama ADUN
baru diikuti dengan PARLIMEN.

Terdapat banyak perenggan, WZ. membuat ayat
Yang KAW untuk ADUN Tahan.

Apa tanda Dan maksud WZ kali ini.

Nampaknya Dearah Jerantut memang istemewa, menjadi pilihan untuk puak Wan untuk terlibat dalam
politik.
Setelah lama terlibat dalam perang saudara, puak Wan berpecah dan ramai menjalani kehidupan
biasa Dan ramai juga yang tidak membawa title Wan.

Terdapat puak Wan yang memang ada hubungan
rapat dengan istana pada satu masa dahulu
seperti aruah Wan Jalil, Wan Ismail dan lain2.

Dan kini terdapat banyak puak wan Jerantut yang
Memgegang cita2 yang tinggi dalam politik.
Dan seperti biasa Jerantut menjadi pilihan.

Puak Wan Di daerah lain seperti biasa lebih seronok
Menjalani kehidupan yang biasa.

Jika menang, harap mereka dapat Berkhidmat
Dengan betul untuk Daerah TahumemanaTahu memanafaat Sungai, Tanah Dan Hutan dengan
betul.

Anonymous said...

Pembetulan
Dengan betul untuk Daerah Jerantut.
Tahu. .........

Anonymous said...

Anon 8:08,
Memang betul ramai yang buang title Wan contoh:

Dato' Hassan Ariffin Rompin
Arwah Dato' Tan Aminudin Maran
Dato' Tajuddin Paya Besar
Dato' Azizan Pengarah PTG Pahang.
Dan ramai lagi...

Anonymous said...

ade dua jenis GELARAN WAN NI PERTAMANYA WAN yang memang DARI keturunan RAJA DAN BENDAHARA dan wan anugerah daripada raja.
.

Anonymous said...

? Wan anugerah raja
Gua tak faham

Anonymous said...

Anon 1:25,
Once upon a time, a guy found gold in a jar. He later told Raja Pahang. The Raja took the jar and pour in the guy's head. What gold left on the guy sarong while in "bersila' position is belong to the guy. The rest of the gold fell on the floor (much of gold) belong to Raja Pahang! Hence Raja Pahang bestowed the title Wan to the guy and the rest of descendents become Wan. That is the meaning the wan of anugerah class. Compare to modern Dato'ship, the guy's approach is considered very expensive! Mind you a jar of gold! But still this wan anugerah adress themselves as 'Patik' when talking to the Wan class of Bendahara Pahang.

Anonymous said...

Tahniahhh, YB Dun Tahan memang HEBAT, ari tu YAB PM turun ke Dun Tahan, ari ni Anak Raja Phang, 11 Ogos dengar ceritenya Raja yg turun, kawe tetap sokong Dato Dompokkk nieeeee, hidup Datooooo

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024